SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
Memahami Sirah Melengkapkan Kefahaman Islam
Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali
Dalam konteks memahami Islam, sejarah adalah merupakan suatu yang sangat penting dipelajari. Apatah lagi
mempelajari sejarah Rasulullah dan para sahabat atau dalam istilah khususnya disebut sebagai sirah. Dengan
mempelajari sirah, kita dapat mengetahui bagaimana cara dan bentuk penyampaian yang dilakukan oleh Rasulullah,
peringkat yang dilalui oleh baginda untuk mencapai matlamat dakwah. Melalui sirah, seseorang pendidik akan dapat
mengetahui cara dan kaedah terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Misalnya, bagi seorang jeneral tentera dia dapat
mengetahui etika peperangan, layanan yang diberi oleh baginda terhadap orang tawanan dan pesanan-pesanan
Rasulullah kepada panglima perang.
Pendek kata, semua golongan masyarakat daripada petani sehinggalah kepada ketua negara perlu mempelajari sirah
untuk meningkatkan lagi personaliti dan prestasi pekerjaan mereka masing-masing.
Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan memahami sirah ialah agar setiap orang muslim memperolehi
gambaran sebenar tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammad
s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah
mengandungi beberapa faedah. Antara lainnya ialah:
Pertama: memahami keperibadian nabi melalui celah-celah kehidupan dan keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya,
untuk menegaskan bahawa nabi Muhammad bukan sahaja seorang yang terkenal di antara kaumnya sahaja tetapi
sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik dariNya.
Kedua ialah agar manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan yang utama untuk dijadikan
dastur dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi, betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu
aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah secara jelas dan sempurna.
Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang beermaksud : “
Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21)
Ketiga: ialah agar manusia mendapatkan dalam mempelajari sirah Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya
untuk memahami kitab Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh
ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya.
Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan
ilmu-ilmu Islam yang benar, sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi bahawa
kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum.
Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah
Rasulullah s.a.w. seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus asa mencari pendekatan
terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode dakwahnya.
Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan baginda
mencakupi seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai peribadi ataupun sebagai
anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai
seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang
baik, yang mengerahkan segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam.
Juga sebagai ketua negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai suami teladan dan
seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan
jujur, dan sebagai muslim secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadat kepada
Allah dan bergaul dengan keluarga dan masyarakat dengan baik.
Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam
qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang pembuka kota negara, ambillah pengajaran
yang dilakukan oleh Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda mengalami
kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan
mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah di Suffat dalam
masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan
wahyu kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad.
Ustaz Uthman El-Muhammady menyebutkan bahawa sejarah timbulnya Nabi Muhammad s.a.w. di dunia adalah
merupakan peristiwa yang paling penting dalam sejarah keagamaan dan kehidupan manusia. Kedatangan membawa
kebenaran daripada ilahi dan juga contoh kesempurnaan kehidupan mengikut kehendak Ilahi merupakan bimbingan
yang tidak ternilai harganya untuk manusia sejagat dan membawa rahmat ke seluruh alam ini. Oleh kerana kedudukan
