SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
960203-03-5157
1
TEMA: SEJARAH PENDIDIKAN.
SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010.
PENGENALAN
Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk
memberikan pendidikan kepada pelajar. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan
kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya
mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.1
Terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia antaranya ialah Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan (SABK), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan banyak lagi.
Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama
Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang
daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan
nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi
mekah pada masa dahulu.2
960203-03-5157
2
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU
Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu ditubuhkan dengan tujuan menambahkan
institusi pendidikan dalam Negara, khususnya bagi menampung keperluan penduduk di kawasan
Kota Bharu, Kelantan. Pembukaanya dengan rasmi telah dilancarkan pada hari Jumaat 2
Muharam 1389, bersamaan 21 Mac 1969 oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, YB
Encik Mohd Khir Bin Johari. Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu
bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Kota Bharu 1 (SRKB1) dan Sekolah Rendah Kota
Bharu 2 (SMKB) pada tahun 1965 iaitu selaras dengan pelaksaan sistem aneka jurusan.3
Tahun 2006 juga merupakan tahun yang sungguh gemilang bagi SMKKB kerana dengan
pelbagai usaha, sekolah telah banyak menerima peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri
Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menaik taraf fizikal sekolah. Antaranya
peruntukan mengecat semua bangunan, menaik taraf musalla, memperluas ruang pejabat (bilik-
bilik PK) menaik taraf sistem paip sekolah dan tandas serta menaik taraf bumbung bagi blok
Dedikasi, Elit dan Fitrah bersama pembinaan pondok-pondok ilmu. Sehubungan itu, sekolah
Berjaya merealisasikan usaha mencapai sekolah yang mementingkan fizikal dan 5K iaitu
kebersihan, keceriaan, keselamatan, kebersihan dan keharmonian. Persekitaran luaran dan
dalaman sekolah didapati lebih sempurna dan kondustif untuk P&P berkesan.4
Bilik Auditorium telah dinamakan Bilik Auditorium Budiman oleh mantan Pengetua Pn. Hjh
Wan Yam bt Wan Sulaiman dan telah mula dibuka penggunaan di awal bulan November 2007.
Pada penghujung tahun 2007 juga dilihat kepada penubuhan bilik toturial di Pusat Sumber selain
daripada penaik tarafan kepada lantai berjubin. Makmal ERT di Blok Dedikasi dan Bilik Alat
Pandang Dengar (APD) di Blok Bertari juga telah dinaik taraf lantainya ke lantai berjubin pada
bulan 5 dan 6 tahun 2008.5
960203-03-5157
3
Pada akhir Mei 2008, tangga utama yang telah diilhamkan oleh mantan Pengetua Pn. Hjh Wan
Yam bt Wan Sulaiman telah mula digunakan. Ia menjadi mercu tanda SMK KOTA BHARU.
Selain daripada itu, ia menjadi sumber inspirasi semua warga SMKKB. Sumber kewangan dan
peralatan adalah sumbangan daripada orang ramai.6
Bilik Galeri diwujudkan bagi mengumpulkan segala sijil, plak dan cenderahati diatas kejayaan
SMK KOTA BHARU dalam pelbagai bidang. Pertengahan Jun 2008 pula bilik Jutawan Ilmu telah
dibuka dimana bilik ini bertujuan sebagai persinggahan tetamu SMKKB dan sebagai tempat
pengumpulan maklumat terkini SMKKB. Disini juga turut disediakan peralatan computer (grafik
berkomputer). 2 buah kelas telah diubahsuai sebagai bilik MPV bermula bulan Julai 2008 oleh
JKR.7
Tahun 2009 menyaksikan beberapa perubahan dan penambahbaikan semasa pentadbiran Puan
Hjh. Wan Radziah binti Wan Mustapa. Beliau telah mencetuskan beberapa idea untuk
mencantikkan lagi permandangan SMKKB serta menjadikan sekolah sebagai tempat yang
kondusif untuk setiap warganya. Antara perubahan yang telah dilakukan dengan begitu baik ialah
menaikkan taraf Bilik Gerakan dengan susun atur, ruang yang begitu selesa, luas dan mampu
menempatkan jumlah guru yang besar untuk sesuatu perjumpaan.8
Pada awal tahun 2010, bilik guru juga telah diubahsuai mengikut guru yang semakin
bertambah. Bilik guru telah diperbesar dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bilik Guru 1
dan Bilik Guru 2. Bilik-bilik khas juga telah dikemaskini dan disusun atur semula. Bilik Gerakan
juga telah diperbesar bagi menampung guru yang lebih ramai. Kantin juga telah diubahsuai
dengan memasang jubin di sekitar kantin. Meja dan kerusi di kantin telah ditambah bagi
menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Keadaan ini kekal sehingga hari ini.
960203-03-5157
4
SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010.
MAKSUD KOKURIKULUM.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang
terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada
pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-
nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada
tiga kumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab dan sukan permainan. Kamus Dewan
Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata
pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada
kursus pendidikan pelajar di sekolah.9
Tahun 2000-2004
Pada tahun tersebut, antara unit badan beruniform yang ada di Sekolah Menengah
Kebangsaan Kota Bharu pada waktu itu ialah Pengakap 42 KB, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia,
Jabatan Pertahanan Awam JPA 3, Kadet Remaja Sekolah, PBSM Malaysia. Persatuan yang
terdapat pada masa itu ialah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan
Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Seni Lukis, Persatuan
Sejarah dan Persatuan Geografi. Manakala Kelab pula ialah Kelab Optiena, Kelab Pencinta Alam,
Kelab Setia, Kelab Nafas Baru, Kelab Fotografi, Kelab Bimbingan & Kaunseling, Kelab ICT,
Kelab Skim Pinjaman Buku Teks, Kelab Pelancongan dan Kelab Kesihatan. Antara sukan dan
960203-03-5157
5
permainan yang terdapat pada waktu itu pula ialah Olahraga, Sepak Takraw, Bola Baling Lelaki,
Bola Baling Perempuan, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Perempuan, Hoki A, Hoki B, Hoki
Perempuan, Badminton, Bola Jaring A, Bola Jaring B, Pasukan Sajak, Pasukan Nasyid, Ping
Pong dan Pasukan Dikir Barat.
Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu yang paling gah
