Pengajaran mikro membantu meningkatkan kemahiran membaca dan kemahiran berfikir murid, serta memperkukuh hubungan antara guru dan murid. Murid menjadi lebih berkeyakinan dan berdikari setelah pengajaran mikro dilaksanakan.
1. Hasil perubahan selepas melaksanakan Pengajaran mikro dalam bilik darjah.
Pada 12 Mac 2013, saya mewakili kumpulan kami melaksanakan pengajaran mikro dalam
bilik
pemulihan saya. Hasil daripada pengajaran mikro itu , terdapat perubahan kepada anak murid
saya.Dari segi tahap penguasaan kemahiran membaca, mereka dapat lebih memahami
cara atau proses yang membaca sesuatu petikan dengan lebih lancar dan fasih.Mereka
boleh mencerakinkan perkataan yang terdapat di dalam petikan terlebih dahulu.Kemudian,
mereka
berusaha membaca semua suku kata dan memahami petikan. Cara dan teknik itu, dapat
membawa faedah kepada murid dengan melatih diri membuat bacaan tanpa
bimbingan guru. Tetapi murid perlu menguasai kemahiran menncerakinkan perkataan
kepada suku kata.
Murid nampaknya lebih berkeyakinan selepas penngajaran mikro dijalankan. Mereka telah
menunjukkan keyakinan diri dengan berebut-rebut mengangkat tangan ingin menjawab
soalan guru. Selain itu , terdapat juga murid yang lebih berdikari kerana boleh menyiapkan
kerja sekolah dan memahami isi kandungan pengajaran guru.
Hubungan antara guru dengan murid juga bertambah rapat. Mereka semakin berkeyakinan
kerana dapat menjawab soalan kepada guru tanpa rasa malu dan takut. Perasaan takut dengan
guru dapat dikikis melalui pengajaranmikro tersebut.
secara amnya, hasil pengajaran mikro ini membuatkan kami semakin teruja kerana murid-murid
Berjaya menguasai sesuatu tajuk yang diajar dengan mudah dan mereka berusaha cuba memahami isi
pelajaran yang diajar guru.Kemahiran berfikir mereka boleh ditingkatkan semaksimum mungkin.