Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
JABATAN PERDAGANGANPOLITEKNIK KUCHING, SARAWAK
Objektif am                Mengetahui konsep asas kebakaran Memahami kegunaan alat memadam api kecil  permulaan Menggu...
Objektif khusus               Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- menerangkan bagaimana api terhasil membezakan...
PENGENALAN         KEBAKARAN              Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar  menjadi lawan merupakan kata-kata ...
      Definisi pencegahan kebakaran Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang  mesti diambil bagi mengelakkan api ke...
KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN               API                        Asas kebakaran kimia Kebakaran hanya akan terj...
Rajah 1: Segitiga api         
 Cara memadam kebakaran Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur  iaitu bahan, udara dan ...
 Melaparkan. Ini dilakukan dengan:   Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke    tempat lain.   Memindahkan bahan...
 Melemaskan. Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara  dengan cara menutup permukaan bahan api yang  terbakar su...
 Menyejukkan. Sifat air yang murah dan sejuk dapat  mempercepatkan perpindahan haba dengan  menurunkan haba dan menurun...
 Memutuskan Rantai Tindakbalas. Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan  dengan mengunakan alat pemadam api permul...
Cara api merebak              Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api  merebak iaitu dengan kaedah olakan haba,  p...
 Olakan haba. Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan,  asap dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke at...
 Pengaliran. Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun  tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang  dan suhu ...
 Bahangan. Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan  suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat.  Keadaan ...
 Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah  untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan  terbakar kerana api mudah ...
 Kelas-kelas api Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis  berdasarkan punca bahan yang menghasilkan  kebakaran. Pen...
KELAS                                       ALAT PEMADAM API                     CONTOH API                               ...

Alat pemadam api             permulaan                            pemadam api Ramai orang biasa melihat alat  permulaan,...
JARAK         MASA KESELURUHAN   JENIS         WARNA                                                 CATATAN              ...
Cara menghalakan   pancutan ke    punca api       
 PUNCA-PUNCA KEBAKARAN Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan  harta-benda yang bernilai berjuta...

PENCEGAHAN           KEBAKARAN                         Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan  langkah awal yang m...
 Pengurusan risiko kebakaran Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah  bangunan sama ada di tempat kerja atau kawa...
 Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara  berkala Mengadakan sis...
Kelengkapan amaran         kebakaran                       Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini  merupakan siste...
 Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan  cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan o...
Kelengkapan menentangkebakaran pada bangunan                        Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan  yang ...
 Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran  yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan  yang berfungsi untuk ...
 Perlindungan aktif. Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk  mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan...
 Perlindungan pasif. Tangga terlindung. Koridor terlindung Pintu rintangan api Ruang akses menentang kebakaran Lif...
 “Housekeeping”                                     Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran ...
 Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan  satu tindakan yang ...
 Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan  pemeriksaan dan ...
      tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa  bekerja. ii. alat-alat pemadam api. iii. struktur bangunan iv. tem...
   Pelan kontigensi   Melepaskan diri dari bangunan terbakar Tutup mulut dan hidung dengan kain basah Jika sesat da...
 Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding  (bahagian yang agak kuat) Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak d...
TATACARA        PENGUNSIAN         BANGUNAN             Tujuan latihan pengunsian bangunan. Dapat bertindak dengan tena...
    Arahan / Latihan. Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara  pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang ,  ...
     Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran. i.      Tindakan/isyarat amaran. Jenis yang boleh didengar atau b...
 Pengunsian bangunan. Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu  ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabk...
   Kekerapan melakukan latihan. Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada  risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, p...
SOALAN KUIZ                 1 senaraikan tiga unsur yang menyebabkan kebakaran 2. senaraikan tiga keadah untuk memadamk...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

AR101 pencegahan kebakaran

47,237 views

Published on

AR101 pencegahan kebakaran

  1. 1. JABATAN PERDAGANGANPOLITEKNIK KUCHING, SARAWAK
  2. 2. Objektif am  Mengetahui konsep asas kebakaran Memahami kegunaan alat memadam api kecil permulaan Menggunakan alat pencegahan kebakaran dalam situasi sebenar
  3. 3. Objektif khusus  Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- menerangkan bagaimana api terhasil membezakan kelas-kelas api dan alat memadam api kecil permulaan menggunakan alat memadam api kecil permulaan menerangkan dan melaksanakan tatacara pengunsian bangunan
  4. 4. PENGENALAN KEBAKARAN  Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalam kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.
