Successfully reported this slideshow.
Your SlideShare is downloading. ×

Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Ad
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page1 
TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia 
Berdaulat. 
...
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page2 
SKEMA JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014 
1. Demokrasi berparlimen di Malaysia ( 5 markah...
Kertas 3 Sejarah SPM 2014 
Page3 
dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. 
Pilihan ...
Advertisement
Advertisement
Upcoming SlideShare
Konsep Raja Beperlembagaan
Konsep Raja Beperlembagaan
Loading in …3
×

Check these out next

1 of 11 Ad

More Related Content

Slideshows for you (20)

Viewers also liked (20)

Advertisement

Similar to Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014 (20)

More from ciklaili. com (20)

Advertisement

Recently uploaded (20)

Soalan & Jawapan Kertas 3 Sejarah SPM 2014

  1. 1. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page1 TEMA UMUM : Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, jentera pentadbiran kerajaan Malaysia telah diperkemas berasaskan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Aspek Perincian Markah Pengenalan 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia 5 markah Isi dan huraian 2. Ciri-ciri demokrasi berparlimen. 25 markah 3. (soalan menganalisis salah satu dari ciri-ciri demokrasi berparlimen) (i). Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat. a. Keluhuran perlembagaan b. Kepentingan perlembagaan c. Pindaan Perlembagaan (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan kuasa. a. Badan Perundangan b. Badan Pelaksana c. Badan Kehakiman (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil b. Proses Pilihan Raya c. Syarat calon dan pengundi 30 markah 4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. 10 markah 5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. 10 markah 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. 10 markah 7. Nilai-nilai murni. 5 markah Kesimpulan 8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. 5 markah
  2. 2. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page2 SKEMA JAWAPAN KERTAS 3 SEJARAH SPM 2014 1. Demokrasi berparlimen di Malaysia ( 5 markah ) Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Demokrasi berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Dalam sistem pemerintahan demokrasi berparlimen rakyat berpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Mereka berhak menyokong, mengekalkan, atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. 2. Ciri-ciri Demokrasi Berparlimen ( 25 markah ) 1. PERLEMBAGAAN Maksud perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah negara. Tujuan perlembagaan menjadi dokumen rasmi negara. Terdiri daripada segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara. Parti politik yang memerintah akan mengetahui hala tuju pentadbiran negara. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat melalui peruntukan yang terkandung di dalamnya. Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September 1963 yang mempunyai 183 perkara. Perlembagaan ini terdiri daripada peruntukan seperti Senarai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Senarai Bersama.Mempunyai institusi Yang di Pertuan Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia telah membuat pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. 2. RAJA BERPERLEMBAGAAN Maksud Raja Berperlembagaan ialah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Jawatan Yang di Pertuan Agong diwujudkan sejak tahun 1957. Yang diPertuan Agong merupakan tonggak negara dan ketua utama negara. Simbol keutuhan dan perpaduan rakyat. Yang di Pertuan Agong bertindak berdasarkan perlembagaan dan atas nasihat Pedana Menteri. Yang diPertuan Agong tidak boleh bertindak sendiri kecuali perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Yang di Pertuan Agong dipilih daripada kalangan sembilan orang raja Melayu daripada sembilan buah negeri secara bergilir -gilir. Pemilihan Yang di Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. 3. KUASA PEMERINTAHAN Malaysia merupakan negara Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Kuasa pemerintahan dibahagi kepada tiga iaitu Badan Perundangan, Badan Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. 4. PILIHAN RAYA Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka
  3. 3. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page3 dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Pilihan raya merupakan ciri penting sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 5. PARTI-PARTI POLITIK Parti politik merujuk kepada sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik, untuk mencapai matlamat bersama. Parti-parti politik ini berjuang untuk mendapatkan kuasa. Ahli-ahlinya membayar yuran keahlian dan selalunya memberi kesetiaan dan komitmen terhadap perjuangan parti. Sikap perkauman juga menjadi asas pembentukan dan penyatuan ahli-ahli parti. Parti-parti ini ditubuhkan dengan matlamat untuk menyatu dan memelihara kepentingan kaum masing-masing. Contoh parti UMNO untuk mewakili orang Melayu, parti MCA mewakili kaum Cina dan pati MIC mewakili orang India. 3. (i) Perlembagaan melindungi kepentingan rakyat. a ) Keluhuran perlembagaan b ) Kepentingan perlembagaan c ) Pindaan Perlembagaan ( 30 markah ) a) Keluhuran Perlembagaan Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ketiga. Keluhuran Perlembagaan bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran perlembagaan Malaysia mengatasi yang dipertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Selain itu, undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Perekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa parlimen atau bercanggah dengan perlembagaan Malaysia. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. b) Kepentingan perlembagaan Perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan politik sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Setiap pemimpin memerlukan panduan semasa memerintah supaya pemerintahannya menepati kehendak perlembagaan dan aspirasi rakyat. Perlembagaan Malaysia menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada sebuah negara. Rakyatnya yang memegang matlamat yang sama supaya semangat patriotisme dapat dibentuk. Perkara 24 Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyai kerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. Perkara 25 pula menyatakan bahawa seseorang warganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepada negara ini. Tujuaannya supaya rakyat memberikan sepenuh ketaatan kepada tanah air untuk mengekalkan identiti negara dan bangsa Malaysia.
  4. 4. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page4 Perlembagaan Malaysia menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiap warganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan seperti berpersatuan, beragama dan memiliki harta. Dengan ini, rakyat mengetahui had kebebasan mereka disisi undang-undang. Perlembagaan Malaysia dalam Perkara 153 memperuntukkan peranan Yang di- Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberian lessen perniagaan dan perdagangan. Walaubagaimanapun, perlembagaan juga memastikan Pekara 153 tersebut dilaksanakan dengan berhati - hati supaya pelaksanaannya tidak mengabaikan kaum-kaum lain. Perlembagaan Malaysia juga menjamin kerjasama, kesepakatan, keadilan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri. Perlembagaan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang persekutuan dan negeri. Dengan cara ini sistem pentadbiran negara dapat diselaraskan tanpa sebarang perbalahan. Perlembagaan Malaysia menjamin kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sarawak dan Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Kerajaan Persekutuan menggunakan senarai kuasanya dalam bidang pendidikan dan kesihatan untuk membantu memesatkan pembangunan di negeri Sarawak dan Sabah. c) Pindaan Perlembagaan Sejak tahun 1957 Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Pindaan ini bertujuan untuk melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran Negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa. Pindaan ini juga menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah dan kandungannya dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati. Perlembagaan juga telah dipinda bagi melarang perkara sensitif dipersoalkan secara terbuka. Antara perkara sensiti f dalam perlembagaan yang tidak boleh dipersoalkan termasuklah pemerintahan beraja, agama Islam, kedudukan bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Parlimen telah meluluskan pindaan Akta Hasutan 1970 yang menghadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum di negara ini. Tujuannya untuk memelihara keselamatan, ketenteraman dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita. Antara pindaan terbesar yang telah dibuat termasuklah pemansuhan imuniti (kekebalan) bagi Yang di Pertuan Agong dan Raja yang memerintah negeri daripada kesalahan jenayah. Pindaan Perlembagaan terbahagi kepada 4 kaedah pindaan. Kaedah pertama dengan persetujuan majoriti lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen dan Persetujuan Majlis Raja-Raja. Antara perkara pindaan ialah tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja Melayu, kewarganegaraan, keutamaan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong, Raja-raja dan Yang di Pertua Negeri, Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah dan perubahan sempadan negeri.
