SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
P E N Y A K I T
R A B I E S
J A L I N A N M A S Y A R A K A T
J A B A T A N S E J A R A H
U N I V E R S I T I M A L A Y A 1 9 / 2 0
SEJARAH PENYAKIT RABIES DI MALAYSIA
1924:
REKOD PERTAMA PENYAKIT RABIES TELAH DICATATKAN SEBELUM MERDEKA DAN IA
TELAH BERMULA DI BAHAGIAN SEMPADAN THAILAND DAN MENJADI SATU WABAK
YANG BERSIFAT ENDEMIK.
1954:
Program kawalan Rabies kebangsaan pada bulan April 1954 dikatakan telah berjaya
mengekang wabak ini daripada terus berleluasa dan akhirnya Malaysia diisytiharkan
bebas daripada ancaman penyakit rabies. Tetapi, terdapat penyebaran kecil wabak
rabies telah dicatatkan pada haiwan dan manusia terutamanya di Kedah, Perlis,
Kelanran dan Selangor.
1953 :
Akta Binatang 1953 (Semakan tahun 2006) bagi semenanjung Malaysia telah
memberikan peruntukan yang cukup bagi mengawal dan mengekang wabak
penyakit rabies daripada berlaku. Akta tersebut menetapkan langkah pencegahan
yang boleh diambil seperti mengeluarkan perintah kawalan yang merangkumi
pelesenan anjing, pemvaksinan dan memusnahkan anjing liar. Manakala sabah dan
sarawak pula turut memiliki akta yang sama mengenai pengawalan wabak rabies di
negeri borneo berkenaan.
1955:
Program imunisasi yang pertama telah diperkenalkan di Malaysia dan ia dikatakan
berjaya memulihkan haiwan peliharaan anjing pembawa virus dalam jarak 50 km
hingga 80 km daripada sempadan Thailand di Perlis, Kedah, Kelantan dan di utara
Perak. Daripada kejayaan program imunisasi tersebut, dikatakan semakin lama
semakin banyak negeri yang telah diisytiharkan zon bebas daripada virus rabies.
1993:
Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah telah diisytiharkan sebagai
tempat penyebaran virus rabies.
1997:
Tiga kematian telah dicatatkan daripada 7 kes yang telah dilaporkan di Kedah.
1998:
Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun di Kedah telah digigit oleh anjing
liar dan kank-kanak tersebut telah dilaporkan mati akibat serangan virus rabies.
Manakala selepas peristiwa tersebut, dikatakan tiada lagi kes baharu rabies yang
dicatatkan sepanjang tempoh 2o tahun yang seterusnya.
2012:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO ( World Health Oraganization ) bahagian
penjagaan haiwan dan penyakit berjangkit telah mengisytiharkan Malaysia bebas
daripada wabak virus rabies dengan wabak terakhir dapat dilihat dan dicatatkan pada
haiwan akhir tahun 1999 manakala wabak akhir bagi manusia pula adalah sekitar
tahun 1988.
2015:
Virus rabies telah dicatatkan kembali semula pada bulan Julai 2015, yang mana
penyebarannya dapat dilihat berlaku di Perlis, Kedah dan di Pulau Pinang.
2015
Virus rabies yang pertama selepas tempoh 15 tahun telah dicatatkan di kaki bukit,
Perlis yang diikuti dengan kes di Pokok Sena dan juga di Tanjung Bendahara, Alor
Setar, Kedah dan di Kuala Sungai Pinang di Pulau Pinang. Pada bulan Ogos pula,
negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah diisytiharkan sebagai kawasan
penyebaran penyakit rabies yang mencatatkan peningkatan jangkitan wabak virus
rabies pada anjing liar
2017:
4 kematian akibat penyakit rabies telah terjadi dalam tempoh sebulan yang melibatkan
3 orang kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun dan juga turut melibatkan orang
dewasa yang berumur 52 tahun di Serian, Sarawak.
2018:
30 kawasan di Serian, Sri Aman, Kuching dan Sarikei, Sarawak telah diisyhtiharkan
sebagai kawasan jangkitan rabies yang baharu.
- Pada bulan Mei, jumlah kematian meningkat kepada 9 orang dan pada bulan Ogos
pula lebih daripada 72,000 anjing telah mendapat vaksin di Sarawak.
- Pada tarikh 26 Ogos, kerajaan Sabah telah memulakan pengharaman terhadap
pengimportan haiwan kucing dan anjing di setiap wilayah. Bagi mana-mana haiwan
yang telah disahkan dijangkiti rabies dalam jarak 30 Km daripada utara Kalimantan
dan di sempadan Pensiangan Sarawak akan terus divaksin dan diasingkan
RUJUKAN :
1) https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20180902/28
1805694804015
2) https://pdfs.semanticscholar.org/7e35/124f4d584ec90e49b66ae1102c4b
e27d3064.pdf
J. Ganesan, FRCP A M. Sinniah, MSC
Histopathology and Virology Divisions, Institute of Medical Research,
Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur
3) http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560ca
e02bd732.pdf
STATISTIK RABIES DI MALAYSIA
Oleh BALQISH KARIENA BINTI YUSRI 17205721/1 (AIL190006)
Rabies merupakan penyakit yang jarang berlaku di semenanjung Malaysia. Sejak tahun 1982,
terdapat hanya dua kes yang dikenal pasti yang melibatkan manusia. Walau bagaimanapun,
penyakit rabies masih menjadi satu hal yang mesti dipandang serius. Penyakit ini dilihat
mempunyai kes yang membimbangkan di Utara Malaysia, berhampiran sempadan Thailand.
Manakala Sabah dan Sarawak dilihat bebas dariapda serangan penyakit ini walaupun terdapat
kes kewujudan penyakit ini di daerah Kalimantan, Indonesia.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO), sejak tahun
1930 hingga tahun 1992, sebanyak 1203 kes direkodkan di Semenanjung Tanah Melayu.
Sepanjang tempoh tersebut, terdapat dua tempoh yang mencatatkan kes rabies paling tinggi
iaitu tempoh 1930 sehingga 1940, dan tempoh 1946 sehingga 1958.
Antara tempoh 1930 sehingga 1940, sebanyak 192 kes dicatatkan, yang mana negeri-negeri
di bahagian Utara menjadi penyumbang utama kepada angka ini. Di Kedah sebanyak 31 kes,
Perlis sebanyak 66 kes, Perak sebanyak 39 kes, dan Pulau Pinang 23 kes. Kelantan dan
Selangor turut mencatat kes dengan jumlah 14 dan 7 kes. Negeri Pahang, terengganu, dan
Negeri Sembilan tidak mencatatkan sebarang kes.
Antara tahun 1941 hingga 1945, tiada kes rabie syang dicatatkan kerana peristiwa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
Tahun 1946 hingga 1958 mencatatkan kes tertinggi sepanjang tempoh jangkitan rabies iaitu
sebanyak 963 kes. Tempat pertama dan kedua yang mencatatkan kes tertinggi masih lagi
didominasi oleh negeri utara iaitu Perak sebanyak 482 kes, dan Kedah sebanyak 235 kes.
Manakala negeri Selangor pula mencatatkan sebanyak 122 kes.
Apakah yang dimaksudkan dengan Rabies atau penyakit Anjing Gila?
PENGENALAN
Rabies adalah sejenis penyakit zoonatik yang disebabkan oleh jangkitan virus dari
genus Lyssavirus yang boleh menjangkiti kesemua jenis mamalia. Berdasarkan kamus
Dewan Edisi Keempat pula Rabies bermaksud penyakit berjangkit (lazimnya menjangkiti
manusia melalui gigitan anjing yang menghidapnya) yang mengakibatkan kelumpuhan
pernafasan yang akhirnya membawa maut. Walaupun jangkitan ini membawa maut namun ia
dapat dicegah. Penyakit anjing gila ini merupakan penyakit virus yang menyebabkan radang
otak akut pada haiwan berdarah panas. Penyakit rabies ini boleh berjangkit kepada manusia
jika haiwan peliharannya menghidapi virus ini yang mengigit atau mencakar tuannya. Rabies