dalam tahun 2000-2004 ialah dalam sukan bola sepak. Sekolah ini pada waktu itu mempunyai
pasukan bola sepak yang boleh dikatakan digeruni oleh pihak lawan jika ada pertandingan yang
diadakan serta pernah menjuarai beberapa pertandingan bola sepak antara sekolah pada tahun 2000
sehingga 2004. Antara pencapaian yang membanggakan ialah pada tahun 2002, iaitu pasukan
bola SMKKB (15 Tahun) menjuarai pertandingan bola sepak peringkat sekolah/daerah Kota
Bharu. Sukan bola sepak ( 15 Tahun) SMKKB pada tahun 2004 menjadi Naib Johan MSSK KB
dan Suku Akhir MSSD Kota Bharu. 3 pelajar SMKKB iaitu Mohammad Afnan Faiz Bin Abdul
Aziz, Nik Mohd Alif Bin Nik Li dan Mohd Fakhrul Syafiq Bin Rabeek mewakili daerah Kota
Bharu dalam bola sepak (15 Tahun) dan mereka bertiga juga menjadi wakil Tunas Cemerlang
peringkat Kebangsaan di Ipoh.
Latihan-Latihan Intensif Sukan Bola Sepak SMKKB.
Antara faktor kejayaan dalam sukan bola sepak ini kerana semangat dan kredibiliti yang
ada pada guru yang melatih pasukan SMKKB pada waktu itu iaitu cikgu Zamri Bin Mohd Noor
dan semangat pemain bola SMKKB (15 Tahun) seramai 18 yang diketuai oleh kapten pasukan
iaitu Nik Mohd Alif Bin Nik Li. Cikgu Zamri Bin Mohd Noor amat mengambil berat pasukan
bola sepak (15 Tahun) SMKKB dengan memberi latihan yang sewajarnya. Latihan dijalan pada
setiap hari iaitu selama 2 jam (4-6 petang). Cara mereka berlatih ialah membuat latihan
960203-03-5157
6
memanaskan badan selama 30 minit, teka tubi 60 kali untuk kekuatan fizikal, jogging pusing
padang latihan sebanyak 10 pusingan untuk mengekalkan kecerdasan. Selain latihan mental dan
fizikal, mereka juga berlatih membuat tendangan, belajar teknik menghantar bola dan mengatur
taktikal pasukan.
Cara pengambilan makanan untuk mengekalkan diet pula ialah pada waktu pagi,
diharuskan makan 1 biji telur rebus dan 2 gelas air suam. Pada waktu tengah hari pula, pemain
diharuskan mengambil pemakanan 2 gelas air, sepinggan nasi dengan lauk yang berkhasiat seperti
sayur-sayuran dan ikan serta buah-buahan. Pada waktu malam pula diharuskan mengambil
pemakanan 2 gelas air dan makan makanan yang ringan seperti roti. Mereka tidak boleh ambil
makanan yang mengandungi terlalu banyak minyak dan lemak dan. Pengambilan yang seimbang
dapat mengekalkan berat badan yang seimbang.
Tahun 2005-2007
Pada tahun 2005, 2006 dan 2007, antara unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan
permainan yang ada di SMKKB ialah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Remaja Sekolah,
Pasukan Seni Silat Terlak 4, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), PBSM, Pandu Puteri, Puteri
Islam, Pengakap, Tae Kwan Do, Kelab Optiena, Kadet Bomba Dan Penyelamat, Persatuan
Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan matematik, Persatuan Sains, Persatuan
Ekonomi, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, Choral Speaking, Persatuan Pendidikan Islam,
Kelab ICT, Kelab Setia, Kelab Koperasi Sekolah, Kelab Bina Badan, Kelab Fotografi, Kelab
Kewangan, Persatuan Kemahiran Hidup, Kelab Pelancongan, Kelab Pendidikan Seni Visual &
Lanskap, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab SPBT, Tok Janggut, Dato’ Maharajalela, Mat
Kilau, Tun Perak, Dato Bahaman, Bola Sepak (15 Tahun), Bola Sepak (18 Tahun), Bola Tampar
960203-03-5157
7
(Lelaki), Ragbi, Sepak Takraw (Bawah 18 Tahun), Hoki (15 Tahun Lelaki), Bola Baling
(Perempuan), Olahraga, Bola Baling (Lelaki), Bola Jaring, dan Badminton. Pada tahun ini,
pencapaian kelab bina badan SMKKB amat membanggakan.
Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Bina Badan.
Sejak diperkenalkan sukan bina badan ini pada tahun 2005 di SMK Kota Bharu, ia telah
mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada mulanya ia dijangkakan tiada sambutan tetapi
penyertaannya tetap ada iaitu dengan ahli seramai 5 orang dan jurulatihnya ialah cikgu Rosli Bin
Abdullah. Pada tahun 2006 dan 2007, sukan ini juga amat membanggakan kerana telah mencipta
beberapa kejayaan. Antara faktor kejayaan sukan bina badan SMKKB ialah ahli bina badan
SMKKB sendiri iaitu Syarafuddin Bin Samuri. Beliau gigih berlatih untuk menjuarai dalam
Kejohanan Bina Badan Mr. Kelantan peringkat negeri (2006), Kejohanan Bina Badan Mr.
Kelantan peringkat negeri (2007) Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Southcity plaza peringkat
kebangsaan di KL (2007), Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Malaysia di Sabah peringkat
kebangsaan (2007) dan menjadi naib johan di Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia peringkat
kebangsaan di Pulau Pinang.
Antara latihan yang beliau jalani untuk menjadi ahli bina badan yang berjaya ialah latihan
chest , shoulder, arm (biseps/ triceps/forearm), back, peha (Thigh) dan betis (calve) iaitu dengan
menggunakan teknik bench Press ( 3 set 12 ulangan ), cable push down ( 3 set 10 ulangan ), barbell
curl ( 3 set 12 ulangan ) dan banyak lagi. Latihan cukup dengan hanya tiga kali seminggu (isnin,
rabu, jumaat) di gym dengan ditemani cikgu Rosli Bin Abdulllah. Ini untuk memastikan tisu-tisu
otot dapat diperbaik pulih dalam masa 48 ( badan normal 72 jam ) jam keatas. Penambahan otot
960203-03-5157
8
pada badan bukannya sewaktu menjalani latihan tetapi sewaktu rehat ( tidur ). Tidur sekurang-
kurangnya 8 jam setiap malam ini bagi memastikan otot mendapat masa yang cukup untuk
membaiki dan pembesaran.
Selain itu, faktor pemakanan juga amat penting bagi seorang ahli bina badan. Memilih
makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot dan juga
mengisi zat badan selepas senaman. Atur jadual & waktu makan. Dia perlu makan sekurang-
kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang. Ini memberi masa badan dia cukup untuk
menghadamkan makanan, supaya dia mempunyai tenaga untuk bersenam. Dia juga perlu makan
sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah
baik selepas latihan bina badan. Menambah jumlah karbohidrat dalam makanan kerana
karbohidrat memberi badan lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa
senaman dan lebihkan sumber protein dalam makanan, sebaik-baiknya makan sumber protein
tanpa lemak apabila cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik
untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot. Minum air yang
banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan
boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
Tahun 2008-2010
