SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Konsep Pra Nombor Dan Nombor
Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu
diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep
nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah
penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi
sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak
memerlukan banyak pengalaman “hands-on” dan “menyebut” sebelum kemahiran menulis
nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah kata yang
didengar di sekelilingnya. Contohnya “satu”, “dua”, “tiga” dan seterusnya. Konsep
pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :-
i. Pengelasan
ii. Perbandingan
iii. Seriasi
iv. Padanan satu dengan satu
v. Pola
vi. Keabadian
Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan
ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul
objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek tersebut boleh dilakukan
berdasarkan kepada :-
a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)
b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )
c) Tiga cirri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )
d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )
Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting g bagi membentuk konsep nombor.
Oleh itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :-
a) Memilih dan membanding
b) Mengumpul
c) Memilih semula
d) Mengasingkan kumpulan
e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep
Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas
perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita
membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk
memastikan murid- murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan
seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan digunakan ialah :-
 Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal : Nipis )
 Saiz ( Besar : Kecil )
 Berat ( Berat : Ringan )
 Bilangan ( Banyak : Sedikit )
Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan
kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari pertalian antara
satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang lain. Kebolehan
menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Ini
menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna. Contoh seriasi
yang biasa dilakukan adalah seperti berikut:
i) Menyusun mengikut pola urutan
Kecil Besar , Nipis Tebal , Rendah Tinggi
Pendek Panjang , Sempit Luas
ii) Menyusun objek mengikut cirri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.
Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara
objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada :
i) konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan,
pasangan dan sebagainya.
ii) konsep objek dengan nombor.
iii) konsep nombor dengan nombor.
Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut:
a. Memadan benda yang berpasangan yang sama (kasut)
b. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama (sudu dan garpu)
c. Memadan bilangan yang sama
d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor
Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam
kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara
bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;
 Meniru pola,
 ·Menyambung pola,
 Melengkapkan pola, dan
 ·Membina pola sendiri.
 Keabadian
Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,
isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan
murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau
diatur di tempat atau keadaan yang berbeza. Nombor memainkan peranan penting dalam
pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti,
kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Membilang adalah satu proses
yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi
sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid
sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip
ini adalah;
 Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek
dengan satu nama nombor,
 Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1, 2,
3,... dan seterusnya,
 Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang
dibilang,
 Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari manamana
kedudukan.
Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip
tersebut. Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau
kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya
benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah
simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Sistem nombor
yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;
 Nilai tempat – kedudukan digit mewakili nilai tertentu.
 Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke
sembilan.
 Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.
 Mempunyai nilai tambah
 Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat.
Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran
serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek
pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1
hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20,
mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi
tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di
mana guru tersebut meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka
mengeluarkan kesemua limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka
guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah
sifar.
Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh
menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk
membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang
nombor keseluruhannya. Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna ,
bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit,
sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang. Pada peringkat ini, instruksi
yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan mereka benda-benda maujud. Guru
boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan benda-benda yang menarik ke dalam
kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut dengan lebih dekat. Mereka boleh
memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan tersebut serta mengingatinya.
Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui bahawa kuantiti objek adalah
berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh
mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami
konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi sedikit dan berfikir
menggunakan bentuk-bentuk simbol. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan
dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik . Ianya juga
akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai
masala.
Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi
beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan
simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga
sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi
Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah
dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau
bermain. Berlainan pula dengan Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi jenis
kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan
kecerdasan yang ada ialah lapan.
Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk kepada satu jenis kecerdasan
sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih dan ini adalah tugas guru untuk
mencari cara pembelajaran yang sesuai dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis
kecerdasan mereka. Pengetahuan Matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran,
tetapi ia adalah perkaitan (Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku
sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan
seterusnya (Fuson, 1988). Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pada peringkat awal
kanak-kanak di prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri
daripada objekobjek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu
mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya
yang terhad. Murid-murid di peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan
masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogy
diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid. Guru memainkan peranan penting
dalam merancang aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna bagi kanak-kanak.
Aktiviti yang dirancang haruslah bervariasi kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis
kecerdasan. Antara cadangan lain aktviti yang boleh dilaksanakanialah :-
a) Aktiviti di dalam bilik darjah
Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan semua murid dalam aktiviti yang sama.
Kebiasaannya aktiviti berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui
penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan di akhir sesi
menunjukkan aktiviti bermain secara berkumpulan dalam bilik darjah.
b) Aktiviti berkumpulan
Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini kanak- kanak belajar
berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam aktiviti
berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan jantina, agama dan
bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam jumlah ahli yang kecil supaya setiap
kanak- kanak mendapat peluang yang sama rata. Objektif sampingan adalah supaya kanak-
kanak dapat bekerjasama antara satu sama lain.
c) Aktiviti individu
Di samping aktiviti di dalam bilik darjah dan berkumpulan, guru juga hendaklah
mengadakan aktiviti perseorangan. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada
kanak- kanak kerana ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk berdikari dan
membenarkan guru memberi arahan secara perseorngan kepada kanak- kanak.
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan perkembangan kognitif kanak-kanak
pada usia 4 hingga 6 tahun adalah amat penting kerana proses ini akan mempengaruhi
kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Ini disebabkan oleh
perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh
setiap kanak-kanak dan ianya sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek
seseorang. Sekaligus melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola
berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari
lingkungannya. Komponen perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan
awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran.
Selain itu juga, kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek
secara konkrit dan pemperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat serta
memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian kanak-
kanak tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi
sebenar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling
mereka bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.
RUJUKAN
Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. (2008). Psikologi
Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gibbs dan Castadena. (1975). Konsep Awal Matematik di Pra Sekolah. Dicapai pada 16
Mac 2014, daripada http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awalmatematik-di-
prasekolah.html
Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Selangor
: Penerbitan Kyazano Enterprise.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Bahagian Pembangunan Kurikulum :
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Konsep Awal Matematik Di Prasekolah. (2010). Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada
http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awal-matematik-diprasekolah.html
Lee Shok Mee. (1997) Psikologi Pendidikan 2 : Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Luthfis. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada
http://luthfis.wordpress.com/2008/04/20/perkembangan-kognitif-dalampersprektif-piaget/.
Nor Azira Zakaria. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Mac 2014,
daripada http://www.scribd.com/doc/5517475/teori-perkembangan-kognitif.
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. (2010). Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada
http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/kemahiran-asasmatematik.html
Prinsip Teori Pembelajaran Kognitif. (2010). Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada
http://syufaal.blogspot.com/2010/08/prinsip-teori-pembelajaran-kognitif.html
Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. Selangor : Dewan Bahasa &
Pustaka.

