SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
1
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
(CTU551)
TINTA TAMADUN & PROJEK LUAR (TOKOH)
AHLI KUMPULAN :
BIL NAMA NO MATRIK
1. MUHAMMAD AMSYAR BIN AZMAN 2015666972
2. MOHD NAZAHAH LIM BIN ABDUL HALIM LIM 2015686398
3. NUR AQILAH BINTI RAMLI 2015683916
4. HUDA MAIZURAH BINTI HAMIDON 2015403088
5. AIN FARIHAH BINTI NOR HASSIM 2015431068
6. SITI NURFATIHAH BINTI MUSA 2015428404
KUMPULAN : BM 231 2M & BM 231 2L
TARIKH : 6 APRIL 2016 & 8 MEI 2016
PENSYARAH : USTAZAH MAHFUZAH BINTI ZABIDI
2
TINTA TAMADUN
LOKASI :
MUZIUM SULTAN ALAM SHAH,
SELANGOR
TARIKH :
6 APRIL 2016
3
1.0 PENGENALAN
Bagi mempelajari sejarah dengan lebih dekat kumpulan kami telah memilih Muzium
Sultan Alam Shah sebagai lokasi lawatan kami. Muzium Sultan Alam Shah merupakan
sebuah muzium negeri di Selangor. Dibuka oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah Sultan Selangor dan jajahannya, Muzium beroperasi pada 2 September 1989. Terdapat
5 buah Balai Pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Alam
Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan
kemudahan seperti pusat sumber, auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng
Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori. Kami berharap lawatan ke Muzium
Sultan Alam Shah ini dapat memberi manfaat serta cetusan idea dalam meningkatkan lagi jati
diri dan pengetahuan kami dari aspek sejarah dan ketamadunan.
2.0 FAKTOR PEMILIHAN MUZIUM
Pada dasarnya, kami memilih Muzium Sultan Alam Shah ini sebagai lokasi lawatan
TINTA TAMADUN adalah kerana muzium ini penuh dengan pameran-pameran sejarah yang
sesuai untuk dirujuk dan dipelajari terutamanyan untuk para pelajar dan mahasiswa yang
ingin kenal dengan lebih dekat sejarah sejarah lalu yang berlaku terutamanya di Selangor dan
Malaysia. Terdapat juga pelbagai nilai-nilai yang dapat kita pelajari hasil daripada lawatan ke
Muzium Sultan Alam Shah. Kami juga memilih muzium ini sebagai lokasi lawatan kerana
faktor lokasinya yang berdekatan dengan kawasan kampus dan memudahkan kumpulan kami
untuk menjalankan lawatan ke muzium ini.
4
3.0 DAPATAN KAJIAN
Sepanjang lawatan yang diadakan di Muzium Sultan Alam Shah, terdapat 5 Balai
Pameran yang kami lawat iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Alam
Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Hasil daripada lawatan tersebut, banyak nilai
nilai yang dapat kami peroleh dan pelajari.
GAMBAR 1 & 2 : TAMPANG BERBENTUK HAIWAN DAN PIRAMID
Pada zaman dahulu, manusia tidak memerlukan wang kerana penggunaan sistem
barter dalam penawaran jual dan beli. Dengan peredaran masa, manusia menyedari bahawa
penggunaan mata wang adalah lebih sistematik berbanding dengan sistem barter. Maka,
evolusi mata wang telah wujud sejak dari zaman dahulu lagi sehingga ke hari ini kerana ia
merupakan satu sistem yang cukup baik.
5
GAMBAR 3 : BALAI ISLAM MUZIUM SULTAN ALAM SHAH
Di Balai Pameran Islam, kami mempelajari tentang sejarah kedatangan Islam ke
Nusantara. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, sebahagian besar penduduknya
menganut agama Hindu-Buddha dan animism. Islam mula diterima di Nusantara kira kira
pada abad ke 13 Masihi berdasarkan catatan ahli pelayaran, Ibnu Battutah yang melawat
Pasai pada tahun 1345 Masihi.
6
GAMBAR 4 : REPLIKA KUBUR KEPINGAN BATU
Replika kubur kepingan batu ini dijumpai sewaktu kerja-kerja cari gali di Ladang 51 di
Ladang Ulu Bernam pada bulan Febuari 1993. Kubur berukuran 220cm X 70cm ini terletak
berhampiran Sungai Bernam.Artefak yang dijumpai adalah manik kaca, manik batu
(carnelian), serpihan besi dan tembikar dari China (zaman Tang Awal), Sebahagian besar
artefak yang dijumpai adalah bahan bernilai yang dimiliki oleh kaum bangsawan.
7
GAMBAR 5 : KESENIAN ISLAM
Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada ciri
ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan
menghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja
membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan
perkembangan kesenian tersebut. Namun ia haruslah seiring dengan syariat Allah S.W.T.
8
4.0 PERBINCANGAN DAPATAN
Berdasarkan lawatan yang kumpulan kami lakukan di Muzium Sultan Alam Shah,
kami dapati bahawa lawatan ini banyak berkait dengan pembelajaran di dalam kelas.
Pertama, sebagai seorang manusia, kita seharusnya berpaling semula ke belakang
dengan melihat semula sejarah-sejarah yang lampau, bagaimana ia terjadi, apa kesannya
terhadap pembangunan diri insaniah, masyarakat dan globalisasi supaya kita sedar betapa
pentingnya untuk belajar dari sejarah yang terdahulu kerana nilai-nilai yang bagus dapat kita
pelajari agar tidak mengulangi segala kesilapan yang lepas. Sebagai contoh, dalam sejarah
ketamadunan melayu, kita dapat lihat dari sudut pandangan sejarah bagaimana Kota Melaka,
antara sebuah kota yang terkuat di Nusantara mampu dirobek oleh Portugis oleh kerana orang
dalam yang menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut, membocorkan maklumat
rahsia pertahanan Kerajaan Melaka kepada orang luar. Apa yang kita dapat pelajari dari
situasi ini ialah sebagai sebuah negara yang membangun, kita seharusnya berwaspada dan
menerapkan semangat patriotik yang tinggi supaya tidak mudah untuk anasir luar untuk
menjajah kembali negara ini.
Seterusnya, dari sudut perspektif Islam, Balai Pameran Islam di Muzium Sultan Alam
Shah banyak memberi penerangan secara visual tentang Tamadun Islam seperti mana yang
diajarkan di dalam kelas. Islam di Nusantara berkembang menerusi perkahwinan,
penghijrahan, dan para cendekiawan Islam. Pengislaman golongan Raja dan bangsawan
merupakan golongan paling berkuasa yang akan menjadi ikutan kepada rakyat jelata. Islam
berkembang terus dengan pesat di Nusantara apabila Melaka menjadi sebuah negara agung
pada Abad ke 15 Masihi, ketika itu negeri jajahan takluknya terutamanya Tanah Melayu turut
mengalami proses Islamisasi. Perkembangan Islam yang dibawa terus dari Timur Tengah ini
memberi impak yang sangat besar dalam proses ketamadunan Melayu itu sendiri kerana kita
dapat lihat ia memberikan banyak impak positif terutamanya dari sudut kepercayaan, cara
hidup, sosial dan kemasyarakatan.
9
Tambahan pula, di muzium ini banyak memberi pendedahan tentang ciri-ciri yang
lebih halus dalam tamadun Melayu seperti apa yang dipelajari sewaktu di dalam kelas.
Tamadun Melayu yang mempunyai kesantunan serta ciri ciri halus yang sangat tinggi
memberi satu inspirasi yang cukup hebat dalam membina satu sistem sosial dan
kemasyarakatan yang lebih baik dari masa ke masa. Pendedahan tentang adat perkahwinan,
perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, ibadah berpuasa, kehalusan senibina dan seni pertahankan
diri (silat) di muzium ini menjadi bukti bahawa orang melayu di negara ini mempunyai
kehalusan dalam apa jua perkara sejak dari dahulu lagi. Banyak yang kita dapat pelajari jika
kita amati dan mengambil pengajaran dari setiap perspektif orang melayu supaya kita boleh
meningkatkan jati diri dan mempunyai pengetahuan tentang asal usul kita.