dirinya yang sedemikian tinggi dan sempurna dan juga oleh kerana kesan terhadap hidup manusia sedemikian besar,
Minda Madani Online
http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 5 April, 2013, 23:58
serta pula oleh kerana kesedaran keagamaan dan rohaniyyah, maka umat Islam dalam masa awal Islam mengunakan
masa, tenaga dan kemahiran mereka untuk mempelajari serta meneliti ilmu berkenaan dengan kehidupan dan
pengajaran (sirah) nabi s.a.w. Ramai ahli sejarah dan pengarang-pengarang riwayat hidupnya dan juga riwayat hidup
para sahabat r.a. mengumpulkan maklumat-maklumat yang sangat memberi pertolongan dalam memahami peribadi
Baginda dan juga mereka yang terdidik olehnya pada zaman itu.
Secara umum sumber dan rujukan sirah ada tiga iaitu:
al-Quran, al-Sunnah nabawi yang shahih dan kitab-kitab sirah.
Al-Quran merupakan rujukan utama untuk memahami sifat-sifat umum Rasulullah s.a.w. dan mengenal tahap-tahap
umum dari sirah yang mulia ini. Al-Quran mengunakan dua pendekatan dalam mengemukakan sirah nabi ini iaitu
dengan mengemukakan sebahagian kejadian dari kehidupan dan sirahnya seperti ayat-ayat yang menjelaskan tentang
perang badar, perang uhud serta ayat-ayat yang mengisahkan perkahwinan dengan Zainab binti Jahsyi. Kedua
mengomentarikan peristiwa-peristiwa yang terjadi untuk menjawab masalah-masalah yang timbul, mengungkapkan
masalah yang belum jelas atau nasihat yang terkandung di dalamnya. Semua itu berkaitan dengan salah satu aspek dari
sirahnya. Tetapi perbicaraan al-Quran tentang semua itu disampaikan secara umum dan terputus-putus serta penyajian
secara global. Demikianlah cara al-Quran dalam menyampaikan setiap kisah tentang para nabi dan umat-umat
terdahulu.
Al-Sunnah pula adalah rujukan kedua yang terkandung dalam kitab-kitab hadis yang muktabar walaupun pada
permulaannya belum tersusun secara urutan dan sistematik kerana pada kebanyakan ulamak hadis menyusun kitab
mereka berdasarkan bab-bab feqah. Di antara keistimewaan sumber kedua ini ialah bahawa sebahagian besarnya isi
riwayatnya dengan sanad yang shahih yang bersambung dengan Rasulullah seperti peristiwa haji al-Wada’ yang
diriwayatkan secara terperinci. Antara buku rujukan terbaik dalam kategori ini ialah buku Asas fi Sunnah (Bahagian
Sirah) oleh Said Hawa yang mana beliau telah menyusun hadis-hadis dan membahagikannya mengikut urutan masa
hayat Rasulullah dari kitab-kitab hadis yang muktabar.
Sumber ketiga ialah kitab-kitab sirah yang ditulis oleh pengkaji sirah nabi seperti Ibn Hisham yang terkenal dengan kitab
sirah Ibn Hisham. Dalam kategori ini, terdapat kitab yang hanya membicarakan tentang peperangan yang disertai oleh
Rasulullah seperti kitab Maghazi Urwah bin Zubir, kitab yang hanya membicarakan tentang mukjizat nabi seperti
Dala’il al-Nubuwwah oleh Ibn Qutaibah, kitab yang hanya membicarakan akhlak nabi seperti Kitab al-
Syama’il oleh al-Munziri.
Pada zaman sekarang, terdapat buku-buku berkaitan sirah dalam bahasa Melayu sama ada ditulis oleh ulamak di sini
atau terjemahan. Antaranya buku terjemahan sirah yang boleh didapati di pasaran ialah Fiqh Sirah oleh Dr. Said
Ramadhan al-Buti, Fiqh Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Sejarah Nabi oleh Abul Hassan Ali al-Nadwi.
Kisah-kisah Nabi Muhammad telah tersebar luas ke alam Melayu dan kisah ini digubah kembali ke dalam bahasa
Melayu dalam bentuk hikayat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Kejadian Nur Muhammad, Cerita Nabi Lahir,
Hikayat Khatim al-Nabi dan Hikayat Kejadian Baginda Rasulullah. Kitab-kitab ini merupakan penyaduran, ringkasan dan
terjemahan dari bahasa Arab dan bahasa Parsi.
Antara kepentingan sirah kepada kehidupan manusia dan pembinaan umat ialah kajian sirah dapat melengkapkan
kefahaman tentang akidah kerana beriman kepada nabi menuntut supaya kita lebih memahami maklumat-maklumat diri
Baginda s.a.w. Keduanya adalah menunaikan perintah Allah yang menyuruh supaya umat Islam mengikuti contoh
teladannya.
Oleh itu, melalui sirah umat Islam mendapat gambaran yang lebih lengkap dan terperinci tentang kehidupan Rasulullah.
Di samping itu, ia dapat membantu dan mempermudahkan lagi mempelajari ilmu-ilmu lain seperti tafsir dan sejarah
Islam. Ia juga menonjolkan nilai-nilai keinsanan yang praktis yang dilakukan oleh Rasulullah untuk ikutan generasi muda
kini supaya Rasulullah sentiasa menjadi qudwah mereka sepanjang hayat.
Minda Madani Online
http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 5 April, 2013, 23:58