  5. 5.  Definisi pencegahan kebakaran Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula daripada merebak kepada peringkat yang tidak boleh dikawal lagi.
  6. 6. KATEGORI KEBAKARAN DAN KEJADIAN API  Asas kebakaran kimia Kebakaran hanya akan terjadi sekiranya terdapat tiga unsur yang bergabung iaitu bahan untuk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak, udara untuk membekalkan oksigen dan suhu atau haba yang tinggi untuk menghasilkan api atau nyalaan.
  7. 7. Rajah 1: Segitiga api 
  8. 8.  Cara memadam kebakaran Anda telah mengetahui bahawa nyalaan terjadi dari gabungan tiga unsur iaitu bahan, udara dan suhu. Oleh sebab itu untuk memadamnya anda perlu untuk memisahkan gabungan tersebut. Contohnya sekiranya bahan seperti kayu yang boleh membantu nyalaan dijauhkan dari kawasan terbakar maka api akan terpadam kerana tiadanya bahan untuk dibakar. Anda juga boleh menghalang udara dari sampai ke tempat kebakaran dengan menutup kawasan kebakaran dengan mengunakan guni basah sekiranya nyalaan adalah kecil. Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi memadam kebakaran iaitu:
  9. 9.  Melaparkan. Ini dilakukan dengan:  Memindahkan bahan api yang belum terbakar ke tempat lain.  Memindahkan bahan api yang terbakar ke tempat lain  Memecah atau menghancurkan bahan api yang terbakar supaya mudah dipadamkan.
  10. 10.  Melemaskan. Ini dilakukan dnegan menghalang kemasukan udara dengan cara menutup permukaan bahan api yang terbakar supaya tidak dapat membantu kebakaran.
  11. 11.  Menyejukkan. Sifat air yang murah dan sejuk dapat mempercepatkan perpindahan haba dengan menurunkan haba dan menurunkan suhu kebakaran sehingga ketahap rendah. Apabila suhu menjadi rendah maka nyalaan akan terpadam.
  12. 12.  Memutuskan Rantai Tindakbalas. Memutuskan rantai kimia. Ini boleh dilakukan dengan mengunakan alat pemadam api permulaan seperti CO2 , BCF dan serbuk kering.
  13. 13. Cara api merebak  Terdapat beberapa kaedah yang membolehkan api merebak iaitu dengan kaedah olakan haba, pengaliran, bahangan dan terus menerus.
  14. 14.  Olakan haba. Apabila terjadinya kebakaran dalam sebuah bangunan, asap dan gas-gas yang panas akan mengalir naik ke atas. Asap dan gas panas ini biasanya akan terperangkap di bahagian atas bangunan ataupun rumah yang terbakar. Keadaan ini akan menyebabkan suhu di mana kawasan asap dan gas terperangkap akan meningkat dengan mendadak. Suhu yang meningkat ini akan menyebabkan bahan yang mudah terbakar akan terbakar dengan sendirinya apabila telah sampai ke suhu pembakaran.
  15. 15.  Pengaliran. Bahan-bahan seperti tembaga dan besi walaupun tidak terbakar, tetapi boleh menghasilkan bahang dan suhu yang panas. Jadi apabila sesebuah bangunan terbakar, besi dan tembaga merupakan agen pengaliran yang akan mengalirkan bahang tersebut dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun ianya tidak terbakar, tetapi suhu dan bahang yang dihasilkan akan menyebabkan bahan- bahan di sekitarnya terbakar dengan sendirinya.
  16. 16.  Bahangan. Pembakaran terbuka yang besar boleh menyebabkan suhu di sekitar kawasan terbakar turut meningkat. Keadaan ini juga boleh menyebabkan bahan-bahan bakar yang berada berhampiran dengan kawasan terbakar akan turut terbakar walaupun ianya tidak bersentuhan.
  17. 17.  Terus menerus. Ini adalah cara yang paling mudah untuk api merebak. Bahan-bahan bakar akan terbakar kerana api mudah merebak melaluinya sekiranya ia bersentuhan antara satu sama lain.
