SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah
( Oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.)



Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan
Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari
datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’
Islamiyah.


Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam
maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang
telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk
menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi.


Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk
menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu
matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada. Kenyataan
dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim :


‫َﺎ َﱡ َﺎ اﱠ ِﯾ َ آ َُﻮاْ َ ِﯿ ُﻮاْ اﻟّ َ ََ ِﯿ ُﻮاْ اﻟ ﱠ ُﻮ َ َُوِْﻲ ا َﻣْ ِ ِﻨ ُﻢْ َِن َ َﺎ َﻋُْﻢْ ِﻲ‬
  ‫ﯾ أﯾﮭ ﻟﺬ ﻦ ﻣﻨ أﻃ ﻌ ﻠﮫ وأﻃ ﻌ ﺮﺳ ل وأ ﻟ ﻷ ﺮ ﻣ ﻜ ﻓﺈ ﺗﻨ ز ﺘ ﻓ‬
‫ﺷ ء ﻓﺮد ه إﻟ ﻠﮫ و ﺮﺳ ل إ ﻛ ﺘ ﺗ ﻣﻨ ن ﺑ ﻠﮫ و ﯿ م ﺧﺮ ذﻟﻚ ﺧ ﺮ وأ ﺴﻦ‬
ُ َ ْ‫َﻲْ ٍ َ ُ ﱡو ُ َِﻰ اﻟّ ِ َاﻟ ﱠ ُﻮ ِ ِن ُﻨُﻢْ ُﺆْ ُِﻮ َ ِﺎﻟّ ِ َاﻟْ َﻮْ ِ اﻵ ِ ِ َِ َ َﯿْ ٌ ََﺣ‬
‫ﺗوﻼ‬
ً ‫َﺄْ ِﯾ‬ (4:59)



4:59 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.


Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur,
Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam
tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman,
pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.”


Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama Sultan untuk
diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula.
Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru
mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah
kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’? Sebagai contoh-
apakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau
apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang
maghrib? Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita
umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’! Hukuman
‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan


                                                                                                                                            1
tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang. Perbahasan apakah kita harus menunggu
      sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa
      yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya. Yang jelas; apakah kita di abad ini
      bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu
      agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah
      negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘serambi Mekah’                              - iaitu bertindak
      mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang akan
      dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan
      beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat
      mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting
      dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini.


      Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? : Umat Islam pada umumnya tahu bahawa
      perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah
      Ali Imran ayat 75 yang bermaksud:
      Surah Ali Imran ayat 75 :
‫وﻣ أ ﻞ ﻜﺘ ب ﻣ إ ﺗ ﻣ ﮫ ﺑﻘ ﻄ ر ﯾﺆده إﻟ ﻚ وﻣ ﮭ ﻣ إ ﺗ ﻣ ﮫ ﺑﺪ ﻨ ر ﻻ‬
‫َ ِﻦْ َھْ ِ اﻟْ َِﺎ ِ َﻦْ ِن َﺄْ َﻨْ ُ ِ ِﻨ َﺎ ٍ ُ َ ﱢ ِ َِﯿْ َ َ ِﻨْ ُﻢ ﱠﻦْ ِن َﺄْ َﻨْ ُ ِ ِﯾ َﺎ ٍ ﱠ‬
                                                                                                 ‫ﯾﺆده‬
                                                                                                 ِ‫ُ َ ﱢ‬
                                      ‫إﻟ ﻚ إﻻ ﻣ د ﺖ ﻋﻠ ﮫ ﻗ ﺋﻤ ذﻟﻚ ﺑﺄﻧﮭ ﻗ ﻟ ﻟ ﺲ‬
                                      َ ْ‫َِﯿْ َ ِ ﱠ َﺎ ُﻣْ َ ََﯿْ ِ َﺂ ِ ًﺎ َِ َ َِ ﱠ ُﻢْ َﺎُﻮاْ َﯿ‬
                      ‫ﻋﻠ ﻨ ﻓ ﻷﻣﯿ ﻦ ﺳﺒ ﻞ وﯾﻘ ﻟ ن ﻋﻠ ﻠﮫ ﻜﺬب وھ ﯾ ﻠﻤ ن‬
                      َ ‫ََﯿْ َﺎ ِﻲ ا ُ ﱢ ﱢﯿ َ َ ِﯿ ٌ َ َ ُﻮُﻮ َ ََﻰ اﻟّ ِ اﻟْ َ ِ َ َ ُﻢْ َﻌَْ ُﻮ‬
                     (3: 5 )
                       7




      3:75 (Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya
      kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya
      padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami
      terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui."

      Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya
      yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata:

      “Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau
      berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran. Ini bermakna,
      ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. “

      Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan
      suatu ‘amanah besar’ kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk
      mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar
      hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya? Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli
      Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak
      kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924! Bukankah ‘matawang’ adalah
      ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan?
      Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t
      secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta
      kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudah melanggar hukum Allah s.w.t.? Siapa ‘ahlul kitab’ ini? Ya


                                                                                                                               2
mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat
mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada
matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya
ia sama sahaja. Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah
s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian
Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah
berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’
tersebut! Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai
‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu
sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju
menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika.
Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua
negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang
amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan
mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas! Bukankah sangat tepat
tafsiran ayat ini dalam kitabullah?



Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan
‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah
sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’! Hari ini semua negara
di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam
suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata. Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas
amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana
gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’
dan ‘api’. Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang
‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai
‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh
dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme
dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi
memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir,
menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah
memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana
kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’! Sebabnya? Ya, sebabnya ialah kesenangan dan
kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia
menzalimi umat manusia seluruh alam.




                                                                                                  3
Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana
sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata! Betapa tidaknya; sistem
Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang
berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai
‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil
pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’
dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu. Apabila berlaku
sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka
dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang
mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum
membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini!



Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang
sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru;
‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu
tangan yang mencurinya daripada poket rakyat! Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya –
rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka
membuat apa-apa kerja! Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam
masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah
moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar! Semua jenis
penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini!


Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk
menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa
kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah
menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika!

Mari pula kita lihat apa kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham :
Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telah menulis :


“Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat,
nikah, dan hudud, dan sebagainya. Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran
(dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).”
Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh
dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka
dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas
semua ukuran ini.”


Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu
Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana


                                                                                                                          4
kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada
ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1
mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram. Timbangan berat dinar dan
dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang
digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan.


Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 nanti adalah suatu
usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan
tetapi juga kepada umat Islam di abad ini. Dengan mennggunakan dinar dan dirham, kita boleh
menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu
Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud. Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah
pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti. Bermula pada tarikh ini ; rakyat negeri
Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual
beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan. Pada masa ini lebih daripada
600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang
Syariah dinar dirham Kelantan. Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan
akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar
dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!............bersambung.




                                                                                                   5

More Related Content

What's hot (20)

Riba
RibaRiba
Riba
 
Riba dalam perspektif islam
Riba dalam perspektif islamRiba dalam perspektif islam
Riba dalam perspektif islam
 
Modul iii riba
Modul iii ribaModul iii riba
Modul iii riba
 
70. riba dan bunga dalam ISLAM
70. riba dan bunga dalam ISLAM70. riba dan bunga dalam ISLAM
70. riba dan bunga dalam ISLAM
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
Mengenal Riba
Mengenal RibaMengenal Riba
Mengenal Riba
 
Amanah seorang pemimpin
Amanah seorang pemimpinAmanah seorang pemimpin
Amanah seorang pemimpin
 
06 hukum riba 2015
06 hukum riba 201506 hukum riba 2015
06 hukum riba 2015
 
01. membangun bisnis syariah
01. membangun bisnis syariah01. membangun bisnis syariah
01. membangun bisnis syariah
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Kelompokfiqih 160119032428(1)
Kelompokfiqih 160119032428(1)Kelompokfiqih 160119032428(1)
Kelompokfiqih 160119032428(1)
 
Fikihmuamalah
FikihmuamalahFikihmuamalah
Fikihmuamalah
 
Riba’
Riba’Riba’
Riba’
 
Riba - Dosanya NgeRIBAnget [PPT]
Riba - Dosanya NgeRIBAnget [PPT]Riba - Dosanya NgeRIBAnget [PPT]
Riba - Dosanya NgeRIBAnget [PPT]
 
Word haji dan umrah . tekpen
Word haji dan umrah . tekpenWord haji dan umrah . tekpen
Word haji dan umrah . tekpen
 
Tafsir ayat ayat riba
Tafsir ayat ayat ribaTafsir ayat ayat riba
Tafsir ayat ayat riba
 
Konsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusia
Konsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusiaKonsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusia
Konsep kewajipan zakat dan pengharaman riba dalam kehidupan manusia
 