More Related Content

What's hot

Materi hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmuMateri hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmuilmupendidikan
 
Sejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'anSejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'anRatih Aini
 
makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran rinskynufussa
 
hadits tentang menuntut ilmu
hadits tentang menuntut ilmuhadits tentang menuntut ilmu
hadits tentang menuntut ilmuhidayahinayati
 
Keawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuKeawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuDodyk Fallen
 
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMPKel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMPlestaridiana28
 
Presentasi makalah
Presentasi makalahPresentasi makalah
Presentasi makalahArdy Elqincy
 
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-aS p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-aLtfltf
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anLinbud
 
Materi hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmuMateri hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmuilmupendidikan
 
ppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmuppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmuMelda RD
 
Makalah hadist
Makalah hadist Makalah hadist
Makalah hadist Fadhilurc
 
Sejarah turunnya al quran
Sejarah turunnya al quranSejarah turunnya al quran
Sejarah turunnya al quranArifuddin Ali.
 

What's hot (20)

Materi hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmuMateri hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmu
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Sejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'anSejarah turunnya al qur'an
Sejarah turunnya al qur'an
 
makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran makalah Ijazul al quran
makalah Ijazul al quran
 
hadits tentang menuntut ilmu
hadits tentang menuntut ilmuhadits tentang menuntut ilmu
hadits tentang menuntut ilmu
 
Keawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmuKeawajian menuntut ilmu
Keawajian menuntut ilmu
 
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMPKel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
Kel. 1 Hadits menuntut ilmu PAI SMP
 
Makalah aik (hadits)
Makalah aik (hadits)Makalah aik (hadits)
Makalah aik (hadits)
 
Presentasi makalah
Presentasi makalahPresentasi makalah
Presentasi makalah
 
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-aS p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
 
Makalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'anMakalah I'jaaz Al qur'an
Makalah I'jaaz Al qur'an
 
Materi hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmuMateri hadits menuntut ilmu
Materi hadits menuntut ilmu
 
Kemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'anKemukjizatan al qur'an
Kemukjizatan al qur'an
 
ppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmuppt. kemuliaan ilmu
ppt. kemuliaan ilmu
 
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsmSp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
Sp%20 pendidikan%20islam%20kbsm
 
Ulumul Qur'an
Ulumul Qur'anUlumul Qur'an
Ulumul Qur'an
 
Makalah hadist
Makalah hadist Makalah hadist
Makalah hadist
 
Makalah ijaz alquran
Makalah ijaz alquranMakalah ijaz alquran
Makalah ijaz alquran
 
Hadis pada masa rasul
Hadis pada masa rasulHadis pada masa rasul
Hadis pada masa rasul
 
Sejarah turunnya al quran
Sejarah turunnya al quranSejarah turunnya al quran
Sejarah turunnya al quran
 

Viewers also liked

методы ускоренного конспектирования и чтения э. в. минько
методы ускоренного конспектирования и чтения э. в. минькометоды ускоренного конспектирования и чтения э. в. минько
методы ускоренного конспектирования и чтения э. в. минькоtop news
 
пошаговая инструкция достижения любой цели
пошаговая инструкция достижения любой целипошаговая инструкция достижения любой цели
пошаговая инструкция достижения любой целиEgor Melehin
 
Цели в жизни и пути их достижения
Цели в жизни и пути их достиженияЦели в жизни и пути их достижения
Цели в жизни и пути их достиженияDmitry Bulgakov
 
публикация подсказки как сделать больше и все успевать
публикация подсказки как сделать больше и все успеватьпубликация подсказки как сделать больше и все успевать
публикация подсказки как сделать больше и все успеватьЮлия Лукьяненко
 
Как привести дела в порядок
Как привести дела в порядокКак привести дела в порядок
Как привести дела в порядокNikita Rvachev
 
Chronodex Русифицированный ежедневник А5
Chronodex Русифицированный ежедневник А5Chronodex Русифицированный ежедневник А5
Chronodex Русифицированный ежедневник А5Ринат Успенский
 
12 Inspirational Quotes to Start the Year Off Right
12 Inspirational Quotes to Start the Year Off Right12 Inspirational Quotes to Start the Year Off Right
12 Inspirational Quotes to Start the Year Off RightO.C. Tanner
 
Top Tips For Working Smarter
Top Tips For Working SmarterTop Tips For Working Smarter
Top Tips For Working SmarterInterQuest Group
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...SlideShare
 

Viewers also liked (15)

