SlideShare a Scribd company logo
1 of 35
LANGKAH-LANGKAH KERJA
Proses Pembinaan
Memahami Lukisan
Kerja
Penyediaan bahan
Proses Pembinaan
Proses
Pemasangan
Kemasan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
SEMESTER 8
PROJEK KERJA KURSUS
PROSES DAN REKA BENTUK
RBT 3116
PROJEK INOVASI
TROLI I.C.T :
TEACHER KIT BOX
NAMA : MOHAMAD SHOLEHUDDIN BIN MOHAMAD ARIFF
NO. K / P[ : 900103-02-5491
KUMPULAN / UNIT :PISMP RBT/BM/PJ SEM 8 AMBILAN JAN 2010 K2
KOD M.P :RBT 3115
NAMA PENSYARAH:EN. ABDUL SUKUR BIN KAMSIR
TARIKH SERAHAN :29 OKTOBER 2013
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
BIODATA
KOLABORASI DAN SOALAN
PENGHARGAAN
A. Pemerolehan ilmu
PENGENALAN
Organisasi & pengurusan bengkel
Langkah-langkah pengurusan bengkel
OBJEKTIF
RASIONAL
MATLAMAT
PENYATAAN MASALAH
B. Pelaksanaan kajian
1.0 Lakaran
a) Lakaran idea
b) Lakaran perkembangan idea
c) Lakaran projek cadangan
2.0 Lukisan Kerja Berbantu Komputer
a) Lukisan Orthografik, Lukisan Isometrik & lukisan tercerai
Lukisan mengikut skala
6 dimensi utama
C. Pemindahan Ilmu
3.0Laporan proses & teknik pembuatan
 Proses pembinaan projek
 Carta Gann
 Carta aliran kerja
 Bahan &alatan
 Langkah-langkah Pelaksanaan Kerja
 Nilai-nilai estetika
 Anggaran kos
4.0 Refleksi
5.0 Lampiran
6.0 Bibliografi
Mengukur dan menanda
i. Menggunakan alat-alat mengukur seperti pensil tukang,
pembaris keluli dan sesiku L.
ii. Menandakan tempat yang akan dipotong dengan ukuran
yang betul.
b. Memotong
i. Menggunakan alat memotong untuk memotong kayu
selepas membuat tandaan.
ii. Proses pemotongan dilakukan dengan teliti agar ukurannya
tidak kurang atau lebih.
Memotong kayu dengan mesin rencong
Mesin lengan digunakan untuk memotong papan lebar.
3. Pembinaan
a. Pembinaan melibatkan proses pembuatan tanggam.
b. Tanggam yang dibina ialah tanggam temu, tanggam lekap T,
tanggam lekap palang dan tanggam parit.
Langkah pembuatan tanggam temu
i. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut
tepat.
ii. Tanggam diuji ketepatannya terlebih dahulu dengan sesiku L.
iii. Tanggam temu tersebut digamkan terlebih dahulu dengan gam
PVA sebelum dipakukan.
Langkah pembuatan tanggam lekap T
i. Kayu dipotong mengikut ukuran dan dipahat untuk
mendapatkan lurah.
ii. Kedalaman lurah ialah setengah tebal papan pemidang supaya
apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata.
Langkah membuat tanggam lekap palang.
i. Dua kayu dipotong dengan separuh kelebaran kayu.
ii. Bahagian yang dipotong dipahat bagi mendapatkan lurah.
iii. Kemudian, kedua-dua bahagian dilekapkan.
Langkah membuat tanggam parit.
i. Kayu dibelah mengikut kelebaran yang diperlukan.
ii. Bahagian yang dipotong dipahat sehingga menjadi parit.
iii. Kemudian dicantumkan.
4. Proses Pemasangan
a. Kerja-kerja pemasangan perlu untuk mencantumkan bahagian-
bahagian yang tertentu.
b. Cantuman boleh dilakukan dengan menggunakan gam, paku atau
skru.
c. Cara menggunakan gam:
i. Menyapukan gam pada bahagian kayu yang telah
dibersihkan.
ii. Cantumkan dan ketepatan diuji.
iii. Setelah digam, kayu diapit dengan apit-G.
iv. Apit-G dibuka selepas gam kering.
d. Cara memaku:
i. Memaku secara terus perlu menggunakan paku yang
panjangnya 2 ½ kali ketebalan kayu lapisan pertama.
ii. Memaku tepi kayu, saiz kayu mestilah 3 ½ tebal kayu lapis
pertama.
iii. Memaku secara serong merupakan cara memaku yang
kukuh.
5. Kemasan
a. Selepas projek siap dibina, perkara yang perlu dilakukan ialah
proses kemasan.
b. Proses kemasan adalah untuk menjadikan projek meja kayu lebih
cantik dan menarik.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah tepung penyumbat, kertas las,
cat alas, cat licau dan lekar.
Cara menggunakan tepung penyumbat.
i. Tepung penyumbat perlu ditambah air jika terlalu keras.
ii. Tepung disumbat ke dalam liang-liang atau lubang-lubang pada
kayu atau tanggam.
iii. setelah kering, tepung itu perlu digosok beberapa kali dengan
kertas las agar permukaan kayu rata, kemas dan licin.
Cara menggunakan cat alas.
i. Permukaan kayu perlulah dilicinkan terlebih dahulu dengan
kertas las.
ii. Cat alas disapu melintang dengan ira kayu.
iii. Setelah kering, cat alas digosok dengan kertas las yang halus.
iv. Langkah tersebut boleh diulang untuk mendapatkan permukaan
yang licin dan rata.
Menggunakan cat licau
i. Permukaan kayu mestilah licin dan rata.
ii. Cat perlu dikacau terlebih dahulu sehingga sebati.
iii. Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang
sesuai supaya mudah disapu.
iv. Selepas itu, cat disapu pada kerja projek dengan berus.
v. Tunggu sehingga kering.
d. Setelah semua selesai, lekar disembur bagi mendapatkan
permukaan projek yang berkilat, licin dan menarik.
Carta Gant
Bil. Aktiviti/Perkara Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3
H
1
H
2
H
3
H
4
H
1
H
2
H
3
H
4
H
1
H
2
H
3
H
4
1. Perbincangan
tentang tugasan
√
2. Lakaran dan
pencetusan idea
√
3. Pemilihan idea
dan berbincang
dengan pensyarah
√
4. Pemilihan kayu dan
bahan
√
5. Menanda dan
mengukur kayu
√
6. Proses pemotongan √ √ √
7. Proses pembinaan
(kerja-kerja
pennyambungan)
√ √
8. Proses pemasangan
bahagian-bahagian
projek
√
9. Meletakkan tepung
menyumbat
√
10.
.
Melicinkan kayu
dengan kertas las
√ √
11.
.
Menyapu cat alas √ √
12.
.
Menyapu cat licau √
13.
.
Kemasan akhir √
14.
.
Melekatkan stiker
alas meja
√
15. Membuat tekstur
pada projek
√
16. Menyiapkan folio
tugasan dan
autocad
√
HALAMAN PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ............................................................
Nama Penulis : Mohamad Sholehuddin bin Mohamad Ariff
Tarikh :
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
SURAT
BIODATA 1
PENGHARGAAN 7
1.0 PENGENALAN 9
2.0 OBJEKTIF
2.1 RASIONAL PROJEK
11
13
3.0 PERNYAAN MASALAH 15
4.0 PENYELESAIAN MASALAH 17
5.0 PENCETUSAN IDEA 19
6.0 DISKRIPSI PROJEK 28
7.0 LUKISAN ORTOGRAFIK 32
8.0 LUKISAN CERAIAN 34
9.0 LUKISAN PEMASANGAN DAN MATERIAL 38
10.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS 40
11.0 PROSES KERJA 42
12.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN 47
13.0 Rujukan 49
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat kami
menyiapkan tugasan Projek Inovasi untuk Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan ambilan Januari 2010.
Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima buat
pensyarah saya, En. Abdul Sukur Bin Kamsir yang tidak putus-putus berusaha
memberi pelbagai tunjuk ajar yang berguna, mendidik serta membimbing saya
supaya lebih memahami dalam menjalankan kerja kursus yang diberikan.
Seterusnya salam jutaan terima kasih buat ibu dan bapa saya yang telah
yang telah banyak memberi bantuan dari pelbagai aspek bukan sahaja dari segi
kewangan malahan melalui dorongan serta sokongan dalam menyelesaikan
tugasan ini.
Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini dan
untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap.
Akhir kata, hanya Allah saja dapat membalas setiap bantuan yang telah
diberikan samada secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan.
1.0 PENGENALAN
Pelajar-pelajar PISMP RBT ambilan Januari 2010 menerima tugasan
Projek Inovasi bagi matapelajaran Proses dan Reka Bentuk (RBT3116). Pelajar
dikehendaki membuat projek dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Pelajar
diminta menghasilkan projek, menyedia dan melakukan prosedur amali dan
berbincang dengan pensyarah kemahiran Hidup dan rakan-rakan serta membuat
persembahan, dan penilaian terhadap projek.
Kerja kursus ini memdedahkan para pelajar tentang proses pembuatan
meja kopi. Memberi pengetahuan tentang pemilihan bahan untuk projek (kayu),
proses penyambungan seperti skru dan paku, kekemasan dan bahan hiasan.
Selain itu, para pelajar mendapat pengetahuan mengenai perkembangan
industri pembuatan tempatan dan penggunaan bahan kitar semula. Seterusnya
menekankan tentang kemahiran pembinaan projek berasaskan kayu. Sebagai
pelajar, mestilah menekankan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran, kaedah penilaian dan pentaksiran berasaskan projek yang telah
diberikan.
Dalam Kerja kursus ini juga, pelajar perlu menghasilkan folio dokumentasi
dan projek TEACHER KIT BOX yang mengandungi lakaran dan lukisan Kerja
Autocad. Rekabentuk mestilah mengikut spesifikasi ukuran dan mempunyai nilai-
nilai estetika, nilai-nilai komersial dan kekemasan.
2.0 OBJEKTIF
Projek Teacher Kit Box yang telah dihasilkan mempunyai pelbagai