  18. 18.  Kelas-kelas api Api boleh dikelaskan kepada beberapa jenis berdasarkan punca bahan yang menghasilkan kebakaran. Pengetahuan mengenai jenis api penting kerana ia dapat menentukan jenis alat pemadam api yang hendak digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut.
  19. 19. KELAS ALAT PEMADAM API CONTOH API PERMULAAN JENIS PEPEJAL- ABC(Serbuk Kering) A  kertas, kayu habuk, Air kain Buih ABC B Buih JENIS CECAIR - minyak, gasolin, CO2 alkohol Air Semburan Halon JENIS GAS - acetylene, ABC C ammonia, Air Semburan butane Halon (BCF) JENIS LOGAM - aluminium, D kalsium, ABC
  20. 20.
  21. 21. Alat pemadam api permulaan pemadam api Ramai orang biasa melihat alat permulaan, tetapi tidak semua yang biasa melihatnya mengetahui cara ianya berfungsi. Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi atau memadam api yang besar tetapi ia adalah untuk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api permulaan mestilah ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. Jenis yang biasa dan banyak digunakan sekarang adalah dari jenis debu kering, di mana alat pemadamnya berwarna biru muda.
  22. 22. JARAK MASA KESELURUHAN JENIS WARNA CATATAN PANCUTAN PANCUTAN Tidak sesuai jenis B , AIR MERAH 4 meter 120 saat E BUIH KUNING LANGSAT  6 meter 30 - 90 saat Boleh beku. Tidak sesuai jenis E CO2 HITAM 3 meter 120 saat Tiada kesanDEBU KERING BIRU MUDA 3 – 6 meter 120 saat Kesan kotorCara untuk menggunakan kebanyakan alat pemadam api permulaan adalahberdasarkan singkatan perkataan PASSP - Pull - Tarik pin di atas alat pemadam apiA - Aim - Halakan muncung alat pemadam ke punca api (bahan)S - Squeeze - Pusing atau tekan pemegangS - Sweep - halakan pancutan ke arah punca api pada jarak 3 meter sehingga api padam.
  23. 23. Cara menghalakan pancutan ke punca api 
  24. 24.  PUNCA-PUNCA KEBAKARAN Kebakaran merupakan satu tragedi yang menyebabkan kemusnahan harta-benda yang bernilai berjuta-juta ringgit dan mungkin membabitkan kehilangan nyawa. Oleh itu adalah penting kita mengetahui apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya kebakaran. Punca-punca kebakaran yang selalunya terdapat di tempat kerja adalah seperti berikut: Pembuangan puntung rokok atau mancis api Timbunan sampah sarap,kertas atau bahan mudah terbakar. „overloading‟ kepada litar letrik plug atau soket. Bahan-bahan mudah terbakar terdedah kepada punca api. Halangan kepada sistem pengudaraan (ventilation system) untuk jentera dan peralatan letrik.
  25. 25.
  26. 26. PENCEGAHAN KEBAKARAN  Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi ( uncontrollable stage )
  27. 27.  Pengurusan risiko kebakaran Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran : Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape). Mengadakan pelan pengunsian bangunan.
  28. 28.  Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus. Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.
  29. 29. Kelengkapan amaran kebakaran  Kelengkapan amaran kebakaran pada masa kini merupakan sistem amaran kebakaran yang dipasang secara tetap dan beroperasi secara automatik dibangunan-bangunan. Walaupun begitu terdapat juga bangunan atau premis yang menggunakan sistem manual untuk memberi amaran kebakaran.
  30. 30.  Alat pecah kaca. Alat ini beroperasi secara manual iaitu dengan cara memecahkan kaca pada sistem ini apabila dikesan oleh orang ramai. Apabila kaca pada kotak ini dipecahkan, ia melengkapkan litar elektrik dan menghasilkan bunyi loceng amaran bagi menandakan ada kebakaran di zon dimana kaca tersebut dipecahkan. Alat pengesan haba. Alat ini beroperasi secara automatik. Ia akan mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan haba atau suhu tertentu diperingkat awal kebakaran Alat pengesan asap. Alat ini juga beroperasi secara automatik. Ia juga berperanan untuk mengaktifkan sistem amaran kebakaran apabila mengesan sejumlah asap yang tertentu.