ini selalunya didapati dalam haiwan liar seperti kelawar, rakun, skunk dan dan musang.
Namun begitu, di negara-negara lain, anjing menjadi salah satu pembawa penyakit ini dan
kematian yang berganda ini adalah disebabkan gigitan anjing.
Berdasarkan laman web World Health Orgamization, fakta yang dinyatakan adalah
anjing sebab utama dalam kematian manusia di mana peratus penularannya kepada manusia
adalah sehingga 99%. Jangkitan ini telah menyebabkan berpuluh-puluh ribu kematian setiap
tahun terutamanya dia Asia dan Afrika. Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan
mangsa yang dijangkiti biasanya menemui ajal. Dan ianya boleh merebak daripada satu
spesies kepada satu sepsies yang lain melalui gigitan haiwan berjangkit. Virus ini dapat
dielakkan jika haiwan peliharaan dapat suntikan vaksin bagi melawan virus itu. Selain itu,
manusia seharusnya menjauhkan haiwan peliharaanya daripada hidupan liar dan
mendapatkan rawatan perubatan selepas mendapati haiwan peliharaan tersebut mempunyai
potensi dijangkiti virus itu.
Kes rabies terakhir yang dilaporkan di Malaysia dalam haiwan pada tahun 1999 dan
dalam manusia pada tahun 1998. Setelah hampir belasan tahun tiada kes baru yang
dilaporkan. Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada penyakit ini melalui WHO. Sekitar
86% daripada kes yang direkodkan antara tahun 1955 sehingga 1986, berlaku di dalam
kawasan penampan dan 14% lagi berlaku di negeri lain. Sepanjang tahun itu Malaysia dapat
mengekalkan kadar insiden yang rendah iaitu 1.3 kes setahun. Akta Binatang 1953 bagi
Semenanjung Malaysia telah memperuntukkan kuasa yang mencukupi bagi membendung
wabak ini. Akta berkenaan telah mengeluarkan perintah kawasan terjangkiti Rabies dan
langkah pencegahan dan kawalannya meliputi melesen anjing. Sabah dan Sarawak pula juga
mempunyai kuasa perundangan bagi mengawal penyakit ini. Strategi yang dilakukan ini
terbukti berkesan dan penyakit ini juga tersenarai sebagai Penyakit Wajib Lapor.
RUJUKAN (DIAKSES PADA SABTU , 9/5/2020 , JAM 5PM)
https://hus.moh.gov.my/bm/index/risalah-rabies/
https://www.who.int/rabies/about/en/
https://www.cdc.gov/rabies/index.html
https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rabies
https://www.medicinenet.com/rabies_virus/article.htm
https://www.who.int/features/factfiles/rabies/en/
SIMPTOM-SIMPTOM & FASA-FASA PENYAKIT RABIES / PENYAKIT ANJING GILA
Rabies ataupun lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila muncul dalam lima peringkat yang
berbeza. Lima peringkat tersebut ialah incubation, prodromal, tempoh neurologi akut, koma, dan juga
kematian. Apabila dilihat dari peringkat-peringkat tersebut, dapat dikatakan bahawa penyakit anjing gila ini
boleh membawa kepada kematian apabila tidak dirawat dengan segera.
Fasa pertama bagi Rabies ini ialah incubation ataupun proses pengeraman. Fasa ini adalah tempoh
dimana sebarang bentuk gejala ataupun simptom belum lagi muncul. Hal ini bermaksud, apabila seseorang
itu telah diserang ataupun mendapat gigitan anjing gila, gejala-gejala yang menunjukkan seseorang itu
terkena penyakit anjing gila tidak akan muncul dengan tempoh waktu yang cepat. Fasa pengeraman ini akan
berlanjutan dari 3 hingga 12 minggu. Tetapi, gejala ini juga bergantung dengan lokasi gigitan dimana semakin
dekat lokasi gigitan ke otak iaitu pada bahagian muka, bahu, dan leher, maka semakin cepat juga kesannya
ataupun simptom itu muncul. Menurut pakar kesihatan, apabila gejala mula muncul, Rabies ini biasanya
boleh membawa maut. Oleh hal yang demikian, individu yang terkena gigitan perlu mendapatkan bantuan
perubatan dengan segera tanpa perlu menunggu kemunculan simptom ataupun gejala-gejala lain.
Fasa seterusnya yang terdapat dalam penyakit anjing gila (Rabies) ini ialah prodormal. Fasa
Prodormal ini merupakan fasa di mana gejala-gejala ataupun simptom-simptom mula muncul. Antara
simptom-simptom mangsa gigitan berada dalam fasa prodromal ialah seperti yang berikut :
a) Selesema
b) Demam (suhu badan 380C)
c) Sakit tekak & batuk
d) Rasa mual & muntsh
e) Ketidakselesaan
Fasa prodormal ini dikatakan boleh berlanjutan dari 2 hingga 10 hari dan ianya boleh menjadi semakin teruk
sekiranya individu tidak mengambil sebarang langkah untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan
segera.
Selain itu, Acute Neurologic Period ataupun Tempoh Neurologi Akut juga merupakan fasa yang
berada dibawah penyakit Rabies. Bersesuaian dengan nama fasa ini iaitu “neurologi”, pada fasa ini, simptom-
simptom neurologi pula yang akan muncul dalam beberapa bentuk seperti yang berikut :-
a) Kekeliruan dan agresif.
b) Kelumpuhan separa, otot mengecut tanpa dikawal, dan otot leher tegang.
c) Sawan
d) Hiperventilasi dan kesukaran untuk bernafas.
e) Penghasilan banyak air liur / berbuih di mulut.
f) Takut air (hydrofobia)
g) Kesukaran menelan
h) Halusinasi (mimpi buruk)
i) Insomnia
j) “Priapism” (ereksi kekal pada lelaki)
k) Fotofobia (takut pada cahaya)
Sekiranya, simptom-simptom neurologi ini muncul, individu tersebut mungkin mempunyai peluang yang nipis
untuk sembuh kerana hal ini dapat mengakibatkan kerosakan kepada sistem neuron individu yang akhirnya
akan membawa kepada kecacatan ataupun kelumpuhan yang kekal. Paling buruk lagi, ia dapat membawa
kepada kematian.
Fasa terakhir dibawah penyakit Rabies ini ialah koma dan kematian. Sekiranya seseorang itu
berada dalam fasa koma, potensi dan peluang untuk individu itu sembuh adalah sangat tipis. Jika individu
tersebut sembuh sekalipun, individu tersebut tidak akan sembuh dalam keadaan yang sempurna walhal
seperti yang telah dinyatakan tadi pesakit boleh mengalami kecacatan seumur hidup. Bukan itu sahaja, risiko
yang paling teruk bagi individu yang terkena penyakit Rabies ialah kematian. Sekiranya seseorang itu
mengalami koma, kematian dikatakan akan berlaku hanya dalam masa beberapa jam sahaja kecuali jika
dirawat melalui ventilator tetapi seperti yang diketahui umum, rawatan melalui ventilator ini juga bukan lah
kekal kerana sampai satu tahap, mesin ventilator itu juga boleh dapat dihentikan sekiranya pihak pegawai
perubatan melihat tiada potensi untuk sembuh bagi pesakit itu.
Secara ringkasnya, individu yang terkena penyakit Rabies tidak akan sedar bahawa mereka
dijangkiti penyakit Rabies dalam jangka masa yang cepat kerana simptom-simptom hanya akan muncul
setelah beberapa minggu dan kelewatan dalam mengambil rawatan perubatan akan mengeruhkan lagi
kondisi kesihatan individu yang terlibat. Bertitik tolak daripada hal tersebut, individu yang merasakan bahawa
mereka telah terkenan gigitan anjing gila ataupun merasakan bahawa mereka telah terkena air liur anjing,
individu ini perlu segera ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan sebelum semuanya
terlambat.
PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT RABIES
Rabies adalah Lyssavirus yang menyebabkan seseorang mati yang disebarkan kepada orang-orang