More Related Content

Similar to Pn normah sem 6

Tingkatan satu,urutan dan pola nombor
Tingkatan satu,urutan dan pola nomborTingkatan satu,urutan dan pola nombor
Tingkatan satu,urutan dan pola nomborAhmad Razin
 
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematikLima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematikzuhaipgm
 
Rancangan pengajaran harian prasekolah minggu ke 6
Rancangan   pengajaran  harian  prasekolah  minggu ke 6Rancangan   pengajaran  harian  prasekolah  minggu ke 6
Rancangan pengajaran harian prasekolah minggu ke 6Enyke Eyone
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanHabibah Abdullah
 
1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptx
1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptx1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptx
1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptxDAYANGKHASLINABINTIA
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsLiza Ahmad
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarmahnikpt6043
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Izzati Hamid
 
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02Hapizah Hasan
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikNorina Mohamad Najib
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model muruganChekgu Veevi
 
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORIKEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORInaquiah
 

Similar to Pn normah sem 6 (20)

Tingkatan satu,urutan dan pola nombor
Tingkatan satu,urutan dan pola nomborTingkatan satu,urutan dan pola nombor
Tingkatan satu,urutan dan pola nombor
 
Penyelesaian masalah dalam algebra
Penyelesaian masalah dalam algebraPenyelesaian masalah dalam algebra
Penyelesaian masalah dalam algebra
 
