5. Tempoh berjawat
31.ogos.195722 september 1970
Raja : Abdul Rahman
Hisamuddin Alam Shah
Putra
Ismail Nasiruddin Shah
Timbalan : Abdul Razak Hussein
Didahului oleh ; Pejabat ditubuhkan
Digantikan oleh : Abdul Razak Hussein
Tarikh lahir : 8 Februari 1903
Tempat lahir : Alor Star, Kedah, British Malaya
Meninggal : 6 Disember 1990 (umur 87)Kuala Lumpur,
Malaysia
Parti politik : Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti
Perikatan/National Front
Pasangan : Meriam Chong (1933 – 1935)
Violet Coulson (1935 – 1946)
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)
Pekerjaan : Peguam
Agama : Islam
6. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah [8 Februari 1903-6
Disember 1990]merupakan perdana menteri Persekutuan
Tanah Melayu dan 1955 ,dan Perdana Menteri pertama sejak
kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970.Pembentukan
Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
pencapaiannya yang teragung.biasanya dikenali sebagai
“tunku”.beliau juga dikenali sebagai “Bapa
Kemerdekaan”dan “Bapa Malaysia”
8. i)kehidupan peribadi
dilahirkan di Istana Tiga Tingkat,Alor Setar ,Kedah .lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin ,tunku merupakan anak
lelaki yang ke-7 dan anak ke-20 kepada Sultan Abdul
Hamid Halim Shah , Sultan Kedah yang ke-24.Bondanya
Cik Menyelara ,isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara ,ialah anak perempuan Luang Naraborirak
[Kleb],seorang pengawai daerah Thailand.Kelahiran Tunku
disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal
pengganti Sultan Kedah .
Semasa kecil,Tunku digelar Awang kerana rupa parasnya
tidak sesegak adik beradiknya yang lain.beliau
bebasbermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan
bola sepak kampung.Tunku melastik dan mengendap
burung ,serta bermain lumpur sehingga menghidapi
penyakit puru dikakinya .
9. ii)pendidikan
tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sekolah rendah
Melayu di Jalan Baharu,Alor Setar .Biasa berbahasa Siam di
rumah ,Beliau belajar bahasa melayu di sekolah itu .Seorang
guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa
inggeris.Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah
kerajaan bahasa inggeris yang kini dinamakan Kolej
Sultan Abdul Hamid.beliau belajar di sekolah pada waktu
siang manakala petang beliau mengaji Al-Quran .
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun ,Tunku
dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf
ibni Sultan Abdul Hamid,abang sulungnya ,dan belajar di
Sekolah Thebsirintrawat .1915 ,tunku pulang dan
meneruskan pendidikannya di Penang Free School .
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku
menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan
pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk
menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan
Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan
10. tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit
berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada
William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya,
pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau
dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang
dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian
Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di
England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak
yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-
undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies
dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan
sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal
Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28
kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge.
Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah
Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu
peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada
sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada
tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England
untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge
kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan
keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama
dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun
11. 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai
Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai
Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau
dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh
Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937,
Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi
Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di
Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah
sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali
yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-
undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir.
Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana
terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah.
Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul
Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur
80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke
India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan
melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.
Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik
ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu
Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan
menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di
12. bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah,
Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan
Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti
Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula
ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan
Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor
dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada
tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal
sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata,
seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang
gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner
Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku
bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih
sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain,
dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih
sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai
"Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut
kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold
George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya
dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949.
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan
pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta
Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya,
beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi
13. Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau
memegang sehingga 1976.
iii)Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam,
seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak
perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan
dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra
dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun
1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala
Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet
Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi
perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed
Ahmad al Sagoff.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf
ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan
Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian
berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah,
seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed
Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun
1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab
yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan
ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil
tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam.
Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina
14. pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua
orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku
Noor Hayati dan Tunku Mastura.
16. i)Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949,
Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai
Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta
perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi
Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai
Yang Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di
kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan
penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar
mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat:
Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada
Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan
Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan
Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau
memegang jawatan itu selama 20 tahun.
ii)Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan
perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan
Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak
berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan
yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu
merupakan parti campuran UMNO dengan MCA
17. memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku
dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC
yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti
Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke
London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya.
Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British
diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!".
Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat
naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh
emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan
lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
ii)SebagaiPerdanaMenteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik
Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan
besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah
satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan
Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam
ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia
Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16
September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut
18. kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk
dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian
kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua
UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti
Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan
sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew
kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi
kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan
sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee
di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP
akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya,
walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak
akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO.
Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak
supaya Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen
Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah
mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura
daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen
harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan
sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan
sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding
kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan
PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi
rasmi pada 9 Ogos 1965.
19. Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia
Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya,
Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian
digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8
Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan
dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan
tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu
mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur.
Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh
Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis
itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa
darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan
keadaan darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar,
dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun
1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda'
yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr
Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian
masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri.
20. Dengan pakaian rasmi.
Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang
rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan
Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan
untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri
kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan
Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada
"Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa"
yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan
daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan
pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada
tahun 1951.
21. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai
Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian
menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah
institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan
Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara
dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang akhirnya.
Kehidupan kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik
The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di
Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-
ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan
"Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis
kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr
22. Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini
menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku
dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan
sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi
pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang
menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong
Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO
yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau
berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam
Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya
telah merosot.
Meninggal dunia
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah
rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di
Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada
6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke
kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di
Makam Diraja Langgar, Alor Star.
Garis masa
1903: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga
Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Istana
Pelamin.
1913 (umur 10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk
menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul
23. Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman.
Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13): Pulang ke Kedah dan memasuki
Penang Free School.