Pada tahun 2008, 2009 dan 2010, antara persatuan dan kelab yang terdapat di SMKKB
ialah Persatuan Sejarah, Persatuan Pendidikan Islam, Persatuan Sains, Persatuan Matematik,
Persatuan Ekonomi, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Geografi,
Kelab Optiena, Kelab ICT, Kelab Pelancongan Dan Pencinta Alam, Kelab Fotografi, Skim
960203-03-5157
9
Pinjaman Buku Teks, Koperasi SMK Kota Bharu, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Setia,
Kelab Rukun Negara, Kelab Kompang, Kelab Dikir Barat, Pendidikan Seni Visual & Lanskap,
Kelab Taekwondo dan Kelab Koir Sekolah. Antara unit beruniform yang ada pada waktu itu ialah
Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Pandu Puteri, Puteri Islam, Jabatan Pertahanan
Awam (3), Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap,
Persatuan Silat Terlak dan Persatuan Kadet Bomba. Manakala sukan dan permainan yang ada
pada waktu itu ialah Bola Tampar, Hoki Perempuan, Hoki Lelaki, Bola Sepak, Bola Baling
Lelaki, Bola Baling Perempuan, Ping Pong, Sepak Takraw, Ragbi, Olahraga, Tenis, Bowling,
Badminton dan rumah sukan yang ada pada waktu itu ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Tun Perak,
Dato’ Bahaman dan Dato’ Maharajalela. Pada tahun 2010, sukan badminton antara yang boleh
dibanggakan kerana sampai di peringkat suku akhir di MSSK dan MSSD manakala
kelab/persatuan Bahasa Inggeris juga begitu memberangsangkan kerana berjaya meraih johan
dalam pertanding Choral Speaking peringkat PPD.
Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Badminton Dan Choral Speaking.
Pada tahun 2010 boleh dibanggakan bagi sukan badminton (15 Tahun) dengan SMKKB
kerana berjaya sampai ke peringkat suku akhir dalam peingkat MSSK. Guru yang melatih
badminton (15Tahun) pada waktu itu dibawah jagaan En. Zailani Bin Ariffin dan Puan Salawati
Binti Mohd Radzi dan kesemua ahli badminton ialah 8 termasuk perempuan. Pemain badminton
yang bermain di peringkat MSSK pada waktu ialah pemain perseorangan ialah Faiz Bin Azlan,
beregu lelaki ialah Muhammad Naim Bin Che Zawawi dan Muhammad Naif Bin Che Zawawi dan
beregu campuran ialah Luqman Bin Abdul Hakim dan Nur Adlin Binti Shafie.
960203-03-5157
10
Mereka menjalani latihan sebanyak 2 kali setiap minggu (Selasa dan Khamis) di dewan OJ
yang bersebelahan sahaja dengan sekolah SMKKB. Antara latihan mereka jalani ialah belajar
mencari stamina, mencari kestabilan badan (flexsibel), kepantasan, dan teknik pukulan (smash).
Manakala faktor permakanan mereka ialah kurangkan makanan berminyak, lemak dan gula untuk
mengekalkan keseimbangan berat badan idea. Sebelum mereka mulakan latihan, mereka akan
makan pisang kerana pisang dapat membekalkan tenaga dan minum air mineral.
Pada tahun 2010 juga, Persatuan Bahasa Inggeris antara kelab/persatuan yang dapat
menaikkan nama sekolah SMKKB kerana memenangi pertandingan Choral Speakin peringkat
PPD dibawah pengendalian masa itu iaitu Puan Nik Nor Liza. Ahli persatuan Bahasa Inggeris
SMKKB, Muhammad Faiz Daniel Bin Mokhtar yang memasuki Choral Speaking pada waktu itu
berjaya menjadi johan di peringkat PPD sekaligus menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris
kalangan pelajar SMKKB tidak kurang hebatnya. Kejayaan beliau ini dicapai kerana beliau
berlatih bercakap Bahasa Inggeris dengan keluarganya, rakan-rakan dan guru kelab/persatuan
Bahasa Inggeris. Beliau juga banyak membaca buku-buku, majalah dan artikel dalam Bahasa
Inggeris. Kejayaan beliau ini menunjukkan pelajar di SMKKB mahir lebih dari 2 bahasa.
960203-03-5157
11
Kesimpulan.
Dengan ini jelaslah bahawa dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Bharu (SMKKB) dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk di sekitar bandar Kota Bharu
terutama mereka yang tinggal di kawasan Tanjung Chat. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota
Bharu telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum sejak diperkenalkan dari tahun 1967 – kini. Dengan peningkatan pencapaian
kokurikulum ini dapat menarik minat murid dalam bidang sukan. Ini disebabkan peranan para
guru yang banyak mengadakan latihan sukan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar bagi
mencapai kejayaan mereka dalam bidang sukan dan kokurikulum. Selain itu, SMKKB juga
mempunyai peralatan yang cukup untuk kegunaan para pelajar. SMKKB juga telah banyak kali
mengharumkan nama negeri Kelantan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Dengan peningkatan pencapaian sukan dalam kokurikulum dari tahun ke tahun ini dapat
menarik minat masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Ini kerana sekolah
SMKKB sangat terkenal dengan sukan dan kokurikulum. Semoga dengan kejayaan ini dapat
dikekalkan dan ditingkatkan dari tahun ke tahun seterusnya dan dapat mengharumkan nama baik
sekolah SMKKB dan negeri Kelantan.
960203-03-5157
12
NOTA HUJUNG.
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah, Khamis, 9.30 Malam.
2. http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam.
3. http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam
4. http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam.
5. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00
malam.
6. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00
malam.
7. En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30
tengah hari.
8. En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang.
9. Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14-
15.
960203-03-5157
13
BIBLIOGRAFI.
En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30 tengah
hari.
En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang.
http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah, Khamis, 9.30 Malam.
http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam.
http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam.
Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00
malam.
Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00 malam.
Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14-15.
960203-03-5157
14
LAMPIRAN.
Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu.
Syarafuddin Bin Samuri (Tengah) bersama guru penasihat Kelab Bina Badan SMKKB (2007)
960203-03-5157
15
Syarafuddin (kanan) gigih berlatih bersama adiknya Syahmi (kiri) di gym.
Antara piala yang dimenangi oleh Syarafuddin
960203-03-5157
16
Pasukan Bola Sepak (15 Tahun) SMKKB bersama guru penasihat mereka (2004)
Muhammad Naim sedang menjalani latihan badminton di Dewan OJ.

