SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
1.0 PENGENALAN
Pendidikan telah diakui oleh semua peringkat umur sebagai satu unsure terpenting
dalam pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang
kehidupan yang berlaku di merata tempat dalam dunia dari dahulu hingga sekarang
sebenarnya dicetuskan oleh pendidikan. Dalam erti kata lain, pendidikan digunakan
sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politi, sosial dan ekonomi. Apabila dilihat
pula faedah-faedah yang dinikmati oleh seseorang hasil daripada perkembangan ini,
maka pendidikan terus menjadi sesuatu yang amat diperluakan (Gunasegaran a/l
Karuppannan, 2003)
Di Malaysia, pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dikendalikan di
bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat. Dasar Pendidikan Khas di Malaysia telah
mengklasifikasikan murid-murid atau kanak-kanak ini sebagai mereka yang
mengalami kecacatan yakni masalah penglihatan, masalah pendengaran dan
mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak ini mungkin
disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang tidak sempurna seperti
perkembangan pranatal oleh pengambilan dadah, alkohol kekurangan zat dan
pelbagai jenis penyakit. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini memerlukan
perhatian yang khusus, kasih sayang, kesabaran, komitmen masyarakat sekeliling
terutamanya ibu bapa dan guru dalam membimbing mereka menjalani hari-hari akan
datang.
2.0 MASALAH PENDENGARAN
2.1 DEFINISI PENDENGARAN
Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap
berlaku di dalam suatu populasi manusia. Melalui World Health Organisation (1999),
pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk
dunia mengalami masalah pendengaran (Che Ismail bin Che Lah, 2008).
Menurut Salena Yahya (1989), Pendidikan Khas masalah pendengaran di Malaysia
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk
pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan
Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang. Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh
pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma
orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British.
Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa
Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral
method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun
1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid-
murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Safani Bari et al).
Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap
manusia bagi menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh
menerima maklumat serta belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria
pendengaran seperti deria lihat bau, sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran
adalah merupakan salah satu deria yang amat penting bagi memudahkan dan
menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun pelajaran. Masalah
pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah pendengaran yang
diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang
mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat
mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah
pendengaran yang dialami dan kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa,
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sering tercicir dalam pelajaran walaupun
sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari segi intelek (Dr. Aznan Che
Ahmad, Bil.2/2010). Selain itu juga deria pendengaran merupakan salah satu agen
penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat
menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna.
Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih
tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh
ia mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak
dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar (1984),
mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar
perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan
budaya melalui bahasa. Manakala menurut Bee H. (1995), kanak-kanak
bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar
atau kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca daripada
faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.
Menurut Paul dan Quigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak
dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran
untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan
alat bantu dengar. Pengesanan awal bagi golongan yang bermasalah pendengaran
ini adalah sangat penting supaya intervensi awal dapat dilaksanakan untuk
membantu mereka mengatasi masalah yang dialami. Intervensi awal adalh penting
bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih
teruk. Oleh ini intervensi awal dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.
Dalam perlaksanaan intervensi awal ini, penglibatan dari pelbagai pihak dalam
merancang dan menyediakan intervensi awal adalah amat penting. Oleh itu
penubuhan kumpulan pelbagai disiplin dapat membantu berkongsi, bertukar
maklumat dan merancang menyadiakan intervensi awal yang memenuhi keperluan
disamping meningkatkan pencapaian kanak-kanak bermasalah pendengaran.
2.2 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES
Menurut Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (1997) mendapati tahap
kecacatan atau tahap kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak yang mengalami
masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada 2 tahap iaitu kurang pendengaran
terdiri daripada sedikit (mild), sederhana (moderate), sederhana teruk (moderate-
serve), dan tahap pekak iaitu teruk (serve) d an sangat teruk (profound). Berikut
merupakan antara ciri yang mewakili setiap jenis kecacatan yang dialami oleh setiap
tahap kehilangan pendengaran :
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
1. Kurang pendengaran
a. Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB. Mereka yang
mengalami tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh
namun masih mampu memahami perbualan.
b. Sederhana (moderate) – Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan
pendengaran antara 41 – 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga
1.5 meter sahaja disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam
perbincangan di dalam kelas
c. Sederhana teruk (moderate – severe) – Tahap kehilangan pendengaran bagi
mereka yang mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 – 70 dB. Orang
yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat
2. Pekak
a. Teruk (severe) – Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71
sehingga 90 dB dan hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 – 30.5 meter
sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan
b. Sangat teruk (profound) – Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah
lebih daripada 90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang
kuat. (Kajian Safani B , Manisah M. A, Noraini M.S, Aliza A, UKM)
Masalah utama yang diperhatikan dalam kes masalah pendengaran ialah
dari segi bahasa dan komunikasi. Kehilangan pendengaran ini menghalang kanak-
kanak bermasalah pendengaran berkomunikasi secara mendengar dan bertutur.
Aspek ini merupakan aspek utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan di alam
pembelajaran dan pengajaran. Kegagalan berkomunikasi dan bertutur menghalang
mereka memahami apa yang disampaikan oleh para pendidik dan seterusnya
menyekat perkembangan mereka dalam pendidikan. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini memerlukan bantuan pakar pertuturan bagi membantu mereka
berkembang seperti kanak-kanak normal yang lain.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
Dari aspek perkembangan sosial dan emosi, kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini memerlukan pengalaman dalam menyampaikan emosi dan
berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan melalui perkembangan mereka ia
dapat membantu mereka meluahkan perasaan, kehendak, keperluan mereka
disamping memahami kehendak dan perasaan orang lain. Kegagalan berkomunikasi
disebabkan oleh faktor kehilangan pendengaran akhirnya memberi kesan ke atas
konsep kendiri dan kebolehan bermain serta berkongsi dengan rakan sebaya.
Kelambatan perkembangan dari aspek bahasa dan komunikasi juga turut
melambatkan perkembangan kognitif kanak-kanak bermasalah pendengaran ini.
Perkembangan kognitif ini merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus
dunia mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati
maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya.
Kehilangan pendengaran ini dipengaruhi beberapa faktor-faktor sama ada
sebelum lahir, semasa kelahiran dan selepas kelahiran, dan faktor-faktor ini
dipengaruhi beberapa aspek seperti genetik dan persekitaran. Sebelum kelahiran ini,
masalah pendengaran dipengaruhi oleh baka yang disebabkan oleh genetik.
Menurut Barbara et al. (2001), sebanyak 70 peratus kes kepekakan kongenital yang
dikaitkan dengan faktor genetik diklasifikasikan sebagai tidak bersindromik,
sementara dalam 30 peratus lagi dikelaskan sebagai kepekakan bersindromik yang
boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau lebih 400 bentuk sindrom berkaitan
(Che Ismail C. Lah, 2008). Manakala bukan baka pula disebabkan faktor jangkitan
sebelum lahir. Pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuanin boleh
mempengaruhi janin yang dikandungkan sehingga mempengaruhi keselamatan
janin yang dikandungkan disamping masalah toksemia.
Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga
menyebabkan kecederaan semasa dilahirkan terutamanya pada bahagian telinga.
Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badang kurang
daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan dan
kecacatan. Usia kandungan adalah penting bagi kelahiran seseorang kanak-kanak
kerana ia akan menentukan kematangan organ dalaman mereka yang sedang
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21 sehingga 34 minggu, peluang bayi
untuk hidup adalah tinggi. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak sehingga
mengambil masa kelahiran yang terlalu lama atau susah juga menyebabkan tekanan
pada telinga .
Bayi yang dilahirkan tanpa masalah pendengaran juga berisiko mengalami
masalah pendengaran disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan.
Penyakit ini biasanya terjadi disebabkan oleh bakteria dan virus. Kehilangan
pendengaran ini juga disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa
yang lama selain faktor kemalangan sehingga mencederakan bahagian telinga.
2.3 MASALAH SAMPINGAN
Antara lain juga kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengalami masalah
pengamatan iaitu kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui
pancaindera setelah berlakunya proses mental. Antara masalah pengamatan
pendengaran adalah berpunca daripada kecacatan organisma telinga seperti
diskriminasi, iaitu ketidakupayaan mengenal dan membezakan bunyi sebutan,
rentak irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakupayaan mengenal arah bunyi
(jauh atau dekat), ketidakupayaan mengingat bunyi-bunyi yang didengar, dan
ketidakupayaan mengulang corak bunyi dan turutannya. Disamping masalah-
masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga
menghadapi masalah-masalah sampingan seperti :
i. kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah,
ii. pencapaian yang lemah dalam perlajaran,
iii. kurang bercakap dan menggunakan lebih banyak menggunakan jari,
iv. kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lain
v. tidak bertindak balas terhadap bunyi
vi. silap memahami arahan
vii. menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi
viii. telinga sering berair atau bernanah
ix. lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain
terlebih
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
x. akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak
tangan aripada mendengar.
xi. kurang melibatkan aktiviti dalam pertuturan
xii. selalu berkhayal
3. CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran sebenarnya jika dilihat
secara fizikal tidak jauh bezanya dibandingkan dengan kanak-kanak yang
normal. Ini kerana gangguan kelainan itu datangnya hanya dari bahagian telinga
yang berfungsi sebagai deria untuk mendengar.
Hasil kajian pakar pediatrik juga menunjukkan tidak semua kanak-kanak yang
mengalami masalah pendengaran tergolong dalam kumpulan pekak sepenuhnya
tetapi masih lagi mempunyai sisa-sisa pendengaran. Baki sisa pendengaran itu
yang akhirnya digunakan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan seharian
meskipun tidak banyak membantu mereka. Oleh kerana itu, maka beberapa ciri
telah dikenal pasti bagi mengesan kanak-kanak bermasalah pendengaran
supaya langkah-langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi membantu mereka.
3.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan
Berdasarkan sumber pakar pediatrik, seseorang kanak-kanak yang
mempunyai masalah pendengaran dapat dikesan dari peringkat awal lagi
melalui kelainan tindakan dan ransangan seorang bayi yang baru lahir.
Secara normalnya, kebanyakan bayi yang lahir akan menangis apabila
selamat saja dilahirkan tetapi ini berbeza dengan bayi yang bermasalah
pendengaran. Perbezaan ketara ini mungkin disebabkan kesan sampingan
terhadap ibu bayi dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas proses
kelahiran berlaku.
Kelainan ini mungkin berlaku disebabkan faktor beberapa jangkitan yang
dialami oleh si ibu semasa mengandung. Terdapat kemungkinan besar besar
lain juga yang boleh menyebabkan anak dalam kandungan berisiko
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
mendapat gangguan pendengaran ialah apabila si ibu terdedah kepada
sebaran bahan kimia di persekitaran yang akhirnya memudaratkan bayi yang
dikandung. Pun begitu, harus diingat bahawa masalah pendengaran kanak-
kanak seawal bayi juga boleh jadi berpunca dari sumber genetik atau baka
yang kurang sihat dari ibu bapa kanak-kanak sendiri. Pengesanan masalah
pendengaran juga boleh dilihat semasa proses kelahiran bayi tersebut
samada disebabkan masa kelahiran bayi terlalu lama, bayi tidak cukup bulan
dan penggunaan peralatan seperti forcep untuk memudahkan kelahiran
bermasalah ini. Kesan-kesan ini akhirnya memberi kecederaan kepada bayi
khususnya di bahagian telinga berdasarkan hentakan kuat atau pun masalah
kekurangan oksigen semasa proses kelahiran berlangsung.
Kesan sampingan seperti yang disebutkan di atas juga sebenarnya bukan
saja boleh memberi risiko tinggi kepada bayi untuk mengalami masalah
pendengaran, tetapi turut memberi kesan negatif di bahagian saraf dan otak
bayi. Disebabkan kelainan tingkahlaku bayi yang ditunjukkan iaitu tidak
menangis selesai sahaja dilahirkan dilihat sebagai faktor utama yang
menyumbang kecenderungan masalah pendengaran ini berlaku.
3.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi
Pengesanan masalah pendengaran terhadap bayi dan kanak-kanak juga
boleh dikesan dengan sejauh mana mereka bertindak balas dan memberi
ransangan khususnya terhadap sesuatu bunyi yang dihasilkan. Ini amat
penting bagi menilai dan membuat pemerhatian asas sekaligus memastikan
bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai daya deria pendengaran yang
kuat dan mampu memberi respon kepada sesuatu situasi yang berlaku.
Secara umumnya seorang bayi yang normal dapat memberi perhatian
apabila adanya sumber bunyi di sekeliling contohnya apabila dipanggil atau
di acah oleh orang lain. Respon dari bayi ini kebiasaannya akan berpaling
dan memberi perhatian terhadap sumber bunyi dan disusuli deria lain iaitu
mata akan menuruti pergerakan objek dari mana sumber bunyi acahan itu
datang. Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 2 hingga 6 tahun, tahap
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
kepekaan bunyi sekeliling sangat membantu mereka terutamanya dalam
aspek perkembangan bahasa bersesuaian dengan umur mereka. Kanak-
kanak normal pada peringkat umur sebegini biasanya lebih aktif dan peka
terhadap sesuatu bunyi bersesuaian dengan tahap perkembangan otak
kanak-kanak pada masa itu. Bagi kanak-kanak normal, mereka akan
berpaling ke arah bunyi yang menarik perhatian mereka seperti apabila nama
mereka dipanggil dan ini menunjukkan respon positif dari pendengaran
mereka.
Tingkahlaku ini berbeza dengan bayi dan kanak-kanak yang bermasalah
pendengaran kerana kebiasaanya mereka kurang peka terhadap bunyi yang
terhasil disekeliling dan memerlukan bunyian secara berulang-ulang
sehingga dapat menarik perhatian. Ini dapat diperhatikan melalui tindak balas
kanak-kanak tersebut samada ketika situasi yang bising dan senyap apabila
nama mereka dipanggil contohnya. Bagaimanapun haruslah diingat bahawa
tahap pendengaran seorang individu dengan individu lain sangat berbeza,
tetapi kemungkinan untuk kita melihat perbezaan seorang kanak-kanak yang
benar-benar bermasalah pendengaran itu dapat dikesan di peringkat ini.
3.3 Lewat bertutur
Kita mengetahui bahawa komunikasi secara lisan merupakan elemen yang
paling mudah dan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan
digunakan semasa proses sosialisasi seorang individu itu dan juga proses
pembelajaran. Dalam situasi ini, adalah menjadi satu kesukaran buat kanak-
kanak bermasalah pendengaran untuk memperkembangkan aspek bahasa
melalui pertuturan. Kesukaran ini datangnya dari kanak-kanak itu untuk
menerima bunyi-bunyian dengan betul dan lebih tepat. Akhirnya ini akan
menyukarkan mereka untuk menyebut kembali perkataan atau ayat yang
digunakan sebelumnya seperti yang diutarakan oleh Abdullah Yusoff (2004).
Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran
untuk memahami pertuturan berpunca daripada pendengaran mereka
terhadap perkataan-perkataan atau ayat yang diujarkan tidak jelas.
Kebiasaanya kanak-kanak yang mencapai umur 12 hingga 24 bulan mula
bercakap dan membentuk bahasanya sendiri iaitu mamam atau akan
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
(bermaksud makan) tito (bermaksud tidur). Namun bagi kanak-kanak yang
bermasalah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya
terganggu dan lewat daripada kebiasaan dan ini menggangu pertumbuhan
mental mereka. Hal ini perlu diambil serius melalui pemerhatian pertuturan
mereka bagi menyusun tindakan susulan untuk mengelakkan kanak-kanak
ini dapat menguasai bahasa lisan.
Ini menjelaskan kepada kita bahawa aspek pertuturan dan perkembangan
bahasa kanak-kanak ini telah disekat oleh masalah ketidakupayaan organ
deria telinga berfungsi dengan baik. Kesukaran ini juga akhirnya
membataskan diri kanak-kanak ini untuk belajar dan bersosial sama seperti
kanak-kanak normal yang lain.
3.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari daripada bercakap
Seperti ciri yang yang telah dijelaskan sebelumnya, kegagalan penguasaan
bahasa oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ini juga menyebabkan
mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa isyarat mengikut
pemahaman mereka sendiri untuk menyampaikan maksud. Ini ada kaitannya
dengan faktor kebolehan lewat pertuturan menyebabkan mereka tidak dapat
menyampaikan maksud secara lisan tetapi berkomunikasi dengan
penggunaan anggota badan seperti jari dan sebagainya.
Sebagai contoh, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan
menunjukkan istilah lapar melalui isyarat tangan dengan meletakkan tapak
tangan ke bahagian perut atau menunjukkan isyarat seperti menyuap
makanan ke mulut. Berbeza dengan kanak-kanak normal yang akan
menyampaikan maksud lapar mereka dengan bahasa lisan. Ini menunjukkan
perbezaan ketara dari aspek penguasaan bahasa dan cara komunikasi
kanak-kanak bermasalah pendengaran ini jauh bebeza dengan kanak-anak
normal.
Kekerapan kanak-kanak ini cenderung menggunakan jari contohnya, semasa
menyampaikan sesuatu komunikasi dengan meletakkan bahasa lisan
sebagai medium nombor dua dalam komunikasi. Semua ini dapat dilihat
melalui proses pemerhatian teliti dalam aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
3.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual
Pendengaran adalah asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi secara
lisan. Dalam hal ini, kebolehan kanak-kanak memperkayakan istilah
penggunaan bahasa adalah sangat bergantung kebolehan mereka
mendengar, memahami pegertiannya dan seterusnya menuturkan apa yang
didengarnya.
Namun begitu, ini berbeza dengan kelompok kanak-kanak yang mengalami
masalah pendengaran kerana beberapa fungsi organ tertentu dalam telinga
gagal berfungsi dengan baik. Lanataran itu ianya memberikan kesan yang
negatif kepada kanak-kanak tersebut semasa bersosial khasnya ketika sesi
interaksi perbualan. Bagi menjelaskan kenyataan ini, mereka kebiasaannya
kurang dan gagal memberi perhatian apabila berbual. Masalah ini
disebabkan kurangnya tumpuan mereka terhadap sesuatu perbualan
komunikasi lisan itu terganggu oleh pendengaran yang kurang jelas akibat
getaran gelombang suara yang diterima lemah. Lantaran itu, maka tidak
hairanlah apabila mereka kurang memberi tumpuan dan tidak berminat untuk
mengikuti sesi perbualan yang berlangsung.
3.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang melibatkan komunikasi
lisan
Ciri-ciri ini adalah mempunyai hubungkait dengan faktor yang terdahulunya
iaitu apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian apabila berbual.
Dengan tahap kebolehupayaan mereka mendengar lemah, kanak-kanak ini
lebih suka bersikap pasif dalam setiap perbualan dengan cara mendiamkan
diri dan cuba untuk menjauhkan diri dari menyertai kumpulan yang sedang
berbual.
Bagi kanak-kanak normal, situasi perbualan merupakan satu kaedah bagi
mereka untuk mempelajari sesuatu perkatan bermakna bersesuaian dengan
tahap umur mereka. Mengikut Kreshan & Terrel (1983), menjelaskan bahawa
proses memperoleh dan menguasai bahasa sangat aktif berlaku sebelum
kanak-kanak berumur 12 tahun. Namun perbezaan ketara di sini ialah jelas
menunjukkan bagaimana kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
mengasingkan diri mereka dan tidak menunjukkan ransangan minat terhadap
aktiviti komunikasi lisan.
3.7 Pertuturan sukar difahami
Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami
kesukaran untuk menerima dan memahami arahan dan pertuturan lisan. Ini
bermakna mereka sekaligus mengalami masalah pertuturan dengan
penggunaan bahasa bagi sesuatu perkataan dan istilah itu tidak betul, tepat
dan jelas bunyi dan maksudnya. Kesukaran berinteraksi secara lisan ini juga
akhirnya member kesan negatif apabila mereka berinteraksi secara lisan
dengan kanak-kanak normal.
Masalah pertuturan dari aspek linguistik bahasa Melayu merupakan satu
bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud
bahawa pembentukan katanya mengalami proses yang boleh mengubah
makna dan kelas kata sesuatu kata (Nik Safiah, 1978). Kesukaran ini dapat
dibuktikan apabila wujudnya kata akar, berimbuhan, majmuk dan berganda
yang menyukarkan kanak-kanak ini untuk menguasai bahasa pertuturan
sekaligus mengelirukan kefahaman dan penggunaan sesuatu perkataan itu.
Masalah pertuturan ini berlaku kerana kerana mereka cenderung
menggunakan kata akar yang yang maksudnya berubah apabila dimasukkan
kata imbuhan dan sebagainya seterusnya menukar maksud sesuatu ayat itu
menjadikan pertuturan mereka tidak difahami oleh kanak-kanak normal. Ciri-
ciri ini juga boleh dikaitkan dengan faktor terdahulu yang telah dinyatakan
seperti lebih banyak menggunakan bahasa badan atau isyarat tangan untuk
berinteraksi dan tidak menunjukkan minat semasa aktiviti lisan dijalankan.
3.8 Sering berkhayal
Disebabkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran
untuk mendengar sesuatu perkataan, ayat atau arahan dengan jelas dan
tepat, risiko untuk mereka berkhayal adalah sangat tinggi. Ini kerana
gelombang bunyi persekitaran di sekeliling kanak-kanak tersebut diterima
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
dalam bentuk yang rendah dan hal ini menyebabkan mereka tidak
mempedulikan komunikasi lisan yang berlaku.
Pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk berasa khayal kerana tumpuan
yang sepatutnya diberikan terhadap situasi persekitaran contohnya semasa
proses komunikasi secara berkumpulan tidak dapat diterima. Ini membuatkan
mereka tidak mengambil sikap tidak mahu menyertai aktiviti perbincangan
dengan lebih aktif dan mengambil sikap pasif dan menyendiri semasa sidang
interaksi lisan itu berlaku.
3.9 Sukar mengikut arahan lisan
Ketidakmampuan bahagian telinga menerima gelombang dengan baik
terutamanya di bahagian-bahagian dalam telinga menyebabkan mereka
sukar menerima bahasa pertuturan dengan jelas. Rentetan dari ciri-ciri yang
telah dinyatakan sebelumnya, permasalahan masalah pendengaran ini
sekaligus menyukarkan kanak-kanak ini menerima arahan lisan dengan tepat
dan membataskan interaksi dan tindak balas mereka terhadap sesuatu
arahan yang diberikan.
Ini menyebabkan setiap arahan, tugasan, ayat mahu pun perkataan sering
disalah maksudkan oleh kanak-kanak ini. Contohnya apabila arahan yang
diberikan oleh seorang penutur kepada kanak-kanak bermasalah
pendengaran iaitu, “ kau pandai main gitar”, tetapi akan disalah terima
pendengarannya menjadi, “gigi kau besar”.
Kesukaran membuat pengecaman maksud arahan dan ayat bukan sahaja
membantutkan proses pembelajaran mereka, tetapi memberi kesan buruk
terhadap aspek sosial dan emosi kanak-kanak tersebut.
3.10 Memberi perhatian kepada muka penutur
Akibat kekurangan kepekaan telinga mereka menerima gelombang bunyi
dalam setiap arahan dan maklumat yang diberi semasa proses interaksi
secara lisan, mereka akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada muka
penutur semasa penutur bercakap. Ciri-ciri ini terlihat disebabkan mereka
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
cuba untuk memahami kehendak penutur berdasarkan agakan dan bacaan
gerak bibir si penutur. Pun begitu ciri-ciri ini kebiasaannya bergantung
berdasarkan keadaan situasi dan berdasarkan pengalaman mereka terhadap
situasi dan kehendak yang disampaikan.
Hasil daripada saki baki pendengaran yang mereka masih ada, mereka akan
cuba untuk meneliti maklumat dan arahan berdasarkan mimik muka dan
bacaan bentuk mulut yang diberikan dengan tepat. Maka tidak hairanlah
sekiraya dalam aktiviti perbincangan contohnya, mereka akan memberi
perhatian kepada muka penutur dengan tepat tanpa mempedulikan keadaan
persekitaran.
4. PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN
Masalah pendengaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu:
4.1 Baka
Masalah pendengaran yang diwarisi dari keturunan, di mana sebelum ini ada
diantara keluarga terdekat yang mempunyai sejarah masalah pendengaran.
Jangkitan penyakitan contohnya Rubella punya utama terjadinya masalah
pendengaran pada tahun 60an, Demam, Glandular dan sindrom Alport (penyakit
genetik buah pinggang) pada ibu mengandung juga merupakan punca-punca
masalah pendengaran kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Semasa hamil si ibu
mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin.
4.2 Semasa Lahir.
Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga di samping
itu kelahiran pra matang juga merupakan salah satu penyumbang ke arah masalah pendengaran.
Kemalangan semasa kelahiran terutamanya pada bahagian telinga merupakan salah satu faktor
masalah pendengaranperingkat awal kelahiran.
4.3 Selepas Kelahiran
Pada peringkat ini banyak faktor-faktor yang boleh mendatangkan masalah pendengaran.
Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak, mereka mudah dijangkiti pelbagai penyakit
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
kerana antibodi mereka masih belum berkembang sepenuhnya di antara penyakit yang boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran ialah Acoustic Neuinoma (tumor), AIED, Pneumokokus ,
Otitis Media . Menurut laporan kumpulan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia
(MaHTAS), di bawah Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia,
sekurang-kurangnya 500,000 kes otitis media berlaku setiap tahun di kalangan
kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun, dan 50% daripadanya adalah
disebabkan Pneumokokus. Dianggarkan bahawa 75% daripada kanak-kanak
mengalami sekurangkurangnya satu kejadian Otitis Media sebelum mereka
mencapai usia tiga tahun.
4.4 Bunyi Bising
Bunyi bising merupakan Terdedah dengan persekitaran dengan disibel bunyi
yang tinggi juga merupakan salah satu punca masalah pendengaran berlaku
dikalangan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kebisingan yang melampau di rumah
seperti dari mesin pengisar dan pembersih vakum juga penyumbang masalah
kanak-kanak.
Gambarajah 1 berikut menunjukkan tahap disibel sumber bunyi yang merosakkan
pendengaran.
Tahap disibel yang merosakkan pendengaran
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
4.5 Kecederaan Dan Kemalangan
Salah-satu punca masalah pendengaran yang sering berlaku ialah
kecederaan semasa melakukan aktiviti atau semasa kanak-kanak ini bermain
benda-benda yang mendatangkan kecederaan dengan menusuknya ke dalam
telinga dan ini menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga.
Aktiviti menyelam tanpa menggunakan peralatan yang sepatutnya boleh
menyebabkan kerosakan pada gegedang telinga, ini terjadi kerana perubahan tekan
semasa menyelam di dalam air. Situasi ini dapat dilihat dengan kebanyakkan kanak-
kanak yang tinggal berhampiran laut di sekitar pantai timur Sabah.
Terdedah pada letupan yang kuat juga boleh mengakibat kerosakkan pada
saraf telinga.
Gambarajah 2
Kedudukan gegedang telinga
5. CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENDENGARAN
Tidak semua kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah itu dapat
menerima dan menguasai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) di
sekolah itu dengan sempurna. Ini kerana setiap kanak-kanak itu mempunyai
perbezaan bukan sahaj dari segi tahap perkembangan mental, tetapi aspek
Gegendang telinga
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
halangan-halangan tertentu yang menyebabkan mereka gagal memenuhi
matlamat pendidikan itu sendiri. Perbezaan itu dapat dilihat dari aspek
kekurangan dan ketidakupayaan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu
contohnya bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbezaan dan
kekurangan ini menyebabkan beberapa kaedah pengajaran perlu dibuat
penambahbaikan bersesuaian dengan tahap masalah mereka
5.1 Langkah - langkah membantu mengikut kategori kepekakan
Terdapat beberapa kategori kepekakan sebagai garis panduan untuk
mengambil langkah - langkah yang sesuai bagi membantu kanak -kanak
bermasalah pendengaran. Kategori kepekakan ini terbahagi kepada 4
kategori.
Kategori kepekakan yang pertama ialah kepekakan sedikit iaitu mild.
Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 20 - 45 dB. Mereka
yang tergolong dalam kategori ini mengalami masalah untuk mendengar
pertuturan dan perbualan yang perlahan. Namun begitu, mereka mampu
untuk membentuk pertuturan atau bahasa yang normal sekiranya mendapat
intervensi awal yang berkesan. Selain itu, mereka juga perlu menggunakan
alat bantu pendengaran yang sesuai.
Kategori kepekakan yang kedua ialah kepekakan sederhana atau
moderate. Tahap kehilangan pendengaran pula ialah 46 - 70 dB.
Kebiasaannya mereka ini mengalami masalah pertuturan terutama yang
melibatkan gangguan bunyi latar yang kuat. Risiko untuk mereka mengalami
masalah perkembangan pertuturan dan bahasa sangat tinggi sekiranya tidak
mendapat intervensi awal yang berkesan serta tidak menggunakan alat
bantu pendengaran yang sesuai.
Kategori kepekakan yang seterusnya ialah kepekakan teruk ataupun
severe. Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 71 - 90 dB.
Dalam kategori ini, individu tersebut tidak dapat mendengar bunyi pertuturan
yang normal. Oleh itu, bagi membantu proses komunikasi mereka
memerlukan bantuan visual untuk mereka memahami pertuturan. Bantuan
visual adalah seperti membaca gerak bibir penutur dan menggunakan
bahasa isyarat tangan.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
Kategori kepekakan yang terakhir ialah kategori sangat teruk iaitu
profound. Tahap kehilangan kepekakan bagi kategori ini ialah melebihi 91
dB. Dalam kategori ini, individu mempunyai masalah besar untuk mendengar
bunyi pertuturan. Selain itu, mereka cenderung untuk mengalami masalah
bahasa dan pertuturan yang sangat teruk. Oleh hal yang demikian, mereka
menggunakan bantuan visual bagi memudahkan komunikasi namun
memerlukan pendekatan yang berkesan.
5.1.1 Alat bantu dengar
Alat bantu dengar ialah suatu peralatan yang digunakan bagi
membantu penghasilan gelombang bunyi menjadi lebih kuat melalui
penggunaan mikrofon di telinga. Ianya berfungsi apabila gelombang atau
isyarat diterima melalui getaran elektrik dan bunyi dikuatkan oleh komponen
amplifier yang terus dipasang hampir dengan saraf atau organ pendengaran.
Dewasa ini terdapat pelbagai jenis alat bantu dengar boleh didapati di
pasaran dan kebanyakan pengguna yang menggunakan alatan ini masih lagi
mempunyai baki sisa pendengaran. Oleh itu, alatan ini sangat sesuai
digunakan untuk menjadikan bunyi yang dihasilkan menjadi lebih kuat dan
jelas. Bagaimanapun penggunaan alatan ini sebenarnya masih tidak dapat
membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kerana alatan ini masih
gagal untuk menapis bunyi luar yang mengganggu dan tidak dikehendaki
dari didengar oleh kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak juga boleh terdorong
untuk berasa lebih malu kerana menggunakan peralatan itu meskipun
sebagai satu keperluan mereka untuk mendengar dengan lebih jelas.
5.1.2 Implan koklea
Sebagai pilihan alatan lain dalam membantu individu atau kanak-kanak
bermasalah pendengaran selain alat bantu dengar, implan koklea atau
dikenali sebagai telinga bionik telah diperkenalkan. Alatan yang dipasang
secara pembedahan kecil dibahagian telinga terlebih dahulu ini digunakan
untuk meransang saraf auditori dan koklea dengan getaran elektrik. Berbeza
dengan alat bantu dengar yang berfungsi untuk menguatkan bunyi, implan
kolea ini mempunyai pemrosesan pertuturan dan transmitter yang boleh
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
menapis sedikit sumber bunyi luar yang tidak dikehendaki dan memberi
kejelasan kepada pengguna.
5.1.3 Terapi pertuturan
Terapi pertuturan ialah satu bentuk senaman muka, kawalan
pernafasan dan suara yang terdiri daripada komponen utama dalam
penghasilan komunikasi lisan. Terapi ini melibatkan kaedah latihan
surprasegmental yang menekankan aspek suara dan pernafasan.
Terapi pertuturan ini sangat menekankan aspek latihan pertuturan yang
melibatkan latihan pandangan mata dan tumpuan perhatian. Ini disebabkan
kadar tumpuan kanak-kanak sangat pendek dan hal ini membuatkan
keperluan untuk menggunakan deria mata sebagai satu unsur penting dalam
membantu pendengaran mereka sendiri
5.1.4 Terapi pendengaran
Terapi pendengaran ialah kesinambungan dari terapi pertuturan di
mana terdapat beberapa aktiviti dalam terapi ini yang cuba untuk
memfokuskan kanak-kanak bermasalah penglihatan terhadap sisa
pendengaran yang ada dengan lebih jelas. Terapi ini akan dapat lebih
berfungsi lagi sekiranya seseorang kanak-kanak itu menggunakan alat bantu
dengar atau pun telah memasang implan koklea.
Sesi terapi pendengaran ini sangat memfokuskan aspek mengesan
bunyi,membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan memahami bunyi.
Empat ciri utama ini sangat dititik beratkan bagi membantu kanak-kanak
mendapat maklumat atau maksud sesuatu bunyi dengan jelas dan tepat.
5.1.5 Penggunaan bahasa isyarat
Kebanyakan kanak-kanak atau individu bermasalah pendengaran
secara tidak langsung turut mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara
lisan. Lantaran itu maka kebanyakan mereka sangat bergantung kepada
deria dan anggota badan lain untuk berkomunikasi. Sejajar dengan itu, maka
wujudlah bahasa natif orang pekak, ejaan jari, sign exact English, kod tangan
bahasa Melayu, pertuturan KIU, American sign language dan bahasa isyarat
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
Malaysia. Perolehan kepenggunaan ini sebenarnya sebagai langkah bagi
membantu mereka yang bermasalah seumpama ini dapat berkomunikasi
sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
5.1.6 Kaedah Auditory Oral
Kaedah ini menekankkan proses mendengar serta bertutur dengan
menggunakan sensori lain iaitu deria sentuh dan lihat secara lebih berkesan dengan
bantuan peralatan pendengaran. Kaedah in tidak menggunakan bahasa isyarat atau
jari tetapi menekan kaedah bacaan bibir (Lip reading).Kaedah ini menggunakan
implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur,
melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan
bunyi-bunyi yang berbeza.
5.1.7 Kaedah Bacaan Bibir
Kaedah ini menekan pada sensori penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini
memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan
dalam kedudukan penutur berada di tempat yang terang dan jelas.
6. PERKHIDMATAN
6.1 Jenis-jenis Penempatan Pendidikan/Perkhidmatan
Kementerian pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas telah
menyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategori kurang upaya
penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Program pendidikan yang
dijalanakan di sekolah merupakan sekolah pendidikan khas dan melalui program
integrasi dan inklusif di sekolah biasa.
Dalam hal ini pihak kerajaan telah memberi pengecualian bayaran yuran
kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan
kemahiran Institusi Pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Elaun
sebanyak RM3000.00 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang berjaya
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
melanjutkan pelajaran ke Isntitusi Pengajian Tinggi manakala bagi murid yang di
sekolah rendah sebayak RM25.00 sebulan diperuntukkan.
Antara jenis perkhidmatan pendidikan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak
berkeperluan Khas ini adalah seperti;
6.2 Kelas Biasa
Situasi Ideal, dimana murid ditempatkan mengikut darjah / gred sendiri.
Bantuan dan pemantauan akana diberikan oleh guru khas. Murid akan diberikan
pembelajaran Akomodasi dan modifikasi. Sistem pembalajaran yang secara Amalan
yang mana merangkumi Model Konsultasi iaitu guru khas member nasihat kepada
guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas manakala Model
Konsultasi Kolaborasi guru dan pakar-pakar dalam bidang lain berkerjasama untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu kelas biasa juga akan
memperolehi amalan team / cooperative teaching dimana guru khas dan guru biasa
bagi berkogsi bersama dalam mengajar kelas yang mana mempunyai murid
berkeperluan khas dan guru seterusnya Teacher assistance teams iaitu sekumpulan
guru berkerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas biasa.
6.3 Sekolah Khas
Sekolah khas ini merupakan pelajar yang terdiri daripada mereka yang
mengalami kecatatan (contoh:masalah penglihatan dan pendegaran). Kebiasaannya
murid ini terdiri daripada mereka yang mengalamai kecatatan yang teruk. Sistem
pelaksanaan Sekolah Khas ini adalah secara
a) Sekolah harian dimana murid akan belajar di sekolah khas dan akan balik
selepas waktu hari persekolahan.
b) Sekolah berasrama yang mana sama seperti sekolah harian mereka akan belajar
di sekolah khas tetapi selepas habis waktu persekolahan mereka akan balik ke
asrama.
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
7. PENGELOLAAN DALAM BILIK DARJAH UNTUK MURID MERMASALAH
PENDENGARAN
Sekiranya berada di dalam kelas guru perlu menitikberatkan beberapa
perkara untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Guru boleh mengajar mereka
menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis, bercakap dan melatih
pelajar mendengar bunyi - bunyi di persekitaran mereka. Namun begitu, perkara
pertama yang perlu guru lakukan ialah mengambil perhatian kanak - kanak untuk
memastikan mereka bersedia dan tahu bahawa guru sedang bercakap dengan
mereka. Sekiranya perhatian kanak - kanak ini terganggu mereka akan mudah
meradang dan tidak berminat untuk belajar.
Selain itu, guru perlu menempatkan murid di kedudukan dan posisi yang
membolehkan mereka mudah melihat dan mendengar dengan baik, jelas dan tepat.
Hal ini bagi menghindarkan berlakunya ketidaksedaran kepada murid sekiranya guru
sedang berinteraksi dengan mereka. Murid juga perlulah duduk di kedudukan yang
membolehkan mereka melihat bibir, wajah dan isyarat tangan guru dengan jelas
supaya mereka lebih mudah untuk memahami pengajaran guru. Ini juga turut berkait
dengan ciri-ciri murid bermasalah pendengaran di mana mereka sering gagal untuk
mengecamkan dari mana sumber atau gelombang bunyi itu datang. Penentuan
kedudukan murid ini boleh membantu mengekalkan tumpuan murid seterusnya aka
mengelakkan mereka tercicir semasa p & p.
Semasa bercakap guru hendaklah menghadap pelajar dan tidak
membelakangi mana - mana pelajar. Ini dapat mengelakkan murid dari gagal
menerima gelombang suara tersebut dengan mudah dan tanpa halangan. Seperti
dalam penjelasan ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah yang telah dijelaskan
seelumnya, masalah ini mungkin akan menyebabkan murid tidak menunjukkan
minat dalam sesi p & p dan menyebabkan murid berkhayal di dalam kelas. Oleh itu,
adalah wajar bagi seorang guru untuk memahami keperluan permasalahn murid
dengan mewujudkan pertuturan komunikasi secara terus sekaligus dapat menarik
tumpuan murid.
Penataan cahaya dalam sesi p & p bukan sahaja keperluan yang perlu
dipraktikkan oleh guru untuk mengajar kelas biasa untuk mewujudkan suasanan
kelas yang lebih kondusif. Ini juga amat dititikberatkan semasa sesi pengajaran
murid bermasalah pendengaran. Jelasnya di sini bahawa seseorang guru perlu
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
memastikan bkedudukan posisinya sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar.
Ini bertujuan untuk membolehkan murid tersebut menggunakan teknik membaca
gerak bibir si penutur (guru) semasa komunikasi lisan berlangsung. Oleh itu, guru
hendaklah cuba mengelakkan diri dari menghalang bibir mahupun fizikal tangan
dengan sebarang objek semasa bercakap, berkomunikasi dan membaca di hadapan
pelajar serta sentiasa berdiri di suatu tempat sahaja semasa bercakap. Halangan ini
akan menyukarkan murid untuk memahami pertuturan guru dan maksud isyarat
yang cuba disampaikan.
Berdasarkan langkah-langkah di atas di samping merujuk kepada
permasalahan murid, ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan seorang guru
itu untuk kekal berdiri di suatu tempat semasa komunikasi lisan dalam bentuk
arahan diberikan. Teknik ini mungkin tidak digalakkan bagi seorang guru yang
mengajar murid kelas normal. Tetapi dalam situasi ini, murid bermasalah
pendengaran sangat memerlukan kedudukan yang tetap supaya dapat menerima
hala isyarat bunyi yang betul tanpa perlu mencari dan menetapkan arah
pendengaran itu.
Sekiranya guru menggunakan bahasa isyarat, guru digalakkan menggunakan
kod isyarat yang biasa digunakan dan mudah difahami. Ini dapat membantu murid
mempelajari dan memperkayakan istilah bahasa selain dapat memahami sesuatu
perkataan atau isyarat dengan tepat. Penggunaan kod ini hendaklah selaras dengan
situasi semasa dan memudahkan komunikasi murid itu sendiri di masa akan datang.
Teknik bahasa isyarat, dan penggunaan bahasa tubuh sangat membantu mereka
bukan sahaja dalam sesi p & p, tetapi semasa mereka bersosial.
Guru juga boleh menggunakan ayat -ayat atau rangkai kata untuk mengajar
mereka di dalam kelas. Ini sangat penting dalam proses memperkayakan bahasa
murid dan dapat diadaptasi oleh mereka samada di dalam kelas atau semasa aktiviti
sosial mereka. Sekiranya guru mengajar sesuatu perkataan baru, berilah contoh
ayat bagi perkataan tersebut serta tuliskan maknanya. Sebagai contoh, bagi
memastikan murid dapat mengingati perkataan baru yang diajar, guru boleh
membuat satu kolum khas untuk menulis perkataan - perkataan baru yang dipelajari
dalam minggu tersebut di hadapan kelas.
Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat membantu kaedah
pengajaran dengan lebih berkesan dan ini bukan saja melibatkan murid normal,
tetapi juga murid bekerpeluan khas khususnya bermasalah pendengaran
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103
Penggunaan medium BBM oleh guru terhadap murid bermasalah pendengaran ini
hendaklah dimaksimumkan bagi membantu murid memperolehi pembelajaran
bermakna sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Oleh itu, dari penggunaan
kad imbasan berupa isyarat, perkataan mudah kepada peralatan teknologi yang
lebih moden iaitu penggunaan alatan visual dan audio seperti penggunaan
komputer riba, LCD, dan beberapa perisian yang terdapat di pasaran hendaklah
digunakan sepenuhnya. Penggunaan aplikasi ini nyata bukan sahaja dapat
memudahkan guru dalam pengajaran, tetapi apa yang lebih penting ialah murid
mengikuti proses p & p dan objektif pengajaran tercapai.
Sebagai kesimpulan pengajaran, isi pengajaran diringkaskan dan guru boleh
membuat edaran kepada pelajar untuk memudahkan mereka. Isi - isi penting
pengajaran direkodkan dan dicatat di suatu sudut khas di dalam kelas seperti contoh
ditulis di suatu sudut khas di papan hitam kelas sebagai peringatan kepada pelajar.
Walaubagaimanapun, galakan daripada guru itu sangat penting. Guru boleh
memberi galakkan supaya murid bertanya semasa sesi pembelajaran dan
pengajaran serta guru perlu memberi galakkan supaya pelajar sentiasa memberi
tumpuan penuh kepada sesi pembelajaran dan pengajaran.

More Related Content

Similar to tz30103

PPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptx
PPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptxPPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptx
PPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptxrocktorock
 
materi tunarungu dan pembelajaran untuk guru
materi tunarungu dan pembelajaran untuk gurumateri tunarungu dan pembelajaran untuk guru
materi tunarungu dan pembelajaran untuk guruRonaSuindu
 
PPT PABK MODUL 5.pptx
PPT PABK MODUL 5.pptxPPT PABK MODUL 5.pptx
PPT PABK MODUL 5.pptxumimartatiah
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2Muhammad Hamdani
 
PABK MODUL 5 NEW.pptx
PABK MODUL 5 NEW.pptxPABK MODUL 5 NEW.pptx
PABK MODUL 5 NEW.pptxLelaMartilaya
 
PPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptx
PPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptxPPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptx
PPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptxArman Ahmad
 
PDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdf
PDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdfPDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdf
PDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdfArman Ahmad
 
523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasi
523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasi523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasi
523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasibinahongmemo
 
Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)
Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)
Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)KORAN PEDULI DOT COM
 
Pengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa padaPengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa padafifi_sanaky
 
Penyuluhan Speech Delay okew.ppt
Penyuluhan Speech Delay okew.pptPenyuluhan Speech Delay okew.ppt
Penyuluhan Speech Delay okew.pptCrashanaSiregar
 

Similar to tz30103 (20)

PPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptx
PPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptxPPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptx
PPT_kelompok 4_ Modul 5_ ABK_Finish.pptx
 
materi tunarungu dan pembelajaran untuk guru
materi tunarungu dan pembelajaran untuk gurumateri tunarungu dan pembelajaran untuk guru
materi tunarungu dan pembelajaran untuk guru
 
education
educationeducation
education
 
PPT PABK MODUL 5.pptx
PPT PABK MODUL 5.pptxPPT PABK MODUL 5.pptx
PPT PABK MODUL 5.pptx
 
Tugasan kumpulan
Tugasan kumpulanTugasan kumpulan
Tugasan kumpulan
 
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2Makalah Perbedaan individu dalam  belajar 2
Makalah Perbedaan individu dalam belajar 2
 
PABK MODUL 5 NEW.pptx
PABK MODUL 5 NEW.pptxPABK MODUL 5 NEW.pptx
PABK MODUL 5 NEW.pptx
 
PPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptx
PPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptxPPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptx
PPT MODUL 5 PENDIDIKAN ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pptx
 
PDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdf
PDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdfPDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdf
PDF MODUL 5 PENDIDIKAN BAGI ANAK BERKEBUTUHAN KHUSUS.pdf
 
ANAK - ANAK LUAR BIASA
ANAK - ANAK LUAR BIASAANAK - ANAK LUAR BIASA
ANAK - ANAK LUAR BIASA
 
EDUP3103: MASALAH PENDENGARAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENDENGARAN.pdfEDUP3103: MASALAH PENDENGARAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENDENGARAN.pdf
 
523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasi
523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasi523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasi
523013580 Pp Abk Fisik Kelompok untuk presentasi
 
Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)
Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)
Kebijakan pemerintah-tt-autis-(baru)
 
Pengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa padaPengembangan bahasa pada
Pengembangan bahasa pada
 
Artikel konseptual abk
Artikel konseptual abkArtikel konseptual abk
Artikel konseptual abk
 
Tunawicara
TunawicaraTunawicara
Tunawicara
 
12822073.ppt
12822073.ppt12822073.ppt
12822073.ppt
 
psikologi
psikologipsikologi
psikologi
 
Penyuluhan Speech Delay okew.ppt
Penyuluhan Speech Delay okew.pptPenyuluhan Speech Delay okew.ppt
Penyuluhan Speech Delay okew.ppt
 
Askep tuna rungu
Askep tuna runguAskep tuna rungu
Askep tuna rungu
 

Recently uploaded

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptxSusanSanti20
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxboynugraha727
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"baimmuhammad71
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 

Recently uploaded (20)

Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 

tz30103

  • 1. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 1.0 PENGENALAN Pendidikan telah diakui oleh semua peringkat umur sebagai satu unsure terpenting dalam pembangunan tamadun manusia. Perkembangan dalam pelbagai bidang kehidupan yang berlaku di merata tempat dalam dunia dari dahulu hingga sekarang sebenarnya dicetuskan oleh pendidikan. Dalam erti kata lain, pendidikan digunakan sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politi, sosial dan ekonomi. Apabila dilihat pula faedah-faedah yang dinikmati oleh seseorang hasil daripada perkembangan ini, maka pendidikan terus menjadi sesuatu yang amat diperluakan (Gunasegaran a/l Karuppannan, 2003) Di Malaysia, pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dikendalikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dasar Pendidikan Khas di Malaysia telah mengklasifikasikan murid-murid atau kanak-kanak ini sebagai mereka yang mengalami kecacatan yakni masalah penglihatan, masalah pendengaran dan mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. Masalah kanak-kanak ini mungkin disebabkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang tidak sempurna seperti perkembangan pranatal oleh pengambilan dadah, alkohol kekurangan zat dan pelbagai jenis penyakit. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini memerlukan perhatian yang khusus, kasih sayang, kesabaran, komitmen masyarakat sekeliling terutamanya ibu bapa dan guru dalam membimbing mereka menjalani hari-hari akan datang. 2.0 MASALAH PENDENGARAN 2.1 DEFINISI PENDENGARAN Masalah pendengaran merupakan sesuatu kecacatan saraf yang paling kerap berlaku di dalam suatu populasi manusia. Melalui World Health Organisation (1999), pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 250 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran (Che Ismail bin Che Lah, 2008). Menurut Salena Yahya (1989), Pendidikan Khas masalah pendengaran di Malaysia
  • 2. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 bermula di Pulau Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang. Sekolah ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah digunakan dalam sistem pendidikan murid- murid bermasalah pendengaran di Malaysia (Safani Bari et al). Pendengaran merupakan salah satu deria yang amat penting bagi setiap manusia bagi menerima maklumat dan ilmu. Walaupun manusia masih boleh menerima maklumat serta belajar melalui deria-deria yang lain daripada deria pendengaran seperti deria lihat bau, sentuhan, dan rasa, namun deria pendengaran adalah merupakan salah satu deria yang amat penting bagi memudahkan dan menyempurnakan sesuatu proses menerima maklumat ataupun pelajaran. Masalah pendengaran merujuk kepada individu yang mengalami masalah pendengaran yang diperoleh sama ada semenjak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami masalah biasanya akan mengalami kesukaran atau tidak dapat mendengar bunyi perbualan ataupun bunyi persekitaran. Disebabkan masalah pendengaran yang dialami dan kelemahan penguasaan asas kemahiran bahasa, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini sering tercicir dalam pelajaran walaupun sebenarnya mereka tidak mengalami kecacatan dari segi intelek (Dr. Aznan Che Ahmad, Bil.2/2010). Selain itu juga deria pendengaran merupakan salah satu agen penyampai maklumat dalam berkomunikasi, tanpa deria pendengaran ini, matlamat menyampaikan fakta atau maklumat menjadi tidak bermakna. Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan, contoh ia mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling. Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatan pada deria
  • 3. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa. Manakala menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir. Menurut Paul dan Quigley (1990); dan Wiliam L.Heward (1996), kanak-kanak dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar. Pengesanan awal bagi golongan yang bermasalah pendengaran ini adalah sangat penting supaya intervensi awal dapat dilaksanakan untuk membantu mereka mengatasi masalah yang dialami. Intervensi awal adalh penting bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk dihadapi dan berlanjutan menjadi lebih teruk. Oleh ini intervensi awal dapat mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku. Dalam perlaksanaan intervensi awal ini, penglibatan dari pelbagai pihak dalam merancang dan menyediakan intervensi awal adalah amat penting. Oleh itu penubuhan kumpulan pelbagai disiplin dapat membantu berkongsi, bertukar maklumat dan merancang menyadiakan intervensi awal yang memenuhi keperluan disamping meningkatkan pencapaian kanak-kanak bermasalah pendengaran. 2.2 JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN) UTAMA KES Menurut Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (1997) mendapati tahap kecacatan atau tahap kehilangan pendengaran bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada 2 tahap iaitu kurang pendengaran terdiri daripada sedikit (mild), sederhana (moderate), sederhana teruk (moderate- serve), dan tahap pekak iaitu teruk (serve) d an sangat teruk (profound). Berikut merupakan antara ciri yang mewakili setiap jenis kecacatan yang dialami oleh setiap tahap kehilangan pendengaran :
  • 4. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 1. Kurang pendengaran a. Ringan (mild) - Tahap kehilangan pendengaran antara 27 – 40 dB. Mereka yang mengalami tahap ini mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi perlahan dan jauh namun masih mampu memahami perbualan. b. Sederhana (moderate) – Bagi tahap ini pula, mereka mengalami kehilangan pendengaran antara 41 – 70 dB. Masih mampu mendengar bunyi antara 1 hingga 1.5 meter sahaja disamping menghadapi masalah dalam melibatkan diri di dalam perbincangan di dalam kelas c. Sederhana teruk (moderate – severe) – Tahap kehilangan pendengaran bagi mereka yang mengalami masalah pendengaran adalah antara 56 – 70 dB. Orang yang ingin berhubung dengan mereka perlu bercakap dengan kuat 2. Pekak a. Teruk (severe) – Pada tahap ini kehilangan pendengaran adalah antara 71 sehingga 90 dB dan hanya mampu mendengar bunyi apada jarak 0 – 30.5 meter sahaja. Mereka juga menghadapi masalah pertuturan b. Sangat teruk (profound) – Tahap kehilangan pendengaran pada kategori ini ialah lebih daripada 90 dB. Mereka juga amat sukar mendengar walaupun bunyi yang kuat. (Kajian Safani B , Manisah M. A, Noraini M.S, Aliza A, UKM) Masalah utama yang diperhatikan dalam kes masalah pendengaran ialah dari segi bahasa dan komunikasi. Kehilangan pendengaran ini menghalang kanak- kanak bermasalah pendengaran berkomunikasi secara mendengar dan bertutur. Aspek ini merupakan aspek utama dalam penyampaian ilmu pengetahuan di alam pembelajaran dan pengajaran. Kegagalan berkomunikasi dan bertutur menghalang mereka memahami apa yang disampaikan oleh para pendidik dan seterusnya menyekat perkembangan mereka dalam pendidikan. Kanak-kanak bermasalah pendengaran ini memerlukan bantuan pakar pertuturan bagi membantu mereka berkembang seperti kanak-kanak normal yang lain.
  • 5. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 Dari aspek perkembangan sosial dan emosi, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini memerlukan pengalaman dalam menyampaikan emosi dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling dan melalui perkembangan mereka ia dapat membantu mereka meluahkan perasaan, kehendak, keperluan mereka disamping memahami kehendak dan perasaan orang lain. Kegagalan berkomunikasi disebabkan oleh faktor kehilangan pendengaran akhirnya memberi kesan ke atas konsep kendiri dan kebolehan bermain serta berkongsi dengan rakan sebaya. Kelambatan perkembangan dari aspek bahasa dan komunikasi juga turut melambatkan perkembangan kognitif kanak-kanak bermasalah pendengaran ini. Perkembangan kognitif ini merujuk kepada bagaimana memahami dan mengurus dunia mereka. Ini termasuk kemahiran menaakul, menyimpan dan mengingati maklumat, klasifikasi, mendefinisikan dan sebagainya. Kehilangan pendengaran ini dipengaruhi beberapa faktor-faktor sama ada sebelum lahir, semasa kelahiran dan selepas kelahiran, dan faktor-faktor ini dipengaruhi beberapa aspek seperti genetik dan persekitaran. Sebelum kelahiran ini, masalah pendengaran dipengaruhi oleh baka yang disebabkan oleh genetik. Menurut Barbara et al. (2001), sebanyak 70 peratus kes kepekakan kongenital yang dikaitkan dengan faktor genetik diklasifikasikan sebagai tidak bersindromik, sementara dalam 30 peratus lagi dikelaskan sebagai kepekakan bersindromik yang boleh didiagnosa secara klinikal dalam satu atau lebih 400 bentuk sindrom berkaitan (Che Ismail C. Lah, 2008). Manakala bukan baka pula disebabkan faktor jangkitan sebelum lahir. Pengambilan dadah atau bahan kimia seperti kuanin boleh mempengaruhi janin yang dikandungkan sehingga mempengaruhi keselamatan janin yang dikandungkan disamping masalah toksemia. Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan kecederaan semasa dilahirkan terutamanya pada bahagian telinga. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badang kurang daripada 2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecederaan dan kecacatan. Usia kandungan adalah penting bagi kelahiran seseorang kanak-kanak kerana ia akan menentukan kematangan organ dalaman mereka yang sedang
  • 6. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21 sehingga 34 minggu, peluang bayi untuk hidup adalah tinggi. Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak sehingga mengambil masa kelahiran yang terlalu lama atau susah juga menyebabkan tekanan pada telinga . Bayi yang dilahirkan tanpa masalah pendengaran juga berisiko mengalami masalah pendengaran disebabkan penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan. Penyakit ini biasanya terjadi disebabkan oleh bakteria dan virus. Kehilangan pendengaran ini juga disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang lama selain faktor kemalangan sehingga mencederakan bahagian telinga. 2.3 MASALAH SAMPINGAN Antara lain juga kanak-kanak bermasalah pendengaran ini mengalami masalah pengamatan iaitu kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses mental. Antara masalah pengamatan pendengaran adalah berpunca daripada kecacatan organisma telinga seperti diskriminasi, iaitu ketidakupayaan mengenal dan membezakan bunyi sebutan, rentak irama dan intonasi yang berlainan. Ketidakupayaan mengenal arah bunyi (jauh atau dekat), ketidakupayaan mengingat bunyi-bunyi yang didengar, dan ketidakupayaan mengulang corak bunyi dan turutannya. Disamping masalah- masalah utama yang dihadapi oleh kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga menghadapi masalah-masalah sampingan seperti : i. kurang memberi perhatian di dalam bilik darjah, ii. pencapaian yang lemah dalam perlajaran, iii. kurang bercakap dan menggunakan lebih banyak menggunakan jari, iv. kelihatan nakal dan tidak mempedulikan orang lain v. tidak bertindak balas terhadap bunyi vi. silap memahami arahan vii. menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi viii. telinga sering berair atau bernanah ix. lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain terlebih
