SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ
NAMA : SITI UMAIRAH BT JOHARI
FAKULTI : DIPLOMA PERBANKAN ISLAM
MATRIK : DPI2017/060788
PENGENALAN
 Tan Sri Dato’ Seri Utama Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku
Abdul Aziz dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh selama 16 tahun dan
beliau merupakan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Beliau adalah ikon
integriti, kebijaksanaan dan profesionalisme
. Ketokohan Zeti Akhtar menyerlah berikutan keberanian beliau semasa kemuncak krisis
kewangan Asia pada akhir 1990-an yang telah membawa perubahan kepada status
kewangan di Malaysia.
Zeti Akhtar menjadi perhatian perbankan antarabangsa apabila beliau memperkenalkan
kawalan mata wang di Malaysia pada kemuncak krisis kewangan Asia.
Walaupun tindakan beliau ketika itu dikritik pelbagai pihak, usaha serta pemikiran beliau
tersebut kini diiktiraf Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menjadi model panduan
kepada negara berpendapatan sederhana.
. Hasil pentadbirannya di Bank Negara, Malaysia berjaya menjalani pemulihan
daripada krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia lebih pantas daripada yang
dijangka.
. Kepakaran dan kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
bahkan juga oleh dunia kewangan antarabangsa.
 Sepanjang menjadi gabenor, Zeti Akhtar berjaya mendorong sektor kewangan
negara, mempertingkatkan prestasi dan memastikan ekonomi negara dalam
keadaan stabil serta bersiap siaga berdepan sebarang masalah ekonomi.
Zeti Akhtar menjadi sebuah benteng yang kukuh dengan kebijaksanaan dan
kepakaran beliau dalam sistem kewangan Islam.
Malah, kejayaan beliau dalam membangunkan sistem kewangan Islam sering
mendapat perhatian dan menjadi teladan di pentas global.
Zeti Akhtar merupakan simbol kebanggaan kaum hawa kerana beliau telah
membuktikan kepada dunia bahawa seorang wanita Melayu Muslim mampu
mengurus sistem kewangan negara dengan cemerlang
LATAR BELAKANG ZETI AKHTAR AZIZ
Zeti Akhtar dilahirkan pada 27 Ogos 1947 di Johor Bahru. Beliau merupakan anak
tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
Ungku Abdul Hamid dan tokoh budayawan negara, Sharifah Azah Aziz Mohamed
Alsagoff.
Zeti Akhtar telah berumahtanga dengan Dato' Dr. Tawfiq Ayman dan dikurniakan
dua orang anak, Alif dan Aziz.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya
pada tahun 1958. Beliau telah melanjutkan pelajaran dan memiliki Ijazah Sarjana
Muda Ekonomi (Ekonomi Analitikal) daripada Universiti Malaya pada tahun 1970.
Seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Kewangan dan Ekonomi
Antarabangsa (PhD) daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat pada
1978.
Setelah tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai penyelidik ekonomi di
Pusat Latihan dan Penyelidikan Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central
Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984.
. Pada tahun 1985, beliau menyertai Bank Negara Malaysia dan dilantik menjadi
setiausaha lembaga perbankan pada tahun 1987 dan kemudian dilantik sebagai
Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia.
Dari tahun 1989 sehingga 1994, Zeti Akhtar telah dihantar ke London sebagai
Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London.
. Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank
Negara Malaysia.
Pada 1 September 1998, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank
Negara Malaysia selepas Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Tan Sri Ali
Abul Hassan mengundurkan diri.
Pada ketika itu, negara sedang menghadapi kemuncak krisis kewangan dan beliau
telah mengetuai pasukan yang ditubuhkan oleh Bank Negara bagi melaksanakan
kawalan pertukaran terpilih.
Pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh
dan mencatat nama sebagai wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta
Nasional Bhd dari tahun 1998 sehingga 2000.
Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun
2004.
Beliau mengakhiri kerjayanya sebagai Gabenor di Bank Negara selama 16 tahun
pada akhir April 2016.
Zeti Akhtar kini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB)
yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2018.
Zeti Akhtar merupakan seorang yang amat komited dalam melaksanakan semua
tugas yang diberikan kepadanya.
. Pelbagai jawatan yang dipegang menjadi bukti betapa kebolehan beliau
dipercayai dan dikagumi oleh pelbagai pihak.
PENCAPAIAN ZETI AKHTAR DALAM
EKONOMI DAN KEWANGAN
Pada tahun 2000, Zeti Akhtar menjadi wanita pertama menyandang jawatan paling
terkemuka dalam dunia perbankan negara iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia.
Beliau digelar sebagai pemimpin kewangan negara dan telah menjadi salah
seorang wanita yang paling berkuasa di Malaysia. Manakala diperingkat
antarabangsa, Zeti Akhtar telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak.
Sumbangan beliau telah mendapat penghargaan seluruh masyarakat Malaysia dan
antarabangsa kerana usaha-usahanya yang tidak ortodoks tetapi tepat serta
berjaya mengeluarkan Malaysia dari krisis kewangan yang melanda pada lewat 90-
an.
Pada tahun 2000, Global Finance Magazine telah menamakan Zeti Akhtar sebagai
Wanita Paling Berkuasa dalam Bidang Kewangan
Seterusnya, pada tahun 2003, beliau telah terpilih sebagai Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia
dalam satu pungutan suara di kalangan penganalisis kanan bank-bank seluruh dunia ketika
Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Dubai.
Pada tahun yang sama juga, majalah Emerging Markets telah menamakan Zeti Akhtar sebagai
gabenor bank pusat Asia terbaik.
Pada tahun berikutnya, Banker's Magazine terbitan Financial Times:London turut menamakan Zeti
Akhtar sebagai penerima anugerah Global Central.
Pada tahun 2005 pula majalah Euromoney telah menamakan Zeti Akhtar sebagai ketua bank
