SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Sekolah Kebangsaan
Pengurusan Sukan
2022
ALUAN GURU BESAR
Assalamualaikum W.B.R.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit
Sukan dan SU Sukan Sekolah Kebangsaan kerana berjaya menghasilkan “ Buku
Pengurusan Sukan 2022”. Terima kasih juga kerana memberi kesempatan kepada saya
untuk mengungkapkan sepatah dua kata di dalam buku ini.
Adalah menjadi misi dan visi sekolah ini agar kemajuan dan kecemerlangan
dalam sukan akan menjadi impian dan matlamat yang harus dicapai bagi tahun 2022.
Untuk itu pengurusan yang berkesan dan sistematik mesti dapat dilaksanakan bagi
mencapai hasrat tersebut.
Saya amat berharap agar semua guru SK. dapat melaksanakan kegiatan sukan di
sekolah ini dengan penuh rasa bertanggungjawab, komited dan ketulusan serta keihlasan
agar ianya dapat menghasilkan pencapaian yang lebih cemerlang untuk tahun ini.
Akhir kata, saya berharap kegiatan sukan ini yang telah dirancang untuk tahun
ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur. Saya juga berharap agar guru-guru dapat
memberikan kerjasama yang jitu kepada Unit Sukan Sekolah dalam menguruskan
aktiviti sukan sepanjang tahun 2022.
Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas.
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan SK
ALUAN PK KOKURIKULUM
Assalamualaikum W.B.R.
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kesihatan
dan kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti dan berbudi kepada anak bangsa
di Tanah Air tercinta ini.
Mudah-mudahan pada tahun 2022 ini, kita dapat melaksanakan tugas dan
amanah yang diberikan dengan lebih baik lagi. Terima kasih kepada semua warga
Sekolah Kebangsaan SK yang telah memberikan khidmat yang baik sepanjang tahun
2022 ini dalam usaha menjayakan kegiatan sukan selaras dengan kehendak dan
kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan kegiatan sukan menjadi
pemangkin kepada pembentukan insan kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Sepertimana yang kita semua ketahui tahun ini juga banyak perubahan dan
pembaharuan yang berlaku dalam pendidikan dan tidak terkecuali dalam sukan. Tahun
ini kita dikehendaki meneruskan beberapa perubahan baru seperti pelaksanaan “ Satu
Murid Satu Sukan ” dan pelbagai pembaharuan lain lagi.
Penilaian dalam aktiviti sukan juga menjadi penyumbang yang penting dalam
menilai pencapaian murid. Oleh yang demikian, tugas dan tanggungjawab kita akan
bertambah dan sama-samalah kita berganding bahu dan tenaga untuk menjayakannya.
Saya berharap dengan adanya Buku Pengurusan Sukan 2022 ini akan sedikit sebanyak
memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan urusan sukan
sepanjang persekolahan 2022 ini.
Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi
pengharagaan kepada semua guru atas komitmen yang telah lalu dan berharap agar
ianya akan diteruskan dengan penuh keikhlasan pada masa-masa akan datang.
Terima Kasih dan Selamat Menjalankan Tugas
GPK Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan SK
ETIKA KERJA
Bagi menghasilkan kecemerlangan dan haasil yang terbaik, etika kerja yang patut dipatuhi dan
dihayati adalah seperti berikut:
❖ Perguruan ialah profesion yang mulia.
❖ Mencintai dan menjalankan tugas dengan jujur.
❖ Sentiasa mengamalkan tingkahlaku dan akhlak yang murni serta terpuji mengikut
pandangan nilai-nilai Islam.
❖ Lebih mengutamakan kebajikan murid, bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa
mengira fakta-fakta jasmani, mental, emosi atau agama.
❖ Semua tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan hendaklah disempurnakan
sedaya upaya dan sanggup berusaha untuk meningkatkannya dari semasa ke semasa.
PIAGAM PELANGGAN
❖ MEMASTIKAN KEGIATAN SUKAN MERENTASI KURIKULUM.
❖ MENJADIKAN SUKAN ASAS DISIPLIN DIRI.
❖ MEMASTIKAN MURID DAPAT MENGEMBANGKAN BAKAT DARIPADA
AKTIVITI YANG DILAKUKAN.
❖ MELAHIRKAN MURID YANG CERGAS, AKTIF DAN BERKETRAMPILAN.
❖ MELATIH MURID UNTUK MEMBENTUK KARISMA DAN SIKAP
BERTANGGUNGJAWAB.
❖ MENJADIKAN MURID LEBIH CERIA DAN BERSEDIA.
❖ MENJAMIN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA
MENJALANI AKTIVITI.
BAHAGIAN 1 : MATLAMAT DAN OBJEKTIF
1. Pendahuluan
Segala kandungan dalam Buku Panduan ini merupakan kerangka dasar tatacara
pengurusan Sukan Sekolah Kebangsaan SK, 16390 Bachok, Kelantan. Pengubahsuaian
adalah masih dan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
2. MATLAMAT SUKAN DI SEKOLAH
Sukan di sekolah bermatlamatkan
● Memupuk sikap positif dan disiplin diri.
● Merealisasikan konsep Sukan untuk Semua.
● Menyemai keseronokan dan kebebasan dalam sukan.
● Membudayakan minat bersukan seluruh warga sekolah.
● Mewujudkan rentasan pengetahuan kesihatan, kecergasan dan keselamatan dalam
sukan secara tidak formal.
3. OBJEKTIF AKTIVITI SUKAN
Aktiviti sukan di sekolah disasarkan mencapai
● Keupayaan melahirkan sekurang-kurangnya seorang atlet berprestasi tinggi
setahun bagi mewakili daerah dan negeri.
● Warga sekolah yang berpengetahuan tentang aktiviti dan pengurusan sukan.
● Sukan sebagai wadah dan wahana pembangunan jasmani, emosi, rohani dan
intelek warga sekolah melalui aktiviti secara terancang dan sedar.
4. VISI SUKAN SK. SK
“MURID CEMERLANG DAN SEKOLAH GEMILANG MENJELANG 2022”
5. MISI SUKAN SEKOLAH
Misi Sukan Sekolah dibentuk berdasarkan konsep “Menyemai potensi dan bakat
dikalangan pelajar terbilang SK SK, 16390 Bachok, Kelantan”.
● Melaksanakan Program Pembangunan Sukan dengan membudayakan sukan
sebagai satu gaya hidup yang sihat dikalangan pelajar.
● Mewujudkan beberapa sukan terpilih untuk program Kijang Emas.
● Memupuk, menyemai dan meningkatan keyakinan diri setiap pelajar.
● Menjanjikan pentadbiran yang cekap dan meyediakan perkhidmatan sukan
yang terbaik.
● Memastikan kegiatan sukan menjadi pelengkap kepada kurikulum dan
kokurikulum.
● Mempastikan prestasi cemerlang sukan dan permainan menepati kehendak
wawasan pendidikan.
● Menerapkan budaya Islam dan nilai-nilai murni dikalangan murid melalui
penglibatan mereka.
● Memastikan murid selesa, selamat dan diberi perhatian semasa bersukan.
● Melahirkan insan yang berdaya saing, bermotivasi dan mempunyai
ketrampilan diri.
● Memastikan kualiti hasil dalam semua aspek penglibatan.
TAHUN INDIVIDU PASUKAN
2019 Wakil Zon Johan Daerah
2022 Wakil Daerah N. Johan Negeri
BAHAGIAN 2: Majlis Sukan Sekolah
1. PENDAHULUAN
Majlis Sukan Sekolah merupakan sebuah majlis yang dianggotai beberapa ahli majlis
bertujuan mengendalikan seluruh perancangan dan pembangunan sukan khasnya di
peringkat sekolah.
2. AHLI MAJLIS
Dicadangkan senarai ahli majlis seperti berikut :
i. Pengerusi (Guru Besar)
ii. Naib Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum)
iii. Setiausaha
o Setiausaha Sukan, Rumah Sukan
o Setiausaha Kokurikulum, Permainan
iv. Ahli Majlis
▪ Perancangan & Pembangunan
▪ Peralatan & Kemudahan
▪ Perhubungan & Serantau
▪ Program Sukan Untuk Semua
▪ Program Sukan Untuk Elit
v. Guru Ketua Rumah Sukan
vi. Guru Penolong Ketua Rumah Sukan
vii. Guru Pengurus Permainan
3. STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS SUKAN SEKOLAH
PENGERUSI
EN.
Guru Besar
TIMB. PENGERUSI
EN.
PK. KoKurikulum
SETIAUSAHA
EN.
SU KOKURIKULUM
PEN. SETIAUSAHA
EN.
SU SUKAN
4. PERANAN AHLI MAJLIS SUKAN SEKOLAH
4.1 GURU BESAR
i. Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta menyediakan Rancangan
Kemajuan Sukan Sekolah.
ii. Mendapatkan maklumat daripada guru-guru berkaitan kebolehan, kecenderungan
dan pengalaman yang ada pada guru-guru.
iii. Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan perancangan dan
