SlideShare a Scribd company logo
1 of 77
IUS 4313 
MABAHITH SAMI’YYAT 
TAJUK: 
TANDA-TANDA KIAMAT (DALIL DAN KRONOLOGI) 
NAMA PENSYARAH: 
USTAZ MAHADI BIN MOHAMAD 
NAMA PELAJAR: 
MUNIRAH BINTI MAZUKI (032746) 
NADIA’TUL AMIRAH BINTI YUSOF (032694) 
NURULHUDA NADHIRAH BINTI MOKTAR (032961) 
SITI ZULAYKHAH BINTI MUHTASAR (032678) 
IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DAN KAUNSELING
Pendahuluan 
•“Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya hari kiamat tidak 
akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda. Lalu Baginda 
menyebutkan: munculnya asap, Dajjal, binatang melata, 
matahari terbit dari Barat, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj 
dan Makjuj, tiga gerhana matahari; di barat, timur, dan jazirah 
Arab, dan yang terakhir adalah api yang mengiring manusia ke 
tempat mereka dikumpulkan”. 
•Berdasarkan hadis tersebut dapatlah diketahui bahawa kiamat 
tidak akan berlaku sebelum munculnya tanda-tanda kiamat. Apa 
yang kami dapati daripada hasil bacaan dan pengamatan yang 
telah kami lakukan, dapat kami simpulkan bahawa rentetan 
tanda-tanda berlakunya kiamat adalah sebagaimana berikut:
i. Munculnya Al-Masih Dajjal 
ii. Kemunculan Al-Mahdi 
iii. Turunnya Isa Al-Masih 
iv. Munculnya Yakjuj dan Makjuj 
v. Munculnya Ad-Dukhan 
vi. Keluarnya Ad-Dabah 
vii. Matahari terbit dari barat 
viii. Kejadian tiga gerhana matahari 
ix. Api yang mengumpulkan manusia
1 
Munculnya Dajjal
Kemunculan dajjal adalah antara salah 
satu tanda besar terjadinya Kiamat atau 
pengakhiran bagi alam ini. 
Dajjal adalah salah satu makhluq Allah yang sangat kejam dan terkenal 
dengan pendusta, digelar sebagai Dajjal oleh kerana kekejaman yang 
dilakukannya dan pendustaan yang disebarkannya serta Allah juga 
mengurniakan kuasa ajaib kepadanya dan menjadikannya sebagai suatu 
tarikan untuk menyeru manusia sebagai pengikutnya dan mendakwa 
dirinya sebagai orang yang baik dan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Dan 
sebilangan besar pengikutnya adalah dari golongan Yahudi.
Hadis berkaitan kemunculan Dajjal Al- 
Masih
Terdapat hadis soheh yang meriwayatkan berkaitan cirri-ciri 
Dajjal, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim nabi bersabda “ 
Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepadamu, tidak ada 
seorang Nabi yang yang tidak memberi peringatan kepada kaumnya, 
akan tetapi apa yang akan aku katakan ini tidak pernah di katakana 
oleh nabi sebelum ini, Sesungguhnya dia (Dajjal) buta, dan Allah 
swt tidak buta”. Hadis ini berkaitan dengan salah satu ciri Dajjal 
yang buta matanya dan menafikan kekurangan pada zat Allah swt. 
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selain keduanya dari Huzaifah 
dan lafaznya dari Muslim, Sesungguhnya Uqbah berkata kepadanya : 
“Beritahu padaku apa yang kamu dengar dari Rasulullah saw berkaitan 
dengan Dajjal, kemudian berkata : Sesungguhnya Dajjal keluar 
bersamanya air dan api, sesiapa dari kalangan manusia yang melihat air 
maka sesungguhnya ianya adalah api yang membakar dan sesiapa yang 
melihatnya api maka sesungguhnya ainya adalah air yang menyejukkan 
dan menghilangkan dahaga, barang siapa yang mengetahui dari mereka 
melihat api, sesungguhnya ianya adalah menghilangkan dahaga. Berkata 
Uqbah, dan aku mendengar dariNya (Nabi Muhammad saw), 
membenarkan Huzaifah
Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dan Tirmizi dan Ibnu Majah 
dan Ahmad dan selain dari mereka, hadis yang panjang berkaitan Dajjal dan 
tidak mencukupi masa untuk menceriatakannya kecuali dengan yang 
ringkas: Dari Nawas bin Sam’an r.a berkata : Rasulullah saw menyebut 
berkaitan dengan Dajjal dengan merendahkan suaranya dan meninggikannya 
sehingga berhentinya di tengah-tengah pohon Tamar, ketika hendak pergi ke 
kebun Nabi tahu mereka ingin menanyakan sesuatu dari beliau mengenai 
Dajjal , maka berkata: 
: “ Bukanlah Dajjal kecuali takut keatas kamu darinya, sekiranya keluarnya ketika aku bersama kalian 
maka aku akan berhujah bagi pihak kamu, dan sekiranya keluarnya dan aku tidak bersama kalian maka kalian 
haruslah melawan dengan hujah yang tersendiri. Dan aku adalah khalifah Allah keatas seluruh umat Islam, 
sesungghnya Dia (Dajjal) berambut kerinting dan matanya sedikit terkeluar, seperti mana seorang hamba Uza 
bin Qatan, dan barang siapa bertemu dengannya maka bacalah pembuka surah al-Kahfi, sesungguhnya dia 
keluar anatara Syam dan Iraq, membuat keroskaan di kiri dan kanan, wahai hamba Allah swt maka tetaplah 
kalian. Kami berkata : wahai rasulullah berapa lama tempoh menetap dibumi? Berkata rasulullah 40 hari, 
sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu, dan selepas itu hari-harinya seperti 
hari-hari kalian. Berkata lagi: wahai Rasuullah adakah pada ketika itu solatnya cukupkah mengikut waktu 
hari? Rasulullah bersabda : tidak, melainkan kadarkan kadarnya. Kami berkata lagi : wahai Rasulullah secepat 
mana dia berjalan? Bersabda Rasulullah : seperti hujan ditiup angin maka dating kepada manusia dan menyeru 
untuk beriman dengannya, dan menyahut seruannya, dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan 
bumi untuk mengeluarkan tumbuhan. Kemudian menyeru seorang lelaki untuk di belah dua dan dipotong dua 
bahagian dan di buang kea rah yang lain, kemudian dia cantum kan semula yang terbelah dua tersebut dan 
ketawa terbahak-bahak, tatkala dia dalam keadaan seperti itu maka di bangkitkan Nabi Isa bin Maryam, maka 
turunlah dari menara putih timur Damsyiq antara dua baju yang kekuningan letak di bahu dua malaikat, 
menitis kepalanya dengan titisan titisan dan apabila mengangkat keluarlah seperti permata dan mengejar 
Dajjal sehingga ke pintu Negara palestin berdekatan baitul Maqdis dan membunuhnya..”
Dajjal berasal dari yahudi, dan akan muncul dari 
sebelah timur, terdapat percanggahan mengenai tempat 
keluarnya yang tertentu, mata kanannya buta dan terkeluar 
serta mempunyai rupa yang hodoh. Tidak ada padanya anak, 
dan tidak boleh masuk ke Mekah dan Madinah, tertulis di 
dahinya (Kafir) yang telah di terangkan terhadap orang 
Islam. Dan pada akhirnya akan di bunuh oleh Nabi Isa as. 
Dalam kitab-kitab yang lain terdapat perkaitan antara cuaca yang panas 
melampau dengan akhir zaman, akhirnya kita akan temui ianya terkait 
dengan turunnya Dajjal.. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan iaitu 3 
tahun sebelum kemuculan dajjal, Allah akan sekat langit dari turunnya 1/3 
hujan dan Allah SWT perintahkan bumi untuk matikan 1/3 daripada tumbuh-tumbuhan. 
Jika kita perasan semasa lebih kurang sebulan lebih musim panas 
yang berlaku, apa yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan? Kebanyakan rumput 
telah menjadi kuning, di kiri dan kanan lebuhraya kelihatan banyak pokok 
sudah terbakar. Begitu juga dengan empangan-empangan, kebanyakkan 
empangan sudah kering, seperti di Selangor empangan telah menjadi surut 
tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan tahun yang dahsyat 
kekeringannya sehingakan kita diarahkan untuk membuat Solat Istiqsa’ yang 
tidak pernah dibuat sebelum ini.
Tahun kedua Allah SWT akan menyekat langit dari 
menurunkan 2/3 hujan dan 2/3 dari tumbuh-tumbuhan 
di bumi akan dimatikan. Tahun ketiga 
Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 
3/3 hujan dan Allah SWT kepada hambanya 
perintahkan bumi mematikan 3/3 seluruh tumbuh-tumbuhan, 
binatang-binatang berkuku, binatang-binatang 
bergraham semua akan dimatikan Allah 
SWT. Bayangkan bagaimana waktu ketika itu? 
hujan tak turun sekian lamanya menyebabkan padi 
tidak boleh tumbuh, elektrik juga tidak dapat 
berfungsi kerana sumber utama elektrik di 
Malaysia yang menggunakan sistem hidroelektrik 
adalah daripada air di empangan-empangan yang 
menghasilkan kuasa elektrik. Disebabkan tidak turun hujan kita 
akan mengalami pelbagai masalah, 
masalah elektrik, masalah pekerjaan 
dan pelbagai lagi dan kita akan 
menghadai saat yang sukar pada 
ketika itu, masalah kebuluran 
berleluasa dan sebagainya.. Dan 
ketika saat sukar begitulah Dajjal 
akan turun. Ujian paling besar, fitnah 
paling besar kan berlaku di masa tu.
Banyak hadis sahih yang menunjukkan 
akan munculnya Al-Mahdi. 
Kemunculan Imam Al-Mahdi 
merupakan salah satu tanda sudah 
dekat-Nya hari kiamat.
Persoalannya 
kemunculan Imam Al- 
Mahdi adalah tanda-tanda 
kiamat yang ke 
berapa?
Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., ia berkata, 
Rasulullah SAW bersabda : 
اَ لمهَدِيُّ مِنِِّ اَجلََ الجَبهَةِ اَقنَّ الاَنفِ يَملاَءُ الأَرضَ قِسطًا 
وَعَدلاً كََمَ مُلِئَت ظُلمًا وَجُورَا, يَملُِِ سَ بعَ سِ نيَ .
“Al-Mahdi itu dari keturunanku, lebar 
dahinya dan mancung hidungnya. Ia 
memenuhi bumi dengan kejujuran dan 
keadilan sebagaimana sebelumnya bumi 
dipenuhi dengan kezaliman dan 
penganiayaan. Ia berkuasa selama 7 tahun.” 
(Sunan Abu Daud, Kitab Al-Mahdi 11:375 
hadis nombor 4265. Mustadrak Al-Hakim 
4:557 dan dia berkata, “Ini adalah hadis 
sahih menurut syarat Muslim, tetapi 
beliau berdua (Bukhari dan Muslim) tidak 
meriwayatkan hadisnya.”)
Dari Jabir r.a., ia berkata, Rasulullah SAW 
bersabda : 
يَنزِلُ عِيسى بنُ مَريََ فَيَقُولُ اَمِيرُهُُُ المهَدِ ي اََََلَ نِِا, فَيَقُولُ لا. اِنِ هَََُ 
اَمِيرُ ضٍََِ تَكرِمَةُ الله لِهَذِهِ الأُمَّةِ .
Ibnu Kathir dalam kitab Al-Fitan wal Malahim 
mengatakan: 
“Saya berpendapat bahawa kemunculan Al-Mahdi terjadi 
ketika Isa bin Maryam turun ke bumi.” 
Rasulullah SAW bersabda: 
“Isa bin Maryam turun, maka pemimpin mereka Al- 
Mahdi berkata, ‘Marilah solat mengimani kami.’ Lalu Isa 
menjawab, ‘Tidak! Sesungguhnya sebahagian daripada 
kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, 
sebagai penghormatan dari Allah.” 
(Hadis riwayat Muslim)
“Isa bin Maryam akan turun, lalu pemimpin mereka, 
Al-Mahdi, berkata, ‘Marilah solat bersama kami!’ Isa 
menjawab, “Tidak! Sesungguhnya sebahagian mereka 
