SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Mellisa
                                  (Abdullah Hussain)
Sinopsis


    Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke
pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu
telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam
iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-
sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah
menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar
nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu
sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai
latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah.
    Mellisa   jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka
semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa
meninggalkan     Syahid.   Dia    mengambil   keputusan    itu   kerana   tugas     dan
tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk
mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu
peristiwa 13 Mei berulang lagi.


Tema


Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya.
Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman
kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian
menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan
Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa
meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.
Persoalan


       1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara.
           Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang
          yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara.


       2. Persoalan persengketaan antara kaum
          Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan
          Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan
          Stadium Negara.
       3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara.
          Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui
          tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air.

Plot

Binaan Plot

   1. Permulaan
       Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak-
       kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam
       seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan
       akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah
       telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid.


   2. Perkembangan
       Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga
       keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei
       apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas
       dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang
       punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,
persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk
      ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin
      akrab.


   3. Klimaks
      Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya
      dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya
      membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah
      dipermain-mainkan oleh Mei.


   4. Peleraian.
      Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk
      menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya
      hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang
      penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi.



Teknik penceritaan

   1. Imbas kembali

      “Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti
      suka. Aku akan ajar kau agama Islam.”

      Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu.



   2. Teknik Pemeriaan

      Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur
      dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang
      sedang berdiri di samping Farid.
3. Teknik Monolog Dalaman

      Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik.



   4. Teknik Dialog

          “Siapa?”

      “Mei! Ada telefon.”

      “Okey.Saya datang.”




Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Mellisa

      1. Nama panggilannya ialah Mei.
      2. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong.
      3. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka.
      4. Bersemangat patriotik
            Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata
            kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera.
      5. Mempunyai daya ingatan yang tinggi.
            Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak-
            kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia
            baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari
            jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa „hero‟nya berlaku.
      6. Seorang yang terpelajar.
            Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.
Watak Sampingan

Hisyam

        1. Berketurunan Minang.
        2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib.
        3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa.
        4. Rajin – sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi.
        5. Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi peguam atau tentera.

Syahid

        1. Pengarah Syarikat surat khabar
        2. Wajahnya persis Hisyam.
        3. Berani – dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa.
        4. Suka berterus terang – dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa.



Latar

Latar Masa

        1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar.
        2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah.
        3. 13 Mei – berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam.

        Latar Tempat

        1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja
        2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan
           Mellisa.
3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke
        rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia
        dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh.
     4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh
        perusuh.

     Latar Masyarakat

     1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara
        Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang
        menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu.
     2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni
        Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga
        Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku.
     3. Masyarakat pelajar yang gigih.
        Mellisa    amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci
        dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah.
     4. Masyarakat miskin
        Hisyam tinggal di rumah setinggan.
     5. Masyarakat majmuk yang bersengketa
        Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah     kepada penduduk Tanah Melayu
        menyebabkan rusuhan kaum berlaku.



Gaya bahasa

  1. Simile
     Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam
  2. Peribahasa
     Bertegang urat leher
     Tidak lari gunung dikejar.
3. Pesonifikasi
        Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya.
   4. Metafora
        Bisul rusuhan

Nilai

   1. Nilai kasih sayang
        Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap
        terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu.
   2. Nilai kegigihan.
        Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan
        peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan
        daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang
        terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu.
   3. Nilai keberanian.
        Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris
        yang memegang tangan Mellisa.
   4. Cinta akan tanah air
        Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata
        kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera

Pengajaran

   1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan
        masalah.
   2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan
        yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan.
   3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan
        terhadap kita.
4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah
      kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera.



Latihan

      1. Mengapakah Mellisa mudah jatuh hati dengan Syahid?
      2. Jika Hisyam masih hidup, apakah impian yang mungkin akan dicapainya?



Jawapan

      1. Mellisa mudah jatuh hati kepada Syahid kerana wajah dan perwatakannya persis
          Hisyam yang telah meninggal dunia pada rusuhan kaum 13 Mei 1969.
      2. Jika Hisyam masih hidup, mungkin Mellisa akan menjadi isterinya dan akan
          mencapai cita-citanya untuk menjadi peguam atau tentera.