dari air liur haiwan yang dijangkiti. Haiwan yang cenderung menyebarkan rabies di Amerika
Syarikat termasuk kelawar, coyote, rubah, rakun dan skunk. Di Afrika dan Asia Tenggara pula,
anjing liar adalah kemungkinan besar menyebarkan rabies kepada orang. Haiwan mamalia boleh
menyimpan dan mennyebarkan virus, tetapi mamalia yang bersaiz kecil, seperti tikus dan arnab
jarang dijangkiti atau menyebarkan virus rabies.
Virus rabies biasanya merebak melalui gigitan. Rabies boleh menyerang jika seseorang itu
menerima gigitan haiwan yang dijangkiti atau jika air liur dari haiwan yang dijangkiti terkena luka
secara terbuka atau melalui membran mukosa seperti mata atau mulut. Sebaik sahaja seseorang
mula menunjukkan tanda-tanda rabies, penyakit ini hampir menyebabkan kematian. Atas sebab
ini, sesiapa yang mempunyai risiko dijangkiti rabies harus mendapat vaksin rabies untuk
perlindungan.
Secara amnya, virus ini memasuki tubuh melalui penyusupan air liur yang pernah diserang
virus dari haiwan, misalnya calar atau gigitan. Tetapi virus ini tidak dapat menyusup ke kulit yang
utuh. Sebaik sahaja virus itu sampai ke otak, virus itu akan replikasi sehingga muncul tanda-tanda
klinikal dari pesakit. Terdapat dua manifestasi klinikal rabies berlaku iaitu marah (furious) dan
lumpuh. Tanda furious merupakan paling biasa berlaku pada pesakit yang merangkumi kira-kira
80% kes. Tempoh inkubasi rata-rata boleh mencecah sehingga 2 hingga 3 bulan, namun dapat
berlaku antara 7 hari hingga setahun. Walau bagaimanapun, tanpa rawatan yang efisien, jangkitan
virus ini boleh membawa maut dalam 2 minggu.
Walaupun rabies biasanya merebak kepada manusia melalui anjing, kitaran rabies hidupan
liar lain (sylvatic) juga mendatangkan penyakit rabies. Misalnya, kelelawar, rakun dan rubah yang
berfungsi sebagai penyokong virus rabies tersebut.
Tambahan lagi, perlu juga diketahui bahawa penyakit Rabies dikatakan dapat merosakkan
tisu ataupun sel badan sekiranya penularan virus tersebut tidak dicegah. Bentuk dan sel saraf
manusia dikatakan adalah normal sebelum simptom Rabies itu terhasil. Namun demikian,
kematian boleh berlaku apabila kesemua sistem saraf tidak berfungsi. Hal ini terjadi kerana ia
disebabkan virus Rabies mampu menyamai fungsi ‘neurotransmitter’ yang berada di dalam saraf
badan kita. Neurotransmiter dapat dikenalpasti sebagai kompaun yang digunakan supaya
penghantaran maklumat daripada satu saraf ke saraf yang lain dapat dilakukan. Oleh itu, apabila
kehadiran virus ini terlampau banyak, ia dikatakan akan menyebabkan sistem saraf penyampai
maklumat Neurotransmiter menjadi tidak teratur dan situasi tersebut menyebabkan pesakit
biasanya mengalami simptom meracau, mempunyai halusinasi, aggresif dan sebagainya.
RUJUKAN :
1) https://www.who.int/rabies/about/en/
2) https://www.webmd.com/a-to-z-guides/what-is-rabies#1
3) https://thediagnosa.com/anjing-gila-rabies-punca-simptom-rawatan/
RAWATAN DAN PENCEGAHAN BAGI PENYAKIT RABIES
RAWATAN
Tiada sebarang rawatan yang khusus apabila penyakit rabies mula berkembang.
Hampir tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada memastikan pesakit sentiasa
dalam keadaan selesa, bebas daripada kesakitan fizikal dan gangguan emosi.
 Langkah pencegahan perlu diberi perhatian oleh pihak yang merawat pesakit
bagi mengelakkan gigitan dan pencemaran air liur (dengan menggunakan
peralatan perlindungan diri) dan Vaksinasi.
 Sekiranya pesakit berada di hospital: Tempatkan pesakit di dalam bilik yang
senyap dengan pencahayaan malap dan lindungi mereka daripada sebarang
rangsangan (contohnya : bunyi bising, udara yang sejuk) yang berkemungkinan
meningkatkan tahap kekejangan di luar kawalan.
 Penggunaan ubat pelali dengan Diazepam 10 mg bagi setiap 4 hingga 6 jam,
ditambah dengan Chlorpromazine 50 hingga100 mg, atau morfin intravena jika
diperlukan. Ianya membantu untuk mengawal kekejangan otot dan kegelisahan.
 Pemberian makanan menerusi oral (mulut) biasanya adalah mustahil. Cecair
perlu diberi menerusi kaedah suntikan.
JENIS UBAT FUNGSI
Diazepam 10mg -Memberi kesan menenangkan dalam beberapa jam
(Ubat Penenang)
-Mengatasi gejala putus zat akibat alkohol
Chlorpromazine 50-100mg -Menangani gejala psikosis pada skizofrenia (sakit
mental)
-Digunakan untuk mengelakkan mual dan muntah.
Morfin intravena
 Vaksinasi : Disyorkan kepada semua individu yang berisiko tinggi untuk
mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai
bekalan vaksin rabies.
 Vaksin boleh didapati di hospital yang berdekatan.
PENCEGAHAN
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) menasihati orang awam agar mengambil
langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:
1) Elakkan berada dekat dengan haiwan yang membolehkan kita berisiko tinggi untuk
digigit.
2) Apabila terkena gigitan : Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air
mengalir bagi menghilang kesan air liur.
3) Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah
mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau
anjing liar.
4) Antirabies Imunoglobulin (RIG) akan diberikan untuk disapu pada sekitar tempat lika dan tisu.
Antirabies Imunoglobulin (RIG)
RIG dibuat dari darah dan mengandungi
antibodi terhadap rabies. Ia memberikan
perlindungan yang cepat tetapi tidak tahan
lama.
Semasa RIG diberikan, siri vaksin rabies
dimulakan sehingga tubuh dapat membuat
antibodi sendiri untuk perlindungan
jangka panjang.
5) Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada
jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas
terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot
atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.
6) Bagi haiwan peliharaan: Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah
mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak
bersama haiwan atau anjing liar.
6) Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik
haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat.
7) Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang
berkeliaran di kawasan tempat tinggal;
8) Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap
membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas berinteraksi dengan
anjing peliharaan.
RUJUKAN
DIRUJUK PADA : 08/05/2020 (3 PM)
1- https://hus.moh.gov.my/bm/index/risalah-rabies/
2- https://www.alodokter.com/diazepam
3- https://www.google.com/search?q=fungsi+obat+chlorpromazine+100+mg&
oq=fungsi+Chlorpromazine&aqs=chrome.4.0l5.31341j0j7&sourceid=chrome&i
e=UTF-8
4- https://www.google.com/search?q=maksud+skizofrenia&oq=maksud+skizo
frena&aqs=chrome.1.69i57j0l7.5684j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8
5- https://www.google.com/search?q=maksud+penyakit+psikosis&oq=maksud
+psikosis&aqs=chrome.1.69i57j0l2.3994j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8
6- http://www.jpvpk.gov.my/index.php/en/rabies-penyakit-anjing-gila
7- https://www.cdc.gov/rabies/medical_care/hrig.html