menjadi amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain 
sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini.” 
(Hadis riwayat Al-Harits bin Abu Usamah dalam 
musnadnya seperti disebutkan dalam Al-Manarul 
Minif karya Ibnul Qayyim halaman 147-148, dan 
diriwayatkan dalam kitab Al-Hawi fi Al-Fatawa 
karya As-Suyuthi 2:64. Ibnul Qayyim berkata, 
“Hadis ini isnadnya jayyid (bagus).” Dan disahkan 
oleh Abdul ‘Alim dalam Risalahnya tentang Al- 
Mahdi halaman 144)
Telah bersabda Rasulullah SAW: 
“Sesungguhnya, bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman 
dan kekacauan. Dan apabila kezaliman dan kekacauan itu 
telah memenuhi, maka Allah SWT akan mengutuskan 
seorang lelaki yang berasal dari umatku, namanya seperti 
namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Maka dia 
akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, 
sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi kezaliman dan 
kekacauan sebelumnya. Di waktu itu langit tidak akan 
menahan setitis pun air dan bumi tidak akan menahan 
sedikitpun tanam-tanamannya. Maka dia akan hidup bersama 
kamu selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” 
(Hadith riwayat at_Thibrani, al-Bazzar dan Abu Nu’aim. 
Imam as-Suyuthi mengatakan sahih di dalam Ki7tab Al- 
Jami’.)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, 
jelas menunjukkan bahawa 
kemunculan Imam Mahdi setelah 
berlakunya kekejaman dan 
kekacauan yang dilakukan oleh 
Dajjal. Kemudian munculnya Nabi 
Isa a.s. yang akan saling membantu 
Imam Mahdi dalam memerangi 
Dajjal.
Al-Hafizh Abul Hasan Al-Aabiri berkata : “Telah mutawatir 
berita-berita dan telah melimpah riwayat-riwayat dari 
Rasulullah SAW yang menyebutkan tentang Al-Mahdi 
bahawasanya beliau berasal dari keluarga baginda , akan 
berkuasa selama 7 tahun, akan memenuhi bumi dengan 
keadilan, bahawa Isa a.s. akan muncul dan membantu dia 
untuk memerangi Dajjal dan dia mengimami umat ini 
melakukan solat dan Isa a.s. solat di belakangnya” 
(Tahdzibul Kamal Fi Asmair Rijal 3:1194 karya Abul 
Hajjaj Yusuf Al-Maziy dan Al-Manarul Munif 142 dengan 
tahqiq Abdul Fattah Abu Ghodah)
Semua ini menerangkan bahawa 
keluarnya bertepatan dengan rangkaian 
peristiwa tanda-tanda besar. Jarak 
waktu terjadinya hari kiamat dengan 
masa Al-Mahdi sangat dekat dan 
hanya tinggal beberapa tanda besar 
kiamat untuk sampai pada hari kiamat.
3 
Turunnya Nabi Isa 
a.s
Maksud sebenar 
turunnya Nabi Isa a.s 
ialah turunnya beliau 
ke bumi selepas 
terangkatnya ia pada 
waktu yang sangat 
lama dan mengambil 
masa bertahun-tahun. 
Nabi isa di tempatkan di alam malakut Allah swt, beliau hidup dengan 
kehidupannya yang pertama sebagai seorang Nabi dan Rasul. Beliau 
tinggal beberapa tempoh sahaja di bumi, semasa kebangkitannya di 
bumi beliau telah mendirikan akiqah sebagai penerus kepada aqidah 
yang sedia ada yang telah didirikan oleh Nabi sebelumnya, dan 
melaksanakan syariah Islamiah sepertimana syariah yang telah di 
laksanakan oleh Nabi dan bukannya mengadakan syariah yang baru. 
Dengan itu juga kelahirannya ke bumi tidak bermaksud sebagai Nabi 
terakhir atau menggantikan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi 
terakhir dan Nabi akhir zaman
Dalil al-Quran berkaitan 
turunnya Nabi Isa a.s
“ Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka mereka dengan mengatakan: ‘ 
Sesungguhnya kami telah membunuh Al-masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah.” 
Padahal mereka tidak membunuhnya dan memalngnya (di kayu-palang-salib), 
tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi 
Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham, mengenai Nabi 
Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang 
menentukan (pembunuhnya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi sangkaan 
semata-mata, dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin” (157) 
“Bahkan Allah swt telah mengangkat Nabi Isa 
kepadanya dan adalah Allah maha kuasa, lagi maha 
bijaksana” (158) 
“Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab 
melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan 
hari kiamat kelak Nabi Isa as akan menjadi saksi terhadap mereka” 
(159) Surah Nisa’.
Hadis yang menceritakan 
berkaitan turunnya Nabi Isa as
Hadis diriwayatkan oleh 
Bukhari dan Muslim, dari abu hurairah 
ra nabi bersabda “ Dan demi diriku di 
dalam genggamannya, suatu hari 
nanti akan datang kepada kalian ibnu 
maryam (Isa as) seorang hakim yang 
adil, maka dia (Nabi Isa as) akan 
menghancurkan salib, membunuh 
khinzir dan menghapuskan jizyah, dan 
harta dunia akan melimpah ruah 
sehingga tidak ada seorang pun yang 
sanggup menerimanya, sehingga satu 
sujud lebih baik dari dunia dan 
seisinya, Kemudian berkata Abu 
Hurairah bacalah dari kalam Allah 
berikut “ tidak ada seorang ahli kitab 
kecuali beriman dengannya (Nabi Isa 
as) sebelum kewafatannya” 
Hadis diriwayatkan oleh Muslim 
dan Abu Daud, Tirmizi dan Ibn 
Majah, daripada Huzaifah bin 
Asid Ghafari r.a berkata: “Keluar 
nabi kepada kami kemudian 
bermuzakarah kemudian 
berkata : apa yang hendak di 
bincangkan? Kemudian mereka 
menjawab; berkaitan dengan 
hari kiamat, berkata nabi 
Sengungguhnya kiamat tidak 
akan terjadi sehingga wujudnya 
10 petanda, Keluarnya asap, 
Keluarnya Dajjal, keluarnya 
Binatang melata, Terbitnya 
matahari fdari sebelah barat, 
Turunnya Nabi Isa as, Keluarnya 
yakjuj dan makjuj, dan tiga 
gerhana bulan, gerhana di 
timur, gerhana di barat da 
gerhana di jazirah arab, dan 
akhir dari itu keluarnya api dari 
negeri yaman dan menghalau 
manusia ke mahsyar Allah swt” 
Hadis diriwayatkan oleh Ahmad 
dan Abu Dawud bin Jarir dari Abu 
Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw 
bersabda “Para nabi itu bersaudara, 
ibunya ramai dan agamanya satu, dan 
susungguhnya aku manusia paling awal 
dengan Isa bin Maryam kerana 
susungguhnya antara aku dan beliau 
adalah Nabi, dan sesungguhnya dia 
turun ketika melihatnya maka akan 
mengenalinya, berbadan sedang, putih 
kemerah-merahan, mengenakan dua 
pakaian kekuningan seperti di 
rambutnya terdapat air yang menitis 
dan apabila terkena tidak basah, 
memecahkan salib, membunuh khinzir, 
memansuhkan jizyah, dan menyeru 
manusia terhadap Islam, dan 
memusnahkan keseluruhan agama 
kecuali Islam, menghancurkan Dajjal, 
menetap di bumi selama 40 tahun 
kemudian wafat dan manusia solat ke 
atas jenzahnya”
Telah jelaslah nas ayat muhkam dari kitab 
Allah yang menerangkan berkaitan dengan 
turunnya Nabi Isa as dari kitab Allah swt 
seperti apa yang di sebut di dalam hadis-hadis 
ini, oleh yang demikian sempurnalah 
kesepakatan I’tiqad berkaitan dengan 
dengan turunnya Nabi Isa as di akhir 
zaman,.
4 
KELUARNYA MAKJUJ 
DAN MAKJUJ
Pengertian Yakjuj danMakjuj 
Kebanyakan Ulama’ berselisih faham tentang pecahan 
(Yakjuj Makjuj), sesetengah mereka berpendapat ianya 
berasal dari nyalaan api iaitu kemerahan, yang lainnya 
berpendapat ianya adalah percampuran ataupun sangat 
panas, pantas berlari dan selain dari itu ada yang 
berpendapat ianya adalah air yang sangat masin.
Di samping itu berkaitan dengan 
kemunculannya ia wujud di dalam nas yang 
sahih yang menunjukkan salah satu tanda 
besar akan hampirnya hari kiamat. 
“ Hingga apabila di bukakan (tembok) 
Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan 
cepat dari seluruh tempat yang tinggi” (al- 
Anbiya:96)
Asal usul Yakjuj dan Makjuj 
Mengikut pandangan sesetengah ulama seperti Imam 
al-Alusi, Wahab bin Munabbih dan ramai lagi 
termasuklah ulama-ulama sekarang mengatakan 
bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan 
anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Mereka mengatakan 
bahawa keterangan ini telah tersurat di dalam jilid 
pertama kitab Taurat dan bab ke sepuluh. “Mereka 
(Yakjuj dan Makjuj)
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, 
sesungguhnya nabi saw bangun dari 
tidurnya dan berkata “ Tiada Tuhan 
menlainkan Allah, celakalah orang Arab 
dari kerusakan yang semakin hampir, 
suatu hari akan terbuka tembok Yakjuj 
dan Makjuj seperti ini ( menunjukkan 
tanda 10 pada jari). Sahabat bertanya 
“ya Rasulullah adakah akan musnah juga 
sekalipun terdapat orang-orang soleh?” 
Jawab Rasulullah: “ya, apabila terlalu 
banyaknya maksiat atau penzinaan” 
Hadis di atas berkaitan dengan kerosakan dan kemusnahan yang akan berlaku menjelang 
munculnya Yakjuj dan Makjuj. Kerosakan dan kemusnahan yang akan di lakukan oleh Yakjuj dan 
Makjuj adalah tiada tolok bandingnya, mereka akan memusnahkan seluruh yang ada di bumi ini, 
serta keganasan yang di lakukannya. Sesetengah mereka berpendapat, Yakjuj dan Makjuj 
melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang 
merangkak, liar dan ganas.
Lebih penting di dalamnya terhenti pada had-had dalil yang jelas dan dalil 
yang telah diputuskan yang telah disabitkan dengan jelas di dalam al-Quran dan 
hadis yang sahih yang telah di ambil dari Rasulullah sa. Maka dengan demikian 
kerana sesunggunya Yakjuj dan Makjuj salah satu perkara ghaib dari perkara-perkara 
ghaib yang lain yang telah di ceriatakan oleh Allah akan kemunculannya 
ketika mana hampirnya Hari Kiamat. 
Selain itu juga, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan bahawa 
sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah dari Tatar dan Mongul yang mereka itu 
datang dan pergi, akan tetapi pandangan ini tidak boleh di pegang kerana tidak 
terdapat tujuan yang sebenar terhadap dakwaan dan pandangan tersebut, bahkan 
ianya bercanggah dengan nas dan hadis-hadis yang sahih menunjukkan ke atas 
mereka yang akan muncul pada waktu turunnya Nabi Isa as bin Maryam dan 
selepas keluarnya Dajjal. Dan dengan itu kita tahu sesungguhnya kedatangan 
golongan ini pada zahirnya akan menunjukkan kebenaran akan terjadi perkara 