agenda sistem sukan di sekolah.
iv. Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang akan dijalankan.
v. Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu sukan / permainan
dijalankan.
4.2 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
i. Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang sukan.
ii. Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan.
iii. Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Sukan Sekolah.
iv. Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru.
v. Memastikan pelaksanaan aktiviti.
vi. Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti.
vii. Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak
pengurusan lebih tinggi (Guru Besar, PPD, JPN).
GURU KETUA
PERMAINAN
GURU KETUA
RUMAH SUKAN
GURU PEN. KETUA
RUMAH SUKAN
GURU PEN. KETUA
PERMAINAN
AHLI MAJLIS
DILANTIK
viii. Membuat perancangan untuk tindakan susulan.
ix. Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan.
x. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
4.3 SETIAUSAHA SUKAN
i. Merancang program sukan secara keseluruhan.
ii. Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta
aktiviti dan program pembangunan sukan.
iii. Membantu Guru Besar dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaik-baiknya
dibuat penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan).
iv. Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah
dan negeri.
v. Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan.
vi. Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk
penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan.
vii. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan
sukan.
viii. Menyediakan papan maklumat aktiviti sukan di sekolah.
ix. Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang
diperlukan.
x. Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik.
xi. Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan sukan.
xii. Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)”
penggunaan peralatan sukan.
xiii. Mewakili Guru Besar bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan
mengikut keperluan dan arahan Guru Besar.
xiv. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta
memastikan peraturan dipatuhi.
xv. Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti
sukan di sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya
dalam satu sistem pelaporan.
xvi. Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem
rekod.
xvii. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan penolong kanan Kokurikulum
berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah.
xviii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
4.4 KETUA GURU RUMAH SUKAN
i. Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
ii. Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan.
iii. Membuat mesyuarat dan membentuk jawatankuasa rumah
iv. Mengendalikan aktiviti rumah sukan di sekolah.
v. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod
vi. Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan.
vii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
4.5 GURU RUMAH SUKAN
i. Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan.
ii. Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil tindakan
terhadap pelajar yang tidak hadir.
iii. Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili
sekolah.
iv. Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau SU sukan.
v. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan.
vi. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar.
vii. Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan menjalankan hal-hal pengurusan rumah
sukan.
viii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
4.6 GURU PENASIHAT PERMAINAN
i. Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah.
ii. Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan
iii. Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah.
iv. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam
permainan.
v. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari pakar permainan.
vi. Bersedia menjadi tempat rujukan bagi peraturan dan kemahiran asas permainan.
vii. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim yang ditetapkan.
viii. Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan.
ix. Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan.
x. Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan.
xi. Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk semua
aktiviti yang dijalankan.
xii. Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandinganyang disertai.
xiii. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan
pasukan.
xiv. Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan
peralatan.
xv. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik,
selamat dan mencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan.
xvi. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan.
xvii. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk
mempertingkat kualiti pasukan.
xviii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN 3 : Pengurusan Kejohanan Olahraga/Merentas Desa
1. ALIRAN KERJA
Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan
kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan:
1.1 Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara
berikut:
i. Cadangan senarai Jawatankuasa Induk.
ii. Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
iii. Cadangan senarai nama Pegawai Sukan.
iv. Tujuan / objektif / matlamat.
v. Tarikh / masa / tempat.
vi. Anggaran perbelanjaan.
vii. Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur.
viii. Atur cara rasmi.
ix. Senarai tugas setiap jawatankuasa.
1.2 Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk
i. Membincangkan kertas pelaksanaan acara.
ii. Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa.
iii. Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa.
iv. Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan.
v. Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko.
vi. Perasmi dan atur cara rasmi.
1.3 Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana
i. Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko.
ii. Senarai semak kerja dan tindakan.
iii. Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan).
iv. Membentuk jawatankuasa kecil.
1.4 Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah)
i. Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan.
ii. Penerangan tugas Pengurus Pasukan.
iii. Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan.
1.5 Persediaan sebelum kejohanan
i. Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan.
ii. Susunan jadual latihan rumah sukan.
iii. Penyediaan borang-borang:
● penyertaan keseluruhan
● penyertaan acara (untuk penyelia peserta)
● keputusan
● hakim penamat
● pencatat masa
● acara lompatan
● acara balingan
2. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
2.1 SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN
i. Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah.
ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan.
iii. Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan.
iv. Mendapatkan senarai peserta.
v. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil.
vi. Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan.
vii. Menyusun tugasan Pegawai Sukan.
viii. Memastikan sPengerusi Jawatankuasa membuat tindakan tugasan masing-
masing.
ix. Menyediakan program pentadbiran.
x. Membuat anggaran perbelanjaan.
2.2 KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH
i. Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah dan diserah keada Urusetia.