More Related Content

What's hot

Peraturan peraturan kawalan hasil tembakau
Peraturan peraturan kawalan hasil tembakauPeraturan peraturan kawalan hasil tembakau
Peraturan peraturan kawalan hasil tembakauHukaida Hamzah
 
Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020ILKKM SG BULOH
 
Senarai tugas ppkp kpas daerah
Senarai tugas ppkp kpas daerahSenarai tugas ppkp kpas daerah
Senarai tugas ppkp kpas daerahShobby Shobana
 
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitStrategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitMuhammad Nasrullah
 
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencingRENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencingMuhammad Nasrullah
 
Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan KebangsaanSistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan KebangsaanMuhammad Nasrullah
 
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanTuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanYonizam Syahrul
 
Standard operating procedure for wound dressing
Standard operating procedure  for wound  dressingStandard operating procedure  for wound  dressing
Standard operating procedure for wound dressingZamari
 
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERKONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERMuhammad Nasrullah
 

What's hot (20)

Denggi
DenggiDenggi
Denggi
 
PENYAKIT LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIA
PENYAKIT LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIAPENYAKIT LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIA
PENYAKIT LEPTOSPIROSIS DI MALAYSIA
 
Kawalan infeksi
Kawalan infeksiKawalan infeksi
Kawalan infeksi
 
Pengurusan sisa klinikal
Pengurusan sisa klinikalPengurusan sisa klinikal
Pengurusan sisa klinikal
 
CONJUNCTIVITIS
CONJUNCTIVITISCONJUNCTIVITIS
CONJUNCTIVITIS
 
Peraturan peraturan kawalan hasil tembakau
Peraturan peraturan kawalan hasil tembakauPeraturan peraturan kawalan hasil tembakau
Peraturan peraturan kawalan hasil tembakau
 
Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020Typhoid dan Cholera 2020
Typhoid dan Cholera 2020
 