More Related Content

What's hot

Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Mohd Jaludin
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Jimmy Siow
 
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)amranamie
 
Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014 Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014 Ja'far Ahman
 
Pekeliling beban tugas guru prasekolah
Pekeliling beban tugas guru prasekolahPekeliling beban tugas guru prasekolah
Pekeliling beban tugas guru prasekolahCikguriza Riza
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukanmond niel
 
Pengurusan kelab sukan
Pengurusan kelab sukanPengurusan kelab sukan
Pengurusan kelab sukanmazlanmn
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016Anum Aksan
 
Sejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBSejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBsyafiq hussin
 

What's hot (12)

Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
Buku Pengurusan SK Sg Melut 2015
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
Akhir buku pengurusan 2017 cetakan akhir 2017 (2)
 
Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014 Manual pengurusan sekolah 2014
Manual pengurusan sekolah 2014
 
Pekeliling beban tugas guru prasekolah
Pekeliling beban tugas guru prasekolahPekeliling beban tugas guru prasekolah
Pekeliling beban tugas guru prasekolah
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan
 
Pengurusan kelab sukan
Pengurusan kelab sukanPengurusan kelab sukan
Pengurusan kelab sukan
 
Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019Teks pengetua pibg 2019
Teks pengetua pibg 2019
 
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
FAIL MEJA PPM PRASEKOLAH 2016
 
Proposal
Proposal Proposal
Proposal
 
Sejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTBSejarah Sosial Moden IPGKTB
Sejarah Sosial Moden IPGKTB
 
Sejarah sekolah
Sejarah sekolahSejarah sekolah
Sejarah sekolah
 

Viewers also liked

PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAILPBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAILMiza Farisah
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Thanushah Soniyasee
 
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}Nurul Atikah
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 

Viewers also liked (7)

PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAILPBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
PBS Sejarah: PERKEMBANGAN TINGKATAN 6 DI SMK SULTAN ISMAIL
 
Contoh nota kaki & apa
Contoh nota kaki & apaContoh nota kaki & apa
Contoh nota kaki & apa
 
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
Contoh Presentation PBS Sejarah Tingkatan 6 Penggal 2 2015 ( Kerja Kursus )
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
2.2 pendidikan { SEJARAH STPM PENGGAL 2}
 
PBS Sejarah STPM
PBS Sejarah STPMPBS Sejarah STPM
PBS Sejarah STPM
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 

Similar to PBS Sejarah 2015 final Nazrul

Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Pieja Hanhae
 
Kem sukan sekolah 1 m1s
Kem sukan sekolah 1 m1sKem sukan sekolah 1 m1s
Kem sukan sekolah 1 m1sAziyan Bakar
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1timbanghawai
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahCik Ecah
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukanBuku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukanJimmy Siow
 
