2. HASIL PEMELAJARAN
• Pelajar dapat:
> merumuskan maksud fonologi
> mengenal pasti bunyi konsonan, bunyi vokal
dan diftong
> menghuraikan bahagian fonetik
2
3. 3
TATARAN LINGUISTIK
FONOLOGI
FON ( bunyi) + LOGI ( ilmu )
Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis
dan membicarakan bunyi bahasa
FONETIK FONEMIK
4. 4
FONETIK
Mempelajari bunyi bahasa dengan tidak memperhatikan fungsi bunyi itu
sama ada pembeda makna atau tidak
Fonetik Artikulasi
Mempelajari bagaimana mekanisme artikulasi alat tutur manusia digunakan
untuk menghasilkan bunyi bahasa dan bagaimana bunyi itu diklasifikasi
Fonetik Akustik
Mempelajari bunyi bahasa sebagai peristiwa fizikal atau fenomena alam.
Bunyi itu diselidiki frekuensi getaran dan intensitinya
Fonetik Auditori
Mempelajari bagaimana mekanisme penerimaan bunyi bahasa itu oleh
telinga kita
5. 5
ALAT UJARAN
Daerah Artikulasi
boleh digerakkan
Titik Artikulasi
Tidak boleh
digerakkan
CARA BUNYI DIHASILKAN
1. Udara dari paru-paru dihembuskan keluar
2. Bahagian alat ujaran digerakkan
3. Pita suara digetarkan atau tidak
digetarkan
6. 6
BUNYI BAHASA
KONSONAN
Arus udara melalui
rongga mulut
mengalami sekatan
VOKAL
Arus udara melalui
rongga mulut tanpa
sekatan
Kawasan
artikulasi
Cara
artikulasi
Kedudukan
lidah
Bahagian lidah yang terlibat
Keadaan bibir
7. 7
KAWASAN ARTIKULASI
LABIAL ( BIBIR)
Bunyi terhasil apabila bibir digerakkan. Apabila bibir dirapatkan
terhasillah bunyi [p, b, m], iaitu bunyi bilabial (dua bibir)
Bunyi labiodental (bibir gigi) [f, v] terhasil apabila gigi atas menyentuh
bibir bawah
INTERDENTAL (GIGI)
Bunyi terhasil apabila lidah diletakkan antara dua bibir. Contohnya
bunyi , iaitu bunyi pinjaman bahasa Arabθ
8. 8
ALVEOLAR (GIGI GUSI)
Hujung lidah dinaikkan ke kawasan antara gigi dengan gusi akan
menghasilkan bunyi [t, d, n, s, z]
PALATAL (LELANGIT KERAS)
Depan lidah yang diangkat ke kawasan lelangit keras akan menghasilkan
bunyi [ž , š]. Bunyi [ž] tiada dalam BM
VELAR
Belakang lidah yang diangkat menyentuh lelangit lembut akan
menghasilkan bunyi [k, g, ŋ]
9. 9
CARA ARTIKULASI
HENTIAN DAN LETUPAN
Hentian terjadi apabila udara yang melalui rongga mulut disekat
sepenuhnya di tempat tertentu. Antara bunyi hentian ialah [p, b, t, d, k,
g, m, n, ŋ]
Sebahagian bunyi itu juga merupakan bunyi letupan kerana udara yang
disekat itu dilepaskan serta merta. Antara bunyi letupan ialah [p, b, t, d, k,
g]. Bunyi [m, n, ŋ] ialah bunyi hentian sepenuhnya
[ p, b, m ] = hentian bilabial
[ t, d, n ] = hentian alveolar
[ k, g, ŋ ] = hentian velar
[ m, n, ŋ ] = hentian sengau
10. 10
FRIKATIF / GESERAN
Udara dihalang dengan cara penyempitan rongga mulut, dan ini
menyebabkan udara itu bergeser. Contohnya [ s, z, f, v, θ, x ]
[ f, v ] = frikatif labiodental
[ s, z ] = frikatif alveolar
[ θ ] = frikatif interdental
[ s ] = frikatif palatal
[ x ] = frikatif velar
AFRIKAT / LETUSAN
Gabungan dua cara artikulasi, iaitu antara bunyi hentian dengan bunyi
frikatif
Udara disekat dalam rongga mulut dan kemudiannya dilepaskan
secara menggeserkannya. Bunyi ini juga dinamakan bunyi letusan.
