SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Biarkan Samudera
                                     (Raihanah Salleh)

  Sinopsis



       Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak
berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta
masyarakat.    Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh
sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak
di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan.         Disebabkan itu,
kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan.         Dia sering teringatkan masa silam
bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan
Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia
kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik
mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang
mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang
sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah
membantu Mir mengenali Tuhan yang satu.        Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada
konflik jiwa yang dihadapinya itu.   Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu
Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan
beransur pulih.


  Tema



Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar.

Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan
oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan.      Oleh itu, beliau
sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan
bersama ayahnya juga akan hilang.      Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya
bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit
skizofrenia.
Persoalan

1. Persoalan kemiskinan para nelayan

Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan
rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba
kekurangan.

2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan

Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan
dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk
bercuti.    Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah
beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut.

3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama.

Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri
kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku.

4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar

Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai
banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan
pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya.



 Plot


Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:

(i)       Permulaan
          Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan
          perasaan.   Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal
          bersama seorang rakan bernama Hakimah.
(ii)       Perkembangan
           Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke
           rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan
           tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga
           pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan
           cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya.


(iii)      Konflik
           Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan
           masalah keluarganya.


(iv)       Klimaks
           Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah
           menghadiahkan kain telekung.


(v)        Peleraian
           Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh
           dan kembali seperti biasa.


  Teknik Penceritaan


1. Pemerian
        Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di
        dalam lautan mencari rezeki.


2. Dialog
        Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak
        yang sering didengari oleh Amirah.


3. Imbas Kembali
Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga
   lautan daripada pencemaran.


4. Suspens
   Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di
   tepi pantai.


5. Monolog Dalaman
   Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu
   dijaga untuk kelangsungan ekosistem.


6. Monolog Luaran
   Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah
   kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?”



 Watak dan Perwatakan


Watak Utama

Mir / Amirah

      Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.

      Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.

      Anak tunggal.

      Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.

      Memiliki rambut yang cantik.

      Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib
       dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.
   Suka menyendiri -      Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan
      perasaan.

     Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan
      hidup keluarganya.




Watak Sampingan

1. Hakimah

     Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.

     Ibu yang tinggal di kampung.

     Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan
      perasaan.

     Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.

     Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah
      kepada ibunya.

2. Ayah

     Ayah kepada Amirah.

     Bekerja sebagai nelayan.

     Sudah tua

     Tinggal di rumah panjang di kampung.

     Badannya agak kurus.

     Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan
      untuk pembangunan
     Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah
         panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.

        Gigih -    Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi
         menampung kehidupan dia dengan anaknya.

3. Ibu

        Ibu kepada Hakimah

        Tinggal di kampung.

        Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah
         mendekatkan diri dengan Tuhan.

        Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke
         luar negara.

        Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati
         diri dengan Tuhan.

        Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah
         membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu.



  Latar
Latar Masa

Latar Masa

        Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.

        Hari Sabtu -    Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan
         fikiran.

Latar Tempat

        Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
     Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah
         Amirah.

        Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.

        Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar.

Latar Masyarakat

            Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang
             tinggal di kampung.
            Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya
             yang mengalami tekanan perasaan.
            Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi
             Pendidikan tinggi tempatan.
            Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal
             di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.
            Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta
             Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu.



 Gaya Bahasa

1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”.
2. Sinkope – kau, ku dan tak
3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung.
4. Peribahasa - hati perut.
5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.”



 Nilai

1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi.


2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan
kepadanya.
3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda
       hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan.
   4. Nilai rasional -     Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan
       dirobohkan untuk pembangunan.
   5. Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada
       ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah.


 Pengajaran


   1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang
       sedang dalam kesusahan.


   2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan
       tenang untuk melalui kehidupan seharian.


   3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar
       kita tidak bertindak di luar batasan.


   4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang
       keseorangan di kampung.


   5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan
       memberi pendidikan kepada kita.


 Latihan


1) Jelaskan sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama cerpen tersebut.