pusat dunia terbaik.
Seterusnya pada 2006 Zeti Akhtar telah menerima anugerah Doktor kehormat undang-undang
oleh Canselor University of Nottingham, Profesor Fujia Yang .
Pada tahun 2007, beliau telah menerima Anugerah "London Sukuk Summit" hasil daripada
sumbangan luar biasa untuk pembangunan pasaran modal Islam (Islamic capital market).
Pada tahun 2007, beliau telah menerima Anugerah "London Sukuk Summit" hasil daripada
sumbangan luar biasa untuk pembangunan pasaran modal Islam (Islamic capital market).
Beliau terus meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Gabenor Bank
Pusat yang terbaik di Asia pada tahun 2008.
Pada tahun 2009, majalah Global Finance turut menamakan Zeti Akhtar sebagai
salah seorang ketua bank pusat terbaik dunia.
Pada tahun 2010, Zeti Akhtar telah terpilih sekali lagi sebagai antara ketua bank
pusat terbaik dunia oleh majalah Global Finance. Pada tahun yang sama juga beliau
telah dianugerahkan sebagai gabenor terbaik bank pusat Asia oleh majalah
Emerging Markets. Di Malaysia, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang
anugerah Tokoh Maal Hijrah 2010.
 Beliau telah mengulangi kejayaan ayahnya pada tahun 1977 yang telah menerima
anugerah yang sama. Beliau merupakan penerima Tokoh Ma'al Hijrah wanita
pertama negara selepas 24 tahun ia dianjurkan.
Seterusnya, berdasarkan sumbangan beliau dalam membangunkan kewangan Islam,
beliau telah dianugerahkan Anugerah Bank Pembangunan Islam dalam Kewangan
dan Perbankan Islam pada tahun 2012.
Zeti Akhtar seterusnya telah dipilih sebagai gabenor bergred A (Grade A) di
kalangan ketua/gabenor bank pusat oleh Global Finance pada tahun 2013.
Pada tahun 2014, Majalah Global Finance telah mengiktiraf Zeti Akhtar sebagai
Gabenor Bank Kelas A untuk tahun yang ke-11 secara berturut-turut. Global Finance
juga menganugerahkan Zeti sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia pada tahun
2015 atas kecemerlangannya dalam mengurus dan menyelia sistem kewangan
Malaysia.
Pada tahun tersebut juga Zeti Akhtar telah dianugerahkan Pingat Dekan Wharton
(Wharton Dean's Medal) oleh Wharton School of the University of Pennsylvania atas
pencapaian dan kejayaannya mengemudi ekonomi Malaysia. Anugerah tersebut
merupakan penghargaan tertinggi kepada alumni universiti yang membawa impak
besar kepada ekonomi Asia dan global.
Pada tahun 2016, Penerbitan Bank Pusat, CentralBanking.com yang berpangkalan di
London telah memilih Zeti Akhtar sebagai penerima anugerah Pencapaian Sepanjang
Hayat untuk 2016 kerana telah memainkan peranan penting dalam memodenkan
sistem kewangan Malaysia serta menjadikan ekonomi negara lebih membangun,
seimbang dan stabil
SUMBANGAN ZETI AKHTAR DALAM
PEMBANGUNAN KEWANGAN ISLAM
Di bawah pimpinan Zeti Akhtar sistem kewangan Islam kini bertapak kukuh di negara
ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing,
pelbagai, komprehensif dan inklusif.
Malah di peringkat antarabangsa Zeti Akhtar turut menyumbang kepada
penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan
antarabangsa dalam penyediaan laporan Financial Stability and Islamic Finance dan
mempengerusikan penubuhan Islamic Financial Services Board, sebuah agensi
antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi kewangan Islam
seluruh dunia.
Zeti Akhtar telah meletakkan asas bagi pembangunan pusat kewangan Islam
antarabangsa untuk memenuhi permintaan global dan domestik.
Kepimpinan berwawasan beliau dalam mengerakkan usaha ini bukan sahaja telah
memastikan asas-asas tersebut kukuh, bahkan berjaya mengangkat profil kewangan
Islam di persada global, dengan Malaysia dilihat sebagai negara contoh yang gigih
menggalakkan pembangunan kewangan Islam untuk negara-negara lain.
. Antara sumbangan lain Zeti Akhtar dalam pembangunan sistem kewangan Islam
ialah pelan induk,perundangan,produk dan sebagainya.
PELAN INDUK
Pembangunan sektor kewangan yang lebih mantap, berdaya saing dan dinamik dilakukan
semasa Zeti menerajui Bank Negara Malaysia dengan pelancaran peneraju utama kepada
proses pembangunan sektor kewangan termasuk kewangan Islam iaitu dua pelan induk 10
tahun.
Pelan ini menyediakan asas kepada pertumbuhan sektor kewangan yang seimbang,
terangkum dan mampan.
 Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK), bagi tempoh 2001 - 2010, menyediakan asas
pembangunan sektor kewangan yang teratur, bermula dengan pembinaan keupayaan institusi
pengantara domestik dan pembangunan infrastruktur kewangan domestik.
Ini diikuti oleh usaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif sejajar dengan
sektor kewangan yang pengawalseliaannya lebih longgar dan lebih berorientasikan pasaran.
Pelan Induk ini telah menggariskan strategi yang menyeluruh untuk mengukuhkan
sektor kewangan Islam di Malaysia.
Sejak pelaksanaan pelan tersebut, ekosistem kewangan Islam telah mencapai
kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha memenuhi keperluan ekonomi
negara yang terus berkembang.
Pelan Induk kedua, iaitu Pelan Sektor Kewangan (PSK) dikeluarkan pada tahun 2011
untuk tempoh 2011- 2020.
PSK dirumuskan berdasarkan pencapaian PISK untuk mewujudkan ekosistem
kewangan yang terbaik kepada ekonomi Malaysia yang bercirikan nilai tambah
tinggi dan berpendapatan tinggi, di samping meningkatkan peranannya dalam
dalam memenuhi keperluan kewangan yang kian meningkat di rantau Asia yang
sedang pesat membangun ini.
Inisiatif akan diteruskan untuk memperkukuh hubungan sektor kewangan dan
menyokong integrasi antara rantau supaya pengantaraan lebihan dana berfungsi
secara cekap dan berkesan untuk memanfaatkan peluang pelaburan yang luas di
rantau Asia.
Satu bahagian penting ialah pengantarabangsaan kewangan Islam dan
pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.
PERUNDANGAN
Semasa pentadbiran Zeti Akhtar, rangka kerja perundangan yang menyokong