tersebut dan tidak diringi dengan syak atau ragu.
Munculnya Ad-Dukhan 
• Allah s.w.t berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 10 yang 
bermaksud “Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa 
langit membawa asap yang jelas nyata ( yang menyebabkan 
kebuluran yang dahsyat). 
• Tanda besar yang berbentuk Ad-Dukhan merupakan salah satu 
ayat kauniyah Allah s.w.t seperti bulan yang terbelah dua, 
matahari terbit dari barat dan tiga gerhana matahari. Demikian 
juga laut terbelah, matahari dilitupi dan bintang-bintang 
berjatuhan ketika hari kiamat nanti. 
5
• Semua itu adalah tanda besar dan agung yang berada di bumi.Tanda ini 
terjadi selepas Isa bin Maryam wafat. Setelah semua bentuk keamanan , 
keselamatan, ketenteraman, keimanan dan ketaatan kepada Tuhan 
semesta alam menjadi nyata. Islam tersebar di semua Negara yang aman 
dan makmur. Keselamatan dan Islam ini masih tetap berlaku setelah 
kematian Isa bin Maryam pada masa kekuasaan Al-Maq’ad dan Al- 
Qathani. Setelah Al- Qathani meninggal dunia, Al-Mawali berkuasa dan 
menghancurkan kerajaan. Kejahatan kembali dengan pelbagai cara dan 
bentuk dan menguasai manusia tetapi masih ada kaum muslimin yang 
beriman walaupun jumlahnya sangat sedikit.
• Tambahan lagi, sebahagian mereka tidak mengamalkan syariat dan 
tidak mengamalkan syariat dan tidak lagi menggunakan hukum-hukumnya 
terutama dalam permasalahan ketaatan dan ibadah. 
Perkara ini sebagaimana yang dilakukan sebahagian kaum muslimin 
hari ini yang tidak menunjukkan ketaatan, kewajipan dan ibadah. 
Padahal mereka adalah muslim, beriman, bertauhid dan tidak 
mengingkari segala keesaan Allah s.w.t. 
• Tanda-tanda tersebut adalah sebagai penyeksaan yang pedih bagi 
orang kafir serta pengajaran bai orang yang beriman untuk kembali 
ke jalan yang lurus. Allah s.w.t telah menunjukkan pelbagai ayat dan 
tanda kepada banyak kaum di sepajang sejarah kehidupan manusia 
di bumi agar mereka kembali kepada-Nya seperti apa yang terjadi 
pada kaum Add, Samud, kaum Nabi Nuh, Firaun, kaum Tubba’, 
kaum Russ dan penduduk Aikah(Madyan). Allah s.w.t hanya 
menimpakan azab setelah didahului tanda-tanda sebelumnya.
• Andai sahaja Allah s.w.t mengkehendakinya sebagaimana 
firman Allah s.w.t dalam surah As-Syu’araa’ ayat ke 3-4 yang 
bermaksud: 
“Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), 
membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana 
mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman. Kalau Kami 
mahu tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu 
mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk 
kepadanya”.
Keluarnya Al-Dabah 
6 
Tentang keluarnya binatang juga telah ditegaskan dalam 
kitabullah dan juga Sunnah Rasulullah. Allah s.w.t. berfirman: 
وإذا وقع القول عليهم أخرجنا لهم دآبة من لأرض تكلمهم أن الناس كانوا بئايتنا لا 
يوقنون.... 
“Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan 
sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada 
mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin 
kepada ayat-ayat Kami.”(al-Naml: 82)
Terbit matahari dari arah barat dan keluarnya al-Dabah (binatang 
merayap) adalah merupakan dua tanda yang saling bertemu atau 
beriringan. Jika salah satu daripadanya keluar dahulu maka yang 
lain pula akan bakal menyusul. 
Abdullah bin Umar berkata, ‘Saya telah hafal daripada Rasulullah s.a.w.’: 
إن أول الايآت خروجا طلوع الشمس من مغربها وخروج الدابة ضحى فأيتهما كنات قبل 
صاحبتهما فالأخرى على أثرها..... 
“Sesungguhnya tanda-tanda pertama yang keluar adalah matahari yang 
terbit dari barat dan binatang yang melata keluar pada waktu dhuha. 
Mana sahaja yang keluar terlebih dahulu maka yang lain akan menyusul 
selepasnya.”(HR Ahmad dalam Musnad Ahmad, II/201).
Ringkasan Tentang ad-Dabah 
Ciri-ciri 
Terdapat banyak hadith daripada para sahabat yang 
membicarakan tentang sifat-sifat binatang ini yang mana 
sifat-sifat yang disebutkan adalah tidak bertentangan 
dengan dalil naqli dan juga dalil ‘aqli. 
Menurut Ibnu Abbas, binatang ini mempunyai bulu yang 
banyak yang mana bulu pada kepalanya adalah berwarna-warni. 
Setiap warna mempunyai empat garis warna. Secara 
terperinci, ia mempunyai warna semua jenis binatang serta 
mempunyai setiap keistimewaan umat iaitu bijak berbicara 
dalam bahasa mereka.
Menurut Huzaifah bin Yaman, binatang ini bersinar, mempunyai banyak 
bulu termasuk bulu kepalanya. Barangsiapa yang hendak mencarinya 
sudah pasti tidak menjumpainya. Namun begitu, barangsiapa yang 
hendak lari daripadanya sudah pasti tidak akan dapat berbuat 
sedemikian. 
Seterusya, menurut Abu Hurairah, di badannya terdapat semua warna 
manakala di antara kedua tanduknya terdapat tempat yang luas untuk 
ditunggangi. 
Menurut Ibnu Zubair pula, telingnya adalah seperti telinga gajah, 
tanduknya pula menyerupai tanduk rusa, bonggolnya seperti bonggol 
unta, dadanya menyerupai dada singa, warnanya seperti warna 
harimau, perawakannya seperti perawakan unta serta jarak antara 
dua tulang rusuknya adalah bersaiz 12 hasta.
Berdasarkan keterangan di atas, secara ringkasnya “Ia 
adalah merupakan binatang yang mempunyai sifat khusus 
dengan keistimewaan yang tinggi, besar, berilmu, indah 
serta diutus oleh Allah s.w.t. untuk kepentingan khusus yang 
harus dilaksanakannya. Tidak ada seorang pun yang akan 
dapat lari daripadanya atau mengelak daripada tugas 
binatang tersebut. 
Seandainya sesiapa sahaja yang bertujuan untuk 
memburunya atau menginginkannya, sudah pasti tidak akan 
bertemu dengannya. Ia akan mendatangi semua makhluk 
yang berada di atas bumi ini pada saat itu, seakan-akan 
pada dirinya terdapat nama-nama mereka kesemuanya.
Perbuatan 
Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda yang 
bermaksud: 
“Akan muncul binatang itu dengan membawa tongkat Musa a.s 
dan cincin Sulaiman a.s, memberi tanda pada hidung orang kafir 
dengan cincin tersebut (sebagai cop) dan membersihkan tongkat 
itu sehingga orang-orang yang memiliki meja makan berkumpul di 
meja-meja mereka, lalu yang ini berkata, “Wahai si mukmin” dan 
yang itu berkata, “Wahai si kafir”.
Ini kerana binatang itu mampu berbicara kepada manusia, meletakkan 
cop serta mencela kekafiran, kemaksiatan, kefasikan dan kesesatan 
mereka. Dengan itu, orang kafir tidak akan terlepas atau menghidari 
daripadanya. 
Ini juga merupakan satu seksaan yang hina kepada orang kafir di dunia 
sebelum menempuh seksaan di alam akhirat. Hal tersebut kerana cop 
pada keningnya adalah sebagai bukti kehinaan dan kerendahan. Sifat ini 
menjadi sifat yang tetap dan sesekali tidak boleh dihapuskan dengan 
taubat, kerana pintu taubat telah pun ditutup. Firman Allah s.w.t dalam 
surah Al-Naml: 82 yang bermaksud: 
“Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, maka 
kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang daripada bumi, yang 
akan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak meyakini 
ayat-ayat keterangan dan pengajaran kami”.
Manusia yang tidak percaya menjadi kafir, fasik dan 
sesat. Pada saat penyimpangan, kesesatan dan kefasikan 
manusia semakin jauh, Allah s.w.t. mengeluarkan al- 
Dabah untuk berbicara kepada manusia bahawa mereka 
adalah kaum yang sesat serta meletakkan cop pada 
wajah mereka sebagai lambang kesesatan dan kekafiran.
Tempat 
Terdapat banyak riwayat daripada para sahabat mengenai tempat 
keluarnya al-Dabah tersebut. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan 
oleh At-Tayalisi di dalam Musnadnya dan Al-Hakim. 
Abu Daud meriwayatkan, At-Tayalisi (dalam Musnadnya) meriwayatkan, 
Hudzaifah berkata, “Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang ad-Dabah. “ia 
keluar dari hujung kampung dan beritanya sampai ke Mekkah. Setelah 
berlalu zaman yang panjang, ia keluar lagi, maka beritanya tersebar di 
perkampungan dan masuk di Makkah”.
Seterusnya Baginda bersabda lagi, “Ketika manusia 
sedang berada di masjid-masjid yang dijaga oleh Allah 
s.w.t. kehormatan dan kebaikannya, sedangkan yang 
paling mulia di sisi Allah s.w.t. adalah Masjidil Haram. 
Binatang itu tidak memanggil mereka tetapi bersuara di 
antara rukun dan Maqam Ibrahim. Ia mengibaskan tanah 
dengan kepalanya sehingga seluruh manusia serentak 
menjauhinya. Namun begitu, sekelompok orang mukmin 
tetap mendiamkan diri kerana mereka mengetahui 
bahawa sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan 
mereka.
Matahari Terbit Dari Barat 
7 
Matahari terbit dari barat adalah merupakan ayat kauniyyah yang agung 
dan merupakan mukjizat Ilahi yang besar. Kita semua mengetahui bahawa 
alam ini dihuni dengan pelbagai jenis bintang, planet, bulan, meteor 
serta galaksinya yang diatur dengan begitu rapi oleh Allah s.w.t. 
Dia telah menciptakan semuanya dengan penuh ketelitian sehinggakan 
matahari, bintang dan juga bulan tidak bergeseran dengan orbitnya walau 
sedikit. Allah s.w.t.berfirman: 
لا الشمس ينبغى لها أن تدرك القمر ولا اليل سابق النهار وكل فى فلك يسبحون..... 
“(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya 
mengejar bulan, dan malam pula tidak mudah baginya mendahului siang, 
kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya 
masing-masing.”(Yasin: 40)
Kita semua mengetahui bahawa syarat-syarat iman salah satunya 
adalah beriman kepada perkara sam’iyyat iaitu perkara-perkara 
ghaib, kehendak Allah, kebenaran keesaan serata kewujudan- 
Nya melalui akal yang dianugerahkan kepada kita. Semua itu 
akan membawa kita kepada tauhid serta iman kepada Allah s.w.t. 
dan hari akhirat dengan meyakini bahawa terbitnya matahari 
dari barat tersebut adalah benar-benar dari-Nya.
Oleh sebab itu, orang-orang yang beriman ketika itu kerana 
percaya dengan perasaan takut kerana mereka telah 
menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bahawa salah 
satu fenomena ghaib adalah sebagai ujian dan juga cubaan 
kepada manusia. Untuk itu, syurga bukanlah satu dagangan 