#02# riba dan jenis jenisnya
#02# riba dan jenis jenisnya#02# riba dan jenis jenisnya
#02# riba dan jenis jenisnya
 
Kajian Islam Kontemporer - Perjanjian Hudaibiyah
Kajian Islam Kontemporer - Perjanjian HudaibiyahKajian Islam Kontemporer - Perjanjian Hudaibiyah
Kajian Islam Kontemporer - Perjanjian Hudaibiyah
 
Tafsir Ayat Riba
Tafsir Ayat RibaTafsir Ayat Riba
Tafsir Ayat Riba
 

Viewers also liked

Altered states of consciousness hypnosis
Altered states of consciousness hypnosisAltered states of consciousness hypnosis
Altered states of consciousness hypnosisAmy Reynolds
 
Gardner's multiple intelligences2
Gardner's multiple intelligences2Gardner's multiple intelligences2
Gardner's multiple intelligences2Amy Reynolds
 
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp0225sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02Norita Rosdi
 
Reinforcers and punishment
Reinforcers and punishmentReinforcers and punishment
Reinforcers and punishmentAmy Reynolds
 
Major persectives in psychology
Major persectives in psychologyMajor persectives in psychology
Major persectives in psychologyAmy Reynolds
 
Himpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quranHimpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quranNorita Rosdi
 
Design concepts
Design conceptsDesign concepts
Design conceptsannbui
 
Reinforcers and punishment
Reinforcers and punishmentReinforcers and punishment
Reinforcers and punishmentAmy Reynolds
 
認清真相 走出漩渦 簡介
認清真相  走出漩渦 簡介認清真相  走出漩渦 簡介
認清真相 走出漩渦 簡介clarkyang
 
Design concepts
Design conceptsDesign concepts
Design conceptsannbui
 
Bab%20 i%2cv
Bab%20 i%2cvBab%20 i%2cv
Bab%20 i%2cvory_fakod
 
Akhlak & etika bekerja dalam islam
Akhlak & etika bekerja dalam islamAkhlak & etika bekerja dalam islam
Akhlak & etika bekerja dalam islamNorita Rosdi
 

Viewers also liked (14)

Altered states of consciousness hypnosis
Altered states of consciousness hypnosisAltered states of consciousness hypnosis
Altered states of consciousness hypnosis
 
Gardner's multiple intelligences2
Gardner's multiple intelligences2Gardner's multiple intelligences2
Gardner's multiple intelligences2
 
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp0225sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
25sample aktivitidanpermainankreatifislami-090819064208-phpapp02
 
Reinforcers and punishment
Reinforcers and punishmentReinforcers and punishment
Reinforcers and punishment
 
Major persectives in psychology
Major persectives in psychologyMajor persectives in psychology
Major persectives in psychology
 
Himpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quranHimpunan doa dlm_quran
Himpunan doa dlm_quran
 
Design concepts
Design conceptsDesign concepts
Design concepts
 
Reinforcers and punishment
Reinforcers and punishmentReinforcers and punishment
Reinforcers and punishment
 
認清真相 走出漩渦 簡介
認清真相  走出漩渦 簡介認清真相  走出漩渦 簡介
認清真相 走出漩渦 簡介
 
Design concepts
Design conceptsDesign concepts
Design concepts
 
Bab%20 i%2cv
Bab%20 i%2cvBab%20 i%2cv
Bab%20 i%2cv
 
Organ Donation; Donate Life
Organ Donation; Donate LifeOrgan Donation; Donate Life
Organ Donation; Donate Life
 
Al beruni
Al beruniAl beruni
Al beruni
 
Akhlak & etika bekerja dalam islam
Akhlak & etika bekerja dalam islamAkhlak & etika bekerja dalam islam
Akhlak & etika bekerja dalam islam
 

Similar to Article 1 matawang syariah

wakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdf
wakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdfwakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdf
wakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdfSalsalbilaHusna
 
PS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdf
PS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdfPS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdf
PS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdfIsmanLeandro
 
ZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptx
ZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptxZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptx
ZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptxSharulAzharAhmad
 
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxRIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxMikaMee
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiMuhsin Hariyanto
 
Kertas kerja zakat
Kertas kerja zakatKertas kerja zakat
Kertas kerja zakatNoor Mahmud
 
MEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAM
MEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAMMEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAM
MEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAMSetiono Winardi
 