2) Nyatakan perwatakan Hakimah berserta contoh berdasarkan cerpen tersebut.
Jawapan

 1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama:
       Rumah mereka akan dirobohkan
       Ayahnya terpaksa tinggal di rumah panjang berramai-ramai.
       Memikirkan soal kehidupan ayahnya yang miskin yang telah kehilangan rumah.


 2. Perwatakan Hakimah:

       Seorang sahabat yang baik iaitu sentiasa bersedia membatu rakannya yang
        mengalami tekanan perasaan.

       Seorang prihatin iaitu sanggup membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk
        bertemu dengan ibunya.

       Seorang yang penyayang contohnya,       Hakimah amat baik dengan ibunya dan
        sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.

More Related Content

Viewers also liked (20)

Drama Cempaka Berdarah
Drama Cempaka BerdarahDrama Cempaka Berdarah
Drama Cempaka Berdarah
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Kata nama.pptx
Kata nama.pptxKata nama.pptx
Kata nama.pptx
 
Pantun empat kerat budi
Pantun empat kerat budiPantun empat kerat budi
Pantun empat kerat budi
 
Cerpen Penangguhan
Cerpen PenangguhanCerpen Penangguhan
Cerpen Penangguhan
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Novel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam LukisanNovel Sutera dalam Lukisan
Novel Sutera dalam Lukisan
 
Sajak Adat Sezaman
Sajak Adat SezamanSajak Adat Sezaman
Sajak Adat Sezaman
 
Cerpen Pahlawan Buntong
Cerpen Pahlawan BuntongCerpen Pahlawan Buntong
Cerpen Pahlawan Buntong
 
Cerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar AmanatCerpen Tanggar Amanat
Cerpen Tanggar Amanat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Cerpen Pungut
Cerpen PungutCerpen Pungut
Cerpen Pungut
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Mellisa
MellisaMellisa
Mellisa
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 

Similar to Biarkan samudera

5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samudera5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samuderaMis Sem
 
Cerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samuderaCerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samuderaGrace Rui
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangAzwira Ariwana
 
Drama tiang cengal dinding sayung
Drama tiang cengal dinding sayungDrama tiang cengal dinding sayung
Drama tiang cengal dinding sayungrohayahhashim
 
Tiang cengal
Tiang cengalTiang cengal
Tiang cengalnaniomar
 
Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4
Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4
Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4wawanasuhanajib
 
2 cerpen israk
2 cerpen israk2 cerpen israk
2 cerpen israkMis Sem
 
Drama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakan
Drama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakanDrama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakan
Drama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakanpreciousafiqah
 

Similar to Biarkan samudera (9)

5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samudera5 cerpen biarkan-samudera
5 cerpen biarkan-samudera
 
Cerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samuderaCerpen biarkan-samudera
Cerpen biarkan-samudera
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama tiang cengal dinding sayung
Drama tiang cengal dinding sayungDrama tiang cengal dinding sayung
Drama tiang cengal dinding sayung
 
Tiang cengal
Tiang cengalTiang cengal
Tiang cengal
 
Cerpen Israk
Cerpen IsrakCerpen Israk
Cerpen Israk
 
Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4
Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4
Tiang Cengal Dinding Sayung . komsas tingkatan 4
 
2 cerpen israk
2 cerpen israk2 cerpen israk
2 cerpen israk
 
Drama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakan
Drama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakanDrama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakan
Drama tiang cengal dinding sayung-watak perwatakan
 

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (13)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Cerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan RimbaCerpen Hutan Rimba
Cerpen Hutan Rimba
 
Sajak Mengintai Ruang Insaf
Sajak Mengintai Ruang InsafSajak Mengintai Ruang Insaf
Sajak Mengintai Ruang Insaf
 