  • 7. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 dahulu sebelum melakukan sebarang tugas x. akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan aripada mendengar. xi. kurang melibatkan aktiviti dalam pertuturan xii. selalu berkhayal 3. CIRI-CIRI TINGKAHLAKU KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Kebanyakan kanak-kanak bermasalah pendengaran sebenarnya jika dilihat secara fizikal tidak jauh bezanya dibandingkan dengan kanak-kanak yang normal. Ini kerana gangguan kelainan itu datangnya hanya dari bahagian telinga yang berfungsi sebagai deria untuk mendengar. Hasil kajian pakar pediatrik juga menunjukkan tidak semua kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran tergolong dalam kumpulan pekak sepenuhnya tetapi masih lagi mempunyai sisa-sisa pendengaran. Baki sisa pendengaran itu yang akhirnya digunakan oleh mereka untuk meneruskan kehidupan seharian meskipun tidak banyak membantu mereka. Oleh kerana itu, maka beberapa ciri telah dikenal pasti bagi mengesan kanak-kanak bermasalah pendengaran supaya langkah-langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi membantu mereka. 3.1 Tidak menangis sebaik saja dilahirkan Berdasarkan sumber pakar pediatrik, seseorang kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dapat dikesan dari peringkat awal lagi melalui kelainan tindakan dan ransangan seorang bayi yang baru lahir. Secara normalnya, kebanyakan bayi yang lahir akan menangis apabila selamat saja dilahirkan tetapi ini berbeza dengan bayi yang bermasalah pendengaran. Perbezaan ketara ini mungkin disebabkan kesan sampingan terhadap ibu bayi dalam tempoh sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran berlaku. Kelainan ini mungkin berlaku disebabkan faktor beberapa jangkitan yang dialami oleh si ibu semasa mengandung. Terdapat kemungkinan besar besar lain juga yang boleh menyebabkan anak dalam kandungan berisiko
  • 8. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 mendapat gangguan pendengaran ialah apabila si ibu terdedah kepada sebaran bahan kimia di persekitaran yang akhirnya memudaratkan bayi yang dikandung. Pun begitu, harus diingat bahawa masalah pendengaran kanak- kanak seawal bayi juga boleh jadi berpunca dari sumber genetik atau baka yang kurang sihat dari ibu bapa kanak-kanak sendiri. Pengesanan masalah pendengaran juga boleh dilihat semasa proses kelahiran bayi tersebut samada disebabkan masa kelahiran bayi terlalu lama, bayi tidak cukup bulan dan penggunaan peralatan seperti forcep untuk memudahkan kelahiran bermasalah ini. Kesan-kesan ini akhirnya memberi kecederaan kepada bayi khususnya di bahagian telinga berdasarkan hentakan kuat atau pun masalah kekurangan oksigen semasa proses kelahiran berlangsung. Kesan sampingan seperti yang disebutkan di atas juga sebenarnya bukan saja boleh memberi risiko tinggi kepada bayi untuk mengalami masalah pendengaran, tetapi turut memberi kesan negatif di bahagian saraf dan otak bayi. Disebabkan kelainan tingkahlaku bayi yang ditunjukkan iaitu tidak menangis selesai sahaja dilahirkan dilihat sebagai faktor utama yang menyumbang kecenderungan masalah pendengaran ini berlaku. 3.2 Tidak bertindak balas terhadap bunyi Pengesanan masalah pendengaran terhadap bayi dan kanak-kanak juga boleh dikesan dengan sejauh mana mereka bertindak balas dan memberi ransangan khususnya terhadap sesuatu bunyi yang dihasilkan. Ini amat penting bagi menilai dan membuat pemerhatian asas sekaligus memastikan bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai daya deria pendengaran yang kuat dan mampu memberi respon kepada sesuatu situasi yang berlaku. Secara umumnya seorang bayi yang normal dapat memberi perhatian apabila adanya sumber bunyi di sekeliling contohnya apabila dipanggil atau di acah oleh orang lain. Respon dari bayi ini kebiasaannya akan berpaling dan memberi perhatian terhadap sumber bunyi dan disusuli deria lain iaitu mata akan menuruti pergerakan objek dari mana sumber bunyi acahan itu datang. Bagi kanak-kanak yang berumur sekitar 2 hingga 6 tahun, tahap
  • 9. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 kepekaan bunyi sekeliling sangat membantu mereka terutamanya dalam aspek perkembangan bahasa bersesuaian dengan umur mereka. Kanak- kanak normal pada peringkat umur sebegini biasanya lebih aktif dan peka terhadap sesuatu bunyi bersesuaian dengan tahap perkembangan otak kanak-kanak pada masa itu. Bagi kanak-kanak normal, mereka akan berpaling ke arah bunyi yang menarik perhatian mereka seperti apabila nama mereka dipanggil dan ini menunjukkan respon positif dari pendengaran mereka. Tingkahlaku ini berbeza dengan bayi dan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran kerana kebiasaanya mereka kurang peka terhadap bunyi yang terhasil disekeliling dan memerlukan bunyian secara berulang-ulang sehingga dapat menarik perhatian. Ini dapat diperhatikan melalui tindak balas kanak-kanak tersebut samada ketika situasi yang bising dan senyap apabila nama mereka dipanggil contohnya. Bagaimanapun haruslah diingat bahawa tahap pendengaran seorang individu dengan individu lain sangat berbeza, tetapi kemungkinan untuk kita melihat perbezaan seorang kanak-kanak yang benar-benar bermasalah pendengaran itu dapat dikesan di peringkat ini. 3.3 Lewat bertutur Kita mengetahui bahawa komunikasi secara lisan merupakan elemen yang paling mudah dan penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan digunakan semasa proses sosialisasi seorang individu itu dan juga proses pembelajaran. Dalam situasi ini, adalah menjadi satu kesukaran buat kanak- kanak bermasalah pendengaran untuk memperkembangkan aspek bahasa melalui pertuturan. Kesukaran ini datangnya dari kanak-kanak itu untuk menerima bunyi-bunyian dengan betul dan lebih tepat. Akhirnya ini akan menyukarkan mereka untuk menyebut kembali perkataan atau ayat yang digunakan sebelumnya seperti yang diutarakan oleh Abdullah Yusoff (2004). Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memahami pertuturan berpunca daripada pendengaran mereka terhadap perkataan-perkataan atau ayat yang diujarkan tidak jelas. Kebiasaanya kanak-kanak yang mencapai umur 12 hingga 24 bulan mula bercakap dan membentuk bahasanya sendiri iaitu mamam atau akan
  • 10. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 (bermaksud makan) tito (bermaksud tidur). Namun bagi kanak-kanak yang bermasalah pendengaran, perkembangan pertuturan dan bahasanya terganggu dan lewat daripada kebiasaan dan ini menggangu pertumbuhan mental mereka. Hal ini perlu diambil serius melalui pemerhatian pertuturan mereka bagi menyusun tindakan susulan untuk mengelakkan kanak-kanak ini dapat menguasai bahasa lisan. Ini menjelaskan kepada kita bahawa aspek pertuturan dan perkembangan bahasa kanak-kanak ini telah disekat oleh masalah ketidakupayaan organ deria telinga berfungsi dengan baik. Kesukaran ini juga akhirnya membataskan diri kanak-kanak ini untuk belajar dan bersosial sama seperti kanak-kanak normal yang lain. 3.4 Lebih banyak menunjukkan dengan jari daripada bercakap Seperti ciri yang yang telah dijelaskan sebelumnya, kegagalan penguasaan bahasa oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran ini juga menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menggunakan bahasa isyarat mengikut pemahaman mereka sendiri untuk menyampaikan maksud. Ini ada kaitannya dengan faktor kebolehan lewat pertuturan menyebabkan mereka tidak dapat menyampaikan maksud secara lisan tetapi berkomunikasi dengan penggunaan anggota badan seperti jari dan sebagainya. Sebagai contoh, kanak-kanak bermasalah pendengaran ini akan menunjukkan istilah lapar melalui isyarat tangan dengan meletakkan tapak tangan ke bahagian perut atau menunjukkan isyarat seperti menyuap makanan ke mulut. Berbeza dengan kanak-kanak normal yang akan menyampaikan maksud lapar mereka dengan bahasa lisan. Ini menunjukkan perbezaan ketara dari aspek penguasaan bahasa dan cara komunikasi kanak-kanak bermasalah pendengaran ini jauh bebeza dengan kanak-anak normal. Kekerapan kanak-kanak ini cenderung menggunakan jari contohnya, semasa menyampaikan sesuatu komunikasi dengan meletakkan bahasa lisan sebagai medium nombor dua dalam komunikasi. Semua ini dapat dilihat melalui proses pemerhatian teliti dalam aktiviti sosial kanak-kanak tersebut.
  • 11. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 3.5 Kurang memberi perhatian apabila berbual Pendengaran adalah asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi secara lisan. Dalam hal ini, kebolehan kanak-kanak memperkayakan istilah penggunaan bahasa adalah sangat bergantung kebolehan mereka mendengar, memahami pegertiannya dan seterusnya menuturkan apa yang didengarnya. Namun begitu, ini berbeza dengan kelompok kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kerana beberapa fungsi organ tertentu dalam telinga gagal berfungsi dengan baik. Lanataran itu ianya memberikan kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut semasa bersosial khasnya ketika sesi interaksi perbualan. Bagi menjelaskan kenyataan ini, mereka kebiasaannya kurang dan gagal memberi perhatian apabila berbual. Masalah ini disebabkan kurangnya tumpuan mereka terhadap sesuatu perbualan komunikasi lisan itu terganggu oleh pendengaran yang kurang jelas akibat getaran gelombang suara yang diterima lemah. Lantaran itu, maka tidak hairanlah apabila mereka kurang memberi tumpuan dan tidak berminat untuk mengikuti sesi perbualan yang berlangsung. 3.6 Tidak menunjukkan minat dalam aktiviti yang melibatkan komunikasi lisan Ciri-ciri ini adalah mempunyai hubungkait dengan faktor yang terdahulunya iaitu apabila kanak-kanak kurang memberi perhatian apabila berbual. Dengan tahap kebolehupayaan mereka mendengar lemah, kanak-kanak ini lebih suka bersikap pasif dalam setiap perbualan dengan cara mendiamkan diri dan cuba untuk menjauhkan diri dari menyertai kumpulan yang sedang berbual. Bagi kanak-kanak normal, situasi perbualan merupakan satu kaedah bagi mereka untuk mempelajari sesuatu perkatan bermakna bersesuaian dengan tahap umur mereka. Mengikut Kreshan & Terrel (1983), menjelaskan bahawa proses memperoleh dan menguasai bahasa sangat aktif berlaku sebelum kanak-kanak berumur 12 tahun. Namun perbezaan ketara di sini ialah jelas menunjukkan bagaimana kanak-kanak bermasalah pendengaran ini