ii. Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan.
iii. Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah dan khemah rumah.
iv. Menguruskan belanjawan dalaman rumah.
v. Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta.
vi. Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah.
vii. Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin.
viii. Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia.
ix. Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga.
3. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL
3.1 JAWATANKUASA PERTANDINGAN
i. Menyediakan borang-borang pertandingan.
ii. Mengisi borang penyertaan bagi semua acara.
iii. Menyediakan nombor-nombor peserta.
iv. Menyediakan atur cara hari kejohanan.
v. Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang.
vi. Menyusun atur kedudukan khemah dan peralatan kejohanan.
vii. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.2 JAWATANKUASA TEKNIK
i. Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan.
ii. Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai.
iii. Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta.
iv. Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan.
v. Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta.
vi. Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan.
vii. Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.3 JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN
i. Mendapatkan senarai nama pegawai.
ii. Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas).
iii. Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian.
iv. Memberi taklimat kepada semua pegawai.
v. Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko.
vi. Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan.
vii. Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada).
viii. Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada).
ix. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.4 JAWATANKUASA STATISTIK
i. Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian
kejohanan tahun sebelumnya.
ii. Menyediakan Jadual Besar Pertandingan.
iii. Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa.
iv. Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara.
v. Menyediakan program (perisian) keputusan.
vi. Membukukan semua keputusan mengikut acara.
vii. Menyerahkan keputusan kepada urus setia.
viii. Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah.
ix. Membuat Pelan Tindakan Risiko.
x. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.5 JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN)
i. Membuat anggaran perbelanjaan dan jumlah minuman yang diperlukan.
ii. Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
iii. Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu.
iv. Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan
Tajaan).
v. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
vi. Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan.
3.6 JAWATANKUASA BUKU PROGRAM
i. Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.
ii. Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program.
iii. Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan).
iv. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.7 JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA
i. Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun
sebelumnya.
ii. Menempah hadiah/cenderamata untuk peserta/pasukan/pegawai/ tetamu.
iii. Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama JK Iklan dan Tajaan).
iv. Menyusun aturan pemberian hadiah.
v. Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah.
vi. Menyediakan pengurus pemenang.
vii. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.8 JAWATANKUASA PERASMIAN
i. Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan
kerjasama Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol.
ii. Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis.
iii. Menyusun atur cara perasmian.
iv. Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan).
v. Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian.
vi. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan.
vii. Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.9 JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL
i. Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan.
ii. Menulis dan menghantar surat / kad jemputan.
iii. Menyediakan dan melabel tempat duduk.
iv. Mengalu-alukan kehadiran jemputan.
v. Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan.
vi. Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama.
vii. Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada JKHadiah.
viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.10 JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN
i. Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan
pemberita.
ii. Berhubung dengan media tentang kejohanan.
iii. Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan.
iv. Membuat anggaran perbelanjaan.
3.11 JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJA
i. Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan.
ii. Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan.
iii. Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian.
iv. Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan.
v. Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program.
3.12 JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA
i. Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi.
ii. Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik.
iii. Memasang dan menyimpan peralatan.
iv. Menyediakan juruacara kejohanan.
v. Menyediakan Pelan Tindakan Risiko.
3.13 JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS
i. Menyediakan Pelan Tindakan Risikbagi keselamatan dan kecemasan.
ii. Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta.
iii. Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas.
iv. Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan.
v. Pelan Tindakan Risik- satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar
kawalan dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal,
kekurangan pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb.
3.14 SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN
i. Juri Rayuan
ii. Pengurus Kejohanan
iii. Penolong Pengurus Kejohanan
iv. Pengurus Teknik
v. Penolong Pengurus Teknik
vi. Referi Balapan
vii. Referi Padang
viii. Ketua Hakim Balapan
ix. Ketua Hakim Padang
x. Ketua Penjaga Masa
xi. Ketua Pengadil Lorong
xii. Ketua Pencatat
xiii. Ketua Pengawas/Marshall
xiv. Ketua Penyelia Peserta
xv. Hakim Balapan
xvi. Hakim Padang
xvii. Pelepas
xviii. Penjaga Masa
xix. Pengadil Lorong Pencatat
xx. Penyelia Peserta
xxi. Penolong Pelepas
xxii. Juruacara
xxiii. Perangkaan dan Keputusan
xxiv. Hadiah
JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
PENASIHAT : EN. (GB)
PENGERUSI : EN. (PKKO)
SETIAUSAHA : En.(SU Sukan)
AJK :
1. En. ( Bola Baling )
2. En. ( Sepak Takraw )
3. En. ( Bola Sepak )
4. En. ( Bola Tampar )
5. Pn. ( Bola Jaring )
6. En. ( Olahraga )
JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN PERMAINAN
PENASIHAT
EN. (GB)
PENGERUSI
EN. (PK Ko)
PENYELARAS
EN. (SU Sukan)
BOLA SEPAK BOLA JARING SEPAK TAKRAW
1.En. (K) 1. Pn. (K) 1. En. (K)
2.Tn.H 2. Pn. 2. En.
3.En. 3. Pn. 3. En.
4.Tn.Hj 4. Pn. 4. En.
OLAHRAGA BOLA TAMPAR BOLA BALING
1.En. (K) 1. En. (K) 1. En.
2.En. 2. Pn. 2. Pn.
3.Pn. 3. Pn. 3. Pn.
4. En. 4. 4. En.
JAWATANKUASA INDUK 1 MURID 1 SUKAN
Pengerusi : EN. ( Guru Besar )
Timb. Pengerusi : EN. ( PKKO )
Setiausaha : EN. (SU Sukan)
Ahli Jawatankuasa :
1. En.
2. En.

More Related Content

Similar to Buku-Pengurusan-Sukan-2022.docx

Bola baling-Sekolah Rendah
Bola baling-Sekolah RendahBola baling-Sekolah Rendah
Bola baling-Sekolah RendahThanasilan Silan
 
Bola baling Sekolah Rendah
Bola baling Sekolah RendahBola baling Sekolah Rendah
Bola baling Sekolah RendahThanasilan Silan
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Sekolah
 
Sukan bola baling sekolah rendah.pdf
Sukan bola baling sekolah rendah.pdfSukan bola baling sekolah rendah.pdf
Sukan bola baling sekolah rendah.pdfDenensse Luyoh
 
sukan bola baling sekolah rendah.pdf
sukan bola baling sekolah rendah.pdfsukan bola baling sekolah rendah.pdf
sukan bola baling sekolah rendah.pdfAnnrihan2
 
Articlefile file 002145
Articlefile file 002145Articlefile file 002145
Articlefile file 002145gundadan
 
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...Adila Dila
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfAngelina323934
 
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdfdokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdfemylia1411
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfmanimoli2
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Adila Dila
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahJantai Jubin
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahJantai Jubin
 
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringModul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringSekolah
 
Badminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahBadminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahSend Er
 

Similar to Buku-Pengurusan-Sukan-2022.docx (20)

Bola baling-Sekolah Rendah
Bola baling-Sekolah RendahBola baling-Sekolah Rendah
Bola baling-Sekolah Rendah
 
Bola baling Sekolah Rendah
Bola baling Sekolah RendahBola baling Sekolah Rendah
Bola baling Sekolah Rendah
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
 
Sukan bola baling sekolah rendah.pdf
Sukan bola baling sekolah rendah.pdfSukan bola baling sekolah rendah.pdf
Sukan bola baling sekolah rendah.pdf
 
sukan bola baling sekolah rendah.pdf
sukan bola baling sekolah rendah.pdfsukan bola baling sekolah rendah.pdf
sukan bola baling sekolah rendah.pdf
 
bola-baling-sr.pdf
bola-baling-sr.pdfbola-baling-sr.pdf
bola-baling-sr.pdf
 
Olahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengahOlahraga sekolah menengah
Olahraga sekolah menengah
 
Articlefile file 002145
Articlefile file 002145Articlefile file 002145
Articlefile file 002145
 
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...
Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Kelab Sukan Sekolah (Olahraga) Sekol...
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
 
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdfdokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
dokumen.tips_modul-latihan-sukan-bola-jaring.pdf
 
Olahragasr
OlahragasrOlahragasr
Olahragasr
 
Olahragasm
OlahragasmOlahragasm
Olahragasm
 
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdfsukan bola jaring sekolah rendah.pdf
sukan bola jaring sekolah rendah.pdf
 
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
Modul Latihan Sukan untuk Guru Penasihat Kelab Sekolah Rendah (Bola Jaring) S...
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendah
 
Bolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendahBolajaring sekolah rendah
Bolajaring sekolah rendah
 
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola JaringModul Latihan Sukan Bola Jaring
Modul Latihan Sukan Bola Jaring
 
Hokisr
HokisrHokisr
Hokisr
 
Badminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendahBadminton sekolah rendah
Badminton sekolah rendah
 

More from damiaafina

2.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docx
2.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docx2.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docx
2.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docxdamiaafina
 
1.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docx
1.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docx1.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docx
1.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docxdamiaafina
 
1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdfdamiaafina
 
BAHAGIAN C.pptx
BAHAGIAN C.pptxBAHAGIAN C.pptx
BAHAGIAN C.pptxdamiaafina
 
PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...
PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...
PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...damiaafina
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxdamiaafina
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfdamiaafina
 

More from damiaafina (7)

2.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docx
2.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docx2.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docx
2.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T2 2022 KD4 JEFF T.docx
 
1.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docx
1.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docx1.0  RPT  CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docx
1.0 RPT CUP DPK 2.0 PJPK T1 2022 KD4 JEFF T.docx
 
1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf
 
BAHAGIAN C.pptx
BAHAGIAN C.pptxBAHAGIAN C.pptx
BAHAGIAN C.pptx
 
PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...
PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...
PERTANDINGAN TIK TOK MERDEKA SEMPENA SEMARAK MERDEKA TAHUN 2022 - PPD KUCHING...
 
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docxBuku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
Buku Pengurusan Kokurikulim sekolah 2022.docx
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdf
 

Recently uploaded

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 

Recently uploaded (20)

DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 

Buku-Pengurusan-Sukan-2022.docx

  • 2. ALUAN GURU BESAR Assalamualaikum W.B.R. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit Sukan dan SU Sukan Sekolah Kebangsaan kerana berjaya menghasilkan “ Buku Pengurusan Sukan 2022”. Terima kasih juga kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengungkapkan sepatah dua kata di dalam buku ini. Adalah menjadi misi dan visi sekolah ini agar kemajuan dan kecemerlangan dalam sukan akan menjadi impian dan matlamat yang harus dicapai bagi tahun 2022. Untuk itu pengurusan yang berkesan dan sistematik mesti dapat dilaksanakan bagi mencapai hasrat tersebut. Saya amat berharap agar semua guru SK. dapat melaksanakan kegiatan sukan di sekolah ini dengan penuh rasa bertanggungjawab, komited dan ketulusan serta keihlasan agar ianya dapat menghasilkan pencapaian yang lebih cemerlang untuk tahun ini. Akhir kata, saya berharap kegiatan sukan ini yang telah dirancang untuk tahun ini akan dapat dilaksanakan dengan teratur. Saya juga berharap agar guru-guru dapat memberikan kerjasama yang jitu kepada Unit Sukan Sekolah dalam menguruskan aktiviti sukan sepanjang tahun 2022. Terima kasih dan Selamat Menjalankan Tugas. Guru Besar Sekolah Kebangsaan SK ALUAN PK KOKURIKULUM
  • 3. Assalamualaikum W.B.R. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah S.W.T kerana masih diberi kesihatan dan kesempatan untuk kita sama-sama menabur bakti dan berbudi kepada anak bangsa di Tanah Air tercinta ini. Mudah-mudahan pada tahun 2022 ini, kita dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan lebih baik lagi. Terima kasih kepada semua warga Sekolah Kebangsaan SK yang telah memberikan khidmat yang baik sepanjang tahun 2022 ini dalam usaha menjayakan kegiatan sukan selaras dengan kehendak dan kemahuan Kementerian Pelajaran Malaysia yang inginkan kegiatan sukan menjadi pemangkin kepada pembentukan insan kamil seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sepertimana yang kita semua ketahui tahun ini juga banyak perubahan dan pembaharuan yang berlaku dalam pendidikan dan tidak terkecuali dalam sukan. Tahun ini kita dikehendaki meneruskan beberapa perubahan baru seperti pelaksanaan “ Satu Murid Satu Sukan ” dan pelbagai pembaharuan lain lagi. Penilaian dalam aktiviti sukan juga menjadi penyumbang yang penting dalam menilai pencapaian murid. Oleh yang demikian, tugas dan tanggungjawab kita akan bertambah dan sama-samalah kita berganding bahu dan tenaga untuk menjayakannya. Saya berharap dengan adanya Buku Pengurusan Sukan 2022 ini akan sedikit sebanyak memberi panduan dan membantu para guru dalam melaksanakan urusan sukan sepanjang persekolahan 2022 ini. Sekali lagi saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi pengharagaan kepada semua guru atas komitmen yang telah lalu dan berharap agar ianya akan diteruskan dengan penuh keikhlasan pada masa-masa akan datang. Terima Kasih dan Selamat Menjalankan Tugas GPK Kokurikulum Sekolah Kebangsaan SK
  • 4. ETIKA KERJA Bagi menghasilkan kecemerlangan dan haasil yang terbaik, etika kerja yang patut dipatuhi dan dihayati adalah seperti berikut: ❖ Perguruan ialah profesion yang mulia. ❖ Mencintai dan menjalankan tugas dengan jujur. ❖ Sentiasa mengamalkan tingkahlaku dan akhlak yang murni serta terpuji mengikut pandangan nilai-nilai Islam. ❖ Lebih mengutamakan kebajikan murid, bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira fakta-fakta jasmani, mental, emosi atau agama. ❖ Semua tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan hendaklah disempurnakan sedaya upaya dan sanggup berusaha untuk meningkatkannya dari semasa ke semasa.
  • 5. PIAGAM PELANGGAN ❖ MEMASTIKAN KEGIATAN SUKAN MERENTASI KURIKULUM. ❖ MENJADIKAN SUKAN ASAS DISIPLIN DIRI. ❖ MEMASTIKAN MURID DAPAT MENGEMBANGKAN BAKAT DARIPADA AKTIVITI YANG DILAKUKAN. ❖ MELAHIRKAN MURID YANG CERGAS, AKTIF DAN BERKETRAMPILAN. ❖ MELATIH MURID UNTUK MEMBENTUK KARISMA DAN SIKAP BERTANGGUNGJAWAB. ❖ MENJADIKAN MURID LEBIH CERIA DAN BERSEDIA. ❖ MENJAMIN KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MURID SEMASA MENJALANI AKTIVITI. BAHAGIAN 1 : MATLAMAT DAN OBJEKTIF 1. Pendahuluan
  • 6. Segala kandungan dalam Buku Panduan ini merupakan kerangka dasar tatacara pengurusan Sukan Sekolah Kebangsaan SK, 16390 Bachok, Kelantan. Pengubahsuaian adalah masih dan perlu dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. 2. MATLAMAT SUKAN DI SEKOLAH Sukan di sekolah bermatlamatkan ● Memupuk sikap positif dan disiplin diri. ● Merealisasikan konsep Sukan untuk Semua. ● Menyemai keseronokan dan kebebasan dalam sukan. ● Membudayakan minat bersukan seluruh warga sekolah. ● Mewujudkan rentasan pengetahuan kesihatan, kecergasan dan keselamatan dalam sukan secara tidak formal. 3. OBJEKTIF AKTIVITI SUKAN Aktiviti sukan di sekolah disasarkan mencapai ● Keupayaan melahirkan sekurang-kurangnya seorang atlet berprestasi tinggi setahun bagi mewakili daerah dan negeri. ● Warga sekolah yang berpengetahuan tentang aktiviti dan pengurusan sukan. ● Sukan sebagai wadah dan wahana pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek warga sekolah melalui aktiviti secara terancang dan sedar. 4. VISI SUKAN SK. SK “MURID CEMERLANG DAN SEKOLAH GEMILANG MENJELANG 2022” 5. MISI SUKAN SEKOLAH Misi Sukan Sekolah dibentuk berdasarkan konsep “Menyemai potensi dan bakat dikalangan pelajar terbilang SK SK, 16390 Bachok, Kelantan”. ● Melaksanakan Program Pembangunan Sukan dengan membudayakan sukan sebagai satu gaya hidup yang sihat dikalangan pelajar.
  • 7. ● Mewujudkan beberapa sukan terpilih untuk program Kijang Emas. ● Memupuk, menyemai dan meningkatan keyakinan diri setiap pelajar. ● Menjanjikan pentadbiran yang cekap dan meyediakan perkhidmatan sukan yang terbaik. ● Memastikan kegiatan sukan menjadi pelengkap kepada kurikulum dan kokurikulum. ● Mempastikan prestasi cemerlang sukan dan permainan menepati kehendak wawasan pendidikan. ● Menerapkan budaya Islam dan nilai-nilai murni dikalangan murid melalui penglibatan mereka. ● Memastikan murid selesa, selamat dan diberi perhatian semasa bersukan. ● Melahirkan insan yang berdaya saing, bermotivasi dan mempunyai ketrampilan diri. ● Memastikan kualiti hasil dalam semua aspek penglibatan. TAHUN INDIVIDU PASUKAN 2019 Wakil Zon Johan Daerah 2022 Wakil Daerah N. Johan Negeri BAHAGIAN 2: Majlis Sukan Sekolah 1. PENDAHULUAN Majlis Sukan Sekolah merupakan sebuah majlis yang dianggotai beberapa ahli majlis bertujuan mengendalikan seluruh perancangan dan pembangunan sukan khasnya di peringkat sekolah. 2. AHLI MAJLIS Dicadangkan senarai ahli majlis seperti berikut :
  • 8. i. Pengerusi (Guru Besar) ii. Naib Pengerusi (Penolong Kanan Kokurikulum) iii. Setiausaha o Setiausaha Sukan, Rumah Sukan o Setiausaha Kokurikulum, Permainan iv. Ahli Majlis ▪ Perancangan & Pembangunan ▪ Peralatan & Kemudahan ▪ Perhubungan & Serantau ▪ Program Sukan Untuk Semua ▪ Program Sukan Untuk Elit v. Guru Ketua Rumah Sukan vi. Guru Penolong Ketua Rumah Sukan vii. Guru Pengurus Permainan 3. STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS SUKAN SEKOLAH PENGERUSI EN. Guru Besar TIMB. PENGERUSI EN. PK. KoKurikulum SETIAUSAHA EN. SU KOKURIKULUM PEN. SETIAUSAHA EN. SU SUKAN
  • 9. 4. PERANAN AHLI MAJLIS SUKAN SEKOLAH 4.1 GURU BESAR i. Menetapkan dasar dan garis panduan / peraturan serta menyediakan Rancangan Kemajuan Sukan Sekolah. ii. Mendapatkan maklumat daripada guru-guru berkaitan kebolehan, kecenderungan dan pengalaman yang ada pada guru-guru. iii. Mengadakan mesyuarat sukan sekolah dan menggariskan perancangan dan agenda sistem sukan di sekolah. iv. Mengenal pasti dan menyelia jenis sukan / permainan yang akan dijalankan. v. Menyediakan kemudahan bagi membolehkan sesuatu sukan / permainan dijalankan. 4.2 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM i. Melantik dan menyusun tugas-tugas guru dalam bidang sukan. ii. Menyusun takwim tahunan aktiviti sukan. iii. Memberi taklimat tentang Dasar dan Rancangan Sukan Sekolah. iv. Menyediakan jadual dan panduan tugas kepada semua guru. v. Memastikan pelaksanaan aktiviti. vi. Mengawal, menyelia dan memantau pelaksanaan aktiviti. vii. Menganalisis pencapaian keseluruhan aktiviti dan melaporkan kepada pihak pengurusan lebih tinggi (Guru Besar, PPD, JPN). GURU KETUA PERMAINAN GURU KETUA RUMAH SUKAN GURU PEN. KETUA RUMAH SUKAN GURU PEN. KETUA PERMAINAN AHLI MAJLIS DILANTIK
  • 10. viii. Membuat perancangan untuk tindakan susulan. ix. Menyimpan semua rekod dan data yang berkaitan. x. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 4.3 SETIAUSAHA SUKAN i. Merancang program sukan secara keseluruhan. ii. Merancang pengurusan kewangan bagi peruntukan perbelanjaan sukan serta aktiviti dan program pembangunan sukan. iii. Membantu Guru Besar dalam urusan pembelian peralatan sukan (sebaik-baiknya dibuat penyelarasan dengan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan). iv. Menyelaraskan dan membantu mengelolakan sukan di peringkat sekolah, daerah dan negeri. v. Menjadi penyelaras utama jika menjadi tuan rumah sesuatu kejohanan. vi. Berhubung dengan guru-guru lain dalam kegiatan kokurikulum sukan untuk penyelarasan kemudahan dan pembahagian waktu kegiatan sukan. vii. Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan. viii. Menyediakan papan maklumat aktiviti sukan di sekolah. ix. Menyelia semua kegiatan sukan sekolah dan memberi nasihat serta bantuan yang diperlukan. x. Memastikan kemudahan dan peralatan sukan diselenggara dengan baik. xi. Menyediakan satu sistem stok dan inventori peralatan sukan. xii. Mengadakan satu sistem “Quartermaster (Pengurusan dan Penjagaan)” penggunaan peralatan sukan. xiii. Mewakili Guru Besar bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat berkenaan sukan mengikut keperluan dan arahan Guru Besar. xiv. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan serta memastikan peraturan dipatuhi. xv. Memastikan guru-guru berkaitan menyediakan laporan lengkap tentang aktiviti sukan di sekolah dan luar sekolah seterusnya mengumpulkan dan merekodkannya dalam satu sistem pelaporan. xvi. Merekodkan semua pencapaian pelajar dan pasukan sekolah dalam satu sistem rekod.
  • 11. xvii. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar dan penolong kanan Kokurikulum berkenaan kepentingan dan kemajuan sukan sekolah. xviii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 4.4 KETUA GURU RUMAH SUKAN i. Memastikan senarai ahli rumah sukan yang lengkap (guru dan pelajar). ii. Membuat pengagihan tugas kepada guru rumah sukan. iii. Membuat mesyuarat dan membentuk jawatankuasa rumah iv. Mengendalikan aktiviti rumah sukan di sekolah. v. Memastikan laporan aktiviti rumah sukan disediakan untuk edaran dan rekod vi. Merekodkan dan melaporkan pencapaian pelajar kepada setiausaha sukan. vii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 4.5 GURU RUMAH SUKAN i. Mengurus dan menjalankan latihan rumah sukan pada hari-hari yang ditetapkan. ii. Mencatat kehadiran pelajar dalam latihan rumah sukan dan mengambil tindakan terhadap pelajar yang tidak hadir. iii. Mengenal pasti, memilih dan melatih pelajar yang berpotensi untuk mewakili sekolah. iv. Memaklumkan pelajar yang berpotensi kepada guru permainan atau SU sukan. v. Mengawasi keselamatan pelajar waktu latihan. vi. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. vii. Bersama-sama guru Ketua Rumah Sukan menjalankan hal-hal pengurusan rumah sukan. viii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. 4.6 GURU PENASIHAT PERMAINAN i. Guru penasihat permainan ialah guru permainan bagi pasukan sekolah. ii. Bertanggungjawab dalam permainan bagi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan iii. Membentuk jawatankuasa pelajar bagi kelab dan pasukan sekolah. iv. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan. v. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari pakar permainan. vi. Bersedia menjadi tempat rujukan bagi peraturan dan kemahiran asas permainan.
  • 12. vii. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut takwim yang ditetapkan. viii. Menganjurkan perlawanan antara kelas atau rumah sukan. ix. Mengurus pengangkutan untuk pasukan ke pertandingan. x. Menjaga kebajikan peserta-peserta ke pertandingan. xi. Menguruskan surat makluman dan kebenaran ibu bapa / penjaga untuk semua aktiviti yang dijalankan. xii. Melaporkan dan merekodkan keputusan setiap pertandinganyang disertai. xiii. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan dan semasa bagi pengurusan pasukan. xiv. Berbincang dengan setiausaha sukan berkenaan keperluan kemudahan dan peralatan. xv. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi sebelum, semasa dan selepas digunakan. xvi. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan. xvii. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkat kualiti pasukan. xviii. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa. BAHAGIAN 3 : Pengurusan Kejohanan Olahraga/Merentas Desa 1. ALIRAN KERJA Tugas-tugas berikut mestilah diberi perhatian oleh Setiausaha Sukan dengan kerjasama Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan: 1.1 Penyediaan kertas cadangan yang terperinci yang mengandungi perkara-perkara berikut: i. Cadangan senarai Jawatankuasa Induk. ii. Cadangan senarai Jawatankuasa Pelaksana.
  • 13. iii. Cadangan senarai nama Pegawai Sukan. iv. Tujuan / objektif / matlamat. v. Tarikh / masa / tempat. vi. Anggaran perbelanjaan. vii. Acara-acara yang dipertandingkan dan kelas umur. viii. Atur cara rasmi. ix. Senarai tugas setiap jawatankuasa. 1.2 Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Induk i. Membincangkan kertas pelaksanaan acara. ii. Mengesahkan pelantikan semua jawatankuasa. iii. Menyemak bidang tugas setiap jawatankuasa. iv. Membuat anggaran peruntukan dan sumber kewangan. v. Pelaksanaan kejohanan keseluruhan dan Pelan Tindakan Risiko. vi. Perasmi dan atur cara rasmi. 1.3 Memanggil mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana i. Membincangkan pelaksanaan kejohanan dan Pelan Tindakan Risiko. ii. Senarai semak kerja dan tindakan. iii. Perbelanjaan setiap Jawatankuasa (jika berkaitan). iv. Membentuk jawatankuasa kecil. 1.4 Memanggil mesyuarat Pengurus Pasukan (Ketua Rumah) i. Mengesahkan acara dan kelas umur yang dipertandingkan. ii. Penerangan tugas Pengurus Pasukan. iii. Menjelaskan peraturan dan syarat pertandingan. 1.5 Persediaan sebelum kejohanan i. Penyediaan balapan dan padang serta peralatan yang berkaitan. ii. Susunan jadual latihan rumah sukan. iii. Penyediaan borang-borang: ● penyertaan keseluruhan ● penyertaan acara (untuk penyelia peserta) ● keputusan ● hakim penamat ● pencatat masa ● acara lompatan
  • 14. ● acara balingan 2. SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA 2.1 SETIAUSAHA SUKAN / PENGURUS KEJOHANAN i. Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan Ketua Guru Rumah. ii. Menyediakan anggaran perbelanjaan kejohanan. iii. Menyenaraikan acara-acara yang dipertandingkan. iv. Mendapatkan senarai peserta. v. Mendapatkan senarai nama Jawatankuasa Kecil. vi. Mendapatkan senarai nama Pegawai Sukan dan membuat pelantikan. vii. Menyusun tugasan Pegawai Sukan. viii. Memastikan sPengerusi Jawatankuasa membuat tindakan tugasan masing- masing. ix. Menyediakan program pentadbiran. x. Membuat anggaran perbelanjaan. 2.2 KETUA GURU RUMAH / GURU RUMAH i. Menyenaraikan nama peserta yang mewakili rumah dan diserah keada Urusetia. ii. Menyediakan dan memeriksa peralatan latihan. iii. Menyediakan pakaian peserta dan ahli rumah dan khemah rumah. iv. Menguruskan belanjawan dalaman rumah. v. Mengadakan taklimat / nasihat / panduan untuk peserta. vi. Menyediakan minuman dan makanan peserta dan ahli rumah. vii. Membuat persiapan langkah keselamatan dan kawalan disiplin. viii. Menyelaraskan tindakan kerja dengan urus setia. ix. Memastikan kebersihan kawasan khemah terjaga. 3. JAWATANKUASA-JAWATANKUASA KECIL 3.1 JAWATANKUASA PERTANDINGAN i. Menyediakan borang-borang pertandingan. ii. Mengisi borang penyertaan bagi semua acara. iii. Menyediakan nombor-nombor peserta. iv. Menyediakan atur cara hari kejohanan. v. Menyediakan pelan-pelan / kedudukan gelanggang. vi. Menyusun atur kedudukan khemah dan peralatan kejohanan. vii. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan. viii. Membuat anggaran perbelanjaan.
  • 15. 3.2 JAWATANKUASA TEKNIK i. Menyediakan gelanggang dan perkara berkaitan. ii. Menyediakan dan mengedar pelan kedudukan pasukan dan pegawai. iii. Menyediakan tempat duduk VIP, pegawai dan peserta. iv. Memastikan ukuran dan penyediaan gelanggang bertepatan. v. Memberi taklimat kepada Pengurus Peserta. vi. Menyediakan dan memeriksa peralatan sukan. vii. Menyediakan pembantu teknik setiap gelanggang. viii. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.3 JAWATANKUASA KEPEGAWAIAN i. Mendapatkan senarai nama pegawai. ii. Melantik pegawai kejohanan (termasuk pelepas). iii. Menyusun Jadual Tugas Kepegawaian. iv. Memberi taklimat kepada semua pegawai. v. Menyediakan senarai pegawai gantian dalam Pelan Tindakan Risiko. vi. Memastikan pegawai bersedia dan mencukupi pada hari kejohanan. vii. Memberi cenderamata kepada pegawai (jika ada). viii. Memberi elaun bertugas kepada pegawai (jika ada). ix. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.4 JAWATANKUASA STATISTIK i. Mendapatkan butiran lengkap pertandingan, keputusan dan rekod pencapaian kejohanan tahun sebelumnya. ii. Menyediakan Jadual Besar Pertandingan. iii. Mengemas kini keputusan dari semasa ke semasa. iv. Mengumpul, merekod, mencetak dan mengeluarkan keputusan rasmi acara. v. Menyediakan program (perisian) keputusan. vi. Membukukan semua keputusan mengikut acara. vii. Menyerahkan keputusan kepada urus setia. viii. Menyenaraikan nama peserta yang layak mewakili sekolah. ix. Membuat Pelan Tindakan Risiko. x. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.5 JAWATANKUASA MINUMAN (DAN JAMUAN) i. Membuat anggaran perbelanjaan dan jumlah minuman yang diperlukan. ii. Menyediakan minuman dan tempat mengambil minuman untuk peserta.