Chicken pox
Chicken poxChicken pox
Chicken pox
 
Senarai tugas ppkp kpas daerah
Senarai tugas ppkp kpas daerahSenarai tugas ppkp kpas daerah
Senarai tugas ppkp kpas daerah
 
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak BerjangkitStrategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
Strategi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit & Tidak Berjangkit
 
Terapi Pemberian Oksigen
Terapi Pemberian OksigenTerapi Pemberian Oksigen
Terapi Pemberian Oksigen
 
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencingRENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
RENAL CALCULI - Batu karang dalam salur kencing
 
Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan KebangsaanSistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan
 
Ceramah Pencegahan Demam Denggi
Ceramah Pencegahan Demam DenggiCeramah Pencegahan Demam Denggi
Ceramah Pencegahan Demam Denggi
 
PENJAGAAN PRA DAN POS SURGERY
PENJAGAAN PRA DAN POS SURGERYPENJAGAAN PRA DAN POS SURGERY
PENJAGAAN PRA DAN POS SURGERY
 
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanTuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
 
Standard operating procedure for wound dressing
Standard operating procedure  for wound  dressingStandard operating procedure  for wound  dressing
Standard operating procedure for wound dressing
 
Kaedah epidemiologi
Kaedah epidemiologiKaedah epidemiologi
Kaedah epidemiologi
 
Malaria
MalariaMalaria
Malaria
 
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMERKONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
KONSEP PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER
 

Recently uploaded

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxg46192627
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 

Recently uploaded (12)

PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptxULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
ULANGKAJI SAINS TINGKATAN 4 BAB 5 GENETIK.pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 

