SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
Pembelajaran Sepanjang Hayat

                    Teras Pembangunan Modal Insan

                    Muhammad Hisyam Bin Mohamad

                                   Fellow

                    Institut Kefahaman Islam Malaysia

                       15/02/2008 - Utusan Malaysia

Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang

   ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini

 bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan

pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau

 kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun

  syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh

bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia

                             yang cemerlang ini.

Dan seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran penggunaan istilah

  sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan

istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan

dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal (yakni

  bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu dijaga bagi memastikan

  kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan. Maka

   tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang

  berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah,

        profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius.

Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam

  memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat
menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau

                             syarikat terbabit.

Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada

   satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan

  pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult

    Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan

tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada

usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang

                                 hayatnya.

 Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang

 bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan

   tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang

   berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu

disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap

                                  ahlinya.

     Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat

membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk

   membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang

                   warganegara yang bertanggungjawab.

   Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran

 sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang

     dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan),

       empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan).

  Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama

  untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic

    seperti bangsa Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran




    sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai

    "employability fever" di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk

      memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka

    memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati.

   Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini

  merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di

  peringkat syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk

 meningkatkan penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang

                                  mapan.

    Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi

   kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara

 mencapai daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh

 rakyatnya, secara tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau

 kuasa untuk menentukan hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga

  yang dirujuk oleh Knassel, Meed and Rossetti tadi sebagai empowerment.

Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun keupayaan

 dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan

      satu keseronokan (enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu

pengetahuan dan sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana

 seronok akan memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu

  perkara dan seterusnya akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui
dengan lebih lanjut lagi tentang perkara tersebut.

 Jika kita ingin mengaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan

 ajaran agama Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Malah wahyu pertama

yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w di dalam surah al-‘alaq adalah

 berupa satu suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang

 yang buta huruf (ummiyy) dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut.




Justeru, intisari wahyu pertama itu juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah

 s.w.t mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Selain

daripada itu, apa yang dapat dicerap daripada wahyu ini juga ialah batas usia

    mahupun kekangan-kekangan yang ada, baik yang berupa halangan

 kebendaan, kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai

suatu halangan kepada kita untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia

         merupakan satu proses yang berterusan dan berpanjangan.

Arahan ini diperkukuhkan lagi oleh sabda nabi s.a.w di dalam satu hadis yang

diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah wajib ke

                         atas tiap-tiap orang Islam."

Tanpa menjurus kepada satu lingkungan umur yang tertentu, kefarduan yang

termaktub di dalam hadis di atas dapat difahami sebagai merangkumi semua

peringkat usia umat Islam, baik yang muda mahupun yang dewasa atau yang

                         tua, kaya mahupun miskin.

 Jika kita kembali kepada sejarah kegemilangan ilmuwan Islam, pemahaman

 bahawa ilmu itu wajib dituntut walau dalam keadaan apa jua sekalipun telah

 melahirkan tokoh-tokoh terbilang seperti Iman Shafie (lahir sebagai seorang

 anak yatim yang miskin), Ibn Taimiyyah (lahir semasa keadaan siasah Islam
berada dalam kacau bilau, al-Jahiz (seorang abdi berkulit hitam) dan lain-lain

                                     lagi.

    Dalam konteks negara Malaysia, usaha untuk menyemarakkan faham

pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan yang

  dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam

Rancangan Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita agak terlewat

 jika dibandingkan dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan




   mahupun Singapura kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun

1990 - an dan awal 2000 lagi, tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir

             daripada arus kemajuan dalam bidang keilmuan ini.

Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan negara

 bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu,

     kerajaan Malaysia telah membuat iltizam untuk melaksanakan usaha

penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat

        pra sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan juga vokasional.

  Tidak seperti Knassel, Meed and Rossetti yang hanya menggariskan unsur

  peluang pekerjaan, keupayaan dan keseronokan sebagai dorongan utama

  kepada seseorang itu untuk belajar, matlamat pembangunan modal insan

kerajaan Malaysia adalah lebih syumul dan bersifat lebih bersepadu (holistic).

  Ia berhasrat untuk melahirkan modal insan yang tinggi daya akal fikirannya

     tetapi pada masa yang sama mempunyai keperibadian yang unggul.

 Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan

 menjadi suatu kenyataan. Apalah guna menjadi satu bangsa yang maju jika

 kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan. Sebaliknya kita mahu
menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam semua perkara.

Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan

      al-Hakim di mana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

Kemuliaan manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah

         akalnya dan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya

More Related Content

What's hot

Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumatPembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumatJia Ying
 
Bab 4 pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Bab 4  pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatBab 4  pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Bab 4 pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatPak Teh Naim
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaDhashink
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruRudy Jemain Rj
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikVertigo Nopristine
 
falsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahfalsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahGomaze Lang
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahAnsar Azman
 
Bagi falsafah pendidikan timur
Bagi falsafah pendidikan timurBagi falsafah pendidikan timur
Bagi falsafah pendidikan timurLindungan Bulan
 
Asigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betulAsigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betulSiti Jaharah Muhamad
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurAmir Ibrahim
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Vince Here
 
Minggu 1 definasi dan konsep pendidikan
Minggu 1   definasi dan konsep pendidikanMinggu 1   definasi dan konsep pendidikan
Minggu 1 definasi dan konsep pendidikanWan Azmanan Wan Yusoff
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratAmir Ibrahim
 
Ur gensi pendidikan karakter
Ur gensi pendidikan karakterUr gensi pendidikan karakter
Ur gensi pendidikan karakterAhmad Syaikhu
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamelya95
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 

What's hot (20)

Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumatPembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat
 
Bab 4 pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Bab 4  pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayatBab 4  pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Bab 4 pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
 
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaimplikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
implikasi terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guru
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
pembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistikpembangunan dari perspektif holistik
pembangunan dari perspektif holistik
 
3. Model Konseptual
3. Model Konseptual3. Model Konseptual
3. Model Konseptual
 
falsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahfalsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiah
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiah
 
Bagi falsafah pendidikan timur
Bagi falsafah pendidikan timurBagi falsafah pendidikan timur
Bagi falsafah pendidikan timur
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jasmani)
 
Asigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betulAsigment pembangunan sahsiah betul
Asigment pembangunan sahsiah betul
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Minggu 1 definasi dan konsep pendidikan
Minggu 1   definasi dan konsep pendidikanMinggu 1   definasi dan konsep pendidikan
Minggu 1 definasi dan konsep pendidikan
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Ur gensi pendidikan karakter
Ur gensi pendidikan karakterUr gensi pendidikan karakter
Ur gensi pendidikan karakter
 
Konsep guru islam, timur dan barat
Konsep guru  islam, timur dan baratKonsep guru  islam, timur dan barat
Konsep guru islam, timur dan barat
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 

Similar to Pembelajaran sepanjang hayat

Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahibwahib
 
Pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayatPembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayatRamathevi Kuppan
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbsFa Zurin
 
PEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docx
PEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docxPEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docx
PEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docxKRITHIKAAPYUVARAJAHM
 
Makalah pendidikan
Makalah pendidikanMakalah pendidikan
Makalah pendidikanWarnet Raha
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH FazHani Faz
 
Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]
Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]
Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]PamilaNovitasari
 
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesiaRekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesiaAveroez Averoez
 
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikTinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikAndhinaFitrianitaPutri
 
9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdf
9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdf9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdf
9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdfFirdhanSaid
 
PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARANPENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARANsuprapto
 

Similar to Pembelajaran sepanjang hayat (20)

Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Pembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayatPembelajaran sepanjang hayat
Pembelajaran sepanjang hayat
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbs
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
PEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docx
PEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docxPEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docx
PEMBELAJARAN_DEWASA_BERBANDING_PEMBELAJA.docx
 
Peran pendidikan dalam kesetaraan
Peran pendidikan dalam kesetaraanPeran pendidikan dalam kesetaraan
Peran pendidikan dalam kesetaraan
 
Pendidikan seumur hidup
Pendidikan seumur hidupPendidikan seumur hidup
Pendidikan seumur hidup
 
Makalah pendidikan
Makalah pendidikanMakalah pendidikan
Makalah pendidikan
 
Makalah pendidikan
Makalah pendidikanMakalah pendidikan
Makalah pendidikan
 
Makalah pendidikan
Makalah pendidikanMakalah pendidikan
Makalah pendidikan
 
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
PULANGAN PELABURAN DALAM PENDIDIKAN: ANALISIS KOS DAN FAEDAH
 
Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]
Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]
Resensi artikel jurnal_nuur_annisa[1]
 
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesiaRekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
Rekonstruksi pendidikan islam_di_indonesia
 
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikTinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
 
Propeftik
PropeftikPropeftik
Propeftik
 
9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdf
9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdf9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdf
9957-34103-2-PB pembelahan tingkat dasar.pdf
 
PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARANPENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN
 
Pidato teks
Pidato teksPidato teks
Pidato teks
 

More from imza90

Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahAspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahimza90
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanimza90
 
Ebook komunikasi
Ebook komunikasiEbook komunikasi
Ebook komunikasiimza90
 
Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3imza90
 
Ebook komunikasi
Ebook komunikasiEbook komunikasi
Ebook komunikasiimza90
 
Pembangunan Diri Bab 1
Pembangunan Diri Bab 1Pembangunan Diri Bab 1
Pembangunan Diri Bab 1imza90
 
Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3imza90
 
Pembangunan Diri Bab 2
Pembangunan Diri Bab 2Pembangunan Diri Bab 2
Pembangunan Diri Bab 2imza90
 
Bab 4 pmpsh
Bab 4 pmpshBab 4 pmpsh
Bab 4 pmpshimza90
 

More from imza90 (9)

Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahAspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesan
 
Ebook komunikasi
Ebook komunikasiEbook komunikasi
Ebook komunikasi
 
Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3
 
Ebook komunikasi
Ebook komunikasiEbook komunikasi
Ebook komunikasi
 
Pembangunan Diri Bab 1
Pembangunan Diri Bab 1Pembangunan Diri Bab 1
Pembangunan Diri Bab 1
 
Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3Pembangunan Diri Bab 3
Pembangunan Diri Bab 3
 
Pembangunan Diri Bab 2
Pembangunan Diri Bab 2Pembangunan Diri Bab 2
Pembangunan Diri Bab 2
 
