SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
MANUAL RINGKAS CARA PENANAMAN DAN PENJAGAAN BUAH NAGA

Pengenalan

Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum
diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini
sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang
sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian,
penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana
buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Buah naga berasal dari
negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa
ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran
setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar
dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.




                 Pokok buah naga yang sihat dan mengeluarkan hasil.

Kebaikan Penanaman Buah Naga

   1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.

   2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.

   3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.

   4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.

   5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.

   6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).

   7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air
      besar..
Keseluruhannya, buah ini baik untuk kesihatan dan keperluan harian. Ini telah dibuktikan
melalui analisis pemakanan yang dilakukan oleh “Taiwan Food Industry Develop &
Research Authorities”.


               Food Value Per 100g Serving for RED Pitaya
               Moisture                  82.5 - 83 g
               Protein                   0.159 - 0.229 g
               Fat                       0.21 - 0.61 g
               Crude Fiber               0.7 - 0.9 g
               Carotene                  0.005 -0.012 mg
               Calcium                   6.3 - 8.8 mg
               Phosphorus                30.2 - 36.1 mg
               Iron                      0.55 - 0.65 mg
               Vitamin B1                0.28 - 0.043 mg
               Vitamin B2                0.043 - 0.045 mg
               Vitamin B3                0.297 - 0.43 mg
               Vitamin C                 8 - 9 mg
               Thiamine                  0.28 - 0.30 mg
               Riboflavin                0.043 - 0.044 mg
               Niacin                    1.297 - 1.300 mg
               Ash                       0.28 g
               Other                     0.54 - 0.68 g

(Facts Supply by Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities, report code "85-2537")

AGRONOMI TANAMAN

Varieti

Buah naga atau nama saintifiknya hylocereus undatus tergolong dalam keluarga
Cactaceae atau kaktus. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih (Hylocereus
undatus), varieti merah (Hylocereus polyrhizus), dan varieti kuning (Hylocereus
megalanthus), namun begitu hanya dua varieti yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu
varieti putih dan merah. Varieti ini mempunyai sifat tanaman yang berlainan antara satu
sama lain. Varieti putih mempunyai batang bewarna hijau putih, bahu yang tinggi dan
kasar berbanding dengan varieti merah. Tanaman buah naga termasuk dalam kumpulan
jenis kaktus yang mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran
yang baik.

Tanah
Sesuai dengan tanah berpasir dan tanah loam berpasir yang kaya dengan bahan organik,
dan tanah mestilah mempunyai saliran semulajadi yang efisien.
Sifat tanaman dan penanaman

Buah naga mempunyai sifat fisiologi ‘long day plant’. Ini bermakna tanaman ini
memerlukan tempoh cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Tumbuhan ini
hidup secara menjalar dan memerlukan sokongan untuk tumbuh. Oleh itu ia perlukan
para untuk menyokong batangnya yang lembut. Para berfungsi bagi memudahkan batang
dan dahannya memanjat dan menjalar. Jenis jarak tanaman yang akan di lakukan adalah
8’ X 10’ yang akan memuatkan 500 batang tiang pada keluasan seekar. Setiap batang
tiang konkrit akan ditanam dengan empat batang pokok buah naga ini. Ini bermakna 2000
batang pokok diperlukan pada keluasan seekar.




                               Tiang sokongan konkrit

Bahan tanaman

Pokok buah naga boleh dibiak dengan semaian biji atau keratan batang. Penanaman
melalui keratan batang lebih baik kerana bahan tanaman mudah di peroleh dan pokok
membesar dengan cepat. Keratan benih tersebut dikeringkan di tempat yang sesuai dan di
tanam ke dalam polibag. Keratan boleh juga terus ditanam di ladang sekiranya tapak dan
tiang para sudah disediakan. Pokok yang telah ditanam akan menjalar ke atas mengikut
tiang. Pokok yang telah ditanam hendaklah diikat pada tiang supaya ia tidak mudah
terkulai dan patah. Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para
sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem)
yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah.
Pembajaan

Sistem tanaman organik, ini adalah kerana pokok ini sesuai di tanam secara organik dan
juga permintaan pasaran sekarang yang tinggi terhadap tanaman organik. Baja organik
cecair boleh juga di sembur 7 hari sekali dan makin kerap apabila pokok sudah besar.
Sulur air (stem) yang keluar hendaklah dibuang supaya pokok utama dapat membesar
dengan baik. Pembajaan yang berjadual dan mengikut keperluan pokok perlu diamalkan
bagi menjamin pertumbuhan pokok dan buah yang berkualiti dan berterusan.