Grocerylistitemsnew
GrocerylistitemsnewGrocerylistitemsnew
Grocerylistitemsnew
 
методы ускоренного конспектирования и чтения э. в. минько
методы ускоренного конспектирования и чтения э. в. минькометоды ускоренного конспектирования и чтения э. в. минько
методы ускоренного конспектирования и чтения э. в. минько
 
пошаговая инструкция достижения любой цели
пошаговая инструкция достижения любой целипошаговая инструкция достижения любой цели
пошаговая инструкция достижения любой цели
 
Цели в жизни и пути их достижения
Цели в жизни и пути их достиженияЦели в жизни и пути их достижения
Цели в жизни и пути их достижения
 
Список задач по правилу 1-3-5
Список задач по правилу 1-3-5Список задач по правилу 1-3-5
Список задач по правилу 1-3-5
 
--------------------.Docx (1)
 --------------------.Docx (1) --------------------.Docx (1)
--------------------.Docx (1)
 
публикация подсказки как сделать больше и все успевать
публикация подсказки как сделать больше и все успеватьпубликация подсказки как сделать больше и все успевать
публикация подсказки как сделать больше и все успевать
 
Desk stretches
Desk stretchesDesk stretches
Desk stretches
 
Как сделать nanoSIM и microSIM
Как сделать nanoSIM и microSIMКак сделать nanoSIM и microSIM
Как сделать nanoSIM и microSIM
 
Как привести дела в порядок
Как привести дела в порядокКак привести дела в порядок
Как привести дела в порядок
 
Chronodex Русифицированный ежедневник А5
Chronodex Русифицированный ежедневник А5Chronodex Русифицированный ежедневник А5
Chronodex Русифицированный ежедневник А5
 
Cornell
CornellCornell
Cornell
 
12 Inspirational Quotes to Start the Year Off Right
12 Inspirational Quotes to Start the Year Off Right12 Inspirational Quotes to Start the Year Off Right
12 Inspirational Quotes to Start the Year Off Right
 
Top Tips For Working Smarter
Top Tips For Working SmarterTop Tips For Working Smarter
Top Tips For Working Smarter
 
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
A Guide to SlideShare Analytics - Excerpts from Hubspot's Step by Step Guide ...
 

Similar to Memahami Sirah

Sirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-iSirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-iAsep Hidayat
 
Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?
Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?
Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?Islamic Invitation
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]akmalmustafakamal
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaieAzmi Mohd Zain
 
Contoh modul pai, sk,kd,id dan lks
Contoh modul pai, sk,kd,id dan lksContoh modul pai, sk,kd,id dan lks
Contoh modul pai, sk,kd,id dan lksAkram Atjeh
 
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANMEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANFirstky Firstky
 
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAWSejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAWHaristian Sahroni Putra
 
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islamKonsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islamAlamsyah Pratama
 
Makalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalamMakalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalamelmaryam
 
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anTugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anNur Alfiyatur Rochmah
 
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdfPengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdfZukét Printing
 
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docxPengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docxZukét Printing
 
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptxMateri Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptxMayArkoun
 
Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)
Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)
Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)UIN Alaluddin Makassar
 
Fiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-buti
Fiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-butiFiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-buti
Fiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-butiChe' Wan Azhar Shariffudin
 

Similar to Memahami Sirah (20)

Sirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-iSirah nabawiyah-jilid-i
Sirah nabawiyah-jilid-i
 
Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?
Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?
Kenapa kita mempelajari sejarah Rasulullah saw ?
 
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
Zaman Pemerintahan Rasul s.a.w [Sejarah Peradaban Islam (EP 20723)]
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
 
Contoh modul pai, sk,kd,id dan lks
Contoh modul pai, sk,kd,id dan lksContoh modul pai, sk,kd,id dan lks
Contoh modul pai, sk,kd,id dan lks
 
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUANMEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
MEMBANGKITKAN ISLAM MELALUI ILMU PENGETAHUAN
 
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAWSejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
Sejarah Peradaban Islam - Sejarah Islam Masa Nabi Muhammad SAW
 
Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2
Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2
Bab 3 quran hadis pedoman hidup 2
 
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islamKonsep kepemimpinan menurut pandangan islam
Konsep kepemimpinan menurut pandangan islam
 
Makalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalamMakalah ilmu kalam
Makalah ilmu kalam
 
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’anTugas pembuatan makalah studi al qur’an
Tugas pembuatan makalah studi al qur’an
 