Penyakit rabies

  • 1. P E N Y A K I T R A B I E S J A L I N A N M A S Y A R A K A T J A B A T A N S E J A R A H U N I V E R S I T I M A L A Y A 1 9 / 2 0
  • 2. SEJARAH PENYAKIT RABIES DI MALAYSIA 1924: REKOD PERTAMA PENYAKIT RABIES TELAH DICATATKAN SEBELUM MERDEKA DAN IA TELAH BERMULA DI BAHAGIAN SEMPADAN THAILAND DAN MENJADI SATU WABAK YANG BERSIFAT ENDEMIK. 1954: Program kawalan Rabies kebangsaan pada bulan April 1954 dikatakan telah berjaya mengekang wabak ini daripada terus berleluasa dan akhirnya Malaysia diisytiharkan bebas daripada ancaman penyakit rabies. Tetapi, terdapat penyebaran kecil wabak rabies telah dicatatkan pada haiwan dan manusia terutamanya di Kedah, Perlis, Kelanran dan Selangor. 1953 : Akta Binatang 1953 (Semakan tahun 2006) bagi semenanjung Malaysia telah memberikan peruntukan yang cukup bagi mengawal dan mengekang wabak penyakit rabies daripada berlaku. Akta tersebut menetapkan langkah pencegahan yang boleh diambil seperti mengeluarkan perintah kawalan yang merangkumi pelesenan anjing, pemvaksinan dan memusnahkan anjing liar. Manakala sabah dan sarawak pula turut memiliki akta yang sama mengenai pengawalan wabak rabies di negeri borneo berkenaan. 1955: Program imunisasi yang pertama telah diperkenalkan di Malaysia dan ia dikatakan berjaya memulihkan haiwan peliharaan anjing pembawa virus dalam jarak 50 km hingga 80 km daripada sempadan Thailand di Perlis, Kedah, Kelantan dan di utara Perak. Daripada kejayaan program imunisasi tersebut, dikatakan semakin lama semakin banyak negeri yang telah diisytiharkan zon bebas daripada virus rabies.
  • 3. 1993: Kota Setar, Kubang Pasu dan Padang Terap di Kedah telah diisytiharkan sebagai tempat penyebaran virus rabies. 1997: Tiga kematian telah dicatatkan daripada 7 kes yang telah dilaporkan di Kedah. 1998: Seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun di Kedah telah digigit oleh anjing liar dan kank-kanak tersebut telah dilaporkan mati akibat serangan virus rabies. Manakala selepas peristiwa tersebut, dikatakan tiada lagi kes baharu rabies yang dicatatkan sepanjang tempoh 2o tahun yang seterusnya. 2012: Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO ( World Health Oraganization ) bahagian penjagaan haiwan dan penyakit berjangkit telah mengisytiharkan Malaysia bebas daripada wabak virus rabies dengan wabak terakhir dapat dilihat dan dicatatkan pada haiwan akhir tahun 1999 manakala wabak akhir bagi manusia pula adalah sekitar tahun 1988. 2015: Virus rabies telah dicatatkan kembali semula pada bulan Julai 2015, yang mana penyebarannya dapat dilihat berlaku di Perlis, Kedah dan di Pulau Pinang. 2015 Virus rabies yang pertama selepas tempoh 15 tahun telah dicatatkan di kaki bukit, Perlis yang diikuti dengan kes di Pokok Sena dan juga di Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah dan di Kuala Sungai Pinang di Pulau Pinang. Pada bulan Ogos pula, negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah diisytiharkan sebagai kawasan penyebaran penyakit rabies yang mencatatkan peningkatan jangkitan wabak virus rabies pada anjing liar 2017: 4 kematian akibat penyakit rabies telah terjadi dalam tempoh sebulan yang melibatkan 3 orang kanak-kanak yang berumur bawah 10 tahun dan juga turut melibatkan orang dewasa yang berumur 52 tahun di Serian, Sarawak.
  • 4. 2018: 30 kawasan di Serian, Sri Aman, Kuching dan Sarikei, Sarawak telah diisyhtiharkan sebagai kawasan jangkitan rabies yang baharu. - Pada bulan Mei, jumlah kematian meningkat kepada 9 orang dan pada bulan Ogos pula lebih daripada 72,000 anjing telah mendapat vaksin di Sarawak. - Pada tarikh 26 Ogos, kerajaan Sabah telah memulakan pengharaman terhadap pengimportan haiwan kucing dan anjing di setiap wilayah. Bagi mana-mana haiwan yang telah disahkan dijangkiti rabies dalam jarak 30 Km daripada utara Kalimantan dan di sempadan Pensiangan Sarawak akan terus divaksin dan diasingkan RUJUKAN : 1) https://www.pressreader.com/malaysia/new-straits-times/20180902/28 1805694804015 2) https://pdfs.semanticscholar.org/7e35/124f4d584ec90e49b66ae1102c4b e27d3064.pdf J. Ganesan, FRCP A M. Sinniah, MSC Histopathology and Virology Divisions, Institute of Medical Research, Jalan Pahang, 50588 Kuala Lumpur 3) http://www.dvs.gov.my/dvs/resources/auto%20download%20images/560ca e02bd732.pdf
  • 5. STATISTIK RABIES DI MALAYSIA Oleh BALQISH KARIENA BINTI YUSRI 17205721/1 (AIL190006) Rabies merupakan penyakit yang jarang berlaku di semenanjung Malaysia. Sejak tahun 1982, terdapat hanya dua kes yang dikenal pasti yang melibatkan manusia. Walau bagaimanapun, penyakit rabies masih menjadi satu hal yang mesti dipandang serius. Penyakit ini dilihat mempunyai kes yang membimbangkan di Utara Malaysia, berhampiran sempadan Thailand. Manakala Sabah dan Sarawak dilihat bebas dariapda serangan penyakit ini walaupun terdapat kes kewujudan penyakit ini di daerah Kalimantan, Indonesia. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh World Health Organisation (WHO), sejak tahun 1930 hingga tahun 1992, sebanyak 1203 kes direkodkan di Semenanjung Tanah Melayu. Sepanjang tempoh tersebut, terdapat dua tempoh yang mencatatkan kes rabies paling tinggi iaitu tempoh 1930 sehingga 1940, dan tempoh 1946 sehingga 1958. Antara tempoh 1930 sehingga 1940, sebanyak 192 kes dicatatkan, yang mana negeri-negeri di bahagian Utara menjadi penyumbang utama kepada angka ini. Di Kedah sebanyak 31 kes, Perlis sebanyak 66 kes, Perak sebanyak 39 kes, dan Pulau Pinang 23 kes. Kelantan dan Selangor turut mencatat kes dengan jumlah 14 dan 7 kes. Negeri Pahang, terengganu, dan Negeri Sembilan tidak mencatatkan sebarang kes. Antara tahun 1941 hingga 1945, tiada kes rabie syang dicatatkan kerana peristiwa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Tahun 1946 hingga 1958 mencatatkan kes tertinggi sepanjang tempoh jangkitan rabies iaitu sebanyak 963 kes. Tempat pertama dan kedua yang mencatatkan kes tertinggi masih lagi didominasi oleh negeri utara iaitu Perak sebanyak 482 kes, dan Kedah sebanyak 235 kes. Manakala negeri Selangor pula mencatatkan sebanyak 122 kes.
  • 6.