Seiring dengan itu, pengajaran dengan lebih dekat tentang ketamaduan di muzium ini
memberi pendedahan kepada kita untuk tidak meletakkan nilai dalam setiap benda itu secara
materialistik semata mata. Jangan kita katakan bahawa sejarah ini tidak penting dan tidak
mengapa jika kita tidak mempelajari sejarah kerana ia merupakan kisah kisah pada masa
lampau sahaja. Hakikatnya, itu yang terjadi di dunia ini terutamanya di dunia barat yang
terlampau akur dengan sifat liberalisma serta materialistik akibat menolak untuk mengambil
iktibar dari sejarah sejarah yang terdahulu.
Secara asasnya, sejarah ini sangat penting untuk setiap insan mempelajari dan
mengambil iktibar daripada tamadun tamadun yang lepas supaya kita sentiasa mempunyai
ruang untuk memperbaiki diri sendiri dalam menghadapi situasi situasi yang tidak dapat kita
jangkakan pada abad melinia ini.
10
5.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah ini memberi banyak
pendedahan serta informasi yang boleh kita pelajari bersama sama terutamanya tentang
pembinaan dan perkembanga sesebuah tamadun itu sendiri. Kita seharusnya mempunyai satu
sifat ingin tahu dalam mempelajari sejarah kerana ia merupakan pencetus kepada idea dan
penambahbaikkan nilai nilai murni dalam diri setiap insan. Bagi menghadapi ancaman dunia
luar terutamanya nilai nilai kebaratan yang semakin menular, wajarlah kita untuk memandang
kebelakan semula bagaimana wajah kebaratan yang penuh dengan sifat konspirasi,
hedonistik, materialistik dan liberisma ini mampu menghancurkan sesebuah tamadun yang
besar. Oleh itu, sangat wajarlah kita untuk mempelajari sejarah bagi meningkatkan lagi jati
diri dan sifat patriotisma dalam diri kita sebagai persediaan untuk menghadapi mana mana
ancaman sama ada dalam peringkat domestik mahupun antarabangsa.
11
TOKOH
TOKOH :
ENCIK ABDUL HALIM LIM
BIN ABDULLAH
LOKASI :
KAJANG, SELANGOR
TARIKH :
8 MEI 2016
12
1.0 PENGENALAN
Bagi mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan dengan kehidupan, budaya dan
masyarakat orang Cina, kami telah memilih seorang usahawan yang berbangsa Cina dan
beragama Islam untuk ditemuramah. Usahawan tersebut ialah Encik Abdul Halim Lim bin
Abdullah, seorang kontraktor yang berumur 55 tahun. Beliau telah bermaustatin di Kajang
sejak 32 tahun lalu dan mempunyai sebuah syarikat yang diberi nama AHL Builder. Beliau
telah berkecimpung didalam bidang perniagaan selama 36 tahun (1980-2016). Kami berharap
dengan sesi temuramah ini dapat memberikan input dan motivasi dalam meningkatkan lagi
pengetahuan dan semangat kami untuk menempuh bidang perniagaan kelak.
2.0 FAKTOR PEMILIHAN TOKOH
Kami memilih Encik Abdul Halim Lim bin Abdullah sebagai tokoh kami kerana beliau
mempunyai ciri-ciri lengkap sebagai seorang tokoh yang berkaliber dan ianya secara tidak
langsung berkait dengan Tamadun China kerana beliau sendiri berbangsa Cina. Selain itu,
antara faktor utama yang mendorong kami memilih Encik Abdul Halim Lim kerana beliau
ialah seorang mualaf. Tambahan pula, beliau mempunyai pengalaman yang luas didalam
bidang perniagaan. Sebagai bukti, beliau telah berkecimpung didalam bidang permbinaan
selama 36 tahun. Secara tidak langsung, kami dapat mempelajari nilai-nilai tradisi orang Cina
yang masih dikekalkan oleh Encik Halim Lim sendiri.
13
3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 LATAR BELAKANG
Nama penuh beliau sebelum menganuti agama Islam adalah Lim Keong Wah. Beliau
dilahirkan pada 19 Jun 1961 dan berasal dari Selayang, Selangor. Beliau menganuti agama
Islam semasa berumur 33 tahun dan beliau memilih nama Abdul Halim Lim Bin Abdullah
selepas memasuki Islam. Beliau merupakan anak keenam (6) daripada tujuh (7) adik-
beradik.
3.2 PEKERJAAN
3.2.1 BIDANG PEKERJAAN
Encik Abdul Halim Lim Bin Abdullah merupakan seorang ahli perniagaan dalam
bidang pembinaan. Beliau mempunyai syarikat sendiri yang dikenali sebagai AHL Builder.
Jenis perniagaan beliau adalah Small Office Home Office (SOHO) di mana perniagaan beliau
beroperasi dari rumah.
3.2.2 FAKTOR MENCEBURI BIDANG PEKERJAAN
Encik Abdul Halim Lim melibatkan diri dalam bidang perniagaan seawal usia 19
tahun. Beliau bermula dengan diberi kepercayaan untuk mengendalikan operasi sebuah
kilang. Pelbagai jenis perniagaan yang telah beliau ceburi. Hasil daripada pelbagai
pengalaman yang dikutip, timbul minat dalam diri beliau untuk memulakan perniagaan
sendiri. Beliau juga mendapat sokongan penuh daripada keluarga untuk menubuhkan
perniagaan beliau.
14
4.0 KEKELUARGAAN
4.1 KELUARGA DAN KERJAYA
Encik Abdul Halim Lim Bin Abdullah merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan
kebanyakkan masanya adalah untuk urusan perniagaan. Namun begitu, keluarga masih
merupakan keutamaan. Beliau tetap memantau dan memastikan urusan harian keluarganya
berjalan dengan baik dan dibantu oleh isterinya. Sebagai seorang usahawan, pengurusan masa
adalah kunci yang penting dan bagi Encik Abdul Halim Lim Bin Abdulah, beliau memastikan
urusan kerjaya dan keluarganya diperuntukkan dengan baik.
5.0 ISLAM
5.1 PERSEPSI
Setiap orang mempunyai persepsi atau pandangan yang tersendiri terhadap Islam dan
tidak terkecuali Encik Abdul Halim. Sebelum beliau menganuti agama Islam, beliau
bertanggapan bahawa agama Islam adalah agama yang sangat indah dan baik.
Namun,kecanggihan zaman kini membuatkan ramai umat Islam sendiri meletakkan dunia
melebihi akhirat. Tambah beliau, Islam itu bukan sekadar pada luaran, tetapi turut tertumpu
pada nilai dalaman seseorang muslim.
5.2 FAKTOR MEMELUK ISLAM
Semasa menemuramah Encik Abdul Halim, beliau memberitahu bahawa faktor utama
beliau memeluk agama Islam adalah bertujuan untuk menikahi isterinya. Namun, itu tidak
membuatkan beliau mengabaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Beliau banyak
mendalami tentang Islam dan keindahannya selepas mendirikan rumahtangga bersama
isterinya.
15
5.3 PENERIMAAN
Setelah memeluk agama Islam, keluarga beliau menerima baik keputusannya dan
memberi sokongan penuh kepada beliau. Setelah berkahwin, keluarga mertua beliau juga
menerima dengan baik kedatangan beliau dalam keluarga mereka . Walaupun kedua belah
keluarga menerima baik, namun segelintir rakan beliau tidak menerima beliau menganuti
agama Islam.
6.0 KEHIDUPAN DAN PERNIAGAAN
6.1 PRINSIP
Encik Abdul Halim Lim Bin Abdullah memegang prinsip yang amat penting dalam
hidup iaitu kejujuran. Beliau yakin sekiranya setiap perbuatan, percakapan dan tindakan
sesorang itu dilakukan tanpa sebarang penipuan, segala urusan individu itu akan
dipermudahkan oleh Allah SWT. Beliau bukan sekadar berpegang pada prinsip kejujuran,
akan tetapi beliau memastikan bahawa beliau mempraktikkan prinsip tersebut dalam
kehidupan hariannya bersama keluarga dan dalam urusan perniagaan. Tidak dinafikan
bahawa dalam perniagaan beliau, ada pihak yang cuba menggunakan unsur-unsur yang tidak
dibenarkan dalam Islam seperti rasuah. Dalam hal ini, ketegasan memainkan peranan penting.
Beliau tegas dalam menolak kerjasama dengan perniagaan yang melibatkan rasuah. Beliau