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 novemberElijah Loh Keng Soon
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Khair Hazm
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumWan Suhaimi Wan Setapa
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Amad Kedah
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Amad Fuad
 
PROFIL TERKINI
PROFIL TERKINIPROFIL TERKINI
PROFIL TERKINInuraznee
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkapAmdi Jenis
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docxsardrina85
 

Similar to PBS Sejarah 2015 final Nazrul (20)

Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
Sistem Pendidikan Lepas Merdeka (KBSR&KSSR)
 
Kem sukan sekolah 1 m1s
Kem sukan sekolah 1 m1sKem sukan sekolah 1 m1s
Kem sukan sekolah 1 m1s
 
B panduan koko 2014
B panduan koko 2014B panduan koko 2014
B panduan koko 2014
 
Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1Plan Strategik 2010 1
Plan Strategik 2010 1
 
Buku panduan sejarah
Buku panduan sejarahBuku panduan sejarah
Buku panduan sejarah
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolah
 
Sabk
SabkSabk
Sabk
 
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukanBuku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
Buku panduan pelaksanaan dasar 1 murid 1sukan
 
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
189 taklimat dasar 1 m 1s 24 november
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Brosur
BrosurBrosur
Brosur
 
Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015Profil sekolah smkmj 2015
Profil sekolah smkmj 2015
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
 
Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014Kertas kerja hari guru skmp 2014
Kertas kerja hari guru skmp 2014
 
PROFIL TERKINI
PROFIL TERKINIPROFIL TERKINI
PROFIL TERKINI
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap15292602 gerko-bpg-lengkap
15292602 gerko-bpg-lengkap
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
92355485-Kerja-Kursus-Sejarah-Tingkatan-2.docx
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (11)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