termasuklah sebuah perundangan khusus yang mengambil kira prinsip kontrak Islam
yang unggul turut diperkenalkan.
Infrastruktur perundangan juga merangkumi sistem mahkamah dan mekanisme
penimbangtaraan untuk menyelesaikan pertikaian bagi memastikan kontrak
berkaitan dengan urus niaga kewangan Islam dikuatkuasakan secara berkesan.
Sistem kewangan Islam beroperasi di bawah rangka kerja perundangan,
pengawalseliaan dan syariah yang mapan dan komprehensif.
Dari segi perundangan, bank Islam dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di
bawah Akta Bank Islam 1983, sementara bank konvensional yang menyertai Skim
Perbankan Islam dikawal selia di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan
1989.
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan bagi menggantikan akta-
akta kewangan Islam yang berasingan sebelum ini.
Akta baru yang dikuatkasakan pada 30 Jun 2013 ini merupakan kemuncak dalam
usaha Malaysia memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan
penyeliaan institusi perbankan dan kewangan Islam di Malaysia.
Ia bagi memastikan undang-undang ini terus relevan dan berkesan untuk
mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan inklusif dalam sistem
kewangan dan ekonomi, di samping menyediakan perlindungan yang mencukupi
untuk pengguna.
Undang-undang ini juga memberi kuasa pengawasan, pengawalan dan penyeliaan
yang perlu kepada Bank Negara Malaysia untuk mencapai mandatnya yang luas
dalam persekitaran yang lebih kompleks dan saling berhubung memandangkan
perkembangan kewangan yang bersifat serantau dan antarabangsa.
Ini termasuk peningkatan tumpuan terhadap langkah-langkah pencegahan awal
untuk menangani isu yang berbangkit dalam institusi kewangan yang mungkin
memberikan kesan kepada kepentingan pendeposit dan pemegang polisi, serta
keberkesanan dan kecekapan fungsi pengantara kewangan
Institusi perbankan Islam beroperasi di bawah rangka kerja pengawalseliaan yang
mapan berasaskan piawaian antarabangsa dan amalan perbankan terbaik,
setanding dengan institusi perbankan konvensional.
Bagi bank SPI, rangka kerja pengawalseliaan turut merangkumi keperluan
mengasingkan portfolio perbankan Islam dan konvensional secara menyeluruh selaras
dengan kehendak syariah.
Ini bertujuan memelihara integriti serta keyakinan terhadap sistem perbankan Islam.
Bagi mengukuhkan rangka kerja syariah bagi industri kewangan Islam, Bank Negara
Malaysia telah meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958 pada tahun 2003
bertujuan menaik taraf Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia sebagai
badan autoriti tunggal dalam perkara syariah yang berkaitan dengan perbankan
dan kewangan Islam yang terletak di bawah pengawalseliaan Bank Negara
Malaysia.
PRODUK
Antara kejayaan Zeti Akhtar dalam tempoh sedekad ialah menjadikan Malaysia
sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, peningkatan aset perbankan Islam
sebanyak tiga kali ganda kepada 21 peratus serta lebih 100 institusi kewangan
Islam domestik dan antarabangsa kini beroperasi di Malaysia.
Variasi perniagaan dan produk perbankan Islam yang didorong oleh kontrak
syariah dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut menyediakan asas
perundangan bagi rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif untuk industri
kewangan Islam di Malaysia.
Fokus penting bagi rangka kerja ini ialah pembangunan piawaian syariah dan
operasi untuk kontrak-kontrak syariah yang utama.
Piawaian ini bertujuan menggalakkan ketelusan dan keseragaman dalam
pengaplikasian kontrak syariah bagi memastikan dan mengukuhkan kepatuhan
syariah oleh institusi kewangan Islam serta menjadi rujukan penting sebagai
pemangkin kepada sikap saling menghormati dan mengeluarkan pendapat syariah
dari pelbagai negaradan akhirnya dapat menggalakkan penawaran produk
kewangan Islam yang boleh memenuhi keperluan oleh pilihan pelanggan.
Industri kewangan Islam menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan
kewangan Islam yang kompleks lagi canggih.
Malaysia juga muncul sebagai negara perintis dalam pembangunan pasaran sukuk
atau bon Islam global dengan pelancaran sukuk global berdaulat yang pertama
bernilai US$600 juta pada tahun 2002 dengan pasaran sukuk terbesar di dunia.
Pada separuh tahun pertama 2014, Malaysia menyumbang 63 peratus daripada
jumlah terbitan baharu global dan kekal sebagai satu-satunya pasaran dengan lebih
US$100 bilion daripada jumlah sukuk global Mohd. Yazid Zul Kepli.
Pada separuh tahun pertama 2014, Malaysia menyumbang 63 peratus daripada
jumlah terbitan baharu global dan kekal sebagai satu-satunya pasaran dengan lebih
US$100 bilion daripada jumlah sukuk global Mohd. Yazid Zul Kepli.
Sistem perbankan Islam yang menjadi tulang belakang kepada sistem kewangan
Islam memainkan peranan penting dalam menggembleng deposit dan menyalurkan
kemudahan pembiayaan bagi pertumbuhan ekonomi.
Keupayaan institusi perbankan Islam menghasilkan dan menawarkan produk yang
mempunyai ciri menarik dan inovatif, harga yang kompetitif dengan produk
perbankan konvensional, berjaya menarik minat pelanggan beragama Islam dan
yang bukan beragama Islam.
KESIMPULAN
 Zeti Akhtar telah memainkan peranan penting dalam memodenkan sistem kewangan
Islam Malaysia serta menjadikan ekonomi negara lebih membangun, seimbang dan
stabil.
Di bawah pimpinan Zeti Akhtar, kewangan Islam berkembang daripada sebuah
segmen kebitaraan (niche segment) kepada sistem kewangan arus perdana, dan
daripada segmen yang bertumpukan domestik kepada segmen yang relevan pada
peringkat dunia
Secara khususnya, sumbangan besar Zeti Akhtar telah membolehkan Malaysia mara
lebih jauh untuk memperluas sempadan kewangan Islam sebagai sebuah komuniti
global.
Perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara di Malaysia terhenti pada akhir
bulan April 2016.