Sajak Mahsuri
Sajak MahsuriSajak Mahsuri
Sajak Mahsuri
 
Hikayat Indera Nata
Hikayat Indera NataHikayat Indera Nata
Hikayat Indera Nata
 

Biarkan samudera

  • 1. Biarkan Samudera (Raihanah Salleh) Sinopsis Mir atau Amirah mengalami tekanan jiwa. Penyakit tersebut menyebabkan Mir tidak berminat terhadap banyak perkara dan sering menyisihkan diri daripada kawan-kawan serta masyarakat. Mir sering bercakap sendirian dan perlakuan peliknya itu telah disedari oleh sahabat baiknya Hakimah. Semuanya berpunca daripada rumahnya yang dahulu yang terletak di tepi pantai sudah dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Disebabkan itu, kehidupannya yang lampau hanya tinggal kenangan. Dia sering teringatkan masa silam bersama ayahnya yang bekerja sebagai nelayan serta pesanan-pesanan ayahnya. Keadaan Mir semakin membimbangkan disebabkan oleh ibunya juga telah meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Semuanya datang menghantuinya. Menyedari hal itu, Hakimah sebagai kawan baik mengajak Mir ke kampungnya ketika cuti semester. Hakimah berusaha membantu Mir yang mengalami konflik jiwa itu dengan bantuan ibunya. Ibu Hakimah yang tahu keadaan Mir yang sering menyendiri itu, lalu menghadiahkan telekong berenda. Ibu Hakimah mahu Hakimah membantu Mir mengenali Tuhan yang satu. Kesannya, Mir mula beransur pulih daripada konflik jiwa yang dihadapinya itu. Mir berjanji akan menggunakan telekong pemberian ibu Hakimah. Keadaan ini menggembirakan Hakimah apabila melihat Mir semakin tenang dan beransur pulih. Tema Konflik dalaman yang dihadapi oleh seorang pelajar. Konflik dalaman yang dihadapi oleh pelajar yang bernama Amirah atau Mir adalah disebabkan oleh rumah ayahnya akan dirobohnya untuk dijadikan tempat peranginan. Oleh itu, beliau sering memikirkan akan kesan kehilangan rumah tersebut yang akan menyebabkan kenangan bersama ayahnya juga akan hilang. Jadi beliau sering menyendiri sehingga ada kalanya bercakap sendirian sehinggakan kaunselor menganggap kelakuan tersebut sebagai penyakit skizofrenia.
  • 2. Persoalan 1. Persoalan kemiskinan para nelayan Kehidupan nelayan yang digambarkan melalui watak ayah Amirah terlalu daif melalui keadaan rumah dan juga tempoh masa ayahnya yang berada di lautan. Malah segala-galanya serba kekurangan. 2. Persoalan keikhlasan dalam persahabatan Keprihatinan seorang sahabat untuk membantu rakannya yang mengalami tekanan perasaan dapat dilihat melalui usaha ikhlas Hakimah. Hakimah membawanya pulang ke kampung untuk bercuti. Malah, dengan bantuan ibunya yang menghadiahkan telekung akhirnya Amirah beransur pulih daripada tekanan perasaan tersebut. 3. Persoalan keinsafan untuk mendekati ajaran agama. Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung kepada Amirah agar beliau dapat mendekatkan diri kepada Tuhan. Usaha itu amat berkesan apabila Amirah mula berubah tingkah laku. 4. Persoalan kepetingan menjaga alam sekitar Bapa Amirah sering berpesan kepadanya agar sentiasa menghargai lautan yang mempunyai banyak kepentingan kepada manusia. Oleh itu, Amirah sering membayangkan akan keindahan pantai dan bunyi ombak dalam kehidupannya. Plot Secara keseluruhannya plot cerpen digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Cerita dimulakan dengan memperkenalkan watak Amirah yang mengalami tekanan perasaan. Amirah dapat melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan dan tinggal bersama seorang rakan bernama Hakimah.