Kerja hana
Kerja hanaKerja hana
Kerja hana
 
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematikLima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
Lima tonggak dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
 
Rancangan pengajaran harian prasekolah minggu ke 6
Rancangan   pengajaran  harian  prasekolah  minggu ke 6Rancangan   pengajaran  harian  prasekolah  minggu ke 6
Rancangan pengajaran harian prasekolah minggu ke 6
 
Koperatif
KoperatifKoperatif
Koperatif
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
Kajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihanKajian kaedah cerakin norihan
Kajian kaedah cerakin norihan
 
1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptx
1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptx1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptx
1-Perkembangan Matematik Malaysia UPDATED.pptx
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
 
Tugasan 1 oll
Tugasan 1 ollTugasan 1 oll
Tugasan 1 oll
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
 
Matematik kspk full
Matematik kspk fullMatematik kspk full
Matematik kspk full
 
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
Matematikkspkfull 130915214336-phpapp02
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Bahan model murugan
Bahan model muruganBahan model murugan
Bahan model murugan
 
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORIKEADAH / PENDEKATAN / TEORI
KEADAH / PENDEKATAN / TEORI
 

More from arisyanurirdina

More from arisyanurirdina (12)

3.surat kp mpelaksanaansusudlmrmt2019. (1)
3.surat kp mpelaksanaansusudlmrmt2019. (1)3.surat kp mpelaksanaansusudlmrmt2019. (1)
3.surat kp mpelaksanaansusudlmrmt2019. (1)
 
Bbm powerpoint waj3073
Bbm powerpoint waj3073Bbm powerpoint waj3073
Bbm powerpoint waj3073
 
Kertas konsep 2014
Kertas konsep 2014Kertas konsep 2014
Kertas konsep 2014
 
Cover ujian pksr 2014
Cover ujian pksr 2014Cover ujian pksr 2014
Cover ujian pksr 2014
 
Borang ijazah
Borang ijazahBorang ijazah
Borang ijazah
 
Perbelanjaan kejohanan bowling mssd kluang 2016
Perbelanjaan kejohanan bowling mssd kluang 2016Perbelanjaan kejohanan bowling mssd kluang 2016
Perbelanjaan kejohanan bowling mssd kluang 2016
 
Saiz baju sukan murid 2016
Saiz baju sukan murid  2016Saiz baju sukan murid  2016
Saiz baju sukan murid 2016
 