More Related Content

What's hot

SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisionalgeehamid
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luarnurulshamiera
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynnIPDA
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedualadykathy
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasimauzaie2
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
1008461 8 peranan dan kedudukan akal
1008461 8 peranan dan kedudukan akal1008461 8 peranan dan kedudukan akal
1008461 8 peranan dan kedudukan akalMufakkirah Sumayyah
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2Fitriah Gi Kwang
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara munnianwar
 
Sejarah persuratan melayu johor riau
Sejarah persuratan melayu johor riauSejarah persuratan melayu johor riau
Sejarah persuratan melayu johor riauNORHAMIZAHHAMIDUN
 
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Lea Athira
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaKamarularnizam
 

What's hot (20)

SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu TradisionalStrata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
Strata Sosial Masyarakat Melayu Tradisional
 
Kepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar LuarKepentingan Dasar Luar
Kepentingan Dasar Luar
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynnKesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar   lya & lynn
Kesan penentuan dasar & hubungan malaysia dgn negara luar lya & lynn
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia keduaNasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua
 
Hujah dan Falasi
Hujah dan FalasiHujah dan Falasi
Hujah dan Falasi
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
1008461 8 peranan dan kedudukan akal
1008461 8 peranan dan kedudukan akal1008461 8 peranan dan kedudukan akal
1008461 8 peranan dan kedudukan akal
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
FAKTOR PENCETUS PERANG DUNIA PERTAMA DAN KESAN2
 
Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara Ciri – ciri negara
Ciri – ciri negara
 
Sejarah persuratan melayu johor riau
Sejarah persuratan melayu johor riauSejarah persuratan melayu johor riau
Sejarah persuratan melayu johor riau
 
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
Kertas kerja cadangan bagi program khidmat masyarakat 2
 
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPMKosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
Kosa Kata Dan Ungkapan Menarik Bahasa Melayu SPM
 
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan AntarabagsaEkonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
Ekonomi : Kesan Kesan Perdagagan Antarabagsa
 

Similar to Tan sri zeti akhtar aziz

Assignment 3 pembanggunan diri 1
Assignment 3 pembanggunan diri 1Assignment 3 pembanggunan diri 1
Assignment 3 pembanggunan diri 1maisarah jamalludin
 
Tokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku AzizTokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku AzizBong Tong
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1yahyaman1
 
Dr. mohd afzanizam abdul rashid
Dr. mohd afzanizam abdul rashid Dr. mohd afzanizam abdul rashid
Dr. mohd afzanizam abdul rashid Puan Fai'zah Sarian
 
Institusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan IslamInstitusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan IslamNor Azhar Aduka
 

Similar to Tan sri zeti akhtar aziz (8)

Assignment 3 pembanggunan diri 1
Assignment 3 pembanggunan diri 1Assignment 3 pembanggunan diri 1
Assignment 3 pembanggunan diri 1
 
tokoh Ekonomi islam
tokoh Ekonomi islamtokoh Ekonomi islam
tokoh Ekonomi islam
 
Tokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku AzizTokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku Aziz
 
Tokoh ilmuan ekonomi islam
Tokoh ilmuan ekonomi islamTokoh ilmuan ekonomi islam
Tokoh ilmuan ekonomi islam
 
Ekonomi islam
Ekonomi islamEkonomi islam
Ekonomi islam
 
Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1Dasar luar malaysia 1
Dasar luar malaysia 1
 
Dr. mohd afzanizam abdul rashid
Dr. mohd afzanizam abdul rashid Dr. mohd afzanizam abdul rashid
Dr. mohd afzanizam abdul rashid
 
Institusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan IslamInstitusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
Institusi terlibat dalam sistem kewangan Islam
 

More from Puan Fai'zah Sarian (11)

Ekonomi islam
Ekonomi islam Ekonomi islam
Ekonomi islam
 
tokoh kewangan islam
tokoh kewangan islamtokoh kewangan islam
tokoh kewangan islam
 
Haji razli ramli
Haji razli ramliHaji razli ramli
Haji razli ramli
 
Dr.aznan hasan
Dr.aznan hasanDr.aznan hasan
Dr.aznan hasan
 
Decision making
Decision makingDecision making
Decision making
 
Control & quality
Control & quality  Control & quality
Control & quality
 
Leadership
LeadershipLeadership
Leadership
 
Motivation
MotivationMotivation
Motivation
 
Planning
PlanningPlanning
Planning
 
Communication
CommunicationCommunication
Communication
 
topic 4 : Organizing
topic 4 : Organizingtopic 4 : Organizing
topic 4 : Organizing
 