Makalah sedekah
Makalah  sedekahMakalah  sedekah
Makalah sedekahHaubibBro
 
Genap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islam
Genap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islamGenap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islam
Genap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islamWahyu Mulyana
 
Amalan terbaik pembangunan sosial
Amalan terbaik pembangunan sosialAmalan terbaik pembangunan sosial
Amalan terbaik pembangunan sosialmeylahasim97
 
Makalah Konsep Zakat Dan Macamnya
Makalah Konsep Zakat Dan MacamnyaMakalah Konsep Zakat Dan Macamnya
Makalah Konsep Zakat Dan MacamnyaMuhammad Idris
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiMuhsin Hariyanto
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiMuhsin Hariyanto
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiMuhsin Hariyanto
 
Ekonomi syariah tentang riba
Ekonomi syariah tentang ribaEkonomi syariah tentang riba
Ekonomi syariah tentang ribanadhifarahma
 

Similar to Article 1 matawang syariah (20)

wakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdf
wakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdfwakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdf
wakalah hibah dan wakaf kajian doc....pdf
 
PS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdf
PS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdfPS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdf
PS4RK_Tafsir_Ayat_Alquran_Tentang_Riba.pdf
 
ZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptx
ZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptxZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptx
ZAKAT HARTA KANAK-KANAK.pptx
 
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptxRIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
RIBA DAN HUTANG PIUTAN.pptx
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugi
 
Kertas kerja zakat
Kertas kerja zakatKertas kerja zakat
Kertas kerja zakat
 
MEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAM
MEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAMMEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAM
MEMBERDAYAKAN POTENSI UMAT ISLAM YANG TERPENDAM
 
Sharf
SharfSharf
Sharf
 
Makalah sedekah
Makalah  sedekahMakalah  sedekah
Makalah sedekah
 
Shodaqoh.docx
Shodaqoh.docxShodaqoh.docx
Shodaqoh.docx
 
Genap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islam
Genap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islamGenap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islam
Genap xi 4.-hidup-berkah-dengan-ekonomi-islam
 
Makalah Masyarakat Madani
Makalah Masyarakat MadaniMakalah Masyarakat Madani
Makalah Masyarakat Madani
 
Tugas agama islam
Tugas agama islamTugas agama islam
Tugas agama islam
 
Tugas agama islam
Tugas agama islamTugas agama islam
Tugas agama islam
 
Amalan terbaik pembangunan sosial
Amalan terbaik pembangunan sosialAmalan terbaik pembangunan sosial
Amalan terbaik pembangunan sosial
 
Makalah Konsep Zakat Dan Macamnya
Makalah Konsep Zakat Dan MacamnyaMakalah Konsep Zakat Dan Macamnya
Makalah Konsep Zakat Dan Macamnya
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugi
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugi
 
Orang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugiOrang yang beruntung dan rugi
Orang yang beruntung dan rugi
 
Ekonomi syariah tentang riba
Ekonomi syariah tentang ribaEkonomi syariah tentang riba
Ekonomi syariah tentang riba
 