  • 7. Apakah yang dimaksudkan dengan Rabies atau penyakit Anjing Gila? PENGENALAN Rabies adalah sejenis penyakit zoonatik yang disebabkan oleh jangkitan virus dari genus Lyssavirus yang boleh menjangkiti kesemua jenis mamalia. Berdasarkan kamus Dewan Edisi Keempat pula Rabies bermaksud penyakit berjangkit (lazimnya menjangkiti manusia melalui gigitan anjing yang menghidapnya) yang mengakibatkan kelumpuhan pernafasan yang akhirnya membawa maut. Walaupun jangkitan ini membawa maut namun ia dapat dicegah. Penyakit anjing gila ini merupakan penyakit virus yang menyebabkan radang otak akut pada haiwan berdarah panas. Penyakit rabies ini boleh berjangkit kepada manusia jika haiwan peliharannya menghidapi virus ini yang mengigit atau mencakar tuannya. Rabies ini selalunya didapati dalam haiwan liar seperti kelawar, rakun, skunk dan dan musang. Namun begitu, di negara-negara lain, anjing menjadi salah satu pembawa penyakit ini dan kematian yang berganda ini adalah disebabkan gigitan anjing. Berdasarkan laman web World Health Orgamization, fakta yang dinyatakan adalah anjing sebab utama dalam kematian manusia di mana peratus penularannya kepada manusia adalah sehingga 99%. Jangkitan ini telah menyebabkan berpuluh-puluh ribu kematian setiap tahun terutamanya dia Asia dan Afrika. Virus penyakit ini menjangkiti sistem saraf pusat dan mangsa yang dijangkiti biasanya menemui ajal. Dan ianya boleh merebak daripada satu spesies kepada satu sepsies yang lain melalui gigitan haiwan berjangkit. Virus ini dapat dielakkan jika haiwan peliharaan dapat suntikan vaksin bagi melawan virus itu. Selain itu, manusia seharusnya menjauhkan haiwan peliharaanya daripada hidupan liar dan mendapatkan rawatan perubatan selepas mendapati haiwan peliharaan tersebut mempunyai potensi dijangkiti virus itu.
  • 8. Kes rabies terakhir yang dilaporkan di Malaysia dalam haiwan pada tahun 1999 dan dalam manusia pada tahun 1998. Setelah hampir belasan tahun tiada kes baru yang dilaporkan. Malaysia telah diisytiharkan bebas daripada penyakit ini melalui WHO. Sekitar 86% daripada kes yang direkodkan antara tahun 1955 sehingga 1986, berlaku di dalam kawasan penampan dan 14% lagi berlaku di negeri lain. Sepanjang tahun itu Malaysia dapat mengekalkan kadar insiden yang rendah iaitu 1.3 kes setahun. Akta Binatang 1953 bagi Semenanjung Malaysia telah memperuntukkan kuasa yang mencukupi bagi membendung wabak ini. Akta berkenaan telah mengeluarkan perintah kawasan terjangkiti Rabies dan langkah pencegahan dan kawalannya meliputi melesen anjing. Sabah dan Sarawak pula juga mempunyai kuasa perundangan bagi mengawal penyakit ini. Strategi yang dilakukan ini terbukti berkesan dan penyakit ini juga tersenarai sebagai Penyakit Wajib Lapor. RUJUKAN (DIAKSES PADA SABTU , 9/5/2020 , JAM 5PM) https://hus.moh.gov.my/bm/index/risalah-rabies/ https://www.who.int/rabies/about/en/ https://www.cdc.gov/rabies/index.html https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rabies https://www.medicinenet.com/rabies_virus/article.htm https://www.who.int/features/factfiles/rabies/en/
  • 9. SIMPTOM-SIMPTOM & FASA-FASA PENYAKIT RABIES / PENYAKIT ANJING GILA Rabies ataupun lebih dikenali sebagai penyakit anjing gila muncul dalam lima peringkat yang berbeza. Lima peringkat tersebut ialah incubation, prodromal, tempoh neurologi akut, koma, dan juga kematian. Apabila dilihat dari peringkat-peringkat tersebut, dapat dikatakan bahawa penyakit anjing gila ini boleh membawa kepada kematian apabila tidak dirawat dengan segera. Fasa pertama bagi Rabies ini ialah incubation ataupun proses pengeraman. Fasa ini adalah tempoh dimana sebarang bentuk gejala ataupun simptom belum lagi muncul. Hal ini bermaksud, apabila seseorang itu telah diserang ataupun mendapat gigitan anjing gila, gejala-gejala yang menunjukkan seseorang itu terkena penyakit anjing gila tidak akan muncul dengan tempoh waktu yang cepat. Fasa pengeraman ini akan berlanjutan dari 3 hingga 12 minggu. Tetapi, gejala ini juga bergantung dengan lokasi gigitan dimana semakin dekat lokasi gigitan ke otak iaitu pada bahagian muka, bahu, dan leher, maka semakin cepat juga kesannya ataupun simptom itu muncul. Menurut pakar kesihatan, apabila gejala mula muncul, Rabies ini biasanya boleh membawa maut. Oleh hal yang demikian, individu yang terkena gigitan perlu mendapatkan bantuan perubatan dengan segera tanpa perlu menunggu kemunculan simptom ataupun gejala-gejala lain. Fasa seterusnya yang terdapat dalam penyakit anjing gila (Rabies) ini ialah prodormal. Fasa Prodormal ini merupakan fasa di mana gejala-gejala ataupun simptom-simptom mula muncul. Antara simptom-simptom mangsa gigitan berada dalam fasa prodromal ialah seperti yang berikut : a) Selesema b) Demam (suhu badan 380C) c) Sakit tekak & batuk d) Rasa mual & muntsh e) Ketidakselesaan Fasa prodormal ini dikatakan boleh berlanjutan dari 2 hingga 10 hari dan ianya boleh menjadi semakin teruk sekiranya individu tidak mengambil sebarang langkah untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • 10. Selain itu, Acute Neurologic Period ataupun Tempoh Neurologi Akut juga merupakan fasa yang berada dibawah penyakit Rabies. Bersesuaian dengan nama fasa ini iaitu “neurologi”, pada fasa ini, simptom- simptom neurologi pula yang akan muncul dalam beberapa bentuk seperti yang berikut :- a) Kekeliruan dan agresif. b) Kelumpuhan separa, otot mengecut tanpa dikawal, dan otot leher tegang. c) Sawan d) Hiperventilasi dan kesukaran untuk bernafas. e) Penghasilan banyak air liur / berbuih di mulut. f) Takut air (hydrofobia) g) Kesukaran menelan h) Halusinasi (mimpi buruk) i) Insomnia j) “Priapism” (ereksi kekal pada lelaki) k) Fotofobia (takut pada cahaya) Sekiranya, simptom-simptom neurologi ini muncul, individu tersebut mungkin mempunyai peluang yang nipis untuk sembuh kerana hal ini dapat mengakibatkan kerosakan kepada sistem neuron individu yang akhirnya akan membawa kepada kecacatan ataupun kelumpuhan yang kekal. Paling buruk lagi, ia dapat membawa kepada kematian. Fasa terakhir dibawah penyakit Rabies ini ialah koma dan kematian. Sekiranya seseorang itu berada dalam fasa koma, potensi dan peluang untuk individu itu sembuh adalah sangat tipis. Jika individu tersebut sembuh sekalipun, individu tersebut tidak akan sembuh dalam keadaan yang sempurna walhal seperti yang telah dinyatakan tadi pesakit boleh mengalami kecacatan seumur hidup. Bukan itu sahaja, risiko yang paling teruk bagi individu yang terkena penyakit Rabies ialah kematian. Sekiranya seseorang itu mengalami koma, kematian dikatakan akan berlaku hanya dalam masa beberapa jam sahaja kecuali jika dirawat melalui ventilator tetapi seperti yang diketahui umum, rawatan melalui ventilator ini juga bukan lah kekal kerana sampai satu tahap, mesin ventilator itu juga boleh dapat dihentikan sekiranya pihak pegawai perubatan melihat tiada potensi untuk sembuh bagi pesakit itu.
  • 11. Secara ringkasnya, individu yang terkena penyakit Rabies tidak akan sedar bahawa mereka dijangkiti penyakit Rabies dalam jangka masa yang cepat kerana simptom-simptom hanya akan muncul setelah beberapa minggu dan kelewatan dalam mengambil rawatan perubatan akan mengeruhkan lagi kondisi kesihatan individu yang terlibat. Bertitik tolak daripada hal tersebut, individu yang merasakan bahawa mereka telah terkenan gigitan anjing gila ataupun merasakan bahawa mereka telah terkena air liur anjing, individu ini perlu segera ke pusat kesihatan terdekat untuk mendapatkan rawatan sebelum semuanya terlambat.