Tan sri zeti akhtar aziz

  • 1. TAN SRI ZETI AKHTAR AZIZ NAMA : SITI UMAIRAH BT JOHARI FAKULTI : DIPLOMA PERBANKAN ISLAM MATRIK : DPI2017/060788
  • 2. PENGENALAN  Tan Sri Dato’ Seri Utama Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh selama 16 tahun dan beliau merupakan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Beliau adalah ikon integriti, kebijaksanaan dan profesionalisme . Ketokohan Zeti Akhtar menyerlah berikutan keberanian beliau semasa kemuncak krisis kewangan Asia pada akhir 1990-an yang telah membawa perubahan kepada status kewangan di Malaysia. Zeti Akhtar menjadi perhatian perbankan antarabangsa apabila beliau memperkenalkan kawalan mata wang di Malaysia pada kemuncak krisis kewangan Asia. Walaupun tindakan beliau ketika itu dikritik pelbagai pihak, usaha serta pemikiran beliau tersebut kini diiktiraf Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan menjadi model panduan kepada negara berpendapatan sederhana.
  • 3. . Hasil pentadbirannya di Bank Negara, Malaysia berjaya menjalani pemulihan daripada krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia lebih pantas daripada yang dijangka. . Kepakaran dan kewibawaan beliau bukan sahaja diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bahkan juga oleh dunia kewangan antarabangsa.  Sepanjang menjadi gabenor, Zeti Akhtar berjaya mendorong sektor kewangan negara, mempertingkatkan prestasi dan memastikan ekonomi negara dalam keadaan stabil serta bersiap siaga berdepan sebarang masalah ekonomi. Zeti Akhtar menjadi sebuah benteng yang kukuh dengan kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam sistem kewangan Islam. Malah, kejayaan beliau dalam membangunkan sistem kewangan Islam sering mendapat perhatian dan menjadi teladan di pentas global. Zeti Akhtar merupakan simbol kebanggaan kaum hawa kerana beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa seorang wanita Melayu Muslim mampu mengurus sistem kewangan negara dengan cemerlang
  • 4. LATAR BELAKANG ZETI AKHTAR AZIZ Zeti Akhtar dilahirkan pada 27 Ogos 1947 di Johor Bahru. Beliau merupakan anak tunggal kepada tokoh ilmuwan terkenal, Profesor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid dan tokoh budayawan negara, Sharifah Azah Aziz Mohamed Alsagoff. Zeti Akhtar telah berumahtanga dengan Dato' Dr. Tawfiq Ayman dan dikurniakan dua orang anak, Alif dan Aziz. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada tahun 1958. Beliau telah melanjutkan pelajaran dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Analitikal) daripada Universiti Malaya pada tahun 1970. Seterusnya memperolehi Ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa (PhD) daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat pada 1978.
  • 5. Setelah tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai penyelidik ekonomi di Pusat Latihan dan Penyelidikan Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. . Pada tahun 1985, beliau menyertai Bank Negara Malaysia dan dilantik menjadi setiausaha lembaga perbankan pada tahun 1987 dan kemudian dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia. Dari tahun 1989 sehingga 1994, Zeti Akhtar telah dihantar ke London sebagai Ketua Perwakilan di Pejabat Perwakilan Bank Negara Malaysia di London. . Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau telah dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu, Tan Sri Ali Abul Hassan mengundurkan diri. Pada ketika itu, negara sedang menghadapi kemuncak krisis kewangan dan beliau telah mengetuai pasukan yang ditubuhkan oleh Bank Negara bagi melaksanakan kawalan pertukaran terpilih.
  • 6. Pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan mencatat nama sebagai wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 sehingga 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun 2004. Beliau mengakhiri kerjayanya sebagai Gabenor di Bank Negara selama 16 tahun pada akhir April 2016. Zeti Akhtar kini dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2018. Zeti Akhtar merupakan seorang yang amat komited dalam melaksanakan semua tugas yang diberikan kepadanya. . Pelbagai jawatan yang dipegang menjadi bukti betapa kebolehan beliau dipercayai dan dikagumi oleh pelbagai pihak.
  • 7. PENCAPAIAN ZETI AKHTAR DALAM EKONOMI DAN KEWANGAN Pada tahun 2000, Zeti Akhtar menjadi wanita pertama menyandang jawatan paling terkemuka dalam dunia perbankan negara iaitu Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau digelar sebagai pemimpin kewangan negara dan telah menjadi salah seorang wanita yang paling berkuasa di Malaysia. Manakala diperingkat antarabangsa, Zeti Akhtar telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. Sumbangan beliau telah mendapat penghargaan seluruh masyarakat Malaysia dan antarabangsa kerana usaha-usahanya yang tidak ortodoks tetapi tepat serta berjaya mengeluarkan Malaysia dari krisis kewangan yang melanda pada lewat 90- an. Pada tahun 2000, Global Finance Magazine telah menamakan Zeti Akhtar sebagai Wanita Paling Berkuasa dalam Bidang Kewangan
  • 8. Seterusnya, pada tahun 2003, beliau telah terpilih sebagai Gabenor Bank Pusat Terbaik Asia dalam satu pungutan suara di kalangan penganalisis kanan bank-bank seluruh dunia ketika Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di Dubai. Pada tahun yang sama juga, majalah Emerging Markets telah menamakan Zeti Akhtar sebagai gabenor bank pusat Asia terbaik. Pada tahun berikutnya, Banker's Magazine terbitan Financial Times:London turut menamakan Zeti Akhtar sebagai penerima anugerah Global Central. Pada tahun 2005 pula majalah Euromoney telah menamakan Zeti Akhtar sebagai ketua bank pusat dunia terbaik. Seterusnya pada 2006 Zeti Akhtar telah menerima anugerah Doktor kehormat undang-undang oleh Canselor University of Nottingham, Profesor Fujia Yang . Pada tahun 2007, beliau telah menerima Anugerah "London Sukuk Summit" hasil daripada sumbangan luar biasa untuk pembangunan pasaran modal Islam (Islamic capital market). Pada tahun 2007, beliau telah menerima Anugerah "London Sukuk Summit" hasil daripada sumbangan luar biasa untuk pembangunan pasaran modal Islam (Islamic capital market). Beliau terus meraih pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Gabenor Bank Pusat yang terbaik di Asia pada tahun 2008.