Article 1 matawang syariah

  • 1. Dinar & Dirham Kelantan Matawang Syariah ( Oleh Hajjah Nik Mahani Binti Mohamad –Pengarah Eksekutif Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd.) Umat Islam di abad ini tahu dan sememangnya sedar bahawa kita telah kehilanggan pemerintahan Islam sejak jatuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1924. Umat Islam menunggu akan hari datangnya suatu keadaan di mana umat Islam akan kembali bersatu dan membawa balik ‘daulah’ Islamiyah. Ramai yang berpendapat bahawa selagi kita belum dapat mewujudkan sebuah pemerintahan Islam maka persatuan ummah tidak dapat zahirkan. Terdapat banyak analisis tentang keadaan umat yang telah ditulis, pelbagai cadangan telah dikemukakan dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyatupadukan umat Islam tetapi umat Islam di abad ini masih belum dapat disatukan lagi. Kini, telah ada keyakinan bahawa seperkara yang boleh menyatupadukan umat Islam dan untuk menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat ialah dengan mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh digunakan oleh orang Islam di mana sahaja mereka berada. Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan satu ayat Al Quran Nul Karim : ‫َﺎ َﱡ َﺎ اﱠ ِﯾ َ آ َُﻮاْ َ ِﯿ ُﻮاْ اﻟّ َ ََ ِﯿ ُﻮاْ اﻟ ﱠ ُﻮ َ َُوِْﻲ ا َﻣْ ِ ِﻨ ُﻢْ َِن َ َﺎ َﻋُْﻢْ ِﻲ‬ ‫ﯾ أﯾﮭ ﻟﺬ ﻦ ﻣﻨ أﻃ ﻌ ﻠﮫ وأﻃ ﻌ ﺮﺳ ل وأ ﻟ ﻷ ﺮ ﻣ ﻜ ﻓﺈ ﺗﻨ ز ﺘ ﻓ‬ ‫ﺷ ء ﻓﺮد ه إﻟ ﻠﮫ و ﺮﺳ ل إ ﻛ ﺘ ﺗ ﻣﻨ ن ﺑ ﻠﮫ و ﯿ م ﺧﺮ ذﻟﻚ ﺧ ﺮ وأ ﺴﻦ‬ ُ َ ْ‫َﻲْ ٍ َ ُ ﱡو ُ َِﻰ اﻟّ ِ َاﻟ ﱠ ُﻮ ِ ِن ُﻨُﻢْ ُﺆْ ُِﻮ َ ِﺎﻟّ ِ َاﻟْ َﻮْ ِ اﻵ ِ ِ َِ َ َﯿْ ٌ ََﺣ‬ ‫ﺗوﻼ‬ ً ‫َﺄْ ِﯾ‬ (4:59) 4:59 (Malay) Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273); ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.” Justeru, itu pengeluaran matawang ‘dinar dan dirham’ merupakan kewajipan pertama Sultan untuk diperintahkan dan dipatuhi. Berdasarkan ayat inilah, matawang Syariah dikembalikan semula. Perbahasan bahawa umat Islam harus menunggu kebangkitan sebuah ‘ Kerajaan Islam’ dahulu baru mahu menegakkan yang ‘haq’ adalah suatu pendapat yang kurang tepat pada pendapat penulis. Apakah kita harus tunggu sesiapa untuk kita menegakkan yang ‘haq’? atau yang ‘wajib’? Sebagai contoh- apakah jika sebuah negara itu kuffar maka kita tak perlu sembahyang kerana takut dimarahi? Atau apakah kita harus menunggu persetujuan daripada kerajaan kuffar untuk kita menunaikan sembahyang maghrib? Tentunya perkara yang wajib tetap kita lakukan walaupun ia tidak dibenarkan kerana kita umat Islam wajib menunaikan sembahyang; kerana ibadah sembahyang itu adalah ‘haq’! Hukuman ‘tidak sembahyang’ tetap kena kepada kita walaupun `Kerajaan Kuffar’ mithalnya, tidak memberikan 1
  • 2. tempat yang khusus untuk kita menunaikan sembahyang. Perbahasan apakah kita harus menunggu sahaja tanpa membuat sesuatu usaha atau apakah kita wajib melangkah terus cuba menegakkan apa yang haq adalah suatu perbahasan yang tiada penghujungnya. Yang jelas; apakah kita di abad ini bertindak dengan hanya kaku menunggu ‘bulan jatuh ke riba’ atau pun mula bangkit melakukan sesuatu agar apa yang kita impikan boleh tercapai?. Maka inilah keputusan yang diambil oleh pemimpin sebuah negeri kecil yang ramai memberikan takrif sebagai negeri ‘serambi Mekah’ - iaitu bertindak mengembalikan semula matawang Syariah – emas dinar dan perak dirham Kelantan yang akan dilancarkan pada 12hb Ogos 2010 nanti Insya Allah. Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dengan beraninya mengorak langkah membawa balik matawang Syariah ini di tengah-tengah masyarakat mereka kerana rasa tanggungjawab dan kesedaran bahawa ia adalah suatu perkara yang terlalu penting dan menjadi perkara pokok dalam deenul Islam di abad ini. Apakah penghujjahan mengenai matawang Syariah ini? : Umat Islam pada umumnya tahu bahawa perkataan ‘dinar’ dan ‘dirham’ wujud dalam Kitabullah Al Quran Nul Karim. Salah satunya ialah Surah Ali Imran ayat 75 yang bermaksud: Surah Ali Imran ayat 75 : ‫وﻣ أ ﻞ ﻜﺘ ب ﻣ إ ﺗ ﻣ ﮫ ﺑﻘ ﻄ ر ﯾﺆده إﻟ ﻚ وﻣ ﮭ ﻣ إ ﺗ ﻣ ﮫ ﺑﺪ ﻨ ر ﻻ‬ ‫َ ِﻦْ َھْ ِ اﻟْ َِﺎ ِ َﻦْ ِن َﺄْ َﻨْ ُ ِ ِﻨ َﺎ ٍ ُ َ ﱢ ِ َِﯿْ َ َ ِﻨْ ُﻢ ﱠﻦْ ِن َﺄْ َﻨْ ُ ِ ِﯾ َﺎ ٍ ﱠ‬ ‫ﯾﺆده‬ ِ‫ُ َ ﱢ‬ ‫إﻟ ﻚ إﻻ ﻣ د ﺖ ﻋﻠ ﮫ ﻗ ﺋﻤ ذﻟﻚ ﺑﺄﻧﮭ ﻗ ﻟ ﻟ ﺲ‬ َ ْ‫َِﯿْ َ ِ ﱠ َﺎ ُﻣْ َ ََﯿْ ِ َﺂ ِ ًﺎ َِ َ َِ ﱠ ُﻢْ َﺎُﻮاْ َﯿ‬ ‫ﻋﻠ ﻨ ﻓ ﻷﻣﯿ ﻦ ﺳﺒ ﻞ وﯾﻘ ﻟ ن ﻋﻠ ﻠﮫ ﻜﺬب وھ ﯾ ﻠﻤ ن‬ َ ‫ََﯿْ َﺎ ِﻲ ا ُ ﱢ ﱢﯿ َ َ ِﯿ ٌ َ َ ُﻮُﻮ َ ََﻰ اﻟّ ِ اﻟْ َ ِ َ َ ُﻢْ َﻌَْ ُﻮ‬ (3: 5 ) 7 3:75 (Malay) "Di antara Ahli Kitab ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu Dinar, tidak dikembalikannya padamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: ""Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang umi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui." Tokoh berwibawa dan terkenal dalam hukum al-Quran, Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi, dalam kitabnya yang terkemuka “Ahkamul Quran” berkata: “Pengajaran yang dapat diambil daripada ayat ini ialah larangan mengamanahkan barangan kepada Ahli Kitab.”dan beliau berkata lagi “Perkara berhubung dengan tindakan mengamanahkan harta benda telah tergubal dalam al-Quran. Ini bermakna, ayat tersebut merupakan hukum yang telah ditetapkan dan penting sekali kepada agama. “ Ini bermakna umat Islam berada dalam keadaan yang amat berbahaya kerana kita telah memberikan suatu ‘amanah besar’ kepada kaum ahlul kitab iaitu, menyerahkan ‘harta benda’ umat Islam untuk mereka tadbirkan! Berdasarkan ayat ini sahaja pun jelas kita umat Islam di abad ini telah melanggar hukum yang telah ditetapkan. Apakah hukumnya? Ya, kita telah memberikan ‘amanah’ kepada Ahli Kitab dengan cara kita membiarkan urusan harta benda kita ke tangan mereka di abad ini atau sejak kejatuhan Kerajaan berkhalifah Uthmaniyyah bermula pada tahun 1924! Bukankah ‘matawang’ adalah ‘harta benda’ dan ‘memberikan amanah’ bererti menyerahkan ke tangan mereka suatu kepercayaan? Hari ini dan di abad ini kedua-dua perkara yang ditafsirkan dalam ayat ini telah kita cabuli! Allah s.w.t secara khususnya telah melarang umat Islam menyerahkan kepercayaan atas perkara hal ehwal harta kepada ‘Ahlul Kitab’ tetapi bukankah kita sudah melanggar hukum Allah s.w.t.? Siapa ‘ahlul kitab’ ini? Ya 2
  • 3. mereka ialah bangsa ‘Yahudi’ dan `Nasrani’ serta kaum bukan Islam! Bukankah mereka dan suku sakat mereka yang mengepalai amalan riba di abad ini?. Amalan riba yang besar di abad ini ialah pada matawang kertas dan semua sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam kerana pada asasnya ia sama sahaja. Penyerahan ‘amanah’ ini amat besar ertinya dan sangat tepat sekali larangan Allah s.w.t. Kita telah memberikan persetujuan atau membuat ‘baiah’ dengan memasuki perjanjian Brettonwoods pada tahun 1945 . Itulah ‘amanah’ yang umat Islam bersama-sama umat-umat lain telah berikan kepada ‘ahlul kitab’ ini! Dan sejarah membuktikan betapa mereka telah merosakkan ‘amanah’ tersebut! Pada masa itu bila dunia (44 buah negara) bersetuju menerima Dollar Amerika sebagai ‘matawang resab’ kerana janji mereka bahawa setiap Dollar Amerika telah bersandarkan emas iaitu sebanyak USD35 bagi setiap auns emas, maka maksud perjanjian yang