berpandangan bahawa sumber pendapatan yang betul (halal) merupakan salah satu
keberkatan dalam hidup.
6.2 IDOLA
Idola Encik Abdul Halim merupakan individu-individu yang telah berjaya dalam
kehidupan mereka, tidak tertumpu pada sesuatu bangsa sahaja. Antara idola beliau adalah
Tun Daim Bin Zainuddin yang merupakan mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau
mengagumi beliau bukan sekadar dari sifat pimpinanya, malah sifat Tun Daim yang
merendah diri meskipun hidupnya mewah serta sifat gigihnya memberi inspirasi kepada
beliau.
16
6.3 KEGAGALAN DAN JALAN BANGKIT
Di dalam temuramah bersama Encik Abdul Halim, beliau berkongsi bahawa banyak
titik kegagalan yang pernah beliau lalui dalam usaha untuk membangunkan perniagaan
beliau. Namun, beliau tidak terus meletakkan dirinya di takuk yang sama. Sebaliknya, beliau
bangkit dengan sendiri dan bergerak dengan lebih gigih untuk menjadikan kegagalan itu
sebagai permulaan dan pemangkin kejayaan beliau. Beliau tidak mengharapkan orang lain
untuk membantu beliau kerana perjalanan ini adalah perjalanan hidup beliau dan beliau yakin
bahawa beliau bertanggungjawab untuk mencorakkan perjalanan hidup beliau dengan baik.
6.4 PERANCANGAN
Encik Abdul Halim turut berkongsi bahawa perancangan beliau untuk masa hadapan
adalah untuk meluaskan lagi empayar perniagaan beliau kerana beliau tidak mahu bidang
yang beliau ceburi ini terhenti di tengah jalan. Beliau turut bercadang untuk memberi peluang
kepada anak-anaknya untuk meneruskan usaha perniagaan beliau dalam bidang pembinaan.
6.5 MAHASISIWA KINI
Kami mengajukan soalan kepada Encik Abdul Halim berkaitan pendapat beliau
terhadap mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini. Beliau berkata bahawa sejujurnya beliau
amat kecewa dengan keadaan dan sikap mahasiswa kini. Mahasiswa dan mahasiswi zaman
moden cenderung untuk menjadi generasi yang dikaburi dengan kemewahan. Hal ini kerana
anak muda kini majoritinya tidak melalui fasa kehidupan yang sukar seperti generasi
terdahulu dan ini menjadikan mereka kurang dan tidak menhargai setiap manfaat dan
kemudahan yang diberikan pada mereka. Beliau berasa khuatir kerana anak muda generasi ini
kelak menjadi kelompok yang mungkin akan menjadi pemimpin akan tetapi pemimpin yang
kurang rasa tanggungjawab dan amanah dalam diri mereka. Mahasiswa kini bukan lagi ibarat
katak di bawah tempurung, akan tetapi katak di bawah gelas.
17
6.6 NASIHAT
Beliau memberikan secebis nasihat buat mahasiswa dan mahasiswi khususnya kami,
iaitu anak muda perlu keluar dari ruang keselesaan dan bersaing sehabis mungkin bagi
membentuk identity yang cemerlang. Identiti yang bukan sahaja memberi manfaat pada diri
sendiri malah kepada masyarakat.
7.0 PERBINCANGAN DAPATAN
Hasil daripada temubual tokoh Encik Abdul Halim Lim, kami mendapati bahawa
untuk menjadi seseorang individu yang berjaya,kita perlu mempunyai mental dan fizikal serta
dalaman diri kita yang kuat .Hal ini boleh di buktikan apabila Encik Abdul Halim Lim
menceritakan pengalamannya yang pernah gagal dalam perniagaan yang dijalankannya
sebelum ini sebanyak tujuh kali sebelum berjaya menjadi dirinya yang sekarang. Beliau
pernah ditipu, diugut dan bermacam jenis cabaran lagi yang pernah beliau hadapi sebelum
ini. Selain itu, kita juga perlu bersikap jujur dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana
bukan mudah untuk mendapat semula kepercayaan daripada orang lain sekiranya mereka
pernah ditipu walau sekali.
Keluarga juga memainkan peranan yang penting untuk menjadi individu berjaya.
Dengan adanya sokongan daripada mereka, kita akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi
segala cabaran dan dugaan yang menimpa diri kita ketika kita masih dalam proses untuk
berjaya. Menurut beliau, disebalik dirinya yang berjaya adanya seorang wanita yang menjadi
pendampingnya, iaitu isterinya. Isteri beliau tidak pernah mempersoalkan mengenai
pekerjaan yang beliau jalankan. Isteri beliau memberi sokongan yang sangat kuat kepada
dirinya dimana mereka sama-sama jatuh dan sama-sama bangkit daripada kegagalan pada
masa lalu.Seorang yang berjaya tidak gentar untuk mengambil risiko yang tinggi untuk
memajukan diri sendiri.
18
Nasihat beliau kepada kami ialah dalaman diri kita, hati,dan mental, masing-masing
perlu kuat supaya dapat menghadapi cabaran dengan mudah dan tidak mudah putus asa.
Selain itu, pada permulaan perniagaan, kita jangan fikir nak untung sahaja. Duit hasil lebihan
yang kita dapat itu kita perlukan sebagai pusing balik modal untuk perniagaan pada waktu
yang seterusnya. Kita perlu menjadi seseorang yang jujur dan menepati waktu supaya kita
boleh mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan kita. Kata beliau lagi, bukan mudah
perjalanan seseorang itu untuk berjaya tetapi kita perlu berusaha untuk mencapai matlamat
hidup kita. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya
di masa hadapan, tetapi kita perlu berusaha untuk menuntut ilmu selagi kita masih bergelar
sebagai pelajar.
8.0 PENUTUP
Di dalam dunia ini, semua orang ingin menjadi seorang insan yang cemerlang tetapi
tanpa cara yang betul, seseorang individu itu tidak dapat mencapai kejayaan yang mereka
ingini. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang perlu seseorang individu itu lakukan untuk
mendapatkan apa yang mereka inginkan.
Antaranya ialah individu itu perlulah mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan
seharian mereka tidak kira dimana sekalipun mereka berada. Tanpa sikap yang positif
didalam diri mereka, ia membolehkan individu terbabit mudah berputus asa dalam
melaksanakan tugsan atau pekerjaan mereka.
Setiap individu yang ingin berjaya dalam hidup, mereka hendaklah mempunyai
matlamat dan tujuan yang jelas serta sentiasa berpegang kepada prinsip hidup mereka. Oleh
yang demikian, individu terbabit perlulah meletakkan satu matlamat yang jelas untuk dicapai.
Dengan adanya matlamat, individu dapat merancang langkah-langkah yang sepatutnya untuk
mereka bertindak.
Di samping itu, seseorang individu itu juga haruslah mempunyai sikap yang
bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang mereka lakukan. Hal ini kerana, ia
mencerminkan diri individu terbabit. Seterusnya, menanamkan sikap berdisiplin dalam diri
sendiri, ia juga sedikit sebanyak dapat membantu seseorang menguruskan hal mereka
sebaiknya.
19
Perkara yang paling penting yang perlu ada pada setiap diri individu ialah yakin pada
potensi diri sendiri. Tanpa keyakinan diri yang teguh dalam diri seseorang ia akan
membuatkan individu terbabit tidak dapat bergerak menuju matlamat yang ingin dicapai.
Oleh itu, individu terbabit hendaklah sentiasa yakin pada diri sendiri agar diri dapat maju
kehadapan.
Kesimpulannya, membuat keputusan yang baik terletak pada individu itu sendiri.
Sekiranya individu itu tidak mempunyai motivasi diri, ia memberi kesan kepada matllamat
yang ingin dicapai. Oleh itu, sangat penting bagi seseorang individu itu mempunyai matlamat
yang jelas serta pegangan yang teguh kepada prinsip hidup mereka.

