Successfully reported this slideshow.

Waj 3107 tugasan 5 pg

3,922 views

Published on

  • Be the first to comment

Waj 3107 tugasan 5 pg

  1. 1. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAK Raslamiah binti Othman & Masliza binti MohamadKREATIVITI DAN KANAK-KANAK1.0 KREATIVITILowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataanini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuhdengan perasaan ingin tahu.1.1 PENGERTIAN KREATIVITIKreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud“membuat”. Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud“memenuhi‟. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan(kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagaimempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu ideabaru dan asli.Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorangmenghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yangmentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak adasebelumnya.1.2 PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI VISUAL MENGENAI KREATIVITIEllis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidikdan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannyadi dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti danbeliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorangmencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolahidea.Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yangsihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-limafaktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupanyang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnyaWaj 3107 Page 1
  2. 2. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAKmenjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyairasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain dipersekitarannya.Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seniataupun sains,Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukurmelalui empat omponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian(mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera sepertimelihat, merasa,mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi prosesengamatan dan merekod.)TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI5.4.1 Perkembangan Kreativiti Fisher(a) Peringkat RangsanganPemikiran kreatif dirangsang dengan apa, mengapa, siapa, bagaimana dansebagainya. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.(b) Peringkat PenerokaanPeringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawabpersoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.(c) Peringkat PerancanganPeringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakansemua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan.Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:• Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan,Waj 3107 Page 2
  3. 3. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAKpemerhatian, interaksi dan sebagainya.• Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dansebagainya.(d) Peringkat AktivitiPemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatifmelalui tindakan setelah merencana segala aktiviti.Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalanpersoalan seperti„‟Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?‟‟(e) Kajian SemulaPeringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi prosespenambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja.Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yangtelah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.Laura H. Chapman – 3 kaedah diperkenalkan :(a) Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuanpenghasilan karya. guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkanhala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.(b) Pengolahan dan Pemurniaan (Elaboration and Refinement)Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visualyang lebih sistematik dan tersusun.Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendakdihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.Waj 3107 Page 3
  4. 4. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAK(c) Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknikpenggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dantunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilaitersendiri.Calvin W. Taylor(a) Kreativiti Bersifat EkspresifKreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas.Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secaraspontandan bebas mengikut kemampuan yang sesuai dengan perkembangan fizikalmereka yang belum stabil.Penghasilan lukisan pada peringkat ini banyak digambarkan melalui garisan dancontengan mudah.(b) Kreativiti Melalui Penghasilanguru membantu murid untuk menambahbaik kemahiran sedia adakepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun.(c) Kreativiti Bersifat InventifKreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objekmelalui proses eksprimentasi. Peranan guru pada peringkat ini adalah memberikanmotivasi dan galakan supaya pelajar tidak cepat bosan dan putus asa.(d) Kreativiti Bersifat InovatifPeringkat ini melibatkan modifikasi kepada konsep-konsep asas sedia ada kepadaidea baru yang lebih bermakna. pelajar mula bertindak luar dari kaedah konvensionaldan menghasilkan alternative bagi setiap perancangan.(e) Kreativiti Bersifat EmergenWaj 3107 Page 4
  5. 5. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAKIni merupakan bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsipformal diterjemahkan dan muncul di dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagicontoh, figura manusia digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal danbentuk asalnya oleh kanakkanak apabila melukis.CIRI-CIRI KREATIVITI(a) Bersifat FleksibelSeseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagaikeadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.(b) Sensitif dan PekaIndividu ini mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekelilingnyatermasuk gaya hidup, keperluan, persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria.(c) Gagasan/Idea yang Asli dan TulenSeseorang yang dikategorikan sebagai kreatif sering kali mengutarakan idea dangagasan yang asli. Ini bermakna, cetusan idea bukanlah hasil cedokan daripadamana-mana sumber. Idea mereka unik dan menarik, malah tidak stereotaip dan jugatidak kovensional. Mereka ini biasanya menghasilkan hasil kerja dan karya mengikutcetusan rasa. Hasil karya yang mereka hasilkan sering kali berbeza daripada yangbiasa.(d) Bersifat TerbukaMempunyai sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan pendapat oranglain mengenai hasil karya dan kerja mereka. Mengamalkan sikap bebas sertademokratik.(e) LogikMurid-murid peka dan sering berfikir secara logik dan rasional.Mereka tahu membezakan yang baik dan tidak baik. Selain menghargai masamereka juga sangat menghormati masa.Waj 3107 Page 5
  6. 6. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAK(f) Berfikiran BebasGolongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong padasatusatu perkara sahaja. Golongan ini pandai dan bijak merancang agar projek danperkara yang dirancang selamat dan berjalan lancar. Pada kebiasaannya mereka inisangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.5.6 STRATEGI MERANGSANG KREATIVITI5.6.1 Kaedah Sumbangsaran (Brainstorming)(a) Kaedah PertamaElakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini bolehmembantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yangdiberikan tidak mampu dilaksanakan.(b) Kedah KeduaElakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dansaranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkanperasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid. Keadaan inibiasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankanidea dan secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki ideatersebut.(c) Kaedah KetigaMenjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam ideadan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.(d) Kaedah KeempatMenggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masukakal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripadakemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional danbersifat biasa sahaja.Waj 3107 Page 6
  7. 7. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAKTeori Perkembangan Kreativiti Paul Torranceproses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar.(a) PenyoalanRangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.(b) PenemuanProses penemuan merujuk kepada usaha untuk memberikan galakan danrangsangan oleh guru kepada murid bagi menggalakkan penemuan-penemuanterbaru melalui penyelidikan dan kajian.(c) Pemerhatianproses pemerhatian tidak tertumpu hanya pada deria pengamatan semata-matamalahan proses pemerhatian turut melibatkan deria yang lain seperti deria sentuhan,dan sebagainya.(d) PercubaanPercubaan merujuk kepada usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik.Individu yang kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendapatkan kesan danhasil yang dikehendaki.(e) PenerokaanPenerokaan atau eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagaibarangan dan alat yang terdapat di sekeliling.(f) Memanipulasimurid mampu menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untukdijadikan hasilan seni. Dalam konteks pendidikan seni visual usaha ini mengajarpelajar supaya lebih berjimat dan mengelakkan pembaziran.(g) Aktiviti/BermainWaj 3107 Page 7
  8. 8. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAKKreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanakkanak, masa bermainmerupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru,rangsangan perlu diwujudkan melalui permainan berbentuk akademik. Sebagaicontoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti membuat mural di sekolah.5.7 MENINGKATKAN MOTIVASIStrategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proseskreativiti.(a) Memilih Bahan dan AlatMurid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang bolehdigunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.(b) MasaRancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yangcukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka.(c) RangsanganPamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameranhasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasilkarya seni visual.(d) Pengajaran dan Pembelajaran FleksibelGuru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnyabersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangandaripada murid.(e) Hormat-menghormatiGuru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid danmenghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan(f) Memberikan Galakan dan MotivasiWaj 3107 Page 8
  9. 9. WAJ 3107 KREATIVITI YANG DIMILIKI KANAK-KANAKElakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidakberminat untuk meneruskan penghasilan karya.(g) PenghargaanGalakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yangmereka berikan di dalam kelasWaj 3107 Page 9

×