                                      Baja organik
Penyiraman

Pokok ini secara amnya tidaklah memerlukan air yang banyak. Ini adalah kerana pokok
ini jenis pokok kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air. Air hanya diperlukan
secukupnya pada musim panas. Paip jenis PVC akan dipasang bagi memudahkan kerja
penyiraman dilakukan pada musim panas. Secaranya amnya, pokok disiram seminggu
sekali, tetapi sekiranya berlaku hujan pada minggu tersebut, pokok tidaklah perlu disiram
pada minggu tersebut.

Pembungaan

Pokok buah naga mengeluarkan bunga selepas satu tahun penanaman. Terdapat beberapa
peringkat dalam proses pengeluaran bunga iaitu;
           1. Peringkat pembungaan
           2. Peringkat pembentukan buah
           3. Peringkat tumbesaran buah
           4. Peringkat matang
           5. Penuaian hasil.
Pokok naga akan mula berbunga selepas satu tahun ditanam dan kembang pada waktu
malam. Oleh sebab itu, pendebungaan diperlukan untuk proses pendebungaan. Terdapat
beberapa cara untuk proses pendebungaan berlaku, antaranya adalah lebah, kupu-kupu,
dan semut. Bau bunga yang harum semasa berkembang menarik perhatian serangga ini
untuk datang dan memindahkan bunga ke stigma. Cara manual juga boleh dilakukan
dengan sendiri selain dari menggunakan serangga.
Pemangkasan

Pemangkasan ialah aktiviti penjagaan yang penting. Dahan yang telah cukup panjang
dan dahan yang telah menghasilkan buah perlu dipangkas dan dahan matang yang
dipangkas boleh dijadikan keratan untuk bahan tanaman. Panjang keratan dan saiz batang
akan mempengaruhi masa pembungaan pada penanaman yang akan datang.


Pengawalan rumpai

Pokok buah naga sangat sensitif pada racun rumpai. Batangnya yang berkulit nipis
mudah melecur dan mengelupas apabila terkena racun rumpai. Oleh itu kerja pengawalan
rumpai tidak menggunakan sebarang bahan racun atau kimia. Pangkal pokok perlu
dibersihkan dengan cermat supaya batang tidak terluka. Pembersihan rumput akan
dilakukan dengan mengunakan tangan ataupun mekanikal.

Kawalan perosak

Telah menjadi lumrah alam, setiap tanaman atau tumbuhan mempunyai makhluk perosak
dan penyakitnya. Antara makhluk perosak yang biasa menyerang tanaman buah naga ini
ialah burung, tupai, tikus dan kelawar. Haiwan ini akan makan buah yang sudah masak.
Oleh itu penjagaan yang rapi akan dilakukan supaya buah yang dihasilkan tidak rosak
atau busuk dan seterusnya tidak boleh dipasarkan. Antara perosak lain yang menyerang
adalah kumbang Xylopetrus, walaupun tahap seranggannya adalah rendah ianya perlu
diawasi juga. Lalat buah juga boleh dikawal dengan menggunakan kertas atau jaring
pembungkus.




                   Bunga dan batang yang diserang perosak tanaman
Penyakit

Selain haiwan perosak, penyakit batang reput yang disebabkan oleh bakteria
Xanthomonas campestris dan penyakit antraknos turut menyerang tanaman ini. Penyakit
antraknos akan menyebabkan batang mudah reput dan memperlihatkan bandal vaskular.
Oleh itu bagi menghalang jangkitan dan penyebaran penyakit, kawasan ladang akan
sentiasa dibersihkan dan memastikan tiada sebarang kotoran atau tempat bagi makhluk
perosak untuk hidup membiak di ladang.