More Related Content

What's hot

Bab 3 interaksi antara tamadun di asia
Bab 3   interaksi  antara tamadun di asiaBab 3   interaksi  antara tamadun di asia
Bab 3 interaksi antara tamadun di asiaISah Lun CHin
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2Biru Langit
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaHasanah Abd. Khafidz
 
Kebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn Batutah
Kebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn BatutahKebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn Batutah
Kebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn BatutahKOSPATI UKM
 
Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunIfrahim jamil
 
Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.Adilah Hrn
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu editednur saadan
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTang Hiang
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lainalexanderchan
 
2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asia2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asiahafizahradzak
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuDhea Ct
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaAre Matt
 
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Ezad Azraai Jamsari
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14sadn1013
 

What's hot (19)

Bab 3 interaksi antara tamadun di asia
Bab 3   interaksi  antara tamadun di asiaBab 3   interaksi  antara tamadun di asia
Bab 3 interaksi antara tamadun di asia
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
 
Kebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn Batutah
Kebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn BatutahKebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn Batutah
Kebitaraan Tokoh dalam Tamadun Islam: Tokoh Ibn Batutah
 
Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadun
 
Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun LainPertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain
 
Hwang ho
Hwang hoHwang ho
Hwang ho
 
2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asia2 tokoh tamadun asia
2 tokoh tamadun asia
 
Kerja kursus titas
Kerja kursus titasKerja kursus titas
Kerja kursus titas
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayuteori kitaran tamadun _ tamadun melayu
teori kitaran tamadun _ tamadun melayu
 
Nota Bab 8
Nota Bab 8Nota Bab 8
Nota Bab 8
 
Tamadun Cina
Tamadun CinaTamadun Cina
Tamadun Cina
 
Bab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cinaBab 5 tamadun cina
Bab 5 tamadun cina
 
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
Sumber-sumber Pengajian Sejarah dan Tamadun Islam di India: Kajian Bibliograf...
 