yang murah bahkan sangat mahal. Oleh itu, ia memerlukan 
keimanan kepada perkara yang ghaib dan juga amal soleh. 
Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 
ayat 4 yang bermaksud: 
“Alif laam miin. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan 
padanya: petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) 
mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan 
solat, dan menafkahkan sebahagian yang kami 
anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman 
kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu 
dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu serta 
mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.”
Oleh yang sedemikian, beriman kepada perkara-perkara ghaib adalah sebagai syarat yang 
menjadi ukuran sama ada iman kita akan diterima atau tidak oleh Allah s.w.t. orang-orang 
yang beriman kepada Allah s.w.t. serta kafir sebelum matahari terbit dari arah barat, maka 
keimanannya akan diterima Allah s.w.t. malahan berada dalam keadaan yang terbaik. 
Segelintir daripada mereka ada yang diizinkan Allah s.w.t. untuk melihat arah terbitan 
matahari tersebut dan ini adalah sebagai penambah keyakinan atas keimanan mereka dan 
janji Allah s.w.t lalu menambahkan keyakinan serta keimanan mereka. Secara tidak langsung 
iman dan amal soleh mereka akan semakin bertambah. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah 
s.a.w. bersabda: 
لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها فإذا راها الناس امنوا أجمعون فذالك حين لاينفع نفسا إيمانها لم تكن امنت 
من قبل 
“ Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum terbitnya matahari dari arah barat. Apabila manusia 
melihat kejadian itu, mereka akan beriman seluruhnya. Itulah saat beriman tidak berguna 
lagi bagi manusia yang sebelumnya tidak beriman.”(HR al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad 
dalam Fathul Bari, XI/352, Sahih Muslim, hadith no. 157, Musnad Ahmad 11/312).
Muawiyyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
لا تنقطع الحجرة ما تقبلت التوبة ولاتزال التوبة مقبولة حتى تطلع الشمس من المغرب فإذا طلعت طبع على كل قلب 
بما فيه وكفي الناس العمل 
“Tugas hijrah itu tidak akan terputus selama taubat masih diterima. Dan taubat itu masih 
lagi diterima sehingga matahari terbit dari barat; apabila matahari terbit dari barat, maka 
dikuncilah setiap hati dengan apa yang ada di dalamnya. Dan cukuplah bagi manusia apa 
yang telah diamalkannya.”(HR Ahmad dalam Musnad Ahmad, III/133-134). 
Abu Musa al-Asy’ari r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: 
إن الله يبسط يده باليل ليتوب مسيء النهار ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل حتى تطلع الشمس من مغربها 
“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima 
taubat orang bertaubat orang yang bersalah pada siang hari, dan membentangkan 
tangan-Nya pada siang hari menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari, 
hingga matahari terbit dari barat.”(HR Muslim dan Ahmad).
Aisyah r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, jika 
tanda pertama telah keluar iaitu matahari terbit dari 
barat, pena akan diletakkan, buku catatan dilipat, tugas 
malaikat penjaga telah selesai, dan jasad akan menjadi 
saksi perbuatan.”(HR Ibnu Mardawih). 
Huzaifah berkata mengenai suasana malam sebelum 
paginya matahari terbit dari barat, ‘Saya bertanya 
kepada Rasulullah s.a.w., ‘Apa tanda matahari terbit 
dari barat? Baginda menjawab, Malam menjadi 
panjang sehingga tempoh dua malam.”(HR Al-Tabrani; 
sanad sahih).
Kesimpulannya, terbit matahari dari barat adalah suatu 
realiti yang akan terjadi. Hanya mereka yang sesat sahaja 
akan mendustakannya. Kerana tanda tersebut adalah 
sebuah ketetapan di dalam kitabullah dan juga Sunnah 
Rasulullah s.a.w.
8
Gerhana matahari kerap kali 
terjadi dalam sejarah manusia. 
Namun begitu, hanya 3 gerhana 
matahari sahaja yang diceritakan 
oleh Rasulullah SAW sebagai salah 
satu tanda besar hari kiamat.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada 
Huzaifah bin Usaid al-Ghifari r.a. bahawa ia 
berkata, 
“Rasulullah SAW bersabda , Sesungguhnya hari 
kiamat tidak akan terjadi sebelum kamu melihat 
sepuluh tanda. Lalu baginda menyebutkan : 
munculnya asap, Dajjal, binatang melata, matahari 
terbit dari barat, turunnya Isa bin Maryam a.s., Yakjuj 
dan Makjuj, tiga gerhana matahari ; di barat, timur, 
dan jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang 
mengiring manusia ke tempat mereka dikumpulkan.”) 
(Hadis Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, 
Kitab al-Fitan, hadith no. 2901.)
Berdasarkan hadis tersebut, dapat 
disimpulkan bahawa tidak ada peristiwa 
lagi setelah gerhana kecuali api yang 
mengiring manusia ke bumi mahsyar di 
Syria. 
Perkara ini menunjukkan bahawa 
peristiwa ini akan terjadi setelah Islam 
semakin lenyap, Kaabah dihancurkan 
serta manusia kembali menyembah 
berhala-berhala.
Terjadinya gerhana diiringi oleh 
kerosakan manusia pada ketika 
itu, apa-apa yang diharamkan 
Allah SWT akan dihalalkan serta 
tidak ada lagi ketaatan dan juga 
ibadah. Pada saat itu, keimanan 
dan ketaatan akan disia-siakan 
serta dipermainkan.
Imran bin Husain r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW 
bersabda : 
فِِ هَذِهِ الأُمَّةِ جَسفٌ وَمَسخٌ وَقَذفٌ فَقَال رَجُ مِّ ِن المُسلمِنَ رَسُول الله 
وَمَتََ ذَاكَ قَالَ اذا ظهرات القيان والم اَزف وشرتِ الخمور 
“Gerhana, al-Maskh, dan Qadzaf (tuduhan zina) akan terjadi pada 
umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin bertanya, “Wahai 
Rasulullah, bilakah ia akan terjadi?Baginda menjawab, “Jika sudah 
muncul budak laki-laki, alat-alat muzik dan khamr (arak) 
diminum.” 
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi dalam Jamiul Ushul, hadith no. 
7933.)
Berdasarkan hadis-hadis di atas, tiga 
gerhana tadi masih lagi belum terjadi. 
Gerhana tersebut akan terjadi sesuai 
dengan urutannya iaitu sebelum 
terjadinya hari kiamat dalam tempoh 
waktu yang dekat sekali. Semua 
ilmunya ada di sisi Allah SWT hanya 
Dia sahajalah yang Maha Mengetahui.
9
Di antara tanda hari kiamat lagi ialah 
keluarnya api yang besar yang merupakan 
tanda hari kiamat yang besar dan terakhir 
serta merupakan tanda pertama yang 
menyatakan telah terjadinya hari kiamat.
• Dalam hadis Hudzaifah bin Usaid r.a. yang 
membicarakan tanda-tanda hari kiamat yang 
besar, antara lain disebutkan sabda Rasulullah 
SAW: 
وَاخِرُ ذلَِِ نََرٌ تََرُجُ مِنَ اليَمنِ طََرُدُ النَّاسَ اِى  مَش هََُِِ .
“Dan yang terakhir ialah api yang keluar dari 
Yaman yang mengiring manusia ke tempat 
berkumpul mereka (mahsyar mereka).” 
(Sahih Muslim, Kitab Al Fitan wa Asyroth 
As-Sa’ah 18-27-29)
• Imam Ahmad dan Tirmidzi meriwayatkan dari 
Ibnu Umar r.a. ia berkata: Rasulullah SAW 
bersabda: 
سَ تَخرُج نََرٌ مِن حَضرَمَوتَ اَو مِن بََرِ حَضرَمَوتَ قَب يَومِ القِيَامَةِ تُُ النَّاسُ .
“Akan keluar api dari Hadhramaut atau dari laut 
Hadhramaut sebelum datangnya hari kiamat 
yang mengumpulkan manusia.” 
(Musnad Ahmad 7:133 hadis nombor 5136. 
Ahmad syakir berkata, “Isnadnya sahih.” 
Dan Tuhfatul Ahwadzi Syarah Tirmidzi 
6:463- 464. Al-Albani berkata “Sahih.” 
Rujuk:Sahih Al-Jami’ush Shaghir 3:203 no. 
3603).
• Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. 
bahawa Abdullah bin Salam ketika masuk Islam, 
ia bertanya kepada Nabi SAW tentang pelbagai 
masalah antara lain tentang tanda pertama 
terjadinya hari kiamat. Lalu baginda menjawab: 
اَمَّا اَوَّلُ اَشرَاطِ السَّاعَةِ فَنَارٌ تَُ ال نَّاسَ مِنَ الم قََِِ اِى  المغَرِبِ .
“Adapun tanda-tanda hari kiamat yang 
pertama itu ialah api yang mengumpulkan 
manusia dari timur hingga barat.” 
(Sahih Bukhari, Kitab Ahadis Al-Anbiya’, 
Bab Khalqu Adam wa Dzurriyyatihi 
6:462, hadis nombor 3329)
• Cara menjama’ (mengkompromikan) riwayat-riwayat 
yang kelihatan bercanggahan, iaitu sebahagian 
riwayat mengatakan bahawa api ini merupakan tanda 
hari kiamat besar yang terakhir sedangkan pada 
riwayat yang lain dikatakan sebagai tanda hari kiamat 
yang pertama, ialah bahawa api ini dianggap tanda 
terakhir bila dilihat penyebutannya bersama tanda-tanda 
yang lain seperti tertera dalam hadis Hudzaifah.
• Dikatakan sebagai tanda yang pertama kerana ia 
merupakan tanda hari kiamat yang pertama 
memandangkan sesudahnya tidak ada lagi urusan 
dunia. 
• Dengan berakhir api ini, maka langsung disusuli 
dengan tiupan sangkakala. 
• Berbeza dengan tanda-tanda lain seperti yang 
disebutkan dalam hadis Hudzaifah, kerana setelah 
terjadinya tiap-tiap tanda masih ada urusan dunia. 
(Fathul-Bari 13:82)
• Tanda-tanda besar hari kiamat adalah hakikat 
yang mengawasi rentetan peristiwa kiamat. 
Sementara tanda-tanda kecil merupakan tali yang 
menghubungkan tanda-tanda besar tersebut. 
• Tanda-tanda besar kiamat akan berlaku secara 
berturutan dan cepat. 
• Ini adalah berbeza dengan tanda-tanda kecil yang 
memerlukan masa yang panjang dan silih 
berganti dalam kehidupan manusia.
• Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Tanda-tanda kiamat itu umpama mutiara 
yang disusun pada seutas tali. Jika tali itu terputus, 
terurailah mutiara itu satu persatu.” 
(Hadis Riwayat Al-Hakim) 
# Jika berlakunya tanda besar kiamat yang 
pertama, maka taubat kita tidak lagi akan 
diterima oleh Allah SWT.
RUJUKAN 
• Dr. Muhamed Said Ramadhan al-Buti,2010, Kubra Al Yakiniyyah Al-Kauniyyah, Darul Fikrah Al- 
Maasir: Suria, Lubnan. 
• Syaikh Mahir Ahmad Ash-shufi,2010, Siri Ensiklopedia Akhirat: Kiamat Sudah Dekat “Tanda-tanda 
Kiamat Besar”, Global Aksara Communication Sdn.Bhd.:Johor Darul Takzim. 
• Yusuf bin Abdullah, 1996, Alamat-alamat Besar Kedatangan Hari Kiamat, Era Ilmu Sdn.Bhd: 
Kuala Lumpur. 
• Muhammad Nurani Maarif, 2010, Fitnah 2012-Konspirasi Galaktik, Hijjaz Records Publising : 
Selangor. 
• Fuad Kauma, 1997, Langit pun Terguncang, Mitra Pustaka: Yogyakarta Indonesia.