Misalnya
[ č, ] = bunyi afrikat alveolar
11. 11
NASAL
Bunyi yang dikeluarkan melalui hidung kerana disekat pada titik
artikulasi seperti bilabial, alveolar dan velar. Antara bunyi nasal ialah
[ m, n, ŋ , n ]
BERSUARA / TIDAK BERSUARA
Berasaskan getaran pada pita suara. Jika pita suara bergetar, itu ialah
bunyi bersuara dan jika pita suara tidak bergetar, itu ialah bunyi tidak
bersuara
Contohnya ialah :
[ t, p, k, s, č ] = bunyi tidak bersuara
[ d, b, g, z, ] = bunyi bersuara
12. 12
VOKAL
KEDUDUKAN LIDAH
Darjah ketinggian lidah, iaitu jarak antara permukaan lidah dengan
lelangit
VOKAL SEMPIT
Lidah diangkat ke lelangit setinggi mungkin tetapi tidak menyentuhnya.
Ruang sempit yang terjadi akan mewujudkan bunyi [ i, u ]
VOKAL SEPARUH SEMPIT
Lidah diangkat 2 / 3 daripada kedudukan biasanya. Ruang yang terjadi
akan menghasilkan bunyi [ e, o ]
13. 13
VOKAL SEPARUH LUAS
Lidah diangkat 1 / 3 daripada kedudukan biasa. Ruang yang terjadi
akan menghasilkan bunyi [ ε, د ]
[ b ε k ε ŋ ]
[ د r a ŋ ]
VOKAL LUAS
Lidah berada serendah mungkin atau dalam keadaan biasa. Ruang
yang wujud akan menghasilkan bunyi [ a ]
14. 14
BAHAGIAN LIDAH
DEPAN TENGAH
BELAKAN
G
[ i ] sempit
[ e ] separuh sempit
[ ε ] separuh luas
[ a ] luas
[ ə ] [ u ] sempit
[ o ] separuh sempit
[ د ] separuh luas
[ b ] luas
KEADAAN BIBIR
HAMPAR BUNDAR NEUTRAL
16. 16
DIFTONG
Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu
bunyi yang lain. Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan
mempunyai puncak kelantangan
Contoh :
[ ai ] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi
* capai, hairan
[ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi
* kacau, kalau
[ oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi
* baloi, kaloi
[ el ] -------- age [ eldz]
[ əu ] -------- home [ həum ]
[ eə ] -------- hair [ heə ]
17. 17
TRANSKRIPSI
• Proses catatan pertuturan dalam bentuk tulisan dengan menggunakan
satu sistem tanda graf
• Penggunaan abjad fonetik yang ditetapkan oleh International Phonetics
Association ( IPA )
• Satu lambang untuk satu bunyi dan ditulis kembali serapi mungkin untuk
mewakili pertuturan sebenarnya
•Antara transkripsi termasuklah transkripsi fonetik, transkripsi fonemik
dan trankripsi ejaan
Contoh :
tulisan
Saya belajar di UPM
[ sayə bəlaja di yu pi εm ]
18. KESIMPULAN
• Fonologi ialah bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis dan
membicarakan bunyi bahasa
• Fonetik terbahagi tiga bahagian, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan
fonetik auditori
• Alat ujaran terbahagi dua, iaitu yang boleh digerak-gerakkan dan yang
tidak boleh digerak-gerakkan
• Bunyi konsonan dapat dianalisis melalui cara artikulasi dan kawasan
artikulasi
• Bunyi vokal dapat dianalisis berdasarkan kedudukan lidah, bahagian lidah
yang terlibat, dan keadaan bibir
• Transkripsi ialah pemindahan bunyi bahasa kepada tulisan
18
19. KATA BIJAK PANDAI
• UNTUK MENGGAPAI CITA-CITA, KITA BUKAN
SAHAJA MESTI BERTINDAK, TETAPI JUGA
MESTI BERMIMPI. KITA BUKAN SAHAJA PERLU
MERANCANG, TETAPI JUGA PERLU MEYAKINI
19