(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14(Sadn1013 h) kump 14
(Sadn1013 h) kump 14
 

Similar to Tinta tamadun

Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEzad Azraai Jamsari
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrinaFAZUAN MOHAMAD NOR
 
SEJARAH KAJIAN KES.pptx
SEJARAH KAJIAN KES.pptxSEJARAH KAJIAN KES.pptx
SEJARAH KAJIAN KES.pptxKELLYNEOHMoe1
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayufaizah12
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu nur saadan
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuEst
 
bab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdf
bab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdfbab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdf
bab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdfJosephineSabastian2
 
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)wanarizwan
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Abdul Khaliq
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)rosedainty
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baruwan arizwnb
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayuninawariz
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia Tharan Ran
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanSharifahNurAbu
 
Kembara2013
Kembara2013Kembara2013
Kembara2013zain72
 

Similar to Tinta tamadun (20)

Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam MalaysiaEksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
Eksplorasi Sejarah dan Tamadun Islam di Muzium Kesenian Islam Malaysia
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
 
SEJARAH KAJIAN KES.pptx
SEJARAH KAJIAN KES.pptxSEJARAH KAJIAN KES.pptx
SEJARAH KAJIAN KES.pptx
 
Tamadun melayu
Tamadun melayuTamadun melayu
Tamadun melayu
 
Islam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayuIslam dalam tamadun melayu
Islam dalam tamadun melayu
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
bab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdf
bab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdfbab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdf
bab3-tamadunmelayu-150915043300-lva1-app6891.pdf
 
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
 
Hsm310
Hsm310Hsm310
Hsm310
 
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
Dinamika Malaysia - Islam di malaysia [hamidah[k] 2011
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
Tamadun Melayu.pdf
Tamadun Melayu.pdfTamadun Melayu.pdf
Tamadun Melayu.pdf
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
Nota B8T4
Nota B8T4Nota B8T4
Nota B8T4
 
Topik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradabanTopik 2 konsep etika dan peradaban
Topik 2 konsep etika dan peradaban
 
