Laporan merupakan dokumen yang melaporkan peristiwa atau kegiatan yang telah berlaku. Ia biasanya ditulis oleh setiausaha persatuan atau kelab dan meliputi pendahuluan, isi kandungan, dan penutup laporan. Format laporan standard meliputi unsur-unsur seperti tajuk, pengakuan pelapor, tarikh, tandatangan, nama dan jawatan pelapor.
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Nota Laporan
1. LAPORAN
Penulisan yang melaporkan perkara atau peristiwa
yang telah berlaku atau
Persiapan untuk melakukan sesuatu perkara.
2. Antara perkara yang dilaporkan:
Perjalanan kejohanan olahraga di sekolah
Perjalanan sesuatu kempen atau program
Aktiviti persatuan atau kelab
Persiapan untuk sambutan sesuatu majlis dan
sebagainya.
¤ penulis laporan biasanya merupakan setiausaha
sesuatu persatuan atau kelab.
3. FORMAT LAPORAN
TAJUK
¤ ditulis di bahagian atas di tengah- tengah muka
surat dengan menggunakan huruf besar pada setiap
awal kata kecuali kata sendi, kata hubung dan kata
sandang.
¤ perlu di garis di bawahnya.
4. Isi laporan
Mengandungi pendahuluan dan penutup
Pengakuan pelapor
Ditulis di sebelah kiri setelah diselang dua atau tiga
baris daripada penutup.
contoh: Yang menjalankan tugas,
5. ●Tarikh laporan
ditulis pada bahagian kiri dan bersetentangan
dengan pengakuan pelapor.
● Tandatangan pelapor
dibubuh di bawah pengakuan pelapor.
6. ● Nama pelapor
- ditulis dengan huruf besar sepenuhnya di
dalam kurungan di bawah tandatangan.
● jawatan pelapor dan persatuan yang diwakili
- ditulis di bawah nama pelapor.