More Related Content

What's hot (20)

Topik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyahTopik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyah
 
Kiamat.
Kiamat.Kiamat.
Kiamat.
 
Rasulullah peribadi unggul
Rasulullah peribadi unggulRasulullah peribadi unggul
Rasulullah peribadi unggul
 
Mustolah hadis
Mustolah hadis Mustolah hadis
Mustolah hadis
 
Ibrah Surah al-Sajdah
Ibrah Surah al-SajdahIbrah Surah al-Sajdah
Ibrah Surah al-Sajdah
 
Keistimewaan al quran
Keistimewaan al quranKeistimewaan al quran
Keistimewaan al quran
 
Materi Remaja : Be a Great Leader by @DakwahRemaja
Materi Remaja : Be a Great Leader by @DakwahRemajaMateri Remaja : Be a Great Leader by @DakwahRemaja
Materi Remaja : Be a Great Leader by @DakwahRemaja
 
Hijrah Detik Bersejarah
Hijrah Detik BersejarahHijrah Detik Bersejarah
Hijrah Detik Bersejarah
 
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBALSLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
SLIDESHOW IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Sebab nuzul
Sebab nuzulSebab nuzul
Sebab nuzul
 
03. nabi nuh as
03. nabi nuh as03. nabi nuh as
03. nabi nuh as
 
Syariah dan khilafah mewujudkan rahmatan lil alamin (Edisi 1)
Syariah dan khilafah mewujudkan rahmatan lil alamin (Edisi 1)Syariah dan khilafah mewujudkan rahmatan lil alamin (Edisi 1)
Syariah dan khilafah mewujudkan rahmatan lil alamin (Edisi 1)
 
Riwayat hidup rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
Riwayat hidup rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallamRiwayat hidup rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
Riwayat hidup rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
 
BAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAMBAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAM
 
Nuzul Al Quran - Studi Quran
Nuzul Al Quran - Studi QuranNuzul Al Quran - Studi Quran
Nuzul Al Quran - Studi Quran
 
Tafsir Surah Al-Lail
Tafsir Surah Al-LailTafsir Surah Al-Lail
Tafsir Surah Al-Lail
 
Rasulullah utusan allah
Rasulullah utusan allahRasulullah utusan allah
Rasulullah utusan allah
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
Uthman
UthmanUthman
Uthman
 

Similar to Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)

slide tanda-tanda kiamat
slide tanda-tanda kiamatslide tanda-tanda kiamat
slide tanda-tanda kiamatSeindah Sakura
 
ppt pai tanda kiamat
ppt pai tanda kiamat ppt pai tanda kiamat
ppt pai tanda kiamat krisnawansp1
 
Tanda2 kecil kiamat telah sempurna
Tanda2 kecil kiamat telah sempurnaTanda2 kecil kiamat telah sempurna
Tanda2 kecil kiamat telah sempurnayun76ppgpjk
 
Hari akhir / Hari kiamat
Hari akhir / Hari kiamatHari akhir / Hari kiamat
Hari akhir / Hari kiamatMutiara Ayu
 
Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Kronologi Hari Kiamat. AllahuakhbarKronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Kronologi Hari Kiamat. AllahuakhbarCtNur Jamilah
 
Mabahit samiyyat (1) (2)
Mabahit samiyyat (1) (2)Mabahit samiyyat (1) (2)
Mabahit samiyyat (1) (2)CtNur Jamilah
 
Studi Islam = Makna Iman Kepada Hari Akhir
Studi Islam = Makna Iman Kepada Hari AkhirStudi Islam = Makna Iman Kepada Hari Akhir
Studi Islam = Makna Iman Kepada Hari AkhirSatria Ramadhan
 
kronologi hari kiamat
 kronologi hari kiamat kronologi hari kiamat
kronologi hari kiamatNurul Syafika
 
Generasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusiaGenerasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusiaAsylum Prisoner
 
Peristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajPeristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajhafizahhalim3
 
Kronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikrajKronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikrajhasmora masnuri
 
24 tanda tanda kubrâ hari kiamat
24 tanda tanda kubrâ hari kiamat24 tanda tanda kubrâ hari kiamat
24 tanda tanda kubrâ hari kiamattrofidhasari
 
Ppt hari kamat
Ppt hari kamatPpt hari kamat
Ppt hari kamatsalsavr
 
Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12
Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12
Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12Lazimatul A
 

Similar to Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi) (20)

slide tanda-tanda kiamat
slide tanda-tanda kiamatslide tanda-tanda kiamat
slide tanda-tanda kiamat
 
Sistem Dajjal
Sistem DajjalSistem Dajjal
Sistem Dajjal
 
ppt pai tanda kiamat
ppt pai tanda kiamat ppt pai tanda kiamat
ppt pai tanda kiamat
 
Tanda2 kecil kiamat telah sempurna
Tanda2 kecil kiamat telah sempurnaTanda2 kecil kiamat telah sempurna
Tanda2 kecil kiamat telah sempurna
 
Hari akhir
Hari akhirHari akhir
Hari akhir
 
Hari akhir / Hari kiamat
Hari akhir / Hari kiamatHari akhir / Hari kiamat
Hari akhir / Hari kiamat
 
Kronology Hari Kiamat
Kronology Hari KiamatKronology Hari Kiamat
Kronology Hari Kiamat
 
Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Kronologi Hari Kiamat. AllahuakhbarKronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
Kronologi Hari Kiamat. Allahuakhbar
 
Mabahit samiyyat (1) (2)
Mabahit samiyyat (1) (2)Mabahit samiyyat (1) (2)
Mabahit samiyyat (1) (2)
 
Mabahith sam'iyyat 1
Mabahith sam'iyyat 1Mabahith sam'iyyat 1
Mabahith sam'iyyat 1
 
Makalah Studi Islam
Makalah Studi IslamMakalah Studi Islam
Makalah Studi Islam
 
Studi Islam = Makna Iman Kepada Hari Akhir
Studi Islam = Makna Iman Kepada Hari AkhirStudi Islam = Makna Iman Kepada Hari Akhir
Studi Islam = Makna Iman Kepada Hari Akhir
 
kronologi hari kiamat
 kronologi hari kiamat kronologi hari kiamat
kronologi hari kiamat
 
Generasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusiaGenerasi terakhir umat manusia
Generasi terakhir umat manusia
 
Peristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikrajPeristiwa israk mikraj
Peristiwa israk mikraj
 
Kronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikrajKronologi israk dan mikraj
Kronologi israk dan mikraj
 
24 tanda tanda kubrâ hari kiamat
24 tanda tanda kubrâ hari kiamat24 tanda tanda kubrâ hari kiamat
24 tanda tanda kubrâ hari kiamat
 
Ppt hari kamat
Ppt hari kamatPpt hari kamat
Ppt hari kamat
 
Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12
Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12
Iman kepada hari akhir tugas agama kelas 12
 
Kisah 25 nabi
Kisah 25 nabiKisah 25 nabi
Kisah 25 nabi
 

Tanda tanda kiamat (dalil dan kronologi)