Laporan 1 m1s
Laporan 1 m1sLaporan 1 m1s
Laporan 1 m1s
 
Kertas konsep 2014
Kertas konsep 2014Kertas konsep 2014
Kertas konsep 2014
 
Senarai anak yatim
Senarai anak yatimSenarai anak yatim
Senarai anak yatim
 
Lembaran
LembaranLembaran
Lembaran
 
Latihan matematik
Latihan matematikLatihan matematik
Latihan matematik
 

Pn normah sem 6

  • 1. Konsep Pra Nombor Dan Nombor Kemahiran pra nombor merupakan kemahiran yang paling awal yang perlu diperkenalkan kepada kanak- kanak sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak-kanak adalah penting bagi membina sikap positif terhadap Matematik. Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk membantu kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi. Kanak- kanak memerlukan banyak pengalaman “hands-on” dan “menyebut” sebelum kemahiran menulis nombor. Seawal umur 2 tahun, kanak-kanak telah mula mengajuk patah-patah kata yang didengar di sekelilingnya. Contohnya “satu”, “dua”, “tiga” dan seterusnya. Konsep pranombor dalam pendidikan prasekolah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :- i. Pengelasan ii. Perbandingan iii. Seriasi iv. Padanan satu dengan satu v. Pola vi. Keabadian Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi konkrit berdasarkan ciri-ciri yang jelas. Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan. Klasifikasi objek tersebut boleh dilakukan berdasarkan kepada :- a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk) b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz ) c) Tiga cirri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz ) d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam kumpulan tertentu )
  • 2. Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting g bagi membentuk konsep nombor. Oleh itu, prses pengelasan perlu melalui beberapa tahap iaitu :- a) Memilih dan membanding b) Mengumpul c) Memilih semula d) Mengasingkan kumpulan e) Memilih objek berdasarkan fungsi, kegunaan atau konsep Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena, 1975). Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri- ciri kuantitatif dan kualitatif dua objek. Tujuannya adalah untuk memastikan murid- murid menguasai konsep yang selalu digunakan dalam perbandingan seperti banyak, lebih kurang dan lebih tinggi. Contoh perbandingan digunakan ialah :-  Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi : Rendah , Tebal : Nipis )  Saiz ( Besar : Kecil )  Berat ( Berat : Ringan )  Bilangan ( Banyak : Sedikit ) Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang jelas. Tujuannya adalah untuk membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan objek yang lain atau antara konsep matematik yang lain. Kebolehan menyusun dan menertib adalah mengikut perkembangan konservasi dan pengelasan. Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka lalui akan lebih bermakna. Contoh seriasi yang biasa dilakukan adalah seperti berikut: i) Menyusun mengikut pola urutan Kecil Besar , Nipis Tebal , Rendah Tinggi Pendek Panjang , Sempit Luas ii) Menyusun objek mengikut cirri bentuk, saiz, warna dan sebagainya.
  • 3. Padanan satu dengan satu adalah hubungan perkaitan satu dengan satu antara objek yang sama atau berbeza. Proses memadan bermula daripada : i) konsep memadan objek dengan objek mengikut warna, saiz, bentuk, bilangan, pasangan dan sebagainya. ii) konsep objek dengan nombor. iii) konsep nombor dengan nombor. Contoh padanan satu dengan satu adalah seperti berikut: a. Memadan benda yang berpasangan yang sama (kasut) b. Memadan benda yang berpasangan tetapi tidak sama (sudu dan garpu) c. Memadan bilangan yang sama d. Memadan bilangan objek dengan simbol nombor Salah satu aspek dalam matematik adalah mengkaji pola. Contohnya, dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang dan waktu malam. Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh dikembangkan dalam diri murid;  Meniru pola,  ·Menyambung pola,  Melengkapkan pola, dan  ·Membina pola sendiri.  Keabadian Ketekalan (consistency) merupakan satu aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim, isipadu, dan keluasan. Tujuan konsep keabadian diperkenalkan adalah untuk memastikan murid-murid memahami ketekalan jisim dan isipadu walaupun diletakkan, disusun atau diatur di tempat atau keadaan yang berbeza. Nombor memainkan peranan penting dalam pembelajaran matematik. Nombor adalah sesuatu yang dikaitkan dengan kuantiti, kesedaran yang melibatkan konsep dari mudah ke kompleks. Membilang adalah satu proses yang rumit dan memerlukan ketelitian yang mana murid-murid memberikan nama bagi sesuatu nilai nombor. Terdapat empat prinsip membilang yang perlu dikuasai oleh murid sebelum mereka dapat membilang secara rasional dan bukan secara hafalan. Empat prinsip ini adalah;