kegunaan. Antara kegunaannya ialah boleh dijadikan tempat penyimpanan
barang-barang keperluan guru. Jika penggunaannya di bengkel, peralatan ICT
guru dihindari dari sebarang kerosakan kerana bahagian atasnya diletakkan
board MDF yang berfungsi sebagai penutup Teacher Kit Box. Projek Teacher Kit
Box ini juga bertindak sebagai alat memudah cara bagi penggunaan ICT di bilik
darjah.
2.1 RASIONAL PROJEK
Kelebihan projek ini adalah ianya boleh digunakan untuk meletakkan
pelbagai barangan seperti telefon, radio, buku dan sebagainya. Projek ini juga
boleh diletakkan barang peribadi guru seperti jam tangan, diari, dompet dan
sebagainya di samping mengatasi masalah troli ICT yang sedia ada.
Dibahagian bahagian lantai juga diletakkan pelapik getah yang kenyal
untuk menyerap hentakan disediakan tempat untuk meletakkan barang-barang
mudah calar dan rosak seperti telefon pintar, gadget ICT dan sebagainya. Ruang
tersebut dibuat dengan keluasan yang besar untuk menampung peralatan ICT
dan mempunyai saiz yang ideal dan tidak terlalu berat serta memuatkan juga
baranagn peribadi guru dengan bilangan yang banyak. TEACHER KIT BOX ini
kukuh dan stabil untuk dibawa kemana-mana.serta mudah dialihkan. TEACHER
KIT BOX ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri yang dapat menarik
perhatian pengguna kerana warna yang digunakan boleh menimbulkan suasana
yang ceria. boleh diletakkan barang peribadi guru seperti jam tangan, diari,
dompet dan sebagainya.
Dibahagian bahagian lantai juga diletakkan pelapik getah yang kenyal
untuk menyerap hentakan disediakan tempat untuk meletakkan barang-barang
mudah calar dan rosak seperti telefon pintar, gadget ICT dan sebagainya. Ruang
tersebut dibuat dengan keluasan yang besar untuk menampung peralatan ICT
dan mempunyai saiz yang ideal dan tidak terlalu berat serta memuatkan juga
baranagn peribadi guru dengan bilangan yang banyak. KIT BOX ini kukuh dan
stabil untuk dibawa kemana-mana.serta mudah dialihkan. KIT BOX ini
mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri yang dapat menarik perhatian
pengguna kerana warna yang digunakan boleh menimbulkan suasana yang
ceria.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Antara faktor-faktor yang merumitkan pmbuatan kit box ialah:
i. nilai-nilai estetik
ii. binaan
iii. kemasan
iv. keteguhan dan kestabilan
v. kegunaan KIT BOX
vi. keselamatan
Masalah yang biasanya terdapat pada tempat menyimpan peralatan ICT
ialah:
i. reka bentuknya yang tidak menarik
ii. tidak tahan lasak dan mudah rosak
iii. saiz yang terlalu besar dan berat
iv. keadaan beg bimbit yang tidak stabil
v. sukar dialihkan dan dibawa ke mana-mana
4.0 PENYELESAIAN MASALAH
Masalah di atas dapat diatasi dengan membuat rujukan yang dapat
memenuhi kehendak pengguna. Antaranya ialah:
i. reka bentuk yang menarik, ringkas dan mempunyai konsep yang
tersendiri serta penggunaan warna yang menarik
ii. tahan lasak dan bermutu tinggi
iii. saiz yang kecil mengikut permintaan semasa
iv. meja yang stabil dan kukuh
v. ringan dan mudah dipindahkan pada bila-bila masa
4.1 MANFAAT
Antara kebaikan pembuatan KIT BOX ialah:
i. mudah dibawa ke mana-mana
ii. mudah digunakan
iii. tidak memerlukan ruang yang besar
iv. Medium untuk meletakkan keperluan ICT
v. Boleh dikunci bagi mengelakkan kecurian
4.2 POTENSI
Antara potensi pembuatan KIT BOX ialah:
i. Menjadi kemudahan yang memang diperlukan
ii. Senag digunakan
iii. Menjimatkan ruang
iv. Kos penghasilan yang rendah
v. Berpotensi untuk dipasarkan di institusi pendidikan
vi. Boleh dipatenkan untuk tujuan komersial
vii. Reka bentuk sofistikated yang mudah dibawa
5.0 PENCETUSAN IDEA
Setelah mengenalpasti masalah yang kebiasaannya timbul, saya telah
memulakan aktiviti mengumpulkan maklumat dan data daripada meja-
meja kopi yang sedia ada.
Antara sumber-sumber yang digunakan untuk pengumpulan maklumat
dan data seperti:
i. membuat pemerhatian di kedai-kedai perabot
ii. membuat rujukan daripada buku-buku yang berkaitan
iii. menggunakan enjin pencarian di internet
iv. mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada para pensyarah
v. risalah-risalah yang dikeluarkan oleh peniaga seperti risalah
daripada Court Mammoth, Carrefour, Ikea dan sebagainya.
Idea awal untuk mencipta sebuah tempat menyimpan peralatan ICT
tercetus apabila melihat troli peralatan ICT di sekolah kurang efisyen dari
segi penggunaannya kerana sering kali tidak berfungsi kerana mengalami
kerosakan apabila ditinggalkan di bilik darjah, bengkel, dan makmal
sains.Tambahan lagi dengan kesukaran membawanhya dari satu tempat
ke satu tempat bagi menjimatkan ruang memandangkan persekitaran bilik
darjah, bengkel dan makmal sains yang tidak begitu besar.Oleh yang
demikian penggunaan
Troli ICT yang mudah dialih boleh disimpan di tempat yang lebih selamat
mmpu membantu kami bagi menjimatkan ruang semasa PdP
berlangsung. Melalui masalah ini, terlintas diminda untuk menghasilkan
TEACHER KIT BOX bagi menjimatkan ruang dan masa menyimpan
peralatan ICT serta menjimatkan ruang bilik darjah, bengekl dan makmal
sains. Seterusnya, idea untuk mencipta troli ICT empat tingkat dengan
saiz yang sederhana tercetus apabila troli ICT yang sedia ada mempunyai
saiz yang terlalu besar. Jadi, bagaimanakah untuk menghasilkan satu troli
ICT yang boleh memuatkan peralatan ICT yang penting sahaja serta
mudah disimpan jika tidak digunakan lagi? Berdasarkan beberapa
pemerhatian dan kajian yang dijalankan pada beberaoa bentuk dan saiz
tempat menyimpan peralatan ICT, kami memilih bentuk briefcase (Kit Box)
ayng mempunyai pelbagai ruang menyimpan dan saiz 40 cm lebar dan 40
cm panjang serta mempunyai pembahagi bagi memaksimumkan
peyimpanan peralatan ICT. Dengan haya satu Kit Box telah memadai
untuk satu bilik darjah dan seorang guru yang menggunakannya.
6.0 DISKRIPSI PROJEK
Teacher Kit Box dihasilan bertujuan bagi memudahkan peralatan
ICT disimpan, dialihkan dan dibawa ke mana-mana. Projek ini sesuai bagi
bilik darjah yang yang mempunyai ruang yang terhad dan bilangan murid
dalam bilik darjah tersebut di antara 30 hingga 40 orang murid. Saiz
projek ini adalah 40 cm lebar, 40 cm panjang dan 10 cm tinggi. Saiz ini
adalah amat sesuai dengan projek berdasarkan beberapa pemerhatian
dan tinjauan yang dibuat memalui internet dan buku dan majalah inovasi.
Kelebihan projek ini adalah ianya bukan sahaja mudah dibawa ke mana-
mana malah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik apabila boleh
dikunci dan disimpan di ruang yang lebih selamat di mana sahaja.
Setelah projek ini dibuka dengan mudah boleh ditemp[an
peralatan-peralatan ICT ayng penting walaupun bersaiz kecil. Malahan
lagi, setiap peralatan yang disimpan lebih mudah dicari dan diambil
apabila hendak digunakan semsa PdP. Hal ini dapat menjimatkan masa
PdP bersama murid. Namun begitu terdapat sedikit kelemahan di mana
projek ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak jika
tidak diguanakan betul. Penanmabahbaikan yang dilakukan ialah dengan
mengubah bentuk sudut sisi projek ini kepada bentuk fillet dan menamh
kemasan kumasan di bahagian tepi projek.
7.0 LUKISAN ORTOGRAFIK
8.0 LUKISAN CERAIAN
9.0 LUKISAN PEMASANGAN DAN MATERIAL
10.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS
Bil. Aktiviti/Perkara Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3
H
1
H
2
H
3
H
4
H
1
H
2
H
3
H
4
H
1
H
2
H
3
H
4
1. Perbincangan
tentang tugasan
√
2. Lakaran dan
pencetusan idea
√
3. Pemilihan idea
dan berbincang
dengan pensyarah
√
4. Pemilihan kayu dan
bahan
√
5. Menanda dan
mengukur kayu
√
6. Proses pemotongan √ √ √
7. Proses pembinaan
(kerja-kerja
pennyambungan)
√ √
8. Proses pemasangan
bahagian-bahagian
projek
√
9. Meletakkan tepung
menyumbat
√
10.
.
Melicinkan kayu
dengan kertas las
√ √
11.
.
Proses memasang
bingkai (kumai)
√ √
12.
.
Membuat kemasan √
13.
.
Kemasan akhir √
14.
.
Melekatkan stiker
alas permukaan
projek
√
15. Memasang
aksesori
√
16. Menyiapkan
dokumentasi dan
autocad
√ √
11.0 PROSES KERJA
11.1 Pemilihan Idea
Proses kerja bermula dengan perbincangan bersama rakan dan
pensyarah bagi mendapatkan idea awal mengenai projek yang
ingin dihasilkan. Proses kedua ialah dengan menghasilkan
beberapa konsep rak kasut bagi mendapatkan konsep terakhir
yang ingin digunakan dalam projek. Setelah konsep dipilih kami
membuat beberapa lakaran awal mengenai projek yang ingin kami
hasilkan.
a. Pemilihan lakaran terbaik untuk projek troli ICT yang ingin
dihasilkan