  5. 5. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page5 Kaedah kedua dengan persetujuan majoriti lebih suara dua pertiga Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Sabah. Antara perkara pindaan ialah keanggotaan dan bidang kuasa mahkamah Tinggi di Sarawak dan Sabah. Seterusnya hak dan kuasa kepada kerajaan negeri tentang kuasa menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah. Kaedah ketiga dengan persetujuan lebih suara dua per tiga Dewan Parlimen. Antara perkara pindaan yang tidak di sebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan Kaedah keempat ialah persetujuan lebih suara dewan parlimen. Antara pindaan yang boleh dibuat ialah pindaan perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam perkara 74, parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama. Dalam perkara 76, parlimen boleh membuat undang-undang dalam senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan, perjanjian atau konvensyen antara persekutuan dengan mana-mana negara lain. 3. (ii) Bidang kuasa Yang Dipertuan Agung (YDPA) mengikut Perlembagaan Malaysia. ( 30 markah ) Mengikut Perlembagaan Malaysia, Yang Di -Pertuan Agung (YDPA) merupakan ketua negara dan mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman. YDPA merupakan satu daripada tiga unsur parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen. Selain itu, baginda merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. YDPA berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera. Di samping itu, baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan majlis raja-raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu. Dalam pada itu, YDPA merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak. Selain itu, YDPA mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga, mempunyai kuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri. Selain itu, YDPA boleh mengisytiharkan undang-undang darurat di bawah ‘Undang-undang X’ jika mendapati keselamatan negara terancam. Baginda juga melantik pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihan raya, ahli Perkhidmatan Kehakiman, serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Baginda juga bertanggungjawab melantik peguam negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan. YDPA mempunyai kuasa tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta negara kita. 3. (iii) Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dengan konsep pengasingan kuasa. a. Badan Perundangan b. Badan Pelaksana c. Badan Kehakiman ( 30 markah )
  6. 6. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page6 a. Badan Perundangan Perundangan merujuk kepada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsinya ialah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang. Terdiri daripada Yang di Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara Merupakan dewan tertinggi dalam system pemerintahan negara. Mempunyai 69 orang ahli, 26 dipilih dari 13 buah negeri. Yang lain dilantik oleh Yang diPertuan Agong terdiri daripada individu yang member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu. 2 orang pula dilantik mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ahli Dewan Negara digelar Senator dilantik tanpa bertanding dalam pilihanraya. Senator memegang jawatan bagi tempuh 3 tahun dan berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan ahli Parlimen dan boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri. Dewan Rakyat Ahlinya dipilih melalui pilihanraya umum. Mempunyai 219 ahli yang mewakili semua kawasan pilihan diseluruh negara. Tempuh jawatan adalah 5 tahun. Tugasnya menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang digubal oleh Parlimen dikenali sebagaiAkta, manakala yang digubal Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen. Yang digubal di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak dinamakan Ordinan. b. Badan Pelaksana Kabinet (Jemaah Menteri) Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar -dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Kementerian Perdana Menteriatau Timbalan Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang dan menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial negara kita. Pada masa ini terdapat dua puluh enam buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri, setiausaha parlimen dan setia usaha politik. Seseorang menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berport folio dan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
  7. 7. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page7 Perkhidmatan Awam Perkhidmatan Awam di Malaysia di ketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan Kerajaan Jabatan kerajaan diketuai oleh Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Badan Berkanun Merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Iamempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah lembaga pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri yang berkenaan. Mereka mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab untuk mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan. Contoh nya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Suruhanjaya Ditubuhkan untuk mengendalikan urusan perlantikan, kenaikan pangkat dan memantau disiplin kakitangan awam. Contohnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. c. Badan Kehakiman Mempunyai kuasa mendengar dan menetukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman, manakala jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Menetukankesahihanundang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana. Mentafsir Per lembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan untuk melaksanakan tugas kehakiman. Tugas mahkamah pula mentafsir perlembagaan negara, mentafsir undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana pindaan tertakluk pada badan perundangan atau parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki pi ramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Seorang hakim tidak boleh dipecat tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hakim tidak boleh mengambil bahagian dalam politik. Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang kerajaan dibantu oleh pegawai perkhidmatan undang-undang dan kehakiman.