  • 9. Pada tahun 2009, majalah Global Finance turut menamakan Zeti Akhtar sebagai salah seorang ketua bank pusat terbaik dunia. Pada tahun 2010, Zeti Akhtar telah terpilih sekali lagi sebagai antara ketua bank pusat terbaik dunia oleh majalah Global Finance. Pada tahun yang sama juga beliau telah dianugerahkan sebagai gabenor terbaik bank pusat Asia oleh majalah Emerging Markets. Di Malaysia, beliau telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Tokoh Maal Hijrah 2010.  Beliau telah mengulangi kejayaan ayahnya pada tahun 1977 yang telah menerima anugerah yang sama. Beliau merupakan penerima Tokoh Ma'al Hijrah wanita pertama negara selepas 24 tahun ia dianjurkan. Seterusnya, berdasarkan sumbangan beliau dalam membangunkan kewangan Islam, beliau telah dianugerahkan Anugerah Bank Pembangunan Islam dalam Kewangan dan Perbankan Islam pada tahun 2012. Zeti Akhtar seterusnya telah dipilih sebagai gabenor bergred A (Grade A) di kalangan ketua/gabenor bank pusat oleh Global Finance pada tahun 2013.
  • 10. Pada tahun 2014, Majalah Global Finance telah mengiktiraf Zeti Akhtar sebagai Gabenor Bank Kelas A untuk tahun yang ke-11 secara berturut-turut. Global Finance juga menganugerahkan Zeti sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia pada tahun 2015 atas kecemerlangannya dalam mengurus dan menyelia sistem kewangan Malaysia. Pada tahun tersebut juga Zeti Akhtar telah dianugerahkan Pingat Dekan Wharton (Wharton Dean's Medal) oleh Wharton School of the University of Pennsylvania atas pencapaian dan kejayaannya mengemudi ekonomi Malaysia. Anugerah tersebut merupakan penghargaan tertinggi kepada alumni universiti yang membawa impak besar kepada ekonomi Asia dan global. Pada tahun 2016, Penerbitan Bank Pusat, CentralBanking.com yang berpangkalan di London telah memilih Zeti Akhtar sebagai penerima anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk 2016 kerana telah memainkan peranan penting dalam memodenkan sistem kewangan Malaysia serta menjadikan ekonomi negara lebih membangun, seimbang dan stabil
  • 11. SUMBANGAN ZETI AKHTAR DALAM PEMBANGUNAN KEWANGAN ISLAM Di bawah pimpinan Zeti Akhtar sistem kewangan Islam kini bertapak kukuh di negara ini dan menyumbang kepada sebuah sistem kewangan yang berdaya saing, pelbagai, komprehensif dan inklusif. Malah di peringkat antarabangsa Zeti Akhtar turut menyumbang kepada penerimaan global kewangan Islam termasuk dengan mengetuai pasukan antarabangsa dalam penyediaan laporan Financial Stability and Islamic Finance dan mempengerusikan penubuhan Islamic Financial Services Board, sebuah agensi antarabangsa bagi menetapkan dasar kewangan prudent institusi kewangan Islam seluruh dunia. Zeti Akhtar telah meletakkan asas bagi pembangunan pusat kewangan Islam antarabangsa untuk memenuhi permintaan global dan domestik.
  • 12. Kepimpinan berwawasan beliau dalam mengerakkan usaha ini bukan sahaja telah memastikan asas-asas tersebut kukuh, bahkan berjaya mengangkat profil kewangan Islam di persada global, dengan Malaysia dilihat sebagai negara contoh yang gigih menggalakkan pembangunan kewangan Islam untuk negara-negara lain. . Antara sumbangan lain Zeti Akhtar dalam pembangunan sistem kewangan Islam ialah pelan induk,perundangan,produk dan sebagainya.
  • 13. PELAN INDUK Pembangunan sektor kewangan yang lebih mantap, berdaya saing dan dinamik dilakukan semasa Zeti menerajui Bank Negara Malaysia dengan pelancaran peneraju utama kepada proses pembangunan sektor kewangan termasuk kewangan Islam iaitu dua pelan induk 10 tahun. Pelan ini menyediakan asas kepada pertumbuhan sektor kewangan yang seimbang, terangkum dan mampan.  Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK), bagi tempoh 2001 - 2010, menyediakan asas pembangunan sektor kewangan yang teratur, bermula dengan pembinaan keupayaan institusi pengantara domestik dan pembangunan infrastruktur kewangan domestik. Ini diikuti oleh usaha untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kompetitif sejajar dengan sektor kewangan yang pengawalseliaannya lebih longgar dan lebih berorientasikan pasaran.
  • 14. Pelan Induk ini telah menggariskan strategi yang menyeluruh untuk mengukuhkan sektor kewangan Islam di Malaysia. Sejak pelaksanaan pelan tersebut, ekosistem kewangan Islam telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam usaha memenuhi keperluan ekonomi negara yang terus berkembang. Pelan Induk kedua, iaitu Pelan Sektor Kewangan (PSK) dikeluarkan pada tahun 2011 untuk tempoh 2011- 2020. PSK dirumuskan berdasarkan pencapaian PISK untuk mewujudkan ekosistem kewangan yang terbaik kepada ekonomi Malaysia yang bercirikan nilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi, di samping meningkatkan peranannya dalam dalam memenuhi keperluan kewangan yang kian meningkat di rantau Asia yang sedang pesat membangun ini. Inisiatif akan diteruskan untuk memperkukuh hubungan sektor kewangan dan menyokong integrasi antara rantau supaya pengantaraan lebihan dana berfungsi secara cekap dan berkesan untuk memanfaatkan peluang pelaburan yang luas di rantau Asia. Satu bahagian penting ialah pengantarabangsaan kewangan Islam dan pembangunan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa.