b. Inovasi yang ingin dibuat pada troli ICT mengubah ke bentuk Kit
Box yang akan dihasilkan.
c. Lukisan kerja ialah perancangan bergambar sesuatu projek yang
akan dibuat atau dilaksanakan.
d. Lukisan kerja dilukis dalam tiga bentuk iaitu lukisan ortografik,
lukisan isometri dan lukisan ceraian.
e. Lukisan ortografik dibuat bagi memudahkan memahami binaan
sesuatu objek daripada 3 sudut pandangan iaitu pandangan depan,
sisi dan atas.
f. Kemahiran menterjemahkan lukisan kerja memudahkan sesuatu
projek dihasilkan.
11.2 Penyediaan Bahan
Pembinaan projek bermula dengan pemilihan bahan yang ingin
digunakan
Bahan yang digunakan ialah bahan kayu 4x1 untuk dindng dan
pembahagi dalam Kit Box, papan MDF bagi hiasan penutup dan
lantai Kit Box, engsel kayu bagi menghasilkan lipatan pada Kit Box
dan kayu 2 x 1 bagi papan Kit Box. Skru dan juga paku turut
digunakan.
a. Memilih
i. memilih kayu dan bahan yang sesuai.
ii. Memastikan kayu yang dipilih tidak mengalami kecacatan
atau rosak.
11.3 Mengukur dan menanda
i. Menggunakan alat-alat mengukur seperti pensil tukang,
pembaris keluli dan sesiku L.
ii. Menandakan tempat yang akan dipotong dengan ukuran
yang betul.
11.4 Memotong
i. Menggunakan alat memotong untuk memotong kayu
selepas membuat tandaan.
ii. Proses pemotongan dilakukan dengan teliti agar ukurannya
tidak kurang atau lebih.
Seterusnya kami memotong kayu yang menjadi dinding Ki Box
dan melekatkan engsel pada kayu dinding papan MDF yang
dijadikan penutup Kit Box tersebut.Sebelum melekatkan engsel
kami terlebih dahulu membuat beberapa prototaip menggunakan
skala lebih kecil.
Memotong kayu dengan mesin rencong
Mesin lengan digunakan untuk memotong papan lebar.
(Gambar rajah proses pemotongan)
11.5 Pembinaan
Setelah itu,kami membina pintu bagi Kit Box kami. Pintu bagi Kit
Box ini dihasilkan dengan kayu kumai dan juga papan MDF. Papan
MDF digunakan sebagai penutup rangka pintu yang dibina dengan
kayu.
11.6 Membuat kemasan
Setelah itu, kami menggosok kayu menggunakan kertas pasir
untuk membuat kemasan pada kayu. Kami mengambil langkah
proaktif dengan melekatkan stiker alas pada permukaan dinding
dan bawah Kit Box sebagai penamabahan aksesori selian
pemegang dan selak pengunci.
Setelah kayu digosok ,setiap kayu di “sealer” dan digosok semula.
Setelah permukaan kayu licin dan tertutup,kami membuat kemasan
menggunakan syelek dan dibiarkan kering.
12.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN
Bismillahirrahmanirrahim bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya dapat saya sama-sama menyiapkan tugasan
projek inovasi Proses dan Reka Bentuk (RBT 3116) ini. Melalui tugasan
ini, saya dapat menimba ilmu yang baru tentang bagaimana untuk
menyempurnakan sebuah projek yang berasaaaaskan teknologi bahan &
pembuatan. Dari akar umbi bermulanya projek ini iaitu pencetusan idea
sehinggalah membuat kekemasan akhir . Saya juga buat pertama kalinya
mengetahui kaedah dan membuat folio dokumentasi tentang sesebuah
projek berdasarkan sukatan pelajaran ataupun Proforma Proses dan Reka
Bentuk (RBT 3116) ini.
Syukur akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan latiahan
amali yang diberikan ini. Saya merasakan bahawa tugasan ini teramat
berat pada mula-mulanya, saya tidak mengetahui cara penggunaan
mesin-mesin di dalam bengkel walaupun saya mempunyai sedikit
pengalaman menggunakannya. Namun dengan bimbingan En Abdul
Sukur bin Kamsir, saya telah berjaya menaikkan semangat saya untuk
terus menyiapkan projek ini. Di samping itu, reka bentuk yang dilakar agak
sukar untuk dibina. Saya juga mendapati diri saya masih lagi kekurangan
pengetahuan dan pengalaman dalam menghasilkan projek inovasi.
Tambahan lagi, saya juga mengalami kesukaran untuk memilih kayu-kayu
dan bahan-bahan yang diperlukan dalam kerja projek.
Saya banyak belajar benda baru semasa dalam proses
menyiapkan tugasan ini. Saya juga dapat mengetahui serba sedikit
penghasilan lakaran idea sesebuah projek yang hendak saya dan rakan
sekumpulan laksanakan ke bentuk lukisan AutoCAD. Di samping itu, encik
Abdul Sukur Bin Kamsir sebagai pensyarah pembimbing kami juga
menerangkan cara-cara penggunaan mesin dengan betul dan selamat.
Tambahan lagi, beliau juga menjelaskan bahagian-bahagian yang kami
tidak fahami. Dalam tempoh menjana idea, beliau juga membantu
menjana ilham dalam mendapatkan konsep yang menarik serta lakaran
yang menarik tetapi mudah dibina berdasarkan pengalamannya dengan
membimbing pelatih yang lepas menghasilkan projek inovasi yang baik.
Oleh yang demikian, setiap ahli kumpulan untuk projek inovasi yang say
dan ahli kumpulan saya siapkan ini memerlukan bantuan mereka sebagai
rakan sekumpulan yang turut membantu saya jika mengalami sebarang
kesukaran ketika mengendalikan mesin-mesin di bengkel.
Tugasan ini juga memberikan saya ilmu mengenai kemahiran
membina lukisan berbantukan komputer dengan lebih terperinci dan
kehadapan berbanding zaman mempelajarinya semasa di sekolah saya
sendiri. Jika dibandingkan hanya membaca nota command di modul dan
komputer, saya tidak dapat mempraktikkan apa yang dibaca tetapi
dengan menyiapkan tugasan ini saya dapat serba sedikit pengalaman.
Di samping itu, saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan
Projek Inovasi ini dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut kriteria
yang diperlukan dan memberi pendedahan awal kepada saya tentang
bagaimana menyediakan sumber maklumat bahan bantu mengajar
berdasarkan proejk inovasi yang saya hasilkan bersam-sam rakan
sekumpulan pada masa (PNP) walaupun saya akan ditempatkan di
sekolah kebangsaan dalam anggaran kasar tempoh tiga bulan lagi dari
sekarang. Semoga pengalaman yang saya dapat sepanjang menyiapkan
tugasan ini, dapat diaplikasikan ketika keluar mengajar kelak. Saya juga
berharap agar tugasan seperti ini diberikan kepada saya di masa yang
akan datang untuk menambahkan pengalaman saya. Dalam pada itu,
apabila telah menyiapkan projek ini, pengetahuan saya mengenai
teknologi bahan dan pembuatan semakin bertambah dan saya dapat
mengendalikan mesin yang sebelum ini tidak pernah dilihat
Alhamdulillah dalam sesi pembentangan projek, projek kami telah
diluluskan oleh kedua-dua pensyarah kami. dan kami memulakan projek
kami dengan lakaran awal. Setelah lakaran selesai dibuat, barulah kami
memilih bahan-bahan yang hendak digunakan dalam projek inovasi kami
ini. Proses pembuatan agak memakan masa kerana projek ini agak sukar.
Ianya lebih sukar sekiranya kami tidak mempunyai rakan pasukan lain
yang turut membantu salah seorang daripada kami.
Encik Kamarun Bin Ishak juga banyak membantu saya ketika
pensyarah pembimbing, encik Abdul Sukur bin Kamsir pergi membantu
kumpulan lain Hubungan silaturrahim dengan pensyarah dan rakan-rakan
juga dapat dieratkan dan bertambah rapat. Oleh yang demikian, projek ini
mempunyai banyak bahagian yang boleh dilipat, maka memang mustahil
untuk saya membinanya seorang diri. Setiap kali hendak dibuat
pemasangan engsel, tiap kali itulah projek saya akan bergerak mahu
jatuh. Agak memenatkan untuk menyiapkan projek ini namun
alhamdulllah, berkat usaha kami berdua, akhirnya tercipta juga projek
kami seterusnya membuat kemasan pada projek saya dan rakan
sekumpulan dengan menggunakan syelek dan aksesori lain.
Setelah selesai segalanya, barulah saya dokumentasikan
pembuatan projek saya dan rakan sekumpulan dalam folio ini. Saya
berterima kasih yang tak terhingga kepada rakan sekumpulan dan rakan-
rakan sekelas yang lain kerana tanpa mereka, mustahil untuk projek ini
disiapkan dalam tempoh masa ini. Terima kasih juga kepada pensyarah
pembimbing yang tidak lokek untuk membantu ketika saya bertanya
berkaitan projek.
Kesimpulannya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan
ini walaupun mengalami banyak masalah. Ilmu yang saya dapat daripada
tugasan ini harap dapat membantu saya di masa akan dating di alam
kerjaya dalam profesion keguruan kelak serta segala kekeliruan yang
saya hadapi sebelum ini telah dapat diatasi. Saya juga berharap akan
memperbaki kesalahan saya dan sifat peribadi saya di masa akan datang.
Insya allah…
Terima kasih kepada Encik Abdul Sukur bin Kamsir.
13.0 RUJUKAN
ASNUL DAHAR MINGHAT (2005). Teknologi Kayu - Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM.
WATTON, JOHN (1971). Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 1, 2 dan 3.
Kedai-Kedai Perabot Sekitar Batu Pahat Dan Changlun.