                                   Penyakit tanaman

Penuaian hasil

Buah yang masak akan menukar warna kulitnya daripada hijau kepada merah dan
mempunyai berat antara 200-600gm keatas dan kemungkinan boleh mencapai lebih
sekilogram sebiji. Adalah dijangkakan pada tahun kedua, purata hasil seekar per bulan
adalah 300-500 kg. Hasil akan meningkat dua kali ganda pada tahun berikutnya. Melalui
penjagaan yang betul, hasil dapat dikeluarkan pada bulan ke-7 selepas di tanam. Mutu
buah dinilai dari segi saiz dan berat buah dan juga kemanisannya. Secara amnya cara
penggreddan buah yang diguna pakai bagi industri buah naga ketika ini adalah seperti
berikut:
                               GRED                BERAT
                                AA              601 gm ke atas
                                 A            451 gm – 600 gm
                                 B            356 gm – 450 gm
                                 C            350 gm – 250 gm
                                 D            250 gm ke bawah

       Kebiasaan bagi saiz buah bagi seekar ialah:

                          SAIZ                       PERATUSAN
                       Atas 700 gm                       3%
                      500 – 700 gm                      12 %
                      300 – 500 gm                      65 %
                    Kurang dari 300 gm                  20 %
Carta peratusan di atas adalah sekadar panduan bagi pengeluaran buah naga bagi
       seekar. Berat buah ini boleh dikawal dengan menggunakan teknik pembajaan
       organik yang betul dan pemulihan tanah secara bio-kimia.

       Pada ketika ini harga di pasaran bagi buah naga isi merah adalah seperti berikut:

                             GRED                    HARGA ( SE KILOGRAM)
                              AA                           RM 12.00
                              A                             RM 8.00
                               B                            RM 6.00
                               C                            RM 4.00
                              D                             RM 3.00




Produk hiliran

Buah ini boleh diproses menjadi produk makanan seperti aiskrim, jem, jus buah, jeli
buah, pudding, pai kaktus, dan lain-lain. Oleh itu produk sampingan yang dihasilkan
adalah amat luas. Sekiranya dilihat dari skop keseluruhan, seluruh pokok ini iaitu boleh
dimakan mentah dan di proses. Stem boleh dimasak sebagai sayuran dan ulam. Kulit
buah naga ini adalah tempat paling banyak kandungan vitamin dan sesuai untuk
kosmetik. Bunga daripada pokok ini juga bolah dimasak sebagai sayuran. Oleh itu
keseluruhan pokok ini berguna dan sesuai dan selamat dimakan.
Fasa Awal Penanaman
Di Kompleks Bersepadu UPM
        (Ladang 10)




     Fasa Pertengahan
Di Kompleks Bersepadu UPM
       (Ladang 10)




    Fasa Penuaian Hasil
Di Kompleks Bersepadu UPM
       (Ladang 10)




        Buah Naga
Di Kompleks Bersepadu UPM
       (Ladang 10)



     DISEDIAKAN OLEH: MAHANI AMAT@ HALIMI

More Related Content

What's hot

Tanaman kurma Taaveekun
Tanaman kurma TaaveekunTanaman kurma Taaveekun
Tanaman kurma Taaveekun
Zaini Ithnin
 
Budidaya pisang kepok dilahan kering
Budidaya pisang kepok dilahan keringBudidaya pisang kepok dilahan kering
Budidaya pisang kepok dilahan kering
Wifqon Aidi
 
Cara menanam jeruk nipis
Cara menanam jeruk nipisCara menanam jeruk nipis
Cara menanam jeruk nipis
simon_makabe
 
TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman
TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman
TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman
Arief Firmansyah
 

What's hot (15)

Tanaman kurma Taaveekun
Tanaman kurma TaaveekunTanaman kurma Taaveekun
Tanaman kurma Taaveekun
 
Pisang
PisangPisang
Pisang
 
Budidaya pisang kepok dilahan kering
Budidaya pisang kepok dilahan keringBudidaya pisang kepok dilahan kering
Budidaya pisang kepok dilahan kering
 
Cara Budidaya jeruk nipis
Cara Budidaya jeruk nipis Cara Budidaya jeruk nipis
Cara Budidaya jeruk nipis
 
Laporan Sayuran Organik LNK49
Laporan Sayuran Organik LNK49Laporan Sayuran Organik LNK49
Laporan Sayuran Organik LNK49
 
Sorgum (sorghum bicolor L)
Sorgum (sorghum bicolor L)Sorgum (sorghum bicolor L)
Sorgum (sorghum bicolor L)
 