  • 4.  Prinsip padanan satu dengan satu, di mana murid dapat memadankan satu objek dengan satu nama nombor,  Prinsip susunan nombor yang mengikut urutan (stable order) iaitu bermula dari 1, 2, 3,... dan seterusnya,  Prinsip Cardinal iaitu nama dan nombor yang terakhir adalah jumlah objek yang dibilang,  Order Irrelevance (ketakberkaitan) iaitu boleh memulakan pengiraan dari manamana kedudukan. Untuk menjadi pembilang yang rasional, murid harus menguasai keempat-empat prinsip tersebut. Konsep nombor disimpulkan oleh pemikiran seseorang daripada kumpulan atau kumpulan benda yang dilihat. Konsep nombor menggambarkan bilangan atau banyaknya benda bagi sesuatu kumpulan iaitu sifat kuantiti benda tersebut manakala angka adalah simbol atau tanda yang mewakili serta menggambarkan konsep nombor. Sistem nombor yang digunakan hari ini mempunyai empat ciri penting iaitu;  Nilai tempat – kedudukan digit mewakili nilai tertentu.  Asas sepuluh – bermaksud koleksi sepuluh yang mempunyai 10 digit dari sifar ke sembilan.  Penggunaan sifar – Simbol untuk sifar yang menyatakan sesuatu yang tidak wujud.  Mempunyai nilai tambah  Nombor boleh ditambah berdasarkan nilai tempat. Dalam memahami konsep nombor pula, kanak-kanak perlu menguasai kemahiran serasi dan padanan satu dengan satu secara logik. Konsep nombor melibatkan tujuh aspek pembelajaran iaitu mengetahui konsep nombor 1 hingga 5, mengetahui konsep nombor 1 hingga 10, mengetahui konsep dan nilai sifar, mengetahui konsep nombor 10 hingga 20, mengetahui konsep siri 20, 30, 40, dan 50, operasi tambah dan akhir sekali ialah operasi tolak. Contohnya, guru menjalankan aktiviti dalam mengetahui konsep dan nilai sifar, di mana guru tersebut meletakkan 5 biji limau ke dalam bakul dan menyuruh mereka mengeluarkan kesemua limau tersebut, setelah kesemua limau tersebut dikeluarkan maka guru memberikan penerangan bahawa baki yang tinggal di dalam bakul tersebut adalah sifar. Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya dengan betul. Konsep ini penting untuk
  • 5. membolehkan kanak-kanak memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang nombor keseluruhannya. Kebolehan mengelaskan objek atau benda mengikut warna , bentuk dan saiz. Kebolehan mengenal kuantiti melaluiperbandingan, banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau kurang. Pada peringkat ini, instruksi yang boleh digunakan oleh guru ialah menunjukkan mereka benda-benda maujud. Guru boleh membawa bahan seperti buah-buahan dan benda-benda yang menarik ke dalam kelas agar kanak-kanak mengenali bahan tersebut dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang, mengenali bentuk dan merasa bahan-bahan tersebut serta mengingatinya. Melalui kaedah ini para pelajar akan dapat mengetahui bahawa kuantiti objek adalah berbeza. Hal ini boleh digunakan oleh guru kerana pada tahap ini pelajar sudah boleh mengingati sesuatu dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami konsep.Mereka mula menggun akan bahasa secara sedikit demi sedikit dan berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap Matematik . Ianya juga akan dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu, khusus semasa menyelesaikan pelbagai masala. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Penyelesaian bagi beberapa masalah dalam matematik boleh ditunjukkan melalui aktiviti permainan dan simulasi, khususnya masalah yang melibatkan aplikasi kehidupan seharian. Simulasi juga sering digunakan untuk menerangkan jawapan atau penyelesaian dalam rekreasi Matematik. Flansburg (1994) telah menyatakan bahawa pembelajaran Matematik bukanlah dengan mengingat tetapi merupakan aktiviti yang kreatif seperti melukis, menulis atau bermain. Berlainan pula dengan Bruner, beliau juga tidak menafikan mungkin satu lagi jenis kecerdasan wujud iaitu kecerdasan naturalis dan menjadikan jumlah keseluruhan kecerdasan yang ada ialah lapan. Setiap murid di dalam kelas bukan hanya tertakluk kepada satu jenis kecerdasan sahaja. Seseorang itu mungkin memiliki dua atau lebih dan ini adalah tugas guru untuk mencari cara pembelajaran yang sesuai dengan seseorang pelajar itu berdasarkan jenis kecerdasan mereka. Pengetahuan Matematik tidak wujud dalam objek atau realiti luaran, tetapi ia adalah perkaitan (Kamii, 1982). Sebaliknya proses mengira sebenar hanya berlaku sekiranya kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya (Fuson, 1988). Selain itu, guru juga perlu sedar bahawa pada peringkat awal kanak-kanak di prasekolah perlu didedahkan kepada bahan-bahan pelajaran yang terdiri daripada objekobjek besar iaitu yang senang dilihat dan disentuh. Pelbagai jenis alat bantu