More Related Content

Viewers also liked

Folio rbt3118
Folio rbt3118Folio rbt3118
Folio rbt3118zalkin
 
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014Yusrina Mustama
 
Folio jahitan
Folio jahitanFolio jahitan
Folio jahitannanisaaid
 
Reka bentuk dan penghasilan projek
Reka bentuk dan penghasilan projekReka bentuk dan penghasilan projek
Reka bentuk dan penghasilan projekKhb Ert
 
Nota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3DNota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3DMISDEC
 
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1meemat
 
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuAlatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuIlyanie Hasan
 

Viewers also liked (11)

Folio inovasi edit
Folio inovasi editFolio inovasi edit
Folio inovasi edit
 
Eseimen autocad 2
Eseimen autocad 2Eseimen autocad 2
Eseimen autocad 2
 
Eseimen autocad
Eseimen autocadEseimen autocad
Eseimen autocad
 
Folio rbt3118
Folio rbt3118Folio rbt3118
Folio rbt3118
 
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014
Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 2014
 
contoh projek RBT tahun 6
contoh projek RBT tahun 6contoh projek RBT tahun 6
contoh projek RBT tahun 6
 
Folio jahitan
Folio jahitanFolio jahitan
Folio jahitan
 
Reka bentuk dan penghasilan projek
Reka bentuk dan penghasilan projekReka bentuk dan penghasilan projek
Reka bentuk dan penghasilan projek
 
Nota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3DNota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3D
 
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 2 BAB 1
 
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayuAlatan tangan-dalam-kerja-kayu
Alatan tangan-dalam-kerja-kayu
 

Similar to TEACHER KIT BOX

JOB SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docx
JOB   SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docxJOB   SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docx
JOB SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docxIrmaSurianiSinaga
 
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)amryee
 
pendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oumpendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oummuhammad
 
A modul pengajaran rbt thn 4
A modul pengajaran rbt thn 4A modul pengajaran rbt thn 4
A modul pengajaran rbt thn 4rahmatbasri
 
2. rpp 2 smk membuat kuda kuda kayu mpk penggalan 1
2. rpp 2  smk membuat  kuda kuda kayu mpk penggalan 12. rpp 2  smk membuat  kuda kuda kayu mpk penggalan 1
2. rpp 2 smk membuat kuda kuda kayu mpk penggalan 1MOHAMMAD YASIN, M.Pd
 