More Related Content

What's hot (17)

Kartini (sarah)
Kartini (sarah)Kartini (sarah)
Kartini (sarah)
 
Biografi kartini (tisia)
Biografi kartini (tisia)Biografi kartini (tisia)
Biografi kartini (tisia)
 
Raden adjeng kartini
Raden adjeng kartiniRaden adjeng kartini
Raden adjeng kartini
 
Biografi r
Biografi rBiografi r
Biografi r
 
Warkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibuWarkah daripada-ibu
Warkah daripada-ibu
 
Tugas Biografi kartini
Tugas Biografi kartiniTugas Biografi kartini
Tugas Biografi kartini
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Biarkan samudera
Biarkan samuderaBiarkan samudera
Biarkan samudera
 
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
Novel Leftenan Adnan Tingkatan 4 Tema dan Persoalan
 
Ra kartini
Ra kartiniRa kartini
Ra kartini
 
Bolo haris
Bolo harisBolo haris
Bolo haris
 
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira BangsaPengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Makalah - R. A. Kartini
Makalah - R. A. KartiniMakalah - R. A. Kartini
Makalah - R. A. Kartini
 
Tugas tugas
Tugas tugasTugas tugas
Tugas tugas
 
P&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsaP&p leftenan adnan wira bangsa
P&p leftenan adnan wira bangsa
 
R.a. kartini
R.a. kartiniR.a. kartini
R.a. kartini
 

Viewers also liked (20)

Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Cerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar AmanatCerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar Amanat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 
Sajak Adat Sezaman
Sajak Adat SezamanSajak Adat Sezaman
Sajak Adat Sezaman
 
Cerpen Pahlawan Buntong
Cerpen Pahlawan BuntongCerpen Pahlawan Buntong
Cerpen Pahlawan Buntong
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Novel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam LukisanNovel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam Lukisan
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Cerpen Penangguhan
Cerpen PenangguhanCerpen Penangguhan
Cerpen Penangguhan
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Drama Cempaka Berdarah
Drama Cempaka BerdarahDrama Cempaka Berdarah
Drama Cempaka Berdarah
 
Kata nama.pptx
Kata nama.pptxKata nama.pptx
Kata nama.pptx
 
Pantun empat kerat budi
Pantun empat kerat budiPantun empat kerat budi
Pantun empat kerat budi
 
Sajak Mengintai Ruang Insaf
Sajak Mengintai Ruang InsafSajak Mengintai Ruang Insaf
Sajak Mengintai Ruang Insaf
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 

Similar to Mellisa

Similar to Mellisa (8)

4 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa14 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa1
 
NOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
NOTA RUJUKAN - Cerpen MellisaNOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
NOTA RUJUKAN - Cerpen Mellisa
 
Mellisa
MellisaMellisa
Mellisa
 
Nota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen MunsyiNota Cerpen Munsyi
Nota Cerpen Munsyi
 
Ulasan buku pramoedya ananta toer
Ulasan buku pramoedya ananta toerUlasan buku pramoedya ananta toer
Ulasan buku pramoedya ananta toer
 
20 Resensi Novel
20 Resensi Novel20 Resensi Novel
20 Resensi Novel
 
Tugas tugas
Tugas tugasTugas tugas
Tugas tugas
 
Resensi Film "3: Alif Lam Mim" Film Dakwah yang Realistis
Resensi Film "3: Alif Lam Mim" Film Dakwah yang Realistis Resensi Film "3: Alif Lam Mim" Film Dakwah yang Realistis
Resensi Film "3: Alif Lam Mim" Film Dakwah yang Realistis
 

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (13)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Cerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan RimbaCerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan Rimba
 
