Ringkasan artikel ini adalah sebagai berikut:
Kajian ini menggunakan JavaScript sebagai bahasa pengaturcaraan untuk mengajar konsep asas pengaturcaraan permainan kepada pelajar. Hasil kajian mendapati penggunaan JavaScript dapat memotivasikan pelajar untuk terus merekacipta permainan baru dan membantu meningkatkan penguasaan konsep pengaturcaraan.
1. NAMA : NOR’AZIZAH BT ABD HADI
KAD PENGENALAN : 690314105798
NO . MATRIK : M20112001286
PROGRAM : SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN
SEKOLAH RENDAH)
FAKULTI : PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
MANUSIA
PENSYARAH :PROF MADYA DATO’ ABD LATIF HJ GAPOR
NAMA KURSUS :PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK
DAN WEB
KOD KURSUS :KPT 6044
2. SOALAN:
SATU ANALISIS JURNAL (LUAR ATAU DALAM NEGARA) YANG
BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN (TAHUN 2005
KE ATAS).
-PERSOALAN
-KAEDAH
-DAPATAN KAJIAN
JURNAL
3. Tajuk :Teaching Basic Game Programming Using JavaScript
Pengkaji :Wu, P. 2009
Sumber :Journal of Computing Sciences in Colleges. Volume 24(4) : 211-220.
ISSN:1937-4771.
Pengenalan
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. Ia menerangkan JavaScript
sebagai bahasa pengaturcaraan untuk mengajar asas pengaturcaraan permainan
(game programming). JavaScript mempunyai beberapa halangan dari segi teknikal,
tetapi ia mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk merekacipta web games.
Penggunaan JavaScript akan menggalakkan pelajar belajar tentang konsep
pengaturcaraan dan seterusnya dapat mempersembahkan web games ke Web.
1.Persoalan
Sebenarnya kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran
dan pembelajaran (P&P) terbaik untuk membantu pelajar membina pemahaman
yang mantap (solid understanding) terhadap bahasa pengaturcaraan (HTML dan
JavaScript). Penyelidik akan menggunakan kursus pengaturcaraan permainan
4. (game programming) sebagai platform kajian dengan menggunakan bahasa
pengaturcaraan JavaScript. JavaScript dipilih kerana bahasa ini lebih mudah dan
boleh memperbaiki kemampuan pembelajaran pelajar.
2. Kaedah Kajian
Penyelidik menerangkan bahawa ada beberapa bahasa pengaturcaraan yang biasa
digunakan untuk mengaturcara permainan, seperti C++, C#, Java dan Visual Basic.
Bahasa-bahasa pengaturcaraan ini mudah difahami oleh pelajar. Menurut
penyelidik lagi, kebanyakan kursus asas pengaturcaraan permainan berfokus
kepada pengajaran konsep asas sahaja. Kursus asas tidak membincangkan tentang
teori lanjutan, mahupun teknik pengaturcaraan lanjutan.
Dalam kajian ini penyelidik mengambil pendekatan untuk menggunakan
JavaScript untuk menerangkan konsep-konsep asas pengaturcaraan. Pemerhatian
dilakukan terhadap peningkatan penguasaan konsep pengaturcaraan oleh para
pelajar semasa melakukan tugasan mengaturcara permainan. Beberapa konsep asas
dalam pengaturcaraan permainan dikaji seperti (i) animasi, (ii) pergerakan object
(motion), (iii) artificial intelligence dan (iv) kesan bunyi. Konsep-konsep asas ini
digunakan oleh penyelidik untuk mengukur tahap penguasaan pelajar dalam
pengaturcaraan.
3. Rumusan Dapatan Kajian
5. Penyelidik berpendapat bahawa JavaScript boleh dijadikan satu bahasa
pengaturcaraan yang penting untuk (i) membolehkan jurulatih / guru mengajar
konsep asas pengaturcaraan dengan mengaturcara permainan (games),
(ii) membantu pelajar belajar tentang kemahiran pengaturcaraan permainan
melalui bahasa pengaturcaraan yang mudah difahami.
4. Hasil Perbincangan
Dengan menggunakan JavaScript sebagai bahasa pengaturcaraan untuk
merekacipta permainan, keseimbangan dari segi pembelajaran dan riadah,
penjimatan kos mengajar, berjaya dilaksanakan. Penggunaan bahasa ini juga
memotivasikan pelajar untuk terus merekacipta permainan baru untuk dimasukkan
ke dalam Web.
IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIKAN KOMPUTER
Dari artikel di atas, apa yang dapat disimpulkan adalah, penggunaan bahasa
pengaturcaraan memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan P&P yang
berkesan. Bahasa yang mudah difahami oleh pelajar seharusnya diambil perhatian
yang serius, supaya pelajar mudah belajar dan seronok untuk belajar. Seterusnya
6. dapat meningkat daya kreativiti pelajar untuk merekacipta sesuatu yang baharu
dengan bahasa pengaturcaraan yang mereka pelajari.