Teknik Konstruksi Furnitur.docx
Teknik Konstruksi Furnitur.docxTeknik Konstruksi Furnitur.docx
Teknik Konstruksi Furnitur.docxSyeikhFreedom1
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalammuhammad
 
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU) DSKP
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU)  DSKPMODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU)  DSKP
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU) DSKPrekabentukdanteknologi
 
Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Safiah Sulaiman
 
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4rekabentukdanteknologi
 
Rpp prakarya teknologi kelas vii
Rpp prakarya teknologi kelas viiRpp prakarya teknologi kelas vii
Rpp prakarya teknologi kelas viiDesty Erni
 
Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayusppj1415
 
Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2Fieza Najwa
 

Similar to TEACHER KIT BOX (20)

3,
3,3,
3,
 
JOB SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docx
JOB   SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docxJOB   SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docx
JOB SHEET.teknik cetak xi prg ganjil.docx
 
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
Tugasan hbls 2203 (jan 2014)
 
1.
1.1.
1.
 
pendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oumpendidikan seni asg oum
pendidikan seni asg oum
 
A modul pengajaran rbt thn 4
A modul pengajaran rbt thn 4A modul pengajaran rbt thn 4
A modul pengajaran rbt thn 4
 
2.1 TEKNOLOGI PEMBUATAN-.pptx
2.1 TEKNOLOGI PEMBUATAN-.pptx2.1 TEKNOLOGI PEMBUATAN-.pptx
2.1 TEKNOLOGI PEMBUATAN-.pptx
 
laporanIsi 2(1)
laporanIsi 2(1)laporanIsi 2(1)
laporanIsi 2(1)
 
2. rpp 2 smk membuat kuda kuda kayu mpk penggalan 1
2. rpp 2  smk membuat  kuda kuda kayu mpk penggalan 12. rpp 2  smk membuat  kuda kuda kayu mpk penggalan 1
2. rpp 2 smk membuat kuda kuda kayu mpk penggalan 1
 
Teknik Konstruksi Furnitur.docx
Teknik Konstruksi Furnitur.docxTeknik Konstruksi Furnitur.docx
Teknik Konstruksi Furnitur.docx
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4
 
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU) DSKP
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU)  DSKPMODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU)  DSKP
MODUL PENGAJARAN RBT TAHUN 4 (TERBARU) DSKP
 
Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4
 
Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4
 
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
 
Rpp prakarya teknologi kelas vii
Rpp prakarya teknologi kelas viiRpp prakarya teknologi kelas vii
Rpp prakarya teknologi kelas vii
 
Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayu
 
Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2Pendidikan seni tingkatan 2
Pendidikan seni tingkatan 2
 