  31. 31. Kelengkapan menentangkebakaran pada bangunan  Kelengkapan menentang kebakaran pada bangunan yang siap dipasang dikategorikan kepada 2 jenis; Perlindungan aktif. Sistem perlindungan kebakaran yang dipasang tetap di bangunan untuk mengawal dan memadam kebakaran secara manual atau automatik
  32. 32.  Perlindungan pasif. Sistem perlindungan kebakaran yang terdapat pada struktur sesebuah bangunan yang berfungsi untuk menyekat api dan asap dari merebak agar penghuni dapat berlindung, menggunakannya sebagai laluan keluar dan tempat yang selamat menempatkan peralatan dan anggota bomba ketika melawan kebakaran
  33. 33.  Perlindungan aktif. Sistem pemasangan sprinkler. Ianya bertujuan untuk mengawal kebakaran pada peringkat awal dengan cara semburan air yang bertekanan khusus kepada zon / kawasan yang terbabit. Sistem ini dihubungkan dengan penggera kebakaran. Ia bertindak secara automatik. Sistem pemasangan pancur ( riser). Terdapat dua jenis pancur iaitu Pancur basah dan Pancur kering Sistem pili bomba (hyderant) Sistem salur Bantu mula (hosereel) Sistem gas CO2. Sistem pemasangan tetap buih (foam)
  34. 34.  Perlindungan pasif. Tangga terlindung. Koridor terlindung Pintu rintangan api Ruang akses menentang kebakaran Lif Bomba
  35. 35.  “Housekeeping”  Housekeeping yang baik dan berkesan akan dapat mencegah kebakaran daripada berlaku. Housekeeping yang baik termasuklah unsur-unsur berikut: i. Penyusunan perkakasan dan peralatan pejabat atau rumah dengan sempurna. ii. Pembuangan sampah sarap secara tetap. iii. Pembuangan bahan-bahan mudah terbakar secara tetap. iv. Penjagaan laluan keluar dan laluan masuk agar sentiasa tidak terhalang. v. Penjagaan kebersihan keseluruhan premis. vi. Penyediaan sudut khas untuk mereka yang merokok. vii. Penyimpanan bahan mudah terbakar dengan betul. viii. Penyediaan tanda amaran bagi bahan mudah terbakar.
  36. 36.  Tubuh pasukan sukarelawan melawan kebakaran Penubuhan pasukan Bomba sukarelawan adalah merupakan satu tindakan yang amat berguna di premis-premis besar seperti kilang, bangunan tinggi, intitusi pengajian dan sebagainya. Pasukan ini hendaklah merujuk kepada jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengadakan latihan atau kursus untuk melengkapkan diri dengan kemahiran melawan kebakaran dan menyelamat mangsa-mangsa yang terperangkap dalam kebakaran. Kewujudan pasukan ini juga dapat memastikan agar tindakan awal atau serta merta boleh diambil jika berlaku kebakaran sebelum ia merebak dan tidak terkawal.
  37. 37.  Pemeriksaan dan ujian peralatan/pendawaian elektrik Seseorang yang bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan dan ujian peralatan pendawaian hendaklah di lantik agar ianya sentiasa dalam keadaan baik. Pegawai keselamatan tersebut sebaiknya adalah terdiri dari anggota pasukan bomba sukarelawan. Selain dari melakukan pemeriksaan ke atas peralatan elektrik, beliau juga hendaklah menjalankan pemeriksaan harian di tempat bekerja seperti berikut:
  38. 38.  tempat-tempat pekerja selalu merokok semasa bekerja. ii. alat-alat pemadam api. iii. struktur bangunan iv. tempat simpanan bahan mudah terbakar. v. tahap housekeeping yang sentiasa baik. vi. panel sistem kawalan kebakaran sentiasa berfungsi. vii. tempat pemunggahan atau pembuangan bahan yang tidak digunakan
  39. 39.  Pelan kontigensi Melepaskan diri dari bangunan terbakar Tutup mulut dan hidung dengan kain basah Jika sesat dalam bilik, tuju ke dinding dan jalan dalam keadaan searah hingga jumpa pintu Jika asap tebal gunakan kaedah meraba dengan tangan. Genggam tangan sedikit dan gunakan belakang tapak tangan jika ingin menyentuh sesuatu yang tidak pasti atau halangan. Merangkak jika asap tebal kerana udara bersih/sejuk berada berhampiran lantai.