  • 3. (ii) Perkembangan Amirah sering memikirkan kehidupan ayahnya di kampung yang telah berpindah ke rumah panjang kerana rumah mereka di tepi pantai akan dirobohkan untuk dijadikan tempat peranginan. Dia juga sering teringat akan pesanan ayahnya untuk menjaga pantai daripada sebarang pencemaran. Sahabatnya Hakimah cuba membantu dengan cara membawanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibunya. (iii) Konflik Sikap Amirah semakin berubah kerana fikirannya semakin bercelaru memikirkan masalah keluarganya. (iv) Klimaks Ibu Hakimah menyuruhnya mengajar Amirah mendekati diri Tuhan lalu, Ibu Hakimah menghadiahkan kain telekung. (v) Peleraian Amirah berjanji akan menggunakan kain telekung tersebut. Akhirnya Amirah sembuh dan kembali seperti biasa. Teknik Penceritaan 1. Pemerian Pengarang memerikan perihal kehidupan ayah Amirah yang bekerja sepanjang hari di dalam lautan mencari rezeki. 2. Dialog Perbualan antara Amirah dengan Hakimah membincangkan soal lautan dan juga ombak yang sering didengari oleh Amirah. 3. Imbas Kembali
  • 4. Mir mengimbas kembali kata-kata ayahnya yang menyuruh dan memesannya agar menjaga lautan daripada pencemaran. 4. Suspens Pengarang membiarkan pembaca tertanya-tanya perkara yang berlaku kepada rumah Mir di tepi pantai. 5. Monolog Dalaman Mulut Mir terkumat-kumit mengingati tentang khazanah kehidupan nelayan yang perlu dijaga untuk kelangsungan ekosistem. 6. Monolog Luaran Mir mengulangi kata-kata ayahnya tentang apa yang harus dilakukan ketika rumah kesayangan mereka dirobohkan. “apa yang harus kulakukan?” Watak dan Perwatakan Watak Utama Mir / Amirah  Anak seorang nelayan yang menuntut ilmu di universiti tempatan.  Ibunya telah meninggal dunia ketika dia dilahirkan.  Anak tunggal.  Mengidap penyakit skizofrenia yang menyebabkan Mir menjadi pendiam.  Memiliki rambut yang cantik.  Seorang yang penyayang - Amirah anak yang baik kerana sentiasa memikirkan nasib dan pesanan ayahnya yang tinggal di rumah panjang.
  • 5. Suka menyendiri - Amirah mula berubah sikap mengasingkan kerana tekanan perasaan.  Tabah - Amirah tetap meneruskan pembelajaran walaupun, dihimpit oleh kesusahan hidup keluarganya. Watak Sampingan 1. Hakimah  Gadis yang sedang menuntut di universiti tempatan bersama-sama dengan Amirah.  Ibu yang tinggal di kampung.  Sahabat yang baik - Sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.  Prihatin - Membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.  Penyayang - Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya. 2. Ayah  Ayah kepada Amirah.  Bekerja sebagai nelayan.  Sudah tua  Tinggal di rumah panjang di kampung.  Badannya agak kurus.  Kehidupannya miskin - Rumah yang dibina di atas tanah kerajaan akan dirobohkan untuk pembangunan
  • 6. Redha dengan takdir Tuhan - Menerima nasib dirinya yang terpaksa berkongsi rumah panjang kerana rumahnya di tepi akan dirobohkan.  Gigih - Ayah seorang yang kuat semangat untuk terus mencari rezeki di laut bagi menampung kehidupan dia dengan anaknya. 3. Ibu  Ibu kepada Hakimah  Tinggal di kampung.  Seorang yang baik hati - menghadiahkan Amirah telekung dengan niat agar Amirah mendekatkan diri dengan Tuhan.  Penyayang - Mendidik anaknya dengan baik sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.  Prihatin - Menyedari sahabat Hakimah sakit lalu ibu membantu Amirah agar mendekati diri dengan Tuhan.  Patuh kepada ajaran agama - Sentiasa mengingati Hakimah agar mengajar Amirah membaca al-Quran dan mengenali Tuhan yang satu. Latar Latar Masa Latar Masa  Waktu Hujan - Ketika itu Amirah kembali teringat kata-kata dan juga pesanan ayahnya.  Hari Sabtu - Hakimah mengajak Amirah berjalan-jalan di kota untuk menenangkan fikiran. Latar Tempat  Di laut- tempat ayah Amirah yang menjadi nelayan mencari rezeki.