Sajak Mahsuri
Sajak MahsuriSajak Mahsuri
Sajak Mahsuri
 
Hikayat Indera Nata
Hikayat Indera NataHikayat Indera Nata
Hikayat Indera Nata
 

Mellisa

  • 1. Mellisa (Abdullah Hussain) Sinopsis Mellisa, seorang gadis Cina, berasa menyesal kerana mengikut ajakan Farid ke pejabat surat khabar yang menyebabkan dia berkenalan dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam. Wajah Syahid menyerupai wajah Hisyam iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama- sama dengan Hisyam. Mereka selalu bermain bersama-sama dan Hisyam pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan Mellisa apabila mereka sudah besar nanti. Malangnya Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa hitam itu sukar luput daripada ingatan Mellisa. Justeru, dia memilih peristiwa 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Mellisa jatuh hati kepada Syahid kerana keberaniannya dan hubungan mereka semakin rapat. Namun, keakraban Mellisa dan Syahid tidak lama kerana Mellisa meninggalkan Syahid. Dia mengambil keputusan itu kerana tugas dan tanggungjawabnya kepada tanah air. Dia amat cinta akan negaranya dan memilih untuk mengetepikan perasaan hatinya. Dia menjadi anggota tentera kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi. Tema Percintaan antara dua insan yang berbeza budaya. Mellisa seorang gadis berketurunan Cina, pernah menyulam kasih semasa zaman kanak-kanaknya dengan budak keturunan Minang namun kecundang kerana kematian menjemput Hisyam akibat rusuhan 13 Mei. Setelah dewasa, Mellisa jatuh cinta dengan Syahid yang juga pemuda Melayu dan seiras Hisyam namun akhirnya terpaksa meninggalkan Syahid tanpa berita kerana telah dipanggil bertugas sebagai tentera.
  • 2. Persoalan 1. Persoalan pengorbanan demi cinta akan negara. Mellisa sanggup mengorbankan keperluan dirinya dengan meninggalkan orang yang dicintai untuk menyahut panggilan mempertahankan negara. 2. Persoalan persengketaan antara kaum Hasyim dan ibunya telah menjadi mangsa rusuhan kaum pada 13 Mei di Jalan Petaling semasa dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya di hadapan Stadium Negara. 3. Persoalan kesedaran terhadap sejarah negara. Mellisa yang pernah melalui zaman 13 Mei mengkaji sejarah peristiwa itu melalui tesisnya hingga menimbulkan rasa tanggung jawab kepada negara dan tanah air. Plot Binaan Plot 1. Permulaan Mellisa atau Mei terperanjat melihat Syahid yang persis Hisyam kekasih zaman kanak- kanaknya setelah diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah wujud dalam diri jejaka itu menyebabkan mereka mudah mesra dan akhirnya Mei menerima pelawaan Syahid untuk makan tengah hari. Mei seolah-olah telah jatuh cinta pandang pertama kepada Syahid. 2. Perkembangan Mei teringat akan Hisyam, hero masa kecilnya yang selalu bermain dan menjaga keselamatannya. Hisyam juga sering menyatakan hasratnya akan mengahwini Mei apabila dewasa kelak. Kematian Hisyam dalam rusuhan kaum 13 Mei cukup berbekas dalam dirinya menyebabkan dia sering dihantui pertanyaan demi pertanyaan tentang punca peristiwa tersebut boleh meletus dalam kehidupan masyarakatnya. Akhirnya,
  • 3. persoalan tersebut mendapat penjelasan apabila Mei menjalankan latihan ilmiah untuk ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah. Hubungan kilatnya dengan Syahid semakin akrab. 3. Klimaks Mei mendapat panggilan menjadi tentera setelah selesai menghabiskan pengajiannya dalam bidang Sejarah. Keputusan Mei meninggalkan Syahid untuk mencapai impiannya membuahkan perasaan marah dalam diri Syahid kerana Syahid berasa seolah-olah dipermain-mainkan oleh Mei. 4. Peleraian. Akhirnya gadis keturunan Cina ini melupakan keperluan dan angan-angannya untuk menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat demi ingin melihat negara dan rakyatnya hidup dengan aman damai dan harmoni sebagai satu bangsa yang merdeka. Yang penting sekali agar peristiwa 13 Mei itu tidak akan berulang lagi. Teknik penceritaan 1. Imbas kembali “Mei, Mei!” kata Hisyam.“Apabila aku sudah bekerja nanti kita kahwin.Mak aku pasti suka. Aku akan ajar kau agama Islam.” Dia tersenyum. Terhibur dengan ingatannya masa kecil-kecil dahulu. 2. Teknik Pemeriaan Dalam kesibukan dan kebisingan bunyi mesin tulis dan komputer bercampur baur dengan deringan telefon dan suara manusia, seorang lelaki berjalan ke arahnya yang sedang berdiri di samping Farid.