Kembara2013
Kembara2013Kembara2013
Kembara2013
 
Kuliah 8
Kuliah 8Kuliah 8
Kuliah 8
 

Tinta tamadun

  • 1. 1 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (CTU551) TINTA TAMADUN & PROJEK LUAR (TOKOH) AHLI KUMPULAN : BIL NAMA NO MATRIK 1. MUHAMMAD AMSYAR BIN AZMAN 2015666972 2. MOHD NAZAHAH LIM BIN ABDUL HALIM LIM 2015686398 3. NUR AQILAH BINTI RAMLI 2015683916 4. HUDA MAIZURAH BINTI HAMIDON 2015403088 5. AIN FARIHAH BINTI NOR HASSIM 2015431068 6. SITI NURFATIHAH BINTI MUSA 2015428404 KUMPULAN : BM 231 2M & BM 231 2L TARIKH : 6 APRIL 2016 & 8 MEI 2016 PENSYARAH : USTAZAH MAHFUZAH BINTI ZABIDI
  • 2. 2 TINTA TAMADUN LOKASI : MUZIUM SULTAN ALAM SHAH, SELANGOR TARIKH : 6 APRIL 2016
  • 3. 3 1.0 PENGENALAN Bagi mempelajari sejarah dengan lebih dekat kumpulan kami telah memilih Muzium Sultan Alam Shah sebagai lokasi lawatan kami. Muzium Sultan Alam Shah merupakan sebuah muzium negeri di Selangor. Dibuka oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Selangor dan jajahannya, Muzium beroperasi pada 2 September 1989. Terdapat 5 buah Balai Pameran iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Muzium ini juga dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat sumber, auditorium, Dewan Raja Lumu, Bilik Mesyuarat Daeng Perani dan Kemasik, Makmal Taksedemi dan Repositori. Kami berharap lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah ini dapat memberi manfaat serta cetusan idea dalam meningkatkan lagi jati diri dan pengetahuan kami dari aspek sejarah dan ketamadunan. 2.0 FAKTOR PEMILIHAN MUZIUM Pada dasarnya, kami memilih Muzium Sultan Alam Shah ini sebagai lokasi lawatan TINTA TAMADUN adalah kerana muzium ini penuh dengan pameran-pameran sejarah yang sesuai untuk dirujuk dan dipelajari terutamanyan untuk para pelajar dan mahasiswa yang ingin kenal dengan lebih dekat sejarah sejarah lalu yang berlaku terutamanya di Selangor dan Malaysia. Terdapat juga pelbagai nilai-nilai yang dapat kita pelajari hasil daripada lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah. Kami juga memilih muzium ini sebagai lokasi lawatan kerana faktor lokasinya yang berdekatan dengan kawasan kampus dan memudahkan kumpulan kami untuk menjalankan lawatan ke muzium ini.
  • 4. 4 3.0 DAPATAN KAJIAN Sepanjang lawatan yang diadakan di Muzium Sultan Alam Shah, terdapat 5 Balai Pameran yang kami lawat iaitu Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Sukan, Balai Alam Semulajadi dan Balai Islam serta Pameran Luar. Hasil daripada lawatan tersebut, banyak nilai nilai yang dapat kami peroleh dan pelajari. GAMBAR 1 & 2 : TAMPANG BERBENTUK HAIWAN DAN PIRAMID Pada zaman dahulu, manusia tidak memerlukan wang kerana penggunaan sistem barter dalam penawaran jual dan beli. Dengan peredaran masa, manusia menyedari bahawa penggunaan mata wang adalah lebih sistematik berbanding dengan sistem barter. Maka, evolusi mata wang telah wujud sejak dari zaman dahulu lagi sehingga ke hari ini kerana ia merupakan satu sistem yang cukup baik.
  • 5. 5 GAMBAR 3 : BALAI ISLAM MUZIUM SULTAN ALAM SHAH Di Balai Pameran Islam, kami mempelajari tentang sejarah kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum kedatangan Islam ke Nusantara, sebahagian besar penduduknya menganut agama Hindu-Buddha dan animism. Islam mula diterima di Nusantara kira kira pada abad ke 13 Masihi berdasarkan catatan ahli pelayaran, Ibnu Battutah yang melawat Pasai pada tahun 1345 Masihi.
  • 6. 6 GAMBAR 4 : REPLIKA KUBUR KEPINGAN BATU Replika kubur kepingan batu ini dijumpai sewaktu kerja-kerja cari gali di Ladang 51 di Ladang Ulu Bernam pada bulan Febuari 1993. Kubur berukuran 220cm X 70cm ini terletak berhampiran Sungai Bernam.Artefak yang dijumpai adalah manik kaca, manik batu (carnelian), serpihan besi dan tembikar dari China (zaman Tang Awal), Sebahagian besar artefak yang dijumpai adalah bahan bernilai yang dimiliki oleh kaum bangsawan.
  • 7. 7 GAMBAR 5 : KESENIAN ISLAM Kesenian Islam merupakan hasil karya ciptaan manusia yang berteraskan kepada ciri ciri Islam. Dengan mengkaji kesenian Islam tersebut, maka kita akan dapat memahami dan menghayati kehalusan seni yang terdapat dalam sebuah tamadun Islam. Islam bukan sahaja membenarkan kesenian dengan berbagai-bagai caranya, tetapi ia menggalakkan perkembangan kesenian tersebut. Namun ia haruslah seiring dengan syariat Allah S.W.T.
  • 8. 8 4.0 PERBINCANGAN DAPATAN Berdasarkan lawatan yang kumpulan kami lakukan di Muzium Sultan Alam Shah, kami dapati bahawa lawatan ini banyak berkait dengan pembelajaran di dalam kelas. Pertama, sebagai seorang manusia, kita seharusnya berpaling semula ke belakang dengan melihat semula sejarah-sejarah yang lampau, bagaimana ia terjadi, apa kesannya terhadap pembangunan diri insaniah, masyarakat dan globalisasi supaya kita sedar betapa pentingnya untuk belajar dari sejarah yang terdahulu kerana nilai-nilai yang bagus dapat kita pelajari agar tidak mengulangi segala kesilapan yang lepas. Sebagai contoh, dalam sejarah ketamadunan melayu, kita dapat lihat dari sudut pandangan sejarah bagaimana Kota Melaka, antara sebuah kota yang terkuat di Nusantara mampu dirobek oleh Portugis oleh kerana orang dalam yang menjadi duri dalam daging dan musuh dalam selimut, membocorkan maklumat rahsia pertahanan Kerajaan Melaka kepada orang luar. Apa yang kita dapat pelajari dari situasi ini ialah sebagai sebuah negara yang membangun, kita seharusnya berwaspada dan menerapkan semangat patriotik yang tinggi supaya tidak mudah untuk anasir luar untuk menjajah kembali negara ini. Seterusnya, dari sudut perspektif Islam, Balai Pameran Islam di Muzium Sultan Alam Shah banyak memberi penerangan secara visual tentang Tamadun Islam seperti mana yang diajarkan di dalam kelas. Islam di Nusantara berkembang menerusi perkahwinan, penghijrahan, dan para cendekiawan Islam. Pengislaman golongan Raja dan bangsawan merupakan golongan paling berkuasa yang akan menjadi ikutan kepada rakyat jelata. Islam berkembang terus dengan pesat di Nusantara apabila Melaka menjadi sebuah negara agung pada Abad ke 15 Masihi, ketika itu negeri jajahan takluknya terutamanya Tanah Melayu turut mengalami proses Islamisasi. Perkembangan Islam yang dibawa terus dari Timur Tengah ini memberi impak yang sangat besar dalam proses ketamadunan Melayu itu sendiri kerana kita dapat lihat ia memberikan banyak impak positif terutamanya dari sudut kepercayaan, cara hidup, sosial dan kemasyarakatan.