  40. 40.  Gunakan bahagian tangga yang rapat dengan dinding (bahagian yang agak kuat) Rasa dengan kaki dahulu sebelum memijak dengan seluruh badan Jika ditingkat satu dan ingin terjun, bergayut dahulu sebelum terjun. Jika ditenikat dua, gunakan cadar, selimut sebagai tali Bangunan tinggi, sila pastikan tutup (bukan kunci) pintu untuk mengurangkan asap Pakaian terbakar - selimut dengan kain atau guni. Gulingkan mangsa diatas lantai. Jika diri sendiri, tutup mulut dengan tangan dan gulingkan diri di atas lantai.
  41. 41. TATACARA PENGUNSIAN BANGUNAN  Tujuan latihan pengunsian bangunan. Dapat bertindak dengan tenang dan teratur. Sesiapa yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tugas “Routine” untuk menjaga keselamatan boleh bertindak lebih serius. Jalan-jalan keluar (perlindungan pasif) digunakan mengikut pelan yang telah dirancang. Semasa berlakunya kebakaran, pergunsian bangunan akan berjalan dengan cepat dan teratur.
  42. 42.   Arahan / Latihan. Jenis/keadaan bangunan akan menentukan tatacara pengunsian bangunan. Arahan hendaklah terang , ringkas dan jelas serta mudah difahami. Latihan hendaklah kerap diadakan Tempat diubah-ubah Mengetahui jalan keluar Berhati-hati semasa latihan supaya tidak berlaku sesuatu kecemasan atau kemalangan yang tidak diingini. Masa sesuai untuk pengunsian bangunan adalah 4 minit, bagi kilang yang mempunyai kawasan luas.
  43. 43.   Butiran tugas “Routine” jika berlaku kebakaran. i. Tindakan/isyarat amaran. Jenis yang boleh didengar atau boleh dilihat. Tenaga elektrik. Hentikan sebarang proses atau mesin, pisahkan tenaga elektrik yang tidak perlu. Memanggil pihak bomba. Arahan ringkas dan tepat (alamat, jenis kejadian,bangunan/kawasan berhampiran yang diketahui umum,bilangan mangsa,nama pemanggil, no. telefon pemanggil dan no. kad pengenalan pemanggil) agar pihak bomba dapat bertindak dengan segera.
  44. 44.  Pengunsian bangunan. Semasa operasi atau latihan, pastikan semua pintu ditutup. Lantik orang yang dipertanggungjawabkan untuk mencari penghuni di tandas dan sebagainya jika disyaki masih ada yang belum keluar. Pengumpulan. Jauh dari bangunan. Penghuni telah diberitahu atau dinyatakan di papan kenyataan kaedah/laluan yang perlu dalam pengunsian bangunan. Berbaris (Roll Call) Pendaftaran senarai kakitangan dan melapor kepada Pegawai Bomba
  45. 45.   Kekerapan melakukan latihan. Kekerapan melakukan latihan bergantung kepada risiko bahaya kebakaran, kemerebakan, pembinaan serta kapasiti bangunan. Jumlah sebenar penghuni hendaklah diketahui dan sentiasa dikemaskini oleh pihak yang bertanggungjawab.
  46. 46. SOALAN KUIZ  1 senaraikan tiga unsur yang menyebabkan kebakaran 2. senaraikan tiga keadah untuk memadamkan api 3. senaraikan tiga kaedah api merebak 4. nyatakan kelas-kelas api dan berikan 2 contoh Sekiranya ada ingin memadam api yang terbakar disebabkan : - ranting-ranting kayu - tumpahan minyak tanah di kedai (nyatakan dua alat pemadam api permulaan yang sesuai digunakan) 6. senaraikan tiga jenis perlindungan pasif dan aktif yang biasanya terdapat di sebuah bangunan) 7. apakah tindakan yang perlu anda lakukan sekiranya anda berhadapan dengan situasi kebakaran dalam sebuah bangunan tempat anda belajar

×