Bab 4 pmpsh
Bab 4 pmpshBab 4 pmpsh
Bab 4 pmpsh
 

Pembelajaran sepanjang hayat

  • 1. Pembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan Muhammad Hisyam Bin Mohamad Fellow Institut Kefahaman Islam Malaysia 15/02/2008 - Utusan Malaysia Kemajuan sesuatu bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri rakyat atau sumber manusianya. Sumber manusia ini bertindak sebagai penggerak kepada pembangunan dengan mengusahakan pelbagai kegiatan kehidupan yang terdapat di dalam sesebuah negara. Kalau kita perhatikan bangsa-bangsa yang maju (dahulu dan sekarang) mahupun syarikat-syarikat yang berjaya, kita akan dapati kejayaan yang diraih oleh bangsa atau syarikat tadi sememangnya berpaksikan kepada sumber manusia yang cemerlang ini. Dan seiring dengan perkembangan semasa, kemasyhuran penggunaan istilah sumber manusia ini mula berkurangan. Sekarang kita lebih selesa dengan istilah modal insan untuk merujuk kepada sumber manusia. Istilah modal insan dilihat lebih mesra kerana sumber manusia tadi dianggap seperti modal (yakni bukan suatu beban atau tanggungan) yang perlu dijaga bagi memastikan kelangsungannya sebagai pemangkin kepada usaha pembangunan. Maka tidak hairanlah dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional diberi perhatian yang serius. Dalam hal ini, faham pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat
  • 2. menghasilkan satu tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh negara atau syarikat terbabit. Faham pembelajaran sepanjang hayat adalah satu ilham yang terbit daripada satu laporan yang disediakan oleh Paul Lengrand yang juga merupakan pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1965. Di dalam laporan tersebut beliau menyatakan bahawa pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja. Ia perlu mengiringi seseorang itu di sepanjang hayatnya. Manakala dalam satu laporan lain yang juga dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To Be" menyatakan bahawa capaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu sahaja. Ia sebaliknya perlu disebatikan ke dalam keseluruhan anggota masyarakat dan kehidupan setiap ahlinya. Apa yang lebih penting ialah faham pembelajaran sepanjang hayat membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk membolehkannya mengambil bahagian secara cergas sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab. Menurut Knassel, Meed and Rossetti (2000), kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga (3) sebab utama yang dikenali juga sebagai "The Three Es" iaitu employment (pekerjaan), empowerment (memberi kuasa) dan enjoyment (keseronokan). Dalam arus persejagatan yang dialami sekarang, kemampuan seseorang
  • 3. menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan kunci utama untuk mendapatkan tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai "employability fever" di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati. Jika di peringkat orang perseorangan, pembelajaran sepanjang hayat ini merupakan satu kelebihan bagi mendapatkan peluang pekerjaan tetapi di peringkat syarikat mahupun negara, ia merupakan pemangkin utama untuk meningkatkan penguasaan pasaran dan mencapai daya saing ekonomi yang mapan. Apabila seseorang itu memperolehi pekerjaan yang diingini menerusi kesungguhannya mempelajari sesuatu yang baru atau sesebuah negara mencapai daya saing yang tinggi hasil kecemerlangan yang ditunjukkan oleh rakyatnya, secara tidak langsung mereka mempunyai lebih keupayaan atau kuasa untuk menentukan hala tuju yang ingin dicapai seterusnya. Inilah juga yang dirujuk oleh Knassel, Meed and Rossetti tadi sebagai empowerment. Selain memberi ruang yang lebih dalam bidang pekerjaan mahupun keupayaan dalam menentukan sesuatu, pembelajaran sepanjang hayat juga merupakan satu keseronokan (enjoyment) kepada mereka yang cintakan ilmu pengetahuan dan sesuatu yang baru. Dalam banyak keadaan, belajar kerana seronok akan memudahkan lagi usaha memahami atau menghayati sesuatu perkara dan seterusnya akan mendorong seseorang itu untuk mengetahui
  • 4. dengan lebih lanjut lagi tentang perkara tersebut. Jika kita ingin mengaitkan konsep pembelajaran sepanjang hayat ini dengan ajaran agama Islam, ia bukanlah sesuatu yang sukar. Malah wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w di dalam surah al-‘alaq adalah berupa satu suruhan supaya baginda membaca walaupun baginda seorang yang buta huruf (ummiyy) dan sudah berusia 40 tahun pada masa tersebut. Justeru, intisari wahyu pertama itu juga menjelaskan kepada kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan umat manusia supaya menuntut ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, apa yang dapat dicerap daripada wahyu ini juga ialah batas usia mahupun kekangan-kekangan yang ada, baik yang berupa halangan kebendaan, kewangan mahupun fizikal tidak seharusnya dijadikan sebagai suatu halangan kepada kita untuk menuntut ilmu kerana dalam agama Islam ia merupakan satu proses yang berterusan dan berpanjangan. Arahan ini diperkukuhkan lagi oleh sabda nabi s.a.w di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud : "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam." Tanpa menjurus kepada satu lingkungan umur yang tertentu, kefarduan yang termaktub di dalam hadis di atas dapat difahami sebagai merangkumi semua peringkat usia umat Islam, baik yang muda mahupun yang dewasa atau yang tua, kaya mahupun miskin. Jika kita kembali kepada sejarah kegemilangan ilmuwan Islam, pemahaman bahawa ilmu itu wajib dituntut walau dalam keadaan apa jua sekalipun telah melahirkan tokoh-tokoh terbilang seperti Iman Shafie (lahir sebagai seorang anak yatim yang miskin), Ibn Taimiyyah (lahir semasa keadaan siasah Islam
  • 5. berada dalam kacau bilau, al-Jahiz (seorang abdi berkulit hitam) dan lain-lain lagi. Dalam konteks negara Malaysia, usaha untuk menyemarakkan faham pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dilihat menerusi iltizam kerajaan yang dinyatakan di dalam Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Walaupun dalam hal ini, kerajaan kita agak terlewat jika dibandingkan dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan Korea Selatan mahupun Singapura kerana mereka bermula seawal pertengahan tahun 1990 - an dan awal 2000 lagi, tetapi ia bukanlah satu alasan untuk kita tercicir daripada arus kemajuan dalam bidang keilmuan ini. Pernyataan Teras Kedua itu antara lain menegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki. Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah membuat iltizam untuk melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan juga vokasional. Tidak seperti Knassel, Meed and Rossetti yang hanya menggariskan unsur peluang pekerjaan, keupayaan dan keseronokan sebagai dorongan utama kepada seseorang itu untuk belajar, matlamat pembangunan modal insan kerajaan Malaysia adalah lebih syumul dan bersifat lebih bersepadu (holistic). Ia berhasrat untuk melahirkan modal insan yang tinggi daya akal fikirannya tetapi pada masa yang sama mempunyai keperibadian yang unggul. Apapun, kita sememangnya mengimpikan apa yang direncanakan kerajaan menjadi suatu kenyataan. Apalah guna menjadi satu bangsa yang maju jika kepentingan akhlak dan budi pekerti dikesampingkan. Sebaliknya kita mahu
  • 6. menjadi satu ummah yang seimbang dan cemerlang dalam semua perkara. Ini adalah bertepatan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Hakim di mana Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: Kemuliaan manusia adalah agamanya, harga dirinya (kehormatannya) adalah akalnya dan ketinggian kedudukannya adalah akhlaknya