  • 12. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 mengasingkan diri mereka dan tidak menunjukkan ransangan minat terhadap aktiviti komunikasi lisan. 3.7 Pertuturan sukar difahami Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk menerima dan memahami arahan dan pertuturan lisan. Ini bermakna mereka sekaligus mengalami masalah pertuturan dengan penggunaan bahasa bagi sesuatu perkataan dan istilah itu tidak betul, tepat dan jelas bunyi dan maksudnya. Kesukaran berinteraksi secara lisan ini juga akhirnya member kesan negatif apabila mereka berinteraksi secara lisan dengan kanak-kanak normal. Masalah pertuturan dari aspek linguistik bahasa Melayu merupakan satu bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai aglutinatif yang membawa maksud bahawa pembentukan katanya mengalami proses yang boleh mengubah makna dan kelas kata sesuatu kata (Nik Safiah, 1978). Kesukaran ini dapat dibuktikan apabila wujudnya kata akar, berimbuhan, majmuk dan berganda yang menyukarkan kanak-kanak ini untuk menguasai bahasa pertuturan sekaligus mengelirukan kefahaman dan penggunaan sesuatu perkataan itu. Masalah pertuturan ini berlaku kerana kerana mereka cenderung menggunakan kata akar yang yang maksudnya berubah apabila dimasukkan kata imbuhan dan sebagainya seterusnya menukar maksud sesuatu ayat itu menjadikan pertuturan mereka tidak difahami oleh kanak-kanak normal. Ciri- ciri ini juga boleh dikaitkan dengan faktor terdahulu yang telah dinyatakan seperti lebih banyak menggunakan bahasa badan atau isyarat tangan untuk berinteraksi dan tidak menunjukkan minat semasa aktiviti lisan dijalankan. 3.8 Sering berkhayal Disebabkan kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kesukaran untuk mendengar sesuatu perkataan, ayat atau arahan dengan jelas dan tepat, risiko untuk mereka berkhayal adalah sangat tinggi. Ini kerana gelombang bunyi persekitaran di sekeliling kanak-kanak tersebut diterima
  • 13. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 dalam bentuk yang rendah dan hal ini menyebabkan mereka tidak mempedulikan komunikasi lisan yang berlaku. Pada peringkat ini kanak-kanak mudah untuk berasa khayal kerana tumpuan yang sepatutnya diberikan terhadap situasi persekitaran contohnya semasa proses komunikasi secara berkumpulan tidak dapat diterima. Ini membuatkan mereka tidak mengambil sikap tidak mahu menyertai aktiviti perbincangan dengan lebih aktif dan mengambil sikap pasif dan menyendiri semasa sidang interaksi lisan itu berlaku. 3.9 Sukar mengikut arahan lisan Ketidakmampuan bahagian telinga menerima gelombang dengan baik terutamanya di bahagian-bahagian dalam telinga menyebabkan mereka sukar menerima bahasa pertuturan dengan jelas. Rentetan dari ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelumnya, permasalahan masalah pendengaran ini sekaligus menyukarkan kanak-kanak ini menerima arahan lisan dengan tepat dan membataskan interaksi dan tindak balas mereka terhadap sesuatu arahan yang diberikan. Ini menyebabkan setiap arahan, tugasan, ayat mahu pun perkataan sering disalah maksudkan oleh kanak-kanak ini. Contohnya apabila arahan yang diberikan oleh seorang penutur kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran iaitu, “ kau pandai main gitar”, tetapi akan disalah terima pendengarannya menjadi, “gigi kau besar”. Kesukaran membuat pengecaman maksud arahan dan ayat bukan sahaja membantutkan proses pembelajaran mereka, tetapi memberi kesan buruk terhadap aspek sosial dan emosi kanak-kanak tersebut. 3.10 Memberi perhatian kepada muka penutur Akibat kekurangan kepekaan telinga mereka menerima gelombang bunyi dalam setiap arahan dan maklumat yang diberi semasa proses interaksi secara lisan, mereka akan cuba memberi sepenuh perhatian kepada muka penutur semasa penutur bercakap. Ciri-ciri ini terlihat disebabkan mereka
  • 14. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 cuba untuk memahami kehendak penutur berdasarkan agakan dan bacaan gerak bibir si penutur. Pun begitu ciri-ciri ini kebiasaannya bergantung berdasarkan keadaan situasi dan berdasarkan pengalaman mereka terhadap situasi dan kehendak yang disampaikan. Hasil daripada saki baki pendengaran yang mereka masih ada, mereka akan cuba untuk meneliti maklumat dan arahan berdasarkan mimik muka dan bacaan bentuk mulut yang diberikan dengan tepat. Maka tidak hairanlah sekiraya dalam aktiviti perbincangan contohnya, mereka akan memberi perhatian kepada muka penutur dengan tepat tanpa mempedulikan keadaan persekitaran. 4. PUNCA-PUNCA MASALAH PENDENGARAN Masalah pendengaran dipengaruhi oleh pelbagai faktor iaitu: 4.1 Baka Masalah pendengaran yang diwarisi dari keturunan, di mana sebelum ini ada diantara keluarga terdekat yang mempunyai sejarah masalah pendengaran. Jangkitan penyakitan contohnya Rubella punya utama terjadinya masalah pendengaran pada tahun 60an, Demam, Glandular dan sindrom Alport (penyakit genetik buah pinggang) pada ibu mengandung juga merupakan punca-punca masalah pendengaran kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Semasa hamil si ibu mengambil dadah atau bahan kimia seperti kuanin. 4.2 Semasa Lahir. Masa lahir yang terlalu lama atau susah menyebabkan tekanan pada telinga di samping itu kelahiran pra matang juga merupakan salah satu penyumbang ke arah masalah pendengaran. Kemalangan semasa kelahiran terutamanya pada bahagian telinga merupakan salah satu faktor masalah pendengaranperingkat awal kelahiran. 4.3 Selepas Kelahiran Pada peringkat ini banyak faktor-faktor yang boleh mendatangkan masalah pendengaran. Pada peringkat awal tumbesaran kanak-kanak, mereka mudah dijangkiti pelbagai penyakit
  • 15. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 kerana antibodi mereka masih belum berkembang sepenuhnya di antara penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran ialah Acoustic Neuinoma (tumor), AIED, Pneumokokus , Otitis Media . Menurut laporan kumpulan Penilaian Teknologi Kesihatan Malaysia (MaHTAS), di bawah Program Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, sekurang-kurangnya 500,000 kes otitis media berlaku setiap tahun di kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada dua tahun, dan 50% daripadanya adalah disebabkan Pneumokokus. Dianggarkan bahawa 75% daripada kanak-kanak mengalami sekurangkurangnya satu kejadian Otitis Media sebelum mereka mencapai usia tiga tahun. 4.4 Bunyi Bising Bunyi bising merupakan Terdedah dengan persekitaran dengan disibel bunyi yang tinggi juga merupakan salah satu punca masalah pendengaran berlaku dikalangan kanak-kanak. Kajian menunjukkan kebisingan yang melampau di rumah seperti dari mesin pengisar dan pembersih vakum juga penyumbang masalah kanak-kanak. Gambarajah 1 berikut menunjukkan tahap disibel sumber bunyi yang merosakkan pendengaran. Tahap disibel yang merosakkan pendengaran
  • 16. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 4.5 Kecederaan Dan Kemalangan Salah-satu punca masalah pendengaran yang sering berlaku ialah kecederaan semasa melakukan aktiviti atau semasa kanak-kanak ini bermain benda-benda yang mendatangkan kecederaan dengan menusuknya ke dalam telinga dan ini menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga. Aktiviti menyelam tanpa menggunakan peralatan yang sepatutnya boleh menyebabkan kerosakan pada gegedang telinga, ini terjadi kerana perubahan tekan semasa menyelam di dalam air. Situasi ini dapat dilihat dengan kebanyakkan kanak- kanak yang tinggal berhampiran laut di sekitar pantai timur Sabah. Terdedah pada letupan yang kuat juga boleh mengakibat kerosakkan pada saraf telinga. Gambarajah 2 Kedudukan gegedang telinga 5. CARA-CARA MENGATASI MASALAH PENDENGARAN Tidak semua kanak-kanak yang menerima pendidikan di sekolah itu dapat menerima dan menguasai sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (p & p) di sekolah itu dengan sempurna. Ini kerana setiap kanak-kanak itu mempunyai perbezaan bukan sahaj dari segi tahap perkembangan mental, tetapi aspek Gegendang telinga
  • 17. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 halangan-halangan tertentu yang menyebabkan mereka gagal memenuhi matlamat pendidikan itu sendiri. Perbezaan itu dapat dilihat dari aspek kekurangan dan ketidakupayaan yang ada pada seseorang kanak-kanak itu contohnya bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran. Perbezaan dan kekurangan ini menyebabkan beberapa kaedah pengajaran perlu dibuat penambahbaikan bersesuaian dengan tahap masalah mereka 5.1 Langkah - langkah membantu mengikut kategori kepekakan Terdapat beberapa kategori kepekakan sebagai garis panduan untuk mengambil langkah - langkah yang sesuai bagi membantu kanak -kanak bermasalah pendengaran. Kategori kepekakan ini terbahagi kepada 4 kategori. Kategori kepekakan yang pertama ialah kepekakan sedikit iaitu mild. Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 20 - 45 dB. Mereka yang tergolong dalam kategori ini mengalami masalah untuk mendengar pertuturan dan perbualan yang perlahan. Namun begitu, mereka mampu untuk membentuk pertuturan atau bahasa yang normal sekiranya mendapat intervensi awal yang berkesan. Selain itu, mereka juga perlu menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai. Kategori kepekakan yang kedua ialah kepekakan sederhana atau moderate. Tahap kehilangan pendengaran pula ialah 46 - 70 dB. Kebiasaannya mereka ini mengalami masalah pertuturan terutama yang melibatkan gangguan bunyi latar yang kuat. Risiko untuk mereka mengalami masalah perkembangan pertuturan dan bahasa sangat tinggi sekiranya tidak mendapat intervensi awal yang berkesan serta tidak menggunakan alat bantu pendengaran yang sesuai. Kategori kepekakan yang seterusnya ialah kepekakan teruk ataupun severe. Tahap kehilangan pendengaran dalam kategori ini ialah 71 - 90 dB. Dalam kategori ini, individu tersebut tidak dapat mendengar bunyi pertuturan yang normal. Oleh itu, bagi membantu proses komunikasi mereka memerlukan bantuan visual untuk mereka memahami pertuturan. Bantuan visual adalah seperti membaca gerak bibir penutur dan menggunakan bahasa isyarat tangan.
  • 18. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 Kategori kepekakan yang terakhir ialah kategori sangat teruk iaitu profound. Tahap kehilangan kepekakan bagi kategori ini ialah melebihi 91 dB. Dalam kategori ini, individu mempunyai masalah besar untuk mendengar bunyi pertuturan. Selain itu, mereka cenderung untuk mengalami masalah bahasa dan pertuturan yang sangat teruk. Oleh hal yang demikian, mereka menggunakan bantuan visual bagi memudahkan komunikasi namun memerlukan pendekatan yang berkesan. 5.1.1 Alat bantu dengar Alat bantu dengar ialah suatu peralatan yang digunakan bagi membantu penghasilan gelombang bunyi menjadi lebih kuat melalui penggunaan mikrofon di telinga. Ianya berfungsi apabila gelombang atau isyarat diterima melalui getaran elektrik dan bunyi dikuatkan oleh komponen amplifier yang terus dipasang hampir dengan saraf atau organ pendengaran. Dewasa ini terdapat pelbagai jenis alat bantu dengar boleh didapati di pasaran dan kebanyakan pengguna yang menggunakan alatan ini masih lagi mempunyai baki sisa pendengaran. Oleh itu, alatan ini sangat sesuai digunakan untuk menjadikan bunyi yang dihasilkan menjadi lebih kuat dan jelas. Bagaimanapun penggunaan alatan ini sebenarnya masih tidak dapat membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran ini kerana alatan ini masih gagal untuk menapis bunyi luar yang mengganggu dan tidak dikehendaki dari didengar oleh kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak juga boleh terdorong untuk berasa lebih malu kerana menggunakan peralatan itu meskipun sebagai satu keperluan mereka untuk mendengar dengan lebih jelas. 5.1.2 Implan koklea Sebagai pilihan alatan lain dalam membantu individu atau kanak-kanak bermasalah pendengaran selain alat bantu dengar, implan koklea atau dikenali sebagai telinga bionik telah diperkenalkan. Alatan yang dipasang secara pembedahan kecil dibahagian telinga terlebih dahulu ini digunakan untuk meransang saraf auditori dan koklea dengan getaran elektrik. Berbeza dengan alat bantu dengar yang berfungsi untuk menguatkan bunyi, implan kolea ini mempunyai pemrosesan pertuturan dan transmitter yang boleh