  • 15. PERUNDANGAN Semasa pentadbiran Zeti Akhtar, rangka kerja perundangan yang menyokong termasuklah sebuah perundangan khusus yang mengambil kira prinsip kontrak Islam yang unggul turut diperkenalkan. Infrastruktur perundangan juga merangkumi sistem mahkamah dan mekanisme penimbangtaraan untuk menyelesaikan pertikaian bagi memastikan kontrak berkaitan dengan urus niaga kewangan Islam dikuatkuasakan secara berkesan. Sistem kewangan Islam beroperasi di bawah rangka kerja perundangan, pengawalseliaan dan syariah yang mapan dan komprehensif. Dari segi perundangan, bank Islam dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia di bawah Akta Bank Islam 1983, sementara bank konvensional yang menyertai Skim Perbankan Islam dikawal selia di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989.
  • 16. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan bagi menggantikan akta- akta kewangan Islam yang berasingan sebelum ini. Akta baru yang dikuatkasakan pada 30 Jun 2013 ini merupakan kemuncak dalam usaha Malaysia memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi perbankan dan kewangan Islam di Malaysia. Ia bagi memastikan undang-undang ini terus relevan dan berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan, menyokong pertumbuhan inklusif dalam sistem kewangan dan ekonomi, di samping menyediakan perlindungan yang mencukupi untuk pengguna. Undang-undang ini juga memberi kuasa pengawasan, pengawalan dan penyeliaan yang perlu kepada Bank Negara Malaysia untuk mencapai mandatnya yang luas dalam persekitaran yang lebih kompleks dan saling berhubung memandangkan perkembangan kewangan yang bersifat serantau dan antarabangsa. Ini termasuk peningkatan tumpuan terhadap langkah-langkah pencegahan awal untuk menangani isu yang berbangkit dalam institusi kewangan yang mungkin memberikan kesan kepada kepentingan pendeposit dan pemegang polisi, serta keberkesanan dan kecekapan fungsi pengantara kewangan
  • 17. Institusi perbankan Islam beroperasi di bawah rangka kerja pengawalseliaan yang mapan berasaskan piawaian antarabangsa dan amalan perbankan terbaik, setanding dengan institusi perbankan konvensional. Bagi bank SPI, rangka kerja pengawalseliaan turut merangkumi keperluan mengasingkan portfolio perbankan Islam dan konvensional secara menyeluruh selaras dengan kehendak syariah. Ini bertujuan memelihara integriti serta keyakinan terhadap sistem perbankan Islam. Bagi mengukuhkan rangka kerja syariah bagi industri kewangan Islam, Bank Negara Malaysia telah meminda Akta Bank Negara Malaysia 1958 pada tahun 2003 bertujuan menaik taraf Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia sebagai badan autoriti tunggal dalam perkara syariah yang berkaitan dengan perbankan dan kewangan Islam yang terletak di bawah pengawalseliaan Bank Negara Malaysia.
  • 18. PRODUK Antara kejayaan Zeti Akhtar dalam tempoh sedekad ialah menjadikan Malaysia sebagai pasaran sukuk terbesar di dunia, peningkatan aset perbankan Islam sebanyak tiga kali ganda kepada 21 peratus serta lebih 100 institusi kewangan Islam domestik dan antarabangsa kini beroperasi di Malaysia. Variasi perniagaan dan produk perbankan Islam yang didorong oleh kontrak syariah dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut menyediakan asas perundangan bagi rangka kerja pengawalseliaan yang komprehensif untuk industri kewangan Islam di Malaysia. Fokus penting bagi rangka kerja ini ialah pembangunan piawaian syariah dan operasi untuk kontrak-kontrak syariah yang utama. Piawaian ini bertujuan menggalakkan ketelusan dan keseragaman dalam pengaplikasian kontrak syariah bagi memastikan dan mengukuhkan kepatuhan syariah oleh institusi kewangan Islam serta menjadi rujukan penting sebagai pemangkin kepada sikap saling menghormati dan mengeluarkan pendapat syariah dari pelbagai negaradan akhirnya dapat menggalakkan penawaran produk kewangan Islam yang boleh memenuhi keperluan oleh pilihan pelanggan.
  • 19. Industri kewangan Islam menawarkan pelbagai rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang kompleks lagi canggih. Malaysia juga muncul sebagai negara perintis dalam pembangunan pasaran sukuk atau bon Islam global dengan pelancaran sukuk global berdaulat yang pertama bernilai US$600 juta pada tahun 2002 dengan pasaran sukuk terbesar di dunia. Pada separuh tahun pertama 2014, Malaysia menyumbang 63 peratus daripada jumlah terbitan baharu global dan kekal sebagai satu-satunya pasaran dengan lebih US$100 bilion daripada jumlah sukuk global Mohd. Yazid Zul Kepli. Pada separuh tahun pertama 2014, Malaysia menyumbang 63 peratus daripada jumlah terbitan baharu global dan kekal sebagai satu-satunya pasaran dengan lebih US$100 bilion daripada jumlah sukuk global Mohd. Yazid Zul Kepli. Sistem perbankan Islam yang menjadi tulang belakang kepada sistem kewangan Islam memainkan peranan penting dalam menggembleng deposit dan menyalurkan kemudahan pembiayaan bagi pertumbuhan ekonomi. Keupayaan institusi perbankan Islam menghasilkan dan menawarkan produk yang mempunyai ciri menarik dan inovatif, harga yang kompetitif dengan produk perbankan konvensional, berjaya menarik minat pelanggan beragama Islam dan yang bukan beragama Islam.
  • 20. KESIMPULAN  Zeti Akhtar telah memainkan peranan penting dalam memodenkan sistem kewangan Islam Malaysia serta menjadikan ekonomi negara lebih membangun, seimbang dan stabil. Di bawah pimpinan Zeti Akhtar, kewangan Islam berkembang daripada sebuah segmen kebitaraan (niche segment) kepada sistem kewangan arus perdana, dan daripada segmen yang bertumpukan domestik kepada segmen yang relevan pada peringkat dunia Secara khususnya, sumbangan besar Zeti Akhtar telah membolehkan Malaysia mara lebih jauh untuk memperluas sempadan kewangan Islam sebagai sebuah komuniti global. Perkhidmatannya sebagai Gabenor Bank Negara di Malaysia terhenti pada akhir bulan April 2016.