PBS Sejarah 2015 final Nazrul

  • 1. 960203-03-5157 1 TEMA: SEJARAH PENDIDIKAN. SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010. PENGENALAN Sekolah merupakan sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT) atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.1 Terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan banyak lagi. Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan serambi mekah pada masa dahulu.2
  • 2. 960203-03-5157 2 SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu ditubuhkan dengan tujuan menambahkan institusi pendidikan dalam Negara, khususnya bagi menampung keperluan penduduk di kawasan Kota Bharu, Kelantan. Pembukaanya dengan rasmi telah dilancarkan pada hari Jumaat 2 Muharam 1389, bersamaan 21 Mac 1969 oleh Menteri Pendidikan Malaysia pada masa itu, YB Encik Mohd Khir Bin Johari. Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Kota Bharu 1 (SRKB1) dan Sekolah Rendah Kota Bharu 2 (SMKB) pada tahun 1965 iaitu selaras dengan pelaksaan sistem aneka jurusan.3 Tahun 2006 juga merupakan tahun yang sungguh gemilang bagi SMKKB kerana dengan pelbagai usaha, sekolah telah banyak menerima peruntukan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan Jabatan Pembangunan Persekutuan untuk menaik taraf fizikal sekolah. Antaranya peruntukan mengecat semua bangunan, menaik taraf musalla, memperluas ruang pejabat (bilik- bilik PK) menaik taraf sistem paip sekolah dan tandas serta menaik taraf bumbung bagi blok Dedikasi, Elit dan Fitrah bersama pembinaan pondok-pondok ilmu. Sehubungan itu, sekolah Berjaya merealisasikan usaha mencapai sekolah yang mementingkan fizikal dan 5K iaitu kebersihan, keceriaan, keselamatan, kebersihan dan keharmonian. Persekitaran luaran dan dalaman sekolah didapati lebih sempurna dan kondustif untuk P&P berkesan.4 Bilik Auditorium telah dinamakan Bilik Auditorium Budiman oleh mantan Pengetua Pn. Hjh Wan Yam bt Wan Sulaiman dan telah mula dibuka penggunaan di awal bulan November 2007. Pada penghujung tahun 2007 juga dilihat kepada penubuhan bilik toturial di Pusat Sumber selain daripada penaik tarafan kepada lantai berjubin. Makmal ERT di Blok Dedikasi dan Bilik Alat Pandang Dengar (APD) di Blok Bertari juga telah dinaik taraf lantainya ke lantai berjubin pada bulan 5 dan 6 tahun 2008.5
  • 3. 960203-03-5157 3 Pada akhir Mei 2008, tangga utama yang telah diilhamkan oleh mantan Pengetua Pn. Hjh Wan Yam bt Wan Sulaiman telah mula digunakan. Ia menjadi mercu tanda SMK KOTA BHARU. Selain daripada itu, ia menjadi sumber inspirasi semua warga SMKKB. Sumber kewangan dan peralatan adalah sumbangan daripada orang ramai.6 Bilik Galeri diwujudkan bagi mengumpulkan segala sijil, plak dan cenderahati diatas kejayaan SMK KOTA BHARU dalam pelbagai bidang. Pertengahan Jun 2008 pula bilik Jutawan Ilmu telah dibuka dimana bilik ini bertujuan sebagai persinggahan tetamu SMKKB dan sebagai tempat pengumpulan maklumat terkini SMKKB. Disini juga turut disediakan peralatan computer (grafik berkomputer). 2 buah kelas telah diubahsuai sebagai bilik MPV bermula bulan Julai 2008 oleh JKR.7 Tahun 2009 menyaksikan beberapa perubahan dan penambahbaikan semasa pentadbiran Puan Hjh. Wan Radziah binti Wan Mustapa. Beliau telah mencetuskan beberapa idea untuk mencantikkan lagi permandangan SMKKB serta menjadikan sekolah sebagai tempat yang kondusif untuk setiap warganya. Antara perubahan yang telah dilakukan dengan begitu baik ialah menaikkan taraf Bilik Gerakan dengan susun atur, ruang yang begitu selesa, luas dan mampu menempatkan jumlah guru yang besar untuk sesuatu perjumpaan.8 Pada awal tahun 2010, bilik guru juga telah diubahsuai mengikut guru yang semakin bertambah. Bilik guru telah diperbesar dan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bilik Guru 1 dan Bilik Guru 2. Bilik-bilik khas juga telah dikemaskini dan disusun atur semula. Bilik Gerakan juga telah diperbesar bagi menampung guru yang lebih ramai. Kantin juga telah diubahsuai dengan memasang jubin di sekitar kantin. Meja dan kerusi di kantin telah ditambah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Keadaan ini kekal sehingga hari ini.
  • 4. 960203-03-5157 4 SEJARAH PERKEMBANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KOTA BHARU DARI TAHUN 2000-2010. MAKSUD KOKURIKULUM. Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja yang terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai- nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu unit badan beruniform, persatuan/kelab dan sukan permainan. Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002) pula mendefinisikan kokurikulum sebagai kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah.9 Tahun 2000-2004 Pada tahun tersebut, antara unit badan beruniform yang ada di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu pada waktu itu ialah Pengakap 42 KB, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam JPA 3, Kadet Remaja Sekolah, PBSM Malaysia. Persatuan yang terdapat pada masa itu ialah Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Kemahiran Hidup, Persatuan Seni Lukis, Persatuan Sejarah dan Persatuan Geografi. Manakala Kelab pula ialah Kelab Optiena, Kelab Pencinta Alam, Kelab Setia, Kelab Nafas Baru, Kelab Fotografi, Kelab Bimbingan & Kaunseling, Kelab ICT, Kelab Skim Pinjaman Buku Teks, Kelab Pelancongan dan Kelab Kesihatan. Antara sukan dan