  • 4. 3. Teknik Monolog Dalaman Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. 4. Teknik Dialog “Siapa?” “Mei! Ada telefon.” “Okey.Saya datang.” Watak dan Perwatakan Watak Utama Mellisa 1. Nama panggilannya ialah Mei. 2. Gadis berketurunan Cina dan nenek moyangnya berasal dari Guangdong. 3. Seorang yang lincah, suka bercakap dan bersifat terbuka. 4. Bersemangat patriotik Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera. 5. Mempunyai daya ingatan yang tinggi. Ingatan Mellisa terhadap semua peristiwa yang pernah berlaku pada zaman kanak- kanaknya bersama Hisyam seolah-olah baru berlaku sedangkan pada masa itu dia baru berumur 5 tahun. Ingatannya ini juga yang menyebabkan dia nekad mencari jawapan punca rusuhan yang meragut nyawa „hero‟nya berlaku. 6. Seorang yang terpelajar. Mellisa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera.
  • 5. Watak Sampingan Hisyam 1. Berketurunan Minang. 2. Seorang yang warak - rajin ke masjid terutama pada waktu maghrib. 3. Penyayang - amat menyayangi Mellisa. 4. Rajin – sering membantu ibunya menjual kuih koci dan nasi lemak setiap pagi. 5. Bercita-cita tinggi – dia ingin menjadi peguam atau tentera. Syahid 1. Pengarah Syarikat surat khabar 2. Wajahnya persis Hisyam. 3. Berani – dia berani menghulurkan salam perkenalan kepada Mellisa. 4. Suka berterus terang – dia berterus terang tentang perasaannya terhadap Mellisa. Latar Latar Masa 1. Siang - Pertemuan antara Farid dan Mellisa dengan Syahid di syarikat surat khabar. 2. Senja atau waktu Maghrib - Hisyam ke masjid untuk sembahyang berjemaah. 3. 13 Mei – berlakunya rusuhan kaum yang telah mengorbankan Hisyam. Latar Tempat 1. Pejabat Syahid - Mellisa dan Farid berjumpa atas urusan kerja 2. Rumah Mellisa, - Hisyam menumbuk anak orang putih yang memegang tangan Mellisa.
  • 6. 3. Kampung Baru- tempat responden Mellisa menghantar sahabat baiknya balik ke rumah pada 13 Mei 1969, yang akhirnya menyebabkan tunangnya meninggal dunia dan mukanya berparut semasa bergelut dengan perusuh. 4. Jalan Petaling, tempat berakhirnya riwayat Hisyam dan ibunya yang dibunuh perusuh. Latar Masyarakat 1. Masyarakat muda yang amat cinta akan negara Mellisa amat cinta akan negara lebih-lebih lagi setelah mengetahui peristiwa yang menyebabkan rusuhan kaum yang berlaku pada zaman kanak-kanaknya dahulu. 2. Masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni Keluarga Mellisa yang berketurunan Cina duduk sekampung dengan keluarga Hisyam dengan aman dan damai sehinggalah peristiwa berdarah 13 Mei berlaku. 3. Masyarakat pelajar yang gigih. Mellisa amat tekun menyiapkan tesisnya dengan membuat rujukan terperinci dengan menyemak pelbagai dokumen, buku, akhbar dan majalah. 4. Masyarakat miskin Hisyam tinggal di rumah setinggan. 5. Masyarakat majmuk yang bersengketa Akibat sentimen yang ditanam oleh penjajah kepada penduduk Tanah Melayu menyebabkan rusuhan kaum berlaku. Gaya bahasa 1. Simile Kumisnya yang kecil bak satu garis hitam 2. Peribahasa Bertegang urat leher Tidak lari gunung dikejar.
  • 7. 3. Pesonifikasi Angin utara itu telah menyerbu masuk ke dalam biliknya. 4. Metafora Bisul rusuhan Nilai 1. Nilai kasih sayang Mellisa amat menyayangi Hisyam iaitu hero zaman kanak-kanaknya dan tetap terkenang akannya walaupun peristiwa yang meragut nyawa Hisyam telah lama berlalu. 2. Nilai kegigihan. Mellisa amat tekun dan gigih mencari maklumat tentang peristiwa yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969, dengan mengumpul bukti bukan sahaja melalui pembacaan daripada pelbagai dokumen, tetapi melalui pertemuan bersama-sama responden yang terlibat secara terus dengan peristiwa berdarah itu. 3. Nilai keberanian. Hisyam amat berani melindungi Mellisa. Hisyam telah menumbuk anak orang Inggeris yang memegang tangan Mellisa. 4. Cinta akan tanah air Mellisa seorang gadis yang sanggup meninggalkan keperluan diri semata-mata kecintaannya terhadap negara dengan menjadi tentera Pengajaran 1. Kita haruslah menyedari bahawa pertelingkahan antara kaum hanya akan menimbulkan masalah. 2. Kita haruslah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara agar pekerjaan yang kita lakukan akan membuahkan hasil yang memuaskan. 3. Kita janganlah mudah menyimpan dendam terhadap mereka yang melakukan kesalahan terhadap kita.
  • 8. 4. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara kerana dengan semangat inilah kita boleh hidup dengan aman dan sejahtera. Latihan 1. Mengapakah Mellisa mudah jatuh hati dengan Syahid? 2. Jika Hisyam masih hidup, apakah impian yang mungkin akan dicapainya? Jawapan 1. Mellisa mudah jatuh hati kepada Syahid kerana wajah dan perwatakannya persis Hisyam yang telah meninggal dunia pada rusuhan kaum 13 Mei 1969. 2. Jika Hisyam masih hidup, mungkin Mellisa akan menjadi isterinya dan akan mencapai cita-citanya untuk menjadi peguam atau tentera.