Pendidikan keusahawanan perlu diterokai oleh generasi muda bagi mewujudkan modal manusia yang dapat membangunkan ekonomi negara. Usaha merealisasikan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar perlu dibangunkan dari peringkat awal usia dan kesedaran menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan perlu diwujudkan.