  • 5. 960203-03-5157 5 permainan yang terdapat pada waktu itu pula ialah Olahraga, Sepak Takraw, Bola Baling Lelaki, Bola Baling Perempuan, Bola Tampar Lelaki, Bola Tampar Perempuan, Hoki A, Hoki B, Hoki Perempuan, Badminton, Bola Jaring A, Bola Jaring B, Pasukan Sajak, Pasukan Nasyid, Ping Pong dan Pasukan Dikir Barat. Aktiviti ko-kurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu yang paling gah dalam tahun 2000-2004 ialah dalam sukan bola sepak. Sekolah ini pada waktu itu mempunyai pasukan bola sepak yang boleh dikatakan digeruni oleh pihak lawan jika ada pertandingan yang diadakan serta pernah menjuarai beberapa pertandingan bola sepak antara sekolah pada tahun 2000 sehingga 2004. Antara pencapaian yang membanggakan ialah pada tahun 2002, iaitu pasukan bola SMKKB (15 Tahun) menjuarai pertandingan bola sepak peringkat sekolah/daerah Kota Bharu. Sukan bola sepak ( 15 Tahun) SMKKB pada tahun 2004 menjadi Naib Johan MSSK KB dan Suku Akhir MSSD Kota Bharu. 3 pelajar SMKKB iaitu Mohammad Afnan Faiz Bin Abdul Aziz, Nik Mohd Alif Bin Nik Li dan Mohd Fakhrul Syafiq Bin Rabeek mewakili daerah Kota Bharu dalam bola sepak (15 Tahun) dan mereka bertiga juga menjadi wakil Tunas Cemerlang peringkat Kebangsaan di Ipoh. Latihan-Latihan Intensif Sukan Bola Sepak SMKKB. Antara faktor kejayaan dalam sukan bola sepak ini kerana semangat dan kredibiliti yang ada pada guru yang melatih pasukan SMKKB pada waktu itu iaitu cikgu Zamri Bin Mohd Noor dan semangat pemain bola SMKKB (15 Tahun) seramai 18 yang diketuai oleh kapten pasukan iaitu Nik Mohd Alif Bin Nik Li. Cikgu Zamri Bin Mohd Noor amat mengambil berat pasukan bola sepak (15 Tahun) SMKKB dengan memberi latihan yang sewajarnya. Latihan dijalan pada setiap hari iaitu selama 2 jam (4-6 petang). Cara mereka berlatih ialah membuat latihan
  • 6. 960203-03-5157 6 memanaskan badan selama 30 minit, teka tubi 60 kali untuk kekuatan fizikal, jogging pusing padang latihan sebanyak 10 pusingan untuk mengekalkan kecerdasan. Selain latihan mental dan fizikal, mereka juga berlatih membuat tendangan, belajar teknik menghantar bola dan mengatur taktikal pasukan. Cara pengambilan makanan untuk mengekalkan diet pula ialah pada waktu pagi, diharuskan makan 1 biji telur rebus dan 2 gelas air suam. Pada waktu tengah hari pula, pemain diharuskan mengambil pemakanan 2 gelas air, sepinggan nasi dengan lauk yang berkhasiat seperti sayur-sayuran dan ikan serta buah-buahan. Pada waktu malam pula diharuskan mengambil pemakanan 2 gelas air dan makan makanan yang ringan seperti roti. Mereka tidak boleh ambil makanan yang mengandungi terlalu banyak minyak dan lemak dan. Pengambilan yang seimbang dapat mengekalkan berat badan yang seimbang. Tahun 2005-2007 Pada tahun 2005, 2006 dan 2007, antara unit beruniform, persatuan, kelab, sukan dan permainan yang ada di SMKKB ialah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Pasukan Seni Silat Terlak 4, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), PBSM, Pandu Puteri, Puteri Islam, Pengakap, Tae Kwan Do, Kelab Optiena, Kadet Bomba Dan Penyelamat, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan matematik, Persatuan Sains, Persatuan Ekonomi, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, Choral Speaking, Persatuan Pendidikan Islam, Kelab ICT, Kelab Setia, Kelab Koperasi Sekolah, Kelab Bina Badan, Kelab Fotografi, Kelab Kewangan, Persatuan Kemahiran Hidup, Kelab Pelancongan, Kelab Pendidikan Seni Visual & Lanskap, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab SPBT, Tok Janggut, Dato’ Maharajalela, Mat Kilau, Tun Perak, Dato Bahaman, Bola Sepak (15 Tahun), Bola Sepak (18 Tahun), Bola Tampar
  • 7. 960203-03-5157 7 (Lelaki), Ragbi, Sepak Takraw (Bawah 18 Tahun), Hoki (15 Tahun Lelaki), Bola Baling (Perempuan), Olahraga, Bola Baling (Lelaki), Bola Jaring, dan Badminton. Pada tahun ini, pencapaian kelab bina badan SMKKB amat membanggakan. Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Bina Badan. Sejak diperkenalkan sukan bina badan ini pada tahun 2005 di SMK Kota Bharu, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pada mulanya ia dijangkakan tiada sambutan tetapi penyertaannya tetap ada iaitu dengan ahli seramai 5 orang dan jurulatihnya ialah cikgu Rosli Bin Abdullah. Pada tahun 2006 dan 2007, sukan ini juga amat membanggakan kerana telah mencipta beberapa kejayaan. Antara faktor kejayaan sukan bina badan SMKKB ialah ahli bina badan SMKKB sendiri iaitu Syarafuddin Bin Samuri. Beliau gigih berlatih untuk menjuarai dalam Kejohanan Bina Badan Mr. Kelantan peringkat negeri (2006), Kejohanan Bina Badan Mr. Kelantan peringkat negeri (2007) Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Southcity plaza peringkat kebangsaan di KL (2007), Kejohanan Amatur Bina Badan Mr. Malaysia di Sabah peringkat kebangsaan (2007) dan menjadi naib johan di Kejohanan Bina Badan Mr. Malaysia peringkat kebangsaan di Pulau Pinang. Antara latihan yang beliau jalani untuk menjadi ahli bina badan yang berjaya ialah latihan chest , shoulder, arm (biseps/ triceps/forearm), back, peha (Thigh) dan betis (calve) iaitu dengan menggunakan teknik bench Press ( 3 set 12 ulangan ), cable push down ( 3 set 10 ulangan ), barbell curl ( 3 set 12 ulangan ) dan banyak lagi. Latihan cukup dengan hanya tiga kali seminggu (isnin, rabu, jumaat) di gym dengan ditemani cikgu Rosli Bin Abdulllah. Ini untuk memastikan tisu-tisu otot dapat diperbaik pulih dalam masa 48 ( badan normal 72 jam ) jam keatas. Penambahan otot
  • 8. 960203-03-5157 8 pada badan bukannya sewaktu menjalani latihan tetapi sewaktu rehat ( tidur ). Tidur sekurang- kurangnya 8 jam setiap malam ini bagi memastikan otot mendapat masa yang cukup untuk membaiki dan pembesaran. Selain itu, faktor pemakanan juga amat penting bagi seorang ahli bina badan. Memilih makanan bina badan yang betul secara berkesan akan meningkatkan pembesaran otot dan juga mengisi zat badan selepas senaman. Atur jadual & waktu makan. Dia perlu makan sekurang- kurangnya satu jam sebelum senaman yang dirancang. Ini memberi masa badan dia cukup untuk menghadamkan makanan, supaya dia mempunyai tenaga untuk bersenam. Dia juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, contohnya makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan. Menambah jumlah karbohidrat dalam makanan kerana karbohidrat memberi badan lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman dan lebihkan sumber protein dalam makanan, sebaik-baiknya makan sumber protein tanpa lemak apabila cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot. Minum air yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius. Tahun 2008-2010 Pada tahun 2008, 2009 dan 2010, antara persatuan dan kelab yang terdapat di SMKKB ialah Persatuan Sejarah, Persatuan Pendidikan Islam, Persatuan Sains, Persatuan Matematik, Persatuan Ekonomi, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Geografi, Kelab Optiena, Kelab ICT, Kelab Pelancongan Dan Pencinta Alam, Kelab Fotografi, Skim
  • 9. 960203-03-5157 9 Pinjaman Buku Teks, Koperasi SMK Kota Bharu, Kelab Pencegahan Jenayah, Kelab Setia, Kelab Rukun Negara, Kelab Kompang, Kelab Dikir Barat, Pendidikan Seni Visual & Lanskap, Kelab Taekwondo dan Kelab Koir Sekolah. Antara unit beruniform yang ada pada waktu itu ialah Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Pandu Puteri, Puteri Islam, Jabatan Pertahanan Awam (3), Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Pengakap, Persatuan Silat Terlak dan Persatuan Kadet Bomba. Manakala sukan dan permainan yang ada pada waktu itu ialah Bola Tampar, Hoki Perempuan, Hoki Lelaki, Bola Sepak, Bola Baling Lelaki, Bola Baling Perempuan, Ping Pong, Sepak Takraw, Ragbi, Olahraga, Tenis, Bowling, Badminton dan rumah sukan yang ada pada waktu itu ialah Tok Janggut, Mat Kilau, Tun Perak, Dato’ Bahaman dan Dato’ Maharajalela. Pada tahun 2010, sukan badminton antara yang boleh dibanggakan kerana sampai di peringkat suku akhir di MSSK dan MSSD manakala kelab/persatuan Bahasa Inggeris juga begitu memberangsangkan kerana berjaya meraih johan dalam pertanding Choral Speaking peringkat PPD. Latihan-Latihan Intensif Dan Pencapaian Sukan Badminton Dan Choral Speaking. Pada tahun 2010 boleh dibanggakan bagi sukan badminton (15 Tahun) dengan SMKKB kerana berjaya sampai ke peringkat suku akhir dalam peingkat MSSK. Guru yang melatih badminton (15Tahun) pada waktu itu dibawah jagaan En. Zailani Bin Ariffin dan Puan Salawati Binti Mohd Radzi dan kesemua ahli badminton ialah 8 termasuk perempuan. Pemain badminton yang bermain di peringkat MSSK pada waktu ialah pemain perseorangan ialah Faiz Bin Azlan, beregu lelaki ialah Muhammad Naim Bin Che Zawawi dan Muhammad Naif Bin Che Zawawi dan beregu campuran ialah Luqman Bin Abdul Hakim dan Nur Adlin Binti Shafie.
  • 10. 960203-03-5157 10 Mereka menjalani latihan sebanyak 2 kali setiap minggu (Selasa dan Khamis) di dewan OJ yang bersebelahan sahaja dengan sekolah SMKKB. Antara latihan mereka jalani ialah belajar mencari stamina, mencari kestabilan badan (flexsibel), kepantasan, dan teknik pukulan (smash). Manakala faktor permakanan mereka ialah kurangkan makanan berminyak, lemak dan gula untuk mengekalkan keseimbangan berat badan idea. Sebelum mereka mulakan latihan, mereka akan makan pisang kerana pisang dapat membekalkan tenaga dan minum air mineral. Pada tahun 2010 juga, Persatuan Bahasa Inggeris antara kelab/persatuan yang dapat menaikkan nama sekolah SMKKB kerana memenangi pertandingan Choral Speakin peringkat PPD dibawah pengendalian masa itu iaitu Puan Nik Nor Liza. Ahli persatuan Bahasa Inggeris SMKKB, Muhammad Faiz Daniel Bin Mokhtar yang memasuki Choral Speaking pada waktu itu berjaya menjadi johan di peringkat PPD sekaligus menunjukkan kemahiran Bahasa Inggeris kalangan pelajar SMKKB tidak kurang hebatnya. Kejayaan beliau ini dicapai kerana beliau berlatih bercakap Bahasa Inggeris dengan keluarganya, rakan-rakan dan guru kelab/persatuan Bahasa Inggeris. Beliau juga banyak membaca buku-buku, majalah dan artikel dalam Bahasa Inggeris. Kejayaan beliau ini menunjukkan pelajar di SMKKB mahir lebih dari 2 bahasa.
  • 11. 960203-03-5157 11 Kesimpulan. Dengan ini jelaslah bahawa dengan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu (SMKKB) dapat memberi banyak manfaat kepada penduduk di sekitar bandar Kota Bharu terutama mereka yang tinggal di kawasan Tanjung Chat. Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang berjaya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum sejak diperkenalkan dari tahun 1967 – kini. Dengan peningkatan pencapaian kokurikulum ini dapat menarik minat murid dalam bidang sukan. Ini disebabkan peranan para guru yang banyak mengadakan latihan sukan untuk memberi semangat kepada pelajar-pelajar bagi mencapai kejayaan mereka dalam bidang sukan dan kokurikulum. Selain itu, SMKKB juga mempunyai peralatan yang cukup untuk kegunaan para pelajar. SMKKB juga telah banyak kali mengharumkan nama negeri Kelantan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Dengan peningkatan pencapaian sukan dalam kokurikulum dari tahun ke tahun ini dapat menarik minat masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini. Ini kerana sekolah SMKKB sangat terkenal dengan sukan dan kokurikulum. Semoga dengan kejayaan ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan dari tahun ke tahun seterusnya dan dapat mengharumkan nama baik sekolah SMKKB dan negeri Kelantan.
  • 12. 960203-03-5157 12 NOTA HUJUNG. 1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah, Khamis, 9.30 Malam. 2. http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam. 3. http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam 4. http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam. 5. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00 malam. 6. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00 malam. 7. En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30 tengah hari. 8. En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang. 9. Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14- 15.
  • 13. 960203-03-5157 13 BIBLIOGRAFI. En. Mohd Shahrulaswady Bin Husain (Guru Ko-kurikulum SMK Kota Bharu, Isnin, 2.30 tengah hari. En. Wan Azman Bin Wan Ali (Guru Kokurikulum SMKKB), Isnin, 2.45 petang. http://abkar178.blogspot.com/2013/09/aktiviti-kokurikulum.html, Jumaat, 9 Malam http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah, Khamis, 9.30 Malam. http://smkkbkelantan.blogspot.com/p/profil-sekolah.html, Khamis, 10 Malam. http://tanahmerah.webs.com/sejarah.htm, Khamis, 11 Malam. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2005, Khamis, 8.00 malam. Majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, tahun keluaran 2010, Khamis, 9.00 malam. Nik Safiah Karim, Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), Dewan Bahasa dan Pustaka, M/S 14-15.
  • 14. 960203-03-5157 14 LAMPIRAN. Lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu. Syarafuddin Bin Samuri (Tengah) bersama guru penasihat Kelab Bina Badan SMKKB (2007)
  • 15. 960203-03-5157 15 Syarafuddin (kanan) gigih berlatih bersama adiknya Syahmi (kiri) di gym. Antara piala yang dimenangi oleh Syarafuddin
  • 16. 960203-03-5157 16 Pasukan Bola Sepak (15 Tahun) SMKKB bersama guru penasihat mereka (2004) Muhammad Naim sedang menjalani latihan badminton di Dewan OJ.