  • 1. IUS 4313 MABAHITH SAMI’YYAT TAJUK: TANDA-TANDA KIAMAT (DALIL DAN KRONOLOGI) NAMA PENSYARAH: USTAZ MAHADI BIN MOHAMAD NAMA PELAJAR: MUNIRAH BINTI MAZUKI (032746) NADIA’TUL AMIRAH BINTI YUSOF (032694) NURULHUDA NADHIRAH BINTI MOKTAR (032961) SITI ZULAYKHAH BINTI MUHTASAR (032678) IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DAN KAUNSELING
  • 2. Pendahuluan •“Rasulullah s.a.w bersabda, Sesungguhnya hari kiamat tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda. Lalu Baginda menyebutkan: munculnya asap, Dajjal, binatang melata, matahari terbit dari Barat, turunnya Isa bin Maryam a.s, Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari; di barat, timur, dan jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang mengiring manusia ke tempat mereka dikumpulkan”. •Berdasarkan hadis tersebut dapatlah diketahui bahawa kiamat tidak akan berlaku sebelum munculnya tanda-tanda kiamat. Apa yang kami dapati daripada hasil bacaan dan pengamatan yang telah kami lakukan, dapat kami simpulkan bahawa rentetan tanda-tanda berlakunya kiamat adalah sebagaimana berikut:
  • 3. i. Munculnya Al-Masih Dajjal ii. Kemunculan Al-Mahdi iii. Turunnya Isa Al-Masih iv. Munculnya Yakjuj dan Makjuj v. Munculnya Ad-Dukhan vi. Keluarnya Ad-Dabah vii. Matahari terbit dari barat viii. Kejadian tiga gerhana matahari ix. Api yang mengumpulkan manusia
  • 5. Kemunculan dajjal adalah antara salah satu tanda besar terjadinya Kiamat atau pengakhiran bagi alam ini. Dajjal adalah salah satu makhluq Allah yang sangat kejam dan terkenal dengan pendusta, digelar sebagai Dajjal oleh kerana kekejaman yang dilakukannya dan pendustaan yang disebarkannya serta Allah juga mengurniakan kuasa ajaib kepadanya dan menjadikannya sebagai suatu tarikan untuk menyeru manusia sebagai pengikutnya dan mendakwa dirinya sebagai orang yang baik dan mendakwa dirinya sebagai Tuhan. Dan sebilangan besar pengikutnya adalah dari golongan Yahudi.
  • 6. Hadis berkaitan kemunculan Dajjal Al- Masih
  • 7. Terdapat hadis soheh yang meriwayatkan berkaitan cirri-ciri Dajjal, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim nabi bersabda “ Sesungguhnya aku ingin memberi peringatan kepadamu, tidak ada seorang Nabi yang yang tidak memberi peringatan kepada kaumnya, akan tetapi apa yang akan aku katakan ini tidak pernah di katakana oleh nabi sebelum ini, Sesungguhnya dia (Dajjal) buta, dan Allah swt tidak buta”. Hadis ini berkaitan dengan salah satu ciri Dajjal yang buta matanya dan menafikan kekurangan pada zat Allah swt. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selain keduanya dari Huzaifah dan lafaznya dari Muslim, Sesungguhnya Uqbah berkata kepadanya : “Beritahu padaku apa yang kamu dengar dari Rasulullah saw berkaitan dengan Dajjal, kemudian berkata : Sesungguhnya Dajjal keluar bersamanya air dan api, sesiapa dari kalangan manusia yang melihat air maka sesungguhnya ianya adalah api yang membakar dan sesiapa yang melihatnya api maka sesungguhnya ainya adalah air yang menyejukkan dan menghilangkan dahaga, barang siapa yang mengetahui dari mereka melihat api, sesungguhnya ianya adalah menghilangkan dahaga. Berkata Uqbah, dan aku mendengar dariNya (Nabi Muhammad saw), membenarkan Huzaifah
  • 8. Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dan Tirmizi dan Ibnu Majah dan Ahmad dan selain dari mereka, hadis yang panjang berkaitan Dajjal dan tidak mencukupi masa untuk menceriatakannya kecuali dengan yang ringkas: Dari Nawas bin Sam’an r.a berkata : Rasulullah saw menyebut berkaitan dengan Dajjal dengan merendahkan suaranya dan meninggikannya sehingga berhentinya di tengah-tengah pohon Tamar, ketika hendak pergi ke kebun Nabi tahu mereka ingin menanyakan sesuatu dari beliau mengenai Dajjal , maka berkata: : “ Bukanlah Dajjal kecuali takut keatas kamu darinya, sekiranya keluarnya ketika aku bersama kalian maka aku akan berhujah bagi pihak kamu, dan sekiranya keluarnya dan aku tidak bersama kalian maka kalian haruslah melawan dengan hujah yang tersendiri. Dan aku adalah khalifah Allah keatas seluruh umat Islam, sesungghnya Dia (Dajjal) berambut kerinting dan matanya sedikit terkeluar, seperti mana seorang hamba Uza bin Qatan, dan barang siapa bertemu dengannya maka bacalah pembuka surah al-Kahfi, sesungguhnya dia keluar anatara Syam dan Iraq, membuat keroskaan di kiri dan kanan, wahai hamba Allah swt maka tetaplah kalian. Kami berkata : wahai rasulullah berapa lama tempoh menetap dibumi? Berkata rasulullah 40 hari, sehari seperti setahun, sehari seperti sebulan, sehari seperti seminggu, dan selepas itu hari-harinya seperti hari-hari kalian. Berkata lagi: wahai Rasuullah adakah pada ketika itu solatnya cukupkah mengikut waktu hari? Rasulullah bersabda : tidak, melainkan kadarkan kadarnya. Kami berkata lagi : wahai Rasulullah secepat mana dia berjalan? Bersabda Rasulullah : seperti hujan ditiup angin maka dating kepada manusia dan menyeru untuk beriman dengannya, dan menyahut seruannya, dia memerintahkan langit untuk menurunkan hujan dan bumi untuk mengeluarkan tumbuhan. Kemudian menyeru seorang lelaki untuk di belah dua dan dipotong dua bahagian dan di buang kea rah yang lain, kemudian dia cantum kan semula yang terbelah dua tersebut dan ketawa terbahak-bahak, tatkala dia dalam keadaan seperti itu maka di bangkitkan Nabi Isa bin Maryam, maka turunlah dari menara putih timur Damsyiq antara dua baju yang kekuningan letak di bahu dua malaikat, menitis kepalanya dengan titisan titisan dan apabila mengangkat keluarlah seperti permata dan mengejar Dajjal sehingga ke pintu Negara palestin berdekatan baitul Maqdis dan membunuhnya..”
  • 9. Dajjal berasal dari yahudi, dan akan muncul dari sebelah timur, terdapat percanggahan mengenai tempat keluarnya yang tertentu, mata kanannya buta dan terkeluar serta mempunyai rupa yang hodoh. Tidak ada padanya anak, dan tidak boleh masuk ke Mekah dan Madinah, tertulis di dahinya (Kafir) yang telah di terangkan terhadap orang Islam. Dan pada akhirnya akan di bunuh oleh Nabi Isa as. Dalam kitab-kitab yang lain terdapat perkaitan antara cuaca yang panas melampau dengan akhir zaman, akhirnya kita akan temui ianya terkait dengan turunnya Dajjal.. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan iaitu 3 tahun sebelum kemuculan dajjal, Allah akan sekat langit dari turunnya 1/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi untuk matikan 1/3 daripada tumbuh-tumbuhan. Jika kita perasan semasa lebih kurang sebulan lebih musim panas yang berlaku, apa yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan? Kebanyakan rumput telah menjadi kuning, di kiri dan kanan lebuhraya kelihatan banyak pokok sudah terbakar. Begitu juga dengan empangan-empangan, kebanyakkan empangan sudah kering, seperti di Selangor empangan telah menjadi surut tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan tahun yang dahsyat kekeringannya sehingakan kita diarahkan untuk membuat Solat Istiqsa’ yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
  • 10. Tahun kedua Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 2/3 hujan dan 2/3 dari tumbuh-tumbuhan di bumi akan dimatikan. Tahun ketiga Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 3/3 hujan dan Allah SWT kepada hambanya perintahkan bumi mematikan 3/3 seluruh tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang berkuku, binatang-binatang bergraham semua akan dimatikan Allah SWT. Bayangkan bagaimana waktu ketika itu? hujan tak turun sekian lamanya menyebabkan padi tidak boleh tumbuh, elektrik juga tidak dapat berfungsi kerana sumber utama elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem hidroelektrik adalah daripada air di empangan-empangan yang menghasilkan kuasa elektrik. Disebabkan tidak turun hujan kita akan mengalami pelbagai masalah, masalah elektrik, masalah pekerjaan dan pelbagai lagi dan kita akan menghadai saat yang sukar pada ketika itu, masalah kebuluran berleluasa dan sebagainya.. Dan ketika saat sukar begitulah Dajjal akan turun. Ujian paling besar, fitnah paling besar kan berlaku di masa tu.
  • 11.
  • 12. Banyak hadis sahih yang menunjukkan akan munculnya Al-Mahdi. Kemunculan Imam Al-Mahdi merupakan salah satu tanda sudah dekat-Nya hari kiamat.
  • 13. Persoalannya kemunculan Imam Al- Mahdi adalah tanda-tanda kiamat yang ke berapa?
  • 14. Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : اَ لمهَدِيُّ مِنِِّ اَجلََ الجَبهَةِ اَقنَّ الاَنفِ يَملاَءُ الأَرضَ قِسطًا وَعَدلاً كََمَ مُلِئَت ظُلمًا وَجُورَا, يَملُِِ سَ بعَ سِ نيَ .
  • 15. “Al-Mahdi itu dari keturunanku, lebar dahinya dan mancung hidungnya. Ia memenuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya bumi dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan. Ia berkuasa selama 7 tahun.” (Sunan Abu Daud, Kitab Al-Mahdi 11:375 hadis nombor 4265. Mustadrak Al-Hakim 4:557 dan dia berkata, “Ini adalah hadis sahih menurut syarat Muslim, tetapi beliau berdua (Bukhari dan Muslim) tidak meriwayatkan hadisnya.”)
  • 16. Dari Jabir r.a., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda : يَنزِلُ عِيسى بنُ مَريََ فَيَقُولُ اَمِيرُهُُُ المهَدِ ي اََََلَ نِِا, فَيَقُولُ لا. اِنِ هَََُ اَمِيرُ ضٍََِ تَكرِمَةُ الله لِهَذِهِ الأُمَّةِ .
  • 17. Ibnu Kathir dalam kitab Al-Fitan wal Malahim mengatakan: “Saya berpendapat bahawa kemunculan Al-Mahdi terjadi ketika Isa bin Maryam turun ke bumi.” Rasulullah SAW bersabda: “Isa bin Maryam turun, maka pemimpin mereka Al- Mahdi berkata, ‘Marilah solat mengimani kami.’ Lalu Isa menjawab, ‘Tidak! Sesungguhnya sebahagian daripada kamu adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah.” (Hadis riwayat Muslim)
  • 18. “Isa bin Maryam akan turun, lalu pemimpin mereka, Al-Mahdi, berkata, ‘Marilah solat bersama kami!’ Isa menjawab, “Tidak! Sesungguhnya sebahagian mereka menjadi amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini.” (Hadis riwayat Al-Harits bin Abu Usamah dalam musnadnya seperti disebutkan dalam Al-Manarul Minif karya Ibnul Qayyim halaman 147-148, dan diriwayatkan dalam kitab Al-Hawi fi Al-Fatawa karya As-Suyuthi 2:64. Ibnul Qayyim berkata, “Hadis ini isnadnya jayyid (bagus).” Dan disahkan oleh Abdul ‘Alim dalam Risalahnya tentang Al- Mahdi halaman 144)
  • 19. Telah bersabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya, bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan. Dan apabila kezaliman dan kekacauan itu telah memenuhi, maka Allah SWT akan mengutuskan seorang lelaki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku. Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi kezaliman dan kekacauan sebelumnya. Di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun air dan bumi tidak akan menahan sedikitpun tanam-tanamannya. Maka dia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” (Hadith riwayat at_Thibrani, al-Bazzar dan Abu Nu’aim. Imam as-Suyuthi mengatakan sahih di dalam Ki7tab Al- Jami’.)
  • 20. Berdasarkan hadis-hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa kemunculan Imam Mahdi setelah berlakunya kekejaman dan kekacauan yang dilakukan oleh Dajjal. Kemudian munculnya Nabi Isa a.s. yang akan saling membantu Imam Mahdi dalam memerangi Dajjal.
  • 21. Al-Hafizh Abul Hasan Al-Aabiri berkata : “Telah mutawatir berita-berita dan telah melimpah riwayat-riwayat dari Rasulullah SAW yang menyebutkan tentang Al-Mahdi bahawasanya beliau berasal dari keluarga baginda , akan berkuasa selama 7 tahun, akan memenuhi bumi dengan keadilan, bahawa Isa a.s. akan muncul dan membantu dia untuk memerangi Dajjal dan dia mengimami umat ini melakukan solat dan Isa a.s. solat di belakangnya” (Tahdzibul Kamal Fi Asmair Rijal 3:1194 karya Abul Hajjaj Yusuf Al-Maziy dan Al-Manarul Munif 142 dengan tahqiq Abdul Fattah Abu Ghodah)
  • 22. Semua ini menerangkan bahawa keluarnya bertepatan dengan rangkaian peristiwa tanda-tanda besar. Jarak waktu terjadinya hari kiamat dengan masa Al-Mahdi sangat dekat dan hanya tinggal beberapa tanda besar kiamat untuk sampai pada hari kiamat.
  • 23. 3 Turunnya Nabi Isa a.s
  • 24. Maksud sebenar turunnya Nabi Isa a.s ialah turunnya beliau ke bumi selepas terangkatnya ia pada waktu yang sangat lama dan mengambil masa bertahun-tahun. Nabi isa di tempatkan di alam malakut Allah swt, beliau hidup dengan kehidupannya yang pertama sebagai seorang Nabi dan Rasul. Beliau tinggal beberapa tempoh sahaja di bumi, semasa kebangkitannya di bumi beliau telah mendirikan akiqah sebagai penerus kepada aqidah yang sedia ada yang telah didirikan oleh Nabi sebelumnya, dan melaksanakan syariah Islamiah sepertimana syariah yang telah di laksanakan oleh Nabi dan bukannya mengadakan syariah yang baru. Dengan itu juga kelahirannya ke bumi tidak bermaksud sebagai Nabi terakhir atau menggantikan Nabi Muhammad saw sebagai Nabi terakhir dan Nabi akhir zaman