1919 (umur 16): Belajar di England.
1925 (umur 22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama dari
sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24): Dihantar semula ke England untuk
belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana
keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya
yang lalu.
1930 (umur 27): Lulus semester pertama, jurusan
undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah dengan gaji
sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya
sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan
di Kuala Nerang.
1933 (umur 30): Berkahwin dengan Mariam, gadis
kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor
Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak
perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni
Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama
Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit
malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin
24. dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang
Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh
Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan
Tunku dengan Violet kurang direstui.
1937 (umur 34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di
Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai hakim
daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga
Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37): Pergi ke England buat kali ke-3
untuk menyambung pelajaran dalam bidang undang-
undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku
berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan
, Violet Coulson.
1939 (umur 36): Kembali ke Kedah kerana ada berita
perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah
Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan
sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah
Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
1941 (umur 38): Jepun menyerang Kota Bharu ,
Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44): Berangkat semula ke England untuk
menyambung pengajian * 1948 (umur 45): Dipanggil
ke bar di Inner Temple.
25. 1949 (umur 46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada
mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undang-
undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk
bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku
menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya,
dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober
sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan.
Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran
peringkat negeri yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51): Mengetuai satu rombongan ke
England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu
tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang
pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan
Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul
Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah
Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London
diadakan.
1956 (umur 53): England bersetuju untuk memberikan
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik pulang
dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira
ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di Bandar
Hilir, Melaka.
26. 1957 (umur 54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan
pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55): Dilantik sebagai Presiden pertama
Asian Football Confederation (AFC) (1958 – 1976).
1960 (umur 57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan
Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu
golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru
sebagai Muslim.
1961 (umur 58): Memulakan penubuhan Association of
Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan Tanah
Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah
Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60): Membentuk Malaysia pada 16
September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan
Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang
Sabah).
1967 (umur 64): ASA dibubarkan untuk memberi
laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66): Membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh
timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
27. 1982 (umur 79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah
Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982 –
1988).
1990 (umur 87): Mangkat pada 6 Disember, dan
disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.
Penulisan
1. Challenging times : Tunku Abdul Rahman Putra /
Sunting oleh J.S. Solomon: Pelanduk Publications ,
2007
2. Malaysia : the road to independence : Pelanduk, 2007.
3. Political awakening : Pelanduk Publications, c1986.
4.Pandang Balik : Heinemann Educational Books, 1980.
5. Sudut Pandangan : Heinemann Educational Books,
1979.
6.Looking back : the historic years of Malaya and
Malaysia: Pustaka Antara, 1977.
7.Last we forget
28. *Penghargaan*
terlebih dahulu saya Mohd Izzunuddin bin Kassim ingin
merakamkan ucapan penghargaan saya kepada Puan
Pengetua sekolah iaitu Pn.Misliah bt Masari yang
memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kajian ini selepas waktu persekolahan .saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya ,
Encik Saiful bin Salim kerana
Telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam
menjalankan projek .Saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua –dua ibu
bapa saya iaitu Tuan Kassim bin Hassanar dan Puan
Basilah bt Abdul Mulatif yang telah member dorongan dan
bantuan untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga
amat bersyukur kerana mendapat kerjasama dan
pertolongan daripada sahabat – sahabat saya .Akhir sekali
,tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada beberapa
pihak yang telah menolong saya bagi menyiapkan tugasan
ini .
29. *Objektif kajian*
Dalam menyiapkan kajian terhadap tokoh ini iaitu
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj . Saya
telah mendapat banyak pengalaman sepanjang melakukan
tugasan ini. Objektif kajian ini adalah untuk saya
menambahkan pengetahuan saya mengenai tokoh ini .
Malah saya telah ke Perpustakaan Desa di Pasoh 4 untuk
lebih mengenali tokoh ini .Selain itu , kajian ini bertujuan
menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kita
mengenali tokoh-tokoh perdana menteri selain daripada
tokoh yang saya pilih iaitu Almarhum Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj . Akhir sekali ,ia adalah intuk saya
menghargai dan menyanjungi jasa dan pengorbanan yang
dilakukan oleh mantan perdana menteri Almarhum Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj.
30. *Kaedah kajian*
Dalam menyiapkan kerja khusus ini ,saya telah membuat
kajian dengan cara melayari Internet di laman sesawang
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tunku_Abdul_Rahman .
Dan akhir sekali saya telah mengimbas kembali keratan
akhbar di akhbar Berita Harian yang bertarikh 11 Oktober
2008 mengenai Mantan Perdana Menteri Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj .
*Rumusan*
Hasil kajian yang saya jalankan ,saya dapat mengenali
latar belakang tokoh tersebut dengan mengenali latar
belakang tokoh tersebut dengan lebih mendalam .Malah saya
memperoleh semangat patriotik apabila mengkaji
sumbangan yang telah dicurahkan oleh mantan perdana
menteri iaitu Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj .Melalui
31. Kajian ini juga ,saya dapati ramai generasi masyarakat
tanpa mengira kaum menghormati ,menghargai,dan
mengenang jasa mantan perdana menteri Tunku Abdul
Rahman Putera Al-Haj .Selain itu,kajian ini dapat member
kesedaran kepada generasi yang akan dating belia di
Negara kita tentang betapa besarnya sumbangan Tunku
Abdul Rahman Putera Al-Haj bagi membebaskan negara
kita daripada kuasa penjajah .Ia juga dapat memupuk jiwa
masyarakat supaya generasi masa kini dapat merangka
wawasan pada masa akan datang untuk mempertahankan
kedaulatan negara
*Lampiran*
32. Gambar di atas menunjukkan gambar Mantan Perdana Menteri Iaitu Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj