SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
ISU SEMASA : JENAYAH SIBER




         1. Penggodam siber Malaysia ditahan - 20/11/2010


NEW YORK 19 Nov. - Seorang penjenayah siber dari Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian
komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit
dan debit, kata pejabat pendakwaraya di sini.

Lin Mun Poo, seorang rakyat Malaysia, ditahan pada 21 Oktober lalu sebaik sahaja tiba di AS dan
didakwa semalam, kata pejabat peguam AS di Brooklyn.

Dia didakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio;
bank pusat AS, dan dalam secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan
menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain.

Mun Poo, yang kini ditahan dalam tahanan praperbicaraan dikatakan terlibat dengan penjualan maklumat
dengan menggodam pelayan komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan dan syarikat
besar, kata pejabat peguam AS.

Perkhidmatan Perisikan AS menangkap lelaki berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas dia tiba di
Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini.

"Ejen Perkhidmatan Perisikan merampas komputer riba milik lelaki itu yang mengandungi data akaun
kewangan dalam kuantiti yang besar, dan maklumat pengenalan persendirian yang diperolehinya dengan
menggodam," kata pejabat pendakwaan.

Ketua Perkhidmatan Perisikan yang berpejabat di sini, Brian Parr berkata, jenayah siber bukan saja
memberi kesan kepada infrastruktur kewangan negara, malah juga mendatangkan ancaman kepada
keselamatan negara.

Selain daripada aktiviti pencerobohan yang dilakukan oleh Mun Poo, Perkhidmatan Perisikan juga
mendakwa dia berjaya menggodam masuk sistem kontraktor Pentagon yang mungkin menyebabkan
maklumat logistik ketenteraan sensitif terdedah.

Awal minggu ini, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran bahawa serangan siber
mendatangkan ancaman 'besar'. – AFP




                                                                                                     1
2. Awas keganasan siber- 30/12/2009

Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN



USAHA menghentikan keganasan terhadap wanita
(violence against women, VAW) bukan lagi sekadar
perjuangan sebelah pihak seperti pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) wanita atau agensi-agensi kerajaan
berkaitan.

Ini kerana kebangkitan dan kesedaran di kalangan
masyarakat sudah mula menunjukkan kesannya
dengan penggubalan dasar dan undang-undang            pemangsa mencari pengguna Internet yang tidak
bagi melindungi hak kaum Hawa di negara ini.             faham bahasa laman sembang dan sering
                                                             menunjukkan kelemahan emosi.

Pun begitu kemunculan era teknologi komunikasi
dan maklumat (ICT) yang pada mulanya dianggap 'penyelamat' kepada wanita yang terpinggir hari ini
menjadi 'musuh dalam selimut' apabila bekas-bekas suami atau teman lelaki mudah mengesan mangsa
melalui kemudahan tersebut.

Keganasan Siber

Dipanggil keganasan Internet atau siber, ia merupakan satu lagi bentuk keganasan terhadap wanita yang
perlu ditangani segera memandangkan lebih ramai menggunakan teknologi untuk berhubung dan
mempermudahkan urusan harian.

Baru-baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan The Body Shop mengadakan kolaborasi untuk
menghentikan keganasan terhadap wanita termasuk melalui Internet.

Beberapa contoh keganasan adalah penderaan wanita mengandung, perkahwinan kanak-kanak, kahwin
paksa, keganasan domestik, suami rogol isteri, sumbang mahram, pelacuran kanak-kanak, pornografi,
gangguan seksual (sama ada dalam atau luar talian) dan pemburu siber (cyber stalking).

Risalah merah jambu We Can End Violence Against Women (Kita boleh hentikan keganasan terhadap
wanita) itu dicetak sempena Hari Antarabangsa Menentang Keganasan Terhadap Wanita dengan
signifikan Malaysia menyertai kempen 16 hari Aktivisme ( 16 Days of Activism) melibatkan 130 negara di
seluruh dunia.

"Tahun ini, kempen VAW memberi tumpuan terhadap aspek ICT yang semakin meluas di setiap lapisan
masyarakat sehingga hampir mustahil untuk mengawalnya.




                                                                                                     2
"Malang sekali, kanak-kanak perempuan, remaja dan wanita merupakan majoriti mangsa pesalah laku
ICT atau Internet yang menggunakan kemudahan itu untuk menindas mereka," kata Pengarah Eksekutif
WAO, Ivy Josiah.

Majoriti mangsa

Menurutnya, sebanyak 83 peratus mangsa jenayah siber terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang
kurang mahir menggunakan Internet.

Ini kerana pemangsa mencari pengguna Internet yang tidak faham bahasa laman sembang dan sering
menunjukkan kelemahan emosi menerusi saluran terbuka yang mudah dikesan pemangsa.

"Pesalah laku akan menghantar pesanan peribadi untuk 'menenangkan hati' anda. Ini sebenarnya cara-
cara mereka menyerang mangsa pada saat mereka paling lemah," tegas Ivy.

Selain laman sembang yang tentunya menghimpunkan pelbagai jenis manusia yang mustahil diketahui
keaslian latar belakang dan identiti mereka, terdapat banyak lagi contoh penyalahgunaan ICT
mensasarkan golongan wanita sebagai mangsa.

Berlaku banyak kes dipaparkan di akhbar dan televisyen mengenai wanita-wanita yang terperangkap
oleh suami atau teman lelaki akibat diri mereka dirakam dalam pelbagai keadaan memalukan. Antaranya;

lTelefon bimbit dan kamera digital digunakan untuk merakam aksi seks atau berbogel, kadang kala
dengan izin atau sebaliknya. Semua imej ini mudah dijadikan alat untuk mengugut, memalukan dan
mengawal wanita tersebut.

lGangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pula merupakan sesuatu yang lazim dialami
dengan pesanan-pesanan atau panggilan lucah daripada lelaki dikenali atau tidak.

lFriend Finder disediakan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi seseorang individu. Ini boleh
disalahguna menjadi alat kawalan jika anda sedang dikesan atau diperhatikan gerak-geri oleh suami atau
teman lelaki yang suka mendera.

lPenyeludupan Internet juga berlaku apabila si penyeludup 'merekrut' mangsa melalui Internet dengan
iklan-iklan peluang pekerjaan. Wanita hanya sedar menjadi mangsa penipuan apabila dipaksa melakukan
kerja lain atau dijual ke negara asing.

Elak jadi mangsa

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa gangguan siber, pastikan anda faham apa itu gangguan
dalam talian iaitu apabila seseorang sengaja menghantar e-mel berkali-kali, mesej pantas (IM), laman
sembang walaupun selepas anda menyuruhnya berhenti.


                                                                                                       3
Pemburu siber pula hampir sama dengan gangguan dalam talian tetapi ia dikategorikan menerusi usaha
si pemburu mendapatkan mangsanya dan turut menggunakan serangan di luar talian.

Ini perlu diberi perhatian lebih serius kerana boleh membawa kepada serangan fizikal berbahaya lebih-
lebih lagi jika si pemburu mengetahui maklumat lokasi mangsanya itu.

Secara amnya, adalah kurang bijak untuk terus berdepan dengan orang yang mengganggu anda.
Bagaimanapun, sebaik yakin anda sedang diganggu anda mesti jelaskan padanya agar berhenti.

Anda tidak perlu menjelaskan kenapa, hanya katakan anda tidak mahu lelaki itu menghubungi anda
langsung.

Apa kata anda membuat salinan e-mel gangguan tersebut dan simpan sebagai rekod atau hantar ke
abuse@yahoo.com atau abuse@hotmail.com agar e-mel penghantar itu akan ditutup atau disenarai
hitamkan.

Untuk pengguna Facebook pula, dicadangkan agar anda menghalang akses individu tidak dikehendaki
menggunakan butang pada laman profil peribadi atau rangkaian aduan pada peti mel anda.

Akhir sekali, simpan segala-galanya. Salah satu reaksi mangsa gangguan siber adalah untuk
memadamkan segala bukti komunikasi mangsa dengan suspek. Ini adalah tindakan salah.

Sebaliknya, simpan semua maklumat yang ada termasuk e-mel dan log sembang.

Jika suspek mencipta laman web negatif mengenai anda, simpan salinan pada sistem tempatan anda
dengan baik agar dapat digunakan dalam perbicaraan mahkamah, jika perlu kelak.


"Malangnya ada wanita membiarkan diri mereka menjadi mangsa dengan membuka ruang kepada lelaki
rambang untuk menghubungi mereka secara terbuka.

"Jadilah bijak, gunakan ICT dengan selamat agar wanita tidak terus-menerus menjadi mangsa
keganasan," tambah Ivy lagi.



   3. Siasatan jenayah siber dibuka- 554 kertas 23/11/2010

KUANTAN 22 Nov. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka
sebanyak 554 kertas siasatan yang disyaki melakukan jenayah siber dalam tempoh Januari hingga
September tahun ini.




                                                                                                        4
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin
berkata, daripada jumlah itu sebanyak 24 peratus atau 113 kes adalah melibatkan penghantaran e-mel
dan kandungan laman sesawang.

"Sejak tempoh sembilan bulan itu sebanyak 588 laman sesawang didapati melanggar undang-undang
dan disekat berbanding tahun lalu hanya melibatkan 318 laman sesawang," katanya menjawab soalan
Norul Azali Sulaiman (BN-Guai) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Negeri di
sini hari ini.

Sementara itu, menurut Mohd. Shakar, kerajaan sentiasa memantau penyalahgunaan media baru
termasuk kes seorang remaja Cina yang seolah-olah tidak menghargai kemaafan yang diberikan
kerajaan.

"Remaja berkenaan sebaliknya terus menyalahgunakan media baru dan cuba berselindung melalui
kebebasan bersuara.

"Bagaimanapun, kes terbabit masih dalam siasatan dan pihak terbabit akan didakwa jika didapati
bersalah," jelasnya.

Tambahnya, pendirian dan jaminan kerajaan bahawa tiada penapisan internet oleh Koridor Raya
Multimedia (MSC) dan peruntukan Seksyen 3 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tidak bermaksud
kebebasan mutlak diberi kepada pengguna untuk menyalahgunakan kemudahan yang disediakan
kerajaan.

"Menyedari peruntukan tersebut, boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet, pihak
SKMM sentiasa meningkatkan usaha untuk mencari jalan yang sesuai untuk mengurangkan aktiviti
jenayah siber atau penyalahgunaannya," katanya.

Menjawab soalan Datuk Pang Tsu Meng (BN-Semambu), mengenai berapa kes yang dikenalpasti
SKMM dan tindakan kerajaan bagi mengelakkan terus berlaku masalah fitnah yang sama, Mohd Sharkar
menambah, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 boleh diambil terhadap individu terbabit.

"Jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih satu
tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.




                                                                                                         5
4. Bincang isu jenayah siber - 20/09/2010




                           Pertandingan Mencipta Perisian Penyelidikan Jenayah Siber Kaspersky
Lab akan membuka ruang kepada mahasiswa di negara ini bersaing dengan penuntut universiti di rantau
                                            Asia.




MAHASISWA di negara ini diseru mengambil
bahagian dalam Pertandingan Mencipta Perisian Penyelidikan Jenayah Siber Kaspersky Lab bagi
merebut Piala Malaysia dan Piala Asia yang merupakan acara tahunan anjuran peneraju perisian
pengurusan keselamatan di peringkat antarabangsa itu.

Generasi Masa Depan Keselamatan Teknologi Maklumat (IT) dan Piala Asia Persidangan Pelajar
Kaspersky Lab, diadakan untuk mengumpul pelajar, ahli sains, pengamal perundangan, ahli ekonomi
serta penyelidik dalam persekitaran unik bagi bekerjasama membentang dan membincangkan isu
berkaitan jenayah siber.

Fasa pertama sidang Generasi Masa Depan Keselamatan IT Kaspersky Lab akan dimulakan dengan
pertandingan Piala Malaysia dan tiga kertas kerja terbaik akan dipilih sebagai pemenang.

Tiga pemenang itu kemudian akan mengambil bahagian untuk fasa berikutnya iaitu Piala Asia.

Melalui fasa tersebut pelajar terbabit akan bersaing dengan universiti dan institusi pengajian tinggi dari
seluruh rantau Asia Pasifik.

Saingan ini akan dilangsungkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Februari 2011.

Pengarah Jualan Saluran Kaspersky Lab SEA, Jimmy Fong berkata, pihaknya berbangga Malaysia dan
UiTM dipilih menjadi tuan rumah Piala Asia.

"Ini dilihat sebagai pengiktirafan dan bukti bahawa Malaysia adalah hab pengetahuan dan teknologi di
rantau Asia Pasifik.




                                                                                                             6
5. Rangkaian perisian antivirus- 10/12/2009

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN



Mustahil terdapat pengguna Internet yang tidak
mempunyai perisian antivirus sebagai perlindungan.

Bagi pengguna, mereka semestinya mahukan perisian
yang terbaik, terkini dan canggih bagi menjamin
keselamatan komputer ketika di alam siber.

Terkini Kapersky Lab, peneraju dalam pembangunan
sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer
memperkenalkan rangkaian sistem penyelesaian
keselamatan terkini iaitu Kaspersky Internet Security
2010, Kaspersky AntiVirus 2010 dan Kaspersky Mobile Security 8.0.

Rangkaian berkenaan adalah lanjutan kejayaan produk 2009 yang mendapat pengiktirafan berjuta
pengguna di seluruh dunia.

Pengarah Saluran Kaspersky Lab Asia Tenggara, Gan Suk Ling berkata, rangkaian Kaspersky 2010
menggabungkan pelbagai kelebihan canggih seperti teknologi Sistem Kawalan Pencerobohan (HIPS)
yang menilai keselamatan perisian yang tidak diketahui.

Teknologi maya Sandbox yang unik memberikan persekitaran keselamatan sepenuhnya untuk semua
perisian.

"Rangkaian baru ini menumpang kejayaan sistem inovatif Kapersky Security Network, di mana maklumat
daripada berjuta-juta pengguna digunakan untuk mengurangkan tindakbalas kepada ancaman baru dan
mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini bagi membezakan fail bersih dan tercemar," katanya
semasa majlis pra pelancaran rangkaian produk 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Rangkaian produk baru ini membolehkan Kapersky Lab meningkatkan enjin anti virus bagi mengesan
program perosak dengan lebih berkesan.

Ini penting memandangkan beribu-ribu program perosak yang baru muncul setiap hari di seluruh dunia.




                                                                                                      7
Persekitaran perisian keselamatan siber jelas Suk Ling, sentiasa berubah memandangkan penjenayah
siber semakin berani dan menjadikan jenayah siber suatu industri bernilai jutaan dolar.

Setiap hari beribu-ribu virus makro, Trojan dan virus telah direka dan diedarkan dalam berbilang
rangkaian oleh komputer yang tidak mempunyai perlindungan.

"Kaspersky Lab telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk memantau dan mengenalpasti aktiviti
jenayah seluruh dunia.

"Ini dilakukan dengan sistem Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN) yang memperoleh sumber
maklumat mengenai perisian terkini dari berjuta-juta pengguna peribadi yang menyertai Kaspersky Lab,"
katanya.

Menggunakan konsep keselamatan in-the-cloud yang semakin popular, rangkaian versi 2010
menggunakan perisian perosak yang dilengkapi dengan KSN dan pangkalan virus untuk mengenalpasti
ancaman dalam talian dengan lebih pantas.

Kaspersky Internet Security 2010 memerlukan kurang daripada 40 saat untuk mengenalpasti program
perosak yang dahulunya tidak diketahui dan menghalangnya.

Fungsi baru safe run produk Kaspersky 2010 berasaskan teknologi terkini Sandbox, pengguna dapat
menjalankan aplikasi baru dalam persekitaran asing tanpa mendedahkan sistem operasi mereka kepada
perubahan.

Menurut Suk Ling, Kaspersky 2010 lebih berupaya melindungi data sulit dan menghalang laluan
pengguna secara automatik jika memasuki laman jenayah komputer secara tidak sengaja.

Kasperseky 2010 lebih pantas, efisien, mesra pengguna dan memberikan tahap perlindungan tertinggi
terhadap aktiviti jenayah siber tanpa mengganggu prestasi komputer.

Produk ini boleh didapati di pengedar terpilih atau membeli dalam talian di www.antivirus365.net

    6. Pengirim spam botnet didakwa - 06/12/2010

MILWAUKEE, Wisconsin 5 Dis. - Seorang lelaki warga Rusia mengaku tidak bersalah atas tuduhan
mengendalikan rangkaian perniagaan penghangtaran e-mel spam yang dipercayai menghantar satu
pertiga spam di seluruh dunia dan diperintah ditahan tanpa ikat jamin, kelmarin.

Oleg Nikolaenko, 23, yang hadir di mahkamah memakai baju banduan berwarna oren dengan ditemani
seorang peguam dan jurubahasa, meminta majistret mempertimbangkan untuk membenarkan dia
menjalani tahanan di rumah pada perbicaraan yang masih belum selesai di sini.



                                                                                                        8
"Dia merupakan rakyat dan penduduk Rusia dan kerajaan percaya jika Nikolaenko dibebaskan, dia akan
mencari jalan untuk pulang ke sana dan kerajaan tidak akan dapat mendakwanya," kata pendakwa raya
yang mempertikaikan permintaan itu, Erica O'Neil.

Nikolaenko yang berasal dari Moscow, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak mempunyai
niat untuk melarikan diri, kata peguamnya, Christopher Van Wagner.

Isterinya sedang mendapatkan visa Amerika Syarikat (AS) untuk melawatnya.

Majistret Patricia Gorence memerintahkan Nikolaenko ditahan tanpa ikat jamin, tetapi berkata, beliau
akan mempertimbangkan rayuan pembebasannya pada perbicaraan yang dijadualkan berlangsung pada
21 Disember ini.

Nikolaenko ditahan di Las Vegas pada awal bulan lalu ketika menghadiri sebuah pameran kereta dan
membawa wang tunai sebanyak AS$4,000 (RM12,564), kata pendakwaraya.

Dia didakwa di bawah Akta CAN-SPAM 2003 kerana mengendalikan rangkaian antarabangsa yang
menyebabkan lebih 500,000 komputer peribadi dijangkiti virus, dipanggil botnet yang menghantar
berbilion-bilion e-mel.

Skim itu membolehkan Nikolaenko memperolehi keuntungan besar daripada penjualan jam tangan Rolex
palsu dan 'ubat kuat lelaki' sebelum ia ditutup, menurut dokumen-dokumen mahkamah yang difailkan
oleh seorang penyiasat jenayah siber Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Ketika botnet menjalankan operasinya pada kapasiti yang penuh, ia secara kasarnya dipercayai
menyumbang kepada satu pertiga penghantaran spam di seluruh dunia. - REUTERS


    7. Siasatan, operasi, jenayah siber JSJK diperkasa- 15/11/2010

ALOR SETAR 15 Nov. - Tiga bidang utama — siasatan, operasi dan jenayah siber — akan diberi
tumpuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dalam usaha memperkasa dan
meningkatkan perkhidmatan jabatan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang baru Datuk Syed Ismail Syed Azizan
berkata, mutu siasatan perlu ditingkat dan proses siasatan juga perlu dicepatkan supaya keputusan dapat
dibuat dengan segera terutama daripada pihak Jabatan Peguam Negara.

"Kita akan kaji semula proses siasatan dan jika ada yang perlu ditambah nilai, kita akan buat perubahan
di situ,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat
Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.




                                                                                                          9
Pada majlis itu Syed Ismail menyerahkan tugas kepada pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusof.
Majlis itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk
Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, bidang kedua yang akan diperkasakan ialah bahagian operasi dan risikan
memandangkan sekarang ini banyak kegiatan bersindiket dilaporkan.

"Jadi kita perlu perkemaskan bahagian risikan dan operasi supaya kita boleh mengambil tindakan yang
berkesan ke atas mereka yang terlibat,” katanya. – Bernama


    8. Banteras pornografi laman web- 11/10/2010
Oleh LEE FOOK ON

Pengaruh pornografi di Internet harus dipandang serius oleh semua pihak di negara ini. Hal ini pernah
dibangkitkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di
persada antarabangsa baru-baru ini.

Sejak perkhidmatan Internet diperkenalkan di negara ini pada 1987 dan peningkatan pengedaran dan
penjualan VCD serta DVD lucah yang berleluasa, didapati kes-kes jenayah seksual turut meningkat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya kepada
Dewan Rakyat, berkata, bilangan jenayah seksual termasuk liwat dan sumbang mahram meningkat
hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2005. Tahun lalu sahaja, terdapat 4,238 kes jenayah
seksual berbanding 3,986 kes (2008), 3,689 kes (2007), 2,943 kes (2006) dan 2,427 kes (2005).
Daripada perangkaan ini, kes-kes rogol menduduki tempat teratas.

Pada tahun lalu, sejumlah 3,626 kes rogol telah dilaporkan oleh mangsa kepada pihak polis berbanding
3,409 kes (2008), 3,098 kes (2007), 2,431 kes (2006) dan 1,931 kes (2005). Bagi kes-kes sumbang
mahram pula, jumlah kes pada tahun lalu meningkat kepada 385 kes daripada 334 kes pada tahun
sebelumnya. Pada tahun 2007, kes yang dicatatkan ialah 360 kes, 332 kes (2006) dan 294 kes (2005).
Perangkaan-perangkaan ini cukup membimbangkan.

Apatah lagi, banyak kes yang tidak dilaporkan. Ini kerana lebih 80 peratus daripada pesalah seksual
mempunyai hubungan ataupun mengenali mangsa seperti ahli keluarga, saudara mara dan jiran mereka.

Trend sebegini jelas menunjukkan keruntuhan moral semakin gawat di kalangan anggota masyarakat di
negara ini.

Bukan itu sahaja, sekiranya gejala negatif ini tidak dikekang segera, maka ia akan menjejaskan matlamat
kerajaan untuk mencapai taraf negara maju pada 2020. Ini kerana sesetengah kakitangan pejabat
terutamanya di sektor swasta menggunakan masa pejabat untuk melayari laman-laman sesawang
pornografi.

                                                                                                        10
Mereka bukan sahaja menyalahguna kemudahan pejabat dan meningkatkan kos operasi syarikat tempat
mereka bekerja, malah daya produktiviti mereka turut terjejas. Mereka tidak dapat menumpukan
perhatian kepada tugas dan pemikiran mereka menjadi celaru kerana imej-imej lucah sentiasa
terpampang di dalam minda mereka. Mereka ketagih menonton gambar-gambar lucah.

Gejala yang tidak sihat ini juga merupakan antara punca berlakunya gangguan seksual di tempat kerja.
Antara negara yang telah melaksanakan dasar menapis dan menyekat bahan-bahan pornografi di
Internet ialah China, negara-negara Kesatuan Eropah (yang melakukan penapisan ke atas pornografi
kanak-kanak), Arab Saudi, Korea Selatan, Australia, Kanada dan India.

Bagaimanapun, untuk menyekat dan mengekang pornografi siber bukanlah mudah seperti yang
difikirkan. Ini disebabkan aktiviti-aktiviti 'penjualan tubuh' merupakan aktiviti-aktiviti komersial utama di
Internet dan paling banyak di laman sesawang tertentu. Adalah dianggarkan terdapat lebih daripada 1.5
juta laman sesawang pornografi di Internet dan 74 peratus daripada laman sesawang pornografi itu
memaparkan diri sebagai laman selamat serta mudah dilayari.

Justeru itu, tindakan Malaysia membangkitkan isu keselamatan Internet termasuk keperluan
membendung pornografi kanak-kanak, serta kesan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap nilai
budaya di persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ke-18 di
Guadalajara, Mexico pada 8 Oktober lalu, disambut baik oleh pelbagai pihak terutama pemimpin dan
badan telekomunikasi dunia.

Menurut Rais, beliau akan mengusulkannya dengan mengutus surat kepada Setiausaha Agung ITU, Dr.
Hamadoun Toure untuk memastikan cadangan yang dikemukakan Malaysia diambil tindakan
sewajarnya.

Selain itu, disyorkan supaya semua kerajaan di dunia mengkehendaki dan mensyaratkan semua laman
sesawang pornografi wajib dibayar. Mereka boleh mengusul dan membahaskan syor ini di Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO).

Penetapan sebegini dapat mengurangkan dengan banyak jumlah penonton laman itu. Selain itu,
ditetapkan juga agar laman-laman sesawang pornografi menggunakan kata tambahan seperti .sex atau
.xxx dan bukan .com. Cadangan ini harus dipertimbangkan. Syarat ini akan memudahkan pihak berkuasa
untuk menapis bahan-bahan pornografi.

Selain itu, pendidikan seks yang holistik dan dilaksanakan secara berperingkat amat diperlukan di
sekolah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Durex, hanya 36 peratus masyarakat negara ini menerima
pendidikan seks di sekolah. Majoritinya memperoleh pengetahuan seks daripada Internet iaitu sebanyak
75 peratus dan majalah (76 peratus).

Justeru, kerajaan tempatan melalui majlis-majlis daerah atau perbandaran harus mengenakan syarat-
syarat yang lebih ketat terhadap kedai perkhidmatan Internet dan kafe siber.

                                                                                                                11
Antara syaratnya ialah bilik Internet haruslah diterangi dan cermin dinding tidak boleh gelap. Skrin
monitor komputer harus dihala ke arah yang dapat dipandang orang. Ini akan menyebabkan pengguna
menjadi segan, malu dan takut untuk melayari laman-laman sesawang pornografi.

Pihak berkuasa pula hendaklah selalu melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis yang menawarkan
perkhidmatan Internet. Masyarakat terutamanya golongan ibu bapa memainkan peranan yang amat
penting dalam mengekang dan melindungi anak-anak mereka daripada terdedah kepada laman-laman
sesawang pornografi.

Oleh kerana kanak-kanak dan remaja memerlukan bimbingan dan kawalan dalam penggunaan
perkhidmatan Internet, maka ibu bapa atau penjaga harus lebih prihatin dan mengambil tahu tentang
cara penggunaan perkhidmatan Internet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa boleh mengawal selia
penggunaan perkhidmatan Internet dengan menggunakan perisian penapisan kandungan yang dapat
dimuat turun secara percuma dari Internet.

Mereka juga dapat membelinya di kedai-kedai komputer. Antara perisian penapisan Internet yang
terdapat di pasaran ialah Net Nanny Parental Controls, Safe Eyes, CYBERsitter, Puree Sight PC, Cyber
Patrol, Mc Afee Parental Controls, Filter Park, Im View dan Parental Controls. Selain itu, hubungan
keluarga yang baik dan harmoni juga dapat menjauhkan ahli-ahli keluarga daripada melakukan sesuatu
yang mengaibkan nama baik keluarga mereka.

Begitu juga, pembangunan kerohanian, pegangan agama yang kuat dan takut kepada Tuhan dapat
menjauhkan seseorang daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak agama
mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah menitikberatkan aspek pembangunan kerohanian anak
masing-masing.

Pengaruh daripada laman-laman sesawang pornografi harus ditangani segera oleh semua pihak. Ia amat
perlu dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat terutama generasi muda Malaysia yang
mempunyai jati diri dan keperibadian yang baik.

Penulis ialah seorang Pengkaji dan Penganalisis Politik, Ekonomi, Sosial dan Budaya Masyarakat.


    9. Dunia diancam jenayah siber - Tun Haniff - 23/07/2010

KUALA LUMPUR 22 Julai - Agensi penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia kini sedar bahawa
mereka bakal berdepan ancaman baru pada masa depan iaitu jenayah siber dan perlu bersedia untuk
menghadapinya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar berkata, beberapa negara terutamanya Amerika Syarikat
sedar akan ancaman tersebut apabila penjenayah kini dilihat semakin licik termasuk menggunakan
saluran siber untuk menjalankan kegiatan mereka.


                                                                                                       12
"Penjenayah ini bijak mengeksploitasi segala kelemahan yang timbul dalam aspek perundangan tidak
kira di mana-mana negara dan sekali gus ia menjadi kelebihan untuk mereka," katanya kepada pemberita
selepas menutup Persidangan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan Bahagian Asia Pasifik
(FBINAA-APCC) Ke-13 di sini hari ini.

Persidangan yang berlangsung selama empat hari itu disertai 25 perwakilan delegasi negara dari rantau
Asia Pasifik termasuk Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.

Antara perkara yang dibincang dan dikongsi bersama perwakilan adalah berhubung aktiviti jenayah-
jenayah merentasi sempadan seperti pengubahan wang haram, pengganas, penyeludupan dadah dan
manusia serta maritim.

Kuala Lumpur ialah tuan rumah untuk edisi kali ini manakala Manila, Filipina dipilih menjadi lokasi
persidangan untuk tahun depan.

Dalam pada itu, Pengerusi Persidangan tersebut, Datuk Shahbudin Abdul Wahab memberitahu, para
perwakilan delegasi bersetuju bahawa kemunculan jenayah siber dan setiap agensi penguat kuasa
seluruh dunia perlu mengorak langkah sewajarnya untuk menanganinya.

Beliau menjangkakan semua negara akan dibelenggu jenayah siber pada masa akan datang, justeru,
langkah seperti meminda undang-undang dan pegawai agensi penguat kuasa juga perlu dilengkapi
dengan ilmu pengetahuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

"Bidang ICT seperti sedia maklum bergerak dengan pantas dan kita selaku agensi penguat kuasa juga
perlu mengikut seiring dengan perkembangannya.

"Jenayah siber juga telah mengubah landskap jenayah dan keganasan kerana kedua-duanya ada
hubung kait. Apabila kita menyentuh tentang kegiatan keganasan, biasanya ia juga melibatkan kegiatan
pengubahan wang haram kerana aktiviti sedemikian yang menjana sumber kewangan untuk kegiatan
mereka," kata Shahbudin.

Di samping itu, beliau menegaskan, kerjasama antarabangsa sejagat serta perkongsian risikan di antara
kerajaan juga penting dalam usaha memerangi jenayah canggih itu.


    10. Awas laman web e-perbankan palsu- 23/12/2009

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan phishing atau penipuan
siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web
perbankan.

Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia hari ini berikutan pendedahan bahawa aktiviti
cubaan phishing semakin meningkat di negara ini.

                                                                                                      13
Kegiatan phishing merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi
seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta
butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik.

"Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung
laman web phishing yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan
bank tempatan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol. Husin Jazri.

Dalam kenyataan hari ini, katanya, 'serangan phishing' juga mengamalkan kaedah sosial seperti
menghantar e-mel spam, yang tidak diundang, nampak seperti dihantar oleh bank terkemuka tempatan.

E-mel yang tidak sahih itu menggunakan perkataan menyakinkan untuk menipu orang dengan klik
kepada link atau sambungan yang membuka laman web palsu atau laman web e-perbankan palsu,
katanya.

"Oleh kerana laman web palsu nampak sama seperti laman web sahih, pelanggan tertipu untuk
memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama pengguna dan kata laluan dalam laman web e-
perbankan palsu," katanya.

"Bank tidak akan meminta pelanggan untuk mengemaskini akaun, mengubah semula kata laluan,
membuka kunci akaun atau sebarang maklumat berkaitan perbankan melalui e-mel dan alamat URL,"
katanya.

Oleh itu, Pusat Bantuan Cyber999 menasihatkan orang awam supaya mengendahkan jika menerima e-
mel yang nampak serupa dari bank atau mana-mana institusi kewangan.

Pusat itu meminta pelanggan supaya memeriksa kesahihan e-mel yang diterima dengan pihak bank atau
menghubungi pusat berkenaan. - BERNAMA

    11. Hati-hati dengan sindiket penipuan internet

03/10/2009 1:54pm



SHAH ALAM 3 Okt. — Orang ramai yang menggunakan internet untuk berkenalan dinasihatkan berhati-
hati dengan sindiket yang cuba memperdaya dengan mengarahkan mereka mendepositkan wang bagi
menuntut hadiah, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, terdapat berbelas kes melibatkan mereka yang berkenalan menerusi ruangan sembang di
internet diperdaya oleh kenalan siber mereka kononnya ada ole-ole dikirimkan melalui pos tetapi tidak
dapat disampaikan kepada mereka kerana kiriman itu terkandas di pihak kastam ekoran cukai belum
dibayar.


                                                                                                        14
Sindiket itu kemudian mengarahkan kenalan mereka di Malaysia untuk mendepositkan sejumlah wang
dan ada yang sehingga RM5,000 bagi menuntut hadiah berkenaan ke dalam akaun tertentu yang
sebenarnya milik anggota-anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai kastam.

Bercakap kepada para pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pameran Pencegahan Jenayah di
Universiti Teknologi MARA di sini hari ini, Khalid berkata, pihaknya sedang mencari tiga lelaki Afrika
kerana kes melarikan seorang budak lelaki warga Indonesia semalam.

Budak lelaki itu, bagaimanapun ditemui polis di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang
awal pagi tadi ketika berlegar-legar di luar balai pelepasan dan kini telah disatukan dengan ibunya yang
berumur 30-an.-Bernama

    12. Ancaman muat turun haram lagu, filem di Internet- 02/10/2009

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

PARA penerbit filem dan album tempatan meraih keuntungan utama menerusi kutipan tiket atau jualan
produk-produk mereka yang ditayang serta diedarkan di seluruh negara.

Selepas itu, keuntungan daripada sesebuah filem contohnya, dikaut pula menerusi jualan terus atau hak
cipta kepada stesen-stesen televisyen di mana ia biasanya disiarkan ketika musim-musim perayaan.

Bagi menambahkan lagi jumlah keuntungan, boleh dikatakan semua penerbit kini mengedarkan filem-
filem mereka dalam format cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) selepas kirakira tiga
bulan ditayangkan di pawagam.

Sayangnya, strategi perniagaan menerusi penerbitan VCD dan DVD filem-filem tempatan sejak
kebelakangan ini menerima tamparan hebat apabila ia menjadi mangsa laman-laman web yang tidak
bertanggungjawab.

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak laman sesawang yang menyediakan kemudahan muat turun
secara haram sama ada untuk filem, album ataupun lagu-lagu tempatan.

Senario itu bukan meresahkan kalangan penerbit kerana mereka terpaksa menanggung kerugian apabila
sambutan jualan VCD dan DVD filem-filem mereka terjejas teruk kerana para peminat kini boleh memuat
turunnya secara percuma di Internet.

Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. merupakan
produk tempatan terbaru yang menjadi mangsa apabila ia boleh dimuat turun secara haram melalui
laman sesawang tertentu di Internet.




                                                                                                         15
Laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu. Pada masa yang sama, pemantauan lebih ketat
seharusnya dilakukan oleh pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia.

Ia bagi memastikan filem, album atau lagu-lagu tempatan lain tidak terus menerus menjadi mangsa
seperti Geng: Pengembaraan Bermula yang mengutip kutipan tiket RM6.3 juta sewaktu ia ditayangkan
baru-baru ini.

Hakikatnya muat turun filem, album atau lagu daripada Internet tanpa kebenaran daripada pihak penerbit
atau pemegang hak cipta sesuatu produk itu merupakan suatu kesalahan besar yang tertakluk di bawah
Akta Hakcipta 1987.

Pemantauan menerusi laman-laman sesawang di Internet oleh pihak-pihak berkuasa terbabit sepatutnya
lebih mudah untuk dilakukan berdasarkan kawalan bersepadu di samping pelbagai kemudahan canggih
yang terdapat pada hari ini.

Jika sebelum ini, pemantauan terhadap VCD dan DVD cetak rompak dilakukan oleh pihak berwajib
seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tetapi
nampaknya gejala itu menular pula sehingga ke alam siber.

Laman-laman sesawang yang menyediakan kemudahan muat turun secara haram seharusnya diberi
amaran atau diambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada bagi
meringankan beban golongan penerbit di negara ini.

Tanpa adanya pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan bagi membendung jenayah siber itu, ia akan
memberi kesan jangka panjang kepada penerbit industri perfileman serta rakaman album.

Malah para peminat juga mungkin tidak berpeluang untuk menikmati lagi karya-karya yang lebih bermutu
pada masa depan jika pihak penerbit kekurangan modal atau keuntungan bagi menerbitkan produk
seterusnya.




     13. Malware ancaman terbesar Malaysi- 14/06/2010


KUALA LUMPUR 13 Jun - Ancaman yang menjejaskan komputer di Malaysia kebanyakannya
membabitkan 'Malware', demikian menurut Laporan Risikan Keselamatan Microsoft, jilid kelapan (SIRv8).

"Pada separuh kedua 2009, walaupun kadar jangkitan 'Malware' agak rendah berbanding purata dunia,
namun terdapat peningkatan berbanding separuh pertama 2009," kata Microsoft dalam satu kenyataan di
sini hari ini.




                                                                                                    16
SIRv8 menyebut, jenayah siber terus meningkat, dengan penjenayah meneruskan operasi ke atas proses
perniagaan konvensional.

"Penjenayah terus meningkatkan kapasiti untuk melakukan serangan, termasuk 'menawarkan produk'
dan menambah ciri-ciri kepada 'Malware' untuk sasaran pengguna tertentu," katanya.

(Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan
menyebabkan risiko kepada sistem) Ketua Privasi dan Keselamatan Serantau Asia Pasifik Microsoft,
Jacqueline Peterson-Jarvis berkata, SIRv8 menyebut bukti-bukti bahawa jenayah siber semakin canggih
dan mengancam penggunaan dalam talian dan terus mengeksploitasi kit yang dijual kepada pihak lain
untuk digunakan.

"Pembangun 'Malware' terus meningkatkan produk mereka dengan menggantikannya dengan yang
baharu," katanya.

Beliau berkata, SLRv8 menggunakan data yang dikumpul daripada kira-kira 500 juta komputer di seluruh
dunia bagi menyediakan risikan ke atas ancaman dalam talian global yang dialami sepanjang separuh
kedua 2009.

Peterson-Jarvis berkata, laporan itu juga mendapati rangkaian perusahaan terus terdedah kepada
'cacing' manakala pengguna kediaman lebih terdedah kepada malware dan ancaman sosial.

Beliau berkata penipuan '419' semakin meningkat dalam e-mel, dengan perisian keselamatan palsu yang
bertindak sebagai aplikasi keselamatan yang sah, menipu pengguna, masih terus menjadi isu kepada
pelanggan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata, tahap
kesedaran di kalangan pengguna Internet Malaysia ke atas keselamatan dalam ruang siber perlu
ditingkatkan.

"Ini perlu, berdasarkan bilangan penduduk yang semakin meningkat. Ibu bapa perlu memain peranan
penting dalam memastikan masa yang dihabiskan oleh anak-anak masing-masing dalam talian adalah
selamat dan terjamin," katanya. - BERNAMA


    14. Malaysia tiada sekatan terhadap Internet- 19/05/2010

SHANGHAI 18 Mei - Malaysia tidak ada sebarang sekatan terhadap penggunaan Internet, kecuali jika
kandungannya melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Menteri Penerangan Komunikasi
dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.




                                                                                                        17
"Barang siapa yang menyalahi peruntukan di bawah akta berkenaan, tidak boleh terlepas daripada
cengkaman undang-undang," katanya kepada Bernama selepas upacara penyampaian Anugerah The
World Telecommunication Information Society Award 2010 di Shanghai World Expo di sini semalam.

Beliau berkata, antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk berjudi di Internet, pornografi
kanak-kanak ataupun biasa, terorisme, menipu, menghasut dan lain-lain jenayah siber.

Mengenai inisiatif akses tanpa wayar di seluruh Lembah Klang, Rais berkata, langkah itu ditunjangi oleh
Telekom Malaysia dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.

Kelajuan Internet di kawasan Lembah Klang yang meliputi Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kelang dan
tempat lain kini sudah mencapai 10 mbps.

"Cuma daripada segi pandangan rakyat, kosnya serta konsistensi kelajuan serta mutunya perlu
dipertimbangkan supaya rakyat merasakan ini bukan sesuatu yang mahal tetapi merupakan infrastruktur
yang sama seperti jalan, lampu dan lain-lain," katanya. - BERNAMA


    15. Perlu lebih banyak pakar keselamatan Internet - 16/02/2010


KUALA LUMPUR 15 Feb. - Meskipun jenayah siber perbankan Internet masih di paras yang boleh
ditangani, negara masih perlu melahirkan lebih ramai pakar keselamatan maklumat, demikian menurut
CyberSecurity Malaysia.

"Saya tidak mahu mendakwa bahawa kita kekurangan pakar atau pakar kita sudah mencukupi untuk
menyelesaikan masalah tetapi kita perlu bekerjasama bagi melahirkan lebih ramai pakar," kata Ketua
Pegawai Eksekutifnya, Lt. Kol (Bersara) Husin Jazri.

Beliau berkata, dengan bilangan pengguna Internet yang semakin meningkat dan aliran sekarang yang
menuju ke arah penggunaan lebih canggih seperti perbankan mudah alih, negara perlu bersedia dalam
segenap segi, terutamanya dengan pakar keselamatan maklumat.

Ketika ini, Malaysia mempunyai kira-kira 16 juta pengguna Internet, katanya.

Mengenai perbankan dalam talian, Husin berkata, pihak yang paling terjejas akibat daripada jenayah
siber adalah pengguna dan bukannya institusi kewangan.

"Saya tidak bimbangkan bank-bank. Mereka mempunyai banyak wang untuk menjamin keselamatan
sistem mereka. Mereka boleh mendapatkan perunding terbaik dunia untuk memeriksa sistem
keselamatan mereka.




                                                                                                      18
"Manusia yang menerima kesan, bukan bahagian teknologi. Pengguna menjadi mangsa. Apabila
pengguna berkomunikasi dengan bank, mereka terdedah kepada ancaman kejuruteraan sosial, skim
penipuan dan ancaman-ancaman lain," katanya.

Menurut Husin, pengguna dalam talian perlu sedar bahawa bank-bank tidak pernah membuat
penyenggaraan dalam talian bagi pelanggan mereka berkaitan dengan perbankan Internet.

"Kami perlu memberi pendidikan kepada pengguna tentang hakikat ini yang mana boleh membantu
membendung masalah apabila mereka menyedari akan aspek ini," katanya.

Daripada sejumlah 3,564 kes yang dilaporkan tahun lepas, 1,022 merupakan kes penipuan dan
pemalsuan yang menyumbang satu pertiga daripada kes, kata Husin.

"Kita harus berkongsi pengetahuan dan mengenal pasti strategi yang perlu untuk menangani ancaman
seperti peningkatan risiko menceroboh sistem keselamatan, pencurian identiti, e-mel penipuan dan
keganasan siber," katanya. - BERNAMA


    16. AS diancam jenayah siber- 09/02/2010


WASHINGTON 8 Feb. - Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan ancaman 'serius dan cukup besar' di
alam siber yang boleh menggugat keselamatan negara ini.

Penasihat antikeganasan tertinggi White House, John Brennan (gambar) yang memberi amaran tersebut
dalam wawancara dengan stesen NBC semalam turut berkata, sebuah lembaga keselamatan siber telah
ditubuhkan di White House.

"Cabaran ini sangat kompleks dan sangat rumit, tetapi kami mengadakan kerjasama sangat erat dengan
sektor swasta," ujarnya.

Katanya, White House melihat isu tersebut dari sudut pengintipan oleh kerajaan asing, individu atau
kumpulan tertentu, sama ada mereka penggodam komputer atau pertubuhan pengganas.

"Keselamatan negara ini menghadapi risiko kerana itulah kami sedang berusaha untuk memastikan
rangkaian kerajaan AS dan rangkaian sektor swasta AS dilengkapi keupayaan bagi menangkis
percubaan untuk menggodamnya," kata beliau.

Bulan lepas perbalahan mengenai kebebasan Internet meletus antara China dengan Amerika Syarikat
(AS) apabila Beijing menafikan pembabitan kerajaan dalam melancarkan serangan siber ke atas syarikat
pencarian Internet AS, Google.




                                                                                                      19
Presiden AS, Barack Obama berkata, beliau berasa bimbang dengan kenyataan Google yang mendakwa
diserang oleh penggodam komputer berpangkalan di China. Obama turut menuntut penjelasan daripada
kerajaan China.

Google mengancam untuk membubarkan enjin carian berbahasa Mandarin miliknya dan kemungkinan
menamatkan semua operasi di negara itu disebabkan serangan siber tersebut.

Ia juga berkata, pihaknya tidak lagi sanggup tunduk kepada penapis kerajaan China.

Dewan Perwakilan AS minggu lepas, sebulat suara meluluskan rang undang-undang yang bertujuan
untuk melindungi Internet dan rangkaian komputer dengan membiayai penyelidikan dan latihan
keselamatan siber. - AFP


    17. China tutup pusat latihan penggodam- 09/02/2010




SHANGHAI 8 Feb. – China menutup sebuah laman web yang didakwanya menjadi tempat latihan
terbesar penggodam di republik itu dan menahan tiga ahlinya.

Laman web Black Hawk Safety Net didakwa mengajar teknik-teknik menggodam dan menyediakan muat
turun perisian untuk tujuan tersebut kepada 12,000 ahlinya sebagai tukaran dengan bayaran yuran, lapor
akhbar Wuhan Evening News hujung minggu lalu yang memetik kenyataan polis di Huanggang, timur
Wuhan.

Penggodam dari China mendapat perhatian antarabangsa sejak Google Inc. mengancam untuk keluar
dari China bulan lalu selepas beberapa siri penggodaman dikesan berasal dari negara ini menyebabkan
kecurian harta inteleknya. China menafikan terlibat dengan kegiatan menggodam tersebut dan
menyatakan tidak membiarkan sahaja aktiviti itu.

Laman web tersebut ditutup hujung November lalu dan tiga anggotanya ditahan kerana disyaki
melakukan aktiviti jenayah, menurut akhbar tersebut tanpa mengulas mengapa berita ini baru dikeluarkan
hari ini. Menurut keterangan Kongres Amerika Syarikat (AS) oleh pakar siber, James Mulvenon pada
2008, latihan menggodam di Wuhan ini dilakukan di Communication Command Academy.

Populariti penggodam di China dan penggunaan pelbagai alamat serta perisian di Taiwan dan tempat lain
menyukarkan untuk membuktikan bagaimana atau siapa yang bertanggungjawab.

Mungkin penggodam di China tidak perlu bersusah-susah untuk mengetahui bagaimana melakukannya,
terima kasih kepada industri penggodam dan laman web seperti Black Hawk Safety Net
(www.3800hk.com) yang kini telah dihapuskan. – Reuters



                                                                                                    20
18. Kawal ketagihan fantasi siber13/08/2009

BEBERAPA ibu bapa telah menulis kepada saya baru-baru ini menyatakan kebimbangan mereka
mengenai ketagihan remaja sekolah kepada fantasi siber melalui permainan komputer atau computer
games yang terdapat di kafe siber yang mereka kunjungi.

Semakin ramai remaja mengunjungi kafe siber dengan alasan ingin mendapat ketenangan atau
merehatkan minda daripada tekanan alam persekolahan.

Tidak lama dulu terdapat laporan meluas di dalam media mengenai pelajar sekolah rendah dan
menengah yang berpakaian seragam sekolah didapati berada di dalam kafe siber tertentu di sekitar
Kuala Lumpur dan Ipoh ketika dilakukan pemeriksaan oleh Jabatan Pelajaran.

Hakikatnya pada hari ini, semakin ramai anak muda menjadi penagih kepada fantasi siber. Dan ini adalah
masalah yang perlu ditangani oleh sekolah, ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan.

Tidak ada salahnya permainan komputer digunakan untuk merehatkan minda tetapi ia hendaklah
dilakukan dengan kadar yang sederhana. Sebarang bentuk penagihan adalah tidak baik terutamanya
kepada pelajar yang perlu belajar dan menduduki peperiksaan.

Apa yang lebih buruk lagi ialah apabila ketagihan terhadap permainan komputer ini membawa kepada
perjudian yang menjadi punca utama banyak keburukan. Perjudian siber tidak boleh dibenarkan dan
anak-anak muda kita tidak boleh terbabit dengannya.

Saya tidak memusuhi kafe siber tetapi peraturan bersangkutan dengan tempat ia beroperasi dan
penguatkuasaan terhadapnya hendaklah diperketatkan untuk mengelak ia menjadi punca kepada
penyakit sosial.

Bagaimanakah pengusaha kafe siber boleh membenarkan pelajar sekolah memasuki premis mereka
sedangkan notis di depan pintu dengan jelas menyatakan pelajar yang memakai seragam sekolah tidak
dibenarkan masuk.

Kafe siber telah tumbuh bagaikan cendawan di serata pelosok negara dan penguat kuasa tempatan yang
mengeluarkan lesen tidak mampu untuk memantau kesan buruk kepada masyarakat yang diwujudkan
oleh operasi kafe siber ini.

Untuk mengharapkan pengusaha kafe siber beretika dan melakukan pengawalan kendiri untuk menyekat
mereka yang di bawah umur 18 tahun daripada memasuki kafe siber adalah mustahil kerana mereka
mempunyai kepentingan kewangan terhadap perkara tersebut.




                                                                                                   21
Semua penguat kuasa tempatan perlu memastikan pengusaha kafe siber mematuhi syarat-syarat yang
dikenakan terhadap permit lesen seperti mengehadkan operasi kepada waktu yang tertentu dan tidak
membenarkan kanak-kanak di bawah umur memasuki premis mereka.

Walaupun kita mengalu-alukan zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kita juga perlu
melindungi generasi muda daripada pengaruh negatif yang dibawa oleh kemajuan ICT ini.

Walaupun kita perlu menghasilkan pekerja yang mempunyai kepakaran komputer dalam zaman ICT ini,
ia perlu dilakukan tanpa mengorbankan atau mengabaikan keperluan penerapan nilai-nilai moral yang
baik.

Dengan kemajuan maklumat tanpa sempadan, penekanan lebih hendaklah diberikan terhadap
penerapan nilai-nilai moral dalam pendidikan untuk mengelakkan munculnya lebih banyak jenayah siber.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.



    19. Cyber999 bantu jenayah Internet- 08/07/2009
Oleh FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Julai - Mangsa jenayah siber kini mempunyai ruang untuk mendapatkan bantuan dan
khidmat nasihat menerusi perkhidmatan Cyber999.

Penubuhan perkhidmatan tersebut bagi mengendalikan segala permasalahan yang dihadapi oleh
pengguna alam siber dan beroperasi 24 jam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika mengumumkan perkhidmatan itu
berkata, Cyber999 akan berusaha mencari penyelesaian dan membantu mangsa-mangsa jenayah
internet dan ancaman siber secepat mungkin.

"Pelbagai ancaman siber yang diterima oleh orang ramai antaranya pencerobohan kod, penipuan,
penyebaran gambar-gambar peribadi, virus dan banyak lagi.

"Apabila pengguna mengalami masalah tersebut, mereka tidak tahu di mana saluran untuk mengadu,
oleh itu menerusi Cyber999, mereka boleh terus membuat aduan dan pihak Cyber999 akan berusaha
menyelesaikannya secepat mungkin," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis pelancaran Persidangan dan Pameran
Keselamatan Siber Malaysia serta Cyber999 di Kuala Lumpur Konvensyen Centre (KLCC) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Fadillah Yusof.


                                                                                                    22
Maximus berkata, kementerian yakin sedikit sebanyak masalah mangsa jenayah siber dapat diselesaikan
menerusi penubuhan perkhidmatan itu.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya Fadillah menambah, pihaknya percaya perkhidmatan tersebut
akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa jenayah siber.

"Gambar-gambar peribadi seseorang wanita kerap kali disiarkan di internet. Mangsa kadang kala tidak
tahu di mana hendak mengadu dan apa tindakan perlu diambil.

"Menerusi Cyber999, mereka boleh mengadu sendiri dan pihak kami akan terus menyekat atau
menghalang penyebaran gambar-gambar tersebut," ujarnya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, bukan semua masalah jenayah siber mampu diatasi menerusi
Cyber999 seperti kehilangan wang menerusi perkhidmatan online.

Namun katanya, setelah mendapatkan khidmat nasihat wakil-wakil Cyber999, mangsa boleh mendapat
garis panduan dan hala tuju untuk menyelesaikan masalah mereka.

"Apabila mereka menghubungi kita pastinya masalah mereka akan dirujuk kepada pihak polis dan pihak-
pihak tertentu. Tetapi kita akan pastikan masalah mereka itu akan diatasi," katanya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, indeks jenayah siber di negara ini sejak enam bulan lalu
mencatatkan peningkatan dan harus ditangani dengan segera.

"Tahun lalu aduan yang diterima sebanyak 2,123. Tahun ini kita terima 1,247 aduan untuk enam bulan
yang pertama. Ini menunjukkan peningkatan dan angka tersebut pasti meningkat menjelang akhir tahun
ini," jelasnya.

Bagi mendapatkan perkhidmatan Cyber999, orang ramai boleh menghubungi talian 03-89926969 dan
019-2665850, menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ke talian 019-2813801 atau e-mail
mycert@mycert.org.my.



    20. Jaga identiti dalam online- 15/04/2009

DI alam siber, identiti online adalah sesuatu yang amat penting. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik,
kemungkinan besar kita akan menjadi mangsa kecurian identiti.

Sebagai contoh, terdapat kategori malicious software (malware) yang dinamakan banking trojan yang
direka khas untuk mencuri maklumat dari komputer. Jenayah ini telah menyebabkan kerugian besar
kepada ramai pengguna Internet di seluruh dunia.




                                                                                                      23
Dengan modus operandi jenayah siber yang semakin kompleks saban hari, pengurusan identiti di alam
siber tidak lagi boleh dipandang remeh.

Apabila menceritakan tentang pengurusan identiti, kita harus berbangga kerana negara kita mempunyai
sistem pengurusan identiti yang baik iaitu MyKad.

Maklumat seperti cap jari biometrik, tandatangan digital dan lain-lain butiran boleh dimuatkan di dalam
satu kad.

Tidak mustahil juga, pada masa yang akan datang, pengundian dalam pilihan raya boleh dilaksanakan
secara online dengan hanya menggunakan MyKad.


Ini berbeza dengan kebanyakan negara maju yang masih tidak mempunyai satu sistem kad identiti yang
seragam.

Dengan adanya MyKad, sebuah sistem pengurusan identiti online yang berkesan dapat dilaksanakan dan
perniagaan online akan terus berkembang.

Bagaimanapun, penggunaan MyKad semata-mata tidak cukup untuk menjamin keselamatan maklumat
peribadi seseorang individu di alam siber.

Pengguna internet itu sendiri perlu bijak untuk menguruskan maklumat-maklumat peribadi mereka.

Ini penting kerana kebanyakan kes kecurian identiti online bukanlah berpunca daripada kegagalan sistem
untuk berfungsi tetapi selalunya kerana kecuaian atau sifat tamak pengguna itu sendiri.

Oleh itu, adalah dicadangkan supaya pengguna internet tidak meletakkan terlalu banyak maklumat
peribadi di internet kerana ia boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk
mengaut keuntungan mudah.

Pembaca juga dinasihatkan untuk berhati-hati dengan e-mel yang mencurigakan. Jangan mudah
membuka atau percaya kepada janji-janji yang ditawarkan mahupun memanjangkan e-mel berantai
kepada kenalan lain.

Pembaca yang ingin mendapat nasihat dan panduan keselamatan Internet dengan lebih lanjut, boleh
melayari www.esecurity.org.my atau www.cybersecurity.my.

Lt. Kol. (B) Husin Jazri ialah Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia.




                                                                                                          24

More Related Content

What's hot

Konsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnikKonsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnikFirdaus Khalid
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuShahrul Zaini
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalnoorulshuhadah
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiAsmawi Abdullah
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuMahyuddin Khalid
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneenIPDA
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)Yuvarani Subramaniam
 
Definisi keluarga
Definisi keluargaDefinisi keluarga
Definisi keluargaKopi Ais
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahNur Zaki
 
adab memelihara alam tingkatan 5
adab memelihara alam tingkatan 5adab memelihara alam tingkatan 5
adab memelihara alam tingkatan 5preciousafiqah
 
Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanmanisa_aniesz
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebayanazri15
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflikSuff Fyee
 
Teori – teori motivasi
Teori – teori motivasiTeori – teori motivasi
Teori – teori motivasiIda Hasniza
 

What's hot (20)

Apa itu 'budaya'
Apa itu 'budaya'Apa itu 'budaya'
Apa itu 'budaya'
 
Konsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnikKonsep konsep asas hubungan etnik
Konsep konsep asas hubungan etnik
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
 
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem GeomorfologiGeografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
Geografi STPM-Bahagian A-Tema Sistem Geomorfologi
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam MelayuCTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
CTU555 Sejarah Malaysia - Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu
 
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneenSumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel   fakrul & nazneen
Sumbangan malaysia dalam pbb, oic, komanwel fakrul & nazneen
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
Definisi keluarga
Definisi keluargaDefinisi keluarga
Definisi keluarga
 
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan AbbasiyahPerkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Ekonomi Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
adab memelihara alam tingkatan 5
adab memelihara alam tingkatan 5adab memelihara alam tingkatan 5
adab memelihara alam tingkatan 5
 
Punca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaanPunca penyalahgunaan
Punca penyalahgunaan
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Kemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasiKemahiran komunikasi
Kemahiran komunikasi
 
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan SebayaContoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
Contoh Tugasan : Tajuk Rakan Sebaya
 
teori konflik
teori konflikteori konflik
teori konflik
 
Teori – teori motivasi
Teori – teori motivasiTeori – teori motivasi
Teori – teori motivasi
 
Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)Perang dingin (1945 1955)
Perang dingin (1945 1955)
 

Viewers also liked

7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...Nurul Atikah
 
Jenayah siber
Jenayah siberJenayah siber
Jenayah siberYfook Ng
 
Peraturan am mengisi dokumen perjanjian
Peraturan am mengisi dokumen perjanjianPeraturan am mengisi dokumen perjanjian
Peraturan am mengisi dokumen perjanjiansakura rena
 
Etika komputer dan isu undang undang
Etika komputer dan isu undang undangEtika komputer dan isu undang undang
Etika komputer dan isu undang undangamaniasraf
 
Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putihCg Zue
 
Awas Jenayah Siber
Awas Jenayah SiberAwas Jenayah Siber
Awas Jenayah Siberhafizsafiai
 
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...MdReyzul Mustafa
 
Lampiran 7 sam pai 14 ok
Lampiran 7 sam pai 14 okLampiran 7 sam pai 14 ok
Lampiran 7 sam pai 14 okBoby Muslimin
 
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)PANTHERSpeFITNESS
 
Form pembatalan
Form pembatalanForm pembatalan
Form pembatalanrangga20
 
memohon Stiker kenderaan di kuis
memohon Stiker kenderaan di kuismemohon Stiker kenderaan di kuis
memohon Stiker kenderaan di kuisnaj uddin
 
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)Rizalshah Zulkifli
 

Viewers also liked (20)

7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
7.9 ANCAMAN JENAYAH SIBER DLM KEPESATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT{PENGAJIAN AM STPM ...
 
Jenayah siber
Jenayah siberJenayah siber
Jenayah siber
 
Jenayah komputer
Jenayah komputerJenayah komputer
Jenayah komputer
 
Peraturan am mengisi dokumen perjanjian
Peraturan am mengisi dokumen perjanjianPeraturan am mengisi dokumen perjanjian
Peraturan am mengisi dokumen perjanjian
 
Surat kebenaran bawa kenderaan
Surat kebenaran bawa kenderaanSurat kebenaran bawa kenderaan
Surat kebenaran bawa kenderaan
 
jenayah siber
jenayah siberjenayah siber
jenayah siber
 
Etika komputer dan isu undang undang
Etika komputer dan isu undang undangEtika komputer dan isu undang undang
Etika komputer dan isu undang undang
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 
Jenayah kolar putih
Jenayah kolar putihJenayah kolar putih
Jenayah kolar putih
 
Awas Jenayah Siber
Awas Jenayah SiberAwas Jenayah Siber
Awas Jenayah Siber
 
1
11
1
 
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO   POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
PERANAN AMERIKA SYARIKAT DALAM MENGUASAI SENARIO POLITIK DUNIA MENURUT PERS...
 
Lampiran 7 sam pai 14 ok
Lampiran 7 sam pai 14 okLampiran 7 sam pai 14 ok
Lampiran 7 sam pai 14 ok
 
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
Cabaran dan isu semasa dunia(gci1022)
 
Isu keganasan antarabangsa
Isu keganasan antarabangsaIsu keganasan antarabangsa
Isu keganasan antarabangsa
 
Media Antarabangsa
Media AntarabangsaMedia Antarabangsa
Media Antarabangsa
 
Form pembatalan
Form pembatalanForm pembatalan
Form pembatalan
 
memohon Stiker kenderaan di kuis
memohon Stiker kenderaan di kuismemohon Stiker kenderaan di kuis
memohon Stiker kenderaan di kuis
 
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
 
Contoh Surat sokongan
Contoh Surat sokonganContoh Surat sokongan
Contoh Surat sokongan
 

Similar to Isu semasa

Jawapan Karangan Peniupuan Internet.docx
Jawapan Karangan Peniupuan Internet.docxJawapan Karangan Peniupuan Internet.docx
Jawapan Karangan Peniupuan Internet.docxCzeungWong
 
Cyber Law from Malaysia Perspective
Cyber Law from Malaysia PerspectiveCyber Law from Malaysia Perspective
Cyber Law from Malaysia PerspectiveRurouni Khairul
 
Modul bahasa melayu 30 julai 2021
Modul bahasa melayu 30 julai 2021Modul bahasa melayu 30 julai 2021
Modul bahasa melayu 30 julai 2021Nanthini Ananthan
 
3_1Citizen_PUO_E peraturan
3_1Citizen_PUO_E peraturan3_1Citizen_PUO_E peraturan
3_1Citizen_PUO_E peraturanAzrul Junaidi
 
13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tm
13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tm13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tm
13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tmMyra Gurlz
 

Similar to Isu semasa (7)

Jawapan Karangan Peniupuan Internet.docx
Jawapan Karangan Peniupuan Internet.docxJawapan Karangan Peniupuan Internet.docx
Jawapan Karangan Peniupuan Internet.docx
 
Cyber Law
Cyber LawCyber Law
Cyber Law
 
Cyber Law from Malaysia Perspective
Cyber Law from Malaysia PerspectiveCyber Law from Malaysia Perspective
Cyber Law from Malaysia Perspective
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Modul bahasa melayu 30 julai 2021
Modul bahasa melayu 30 julai 2021Modul bahasa melayu 30 julai 2021
Modul bahasa melayu 30 julai 2021
 
3_1Citizen_PUO_E peraturan
3_1Citizen_PUO_E peraturan3_1Citizen_PUO_E peraturan
3_1Citizen_PUO_E peraturan
 
13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tm
13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tm13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tm
13408124 penyalahgunaan-internet-di-kalangan-mahasiswa-kajian-kes-di-ui tm
 

Isu semasa

  • 1. ISU SEMASA : JENAYAH SIBER 1. Penggodam siber Malaysia ditahan - 20/11/2010 NEW YORK 19 Nov. - Seorang penjenayah siber dari Malaysia dikatakan berjaya menggodam rangkaian komputer Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan mencuri hampir setengah juta nombor kad kredit dan debit, kata pejabat pendakwaraya di sini. Lin Mun Poo, seorang rakyat Malaysia, ditahan pada 21 Oktober lalu sebaik sahaja tiba di AS dan didakwa semalam, kata pejabat peguam AS di Brooklyn. Dia didakwa menggodam rangkaian komputer sebuah cawangan Rizab Persekutuan di Cleveland, Ohio; bank pusat AS, dan dalam secara berasingan turut mencuri hampir 400,000 nombor kad dan menceroboh beberapa sistem pertahanannya yang lain. Mun Poo, yang kini ditahan dalam tahanan praperbicaraan dikatakan terlibat dengan penjualan maklumat dengan menggodam pelayan komputer milik institusi kewangan, kontraktor pertahanan dan syarikat besar, kata pejabat peguam AS. Perkhidmatan Perisikan AS menangkap lelaki berusia 32 tahun itu beberapa jam selepas dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di sini. "Ejen Perkhidmatan Perisikan merampas komputer riba milik lelaki itu yang mengandungi data akaun kewangan dalam kuantiti yang besar, dan maklumat pengenalan persendirian yang diperolehinya dengan menggodam," kata pejabat pendakwaan. Ketua Perkhidmatan Perisikan yang berpejabat di sini, Brian Parr berkata, jenayah siber bukan saja memberi kesan kepada infrastruktur kewangan negara, malah juga mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara. Selain daripada aktiviti pencerobohan yang dilakukan oleh Mun Poo, Perkhidmatan Perisikan juga mendakwa dia berjaya menggodam masuk sistem kontraktor Pentagon yang mungkin menyebabkan maklumat logistik ketenteraan sensitif terdedah. Awal minggu ini, Setiausaha Pertahanan AS, Robert Gates memberi amaran bahawa serangan siber mendatangkan ancaman 'besar'. – AFP 1
  • 2. 2. Awas keganasan siber- 30/12/2009 Oleh DIYANA ROSE KAMALLUDEEN USAHA menghentikan keganasan terhadap wanita (violence against women, VAW) bukan lagi sekadar perjuangan sebelah pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita atau agensi-agensi kerajaan berkaitan. Ini kerana kebangkitan dan kesedaran di kalangan masyarakat sudah mula menunjukkan kesannya dengan penggubalan dasar dan undang-undang pemangsa mencari pengguna Internet yang tidak bagi melindungi hak kaum Hawa di negara ini. faham bahasa laman sembang dan sering menunjukkan kelemahan emosi. Pun begitu kemunculan era teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang pada mulanya dianggap 'penyelamat' kepada wanita yang terpinggir hari ini menjadi 'musuh dalam selimut' apabila bekas-bekas suami atau teman lelaki mudah mengesan mangsa melalui kemudahan tersebut. Keganasan Siber Dipanggil keganasan Internet atau siber, ia merupakan satu lagi bentuk keganasan terhadap wanita yang perlu ditangani segera memandangkan lebih ramai menggunakan teknologi untuk berhubung dan mempermudahkan urusan harian. Baru-baru ini, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan The Body Shop mengadakan kolaborasi untuk menghentikan keganasan terhadap wanita termasuk melalui Internet. Beberapa contoh keganasan adalah penderaan wanita mengandung, perkahwinan kanak-kanak, kahwin paksa, keganasan domestik, suami rogol isteri, sumbang mahram, pelacuran kanak-kanak, pornografi, gangguan seksual (sama ada dalam atau luar talian) dan pemburu siber (cyber stalking). Risalah merah jambu We Can End Violence Against Women (Kita boleh hentikan keganasan terhadap wanita) itu dicetak sempena Hari Antarabangsa Menentang Keganasan Terhadap Wanita dengan signifikan Malaysia menyertai kempen 16 hari Aktivisme ( 16 Days of Activism) melibatkan 130 negara di seluruh dunia. "Tahun ini, kempen VAW memberi tumpuan terhadap aspek ICT yang semakin meluas di setiap lapisan masyarakat sehingga hampir mustahil untuk mengawalnya. 2
  • 3. "Malang sekali, kanak-kanak perempuan, remaja dan wanita merupakan majoriti mangsa pesalah laku ICT atau Internet yang menggunakan kemudahan itu untuk menindas mereka," kata Pengarah Eksekutif WAO, Ivy Josiah. Majoriti mangsa Menurutnya, sebanyak 83 peratus mangsa jenayah siber terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang kurang mahir menggunakan Internet. Ini kerana pemangsa mencari pengguna Internet yang tidak faham bahasa laman sembang dan sering menunjukkan kelemahan emosi menerusi saluran terbuka yang mudah dikesan pemangsa. "Pesalah laku akan menghantar pesanan peribadi untuk 'menenangkan hati' anda. Ini sebenarnya cara- cara mereka menyerang mangsa pada saat mereka paling lemah," tegas Ivy. Selain laman sembang yang tentunya menghimpunkan pelbagai jenis manusia yang mustahil diketahui keaslian latar belakang dan identiti mereka, terdapat banyak lagi contoh penyalahgunaan ICT mensasarkan golongan wanita sebagai mangsa. Berlaku banyak kes dipaparkan di akhbar dan televisyen mengenai wanita-wanita yang terperangkap oleh suami atau teman lelaki akibat diri mereka dirakam dalam pelbagai keadaan memalukan. Antaranya; lTelefon bimbit dan kamera digital digunakan untuk merakam aksi seks atau berbogel, kadang kala dengan izin atau sebaliknya. Semua imej ini mudah dijadikan alat untuk mengugut, memalukan dan mengawal wanita tersebut. lGangguan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pula merupakan sesuatu yang lazim dialami dengan pesanan-pesanan atau panggilan lucah daripada lelaki dikenali atau tidak. lFriend Finder disediakan untuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi seseorang individu. Ini boleh disalahguna menjadi alat kawalan jika anda sedang dikesan atau diperhatikan gerak-geri oleh suami atau teman lelaki yang suka mendera. lPenyeludupan Internet juga berlaku apabila si penyeludup 'merekrut' mangsa melalui Internet dengan iklan-iklan peluang pekerjaan. Wanita hanya sedar menjadi mangsa penipuan apabila dipaksa melakukan kerja lain atau dijual ke negara asing. Elak jadi mangsa Untuk mengelak daripada menjadi mangsa gangguan siber, pastikan anda faham apa itu gangguan dalam talian iaitu apabila seseorang sengaja menghantar e-mel berkali-kali, mesej pantas (IM), laman sembang walaupun selepas anda menyuruhnya berhenti. 3
  • 4. Pemburu siber pula hampir sama dengan gangguan dalam talian tetapi ia dikategorikan menerusi usaha si pemburu mendapatkan mangsanya dan turut menggunakan serangan di luar talian. Ini perlu diberi perhatian lebih serius kerana boleh membawa kepada serangan fizikal berbahaya lebih- lebih lagi jika si pemburu mengetahui maklumat lokasi mangsanya itu. Secara amnya, adalah kurang bijak untuk terus berdepan dengan orang yang mengganggu anda. Bagaimanapun, sebaik yakin anda sedang diganggu anda mesti jelaskan padanya agar berhenti. Anda tidak perlu menjelaskan kenapa, hanya katakan anda tidak mahu lelaki itu menghubungi anda langsung. Apa kata anda membuat salinan e-mel gangguan tersebut dan simpan sebagai rekod atau hantar ke abuse@yahoo.com atau abuse@hotmail.com agar e-mel penghantar itu akan ditutup atau disenarai hitamkan. Untuk pengguna Facebook pula, dicadangkan agar anda menghalang akses individu tidak dikehendaki menggunakan butang pada laman profil peribadi atau rangkaian aduan pada peti mel anda. Akhir sekali, simpan segala-galanya. Salah satu reaksi mangsa gangguan siber adalah untuk memadamkan segala bukti komunikasi mangsa dengan suspek. Ini adalah tindakan salah. Sebaliknya, simpan semua maklumat yang ada termasuk e-mel dan log sembang. Jika suspek mencipta laman web negatif mengenai anda, simpan salinan pada sistem tempatan anda dengan baik agar dapat digunakan dalam perbicaraan mahkamah, jika perlu kelak. "Malangnya ada wanita membiarkan diri mereka menjadi mangsa dengan membuka ruang kepada lelaki rambang untuk menghubungi mereka secara terbuka. "Jadilah bijak, gunakan ICT dengan selamat agar wanita tidak terus-menerus menjadi mangsa keganasan," tambah Ivy lagi. 3. Siasatan jenayah siber dibuka- 554 kertas 23/11/2010 KUANTAN 22 Nov. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka sebanyak 554 kertas siasatan yang disyaki melakukan jenayah siber dalam tempoh Januari hingga September tahun ini. 4
  • 5. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, daripada jumlah itu sebanyak 24 peratus atau 113 kes adalah melibatkan penghantaran e-mel dan kandungan laman sesawang. "Sejak tempoh sembilan bulan itu sebanyak 588 laman sesawang didapati melanggar undang-undang dan disekat berbanding tahun lalu hanya melibatkan 318 laman sesawang," katanya menjawab soalan Norul Azali Sulaiman (BN-Guai) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Negeri di sini hari ini. Sementara itu, menurut Mohd. Shakar, kerajaan sentiasa memantau penyalahgunaan media baru termasuk kes seorang remaja Cina yang seolah-olah tidak menghargai kemaafan yang diberikan kerajaan. "Remaja berkenaan sebaliknya terus menyalahgunakan media baru dan cuba berselindung melalui kebebasan bersuara. "Bagaimanapun, kes terbabit masih dalam siasatan dan pihak terbabit akan didakwa jika didapati bersalah," jelasnya. Tambahnya, pendirian dan jaminan kerajaan bahawa tiada penapisan internet oleh Koridor Raya Multimedia (MSC) dan peruntukan Seksyen 3 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tidak bermaksud kebebasan mutlak diberi kepada pengguna untuk menyalahgunakan kemudahan yang disediakan kerajaan. "Menyedari peruntukan tersebut, boleh ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan Internet, pihak SKMM sentiasa meningkatkan usaha untuk mencari jalan yang sesuai untuk mengurangkan aktiviti jenayah siber atau penyalahgunaannya," katanya. Menjawab soalan Datuk Pang Tsu Meng (BN-Semambu), mengenai berapa kes yang dikenalpasti SKMM dan tindakan kerajaan bagi mengelakkan terus berlaku masalah fitnah yang sama, Mohd Sharkar menambah, tindakan undang-undang di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diambil terhadap individu terbabit. "Jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. 5
  • 6. 4. Bincang isu jenayah siber - 20/09/2010 Pertandingan Mencipta Perisian Penyelidikan Jenayah Siber Kaspersky Lab akan membuka ruang kepada mahasiswa di negara ini bersaing dengan penuntut universiti di rantau Asia. MAHASISWA di negara ini diseru mengambil bahagian dalam Pertandingan Mencipta Perisian Penyelidikan Jenayah Siber Kaspersky Lab bagi merebut Piala Malaysia dan Piala Asia yang merupakan acara tahunan anjuran peneraju perisian pengurusan keselamatan di peringkat antarabangsa itu. Generasi Masa Depan Keselamatan Teknologi Maklumat (IT) dan Piala Asia Persidangan Pelajar Kaspersky Lab, diadakan untuk mengumpul pelajar, ahli sains, pengamal perundangan, ahli ekonomi serta penyelidik dalam persekitaran unik bagi bekerjasama membentang dan membincangkan isu berkaitan jenayah siber. Fasa pertama sidang Generasi Masa Depan Keselamatan IT Kaspersky Lab akan dimulakan dengan pertandingan Piala Malaysia dan tiga kertas kerja terbaik akan dipilih sebagai pemenang. Tiga pemenang itu kemudian akan mengambil bahagian untuk fasa berikutnya iaitu Piala Asia. Melalui fasa tersebut pelajar terbabit akan bersaing dengan universiti dan institusi pengajian tinggi dari seluruh rantau Asia Pasifik. Saingan ini akan dilangsungkan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Februari 2011. Pengarah Jualan Saluran Kaspersky Lab SEA, Jimmy Fong berkata, pihaknya berbangga Malaysia dan UiTM dipilih menjadi tuan rumah Piala Asia. "Ini dilihat sebagai pengiktirafan dan bukti bahawa Malaysia adalah hab pengetahuan dan teknologi di rantau Asia Pasifik. 6
  • 7. 5. Rangkaian perisian antivirus- 10/12/2009 Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Mustahil terdapat pengguna Internet yang tidak mempunyai perisian antivirus sebagai perlindungan. Bagi pengguna, mereka semestinya mahukan perisian yang terbaik, terkini dan canggih bagi menjamin keselamatan komputer ketika di alam siber. Terkini Kapersky Lab, peneraju dalam pembangunan sistem pengurusan keselamatan kandungan komputer memperkenalkan rangkaian sistem penyelesaian keselamatan terkini iaitu Kaspersky Internet Security 2010, Kaspersky AntiVirus 2010 dan Kaspersky Mobile Security 8.0. Rangkaian berkenaan adalah lanjutan kejayaan produk 2009 yang mendapat pengiktirafan berjuta pengguna di seluruh dunia. Pengarah Saluran Kaspersky Lab Asia Tenggara, Gan Suk Ling berkata, rangkaian Kaspersky 2010 menggabungkan pelbagai kelebihan canggih seperti teknologi Sistem Kawalan Pencerobohan (HIPS) yang menilai keselamatan perisian yang tidak diketahui. Teknologi maya Sandbox yang unik memberikan persekitaran keselamatan sepenuhnya untuk semua perisian. "Rangkaian baru ini menumpang kejayaan sistem inovatif Kapersky Security Network, di mana maklumat daripada berjuta-juta pengguna digunakan untuk mengurangkan tindakbalas kepada ancaman baru dan mengisi pangkalan data dengan maklumat terkini bagi membezakan fail bersih dan tercemar," katanya semasa majlis pra pelancaran rangkaian produk 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Rangkaian produk baru ini membolehkan Kapersky Lab meningkatkan enjin anti virus bagi mengesan program perosak dengan lebih berkesan. Ini penting memandangkan beribu-ribu program perosak yang baru muncul setiap hari di seluruh dunia. 7
  • 8. Persekitaran perisian keselamatan siber jelas Suk Ling, sentiasa berubah memandangkan penjenayah siber semakin berani dan menjadikan jenayah siber suatu industri bernilai jutaan dolar. Setiap hari beribu-ribu virus makro, Trojan dan virus telah direka dan diedarkan dalam berbilang rangkaian oleh komputer yang tidak mempunyai perlindungan. "Kaspersky Lab telah melaksanakan pendekatan menyeluruh untuk memantau dan mengenalpasti aktiviti jenayah seluruh dunia. "Ini dilakukan dengan sistem Rangkaian Keselamatan Kaspersky (KSN) yang memperoleh sumber maklumat mengenai perisian terkini dari berjuta-juta pengguna peribadi yang menyertai Kaspersky Lab," katanya. Menggunakan konsep keselamatan in-the-cloud yang semakin popular, rangkaian versi 2010 menggunakan perisian perosak yang dilengkapi dengan KSN dan pangkalan virus untuk mengenalpasti ancaman dalam talian dengan lebih pantas. Kaspersky Internet Security 2010 memerlukan kurang daripada 40 saat untuk mengenalpasti program perosak yang dahulunya tidak diketahui dan menghalangnya. Fungsi baru safe run produk Kaspersky 2010 berasaskan teknologi terkini Sandbox, pengguna dapat menjalankan aplikasi baru dalam persekitaran asing tanpa mendedahkan sistem operasi mereka kepada perubahan. Menurut Suk Ling, Kaspersky 2010 lebih berupaya melindungi data sulit dan menghalang laluan pengguna secara automatik jika memasuki laman jenayah komputer secara tidak sengaja. Kasperseky 2010 lebih pantas, efisien, mesra pengguna dan memberikan tahap perlindungan tertinggi terhadap aktiviti jenayah siber tanpa mengganggu prestasi komputer. Produk ini boleh didapati di pengedar terpilih atau membeli dalam talian di www.antivirus365.net 6. Pengirim spam botnet didakwa - 06/12/2010 MILWAUKEE, Wisconsin 5 Dis. - Seorang lelaki warga Rusia mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengendalikan rangkaian perniagaan penghangtaran e-mel spam yang dipercayai menghantar satu pertiga spam di seluruh dunia dan diperintah ditahan tanpa ikat jamin, kelmarin. Oleg Nikolaenko, 23, yang hadir di mahkamah memakai baju banduan berwarna oren dengan ditemani seorang peguam dan jurubahasa, meminta majistret mempertimbangkan untuk membenarkan dia menjalani tahanan di rumah pada perbicaraan yang masih belum selesai di sini. 8
  • 9. "Dia merupakan rakyat dan penduduk Rusia dan kerajaan percaya jika Nikolaenko dibebaskan, dia akan mencari jalan untuk pulang ke sana dan kerajaan tidak akan dapat mendakwanya," kata pendakwa raya yang mempertikaikan permintaan itu, Erica O'Neil. Nikolaenko yang berasal dari Moscow, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak mempunyai niat untuk melarikan diri, kata peguamnya, Christopher Van Wagner. Isterinya sedang mendapatkan visa Amerika Syarikat (AS) untuk melawatnya. Majistret Patricia Gorence memerintahkan Nikolaenko ditahan tanpa ikat jamin, tetapi berkata, beliau akan mempertimbangkan rayuan pembebasannya pada perbicaraan yang dijadualkan berlangsung pada 21 Disember ini. Nikolaenko ditahan di Las Vegas pada awal bulan lalu ketika menghadiri sebuah pameran kereta dan membawa wang tunai sebanyak AS$4,000 (RM12,564), kata pendakwaraya. Dia didakwa di bawah Akta CAN-SPAM 2003 kerana mengendalikan rangkaian antarabangsa yang menyebabkan lebih 500,000 komputer peribadi dijangkiti virus, dipanggil botnet yang menghantar berbilion-bilion e-mel. Skim itu membolehkan Nikolaenko memperolehi keuntungan besar daripada penjualan jam tangan Rolex palsu dan 'ubat kuat lelaki' sebelum ia ditutup, menurut dokumen-dokumen mahkamah yang difailkan oleh seorang penyiasat jenayah siber Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Ketika botnet menjalankan operasinya pada kapasiti yang penuh, ia secara kasarnya dipercayai menyumbang kepada satu pertiga penghantaran spam di seluruh dunia. - REUTERS 7. Siasatan, operasi, jenayah siber JSJK diperkasa- 15/11/2010 ALOR SETAR 15 Nov. - Tiga bidang utama — siasatan, operasi dan jenayah siber — akan diberi tumpuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dalam usaha memperkasa dan meningkatkan perkhidmatan jabatan itu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman yang baru Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, mutu siasatan perlu ditingkat dan proses siasatan juga perlu dicepatkan supaya keputusan dapat dibuat dengan segera terutama daripada pihak Jabatan Peguam Negara. "Kita akan kaji semula proses siasatan dan jika ada yang perlu ditambah nilai, kita akan buat perubahan di situ,” katanya kepada pemberita selepas majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini. 9
  • 10. Pada majlis itu Syed Ismail menyerahkan tugas kepada pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Asri Yusof. Majlis itu disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Khalid Abu Bakar. Beliau berkata, bidang kedua yang akan diperkasakan ialah bahagian operasi dan risikan memandangkan sekarang ini banyak kegiatan bersindiket dilaporkan. "Jadi kita perlu perkemaskan bahagian risikan dan operasi supaya kita boleh mengambil tindakan yang berkesan ke atas mereka yang terlibat,” katanya. – Bernama 8. Banteras pornografi laman web- 11/10/2010 Oleh LEE FOOK ON Pengaruh pornografi di Internet harus dipandang serius oleh semua pihak di negara ini. Hal ini pernah dibangkitkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim di persada antarabangsa baru-baru ini. Sejak perkhidmatan Internet diperkenalkan di negara ini pada 1987 dan peningkatan pengedaran dan penjualan VCD serta DVD lucah yang berleluasa, didapati kes-kes jenayah seksual turut meningkat. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya kepada Dewan Rakyat, berkata, bilangan jenayah seksual termasuk liwat dan sumbang mahram meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh lima tahun sejak 2005. Tahun lalu sahaja, terdapat 4,238 kes jenayah seksual berbanding 3,986 kes (2008), 3,689 kes (2007), 2,943 kes (2006) dan 2,427 kes (2005). Daripada perangkaan ini, kes-kes rogol menduduki tempat teratas. Pada tahun lalu, sejumlah 3,626 kes rogol telah dilaporkan oleh mangsa kepada pihak polis berbanding 3,409 kes (2008), 3,098 kes (2007), 2,431 kes (2006) dan 1,931 kes (2005). Bagi kes-kes sumbang mahram pula, jumlah kes pada tahun lalu meningkat kepada 385 kes daripada 334 kes pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2007, kes yang dicatatkan ialah 360 kes, 332 kes (2006) dan 294 kes (2005). Perangkaan-perangkaan ini cukup membimbangkan. Apatah lagi, banyak kes yang tidak dilaporkan. Ini kerana lebih 80 peratus daripada pesalah seksual mempunyai hubungan ataupun mengenali mangsa seperti ahli keluarga, saudara mara dan jiran mereka. Trend sebegini jelas menunjukkan keruntuhan moral semakin gawat di kalangan anggota masyarakat di negara ini. Bukan itu sahaja, sekiranya gejala negatif ini tidak dikekang segera, maka ia akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mencapai taraf negara maju pada 2020. Ini kerana sesetengah kakitangan pejabat terutamanya di sektor swasta menggunakan masa pejabat untuk melayari laman-laman sesawang pornografi. 10
  • 11. Mereka bukan sahaja menyalahguna kemudahan pejabat dan meningkatkan kos operasi syarikat tempat mereka bekerja, malah daya produktiviti mereka turut terjejas. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tugas dan pemikiran mereka menjadi celaru kerana imej-imej lucah sentiasa terpampang di dalam minda mereka. Mereka ketagih menonton gambar-gambar lucah. Gejala yang tidak sihat ini juga merupakan antara punca berlakunya gangguan seksual di tempat kerja. Antara negara yang telah melaksanakan dasar menapis dan menyekat bahan-bahan pornografi di Internet ialah China, negara-negara Kesatuan Eropah (yang melakukan penapisan ke atas pornografi kanak-kanak), Arab Saudi, Korea Selatan, Australia, Kanada dan India. Bagaimanapun, untuk menyekat dan mengekang pornografi siber bukanlah mudah seperti yang difikirkan. Ini disebabkan aktiviti-aktiviti 'penjualan tubuh' merupakan aktiviti-aktiviti komersial utama di Internet dan paling banyak di laman sesawang tertentu. Adalah dianggarkan terdapat lebih daripada 1.5 juta laman sesawang pornografi di Internet dan 74 peratus daripada laman sesawang pornografi itu memaparkan diri sebagai laman selamat serta mudah dilayari. Justeru itu, tindakan Malaysia membangkitkan isu keselamatan Internet termasuk keperluan membendung pornografi kanak-kanak, serta kesan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap nilai budaya di persidangan Plenipotensiari Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) ke-18 di Guadalajara, Mexico pada 8 Oktober lalu, disambut baik oleh pelbagai pihak terutama pemimpin dan badan telekomunikasi dunia. Menurut Rais, beliau akan mengusulkannya dengan mengutus surat kepada Setiausaha Agung ITU, Dr. Hamadoun Toure untuk memastikan cadangan yang dikemukakan Malaysia diambil tindakan sewajarnya. Selain itu, disyorkan supaya semua kerajaan di dunia mengkehendaki dan mensyaratkan semua laman sesawang pornografi wajib dibayar. Mereka boleh mengusul dan membahaskan syor ini di Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO). Penetapan sebegini dapat mengurangkan dengan banyak jumlah penonton laman itu. Selain itu, ditetapkan juga agar laman-laman sesawang pornografi menggunakan kata tambahan seperti .sex atau .xxx dan bukan .com. Cadangan ini harus dipertimbangkan. Syarat ini akan memudahkan pihak berkuasa untuk menapis bahan-bahan pornografi. Selain itu, pendidikan seks yang holistik dan dilaksanakan secara berperingkat amat diperlukan di sekolah. Menurut kajian yang dilakukan oleh Durex, hanya 36 peratus masyarakat negara ini menerima pendidikan seks di sekolah. Majoritinya memperoleh pengetahuan seks daripada Internet iaitu sebanyak 75 peratus dan majalah (76 peratus). Justeru, kerajaan tempatan melalui majlis-majlis daerah atau perbandaran harus mengenakan syarat- syarat yang lebih ketat terhadap kedai perkhidmatan Internet dan kafe siber. 11
  • 12. Antara syaratnya ialah bilik Internet haruslah diterangi dan cermin dinding tidak boleh gelap. Skrin monitor komputer harus dihala ke arah yang dapat dipandang orang. Ini akan menyebabkan pengguna menjadi segan, malu dan takut untuk melayari laman-laman sesawang pornografi. Pihak berkuasa pula hendaklah selalu melakukan pemeriksaan ke atas premis-premis yang menawarkan perkhidmatan Internet. Masyarakat terutamanya golongan ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dalam mengekang dan melindungi anak-anak mereka daripada terdedah kepada laman-laman sesawang pornografi. Oleh kerana kanak-kanak dan remaja memerlukan bimbingan dan kawalan dalam penggunaan perkhidmatan Internet, maka ibu bapa atau penjaga harus lebih prihatin dan mengambil tahu tentang cara penggunaan perkhidmatan Internet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa boleh mengawal selia penggunaan perkhidmatan Internet dengan menggunakan perisian penapisan kandungan yang dapat dimuat turun secara percuma dari Internet. Mereka juga dapat membelinya di kedai-kedai komputer. Antara perisian penapisan Internet yang terdapat di pasaran ialah Net Nanny Parental Controls, Safe Eyes, CYBERsitter, Puree Sight PC, Cyber Patrol, Mc Afee Parental Controls, Filter Park, Im View dan Parental Controls. Selain itu, hubungan keluarga yang baik dan harmoni juga dapat menjauhkan ahli-ahli keluarga daripada melakukan sesuatu yang mengaibkan nama baik keluarga mereka. Begitu juga, pembangunan kerohanian, pegangan agama yang kuat dan takut kepada Tuhan dapat menjauhkan seseorang daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak agama mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah menitikberatkan aspek pembangunan kerohanian anak masing-masing. Pengaruh daripada laman-laman sesawang pornografi harus ditangani segera oleh semua pihak. Ia amat perlu dalam usaha kita mewujudkan satu masyarakat terutama generasi muda Malaysia yang mempunyai jati diri dan keperibadian yang baik. Penulis ialah seorang Pengkaji dan Penganalisis Politik, Ekonomi, Sosial dan Budaya Masyarakat. 9. Dunia diancam jenayah siber - Tun Haniff - 23/07/2010 KUALA LUMPUR 22 Julai - Agensi penguat kuasa undang-undang di seluruh dunia kini sedar bahawa mereka bakal berdepan ancaman baru pada masa depan iaitu jenayah siber dan perlu bersedia untuk menghadapinya. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar berkata, beberapa negara terutamanya Amerika Syarikat sedar akan ancaman tersebut apabila penjenayah kini dilihat semakin licik termasuk menggunakan saluran siber untuk menjalankan kegiatan mereka. 12
  • 13. "Penjenayah ini bijak mengeksploitasi segala kelemahan yang timbul dalam aspek perundangan tidak kira di mana-mana negara dan sekali gus ia menjadi kelebihan untuk mereka," katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan Bahagian Asia Pasifik (FBINAA-APCC) Ke-13 di sini hari ini. Persidangan yang berlangsung selama empat hari itu disertai 25 perwakilan delegasi negara dari rantau Asia Pasifik termasuk Australia, Vietnam, Korea Selatan, Thailand dan Filipina. Antara perkara yang dibincang dan dikongsi bersama perwakilan adalah berhubung aktiviti jenayah- jenayah merentasi sempadan seperti pengubahan wang haram, pengganas, penyeludupan dadah dan manusia serta maritim. Kuala Lumpur ialah tuan rumah untuk edisi kali ini manakala Manila, Filipina dipilih menjadi lokasi persidangan untuk tahun depan. Dalam pada itu, Pengerusi Persidangan tersebut, Datuk Shahbudin Abdul Wahab memberitahu, para perwakilan delegasi bersetuju bahawa kemunculan jenayah siber dan setiap agensi penguat kuasa seluruh dunia perlu mengorak langkah sewajarnya untuk menanganinya. Beliau menjangkakan semua negara akan dibelenggu jenayah siber pada masa akan datang, justeru, langkah seperti meminda undang-undang dan pegawai agensi penguat kuasa juga perlu dilengkapi dengan ilmu pengetahuan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). "Bidang ICT seperti sedia maklum bergerak dengan pantas dan kita selaku agensi penguat kuasa juga perlu mengikut seiring dengan perkembangannya. "Jenayah siber juga telah mengubah landskap jenayah dan keganasan kerana kedua-duanya ada hubung kait. Apabila kita menyentuh tentang kegiatan keganasan, biasanya ia juga melibatkan kegiatan pengubahan wang haram kerana aktiviti sedemikian yang menjana sumber kewangan untuk kegiatan mereka," kata Shahbudin. Di samping itu, beliau menegaskan, kerjasama antarabangsa sejagat serta perkongsian risikan di antara kerajaan juga penting dalam usaha memerangi jenayah canggih itu. 10. Awas laman web e-perbankan palsu- 23/12/2009 KUALA LUMPUR 22 Dis. - Orang ramai diminta berhati-hati dengan kegiatan phishing atau penipuan siber melalui laman web palsu dengan menyamar sebagai entiti yang boleh dipercayai seperti laman web perbankan. Peringatan tersebut diberikan oleh CyberSecurity Malaysia hari ini berikutan pendedahan bahawa aktiviti cubaan phishing semakin meningkat di negara ini. 13
  • 14. Kegiatan phishing merupakan proses jenayah penipuan dalam cubaan memperoleh maklumat peribadi seperti nama pengguna, nombor akaun, nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), kata laluan serta butiran kad kredit dengan menyamar entiti boleh dipercayai menerusi komunikasi elektronik. "Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima banyak aduan dari pengguna internet di negara ini berhubung laman web phishing yang dihoskan di luar negara yang nampak sama seperti laman web e-perbankan bank tempatan utama," kata Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt.Kol. Husin Jazri. Dalam kenyataan hari ini, katanya, 'serangan phishing' juga mengamalkan kaedah sosial seperti menghantar e-mel spam, yang tidak diundang, nampak seperti dihantar oleh bank terkemuka tempatan. E-mel yang tidak sahih itu menggunakan perkataan menyakinkan untuk menipu orang dengan klik kepada link atau sambungan yang membuka laman web palsu atau laman web e-perbankan palsu, katanya. "Oleh kerana laman web palsu nampak sama seperti laman web sahih, pelanggan tertipu untuk memasukkan maklumat peribadi mereka seperti nama pengguna dan kata laluan dalam laman web e- perbankan palsu," katanya. "Bank tidak akan meminta pelanggan untuk mengemaskini akaun, mengubah semula kata laluan, membuka kunci akaun atau sebarang maklumat berkaitan perbankan melalui e-mel dan alamat URL," katanya. Oleh itu, Pusat Bantuan Cyber999 menasihatkan orang awam supaya mengendahkan jika menerima e- mel yang nampak serupa dari bank atau mana-mana institusi kewangan. Pusat itu meminta pelanggan supaya memeriksa kesahihan e-mel yang diterima dengan pihak bank atau menghubungi pusat berkenaan. - BERNAMA 11. Hati-hati dengan sindiket penipuan internet 03/10/2009 1:54pm SHAH ALAM 3 Okt. — Orang ramai yang menggunakan internet untuk berkenalan dinasihatkan berhati- hati dengan sindiket yang cuba memperdaya dengan mengarahkan mereka mendepositkan wang bagi menuntut hadiah, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar. Beliau berkata, terdapat berbelas kes melibatkan mereka yang berkenalan menerusi ruangan sembang di internet diperdaya oleh kenalan siber mereka kononnya ada ole-ole dikirimkan melalui pos tetapi tidak dapat disampaikan kepada mereka kerana kiriman itu terkandas di pihak kastam ekoran cukai belum dibayar. 14
  • 15. Sindiket itu kemudian mengarahkan kenalan mereka di Malaysia untuk mendepositkan sejumlah wang dan ada yang sehingga RM5,000 bagi menuntut hadiah berkenaan ke dalam akaun tertentu yang sebenarnya milik anggota-anggota sindiket yang menyamar sebagai pegawai kastam. Bercakap kepada para pemberita selepas merasmikan Seminar dan Pameran Pencegahan Jenayah di Universiti Teknologi MARA di sini hari ini, Khalid berkata, pihaknya sedang mencari tiga lelaki Afrika kerana kes melarikan seorang budak lelaki warga Indonesia semalam. Budak lelaki itu, bagaimanapun ditemui polis di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang awal pagi tadi ketika berlegar-legar di luar balai pelepasan dan kini telah disatukan dengan ibunya yang berumur 30-an.-Bernama 12. Ancaman muat turun haram lagu, filem di Internet- 02/10/2009 Oleh ABD. AZIZ ITAR aziz.itar@utusan.com.my PARA penerbit filem dan album tempatan meraih keuntungan utama menerusi kutipan tiket atau jualan produk-produk mereka yang ditayang serta diedarkan di seluruh negara. Selepas itu, keuntungan daripada sesebuah filem contohnya, dikaut pula menerusi jualan terus atau hak cipta kepada stesen-stesen televisyen di mana ia biasanya disiarkan ketika musim-musim perayaan. Bagi menambahkan lagi jumlah keuntungan, boleh dikatakan semua penerbit kini mengedarkan filem- filem mereka dalam format cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) selepas kirakira tiga bulan ditayangkan di pawagam. Sayangnya, strategi perniagaan menerusi penerbitan VCD dan DVD filem-filem tempatan sejak kebelakangan ini menerima tamparan hebat apabila ia menjadi mangsa laman-laman web yang tidak bertanggungjawab. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak laman sesawang yang menyediakan kemudahan muat turun secara haram sama ada untuk filem, album ataupun lagu-lagu tempatan. Senario itu bukan meresahkan kalangan penerbit kerana mereka terpaksa menanggung kerugian apabila sambutan jualan VCD dan DVD filem-filem mereka terjejas teruk kerana para peminat kini boleh memuat turunnya secara percuma di Internet. Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. merupakan produk tempatan terbaru yang menjadi mangsa apabila ia boleh dimuat turun secara haram melalui laman sesawang tertentu di Internet. 15
  • 16. Laporan polis sudah dibuat berhubung perkara itu. Pada masa yang sama, pemantauan lebih ketat seharusnya dilakukan oleh pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia. Ia bagi memastikan filem, album atau lagu-lagu tempatan lain tidak terus menerus menjadi mangsa seperti Geng: Pengembaraan Bermula yang mengutip kutipan tiket RM6.3 juta sewaktu ia ditayangkan baru-baru ini. Hakikatnya muat turun filem, album atau lagu daripada Internet tanpa kebenaran daripada pihak penerbit atau pemegang hak cipta sesuatu produk itu merupakan suatu kesalahan besar yang tertakluk di bawah Akta Hakcipta 1987. Pemantauan menerusi laman-laman sesawang di Internet oleh pihak-pihak berkuasa terbabit sepatutnya lebih mudah untuk dilakukan berdasarkan kawalan bersepadu di samping pelbagai kemudahan canggih yang terdapat pada hari ini. Jika sebelum ini, pemantauan terhadap VCD dan DVD cetak rompak dilakukan oleh pihak berwajib seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tetapi nampaknya gejala itu menular pula sehingga ke alam siber. Laman-laman sesawang yang menyediakan kemudahan muat turun secara haram seharusnya diberi amaran atau diambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang yang sedia ada bagi meringankan beban golongan penerbit di negara ini. Tanpa adanya pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan bagi membendung jenayah siber itu, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada penerbit industri perfileman serta rakaman album. Malah para peminat juga mungkin tidak berpeluang untuk menikmati lagi karya-karya yang lebih bermutu pada masa depan jika pihak penerbit kekurangan modal atau keuntungan bagi menerbitkan produk seterusnya. 13. Malware ancaman terbesar Malaysi- 14/06/2010 KUALA LUMPUR 13 Jun - Ancaman yang menjejaskan komputer di Malaysia kebanyakannya membabitkan 'Malware', demikian menurut Laporan Risikan Keselamatan Microsoft, jilid kelapan (SIRv8). "Pada separuh kedua 2009, walaupun kadar jangkitan 'Malware' agak rendah berbanding purata dunia, namun terdapat peningkatan berbanding separuh pertama 2009," kata Microsoft dalam satu kenyataan di sini hari ini. 16
  • 17. SIRv8 menyebut, jenayah siber terus meningkat, dengan penjenayah meneruskan operasi ke atas proses perniagaan konvensional. "Penjenayah terus meningkatkan kapasiti untuk melakukan serangan, termasuk 'menawarkan produk' dan menambah ciri-ciri kepada 'Malware' untuk sasaran pengguna tertentu," katanya. (Malware merupakan perisian yang direka bentuk untuk memasuki ke dalam sistem komputer dan menyebabkan risiko kepada sistem) Ketua Privasi dan Keselamatan Serantau Asia Pasifik Microsoft, Jacqueline Peterson-Jarvis berkata, SIRv8 menyebut bukti-bukti bahawa jenayah siber semakin canggih dan mengancam penggunaan dalam talian dan terus mengeksploitasi kit yang dijual kepada pihak lain untuk digunakan. "Pembangun 'Malware' terus meningkatkan produk mereka dengan menggantikannya dengan yang baharu," katanya. Beliau berkata, SLRv8 menggunakan data yang dikumpul daripada kira-kira 500 juta komputer di seluruh dunia bagi menyediakan risikan ke atas ancaman dalam talian global yang dialami sepanjang separuh kedua 2009. Peterson-Jarvis berkata, laporan itu juga mendapati rangkaian perusahaan terus terdedah kepada 'cacing' manakala pengguna kediaman lebih terdedah kepada malware dan ancaman sosial. Beliau berkata penipuan '419' semakin meningkat dalam e-mel, dengan perisian keselamatan palsu yang bertindak sebagai aplikasi keselamatan yang sah, menipu pengguna, masih terus menjadi isu kepada pelanggan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Lt Kol (B) Husin Jazri, berkata, tahap kesedaran di kalangan pengguna Internet Malaysia ke atas keselamatan dalam ruang siber perlu ditingkatkan. "Ini perlu, berdasarkan bilangan penduduk yang semakin meningkat. Ibu bapa perlu memain peranan penting dalam memastikan masa yang dihabiskan oleh anak-anak masing-masing dalam talian adalah selamat dan terjamin," katanya. - BERNAMA 14. Malaysia tiada sekatan terhadap Internet- 19/05/2010 SHANGHAI 18 Mei - Malaysia tidak ada sebarang sekatan terhadap penggunaan Internet, kecuali jika kandungannya melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. 17
  • 18. "Barang siapa yang menyalahi peruntukan di bawah akta berkenaan, tidak boleh terlepas daripada cengkaman undang-undang," katanya kepada Bernama selepas upacara penyampaian Anugerah The World Telecommunication Information Society Award 2010 di Shanghai World Expo di sini semalam. Beliau berkata, antara kesalahan yang boleh dikenakan tindakan termasuk berjudi di Internet, pornografi kanak-kanak ataupun biasa, terorisme, menipu, menghasut dan lain-lain jenayah siber. Mengenai inisiatif akses tanpa wayar di seluruh Lembah Klang, Rais berkata, langkah itu ditunjangi oleh Telekom Malaysia dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia. Kelajuan Internet di kawasan Lembah Klang yang meliputi Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Kelang dan tempat lain kini sudah mencapai 10 mbps. "Cuma daripada segi pandangan rakyat, kosnya serta konsistensi kelajuan serta mutunya perlu dipertimbangkan supaya rakyat merasakan ini bukan sesuatu yang mahal tetapi merupakan infrastruktur yang sama seperti jalan, lampu dan lain-lain," katanya. - BERNAMA 15. Perlu lebih banyak pakar keselamatan Internet - 16/02/2010 KUALA LUMPUR 15 Feb. - Meskipun jenayah siber perbankan Internet masih di paras yang boleh ditangani, negara masih perlu melahirkan lebih ramai pakar keselamatan maklumat, demikian menurut CyberSecurity Malaysia. "Saya tidak mahu mendakwa bahawa kita kekurangan pakar atau pakar kita sudah mencukupi untuk menyelesaikan masalah tetapi kita perlu bekerjasama bagi melahirkan lebih ramai pakar," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lt. Kol (Bersara) Husin Jazri. Beliau berkata, dengan bilangan pengguna Internet yang semakin meningkat dan aliran sekarang yang menuju ke arah penggunaan lebih canggih seperti perbankan mudah alih, negara perlu bersedia dalam segenap segi, terutamanya dengan pakar keselamatan maklumat. Ketika ini, Malaysia mempunyai kira-kira 16 juta pengguna Internet, katanya. Mengenai perbankan dalam talian, Husin berkata, pihak yang paling terjejas akibat daripada jenayah siber adalah pengguna dan bukannya institusi kewangan. "Saya tidak bimbangkan bank-bank. Mereka mempunyai banyak wang untuk menjamin keselamatan sistem mereka. Mereka boleh mendapatkan perunding terbaik dunia untuk memeriksa sistem keselamatan mereka. 18
  • 19. "Manusia yang menerima kesan, bukan bahagian teknologi. Pengguna menjadi mangsa. Apabila pengguna berkomunikasi dengan bank, mereka terdedah kepada ancaman kejuruteraan sosial, skim penipuan dan ancaman-ancaman lain," katanya. Menurut Husin, pengguna dalam talian perlu sedar bahawa bank-bank tidak pernah membuat penyenggaraan dalam talian bagi pelanggan mereka berkaitan dengan perbankan Internet. "Kami perlu memberi pendidikan kepada pengguna tentang hakikat ini yang mana boleh membantu membendung masalah apabila mereka menyedari akan aspek ini," katanya. Daripada sejumlah 3,564 kes yang dilaporkan tahun lepas, 1,022 merupakan kes penipuan dan pemalsuan yang menyumbang satu pertiga daripada kes, kata Husin. "Kita harus berkongsi pengetahuan dan mengenal pasti strategi yang perlu untuk menangani ancaman seperti peningkatan risiko menceroboh sistem keselamatan, pencurian identiti, e-mel penipuan dan keganasan siber," katanya. - BERNAMA 16. AS diancam jenayah siber- 09/02/2010 WASHINGTON 8 Feb. - Amerika Syarikat (AS) berdepan dengan ancaman 'serius dan cukup besar' di alam siber yang boleh menggugat keselamatan negara ini. Penasihat antikeganasan tertinggi White House, John Brennan (gambar) yang memberi amaran tersebut dalam wawancara dengan stesen NBC semalam turut berkata, sebuah lembaga keselamatan siber telah ditubuhkan di White House. "Cabaran ini sangat kompleks dan sangat rumit, tetapi kami mengadakan kerjasama sangat erat dengan sektor swasta," ujarnya. Katanya, White House melihat isu tersebut dari sudut pengintipan oleh kerajaan asing, individu atau kumpulan tertentu, sama ada mereka penggodam komputer atau pertubuhan pengganas. "Keselamatan negara ini menghadapi risiko kerana itulah kami sedang berusaha untuk memastikan rangkaian kerajaan AS dan rangkaian sektor swasta AS dilengkapi keupayaan bagi menangkis percubaan untuk menggodamnya," kata beliau. Bulan lepas perbalahan mengenai kebebasan Internet meletus antara China dengan Amerika Syarikat (AS) apabila Beijing menafikan pembabitan kerajaan dalam melancarkan serangan siber ke atas syarikat pencarian Internet AS, Google. 19
  • 20. Presiden AS, Barack Obama berkata, beliau berasa bimbang dengan kenyataan Google yang mendakwa diserang oleh penggodam komputer berpangkalan di China. Obama turut menuntut penjelasan daripada kerajaan China. Google mengancam untuk membubarkan enjin carian berbahasa Mandarin miliknya dan kemungkinan menamatkan semua operasi di negara itu disebabkan serangan siber tersebut. Ia juga berkata, pihaknya tidak lagi sanggup tunduk kepada penapis kerajaan China. Dewan Perwakilan AS minggu lepas, sebulat suara meluluskan rang undang-undang yang bertujuan untuk melindungi Internet dan rangkaian komputer dengan membiayai penyelidikan dan latihan keselamatan siber. - AFP 17. China tutup pusat latihan penggodam- 09/02/2010 SHANGHAI 8 Feb. – China menutup sebuah laman web yang didakwanya menjadi tempat latihan terbesar penggodam di republik itu dan menahan tiga ahlinya. Laman web Black Hawk Safety Net didakwa mengajar teknik-teknik menggodam dan menyediakan muat turun perisian untuk tujuan tersebut kepada 12,000 ahlinya sebagai tukaran dengan bayaran yuran, lapor akhbar Wuhan Evening News hujung minggu lalu yang memetik kenyataan polis di Huanggang, timur Wuhan. Penggodam dari China mendapat perhatian antarabangsa sejak Google Inc. mengancam untuk keluar dari China bulan lalu selepas beberapa siri penggodaman dikesan berasal dari negara ini menyebabkan kecurian harta inteleknya. China menafikan terlibat dengan kegiatan menggodam tersebut dan menyatakan tidak membiarkan sahaja aktiviti itu. Laman web tersebut ditutup hujung November lalu dan tiga anggotanya ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti jenayah, menurut akhbar tersebut tanpa mengulas mengapa berita ini baru dikeluarkan hari ini. Menurut keterangan Kongres Amerika Syarikat (AS) oleh pakar siber, James Mulvenon pada 2008, latihan menggodam di Wuhan ini dilakukan di Communication Command Academy. Populariti penggodam di China dan penggunaan pelbagai alamat serta perisian di Taiwan dan tempat lain menyukarkan untuk membuktikan bagaimana atau siapa yang bertanggungjawab. Mungkin penggodam di China tidak perlu bersusah-susah untuk mengetahui bagaimana melakukannya, terima kasih kepada industri penggodam dan laman web seperti Black Hawk Safety Net (www.3800hk.com) yang kini telah dihapuskan. – Reuters 20
  • 21. 18. Kawal ketagihan fantasi siber13/08/2009 BEBERAPA ibu bapa telah menulis kepada saya baru-baru ini menyatakan kebimbangan mereka mengenai ketagihan remaja sekolah kepada fantasi siber melalui permainan komputer atau computer games yang terdapat di kafe siber yang mereka kunjungi. Semakin ramai remaja mengunjungi kafe siber dengan alasan ingin mendapat ketenangan atau merehatkan minda daripada tekanan alam persekolahan. Tidak lama dulu terdapat laporan meluas di dalam media mengenai pelajar sekolah rendah dan menengah yang berpakaian seragam sekolah didapati berada di dalam kafe siber tertentu di sekitar Kuala Lumpur dan Ipoh ketika dilakukan pemeriksaan oleh Jabatan Pelajaran. Hakikatnya pada hari ini, semakin ramai anak muda menjadi penagih kepada fantasi siber. Dan ini adalah masalah yang perlu ditangani oleh sekolah, ibu bapa dan pihak-pihak yang berkenaan. Tidak ada salahnya permainan komputer digunakan untuk merehatkan minda tetapi ia hendaklah dilakukan dengan kadar yang sederhana. Sebarang bentuk penagihan adalah tidak baik terutamanya kepada pelajar yang perlu belajar dan menduduki peperiksaan. Apa yang lebih buruk lagi ialah apabila ketagihan terhadap permainan komputer ini membawa kepada perjudian yang menjadi punca utama banyak keburukan. Perjudian siber tidak boleh dibenarkan dan anak-anak muda kita tidak boleh terbabit dengannya. Saya tidak memusuhi kafe siber tetapi peraturan bersangkutan dengan tempat ia beroperasi dan penguatkuasaan terhadapnya hendaklah diperketatkan untuk mengelak ia menjadi punca kepada penyakit sosial. Bagaimanakah pengusaha kafe siber boleh membenarkan pelajar sekolah memasuki premis mereka sedangkan notis di depan pintu dengan jelas menyatakan pelajar yang memakai seragam sekolah tidak dibenarkan masuk. Kafe siber telah tumbuh bagaikan cendawan di serata pelosok negara dan penguat kuasa tempatan yang mengeluarkan lesen tidak mampu untuk memantau kesan buruk kepada masyarakat yang diwujudkan oleh operasi kafe siber ini. Untuk mengharapkan pengusaha kafe siber beretika dan melakukan pengawalan kendiri untuk menyekat mereka yang di bawah umur 18 tahun daripada memasuki kafe siber adalah mustahil kerana mereka mempunyai kepentingan kewangan terhadap perkara tersebut. 21
  • 22. Semua penguat kuasa tempatan perlu memastikan pengusaha kafe siber mematuhi syarat-syarat yang dikenakan terhadap permit lesen seperti mengehadkan operasi kepada waktu yang tertentu dan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur memasuki premis mereka. Walaupun kita mengalu-alukan zaman teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kita juga perlu melindungi generasi muda daripada pengaruh negatif yang dibawa oleh kemajuan ICT ini. Walaupun kita perlu menghasilkan pekerja yang mempunyai kepakaran komputer dalam zaman ICT ini, ia perlu dilakukan tanpa mengorbankan atau mengabaikan keperluan penerapan nilai-nilai moral yang baik. Dengan kemajuan maklumat tanpa sempadan, penekanan lebih hendaklah diberikan terhadap penerapan nilai-nilai moral dalam pendidikan untuk mengelakkan munculnya lebih banyak jenayah siber. TAN SRI LEE LAM THYE ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia. 19. Cyber999 bantu jenayah Internet- 08/07/2009 Oleh FADZILAH BAHARUDIN fadzilah.bahar@utusan.com.my KUALA LUMPUR 7 Julai - Mangsa jenayah siber kini mempunyai ruang untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat menerusi perkhidmatan Cyber999. Penubuhan perkhidmatan tersebut bagi mengendalikan segala permasalahan yang dihadapi oleh pengguna alam siber dan beroperasi 24 jam. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili ketika mengumumkan perkhidmatan itu berkata, Cyber999 akan berusaha mencari penyelesaian dan membantu mangsa-mangsa jenayah internet dan ancaman siber secepat mungkin. "Pelbagai ancaman siber yang diterima oleh orang ramai antaranya pencerobohan kod, penipuan, penyebaran gambar-gambar peribadi, virus dan banyak lagi. "Apabila pengguna mengalami masalah tersebut, mereka tidak tahu di mana saluran untuk mengadu, oleh itu menerusi Cyber999, mereka boleh terus membuat aduan dan pihak Cyber999 akan berusaha menyelesaikannya secepat mungkin," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis pelancaran Persidangan dan Pameran Keselamatan Siber Malaysia serta Cyber999 di Kuala Lumpur Konvensyen Centre (KLCC) di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalannya, Fadillah Yusof. 22
  • 23. Maximus berkata, kementerian yakin sedikit sebanyak masalah mangsa jenayah siber dapat diselesaikan menerusi penubuhan perkhidmatan itu. Sementara itu, pada sidang akhbarnya Fadillah menambah, pihaknya percaya perkhidmatan tersebut akan mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mangsa jenayah siber. "Gambar-gambar peribadi seseorang wanita kerap kali disiarkan di internet. Mangsa kadang kala tidak tahu di mana hendak mengadu dan apa tindakan perlu diambil. "Menerusi Cyber999, mereka boleh mengadu sendiri dan pihak kami akan terus menyekat atau menghalang penyebaran gambar-gambar tersebut," ujarnya. Bagaimanapun beliau menjelaskan, bukan semua masalah jenayah siber mampu diatasi menerusi Cyber999 seperti kehilangan wang menerusi perkhidmatan online. Namun katanya, setelah mendapatkan khidmat nasihat wakil-wakil Cyber999, mangsa boleh mendapat garis panduan dan hala tuju untuk menyelesaikan masalah mereka. "Apabila mereka menghubungi kita pastinya masalah mereka akan dirujuk kepada pihak polis dan pihak- pihak tertentu. Tetapi kita akan pastikan masalah mereka itu akan diatasi," katanya. Dalam pada itu beliau memberitahu, indeks jenayah siber di negara ini sejak enam bulan lalu mencatatkan peningkatan dan harus ditangani dengan segera. "Tahun lalu aduan yang diterima sebanyak 2,123. Tahun ini kita terima 1,247 aduan untuk enam bulan yang pertama. Ini menunjukkan peningkatan dan angka tersebut pasti meningkat menjelang akhir tahun ini," jelasnya. Bagi mendapatkan perkhidmatan Cyber999, orang ramai boleh menghubungi talian 03-89926969 dan 019-2665850, menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ke talian 019-2813801 atau e-mail mycert@mycert.org.my. 20. Jaga identiti dalam online- 15/04/2009 DI alam siber, identiti online adalah sesuatu yang amat penting. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, kemungkinan besar kita akan menjadi mangsa kecurian identiti. Sebagai contoh, terdapat kategori malicious software (malware) yang dinamakan banking trojan yang direka khas untuk mencuri maklumat dari komputer. Jenayah ini telah menyebabkan kerugian besar kepada ramai pengguna Internet di seluruh dunia. 23
  • 24. Dengan modus operandi jenayah siber yang semakin kompleks saban hari, pengurusan identiti di alam siber tidak lagi boleh dipandang remeh. Apabila menceritakan tentang pengurusan identiti, kita harus berbangga kerana negara kita mempunyai sistem pengurusan identiti yang baik iaitu MyKad. Maklumat seperti cap jari biometrik, tandatangan digital dan lain-lain butiran boleh dimuatkan di dalam satu kad. Tidak mustahil juga, pada masa yang akan datang, pengundian dalam pilihan raya boleh dilaksanakan secara online dengan hanya menggunakan MyKad. Ini berbeza dengan kebanyakan negara maju yang masih tidak mempunyai satu sistem kad identiti yang seragam. Dengan adanya MyKad, sebuah sistem pengurusan identiti online yang berkesan dapat dilaksanakan dan perniagaan online akan terus berkembang. Bagaimanapun, penggunaan MyKad semata-mata tidak cukup untuk menjamin keselamatan maklumat peribadi seseorang individu di alam siber. Pengguna internet itu sendiri perlu bijak untuk menguruskan maklumat-maklumat peribadi mereka. Ini penting kerana kebanyakan kes kecurian identiti online bukanlah berpunca daripada kegagalan sistem untuk berfungsi tetapi selalunya kerana kecuaian atau sifat tamak pengguna itu sendiri. Oleh itu, adalah dicadangkan supaya pengguna internet tidak meletakkan terlalu banyak maklumat peribadi di internet kerana ia boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan mudah. Pembaca juga dinasihatkan untuk berhati-hati dengan e-mel yang mencurigakan. Jangan mudah membuka atau percaya kepada janji-janji yang ditawarkan mahupun memanjangkan e-mel berantai kepada kenalan lain. Pembaca yang ingin mendapat nasihat dan panduan keselamatan Internet dengan lebih lanjut, boleh melayari www.esecurity.org.my atau www.cybersecurity.my. Lt. Kol. (B) Husin Jazri ialah Ketua Pegawai Eksekutif Cyber Security Malaysia. 24