  • 25. Dalil al-Quran berkaitan turunnya Nabi Isa a.s
  • 26. “ Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka mereka dengan mengatakan: ‘ Sesungguhnya kami telah membunuh Al-masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah.” Padahal mereka tidak membunuhnya dan memalngnya (di kayu-palang-salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhnya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi sangkaan semata-mata, dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin” (157) “Bahkan Allah swt telah mengangkat Nabi Isa kepadanya dan adalah Allah maha kuasa, lagi maha bijaksana” (158) “Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan hari kiamat kelak Nabi Isa as akan menjadi saksi terhadap mereka” (159) Surah Nisa’.
  • 27. Hadis yang menceritakan berkaitan turunnya Nabi Isa as
  • 28. Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, dari abu hurairah ra nabi bersabda “ Dan demi diriku di dalam genggamannya, suatu hari nanti akan datang kepada kalian ibnu maryam (Isa as) seorang hakim yang adil, maka dia (Nabi Isa as) akan menghancurkan salib, membunuh khinzir dan menghapuskan jizyah, dan harta dunia akan melimpah ruah sehingga tidak ada seorang pun yang sanggup menerimanya, sehingga satu sujud lebih baik dari dunia dan seisinya, Kemudian berkata Abu Hurairah bacalah dari kalam Allah berikut “ tidak ada seorang ahli kitab kecuali beriman dengannya (Nabi Isa as) sebelum kewafatannya” Hadis diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Huzaifah bin Asid Ghafari r.a berkata: “Keluar nabi kepada kami kemudian bermuzakarah kemudian berkata : apa yang hendak di bincangkan? Kemudian mereka menjawab; berkaitan dengan hari kiamat, berkata nabi Sengungguhnya kiamat tidak akan terjadi sehingga wujudnya 10 petanda, Keluarnya asap, Keluarnya Dajjal, keluarnya Binatang melata, Terbitnya matahari fdari sebelah barat, Turunnya Nabi Isa as, Keluarnya yakjuj dan makjuj, dan tiga gerhana bulan, gerhana di timur, gerhana di barat da gerhana di jazirah arab, dan akhir dari itu keluarnya api dari negeri yaman dan menghalau manusia ke mahsyar Allah swt” Hadis diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Dawud bin Jarir dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda “Para nabi itu bersaudara, ibunya ramai dan agamanya satu, dan susungguhnya aku manusia paling awal dengan Isa bin Maryam kerana susungguhnya antara aku dan beliau adalah Nabi, dan sesungguhnya dia turun ketika melihatnya maka akan mengenalinya, berbadan sedang, putih kemerah-merahan, mengenakan dua pakaian kekuningan seperti di rambutnya terdapat air yang menitis dan apabila terkena tidak basah, memecahkan salib, membunuh khinzir, memansuhkan jizyah, dan menyeru manusia terhadap Islam, dan memusnahkan keseluruhan agama kecuali Islam, menghancurkan Dajjal, menetap di bumi selama 40 tahun kemudian wafat dan manusia solat ke atas jenzahnya”
  • 29. Telah jelaslah nas ayat muhkam dari kitab Allah yang menerangkan berkaitan dengan turunnya Nabi Isa as dari kitab Allah swt seperti apa yang di sebut di dalam hadis-hadis ini, oleh yang demikian sempurnalah kesepakatan I’tiqad berkaitan dengan dengan turunnya Nabi Isa as di akhir zaman,.
  • 30. 4 KELUARNYA MAKJUJ DAN MAKJUJ
  • 31. Pengertian Yakjuj danMakjuj Kebanyakan Ulama’ berselisih faham tentang pecahan (Yakjuj Makjuj), sesetengah mereka berpendapat ianya berasal dari nyalaan api iaitu kemerahan, yang lainnya berpendapat ianya adalah percampuran ataupun sangat panas, pantas berlari dan selain dari itu ada yang berpendapat ianya adalah air yang sangat masin.
  • 32. Di samping itu berkaitan dengan kemunculannya ia wujud di dalam nas yang sahih yang menunjukkan salah satu tanda besar akan hampirnya hari kiamat. “ Hingga apabila di bukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi” (al- Anbiya:96)
  • 33. Asal usul Yakjuj dan Makjuj Mengikut pandangan sesetengah ulama seperti Imam al-Alusi, Wahab bin Munabbih dan ramai lagi termasuklah ulama-ulama sekarang mengatakan bahawa Yakjuj dan Makjuj berasal dari keturunan anak-anak Yafith bin Nuh a.s. Mereka mengatakan bahawa keterangan ini telah tersurat di dalam jilid pertama kitab Taurat dan bab ke sepuluh. “Mereka (Yakjuj dan Makjuj)
  • 34. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, sesungguhnya nabi saw bangun dari tidurnya dan berkata “ Tiada Tuhan menlainkan Allah, celakalah orang Arab dari kerusakan yang semakin hampir, suatu hari akan terbuka tembok Yakjuj dan Makjuj seperti ini ( menunjukkan tanda 10 pada jari). Sahabat bertanya “ya Rasulullah adakah akan musnah juga sekalipun terdapat orang-orang soleh?” Jawab Rasulullah: “ya, apabila terlalu banyaknya maksiat atau penzinaan” Hadis di atas berkaitan dengan kerosakan dan kemusnahan yang akan berlaku menjelang munculnya Yakjuj dan Makjuj. Kerosakan dan kemusnahan yang akan di lakukan oleh Yakjuj dan Makjuj adalah tiada tolok bandingnya, mereka akan memusnahkan seluruh yang ada di bumi ini, serta keganasan yang di lakukannya. Sesetengah mereka berpendapat, Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan dan keganasan dengan menerkam ke atas mangsanya seperti binatang yang merangkak, liar dan ganas.
  • 35. Lebih penting di dalamnya terhenti pada had-had dalil yang jelas dan dalil yang telah diputuskan yang telah disabitkan dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis yang sahih yang telah di ambil dari Rasulullah sa. Maka dengan demikian kerana sesunggunya Yakjuj dan Makjuj salah satu perkara ghaib dari perkara-perkara ghaib yang lain yang telah di ceriatakan oleh Allah akan kemunculannya ketika mana hampirnya Hari Kiamat. Selain itu juga, terdapat beberapa pandangan yang mengatakan bahawa sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah dari Tatar dan Mongul yang mereka itu datang dan pergi, akan tetapi pandangan ini tidak boleh di pegang kerana tidak terdapat tujuan yang sebenar terhadap dakwaan dan pandangan tersebut, bahkan ianya bercanggah dengan nas dan hadis-hadis yang sahih menunjukkan ke atas mereka yang akan muncul pada waktu turunnya Nabi Isa as bin Maryam dan selepas keluarnya Dajjal. Dan dengan itu kita tahu sesungguhnya kedatangan golongan ini pada zahirnya akan menunjukkan kebenaran akan terjadi perkara tersebut dan tidak diringi dengan syak atau ragu.
  • 36. Munculnya Ad-Dukhan • Allah s.w.t berfirman dalam surah Ad-Dukhan ayat 10 yang bermaksud “Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap yang jelas nyata ( yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). • Tanda besar yang berbentuk Ad-Dukhan merupakan salah satu ayat kauniyah Allah s.w.t seperti bulan yang terbelah dua, matahari terbit dari barat dan tiga gerhana matahari. Demikian juga laut terbelah, matahari dilitupi dan bintang-bintang berjatuhan ketika hari kiamat nanti. 5
  • 37. • Semua itu adalah tanda besar dan agung yang berada di bumi.Tanda ini terjadi selepas Isa bin Maryam wafat. Setelah semua bentuk keamanan , keselamatan, ketenteraman, keimanan dan ketaatan kepada Tuhan semesta alam menjadi nyata. Islam tersebar di semua Negara yang aman dan makmur. Keselamatan dan Islam ini masih tetap berlaku setelah kematian Isa bin Maryam pada masa kekuasaan Al-Maq’ad dan Al- Qathani. Setelah Al- Qathani meninggal dunia, Al-Mawali berkuasa dan menghancurkan kerajaan. Kejahatan kembali dengan pelbagai cara dan bentuk dan menguasai manusia tetapi masih ada kaum muslimin yang beriman walaupun jumlahnya sangat sedikit.
  • 38. • Tambahan lagi, sebahagian mereka tidak mengamalkan syariat dan tidak mengamalkan syariat dan tidak lagi menggunakan hukum-hukumnya terutama dalam permasalahan ketaatan dan ibadah. Perkara ini sebagaimana yang dilakukan sebahagian kaum muslimin hari ini yang tidak menunjukkan ketaatan, kewajipan dan ibadah. Padahal mereka adalah muslim, beriman, bertauhid dan tidak mengingkari segala keesaan Allah s.w.t. • Tanda-tanda tersebut adalah sebagai penyeksaan yang pedih bagi orang kafir serta pengajaran bai orang yang beriman untuk kembali ke jalan yang lurus. Allah s.w.t telah menunjukkan pelbagai ayat dan tanda kepada banyak kaum di sepajang sejarah kehidupan manusia di bumi agar mereka kembali kepada-Nya seperti apa yang terjadi pada kaum Add, Samud, kaum Nabi Nuh, Firaun, kaum Tubba’, kaum Russ dan penduduk Aikah(Madyan). Allah s.w.t hanya menimpakan azab setelah didahului tanda-tanda sebelumnya.
  • 39. • Andai sahaja Allah s.w.t mengkehendakinya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah As-Syu’araa’ ayat ke 3-4 yang bermaksud: “Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman. Kalau Kami mahu tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya”.
  • 40. Keluarnya Al-Dabah 6 Tentang keluarnya binatang juga telah ditegaskan dalam kitabullah dan juga Sunnah Rasulullah. Allah s.w.t. berfirman: وإذا وقع القول عليهم أخرجنا لهم دآبة من لأرض تكلمهم أن الناس كانوا بئايتنا لا يوقنون.... “Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.”(al-Naml: 82)
  • 41. Terbit matahari dari arah barat dan keluarnya al-Dabah (binatang merayap) adalah merupakan dua tanda yang saling bertemu atau beriringan. Jika salah satu daripadanya keluar dahulu maka yang lain pula akan bakal menyusul. Abdullah bin Umar berkata, ‘Saya telah hafal daripada Rasulullah s.a.w.’: إن أول الايآت خروجا طلوع الشمس من مغربها وخروج الدابة ضحى فأيتهما كنات قبل صاحبتهما فالأخرى على أثرها..... “Sesungguhnya tanda-tanda pertama yang keluar adalah matahari yang terbit dari barat dan binatang yang melata keluar pada waktu dhuha. Mana sahaja yang keluar terlebih dahulu maka yang lain akan menyusul selepasnya.”(HR Ahmad dalam Musnad Ahmad, II/201).
  • 42. Ringkasan Tentang ad-Dabah Ciri-ciri Terdapat banyak hadith daripada para sahabat yang membicarakan tentang sifat-sifat binatang ini yang mana sifat-sifat yang disebutkan adalah tidak bertentangan dengan dalil naqli dan juga dalil ‘aqli. Menurut Ibnu Abbas, binatang ini mempunyai bulu yang banyak yang mana bulu pada kepalanya adalah berwarna-warni. Setiap warna mempunyai empat garis warna. Secara terperinci, ia mempunyai warna semua jenis binatang serta mempunyai setiap keistimewaan umat iaitu bijak berbicara dalam bahasa mereka.
  • 43. Menurut Huzaifah bin Yaman, binatang ini bersinar, mempunyai banyak bulu termasuk bulu kepalanya. Barangsiapa yang hendak mencarinya sudah pasti tidak menjumpainya. Namun begitu, barangsiapa yang hendak lari daripadanya sudah pasti tidak akan dapat berbuat sedemikian. Seterusya, menurut Abu Hurairah, di badannya terdapat semua warna manakala di antara kedua tanduknya terdapat tempat yang luas untuk ditunggangi. Menurut Ibnu Zubair pula, telingnya adalah seperti telinga gajah, tanduknya pula menyerupai tanduk rusa, bonggolnya seperti bonggol unta, dadanya menyerupai dada singa, warnanya seperti warna harimau, perawakannya seperti perawakan unta serta jarak antara dua tulang rusuknya adalah bersaiz 12 hasta.
  • 44. Berdasarkan keterangan di atas, secara ringkasnya “Ia adalah merupakan binatang yang mempunyai sifat khusus dengan keistimewaan yang tinggi, besar, berilmu, indah serta diutus oleh Allah s.w.t. untuk kepentingan khusus yang harus dilaksanakannya. Tidak ada seorang pun yang akan dapat lari daripadanya atau mengelak daripada tugas binatang tersebut. Seandainya sesiapa sahaja yang bertujuan untuk memburunya atau menginginkannya, sudah pasti tidak akan bertemu dengannya. Ia akan mendatangi semua makhluk yang berada di atas bumi ini pada saat itu, seakan-akan pada dirinya terdapat nama-nama mereka kesemuanya.
  • 45. Perbuatan Abu Hurairah berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan muncul binatang itu dengan membawa tongkat Musa a.s dan cincin Sulaiman a.s, memberi tanda pada hidung orang kafir dengan cincin tersebut (sebagai cop) dan membersihkan tongkat itu sehingga orang-orang yang memiliki meja makan berkumpul di meja-meja mereka, lalu yang ini berkata, “Wahai si mukmin” dan yang itu berkata, “Wahai si kafir”.
  • 46. Ini kerana binatang itu mampu berbicara kepada manusia, meletakkan cop serta mencela kekafiran, kemaksiatan, kefasikan dan kesesatan mereka. Dengan itu, orang kafir tidak akan terlepas atau menghidari daripadanya. Ini juga merupakan satu seksaan yang hina kepada orang kafir di dunia sebelum menempuh seksaan di alam akhirat. Hal tersebut kerana cop pada keningnya adalah sebagai bukti kehinaan dan kerendahan. Sifat ini menjadi sifat yang tetap dan sesekali tidak boleh dihapuskan dengan taubat, kerana pintu taubat telah pun ditutup. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Naml: 82 yang bermaksud: “Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, maka kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang daripada bumi, yang akan menyatakan kepada mereka bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran kami”.
