SlideShare a Scribd company logo
1 of 1
INTERVENSI AWAL
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka
mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka.
Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat.
Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga
melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia
dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah
komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur
disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan
pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi
alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di
antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan
teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan
perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama
magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik.
Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang dan persekitaran. Individu
yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-
kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang
disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran
makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala
perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah
autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal
sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang.
Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan
bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan
nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.
Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk
belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri,
komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui
program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di
sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran
bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas
supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah
laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.

More Related Content

Similar to INTERVENSI

Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malemStrategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malemTjoetnyak Izzatie
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Zack Chepa
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahHon Shan Shan
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Nur Kareena
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Makalah lbm 1 blok 16
Makalah lbm 1 blok 16Makalah lbm 1 blok 16
Makalah lbm 1 blok 16RSIGM
 
Makalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan Khusus
Makalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan KhususMakalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan Khusus
Makalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan KhususDedy Wiranto
 
Bina autis indonesia presentasi
Bina autis indonesia presentasiBina autis indonesia presentasi
Bina autis indonesia presentasiHusnul Khatimah
 
Perilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remajaPerilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remajaagung faisal
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 
Pp autis
Pp autisPp autis
Pp autiscindrya
 
karakteristik anak usia dini
karakteristik anak usia dinikarakteristik anak usia dini
karakteristik anak usia diniREISA Class
 
Similar to INTERVENSI (20)

Program tumbang anak kel1
Program tumbang anak  kel1Program tumbang anak  kel1
Program tumbang anak kel1
 
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malemStrategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
 
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malemStrategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
Strategi pembelajaran anak berkebutuhan khusus di mis mon malem
 
Abahhhh
AbahhhhAbahhhh
Abahhhh
 
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
Kajian tindakan meningkatkan kemahiran menulis mekanis menggunakan kit ansur ...
 
LIRP0-2016
LIRP0-2016LIRP0-2016
LIRP0-2016
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
Laporan pembentangan intervensi awal kanak2
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Makalah lbm 1 blok 16
Makalah lbm 1 blok 16Makalah lbm 1 blok 16
Makalah lbm 1 blok 16
 
Makalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan Khusus
Makalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan KhususMakalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan Khusus
Makalah Hakikat dan Fungsi Pendidikan Kelas Khusus Bagi Anak Berkebutuhan Khusus
 
Soal baru
Soal baruSoal baru
Soal baru
 
Bina autis indonesia presentasi
Bina autis indonesia presentasiBina autis indonesia presentasi
Bina autis indonesia presentasi
 
Bahan seminar by adit
Bahan seminar by aditBahan seminar by adit
Bahan seminar by adit
 
Perilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remajaPerilaku abnormal pada anak dan remaja
Perilaku abnormal pada anak dan remaja
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Tugas Makalah Instika Annuqayah Guluk- Guluk .docx
Tugas Makalah Instika Annuqayah Guluk- Guluk .docxTugas Makalah Instika Annuqayah Guluk- Guluk .docx
Tugas Makalah Instika Annuqayah Guluk- Guluk .docx
 
Pp autis
Pp autisPp autis
Pp autis
 
karakteristik anak usia dini
karakteristik anak usia dinikarakteristik anak usia dini
karakteristik anak usia dini
 
INTERVENSI

  • 1. INTERVENSI AWAL Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka. Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004). Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik. Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak- kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan. Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.