2.
2.2.
2.
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

TEACHER KIT BOX

  • 1. LANGKAH-LANGKAH KERJA Proses Pembinaan Memahami Lukisan Kerja Penyediaan bahan Proses Pembinaan Proses Pemasangan Kemasan
  • 2. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 8 PROJEK KERJA KURSUS PROSES DAN REKA BENTUK RBT 3116 PROJEK INOVASI TROLI I.C.T : TEACHER KIT BOX NAMA : MOHAMAD SHOLEHUDDIN BIN MOHAMAD ARIFF NO. K / P[ : 900103-02-5491 KUMPULAN / UNIT :PISMP RBT/BM/PJ SEM 8 AMBILAN JAN 2010 K2 KOD M.P :RBT 3115 NAMA PENSYARAH:EN. ABDUL SUKUR BIN KAMSIR TARIKH SERAHAN :29 OKTOBER 2013 BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 3. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT BIODATA KOLABORASI DAN SOALAN PENGHARGAAN A. Pemerolehan ilmu PENGENALAN Organisasi & pengurusan bengkel Langkah-langkah pengurusan bengkel OBJEKTIF RASIONAL MATLAMAT PENYATAAN MASALAH B. Pelaksanaan kajian 1.0 Lakaran a) Lakaran idea b) Lakaran perkembangan idea c) Lakaran projek cadangan 2.0 Lukisan Kerja Berbantu Komputer a) Lukisan Orthografik, Lukisan Isometrik & lukisan tercerai Lukisan mengikut skala 6 dimensi utama C. Pemindahan Ilmu 3.0Laporan proses & teknik pembuatan  Proses pembinaan projek  Carta Gann  Carta aliran kerja  Bahan &alatan  Langkah-langkah Pelaksanaan Kerja  Nilai-nilai estetika  Anggaran kos 4.0 Refleksi 5.0 Lampiran 6.0 Bibliografi Mengukur dan menanda
  • 4. i. Menggunakan alat-alat mengukur seperti pensil tukang, pembaris keluli dan sesiku L. ii. Menandakan tempat yang akan dipotong dengan ukuran yang betul. b. Memotong i. Menggunakan alat memotong untuk memotong kayu selepas membuat tandaan. ii. Proses pemotongan dilakukan dengan teliti agar ukurannya tidak kurang atau lebih. Memotong kayu dengan mesin rencong Mesin lengan digunakan untuk memotong papan lebar.
  • 5. 3. Pembinaan a. Pembinaan melibatkan proses pembuatan tanggam. b. Tanggam yang dibina ialah tanggam temu, tanggam lekap T, tanggam lekap palang dan tanggam parit. Langkah pembuatan tanggam temu i. Hujung papan kayu diluruskan dan bertemu secara bersudut tepat. ii. Tanggam diuji ketepatannya terlebih dahulu dengan sesiku L. iii. Tanggam temu tersebut digamkan terlebih dahulu dengan gam PVA sebelum dipakukan. Langkah pembuatan tanggam lekap T
  • 6. i. Kayu dipotong mengikut ukuran dan dipahat untuk mendapatkan lurah. ii. Kedalaman lurah ialah setengah tebal papan pemidang supaya apabila dilekapkan permukaannya berkeadaan rata. Langkah membuat tanggam lekap palang. i. Dua kayu dipotong dengan separuh kelebaran kayu. ii. Bahagian yang dipotong dipahat bagi mendapatkan lurah. iii. Kemudian, kedua-dua bahagian dilekapkan. Langkah membuat tanggam parit.
  • 7. i. Kayu dibelah mengikut kelebaran yang diperlukan. ii. Bahagian yang dipotong dipahat sehingga menjadi parit. iii. Kemudian dicantumkan. 4. Proses Pemasangan
  • 8. a. Kerja-kerja pemasangan perlu untuk mencantumkan bahagian- bahagian yang tertentu. b. Cantuman boleh dilakukan dengan menggunakan gam, paku atau skru. c. Cara menggunakan gam: i. Menyapukan gam pada bahagian kayu yang telah dibersihkan. ii. Cantumkan dan ketepatan diuji. iii. Setelah digam, kayu diapit dengan apit-G. iv. Apit-G dibuka selepas gam kering. d. Cara memaku:
  • 9. i. Memaku secara terus perlu menggunakan paku yang panjangnya 2 ½ kali ketebalan kayu lapisan pertama. ii. Memaku tepi kayu, saiz kayu mestilah 3 ½ tebal kayu lapis pertama. iii. Memaku secara serong merupakan cara memaku yang kukuh.
  • 10. 5. Kemasan a. Selepas projek siap dibina, perkara yang perlu dilakukan ialah proses kemasan. b. Proses kemasan adalah untuk menjadikan projek meja kayu lebih cantik dan menarik. c. Antara bahan yang diperlukan ialah tepung penyumbat, kertas las, cat alas, cat licau dan lekar. Cara menggunakan tepung penyumbat. i. Tepung penyumbat perlu ditambah air jika terlalu keras. ii. Tepung disumbat ke dalam liang-liang atau lubang-lubang pada kayu atau tanggam. iii. setelah kering, tepung itu perlu digosok beberapa kali dengan kertas las agar permukaan kayu rata, kemas dan licin. Cara menggunakan cat alas. i. Permukaan kayu perlulah dilicinkan terlebih dahulu dengan kertas las. ii. Cat alas disapu melintang dengan ira kayu. iii. Setelah kering, cat alas digosok dengan kertas las yang halus. iv. Langkah tersebut boleh diulang untuk mendapatkan permukaan yang licin dan rata.
  • 11. Menggunakan cat licau i. Permukaan kayu mestilah licin dan rata. ii. Cat perlu dikacau terlebih dahulu sehingga sebati. iii. Cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya mudah disapu. iv. Selepas itu, cat disapu pada kerja projek dengan berus. v. Tunggu sehingga kering. d. Setelah semua selesai, lekar disembur bagi mendapatkan permukaan projek yang berkilat, licin dan menarik.
  • 12. Carta Gant Bil. Aktiviti/Perkara Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 H 1 H 2 H 3 H 4 H 1 H 2 H 3 H 4 H 1 H 2 H 3 H 4 1. Perbincangan tentang tugasan √ 2. Lakaran dan pencetusan idea √ 3. Pemilihan idea dan berbincang dengan pensyarah √ 4. Pemilihan kayu dan bahan √ 5. Menanda dan mengukur kayu √ 6. Proses pemotongan √ √ √ 7. Proses pembinaan (kerja-kerja pennyambungan) √ √ 8. Proses pemasangan bahagian-bahagian projek √ 9. Meletakkan tepung menyumbat √ 10. . Melicinkan kayu dengan kertas las √ √ 11. . Menyapu cat alas √ √ 12. . Menyapu cat licau √ 13. . Kemasan akhir √ 14. . Melekatkan stiker alas meja √ 15. Membuat tekstur pada projek √ 16. Menyiapkan folio tugasan dan autocad √
  • 13. HALAMAN PENGAKUAN “ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya” Tandatangan : ............................................................ Nama Penulis : Mohamad Sholehuddin bin Mohamad Ariff Tarikh :
  • 14. ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT BIODATA 1 PENGHARGAAN 7 1.0 PENGENALAN 9 2.0 OBJEKTIF 2.1 RASIONAL PROJEK 11 13 3.0 PERNYAAN MASALAH 15 4.0 PENYELESAIAN MASALAH 17 5.0 PENCETUSAN IDEA 19 6.0 DISKRIPSI PROJEK 28 7.0 LUKISAN ORTOGRAFIK 32 8.0 LUKISAN CERAIAN 34 9.0 LUKISAN PEMASANGAN DAN MATERIAL 38 10.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS 40 11.0 PROSES KERJA 42 12.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN 47 13.0 Rujukan 49
  • 15. PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat kami menyiapkan tugasan Projek Inovasi untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ambilan Januari 2010. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima buat pensyarah saya, En. Abdul Sukur Bin Kamsir yang tidak putus-putus berusaha memberi pelbagai tunjuk ajar yang berguna, mendidik serta membimbing saya supaya lebih memahami dalam menjalankan kerja kursus yang diberikan. Seterusnya salam jutaan terima kasih buat ibu dan bapa saya yang telah yang telah banyak memberi bantuan dari pelbagai aspek bukan sahaja dari segi kewangan malahan melalui dorongan serta sokongan dalam menyelesaikan tugasan ini. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan projek ini dan untuk menghasilkan tugasan yang berkualiti, baik, serta lengkap. Akhir kata, hanya Allah saja dapat membalas setiap bantuan yang telah diberikan samada secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan.
  • 16. 1.0 PENGENALAN Pelajar-pelajar PISMP RBT ambilan Januari 2010 menerima tugasan Projek Inovasi bagi matapelajaran Proses dan Reka Bentuk (RBT3116). Pelajar dikehendaki membuat projek dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Pelajar diminta menghasilkan projek, menyedia dan melakukan prosedur amali dan berbincang dengan pensyarah kemahiran Hidup dan rakan-rakan serta membuat persembahan, dan penilaian terhadap projek. Kerja kursus ini memdedahkan para pelajar tentang proses pembuatan meja kopi. Memberi pengetahuan tentang pemilihan bahan untuk projek (kayu), proses penyambungan seperti skru dan paku, kekemasan dan bahan hiasan. Selain itu, para pelajar mendapat pengetahuan mengenai perkembangan industri pembuatan tempatan dan penggunaan bahan kitar semula. Seterusnya menekankan tentang kemahiran pembinaan projek berasaskan kayu. Sebagai pelajar, mestilah menekankan strategi, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran, kaedah penilaian dan pentaksiran berasaskan projek yang telah diberikan. Dalam Kerja kursus ini juga, pelajar perlu menghasilkan folio dokumentasi dan projek TEACHER KIT BOX yang mengandungi lakaran dan lukisan Kerja Autocad. Rekabentuk mestilah mengikut spesifikasi ukuran dan mempunyai nilai- nilai estetika, nilai-nilai komersial dan kekemasan.