  • 7. Di rumah Hakimah – Hakimah membawa Amirah bercuti juga menceritakan masalah Amirah.  Di Kampung - Bapa Amirah tinggal di rumah panjang di kampung.  Di Kampus - Tempat Amirah dan Hakimah belajar. Latar Masyarakat  Masayarakat yang saling sayang menyayang - Amirah menyayangi ayahnya yang tinggal di kampung.  Masyarakat yang prihatin - Hakimah mengambil berat soal kesihatan sahabatnya yang mengalami tekanan perasaan.  Masyarakat yang berpendidikan tinggi - Amirah dan Hakimah menuntut di Intitusi Pendidikan tinggi tempatan.  Masyarakat yang miskin - Ayah amirah mewakili sekumpulan nelayan yang tinggal di rumah panjang secara berkongsi dan miskin.  Masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama - Ibu Hakimah meminta Hakimah menghadiahkan telekung agar Amirah kembali kepada Tuhan yang satu. Gaya Bahasa 1. Simile - “Ayah sayangkan laut itu seperti ayah sayangkan kau Mir”. 2. Sinkope – kau, ku dan tak 3. Repitasi - Berpintal-berpintal dan bergulung-gulung. Berpintal-pintal dan bergulung-gulung. 4. Peribahasa - hati perut. 5. Hiperbola - “Aku bercakap dengan ombak dengan samudera.” Nilai 1. Nilai kasih sayang - Kasih sayang Amirah kepada ayahnya tidak pernah berbelah bahagi. 2. Nilai prihatin - Hakimah dan ibunya membantu Amirah untuk kembali sihat kerana kasihan kepadanya.
  • 8. 3. Nilai kesabaran – Hakimah kelihatan sabar menghadapi dugaan yang melanda hidupnya apabila rumah mereka akan dirobohkan. 4. Nilai rasional - Ayah Amirah rela menerima suratan takdir yang rumahnya akan dirobohkan untuk pembangunan. 5. Nilai patuh kepada agama – Ibu Hakimah digambarkan sentiasa berpegang kepada ajaran agama sehinggakan menghadiahkan tudung kepada Amirah. Pengajaran 1. Kita hendaklah tolong-menolong sesama manusia terutama terhadap sahabat yang sedang dalam kesusahan. 2. Kita mestilah sentiasa mengingati Tuhan kerana dengan mengingati Tuhan jiwa akan tenang untuk melalui kehidupan seharian. 3. Kita haruslah berfikiran rasional dalam menghadapi sebarang ujian daripada Tuhan agar kita tidak bertindak di luar batasan. 4. Kita hendaklah menjaga hubungan kekeluargaan terutama dengan ibu dan bapa yang keseorangan di kampung. 5. Kita haruslah menyayangi ibu dan bapa yang telah bersusah payah menjaga dan memberi pendidikan kepada kita. Latihan 1) Jelaskan sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama cerpen tersebut. 2) Nyatakan perwatakan Hakimah berserta contoh berdasarkan cerpen tersebut.
  • 9. Jawapan 1. Sebab-sebab berlakunya konflik jiwa kepada watak utama:  Rumah mereka akan dirobohkan  Ayahnya terpaksa tinggal di rumah panjang berramai-ramai.  Memikirkan soal kehidupan ayahnya yang miskin yang telah kehilangan rumah. 2. Perwatakan Hakimah:  Seorang sahabat yang baik iaitu sentiasa bersedia membatu rakannya yang mengalami tekanan perasaan.  Seorang prihatin iaitu sanggup membawa Amirah pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan ibunya.  Seorang yang penyayang contohnya, Hakimah amat baik dengan ibunya dan sentiasa berkongsi segala masalah kepada ibunya.