Cara menanam jeruk nipis
Cara menanam jeruk nipisCara menanam jeruk nipis
Cara menanam jeruk nipis
 
Budidaya kacang merah
Budidaya kacang merahBudidaya kacang merah
Budidaya kacang merah
 
Brosur Pupuk AGRODYKE Untuk Sawit
Brosur Pupuk AGRODYKE Untuk Sawit Brosur Pupuk AGRODYKE Untuk Sawit
Brosur Pupuk AGRODYKE Untuk Sawit
 
TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman
TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman
TERLARIS!!!Pupuk Agrodyke Pupuk Organik Terbaik Untuk Tanaman
 
Budidaya tanaman buah naga
Budidaya tanaman buah nagaBudidaya tanaman buah naga
Budidaya tanaman buah naga
 
Sorgum & ubi kayu sebagai 3 f
Sorgum & ubi kayu sebagai 3 fSorgum & ubi kayu sebagai 3 f
Sorgum & ubi kayu sebagai 3 f
 
Pertanian teknologi thailand
Pertanian teknologi thailandPertanian teknologi thailand
Pertanian teknologi thailand
 
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : GandumBudidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
Budidaya & Usaha Tanaman Pangan : Gandum
 
Makalah budidaya buah naga
Makalah budidaya buah nagaMakalah budidaya buah naga
Makalah budidaya buah naga
 

Similar to Buahnaga

pptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptx
pptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptxpptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptx
pptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptx
RafaSiMayorCacad
 
Mencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutMencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belut
yoga ardy permana
 

Similar to Buahnaga (20)

PENGURUSAN PENANAMAN KOBIS
PENGURUSAN PENANAMAN KOBISPENGURUSAN PENANAMAN KOBIS
PENGURUSAN PENANAMAN KOBIS
 
umbisi dan keselamatan negara
umbisi dan keselamatan negaraumbisi dan keselamatan negara
umbisi dan keselamatan negara
 
Cara budidaya tanaman kentang
Cara budidaya tanaman kentangCara budidaya tanaman kentang
Cara budidaya tanaman kentang
 
ketela pohon budi daya dan pasca panen.pptx
ketela pohon budi daya dan pasca panen.pptxketela pohon budi daya dan pasca panen.pptx
ketela pohon budi daya dan pasca panen.pptx
 
Teknik Pembenihan Ikan II
Teknik Pembenihan Ikan IITeknik Pembenihan Ikan II
Teknik Pembenihan Ikan II
 
58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai
 
58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai
 
Makalah kedelai
Makalah kedelaiMakalah kedelai
Makalah kedelai
 
58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai
 
Budidaya buah naga merah
Budidaya buah naga merahBudidaya buah naga merah
Budidaya buah naga merah
 
pptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptx
pptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptxpptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptx
pptsorghum-141016083939-conversion-gate02.pptx
 
Makalah kacang panjang
Makalah kacang panjangMakalah kacang panjang
Makalah kacang panjang
 
Bawang putih
Bawang putihBawang putih
Bawang putih
 
Legum
LegumLegum
Legum
 
Pengaruh Kompos pada Selada
Pengaruh Kompos pada SeladaPengaruh Kompos pada Selada
Pengaruh Kompos pada Selada
 
Makalah kedelai
Makalah kedelaiMakalah kedelai
Makalah kedelai
 
58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai58359680 makalah-kedelai
58359680 makalah-kedelai
 
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
Kelompok 5 mabqp2 praktikum 1_php tugas 1
 
macam cangkok.docx
macam cangkok.docxmacam cangkok.docx
macam cangkok.docx
 
Mencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutMencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belut
 