  • 12. PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT RABIES Rabies adalah Lyssavirus yang menyebabkan seseorang mati yang disebarkan kepada orang-orang dari air liur haiwan yang dijangkiti. Haiwan yang cenderung menyebarkan rabies di Amerika Syarikat termasuk kelawar, coyote, rubah, rakun dan skunk. Di Afrika dan Asia Tenggara pula, anjing liar adalah kemungkinan besar menyebarkan rabies kepada orang. Haiwan mamalia boleh menyimpan dan mennyebarkan virus, tetapi mamalia yang bersaiz kecil, seperti tikus dan arnab jarang dijangkiti atau menyebarkan virus rabies. Virus rabies biasanya merebak melalui gigitan. Rabies boleh menyerang jika seseorang itu menerima gigitan haiwan yang dijangkiti atau jika air liur dari haiwan yang dijangkiti terkena luka secara terbuka atau melalui membran mukosa seperti mata atau mulut. Sebaik sahaja seseorang mula menunjukkan tanda-tanda rabies, penyakit ini hampir menyebabkan kematian. Atas sebab ini, sesiapa yang mempunyai risiko dijangkiti rabies harus mendapat vaksin rabies untuk perlindungan. Secara amnya, virus ini memasuki tubuh melalui penyusupan air liur yang pernah diserang virus dari haiwan, misalnya calar atau gigitan. Tetapi virus ini tidak dapat menyusup ke kulit yang utuh. Sebaik sahaja virus itu sampai ke otak, virus itu akan replikasi sehingga muncul tanda-tanda klinikal dari pesakit. Terdapat dua manifestasi klinikal rabies berlaku iaitu marah (furious) dan lumpuh. Tanda furious merupakan paling biasa berlaku pada pesakit yang merangkumi kira-kira 80% kes. Tempoh inkubasi rata-rata boleh mencecah sehingga 2 hingga 3 bulan, namun dapat berlaku antara 7 hari hingga setahun. Walau bagaimanapun, tanpa rawatan yang efisien, jangkitan virus ini boleh membawa maut dalam 2 minggu.
  • 13. Walaupun rabies biasanya merebak kepada manusia melalui anjing, kitaran rabies hidupan liar lain (sylvatic) juga mendatangkan penyakit rabies. Misalnya, kelelawar, rakun dan rubah yang berfungsi sebagai penyokong virus rabies tersebut. Tambahan lagi, perlu juga diketahui bahawa penyakit Rabies dikatakan dapat merosakkan tisu ataupun sel badan sekiranya penularan virus tersebut tidak dicegah. Bentuk dan sel saraf manusia dikatakan adalah normal sebelum simptom Rabies itu terhasil. Namun demikian, kematian boleh berlaku apabila kesemua sistem saraf tidak berfungsi. Hal ini terjadi kerana ia disebabkan virus Rabies mampu menyamai fungsi ‘neurotransmitter’ yang berada di dalam saraf badan kita. Neurotransmiter dapat dikenalpasti sebagai kompaun yang digunakan supaya penghantaran maklumat daripada satu saraf ke saraf yang lain dapat dilakukan. Oleh itu, apabila kehadiran virus ini terlampau banyak, ia dikatakan akan menyebabkan sistem saraf penyampai maklumat Neurotransmiter menjadi tidak teratur dan situasi tersebut menyebabkan pesakit biasanya mengalami simptom meracau, mempunyai halusinasi, aggresif dan sebagainya. RUJUKAN : 1) https://www.who.int/rabies/about/en/ 2) https://www.webmd.com/a-to-z-guides/what-is-rabies#1 3) https://thediagnosa.com/anjing-gila-rabies-punca-simptom-rawatan/
  • 14. RAWATAN DAN PENCEGAHAN BAGI PENYAKIT RABIES RAWATAN Tiada sebarang rawatan yang khusus apabila penyakit rabies mula berkembang. Hampir tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan selesa, bebas daripada kesakitan fizikal dan gangguan emosi.  Langkah pencegahan perlu diberi perhatian oleh pihak yang merawat pesakit bagi mengelakkan gigitan dan pencemaran air liur (dengan menggunakan peralatan perlindungan diri) dan Vaksinasi.  Sekiranya pesakit berada di hospital: Tempatkan pesakit di dalam bilik yang senyap dengan pencahayaan malap dan lindungi mereka daripada sebarang rangsangan (contohnya : bunyi bising, udara yang sejuk) yang berkemungkinan meningkatkan tahap kekejangan di luar kawalan.  Penggunaan ubat pelali dengan Diazepam 10 mg bagi setiap 4 hingga 6 jam, ditambah dengan Chlorpromazine 50 hingga100 mg, atau morfin intravena jika diperlukan. Ianya membantu untuk mengawal kekejangan otot dan kegelisahan.  Pemberian makanan menerusi oral (mulut) biasanya adalah mustahil. Cecair perlu diberi menerusi kaedah suntikan. JENIS UBAT FUNGSI Diazepam 10mg -Memberi kesan menenangkan dalam beberapa jam (Ubat Penenang) -Mengatasi gejala putus zat akibat alkohol Chlorpromazine 50-100mg -Menangani gejala psikosis pada skizofrenia (sakit mental) -Digunakan untuk mengelakkan mual dan muntah. Morfin intravena
  • 15.  Vaksinasi : Disyorkan kepada semua individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan rabies dan pelawat kawasan endemik yang tidak mempunyai bekalan vaksin rabies.  Vaksin boleh didapati di hospital yang berdekatan. PENCEGAHAN Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) menasihati orang awam agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies: 1) Elakkan berada dekat dengan haiwan yang membolehkan kita berisiko tinggi untuk digigit. 2) Apabila terkena gigitan : Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur. 3) Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar. 4) Antirabies Imunoglobulin (RIG) akan diberikan untuk disapu pada sekitar tempat lika dan tisu. Antirabies Imunoglobulin (RIG) RIG dibuat dari darah dan mengandungi antibodi terhadap rabies. Ia memberikan perlindungan yang cepat tetapi tidak tahan lama. Semasa RIG diberikan, siri vaksin rabies dimulakan sehingga tubuh dapat membuat antibodi sendiri untuk perlindungan jangka panjang. 5) Beberapa dos vaksin disuntik ke dalam kulit atau ke dalam otot (bergantung kepada jenis vaksin yang digunakan). Dos pertama mesti diberikan seawal mungkin selepas terkena gigitan dan dos terakhir dalam tempoh 28 hari sekiranya disuntik ke dalam otot atau 90 hari sekiranya disuntik ke dalam kulit.
  • 16. 6) Bagi haiwan peliharaan: Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar. 6) Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat. 7) Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; 8) Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas berinteraksi dengan anjing peliharaan. RUJUKAN DIRUJUK PADA : 08/05/2020 (3 PM) 1- https://hus.moh.gov.my/bm/index/risalah-rabies/ 2- https://www.alodokter.com/diazepam 3- https://www.google.com/search?q=fungsi+obat+chlorpromazine+100+mg& oq=fungsi+Chlorpromazine&aqs=chrome.4.0l5.31341j0j7&sourceid=chrome&i e=UTF-8 4- https://www.google.com/search?q=maksud+skizofrenia&oq=maksud+skizo frena&aqs=chrome.1.69i57j0l7.5684j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8 5- https://www.google.com/search?q=maksud+penyakit+psikosis&oq=maksud +psikosis&aqs=chrome.1.69i57j0l2.3994j0j7&sourceid=chrome&ie=UTF-8 6- http://www.jpvpk.gov.my/index.php/en/rabies-penyakit-anjing-gila 7- https://www.cdc.gov/rabies/medical_care/hrig.html