  • 47. Manusia yang tidak percaya menjadi kafir, fasik dan sesat. Pada saat penyimpangan, kesesatan dan kefasikan manusia semakin jauh, Allah s.w.t. mengeluarkan al- Dabah untuk berbicara kepada manusia bahawa mereka adalah kaum yang sesat serta meletakkan cop pada wajah mereka sebagai lambang kesesatan dan kekafiran.
  • 48. Tempat Terdapat banyak riwayat daripada para sahabat mengenai tempat keluarnya al-Dabah tersebut. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh At-Tayalisi di dalam Musnadnya dan Al-Hakim. Abu Daud meriwayatkan, At-Tayalisi (dalam Musnadnya) meriwayatkan, Hudzaifah berkata, “Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang ad-Dabah. “ia keluar dari hujung kampung dan beritanya sampai ke Mekkah. Setelah berlalu zaman yang panjang, ia keluar lagi, maka beritanya tersebar di perkampungan dan masuk di Makkah”.
  • 49. Seterusnya Baginda bersabda lagi, “Ketika manusia sedang berada di masjid-masjid yang dijaga oleh Allah s.w.t. kehormatan dan kebaikannya, sedangkan yang paling mulia di sisi Allah s.w.t. adalah Masjidil Haram. Binatang itu tidak memanggil mereka tetapi bersuara di antara rukun dan Maqam Ibrahim. Ia mengibaskan tanah dengan kepalanya sehingga seluruh manusia serentak menjauhinya. Namun begitu, sekelompok orang mukmin tetap mendiamkan diri kerana mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan mereka.
  • 50. Matahari Terbit Dari Barat 7 Matahari terbit dari barat adalah merupakan ayat kauniyyah yang agung dan merupakan mukjizat Ilahi yang besar. Kita semua mengetahui bahawa alam ini dihuni dengan pelbagai jenis bintang, planet, bulan, meteor serta galaksinya yang diatur dengan begitu rapi oleh Allah s.w.t. Dia telah menciptakan semuanya dengan penuh ketelitian sehinggakan matahari, bintang dan juga bulan tidak bergeseran dengan orbitnya walau sedikit. Allah s.w.t.berfirman: لا الشمس ينبغى لها أن تدرك القمر ولا اليل سابق النهار وكل فى فلك يسبحون..... “(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak mudah baginya mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.”(Yasin: 40)
  • 51. Kita semua mengetahui bahawa syarat-syarat iman salah satunya adalah beriman kepada perkara sam’iyyat iaitu perkara-perkara ghaib, kehendak Allah, kebenaran keesaan serata kewujudan- Nya melalui akal yang dianugerahkan kepada kita. Semua itu akan membawa kita kepada tauhid serta iman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat dengan meyakini bahawa terbitnya matahari dari barat tersebut adalah benar-benar dari-Nya.
  • 52. Oleh sebab itu, orang-orang yang beriman ketika itu kerana percaya dengan perasaan takut kerana mereka telah menyaksikan dengan mata kepalanya sendiri bahawa salah satu fenomena ghaib adalah sebagai ujian dan juga cubaan kepada manusia. Untuk itu, syurga bukanlah satu dagangan yang murah bahkan sangat mahal. Oleh itu, ia memerlukan keimanan kepada perkara yang ghaib dan juga amal soleh. Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 1 hingga ayat 4 yang bermaksud: “Alif laam miin. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya: petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.”
  • 53. Oleh yang sedemikian, beriman kepada perkara-perkara ghaib adalah sebagai syarat yang menjadi ukuran sama ada iman kita akan diterima atau tidak oleh Allah s.w.t. orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. serta kafir sebelum matahari terbit dari arah barat, maka keimanannya akan diterima Allah s.w.t. malahan berada dalam keadaan yang terbaik. Segelintir daripada mereka ada yang diizinkan Allah s.w.t. untuk melihat arah terbitan matahari tersebut dan ini adalah sebagai penambah keyakinan atas keimanan mereka dan janji Allah s.w.t lalu menambahkan keyakinan serta keimanan mereka. Secara tidak langsung iman dan amal soleh mereka akan semakin bertambah. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها فإذا راها الناس امنوا أجمعون فذالك حين لاينفع نفسا إيمانها لم تكن امنت من قبل “ Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum terbitnya matahari dari arah barat. Apabila manusia melihat kejadian itu, mereka akan beriman seluruhnya. Itulah saat beriman tidak berguna lagi bagi manusia yang sebelumnya tidak beriman.”(HR al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad dalam Fathul Bari, XI/352, Sahih Muslim, hadith no. 157, Musnad Ahmad 11/312).
  • 54. Muawiyyah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: لا تنقطع الحجرة ما تقبلت التوبة ولاتزال التوبة مقبولة حتى تطلع الشمس من المغرب فإذا طلعت طبع على كل قلب بما فيه وكفي الناس العمل “Tugas hijrah itu tidak akan terputus selama taubat masih diterima. Dan taubat itu masih lagi diterima sehingga matahari terbit dari barat; apabila matahari terbit dari barat, maka dikuncilah setiap hati dengan apa yang ada di dalamnya. Dan cukuplah bagi manusia apa yang telah diamalkannya.”(HR Ahmad dalam Musnad Ahmad, III/133-134). Abu Musa al-Asy’ari r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda: إن الله يبسط يده باليل ليتوب مسيء النهار ويبسط يده بالنهار ليتوب مسيء الليل حتى تطلع الشمس من مغربها “Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang bertaubat orang yang bersalah pada siang hari, dan membentangkan tangan-Nya pada siang hari menerima taubat orang yang bersalah pada malam hari, hingga matahari terbit dari barat.”(HR Muslim dan Ahmad).
  • 55. Aisyah r.a berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, jika tanda pertama telah keluar iaitu matahari terbit dari barat, pena akan diletakkan, buku catatan dilipat, tugas malaikat penjaga telah selesai, dan jasad akan menjadi saksi perbuatan.”(HR Ibnu Mardawih). Huzaifah berkata mengenai suasana malam sebelum paginya matahari terbit dari barat, ‘Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w., ‘Apa tanda matahari terbit dari barat? Baginda menjawab, Malam menjadi panjang sehingga tempoh dua malam.”(HR Al-Tabrani; sanad sahih).
  • 56. Kesimpulannya, terbit matahari dari barat adalah suatu realiti yang akan terjadi. Hanya mereka yang sesat sahaja akan mendustakannya. Kerana tanda tersebut adalah sebuah ketetapan di dalam kitabullah dan juga Sunnah Rasulullah s.a.w.
  • 57. 8
  • 58. Gerhana matahari kerap kali terjadi dalam sejarah manusia. Namun begitu, hanya 3 gerhana matahari sahaja yang diceritakan oleh Rasulullah SAW sebagai salah satu tanda besar hari kiamat.
  • 59. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Huzaifah bin Usaid al-Ghifari r.a. bahawa ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda , Sesungguhnya hari kiamat tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda. Lalu baginda menyebutkan : munculnya asap, Dajjal, binatang melata, matahari terbit dari barat, turunnya Isa bin Maryam a.s., Yakjuj dan Makjuj, tiga gerhana matahari ; di barat, timur, dan jazirah Arab, dan yang terakhir adalah api yang mengiring manusia ke tempat mereka dikumpulkan.”) (Hadis Riwayat Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab al-Fitan, hadith no. 2901.)
  • 60. Berdasarkan hadis tersebut, dapat disimpulkan bahawa tidak ada peristiwa lagi setelah gerhana kecuali api yang mengiring manusia ke bumi mahsyar di Syria. Perkara ini menunjukkan bahawa peristiwa ini akan terjadi setelah Islam semakin lenyap, Kaabah dihancurkan serta manusia kembali menyembah berhala-berhala.
  • 61. Terjadinya gerhana diiringi oleh kerosakan manusia pada ketika itu, apa-apa yang diharamkan Allah SWT akan dihalalkan serta tidak ada lagi ketaatan dan juga ibadah. Pada saat itu, keimanan dan ketaatan akan disia-siakan serta dipermainkan.
  • 62. Imran bin Husain r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : فِِ هَذِهِ الأُمَّةِ جَسفٌ وَمَسخٌ وَقَذفٌ فَقَال رَجُ مِّ ِن المُسلمِنَ رَسُول الله وَمَتََ ذَاكَ قَالَ اذا ظهرات القيان والم اَزف وشرتِ الخمور “Gerhana, al-Maskh, dan Qadzaf (tuduhan zina) akan terjadi pada umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin bertanya, “Wahai Rasulullah, bilakah ia akan terjadi?Baginda menjawab, “Jika sudah muncul budak laki-laki, alat-alat muzik dan khamr (arak) diminum.” (Hadis Riwayat Al-Tarmizi dalam Jamiul Ushul, hadith no. 7933.)
  • 63. Berdasarkan hadis-hadis di atas, tiga gerhana tadi masih lagi belum terjadi. Gerhana tersebut akan terjadi sesuai dengan urutannya iaitu sebelum terjadinya hari kiamat dalam tempoh waktu yang dekat sekali. Semua ilmunya ada di sisi Allah SWT hanya Dia sahajalah yang Maha Mengetahui.
  • 64. 9
  • 65. Di antara tanda hari kiamat lagi ialah keluarnya api yang besar yang merupakan tanda hari kiamat yang besar dan terakhir serta merupakan tanda pertama yang menyatakan telah terjadinya hari kiamat.
  • 66. • Dalam hadis Hudzaifah bin Usaid r.a. yang membicarakan tanda-tanda hari kiamat yang besar, antara lain disebutkan sabda Rasulullah SAW: وَاخِرُ ذلَِِ نََرٌ تََرُجُ مِنَ اليَمنِ طََرُدُ النَّاسَ اِى مَش هََُِِ .
  • 67. “Dan yang terakhir ialah api yang keluar dari Yaman yang mengiring manusia ke tempat berkumpul mereka (mahsyar mereka).” (Sahih Muslim, Kitab Al Fitan wa Asyroth As-Sa’ah 18-27-29)
  • 68. • Imam Ahmad dan Tirmidzi meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: سَ تَخرُج نََرٌ مِن حَضرَمَوتَ اَو مِن بََرِ حَضرَمَوتَ قَب يَومِ القِيَامَةِ تُُ النَّاسُ .
  • 69. “Akan keluar api dari Hadhramaut atau dari laut Hadhramaut sebelum datangnya hari kiamat yang mengumpulkan manusia.” (Musnad Ahmad 7:133 hadis nombor 5136. Ahmad syakir berkata, “Isnadnya sahih.” Dan Tuhfatul Ahwadzi Syarah Tirmidzi 6:463- 464. Al-Albani berkata “Sahih.” Rujuk:Sahih Al-Jami’ush Shaghir 3:203 no. 3603).
  • 70. • Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Abdullah bin Salam ketika masuk Islam, ia bertanya kepada Nabi SAW tentang pelbagai masalah antara lain tentang tanda pertama terjadinya hari kiamat. Lalu baginda menjawab: اَمَّا اَوَّلُ اَشرَاطِ السَّاعَةِ فَنَارٌ تَُ ال نَّاسَ مِنَ الم قََِِ اِى المغَرِبِ .
  • 71. “Adapun tanda-tanda hari kiamat yang pertama itu ialah api yang mengumpulkan manusia dari timur hingga barat.” (Sahih Bukhari, Kitab Ahadis Al-Anbiya’, Bab Khalqu Adam wa Dzurriyyatihi 6:462, hadis nombor 3329)
  • 72. • Cara menjama’ (mengkompromikan) riwayat-riwayat yang kelihatan bercanggahan, iaitu sebahagian riwayat mengatakan bahawa api ini merupakan tanda hari kiamat besar yang terakhir sedangkan pada riwayat yang lain dikatakan sebagai tanda hari kiamat yang pertama, ialah bahawa api ini dianggap tanda terakhir bila dilihat penyebutannya bersama tanda-tanda yang lain seperti tertera dalam hadis Hudzaifah.
  • 73. • Dikatakan sebagai tanda yang pertama kerana ia merupakan tanda hari kiamat yang pertama memandangkan sesudahnya tidak ada lagi urusan dunia. • Dengan berakhir api ini, maka langsung disusuli dengan tiupan sangkakala. • Berbeza dengan tanda-tanda lain seperti yang disebutkan dalam hadis Hudzaifah, kerana setelah terjadinya tiap-tiap tanda masih ada urusan dunia. (Fathul-Bari 13:82)
  • 74.
  • 75. • Tanda-tanda besar hari kiamat adalah hakikat yang mengawasi rentetan peristiwa kiamat. Sementara tanda-tanda kecil merupakan tali yang menghubungkan tanda-tanda besar tersebut. • Tanda-tanda besar kiamat akan berlaku secara berturutan dan cepat. • Ini adalah berbeza dengan tanda-tanda kecil yang memerlukan masa yang panjang dan silih berganti dalam kehidupan manusia.
  • 76. • Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tanda-tanda kiamat itu umpama mutiara yang disusun pada seutas tali. Jika tali itu terputus, terurailah mutiara itu satu persatu.” (Hadis Riwayat Al-Hakim) # Jika berlakunya tanda besar kiamat yang pertama, maka taubat kita tidak lagi akan diterima oleh Allah SWT.
  • 77. RUJUKAN • Dr. Muhamed Said Ramadhan al-Buti,2010, Kubra Al Yakiniyyah Al-Kauniyyah, Darul Fikrah Al- Maasir: Suria, Lubnan. • Syaikh Mahir Ahmad Ash-shufi,2010, Siri Ensiklopedia Akhirat: Kiamat Sudah Dekat “Tanda-tanda Kiamat Besar”, Global Aksara Communication Sdn.Bhd.:Johor Darul Takzim. • Yusuf bin Abdullah, 1996, Alamat-alamat Besar Kedatangan Hari Kiamat, Era Ilmu Sdn.Bhd: Kuala Lumpur. • Muhammad Nurani Maarif, 2010, Fitnah 2012-Konspirasi Galaktik, Hijjaz Records Publising : Selangor. • Fuad Kauma, 1997, Langit pun Terguncang, Mitra Pustaka: Yogyakarta Indonesia.