  8. 8. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page8 3. (iv) Sistem pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil b. Proses Pilihan Raya c. Syarat calon dan pengundi ( 30 markah ) a. Fungsi SPR, Pilihan Raya Umum / Pilihan Raya Kecil Fungsi SPR ialah menentukan semapadan-sempadan pilihanraya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihanraya umum atau pilihan raya kecil. SPR juga menubuhkan urus setia yang di ketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai ketua eksekutif dan ketua pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus Setia SPR diwajibkan mengikuti panduan dan dasar SPR. Tujuaannya untuk memastikan pilihan raya di jalankan dengan efektif dan adil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli dewan rakyat dan ahli dewan undangan negeri secara serentak di seluruh semenanjung Malaysia manakala di Sarawak dan Sabah pula di adadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu. b. Proses Pilihan Raya Proses pilihan raya Malaysia bermula dengan penetapan tarikh penamaan calon dan pengundian oleh SPR. Hari penamaan calon dijalankan. Parti yang bertanding menyediakan manifesto dan pelancaran kempen pilihan raya di buat. Tempoh berkempen adalah 7 hingga 15 hari sahaja. SPR mengumumkan tempat pengundian dan tempat pengiraan undi. Pada hari mengundi, pengundi diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipil ih ditempat pengundian. Pembuang undi dibuat oleh pengundi dengan memangkah calon pihannya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut ke dalam peti undi. Selepas tamat tempoh pengundian, pengiraan undi dijalankan. Pegawai pilihan raya akan membuat pengumuman keputusan pilihan raya pada hari tersebut. c. Syarat calon dan pengundi Syarat menjadi calon pilihan raya ialah mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah. Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
  9. 9. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page9 Seseorang yang layak mengundi namanya mesti didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Menurut Perkara 119 Perlembagaan Malaysia seseorang warganegara yang berumur 21 tahun bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya, dewan rakyat atau dewan undangan negeri boleh mengundi. Seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi. 4. Peranan rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen. ( 10 markah ) Sebagai rakyat Malaysia dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen kita seharusnya mendaftarkan diri sebagai pengundi atau pemilih dan menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Selain itu, kita haruslah mematuhi undang-undang negara dan menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara. Kita juga tidak boleh menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu keharmonian negara. Ibu bapa haruslah menerapkan nilai -nilai murni dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Semua rakyat haruslah setia kepada raja dan negara. Sebagai warganegara Malaysia, kita juga harus mengamalkan amalan agama masing-masing dan menghormati amalan agama kaum-kaum lain. Di samping itu, kita haruslah membina hubungan mesra antara kaum di negara kita. Sebagai warganegara kita juga haruslah bersedia menerima dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan. 5. Kejayaan negara melalui amalan sistem demokrasi berparlimen. @ Bukti keberkesanan kejayaan sistem demokrasi berparlimen di negara kita. @ Mengapakah Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen. ( 10 markah ) Antara kejayaan negara melalui pengamalan sistem demokrasi berparlimen adalah dapat memilih pemimpin yang berwibawa. Selain itu, rakyat hidup dalam keadaan aman. Dalam masa yang sama, pembangunan ekonomi dapat berkembang dengan pesat. Selain itu, perpaduan antara kaum dapat dikekalkan. Dasar -dasar negara juga dapat diteruskan. Di samping itu, imej negara dapat ditingkatkan. Rakyat juga boleh mengemukakan pandangan masing-masing. Demokrasi berparlimen memastikan pemimpin tidak berkuasa mutlak. Rakyat juga akan menjadikan perlembagaan sebagai panduan. Di samping itu, hak asasi rakyat terjamin. Selain itu, taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dan prasarana luar bandar serta pedalaman dapat di perkasa. Akhir sekali, sistem demokrasi berparlimen juga dapat melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri.