  • 9. 9 Tambahan pula, di muzium ini banyak memberi pendedahan tentang ciri-ciri yang lebih halus dalam tamadun Melayu seperti apa yang dipelajari sewaktu di dalam kelas. Tamadun Melayu yang mempunyai kesantunan serta ciri ciri halus yang sangat tinggi memberi satu inspirasi yang cukup hebat dalam membina satu sistem sosial dan kemasyarakatan yang lebih baik dari masa ke masa. Pendedahan tentang adat perkahwinan, perayaan Aidilfitri dan Aidiladha, ibadah berpuasa, kehalusan senibina dan seni pertahankan diri (silat) di muzium ini menjadi bukti bahawa orang melayu di negara ini mempunyai kehalusan dalam apa jua perkara sejak dari dahulu lagi. Banyak yang kita dapat pelajari jika kita amati dan mengambil pengajaran dari setiap perspektif orang melayu supaya kita boleh meningkatkan jati diri dan mempunyai pengetahuan tentang asal usul kita. Seiring dengan itu, pengajaran dengan lebih dekat tentang ketamaduan di muzium ini memberi pendedahan kepada kita untuk tidak meletakkan nilai dalam setiap benda itu secara materialistik semata mata. Jangan kita katakan bahawa sejarah ini tidak penting dan tidak mengapa jika kita tidak mempelajari sejarah kerana ia merupakan kisah kisah pada masa lampau sahaja. Hakikatnya, itu yang terjadi di dunia ini terutamanya di dunia barat yang terlampau akur dengan sifat liberalisma serta materialistik akibat menolak untuk mengambil iktibar dari sejarah sejarah yang terdahulu. Secara asasnya, sejarah ini sangat penting untuk setiap insan mempelajari dan mengambil iktibar daripada tamadun tamadun yang lepas supaya kita sentiasa mempunyai ruang untuk memperbaiki diri sendiri dalam menghadapi situasi situasi yang tidak dapat kita jangkakan pada abad melinia ini.
  • 10. 10 5.0 PENUTUP Sebagai kesimpulannya, lawatan ke Muzium Sultan Alam Shah ini memberi banyak pendedahan serta informasi yang boleh kita pelajari bersama sama terutamanya tentang pembinaan dan perkembanga sesebuah tamadun itu sendiri. Kita seharusnya mempunyai satu sifat ingin tahu dalam mempelajari sejarah kerana ia merupakan pencetus kepada idea dan penambahbaikkan nilai nilai murni dalam diri setiap insan. Bagi menghadapi ancaman dunia luar terutamanya nilai nilai kebaratan yang semakin menular, wajarlah kita untuk memandang kebelakan semula bagaimana wajah kebaratan yang penuh dengan sifat konspirasi, hedonistik, materialistik dan liberisma ini mampu menghancurkan sesebuah tamadun yang besar. Oleh itu, sangat wajarlah kita untuk mempelajari sejarah bagi meningkatkan lagi jati diri dan sifat patriotisma dalam diri kita sebagai persediaan untuk menghadapi mana mana ancaman sama ada dalam peringkat domestik mahupun antarabangsa.
  • 11. 11 TOKOH TOKOH : ENCIK ABDUL HALIM LIM BIN ABDULLAH LOKASI : KAJANG, SELANGOR TARIKH : 8 MEI 2016
  • 12. 12 1.0 PENGENALAN Bagi mempelajari dengan lebih lanjut berkenaan dengan kehidupan, budaya dan masyarakat orang Cina, kami telah memilih seorang usahawan yang berbangsa Cina dan beragama Islam untuk ditemuramah. Usahawan tersebut ialah Encik Abdul Halim Lim bin Abdullah, seorang kontraktor yang berumur 55 tahun. Beliau telah bermaustatin di Kajang sejak 32 tahun lalu dan mempunyai sebuah syarikat yang diberi nama AHL Builder. Beliau telah berkecimpung didalam bidang perniagaan selama 36 tahun (1980-2016). Kami berharap dengan sesi temuramah ini dapat memberikan input dan motivasi dalam meningkatkan lagi pengetahuan dan semangat kami untuk menempuh bidang perniagaan kelak. 2.0 FAKTOR PEMILIHAN TOKOH Kami memilih Encik Abdul Halim Lim bin Abdullah sebagai tokoh kami kerana beliau mempunyai ciri-ciri lengkap sebagai seorang tokoh yang berkaliber dan ianya secara tidak langsung berkait dengan Tamadun China kerana beliau sendiri berbangsa Cina. Selain itu, antara faktor utama yang mendorong kami memilih Encik Abdul Halim Lim kerana beliau ialah seorang mualaf. Tambahan pula, beliau mempunyai pengalaman yang luas didalam bidang perniagaan. Sebagai bukti, beliau telah berkecimpung didalam bidang permbinaan selama 36 tahun. Secara tidak langsung, kami dapat mempelajari nilai-nilai tradisi orang Cina yang masih dikekalkan oleh Encik Halim Lim sendiri.
  • 13. 13 3.0 DAPATAN KAJIAN 3.1 LATAR BELAKANG Nama penuh beliau sebelum menganuti agama Islam adalah Lim Keong Wah. Beliau dilahirkan pada 19 Jun 1961 dan berasal dari Selayang, Selangor. Beliau menganuti agama Islam semasa berumur 33 tahun dan beliau memilih nama Abdul Halim Lim Bin Abdullah selepas memasuki Islam. Beliau merupakan anak keenam (6) daripada tujuh (7) adik- beradik. 3.2 PEKERJAAN 3.2.1 BIDANG PEKERJAAN Encik Abdul Halim Lim Bin Abdullah merupakan seorang ahli perniagaan dalam bidang pembinaan. Beliau mempunyai syarikat sendiri yang dikenali sebagai AHL Builder. Jenis perniagaan beliau adalah Small Office Home Office (SOHO) di mana perniagaan beliau beroperasi dari rumah. 3.2.2 FAKTOR MENCEBURI BIDANG PEKERJAAN Encik Abdul Halim Lim melibatkan diri dalam bidang perniagaan seawal usia 19 tahun. Beliau bermula dengan diberi kepercayaan untuk mengendalikan operasi sebuah kilang. Pelbagai jenis perniagaan yang telah beliau ceburi. Hasil daripada pelbagai pengalaman yang dikutip, timbul minat dalam diri beliau untuk memulakan perniagaan sendiri. Beliau juga mendapat sokongan penuh daripada keluarga untuk menubuhkan perniagaan beliau.
  • 14. 14 4.0 KEKELUARGAAN 4.1 KELUARGA DAN KERJAYA Encik Abdul Halim Lim Bin Abdullah merupakan ahli perniagaan yang berjaya dan kebanyakkan masanya adalah untuk urusan perniagaan. Namun begitu, keluarga masih merupakan keutamaan. Beliau tetap memantau dan memastikan urusan harian keluarganya berjalan dengan baik dan dibantu oleh isterinya. Sebagai seorang usahawan, pengurusan masa adalah kunci yang penting dan bagi Encik Abdul Halim Lim Bin Abdulah, beliau memastikan urusan kerjaya dan keluarganya diperuntukkan dengan baik. 5.0 ISLAM 5.1 PERSEPSI Setiap orang mempunyai persepsi atau pandangan yang tersendiri terhadap Islam dan tidak terkecuali Encik Abdul Halim. Sebelum beliau menganuti agama Islam, beliau bertanggapan bahawa agama Islam adalah agama yang sangat indah dan baik. Namun,kecanggihan zaman kini membuatkan ramai umat Islam sendiri meletakkan dunia melebihi akhirat. Tambah beliau, Islam itu bukan sekadar pada luaran, tetapi turut tertumpu pada nilai dalaman seseorang muslim. 5.2 FAKTOR MEMELUK ISLAM Semasa menemuramah Encik Abdul Halim, beliau memberitahu bahawa faktor utama beliau memeluk agama Islam adalah bertujuan untuk menikahi isterinya. Namun, itu tidak membuatkan beliau mengabaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Beliau banyak mendalami tentang Islam dan keindahannya selepas mendirikan rumahtangga bersama isterinya.
  • 15. 15 5.3 PENERIMAAN Setelah memeluk agama Islam, keluarga beliau menerima baik keputusannya dan memberi sokongan penuh kepada beliau. Setelah berkahwin, keluarga mertua beliau juga menerima dengan baik kedatangan beliau dalam keluarga mereka . Walaupun kedua belah keluarga menerima baik, namun segelintir rakan beliau tidak menerima beliau menganuti agama Islam. 6.0 KEHIDUPAN DAN PERNIAGAAN 6.1 PRINSIP Encik Abdul Halim Lim Bin Abdullah memegang prinsip yang amat penting dalam hidup iaitu kejujuran. Beliau yakin sekiranya setiap perbuatan, percakapan dan tindakan sesorang itu dilakukan tanpa sebarang penipuan, segala urusan individu itu akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Beliau bukan sekadar berpegang pada prinsip kejujuran, akan tetapi beliau memastikan bahawa beliau mempraktikkan prinsip tersebut dalam kehidupan hariannya bersama keluarga dan dalam urusan perniagaan. Tidak dinafikan bahawa dalam perniagaan beliau, ada pihak yang cuba menggunakan unsur-unsur yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti rasuah. Dalam hal ini, ketegasan memainkan peranan penting. Beliau tegas dalam menolak kerjasama dengan perniagaan yang melibatkan rasuah. Beliau berpandangan bahawa sumber pendapatan yang betul (halal) merupakan salah satu keberkatan dalam hidup. 6.2 IDOLA Idola Encik Abdul Halim merupakan individu-individu yang telah berjaya dalam kehidupan mereka, tidak tertumpu pada sesuatu bangsa sahaja. Antara idola beliau adalah Tun Daim Bin Zainuddin yang merupakan mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau mengagumi beliau bukan sekadar dari sifat pimpinanya, malah sifat Tun Daim yang merendah diri meskipun hidupnya mewah serta sifat gigihnya memberi inspirasi kepada beliau.
