3. Matlamat utama Rasulullah SAW berdakwah di
Mekah ialah memperbaiki aqidah Musyrikin Quraisy
yang mempunyai pelbagai kepercayaan kepada
mentauhidkan Allah SWT.
Dalam menyebarkan dakwah Islam, Rasulullah SAW
dan para sahabat menerima pelbagai ancaman daripada
Musyrikin Mekah.
6. Antara ancaman dan cabaran yang dihadapi oleh
Rasulullah ialah :
1. Rumah baginda dibaling dengan tahi unta
2. Leher Rasulullah SAW pernah dijerut dengan serban
3. Baginda dihina, diludah dan didustakan kerasulannya.
4. Dihujani soalan yang mempersendakan ajarannya.
5.Baginda ditawarkan pangkat, harta dan wanita jika
menghentikan dakwahnya.