  • 6. mengajar diperlukan untuk mengajar kanak-kanak disebabkan perkembangan kognitifnya yang terhad. Murid-murid di peringkat ini juga masih belum bersedia menyelesaikan masalah abstrak atau dalam bentuk hipotesis. Oleh itu, banyak contoh konkrit dan analogy diperlukan untuk memudahkan pemahaman murid-murid. Guru memainkan peranan penting dalam merancang aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan bermakna bagi kanak-kanak. Aktiviti yang dirancang haruslah bervariasi kerana kanak-kanak mempunyai pelbagai jenis kecerdasan. Antara cadangan lain aktviti yang boleh dilaksanakanialah :- a) Aktiviti di dalam bilik darjah Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan semua murid dalam aktiviti yang sama. Kebiasaannya aktiviti berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh guru melalui penerangan, arahan, penceritaan, pertanyaan dan menjawab soalan di akhir sesi menunjukkan aktiviti bermain secara berkumpulan dalam bilik darjah. b) Aktiviti berkumpulan Aktiviti berkumpulan sangat penting kerana melalui aktiviti ini kanak- kanak belajar berkongsi dan menanti giliran untuk mengambil bahagian. Apabila bermain dalam aktiviti berkumpulan, guru hendaklah memastikan setiap kumpulan melibatkan jantina, agama dan bangsa yang berlainan. Kumpulan hendaklah dalam jumlah ahli yang kecil supaya setiap kanak- kanak mendapat peluang yang sama rata. Objektif sampingan adalah supaya kanak- kanak dapat bekerjasama antara satu sama lain. c) Aktiviti individu Di samping aktiviti di dalam bilik darjah dan berkumpulan, guru juga hendaklah mengadakan aktiviti perseorangan. Ada ketikanya aktiviti perseorangan sesuai kepada kanak- kanak kerana ia memberi peluang kepada kanak- kanak untuk berdikari dan membenarkan guru memberi arahan secara perseorngan kepada kanak- kanak. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan perkembangan kognitif kanak-kanak pada usia 4 hingga 6 tahun adalah amat penting kerana proses ini akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak tersebut. Ini disebabkan oleh perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak dan ianya sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang. Sekaligus melibatkan perubahan-perubahan dalam kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh pengetahuan dari
  • 7. lingkungannya. Komponen perkembangan kognitif menjadi fokus utama dalam pendidikan awal kanak-kanak kerana keupayaan kognitif mempengaruhi semua aktiviti pembelajaran. Selain itu juga, kanak-kanak dapat berfikir secara logikal matematik melalui manipulasi objek secara konkrit dan pemperkembangkan sikap ingin tahu dan suka menyiasat serta memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dalam kehidupan harian kanak- kanak tersebut. Selain itu, murid juga dapat menguasai kemahiran kognitif melalui interaksi sebenar dengan menggunakan pelbagai jenis bahan yang mudah didapati di sekeliling mereka bagi meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.
  • 8. RUJUKAN Abdul Aziz Abdul Shukor, Suppiah Nachiappan & Ramlah Jantan. (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Bakti Sdn. Bhd. Gibbs dan Castadena. (1975). Konsep Awal Matematik di Pra Sekolah. Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awalmatematik-di- prasekolah.html Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Selangor : Penerbitan Kyazano Enterprise. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. (2010). Bahagian Pembangunan Kurikulum : Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep Awal Matematik Di Prasekolah. (2010). Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada http://nzamy15.blogspot.com/2010/12/konsep-awal-matematik-diprasekolah.html Lee Shok Mee. (1997) Psikologi Pendidikan 2 : Teori Dan Aplikasi Psikologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Luthfis. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada http://luthfis.wordpress.com/2008/04/20/perkembangan-kognitif-dalampersprektif-piaget/. Nor Azira Zakaria. (2008). Teori Perkembangan Kognitif. Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada http://www.scribd.com/doc/5517475/teori-perkembangan-kognitif. Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. (2010). Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/kemahiran-asasmatematik.html Prinsip Teori Pembelajaran Kognitif. (2010). Dicapai pada 16 Mac 2014, daripada http://syufaal.blogspot.com/2010/08/prinsip-teori-pembelajaran-kognitif.html Sulaiman Ngah Razali. (1997). Pedagogi Teori dan Praktik. Selangor : Dewan Bahasa & Pustaka.