Fiqh al-sirah-1
Fiqh al-sirah-1Fiqh al-sirah-1
Fiqh al-sirah-1
 
Asbabul wurud
Asbabul wurudAsbabul wurud
Asbabul wurud
 
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdfPengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.pdf
 
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docxPengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
Pengertian dan Sejarah Munculnya Tasawuf.docx
 
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptxMateri Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
Materi Dakwah Nabi Periode Makkah.pptx
 
Resi Seftiana.docx
Resi Seftiana.docxResi Seftiana.docx
Resi Seftiana.docx
 
Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran Mufassir Moden-Ulum Quran
Mufassir Moden-Ulum Quran
 
Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)
Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)
Makalah Ilmu Hadits (Sejarah Pekembangan Hadits)
 
Fiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-buti
Fiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-butiFiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-buti
Fiqh al-sirah-1 - muhammad sa’id ramadhan al-buti
 

Memahami Sirah

  • 1. Memahami Sirah Melengkapkan Kefahaman Islam Oleh: Mohd Rumaizuddin Ghazali Dalam konteks memahami Islam, sejarah adalah merupakan suatu yang sangat penting dipelajari. Apatah lagi mempelajari sejarah Rasulullah dan para sahabat atau dalam istilah khususnya disebut sebagai sirah. Dengan mempelajari sirah, kita dapat mengetahui bagaimana cara dan bentuk penyampaian yang dilakukan oleh Rasulullah, peringkat yang dilalui oleh baginda untuk mencapai matlamat dakwah. Melalui sirah, seseorang pendidik akan dapat mengetahui cara dan kaedah terbaik yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Misalnya, bagi seorang jeneral tentera dia dapat mengetahui etika peperangan, layanan yang diberi oleh baginda terhadap orang tawanan dan pesanan-pesanan Rasulullah kepada panglima perang. Pendek kata, semua golongan masyarakat daripada petani sehinggalah kepada ketua negara perlu mempelajari sirah untuk meningkatkan lagi personaliti dan prestasi pekerjaan mereka masing-masing. Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan memahami sirah ialah agar setiap orang muslim memperolehi gambaran sebenar tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah mengandungi beberapa faedah. Antara lainnya ialah: Pertama: memahami keperibadian nabi melalui celah-celah kehidupan dan keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahawa nabi Muhammad bukan sahaja seorang yang terkenal di antara kaumnya sahaja tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik dariNya. Kedua ialah agar manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan yang utama untuk dijadikan dastur dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi, betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah secara jelas dan sempurna. Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang beermaksud : “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21) Ketiga: ialah agar manusia mendapatkan dalam mempelajari sirah Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya. Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar, sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi bahawa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum. Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah Rasulullah s.a.w. seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode dakwahnya. Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan baginda mencakupi seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam. Juga sebagai ketua negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai muslim secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan masyarakat dengan baik. Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang pembuka kota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan wahyu kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad. Ustaz Uthman El-Muhammady menyebutkan bahawa sejarah timbulnya Nabi Muhammad s.a.w. di dunia adalah merupakan peristiwa yang paling penting dalam sejarah keagamaan dan kehidupan manusia. Kedatangan membawa kebenaran daripada ilahi dan juga contoh kesempurnaan kehidupan mengikut kehendak Ilahi merupakan bimbingan yang tidak ternilai harganya untuk manusia sejagat dan membawa rahmat ke seluruh alam ini. Oleh kerana kedudukan dirinya yang sedemikian tinggi dan sempurna dan juga oleh kerana kesan terhadap hidup manusia sedemikian besar, Minda Madani Online http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 5 April, 2013, 23:58
