Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Motivasi bsama siswa
1. Kertas Kerja
Program Motivasi Pelajar Bersama Siswa
1.0 Pengenalan
Institut pengajian tinggi adalah merupakan destinasi kemuncak bagi setiap
pelajar. Namun, seringkali terdapat kurangnya motivasi dan galakan justeru
ceteknya pengetahuan mereka tentang maklumat yang berkaitan dengan institut
pengajian tinggi samada dari segi kursus-kursus yang ditawarkan mahupun
budaya hidup masyarakat kampus. Justeru itu, adalah perlu bagi pelajar-pelajar
ini diberikan pendedahan tentang institut pengajian tinggi dan senario yang
berada di dalamnya supaya motivasi pelajar dapat ditingkatkan.
2.0 Rasional
2.1 Murid perlu mendapat pendedahan tentang kehidupan di IPT untuk
membuka minda mereka mengenali kehidupan di kampus.
2.2 Pendedahan senario kehidupan pelajar di kampus membolehkan pelajar
bermotivasi untuk meneruskan pengajian di IPT.
2.3 Hubungan pelajar dengan pelajar di IPT dapat meningkatkan keinginan
dan kesungguhan pelajar untuk mencapai matlamat dalam kursus-kursus
tertentu di IPT
3.0 Objektif
Adalah diharapkan pada akhir program ini pelajar akan dapat :
3.1 Pendedahan mengenai kehidupan di kampus.
3.2 Mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan di UKM
3.3 Meningkatkan motivasi untuk melanjutkan pelajaran ke IPT
3.4 Membina perhubungan dengan siswi kampus di UKM
4.0 Pengendalian Kursus
Pengendalian kursus akan dijalankan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar UKM di
bawah Unit Perhubungan dan Latihan Pelajar UKM. Ianya akan dijalankan
selama dua hari iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu.
5.0 Kumpulan sasaran
Semua ahli Kelab Bimbingan dan Kerjaya serta semua ahli Pembimbing Rakan
Sebaya yang terletak di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling ……
2. 6.0 Tempoh, Tarikh dan Tempat Kursus
Tempoh : .
Tarikh : .
Tempat : .
16.0 Anggaran Perbelanjaan Bagi Satu pakej (rujuk lampiran)
17.0 Aturcara
Segalanya ditentukan oleh Unit Perhubungan Latihan Pelajar UKM
18.0 Penutup
Diharapkan para pelajar yang mengikuti program ini akan mendapat manfaat daripada
program ini untuk kepentingan diri dan masa depan mereka sendiri bukan sahaja dalam
pembentukan sahsiah dan kepimpinan malahan apa yang lebih penting adalah dalam
bidang akademik. Dalam masa yang sama dapat membantu pihak
sekolah untuk meningkatkan pembentukan budaya sekolah ke arah yang akademik dan
sahsiah yang lebih bermakna.
3. Lampiran 1
ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
PERBELANJAAN RM
Pengangkutan bas 1,000.00
Penginapan 42 orang @ RM3.00 126.00
Wang Kecemasan dan hal-hal berkaitan 50.00
Jumlah 1176.00
PENDAPATAN
Bayaran Pelajar 40 orang @ RM20.00 800.00
Wang Unit Bimbingan dan Kaunseling 376.00
Jumlah 1176.00