  • 17. 2.0 OBJEKTIF Projek Teacher Kit Box yang telah dihasilkan mempunyai pelbagai kegunaan. Antara kegunaannya ialah boleh dijadikan tempat penyimpanan barang-barang keperluan guru. Jika penggunaannya di bengkel, peralatan ICT guru dihindari dari sebarang kerosakan kerana bahagian atasnya diletakkan board MDF yang berfungsi sebagai penutup Teacher Kit Box. Projek Teacher Kit Box ini juga bertindak sebagai alat memudah cara bagi penggunaan ICT di bilik darjah.
  • 18. 2.1 RASIONAL PROJEK Kelebihan projek ini adalah ianya boleh digunakan untuk meletakkan pelbagai barangan seperti telefon, radio, buku dan sebagainya. Projek ini juga boleh diletakkan barang peribadi guru seperti jam tangan, diari, dompet dan sebagainya di samping mengatasi masalah troli ICT yang sedia ada. Dibahagian bahagian lantai juga diletakkan pelapik getah yang kenyal untuk menyerap hentakan disediakan tempat untuk meletakkan barang-barang mudah calar dan rosak seperti telefon pintar, gadget ICT dan sebagainya. Ruang tersebut dibuat dengan keluasan yang besar untuk menampung peralatan ICT dan mempunyai saiz yang ideal dan tidak terlalu berat serta memuatkan juga baranagn peribadi guru dengan bilangan yang banyak. TEACHER KIT BOX ini kukuh dan stabil untuk dibawa kemana-mana.serta mudah dialihkan. TEACHER KIT BOX ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri yang dapat menarik perhatian pengguna kerana warna yang digunakan boleh menimbulkan suasana yang ceria. boleh diletakkan barang peribadi guru seperti jam tangan, diari, dompet dan sebagainya. Dibahagian bahagian lantai juga diletakkan pelapik getah yang kenyal untuk menyerap hentakan disediakan tempat untuk meletakkan barang-barang mudah calar dan rosak seperti telefon pintar, gadget ICT dan sebagainya. Ruang tersebut dibuat dengan keluasan yang besar untuk menampung peralatan ICT dan mempunyai saiz yang ideal dan tidak terlalu berat serta memuatkan juga baranagn peribadi guru dengan bilangan yang banyak. KIT BOX ini kukuh dan stabil untuk dibawa kemana-mana.serta mudah dialihkan. KIT BOX ini mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri yang dapat menarik perhatian pengguna kerana warna yang digunakan boleh menimbulkan suasana yang ceria.
  • 19. 3.0 PERNYATAAN MASALAH Antara faktor-faktor yang merumitkan pmbuatan kit box ialah: i. nilai-nilai estetik ii. binaan iii. kemasan iv. keteguhan dan kestabilan v. kegunaan KIT BOX vi. keselamatan Masalah yang biasanya terdapat pada tempat menyimpan peralatan ICT ialah: i. reka bentuknya yang tidak menarik ii. tidak tahan lasak dan mudah rosak iii. saiz yang terlalu besar dan berat iv. keadaan beg bimbit yang tidak stabil v. sukar dialihkan dan dibawa ke mana-mana
  • 20. 4.0 PENYELESAIAN MASALAH Masalah di atas dapat diatasi dengan membuat rujukan yang dapat memenuhi kehendak pengguna. Antaranya ialah: i. reka bentuk yang menarik, ringkas dan mempunyai konsep yang tersendiri serta penggunaan warna yang menarik ii. tahan lasak dan bermutu tinggi iii. saiz yang kecil mengikut permintaan semasa iv. meja yang stabil dan kukuh v. ringan dan mudah dipindahkan pada bila-bila masa 4.1 MANFAAT Antara kebaikan pembuatan KIT BOX ialah: i. mudah dibawa ke mana-mana ii. mudah digunakan iii. tidak memerlukan ruang yang besar iv. Medium untuk meletakkan keperluan ICT v. Boleh dikunci bagi mengelakkan kecurian 4.2 POTENSI Antara potensi pembuatan KIT BOX ialah: i. Menjadi kemudahan yang memang diperlukan ii. Senag digunakan iii. Menjimatkan ruang iv. Kos penghasilan yang rendah v. Berpotensi untuk dipasarkan di institusi pendidikan vi. Boleh dipatenkan untuk tujuan komersial vii. Reka bentuk sofistikated yang mudah dibawa
  • 21. 5.0 PENCETUSAN IDEA Setelah mengenalpasti masalah yang kebiasaannya timbul, saya telah memulakan aktiviti mengumpulkan maklumat dan data daripada meja- meja kopi yang sedia ada. Antara sumber-sumber yang digunakan untuk pengumpulan maklumat dan data seperti: i. membuat pemerhatian di kedai-kedai perabot ii. membuat rujukan daripada buku-buku yang berkaitan iii. menggunakan enjin pencarian di internet iv. mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada para pensyarah v. risalah-risalah yang dikeluarkan oleh peniaga seperti risalah daripada Court Mammoth, Carrefour, Ikea dan sebagainya. Idea awal untuk mencipta sebuah tempat menyimpan peralatan ICT tercetus apabila melihat troli peralatan ICT di sekolah kurang efisyen dari segi penggunaannya kerana sering kali tidak berfungsi kerana mengalami kerosakan apabila ditinggalkan di bilik darjah, bengkel, dan makmal sains.Tambahan lagi dengan kesukaran membawanhya dari satu tempat ke satu tempat bagi menjimatkan ruang memandangkan persekitaran bilik darjah, bengkel dan makmal sains yang tidak begitu besar.Oleh yang demikian penggunaan Troli ICT yang mudah dialih boleh disimpan di tempat yang lebih selamat mmpu membantu kami bagi menjimatkan ruang semasa PdP berlangsung. Melalui masalah ini, terlintas diminda untuk menghasilkan TEACHER KIT BOX bagi menjimatkan ruang dan masa menyimpan peralatan ICT serta menjimatkan ruang bilik darjah, bengekl dan makmal sains. Seterusnya, idea untuk mencipta troli ICT empat tingkat dengan saiz yang sederhana tercetus apabila troli ICT yang sedia ada mempunyai saiz yang terlalu besar. Jadi, bagaimanakah untuk menghasilkan satu troli
  • 22. ICT yang boleh memuatkan peralatan ICT yang penting sahaja serta mudah disimpan jika tidak digunakan lagi? Berdasarkan beberapa pemerhatian dan kajian yang dijalankan pada beberaoa bentuk dan saiz tempat menyimpan peralatan ICT, kami memilih bentuk briefcase (Kit Box) ayng mempunyai pelbagai ruang menyimpan dan saiz 40 cm lebar dan 40 cm panjang serta mempunyai pembahagi bagi memaksimumkan peyimpanan peralatan ICT. Dengan haya satu Kit Box telah memadai untuk satu bilik darjah dan seorang guru yang menggunakannya.
  • 23. 6.0 DISKRIPSI PROJEK Teacher Kit Box dihasilan bertujuan bagi memudahkan peralatan ICT disimpan, dialihkan dan dibawa ke mana-mana. Projek ini sesuai bagi bilik darjah yang yang mempunyai ruang yang terhad dan bilangan murid dalam bilik darjah tersebut di antara 30 hingga 40 orang murid. Saiz projek ini adalah 40 cm lebar, 40 cm panjang dan 10 cm tinggi. Saiz ini adalah amat sesuai dengan projek berdasarkan beberapa pemerhatian dan tinjauan yang dibuat memalui internet dan buku dan majalah inovasi. Kelebihan projek ini adalah ianya bukan sahaja mudah dibawa ke mana- mana malah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik apabila boleh dikunci dan disimpan di ruang yang lebih selamat di mana sahaja. Setelah projek ini dibuka dengan mudah boleh ditemp[an peralatan-peralatan ICT ayng penting walaupun bersaiz kecil. Malahan lagi, setiap peralatan yang disimpan lebih mudah dicari dan diambil apabila hendak digunakan semsa PdP. Hal ini dapat menjimatkan masa PdP bersama murid. Namun begitu terdapat sedikit kelemahan di mana projek ini juga boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak jika tidak diguanakan betul. Penanmabahbaikan yang dilakukan ialah dengan mengubah bentuk sudut sisi projek ini kepada bentuk fillet dan menamh kemasan kumasan di bahagian tepi projek.
  • 26. 9.0 LUKISAN PEMASANGAN DAN MATERIAL
  • 27. 10.0 JADUAL PELAKSANAAN TUGAS Bil. Aktiviti/Perkara Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 H 1 H 2 H 3 H 4 H 1 H 2 H 3 H 4 H 1 H 2 H 3 H 4 1. Perbincangan tentang tugasan √ 2. Lakaran dan pencetusan idea √ 3. Pemilihan idea dan berbincang dengan pensyarah √ 4. Pemilihan kayu dan bahan √ 5. Menanda dan mengukur kayu √ 6. Proses pemotongan √ √ √ 7. Proses pembinaan (kerja-kerja pennyambungan) √ √ 8. Proses pemasangan bahagian-bahagian projek √ 9. Meletakkan tepung menyumbat √ 10. . Melicinkan kayu dengan kertas las √ √ 11. . Proses memasang bingkai (kumai) √ √ 12. . Membuat kemasan √ 13. . Kemasan akhir √ 14. . Melekatkan stiker alas permukaan projek √ 15. Memasang aksesori √ 16. Menyiapkan dokumentasi dan autocad √ √