  10. 10. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page10 6. Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut. ( 10 markah ) Contoh Jawapan 1 Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah penyebaran isu-isu sensitif yang boleh mengganggu perpaduan kaum. Selain itu, gejala rasuah yang berleluasa dalam negara turut berlaku. Kalangan generasi muda juga, t iada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Kebebasan media massa turut memberi kesan negatif terhadap keharmonian negara di samping campur tangan pihak luar. Akhir sekali, semangat cinta akan negara semakin luntur dalam diri generasi kini. Langkah-langkah untuk mengatasinya ialah melalui didikan ibu bapa tentang nilai-nilai murni dan pengukuhan pengetahuan agama sejak kecil. Selain itu, penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan media massa kepada pengguna yang tidak bertanggungjawab oleh pihak berwajib. Di samping itu, kempen kesedaran tentang tanggungjawab warganegara sebagai pengundi perlu diadakan. Masalah sosial yang melanda anak muda seperti penagihan dadah, merempit, pengangguran dan sebagainya perlulah ditangani segera. Akhir sekali, kerajaan perlu memperbanyakkan program kemasyarakatan dengan penglibatan pelbagai kaum. Contoh Jawapan 2 Cabaran yang dihadapi Malaysia dalam pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen ialah pengaruh media massa yang menyampaikan maklumat palsu/tidaktepat. Perkembangan dunia tanpa sempadan telah menggalakkan penyebaran maklumat palsu melalui ICT. Rakyat telah menyalahgunakan kebebasan yang diberi dengan mengadakan demontrasi jalanan apabila tidak berpuas hati terhadap dasar -dasar kerajaan. Pihak tertentu pula mula mempersoalkan isu-isu sensitif seperti hak Raja-Raja Melayu, agama Islam dan Bahasa Melayu. Pencapaian taraf sosio ekonomi yang berbeza di antara kaum turut menyumbang kepada isu-isu perkauman dan peningkatan kadar jenayah serta masalah sosial. Wujudnya perjuangan/tuntutan pihak tertentu yanglebih bersifat perkauman daripada kepentingan rasional. Langkah-langkah untuk mengatasinya pula ialah dengan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat. Mengambil tindakan mahkamah terhadap penyebaran maklumat palsu. Mengambi ltindakan tegas terhadap individu atau pertubuhan/persatuan yang mempersoalkan isu-isu sensitif. Kawalan terhadap penyalahgunaan ICT. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan rakyat Malaysia melalui pelbagai program anjuran kerajaan atau pihak tertentu. Pengagihan sumber ekonomi yang adil dan saksama antara kaum. Contoh Jawapan 3 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam pelaksanaan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ialah perbezaan fahaman politik dan mengamalkan politik perkauman. Selain itu, berlaku demonstrasi jalanan dan pelanggaran hak asasi manusia.Cabaran lain yang dihadapi adalah sikap rakyat Malaysia yang memburuk-burukkan nama Malaysia di luar negara dan pengaruh media cetak/elektronik. Kegiatan jenayah seperti jenayah siber berleluasa di samping berlakunya pengaruh anasir luar. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran adalah dengan menyekat pengaruh negatif daripada media cetak dan elektronik. Selain itu,mengamalkan prinsip Rukun Negara dan mengamalkan sikap bertolak ansur selain menyelesaikan masalah melalui perundingan
  11. 11. Kertas 3 Sejarah SPM 2014 Page11 dan musyawarah.Rakyat juga digalakkan untuk mengamalkan konsep 1 Malaysia dan menanamkan semangat mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan individu. Mengamalkan semangat patriotisme dan perpaduan juga merupakan langkah mengatasi cabaran tersebut. 7. Nilai-nilai murni. ( 5 markah ) Nilai murni dan iktibar yang di peroleh dari pengamalan system demokrasi berparlimen adalah semangat cinta dan setia kepada raja dan negara serta patuh kepada pelembagaan/undang-undang. Seterusnya kita harus menghormati pemimpin negara. Setiap rakyat Malaysia harus menyokong dasar-dasar yang telah dirancang oleh kerajaan. Mewujudkan perpaduan antara kaum serta saling hormat menghormati dan bertolakansur demi memantapkan system demokrasi berparlimen. Kesepakatan dan diplomasi antara pemimpin dan rakyat amat perlu untuk memelihara kepentingan bersama. 8. Kesimpulan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. a) Pengetahuan yang diperoleh b) Iktibar kepada diri, bangsa dan negara c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia yang lebih harmoni dan stabil. ( 5 markah ) Pengetahuan yang diperoleh ialah sistem pemerintahan demokrasi berparliman merupakan sistem yang terbaik kerana memberikan ruang kepada rakyat untuk membuat keputusan memilih pemimpin melalui sistem pilihan raya yang telus dan adil agar dapat membentuk kerajaan yang mantap. Iktibar kepada diri, bangsa dan negara adalah kerjasama antara pemimpin dan rakyat menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi. Harapan saya, saya mengharapkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan disegani di persada dunia. Disediakan oleh : Guru-Guru Sejarah Daerah Sabak Bernam, Selangor 10 Oktober 2014

×