Buahnaga

  • 1. MANUAL RINGKAS CARA PENANAMAN DAN PENJAGAAN BUAH NAGA Pengenalan Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga. Pokok buah naga yang sihat dan mengeluarkan hasil. Kebaikan Penanaman Buah Naga 1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga. 2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian. 3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan. 4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah. 5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut. 6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis). 7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar..
  • 2. Keseluruhannya, buah ini baik untuk kesihatan dan keperluan harian. Ini telah dibuktikan melalui analisis pemakanan yang dilakukan oleh “Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities”. Food Value Per 100g Serving for RED Pitaya Moisture 82.5 - 83 g Protein 0.159 - 0.229 g Fat 0.21 - 0.61 g Crude Fiber 0.7 - 0.9 g Carotene 0.005 -0.012 mg Calcium 6.3 - 8.8 mg Phosphorus 30.2 - 36.1 mg Iron 0.55 - 0.65 mg Vitamin B1 0.28 - 0.043 mg Vitamin B2 0.043 - 0.045 mg Vitamin B3 0.297 - 0.43 mg Vitamin C 8 - 9 mg Thiamine 0.28 - 0.30 mg Riboflavin 0.043 - 0.044 mg Niacin 1.297 - 1.300 mg Ash 0.28 g Other 0.54 - 0.68 g (Facts Supply by Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities, report code "85-2537") AGRONOMI TANAMAN Varieti Buah naga atau nama saintifiknya hylocereus undatus tergolong dalam keluarga Cactaceae atau kaktus. Buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu varieti putih (Hylocereus undatus), varieti merah (Hylocereus polyrhizus), dan varieti kuning (Hylocereus megalanthus), namun begitu hanya dua varieti yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti putih dan merah. Varieti ini mempunyai sifat tanaman yang berlainan antara satu sama lain. Varieti putih mempunyai batang bewarna hijau putih, bahu yang tinggi dan kasar berbanding dengan varieti merah. Tanaman buah naga termasuk dalam kumpulan jenis kaktus yang mudah tumbuh di kawasan tropika yang mempunyai sistem saliran yang baik. Tanah Sesuai dengan tanah berpasir dan tanah loam berpasir yang kaya dengan bahan organik, dan tanah mestilah mempunyai saliran semulajadi yang efisien.
  • 3. Sifat tanaman dan penanaman Buah naga mempunyai sifat fisiologi ‘long day plant’. Ini bermakna tanaman ini memerlukan tempoh cahaya matahari yang panjang pada waktu siang. Tumbuhan ini hidup secara menjalar dan memerlukan sokongan untuk tumbuh. Oleh itu ia perlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut. Para berfungsi bagi memudahkan batang dan dahannya memanjat dan menjalar. Jenis jarak tanaman yang akan di lakukan adalah 8’ X 10’ yang akan memuatkan 500 batang tiang pada keluasan seekar. Setiap batang tiang konkrit akan ditanam dengan empat batang pokok buah naga ini. Ini bermakna 2000 batang pokok diperlukan pada keluasan seekar. Tiang sokongan konkrit Bahan tanaman Pokok buah naga boleh dibiak dengan semaian biji atau keratan batang. Penanaman melalui keratan batang lebih baik kerana bahan tanaman mudah di peroleh dan pokok membesar dengan cepat. Keratan benih tersebut dikeringkan di tempat yang sesuai dan di tanam ke dalam polibag. Keratan boleh juga terus ditanam di ladang sekiranya tapak dan tiang para sudah disediakan. Pokok yang telah ditanam akan menjalar ke atas mengikut tiang. Pokok yang telah ditanam hendaklah diikat pada tiang supaya ia tidak mudah terkulai dan patah. Apabila pokok buah naga sudah membesar dan memenuhi para sokongan, ia hendaklah dijarangkan supaya ia tidak bertindih-tindih. Sulur air (stem) yang memanjang hendaklah dijaga supaya tidak mudah patah.