dimeterai itu ialah bersetuju menggantikan sandaran emas pada matawang kertas negara masing-masing dengan Dollar Amerika. Mereka mengatakan ‘Dollar Amerika as good as gold’! (Dollar Amerika sebaik emas). Apabila semua negara dalam pakatan perjanjian tersebut akur; mereka mendapati Amerika Syarikat yang memegang amanah tersebut mula menodainya sehingga pada tahun 1971 mereka telah ‘pecah amanah’ dengan mengisytiharkan matawang Dollar Amerika tiada lagi bersandarkan emas! Bukankah sangat tepat tafsiran ayat ini dalam kitabullah? Kita telah menyerahkan bukan sahaja ‘amanah’ kepada mereka bila kita melangkah kepada penggunaan ‘matawang kertas’ tetapi juga istilah ’harta benda’ melibatkan semua aspek harta benda termasuklah sistem perbankan yang kononnya merupakan institusi penjanaan ‘harta benda’! Hari ini semua negara di dunia berada dalam suatu pembohongan yang amat nyata sekali kerana kita bersekongkol dalam suatu sistem Kapitalisme yang amat mengelirukan rakyat jelata. Dakyah ‘kekayaan’ yang diasaskan atas amalan riba memberikan kesenangan yang sebegitu menakjubkan, maka benarlah sepertimana gambaran sebuah hadith Rasullullah s.a.w. bahawa dakyah yang mereka bawa ialah seumpama ‘sungai’ dan ‘api’. Wang kertas serta sistem perbankan tidak terkecuali perbankan Islam menjana wang-wang ‘kredit’ yang terhasil daripada sistem perbankan yang mengamalkan apa yang dikenali sebagai ‘fractional reserve banking’ di mana setiap wang yang didepositkan ke dalam sistem perbankan boleh dikembangkan sehingga 20 kali ganda, menjadikan ekonomi semasa berasaskan sistem Kapitalisme dapat memberikan pinjaman hutang yang sebegitu besar yang dengannya menjana ekonomi memberikan kemakmuran kesenangan hidup sepertimana sebuah ‘sungai’ yang mengalir, menyuburkan semua tumbuh-tumbuhan di sekitarnya. Tetapi hadith Rasullullah s.a.w. telah memberitahu kita umatnya, bahawa janganlah sangkakan ‘sungai’ tersebut sebagai benar kerana kenyataan sebenar ‘sungai’ tersebut ialah ‘api’! Sebabnya? Ya, sebabnya ialah kesenangan dan kemakmuran yang dibawa adalah atas asas amalan riba yang akan dituntut oleh ‘api’ kerana ia menzalimi umat manusia seluruh alam. 3
  • 4. Kezaliman yang diasaskan atas amalan riba ini menyebabkan harta tiada lagi beredar sebagaimana sepatutnya tetapi hanya tertumpu kepada orang-orang kaya semata! Betapa tidaknya; sistem Kapitalisme dalam sistem perbankan hanya memihak kepada orang berada di mana mereka yang berharta dan menyimpan wang di bank-bank akan menimba ‘bunga’ atau diistilahkan juga sebagai ‘faedah’ atau ‘interest’ atas simpanan mereka tanpa bekerja walhal satu pihak lagi yang mengambil pinjaman bukan sahaja akan dikenakan cagaran malah pihak bank menghasilkan `wang atas angin’ dengan mengenakan bunga atau ‘interest’ atas pinjaman yang mereka berikan itu. Apabila berlaku sesuatu keadaan di mana orang yang berhutang tadi tidak berjaya dalam urusan perniagaan mereka dan menyebabkan mereka tidak berupaya membayar semula pinjaman; maka semua cagaran yang mereka sandarkan tadi akan dileburkan menjadikan keadaan mereka jauh lebih teruk daripada sebelum membuat pinjaman! Berapa ramai umat Islam tergulung dalam dakyah sebegini! Penggunaan wang kertas pula menyebabkan rakyat tertipu dengan dakyah ‘inflasi’. Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali Kerajaan Pusat mengeluarkan wang Ringgit Malaysia yang baru; ‘kuasa pembelian’ pada setiap keping kertas Ringgit Malaysia akan berkurangan seolah-olah ada satu tangan yang mencurinya daripada poket rakyat! Keadaan ini berterusan berlaku sehinggalah hasilnya – rakyat miskin akan bertambah miskin dan rakyat yang kaya menjadi bertambah kaya tanpa mereka membuat apa-apa kerja! Kepincangan masyarakat yang sebegini mengakibatkan kerosakan dalam masyarakat pada segi sosial dan akhlak sehinggakan masyarakat umat Islam hari ini sebegitu rendah moralnya dan anak-anak muda serta semua lapisan masyarakat Islam hari ini tercemar! Semua jenis penyakit dalam masyarakat ada pada umat Islam hari ini! Pada sudut yang lain pula, rukun iman kita telah tercemar apabila kita menggunakan wang kertas untuk menggantikan wang dinar dan dirham! Bukankah salah satu ‘rukun iman’ ialah percaya bahawa kitabullah Al Quran nul karim tiada cacat cela walaupun satu huruf perkataan? Inikan pula kita telah menggantikan perkataan ‘dinar dan dirham’ dengan Ringgit Malaysia! Rupiah! Dollar Amerika! Mari pula kita lihat apa kata lain-lain ulama’ terdahulu mengenai perkara dinar dan dirham : Ibn Khaldun, dalam kitabnya -Al-Muqaddimah telah menulis : “Al-Quran ada menyebutnya (dinar & dirham) dan menetapkan banyak hukum berkaitan dengannya, sebagai contoh zakat, nikah, dan hudud, dan sebagainya. Oleh itu, dalam al-Quran, ia perlu ada hakikat dan ukuran khusus untuk dibuat taksiran (dalam zakat, dan sebagainya) di mana hal ini perlu bersandar pada hukumnya, bukan pada yang bukan syarii (duit yang lain).” Dan “Ketahuilah bahawa sejak bemulanya Islam dan zaman sahabah serta pengikut, wujud ijmak yang mengatakan sepuluh dirham syariah setara dengan tujuh miskal (berat dinar) emas… Berat satu miskal emas ialah tujuh puluh dua biji barli, maka dirham yang merupakan tujuh per sepuluh daripadanya ialah lima puluh dua per lima biji. Ijmak telah menetapkan dengan jelas semua ukuran ini.” Jelas apa yang diterangkan oleh Ibnu Khaldun ialah dinar dan dirham ialah matawang Syarii. Ibnu Khaldun dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua matawang ini adalah matawang Syarii kerana 4
  • 5. kedua-dua matawang ini disebut dalam hukum-hukum berkaitan zakat;nikah dan hudud. dan telah ada ijma’ ulama’ sejak bermulanya Islam; zaman sahabat serta pengikutnya bahawa satu dinar itu ialah 1 mithqal yang hari ini bila dikira dengan timbangan gram ialah 4.25gram. Timbangan berat dinar dan dirham itu dikenali sebagai Piawaian Saiyyidina Umar Al-Khattab r.a. Timbangan inilah juga yang digunakan untuk emas dinar dan perak dirham Kelantan. Kembalinya dinar dan dirham Kelantan dalam edaran bermula pada 12hb Ogos 2010 nanti adalah suatu usaha yang sangat besar implikasinya kepada umat Islam bukan sahaja kepada rakyat negeri Kelantan tetapi juga kepada umat Islam di abad ini. Dengan mennggunakan dinar dan dirham, kita boleh menegakkan kembali hukum-hukum yang berkaitan dengannya sepertimana yang dikatakan oleh Ibnu Khaldun; iaitu zakat; nikah dan hudud. Impak yang paling bererti bagi umat Islam di abad ini ialah pembayaran zakat dengan matawang dinar dan dirham nanti. Bermula pada tarikh ini ; rakyat negeri Kelantan khususnya akan dapat melangkah keluar daripada amalan riba dengan keberupayaan berjual beli dengan menggunakan matawang Syariah dinar dan dirham Kelantan. Pada masa ini lebih daripada 600 buah kedai di Kota Bharu sudah sedia menerima pembayaran dengan menggunakan matawang Syariah dinar dirham Kelantan. Selain itu, 25% gaji akan mula dibayar dengannya; bil-bil air Kelantan akan mula dapat dibayar dengan dinar dirham Kelantan; zakat pada tahun 1431 H akan mula dibayar dengan dinar dan dirham Kelantan, Insya Allah!............bersambung. 5