  • 2. serta pula oleh kerana kesedaran keagamaan dan rohaniyyah, maka umat Islam dalam masa awal Islam mengunakan masa, tenaga dan kemahiran mereka untuk mempelajari serta meneliti ilmu berkenaan dengan kehidupan dan pengajaran (sirah) nabi s.a.w. Ramai ahli sejarah dan pengarang-pengarang riwayat hidupnya dan juga riwayat hidup para sahabat r.a. mengumpulkan maklumat-maklumat yang sangat memberi pertolongan dalam memahami peribadi Baginda dan juga mereka yang terdidik olehnya pada zaman itu. Secara umum sumber dan rujukan sirah ada tiga iaitu: al-Quran, al-Sunnah nabawi yang shahih dan kitab-kitab sirah. Al-Quran merupakan rujukan utama untuk memahami sifat-sifat umum Rasulullah s.a.w. dan mengenal tahap-tahap umum dari sirah yang mulia ini. Al-Quran mengunakan dua pendekatan dalam mengemukakan sirah nabi ini iaitu dengan mengemukakan sebahagian kejadian dari kehidupan dan sirahnya seperti ayat-ayat yang menjelaskan tentang perang badar, perang uhud serta ayat-ayat yang mengisahkan perkahwinan dengan Zainab binti Jahsyi. Kedua mengomentarikan peristiwa-peristiwa yang terjadi untuk menjawab masalah-masalah yang timbul, mengungkapkan masalah yang belum jelas atau nasihat yang terkandung di dalamnya. Semua itu berkaitan dengan salah satu aspek dari sirahnya. Tetapi perbicaraan al-Quran tentang semua itu disampaikan secara umum dan terputus-putus serta penyajian secara global. Demikianlah cara al-Quran dalam menyampaikan setiap kisah tentang para nabi dan umat-umat terdahulu. Al-Sunnah pula adalah rujukan kedua yang terkandung dalam kitab-kitab hadis yang muktabar walaupun pada permulaannya belum tersusun secara urutan dan sistematik kerana pada kebanyakan ulamak hadis menyusun kitab mereka berdasarkan bab-bab feqah. Di antara keistimewaan sumber kedua ini ialah bahawa sebahagian besarnya isi riwayatnya dengan sanad yang shahih yang bersambung dengan Rasulullah seperti peristiwa haji al-Wada’ yang diriwayatkan secara terperinci. Antara buku rujukan terbaik dalam kategori ini ialah buku Asas fi Sunnah (Bahagian Sirah) oleh Said Hawa yang mana beliau telah menyusun hadis-hadis dan membahagikannya mengikut urutan masa hayat Rasulullah dari kitab-kitab hadis yang muktabar. Sumber ketiga ialah kitab-kitab sirah yang ditulis oleh pengkaji sirah nabi seperti Ibn Hisham yang terkenal dengan kitab sirah Ibn Hisham. Dalam kategori ini, terdapat kitab yang hanya membicarakan tentang peperangan yang disertai oleh Rasulullah seperti kitab Maghazi Urwah bin Zubir, kitab yang hanya membicarakan tentang mukjizat nabi seperti Dala’il al-Nubuwwah oleh Ibn Qutaibah, kitab yang hanya membicarakan akhlak nabi seperti Kitab al- Syama’il oleh al-Munziri. Pada zaman sekarang, terdapat buku-buku berkaitan sirah dalam bahasa Melayu sama ada ditulis oleh ulamak di sini atau terjemahan. Antaranya buku terjemahan sirah yang boleh didapati di pasaran ialah Fiqh Sirah oleh Dr. Said Ramadhan al-Buti, Fiqh Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali dan Sejarah Nabi oleh Abul Hassan Ali al-Nadwi. Kisah-kisah Nabi Muhammad telah tersebar luas ke alam Melayu dan kisah ini digubah kembali ke dalam bahasa Melayu dalam bentuk hikayat seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Kejadian Nur Muhammad, Cerita Nabi Lahir, Hikayat Khatim al-Nabi dan Hikayat Kejadian Baginda Rasulullah. Kitab-kitab ini merupakan penyaduran, ringkasan dan terjemahan dari bahasa Arab dan bahasa Parsi. Antara kepentingan sirah kepada kehidupan manusia dan pembinaan umat ialah kajian sirah dapat melengkapkan kefahaman tentang akidah kerana beriman kepada nabi menuntut supaya kita lebih memahami maklumat-maklumat diri Baginda s.a.w. Keduanya adalah menunaikan perintah Allah yang menyuruh supaya umat Islam mengikuti contoh teladannya. Oleh itu, melalui sirah umat Islam mendapat gambaran yang lebih lengkap dan terperinci tentang kehidupan Rasulullah. Di samping itu, ia dapat membantu dan mempermudahkan lagi mempelajari ilmu-ilmu lain seperti tafsir dan sejarah Islam. Ia juga menonjolkan nilai-nilai keinsanan yang praktis yang dilakukan oleh Rasulullah untuk ikutan generasi muda kini supaya Rasulullah sentiasa menjadi qudwah mereka sepanjang hayat. Minda Madani Online http://www.mindamadani.my Powered by Joomla! Generated: 5 April, 2013, 23:58