  • 19. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 menapis sedikit sumber bunyi luar yang tidak dikehendaki dan memberi kejelasan kepada pengguna. 5.1.3 Terapi pertuturan Terapi pertuturan ialah satu bentuk senaman muka, kawalan pernafasan dan suara yang terdiri daripada komponen utama dalam penghasilan komunikasi lisan. Terapi ini melibatkan kaedah latihan surprasegmental yang menekankan aspek suara dan pernafasan. Terapi pertuturan ini sangat menekankan aspek latihan pertuturan yang melibatkan latihan pandangan mata dan tumpuan perhatian. Ini disebabkan kadar tumpuan kanak-kanak sangat pendek dan hal ini membuatkan keperluan untuk menggunakan deria mata sebagai satu unsur penting dalam membantu pendengaran mereka sendiri 5.1.4 Terapi pendengaran Terapi pendengaran ialah kesinambungan dari terapi pertuturan di mana terdapat beberapa aktiviti dalam terapi ini yang cuba untuk memfokuskan kanak-kanak bermasalah penglihatan terhadap sisa pendengaran yang ada dengan lebih jelas. Terapi ini akan dapat lebih berfungsi lagi sekiranya seseorang kanak-kanak itu menggunakan alat bantu dengar atau pun telah memasang implan koklea. Sesi terapi pendengaran ini sangat memfokuskan aspek mengesan bunyi,membezakan bunyi, mengenalpasti bunyi dan memahami bunyi. Empat ciri utama ini sangat dititik beratkan bagi membantu kanak-kanak mendapat maklumat atau maksud sesuatu bunyi dengan jelas dan tepat. 5.1.5 Penggunaan bahasa isyarat Kebanyakan kanak-kanak atau individu bermasalah pendengaran secara tidak langsung turut mempunyai masalah untuk berkomunikasi secara lisan. Lantaran itu maka kebanyakan mereka sangat bergantung kepada deria dan anggota badan lain untuk berkomunikasi. Sejajar dengan itu, maka wujudlah bahasa natif orang pekak, ejaan jari, sign exact English, kod tangan bahasa Melayu, pertuturan KIU, American sign language dan bahasa isyarat
  • 20. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 Malaysia. Perolehan kepenggunaan ini sebenarnya sebagai langkah bagi membantu mereka yang bermasalah seumpama ini dapat berkomunikasi sama seperti kanak-kanak normal yang lain. 5.1.6 Kaedah Auditory Oral Kaedah ini menekankkan proses mendengar serta bertutur dengan menggunakan sensori lain iaitu deria sentuh dan lihat secara lebih berkesan dengan bantuan peralatan pendengaran. Kaedah in tidak menggunakan bahasa isyarat atau jari tetapi menekan kaedah bacaan bibir (Lip reading).Kaedah ini menggunakan implikasi bunyi bagi memperkembangkan kemahiran mendengar dan bertutur, melibatkan latihan mendengar untuk membolehkan mereka mendiskriminasikan bunyi-bunyi yang berbeza. 5.1.7 Kaedah Bacaan Bibir Kaedah ini menekan pada sensori penglihatan sepenuhnya. Kaedah ini memerlukan kanak-kanak sentiasa melihat gerak bibir penutur dengan tepat dan dalam kedudukan penutur berada di tempat yang terang dan jelas. 6. PERKHIDMATAN 6.1 Jenis-jenis Penempatan Pendidikan/Perkhidmatan Kementerian pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas telah menyediakan program khas kepada kanak-kanak dari kategori kurang upaya penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Program pendidikan yang dijalanakan di sekolah merupakan sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi dan inklusif di sekolah biasa. Dalam hal ini pihak kerajaan telah memberi pengecualian bayaran yuran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran Institusi Pengajian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran. Elaun sebanyak RM3000.00 sebulan akan diberikan kepada pelajar yang berjaya
  • 21. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 melanjutkan pelajaran ke Isntitusi Pengajian Tinggi manakala bagi murid yang di sekolah rendah sebayak RM25.00 sebulan diperuntukkan. Antara jenis perkhidmatan pendidikan yang akan diperolehi oleh kanak-kanak berkeperluan Khas ini adalah seperti; 6.2 Kelas Biasa Situasi Ideal, dimana murid ditempatkan mengikut darjah / gred sendiri. Bantuan dan pemantauan akana diberikan oleh guru khas. Murid akan diberikan pembelajaran Akomodasi dan modifikasi. Sistem pembalajaran yang secara Amalan yang mana merangkumi Model Konsultasi iaitu guru khas member nasihat kepada guru biasa tentang pengurusan dan pengajaran murid khas manakala Model Konsultasi Kolaborasi guru dan pakar-pakar dalam bidang lain berkerjasama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Selain itu kelas biasa juga akan memperolehi amalan team / cooperative teaching dimana guru khas dan guru biasa bagi berkogsi bersama dalam mengajar kelas yang mana mempunyai murid berkeperluan khas dan guru seterusnya Teacher assistance teams iaitu sekumpulan guru berkerjasama untuk membantu murid yang ditempatkan di kelas biasa. 6.3 Sekolah Khas Sekolah khas ini merupakan pelajar yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecatatan (contoh:masalah penglihatan dan pendegaran). Kebiasaannya murid ini terdiri daripada mereka yang mengalamai kecatatan yang teruk. Sistem pelaksanaan Sekolah Khas ini adalah secara a) Sekolah harian dimana murid akan belajar di sekolah khas dan akan balik selepas waktu hari persekolahan. b) Sekolah berasrama yang mana sama seperti sekolah harian mereka akan belajar di sekolah khas tetapi selepas habis waktu persekolahan mereka akan balik ke asrama.
  • 22. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 7. PENGELOLAAN DALAM BILIK DARJAH UNTUK MURID MERMASALAH PENDENGARAN Sekiranya berada di dalam kelas guru perlu menitikberatkan beberapa perkara untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Guru boleh mengajar mereka menggunakan tangan, mimik muka, gerak badan, menulis, bercakap dan melatih pelajar mendengar bunyi - bunyi di persekitaran mereka. Namun begitu, perkara pertama yang perlu guru lakukan ialah mengambil perhatian kanak - kanak untuk memastikan mereka bersedia dan tahu bahawa guru sedang bercakap dengan mereka. Sekiranya perhatian kanak - kanak ini terganggu mereka akan mudah meradang dan tidak berminat untuk belajar. Selain itu, guru perlu menempatkan murid di kedudukan dan posisi yang membolehkan mereka mudah melihat dan mendengar dengan baik, jelas dan tepat. Hal ini bagi menghindarkan berlakunya ketidaksedaran kepada murid sekiranya guru sedang berinteraksi dengan mereka. Murid juga perlulah duduk di kedudukan yang membolehkan mereka melihat bibir, wajah dan isyarat tangan guru dengan jelas supaya mereka lebih mudah untuk memahami pengajaran guru. Ini juga turut berkait dengan ciri-ciri murid bermasalah pendengaran di mana mereka sering gagal untuk mengecamkan dari mana sumber atau gelombang bunyi itu datang. Penentuan kedudukan murid ini boleh membantu mengekalkan tumpuan murid seterusnya aka mengelakkan mereka tercicir semasa p & p. Semasa bercakap guru hendaklah menghadap pelajar dan tidak membelakangi mana - mana pelajar. Ini dapat mengelakkan murid dari gagal menerima gelombang suara tersebut dengan mudah dan tanpa halangan. Seperti dalam penjelasan ciri-ciri tingkahlaku kanak-kanak bermasalah yang telah dijelaskan seelumnya, masalah ini mungkin akan menyebabkan murid tidak menunjukkan minat dalam sesi p & p dan menyebabkan murid berkhayal di dalam kelas. Oleh itu, adalah wajar bagi seorang guru untuk memahami keperluan permasalahn murid dengan mewujudkan pertuturan komunikasi secara terus sekaligus dapat menarik tumpuan murid. Penataan cahaya dalam sesi p & p bukan sahaja keperluan yang perlu dipraktikkan oleh guru untuk mengajar kelas biasa untuk mewujudkan suasanan kelas yang lebih kondusif. Ini juga amat dititikberatkan semasa sesi pengajaran murid bermasalah pendengaran. Jelasnya di sini bahawa seseorang guru perlu
  • 23. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 memastikan bkedudukan posisinya sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar. Ini bertujuan untuk membolehkan murid tersebut menggunakan teknik membaca gerak bibir si penutur (guru) semasa komunikasi lisan berlangsung. Oleh itu, guru hendaklah cuba mengelakkan diri dari menghalang bibir mahupun fizikal tangan dengan sebarang objek semasa bercakap, berkomunikasi dan membaca di hadapan pelajar serta sentiasa berdiri di suatu tempat sahaja semasa bercakap. Halangan ini akan menyukarkan murid untuk memahami pertuturan guru dan maksud isyarat yang cuba disampaikan. Berdasarkan langkah-langkah di atas di samping merujuk kepada permasalahan murid, ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan seorang guru itu untuk kekal berdiri di suatu tempat semasa komunikasi lisan dalam bentuk arahan diberikan. Teknik ini mungkin tidak digalakkan bagi seorang guru yang mengajar murid kelas normal. Tetapi dalam situasi ini, murid bermasalah pendengaran sangat memerlukan kedudukan yang tetap supaya dapat menerima hala isyarat bunyi yang betul tanpa perlu mencari dan menetapkan arah pendengaran itu. Sekiranya guru menggunakan bahasa isyarat, guru digalakkan menggunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan mudah difahami. Ini dapat membantu murid mempelajari dan memperkayakan istilah bahasa selain dapat memahami sesuatu perkataan atau isyarat dengan tepat. Penggunaan kod ini hendaklah selaras dengan situasi semasa dan memudahkan komunikasi murid itu sendiri di masa akan datang. Teknik bahasa isyarat, dan penggunaan bahasa tubuh sangat membantu mereka bukan sahaja dalam sesi p & p, tetapi semasa mereka bersosial. Guru juga boleh menggunakan ayat -ayat atau rangkai kata untuk mengajar mereka di dalam kelas. Ini sangat penting dalam proses memperkayakan bahasa murid dan dapat diadaptasi oleh mereka samada di dalam kelas atau semasa aktiviti sosial mereka. Sekiranya guru mengajar sesuatu perkataan baru, berilah contoh ayat bagi perkataan tersebut serta tuliskan maknanya. Sebagai contoh, bagi memastikan murid dapat mengingati perkataan baru yang diajar, guru boleh membuat satu kolum khas untuk menulis perkataan - perkataan baru yang dipelajari dalam minggu tersebut di hadapan kelas. Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang dapat membantu kaedah pengajaran dengan lebih berkesan dan ini bukan saja melibatkan murid normal, tetapi juga murid bekerpeluan khas khususnya bermasalah pendengaran
  • 24. KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS TZ30103 Penggunaan medium BBM oleh guru terhadap murid bermasalah pendengaran ini hendaklah dimaksimumkan bagi membantu murid memperolehi pembelajaran bermakna sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran. Oleh itu, dari penggunaan kad imbasan berupa isyarat, perkataan mudah kepada peralatan teknologi yang lebih moden iaitu penggunaan alatan visual dan audio seperti penggunaan komputer riba, LCD, dan beberapa perisian yang terdapat di pasaran hendaklah digunakan sepenuhnya. Penggunaan aplikasi ini nyata bukan sahaja dapat memudahkan guru dalam pengajaran, tetapi apa yang lebih penting ialah murid mengikuti proses p & p dan objektif pengajaran tercapai. Sebagai kesimpulan pengajaran, isi pengajaran diringkaskan dan guru boleh membuat edaran kepada pelajar untuk memudahkan mereka. Isi - isi penting pengajaran direkodkan dan dicatat di suatu sudut khas di dalam kelas seperti contoh ditulis di suatu sudut khas di papan hitam kelas sebagai peringatan kepada pelajar. Walaubagaimanapun, galakan daripada guru itu sangat penting. Guru boleh memberi galakkan supaya murid bertanya semasa sesi pembelajaran dan pengajaran serta guru perlu memberi galakkan supaya pelajar sentiasa memberi tumpuan penuh kepada sesi pembelajaran dan pengajaran.