12. • Seorang jurujual mempromosikan barangan jualannya
iaitu satu set komputer dan set televisyen kepada
penduduk di kawasan perumahan Saujana yang terdiri
daripada 15 keluarga.
• Didapati bahawa 8 keluarga membeli set televisyen dan
3 daripadanya turut membeli set komputer.
• Selain itu, 5 keluarga dikenalpasti tidak membeli
sebarang barangan yang dijual sama ada set televisyen
atau set komputer.
• Cari bilangan keluarga yang membeli
– set komputer sahaja
– sekurang-kurangnya satu daripada barangan tersebut.
13. Kes2 : Filem Kegemaran
• Lakukan satu tinjauan di kalangan rakan sekelas
anda berkenaan dengan filem kegemaran
mereka. (minimum 20 orang pelajar)
• Berikan mereka 3 pilihan untuk dipilih. mereka
dibenarkan memilih satu, dua atau ketiga-tiganya
sekali. [Contoh : aksi/penggembaraan, romantik,
komedi dan sebagainya]
• Jadualkan keputusan yang diperoleh dan
wakilkannya menggunakan gambar rajah Venn.
14. Kes 3:Genere Muzik Kegemaran
• Lakukan satu tinjauan di kalangan rakan sekelas
anda berkenaan dengan genre muzik kegemaran
mereka. (minimum 20 orang pelajar)
• Berikan mereka 3 pilihan untuk dipilih. mereka
dibenarkan memilih satu, dua atau ketiga-tiganya
sekali. [Contoh : blues , balada, hip-hop dan
sebagainya]
• Jadualkan keputusan yang diperoleh dan
wakilkannya menggunakan gambar rajah Venn.