  • 16. iii. Menyediakan dan menghantar minuman untuk pegawai / urus setia / tetamu. iv. Mendapatkan penaja-penaja minuman (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan). v. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan. vi. Menjaga kebersihan dan keselamatan minuman dan kawasan penyediaan. 3.6 JAWATANKUASA BUKU PROGRAM i. Mendapatkan semua maklumat yang berkaitan. ii. Menyediakan, menerbitkan dan mengedarkan buku program. iii. Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama Jawatankuasa Iklan dan Tajaan). iv. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.7 JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA i. Mendapatkan, mengumpulkan, dan memeriksa hadiah / piala pusingan tahun sebelumnya. ii. Menempah hadiah/cenderamata untuk peserta/pasukan/pegawai/ tetamu. iii. Mendapatkan penajaan (dengan kerjasama JK Iklan dan Tajaan). iv. Menyusun aturan pemberian hadiah. v. Menyenaraikan, mengenal pasti dan menjemput penyampai hadiah. vi. Menyediakan pengurus pemenang. vii. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan. viii. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.8 JAWATANKUASA PERASMIAN i. Mengenal pasti dan menjemput perasmi pembukaan dan penutup dengan kerjasama Jawatankuasa Jemputan, Sambutan dan Protokol. ii. Mengenal pasti orang kenamaan / tetamu dalam majlis. iii. Menyusun atur cara perasmian. iv. Membuat raptai perasmian (dengan kerjasama Jawatankuasa Perbarisan). v. Menyediakan juruacara untuk majlis perasmian. vi. Memberi taklimat kepada Pengurus Pasukan. vii. Menyediakan Pelan Tindakan Risiko. viii. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.9 JAWATANKUASA JEMPUTAN, SAMBUTAN DAN PROTOKOL i. Mengenal pasti tetamu yang akan dijemput dalam majlis dan kejohanan. ii. Menulis dan menghantar surat / kad jemputan. iii. Menyediakan dan melabel tempat duduk.
  • 17. iv. Mengalu-alukan kehadiran jemputan. v. Memberi panduan arah dan tempat duduk kepada jemputan. vi. Menyediakan roset dan buku program khas kepada jemputan utama. vii. Memaklumkan tetamu untuk penyampaian hadiah kepada JKHadiah. viii. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.10 JAWATANKUASA SERANTA, PUBLISITI DAN RAKAMAN i. Menjadi penghubung dan memberi maklumat tepat kepada jemputan dan pemberita. ii. Berhubung dengan media tentang kejohanan. iii. Mengambil bahan bermedia sepanjang kejohanan. iv. Membuat anggaran perbelanjaan. 3.11 JAWATANKUASA IKLAN DAN PENAJA i. Mengenal pasti dan mendapatkan sumber kewangan. ii. Menulis surat mendapatkan penajaan dan iklan. iii. Menjemput penaja dan pengiklan ke majlis perasmian. iv. Menulis surat rakaman terima kasih kepada penaja dan pengiklan. v. Menyerahkan senarai penaja dan iklan kepada Jawatankuasa Buku Program. 3.12 JAWATANKUASA SIARAYA DAN JURUACARA i. Menyediakan peralatan pembesar suara yang sesuai dan mencukupi. ii. Memastikan peralatan dalam keadaan yang baik. iii. Memasang dan menyimpan peralatan. iv. Menyediakan juruacara kejohanan. v. Menyediakan Pelan Tindakan Risiko. 3.13 JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN PERTOLONGAN CEMAS i. Menyediakan Pelan Tindakan Risikbagi keselamatan dan kecemasan. ii. Memberi perkhidmatan keselamatan dan kecemasan serta-merta. iii. Menghubungi pihak polis dan pasukan bantuan pertolongan cemas. iv. Menyediakan pembantu bagi hal-hal kawalan keselamatan dan kecemasan. v. Pelan Tindakan Risik- satu perancangan tindakan jika berlaku hal-hal di luar kawalan dan jangkaan seperti faktor cuaca, bekalan elektrik, kerosakan teknikal, kekurangan pegawai dan pembantu, kehilangan atau kerosakan peralatan, dsb. 3.14 SENARAI UMUM PEGAWAI KEJOHANAN
  • 18. i. Juri Rayuan ii. Pengurus Kejohanan iii. Penolong Pengurus Kejohanan iv. Pengurus Teknik v. Penolong Pengurus Teknik vi. Referi Balapan vii. Referi Padang viii. Ketua Hakim Balapan ix. Ketua Hakim Padang x. Ketua Penjaga Masa xi. Ketua Pengadil Lorong xii. Ketua Pencatat xiii. Ketua Pengawas/Marshall xiv. Ketua Penyelia Peserta xv. Hakim Balapan xvi. Hakim Padang xvii. Pelepas xviii. Penjaga Masa xix. Pengadil Lorong Pencatat xx. Penyelia Peserta xxi. Penolong Pelepas xxii. Juruacara xxiii. Perangkaan dan Keputusan xxiv. Hadiah
  • 19. JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN PERMAINAN PENASIHAT : EN. (GB) PENGERUSI : EN. (PKKO) SETIAUSAHA : En.(SU Sukan) AJK : 1. En. ( Bola Baling ) 2. En. ( Sepak Takraw ) 3. En. ( Bola Sepak ) 4. En. ( Bola Tampar ) 5. Pn. ( Bola Jaring ) 6. En. ( Olahraga )
  • 20. JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN PERMAINAN PENASIHAT EN. (GB) PENGERUSI EN. (PK Ko) PENYELARAS EN. (SU Sukan) BOLA SEPAK BOLA JARING SEPAK TAKRAW 1.En. (K) 1. Pn. (K) 1. En. (K) 2.Tn.H 2. Pn. 2. En. 3.En. 3. Pn. 3. En. 4.Tn.Hj 4. Pn. 4. En. OLAHRAGA BOLA TAMPAR BOLA BALING 1.En. (K) 1. En. (K) 1. En. 2.En. 2. Pn. 2. Pn. 3.Pn. 3. Pn. 3. Pn. 4. En. 4. 4. En.
  • 21. JAWATANKUASA INDUK 1 MURID 1 SUKAN Pengerusi : EN. ( Guru Besar ) Timb. Pengerusi : EN. ( PKKO ) Setiausaha : EN. (SU Sukan) Ahli Jawatankuasa : 1. En. 2. En.