  • 28. 11.0 PROSES KERJA 11.1 Pemilihan Idea Proses kerja bermula dengan perbincangan bersama rakan dan pensyarah bagi mendapatkan idea awal mengenai projek yang ingin dihasilkan. Proses kedua ialah dengan menghasilkan beberapa konsep rak kasut bagi mendapatkan konsep terakhir yang ingin digunakan dalam projek. Setelah konsep dipilih kami membuat beberapa lakaran awal mengenai projek yang ingin kami hasilkan. a. Pemilihan lakaran terbaik untuk projek troli ICT yang ingin dihasilkan b. Inovasi yang ingin dibuat pada troli ICT mengubah ke bentuk Kit Box yang akan dihasilkan. c. Lukisan kerja ialah perancangan bergambar sesuatu projek yang akan dibuat atau dilaksanakan. d. Lukisan kerja dilukis dalam tiga bentuk iaitu lukisan ortografik, lukisan isometri dan lukisan ceraian. e. Lukisan ortografik dibuat bagi memudahkan memahami binaan sesuatu objek daripada 3 sudut pandangan iaitu pandangan depan, sisi dan atas. f. Kemahiran menterjemahkan lukisan kerja memudahkan sesuatu projek dihasilkan. 11.2 Penyediaan Bahan Pembinaan projek bermula dengan pemilihan bahan yang ingin digunakan
  • 29. Bahan yang digunakan ialah bahan kayu 4x1 untuk dindng dan pembahagi dalam Kit Box, papan MDF bagi hiasan penutup dan lantai Kit Box, engsel kayu bagi menghasilkan lipatan pada Kit Box dan kayu 2 x 1 bagi papan Kit Box. Skru dan juga paku turut digunakan. a. Memilih i. memilih kayu dan bahan yang sesuai. ii. Memastikan kayu yang dipilih tidak mengalami kecacatan atau rosak. 11.3 Mengukur dan menanda i. Menggunakan alat-alat mengukur seperti pensil tukang, pembaris keluli dan sesiku L. ii. Menandakan tempat yang akan dipotong dengan ukuran yang betul. 11.4 Memotong i. Menggunakan alat memotong untuk memotong kayu selepas membuat tandaan. ii. Proses pemotongan dilakukan dengan teliti agar ukurannya tidak kurang atau lebih.
  • 30. Seterusnya kami memotong kayu yang menjadi dinding Ki Box dan melekatkan engsel pada kayu dinding papan MDF yang dijadikan penutup Kit Box tersebut.Sebelum melekatkan engsel kami terlebih dahulu membuat beberapa prototaip menggunakan skala lebih kecil. Memotong kayu dengan mesin rencong Mesin lengan digunakan untuk memotong papan lebar. (Gambar rajah proses pemotongan) 11.5 Pembinaan
  • 31. Setelah itu,kami membina pintu bagi Kit Box kami. Pintu bagi Kit Box ini dihasilkan dengan kayu kumai dan juga papan MDF. Papan MDF digunakan sebagai penutup rangka pintu yang dibina dengan kayu. 11.6 Membuat kemasan Setelah itu, kami menggosok kayu menggunakan kertas pasir untuk membuat kemasan pada kayu. Kami mengambil langkah proaktif dengan melekatkan stiker alas pada permukaan dinding dan bawah Kit Box sebagai penamabahan aksesori selian pemegang dan selak pengunci. Setelah kayu digosok ,setiap kayu di “sealer” dan digosok semula. Setelah permukaan kayu licin dan tertutup,kami membuat kemasan menggunakan syelek dan dibiarkan kering.
  • 32. 12.0 REFLEKSI DAN KESIMPULAN Bismillahirrahmanirrahim bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya sama-sama menyiapkan tugasan projek inovasi Proses dan Reka Bentuk (RBT 3116) ini. Melalui tugasan ini, saya dapat menimba ilmu yang baru tentang bagaimana untuk menyempurnakan sebuah projek yang berasaaaaskan teknologi bahan & pembuatan. Dari akar umbi bermulanya projek ini iaitu pencetusan idea sehinggalah membuat kekemasan akhir . Saya juga buat pertama kalinya mengetahui kaedah dan membuat folio dokumentasi tentang sesebuah projek berdasarkan sukatan pelajaran ataupun Proforma Proses dan Reka Bentuk (RBT 3116) ini. Syukur akhirnya dapat juga saya menyiapkan tugasan latiahan amali yang diberikan ini. Saya merasakan bahawa tugasan ini teramat berat pada mula-mulanya, saya tidak mengetahui cara penggunaan mesin-mesin di dalam bengkel walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman menggunakannya. Namun dengan bimbingan En Abdul Sukur bin Kamsir, saya telah berjaya menaikkan semangat saya untuk terus menyiapkan projek ini. Di samping itu, reka bentuk yang dilakar agak sukar untuk dibina. Saya juga mendapati diri saya masih lagi kekurangan pengetahuan dan pengalaman dalam menghasilkan projek inovasi. Tambahan lagi, saya juga mengalami kesukaran untuk memilih kayu-kayu dan bahan-bahan yang diperlukan dalam kerja projek. Saya banyak belajar benda baru semasa dalam proses menyiapkan tugasan ini. Saya juga dapat mengetahui serba sedikit penghasilan lakaran idea sesebuah projek yang hendak saya dan rakan sekumpulan laksanakan ke bentuk lukisan AutoCAD. Di samping itu, encik Abdul Sukur Bin Kamsir sebagai pensyarah pembimbing kami juga menerangkan cara-cara penggunaan mesin dengan betul dan selamat. Tambahan lagi, beliau juga menjelaskan bahagian-bahagian yang kami
  • 33. tidak fahami. Dalam tempoh menjana idea, beliau juga membantu menjana ilham dalam mendapatkan konsep yang menarik serta lakaran yang menarik tetapi mudah dibina berdasarkan pengalamannya dengan membimbing pelatih yang lepas menghasilkan projek inovasi yang baik. Oleh yang demikian, setiap ahli kumpulan untuk projek inovasi yang say dan ahli kumpulan saya siapkan ini memerlukan bantuan mereka sebagai rakan sekumpulan yang turut membantu saya jika mengalami sebarang kesukaran ketika mengendalikan mesin-mesin di bengkel. Tugasan ini juga memberikan saya ilmu mengenai kemahiran membina lukisan berbantukan komputer dengan lebih terperinci dan kehadapan berbanding zaman mempelajarinya semasa di sekolah saya sendiri. Jika dibandingkan hanya membaca nota command di modul dan komputer, saya tidak dapat mempraktikkan apa yang dibaca tetapi dengan menyiapkan tugasan ini saya dapat serba sedikit pengalaman. Di samping itu, saya amat bersyukur kerana berjaya menyiapkan Projek Inovasi ini dalam tempoh yang ditetapkan dan mengikut kriteria yang diperlukan dan memberi pendedahan awal kepada saya tentang bagaimana menyediakan sumber maklumat bahan bantu mengajar berdasarkan proejk inovasi yang saya hasilkan bersam-sam rakan sekumpulan pada masa (PNP) walaupun saya akan ditempatkan di sekolah kebangsaan dalam anggaran kasar tempoh tiga bulan lagi dari sekarang. Semoga pengalaman yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan ini, dapat diaplikasikan ketika keluar mengajar kelak. Saya juga berharap agar tugasan seperti ini diberikan kepada saya di masa yang akan datang untuk menambahkan pengalaman saya. Dalam pada itu, apabila telah menyiapkan projek ini, pengetahuan saya mengenai teknologi bahan dan pembuatan semakin bertambah dan saya dapat mengendalikan mesin yang sebelum ini tidak pernah dilihat Alhamdulillah dalam sesi pembentangan projek, projek kami telah diluluskan oleh kedua-dua pensyarah kami. dan kami memulakan projek kami dengan lakaran awal. Setelah lakaran selesai dibuat, barulah kami
  • 34. memilih bahan-bahan yang hendak digunakan dalam projek inovasi kami ini. Proses pembuatan agak memakan masa kerana projek ini agak sukar. Ianya lebih sukar sekiranya kami tidak mempunyai rakan pasukan lain yang turut membantu salah seorang daripada kami. Encik Kamarun Bin Ishak juga banyak membantu saya ketika pensyarah pembimbing, encik Abdul Sukur bin Kamsir pergi membantu kumpulan lain Hubungan silaturrahim dengan pensyarah dan rakan-rakan juga dapat dieratkan dan bertambah rapat. Oleh yang demikian, projek ini mempunyai banyak bahagian yang boleh dilipat, maka memang mustahil untuk saya membinanya seorang diri. Setiap kali hendak dibuat pemasangan engsel, tiap kali itulah projek saya akan bergerak mahu jatuh. Agak memenatkan untuk menyiapkan projek ini namun alhamdulllah, berkat usaha kami berdua, akhirnya tercipta juga projek kami seterusnya membuat kemasan pada projek saya dan rakan sekumpulan dengan menggunakan syelek dan aksesori lain. Setelah selesai segalanya, barulah saya dokumentasikan pembuatan projek saya dan rakan sekumpulan dalam folio ini. Saya berterima kasih yang tak terhingga kepada rakan sekumpulan dan rakan- rakan sekelas yang lain kerana tanpa mereka, mustahil untuk projek ini disiapkan dalam tempoh masa ini. Terima kasih juga kepada pensyarah pembimbing yang tidak lokek untuk membantu ketika saya bertanya berkaitan projek. Kesimpulannya, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini walaupun mengalami banyak masalah. Ilmu yang saya dapat daripada tugasan ini harap dapat membantu saya di masa akan dating di alam kerjaya dalam profesion keguruan kelak serta segala kekeliruan yang saya hadapi sebelum ini telah dapat diatasi. Saya juga berharap akan memperbaki kesalahan saya dan sifat peribadi saya di masa akan datang. Insya allah… Terima kasih kepada Encik Abdul Sukur bin Kamsir.
  • 35. 13.0 RUJUKAN ASNUL DAHAR MINGHAT (2005). Teknologi Kayu - Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM. WATTON, JOHN (1971). Pertukangan Kayu : Teori dan Amalan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. BUKU TEKS KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN 1, 2 dan 3. Kedai-Kedai Perabot Sekitar Batu Pahat Dan Changlun.