  • 16. 16 6.3 KEGAGALAN DAN JALAN BANGKIT Di dalam temuramah bersama Encik Abdul Halim, beliau berkongsi bahawa banyak titik kegagalan yang pernah beliau lalui dalam usaha untuk membangunkan perniagaan beliau. Namun, beliau tidak terus meletakkan dirinya di takuk yang sama. Sebaliknya, beliau bangkit dengan sendiri dan bergerak dengan lebih gigih untuk menjadikan kegagalan itu sebagai permulaan dan pemangkin kejayaan beliau. Beliau tidak mengharapkan orang lain untuk membantu beliau kerana perjalanan ini adalah perjalanan hidup beliau dan beliau yakin bahawa beliau bertanggungjawab untuk mencorakkan perjalanan hidup beliau dengan baik. 6.4 PERANCANGAN Encik Abdul Halim turut berkongsi bahawa perancangan beliau untuk masa hadapan adalah untuk meluaskan lagi empayar perniagaan beliau kerana beliau tidak mahu bidang yang beliau ceburi ini terhenti di tengah jalan. Beliau turut bercadang untuk memberi peluang kepada anak-anaknya untuk meneruskan usaha perniagaan beliau dalam bidang pembinaan. 6.5 MAHASISIWA KINI Kami mengajukan soalan kepada Encik Abdul Halim berkaitan pendapat beliau terhadap mahasiswa dan mahasiswi pada masa kini. Beliau berkata bahawa sejujurnya beliau amat kecewa dengan keadaan dan sikap mahasiswa kini. Mahasiswa dan mahasiswi zaman moden cenderung untuk menjadi generasi yang dikaburi dengan kemewahan. Hal ini kerana anak muda kini majoritinya tidak melalui fasa kehidupan yang sukar seperti generasi terdahulu dan ini menjadikan mereka kurang dan tidak menhargai setiap manfaat dan kemudahan yang diberikan pada mereka. Beliau berasa khuatir kerana anak muda generasi ini kelak menjadi kelompok yang mungkin akan menjadi pemimpin akan tetapi pemimpin yang kurang rasa tanggungjawab dan amanah dalam diri mereka. Mahasiswa kini bukan lagi ibarat katak di bawah tempurung, akan tetapi katak di bawah gelas.
  • 17. 17 6.6 NASIHAT Beliau memberikan secebis nasihat buat mahasiswa dan mahasiswi khususnya kami, iaitu anak muda perlu keluar dari ruang keselesaan dan bersaing sehabis mungkin bagi membentuk identity yang cemerlang. Identiti yang bukan sahaja memberi manfaat pada diri sendiri malah kepada masyarakat. 7.0 PERBINCANGAN DAPATAN Hasil daripada temubual tokoh Encik Abdul Halim Lim, kami mendapati bahawa untuk menjadi seseorang individu yang berjaya,kita perlu mempunyai mental dan fizikal serta dalaman diri kita yang kuat .Hal ini boleh di buktikan apabila Encik Abdul Halim Lim menceritakan pengalamannya yang pernah gagal dalam perniagaan yang dijalankannya sebelum ini sebanyak tujuh kali sebelum berjaya menjadi dirinya yang sekarang. Beliau pernah ditipu, diugut dan bermacam jenis cabaran lagi yang pernah beliau hadapi sebelum ini. Selain itu, kita juga perlu bersikap jujur dalam setiap perkara yang kita lakukan kerana bukan mudah untuk mendapat semula kepercayaan daripada orang lain sekiranya mereka pernah ditipu walau sekali. Keluarga juga memainkan peranan yang penting untuk menjadi individu berjaya. Dengan adanya sokongan daripada mereka, kita akan menjadi lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran dan dugaan yang menimpa diri kita ketika kita masih dalam proses untuk berjaya. Menurut beliau, disebalik dirinya yang berjaya adanya seorang wanita yang menjadi pendampingnya, iaitu isterinya. Isteri beliau tidak pernah mempersoalkan mengenai pekerjaan yang beliau jalankan. Isteri beliau memberi sokongan yang sangat kuat kepada dirinya dimana mereka sama-sama jatuh dan sama-sama bangkit daripada kegagalan pada masa lalu.Seorang yang berjaya tidak gentar untuk mengambil risiko yang tinggi untuk memajukan diri sendiri.
  • 18. 18 Nasihat beliau kepada kami ialah dalaman diri kita, hati,dan mental, masing-masing perlu kuat supaya dapat menghadapi cabaran dengan mudah dan tidak mudah putus asa. Selain itu, pada permulaan perniagaan, kita jangan fikir nak untung sahaja. Duit hasil lebihan yang kita dapat itu kita perlukan sebagai pusing balik modal untuk perniagaan pada waktu yang seterusnya. Kita perlu menjadi seseorang yang jujur dan menepati waktu supaya kita boleh mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan kita. Kata beliau lagi, bukan mudah perjalanan seseorang itu untuk berjaya tetapi kita perlu berusaha untuk mencapai matlamat hidup kita. Oleh itu, kita bukan sahaja perlu berusaha untuk menjadi usahawan yang berjaya di masa hadapan, tetapi kita perlu berusaha untuk menuntut ilmu selagi kita masih bergelar sebagai pelajar. 8.0 PENUTUP Di dalam dunia ini, semua orang ingin menjadi seorang insan yang cemerlang tetapi tanpa cara yang betul, seseorang individu itu tidak dapat mencapai kejayaan yang mereka ingini. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang perlu seseorang individu itu lakukan untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Antaranya ialah individu itu perlulah mempunyai sikap yang positif dalam kehidupan seharian mereka tidak kira dimana sekalipun mereka berada. Tanpa sikap yang positif didalam diri mereka, ia membolehkan individu terbabit mudah berputus asa dalam melaksanakan tugsan atau pekerjaan mereka. Setiap individu yang ingin berjaya dalam hidup, mereka hendaklah mempunyai matlamat dan tujuan yang jelas serta sentiasa berpegang kepada prinsip hidup mereka. Oleh yang demikian, individu terbabit perlulah meletakkan satu matlamat yang jelas untuk dicapai. Dengan adanya matlamat, individu dapat merancang langkah-langkah yang sepatutnya untuk mereka bertindak. Di samping itu, seseorang individu itu juga haruslah mempunyai sikap yang bertanggungjawab terhadap setiap perkara yang mereka lakukan. Hal ini kerana, ia mencerminkan diri individu terbabit. Seterusnya, menanamkan sikap berdisiplin dalam diri sendiri, ia juga sedikit sebanyak dapat membantu seseorang menguruskan hal mereka sebaiknya.
  • 19. 19 Perkara yang paling penting yang perlu ada pada setiap diri individu ialah yakin pada potensi diri sendiri. Tanpa keyakinan diri yang teguh dalam diri seseorang ia akan membuatkan individu terbabit tidak dapat bergerak menuju matlamat yang ingin dicapai. Oleh itu, individu terbabit hendaklah sentiasa yakin pada diri sendiri agar diri dapat maju kehadapan. Kesimpulannya, membuat keputusan yang baik terletak pada individu itu sendiri. Sekiranya individu itu tidak mempunyai motivasi diri, ia memberi kesan kepada matllamat yang ingin dicapai. Oleh itu, sangat penting bagi seseorang individu itu mempunyai matlamat yang jelas serta pegangan yang teguh kepada prinsip hidup mereka.