  • 4. Pembajaan Sistem tanaman organik, ini adalah kerana pokok ini sesuai di tanam secara organik dan juga permintaan pasaran sekarang yang tinggi terhadap tanaman organik. Baja organik cecair boleh juga di sembur 7 hari sekali dan makin kerap apabila pokok sudah besar. Sulur air (stem) yang keluar hendaklah dibuang supaya pokok utama dapat membesar dengan baik. Pembajaan yang berjadual dan mengikut keperluan pokok perlu diamalkan bagi menjamin pertumbuhan pokok dan buah yang berkualiti dan berterusan. Baja organik Penyiraman Pokok ini secara amnya tidaklah memerlukan air yang banyak. Ini adalah kerana pokok ini jenis pokok kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air. Air hanya diperlukan secukupnya pada musim panas. Paip jenis PVC akan dipasang bagi memudahkan kerja penyiraman dilakukan pada musim panas. Secaranya amnya, pokok disiram seminggu sekali, tetapi sekiranya berlaku hujan pada minggu tersebut, pokok tidaklah perlu disiram pada minggu tersebut. Pembungaan Pokok buah naga mengeluarkan bunga selepas satu tahun penanaman. Terdapat beberapa peringkat dalam proses pengeluaran bunga iaitu; 1. Peringkat pembungaan 2. Peringkat pembentukan buah 3. Peringkat tumbesaran buah 4. Peringkat matang 5. Penuaian hasil. Pokok naga akan mula berbunga selepas satu tahun ditanam dan kembang pada waktu malam. Oleh sebab itu, pendebungaan diperlukan untuk proses pendebungaan. Terdapat beberapa cara untuk proses pendebungaan berlaku, antaranya adalah lebah, kupu-kupu, dan semut. Bau bunga yang harum semasa berkembang menarik perhatian serangga ini untuk datang dan memindahkan bunga ke stigma. Cara manual juga boleh dilakukan dengan sendiri selain dari menggunakan serangga.
  • 5. Pemangkasan Pemangkasan ialah aktiviti penjagaan yang penting. Dahan yang telah cukup panjang dan dahan yang telah menghasilkan buah perlu dipangkas dan dahan matang yang dipangkas boleh dijadikan keratan untuk bahan tanaman. Panjang keratan dan saiz batang akan mempengaruhi masa pembungaan pada penanaman yang akan datang. Pengawalan rumpai Pokok buah naga sangat sensitif pada racun rumpai. Batangnya yang berkulit nipis mudah melecur dan mengelupas apabila terkena racun rumpai. Oleh itu kerja pengawalan rumpai tidak menggunakan sebarang bahan racun atau kimia. Pangkal pokok perlu dibersihkan dengan cermat supaya batang tidak terluka. Pembersihan rumput akan dilakukan dengan mengunakan tangan ataupun mekanikal. Kawalan perosak Telah menjadi lumrah alam, setiap tanaman atau tumbuhan mempunyai makhluk perosak dan penyakitnya. Antara makhluk perosak yang biasa menyerang tanaman buah naga ini ialah burung, tupai, tikus dan kelawar. Haiwan ini akan makan buah yang sudah masak. Oleh itu penjagaan yang rapi akan dilakukan supaya buah yang dihasilkan tidak rosak atau busuk dan seterusnya tidak boleh dipasarkan. Antara perosak lain yang menyerang adalah kumbang Xylopetrus, walaupun tahap seranggannya adalah rendah ianya perlu diawasi juga. Lalat buah juga boleh dikawal dengan menggunakan kertas atau jaring pembungkus. Bunga dan batang yang diserang perosak tanaman
  • 6. Penyakit Selain haiwan perosak, penyakit batang reput yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas campestris dan penyakit antraknos turut menyerang tanaman ini. Penyakit antraknos akan menyebabkan batang mudah reput dan memperlihatkan bandal vaskular. Oleh itu bagi menghalang jangkitan dan penyebaran penyakit, kawasan ladang akan sentiasa dibersihkan dan memastikan tiada sebarang kotoran atau tempat bagi makhluk perosak untuk hidup membiak di ladang. Penyakit tanaman Penuaian hasil Buah yang masak akan menukar warna kulitnya daripada hijau kepada merah dan mempunyai berat antara 200-600gm keatas dan kemungkinan boleh mencapai lebih sekilogram sebiji. Adalah dijangkakan pada tahun kedua, purata hasil seekar per bulan adalah 300-500 kg. Hasil akan meningkat dua kali ganda pada tahun berikutnya. Melalui penjagaan yang betul, hasil dapat dikeluarkan pada bulan ke-7 selepas di tanam. Mutu buah dinilai dari segi saiz dan berat buah dan juga kemanisannya. Secara amnya cara penggreddan buah yang diguna pakai bagi industri buah naga ketika ini adalah seperti berikut: GRED BERAT AA 601 gm ke atas A 451 gm – 600 gm B 356 gm – 450 gm C 350 gm – 250 gm D 250 gm ke bawah Kebiasaan bagi saiz buah bagi seekar ialah: SAIZ PERATUSAN Atas 700 gm 3% 500 – 700 gm 12 % 300 – 500 gm 65 % Kurang dari 300 gm 20 %
  • 7. Carta peratusan di atas adalah sekadar panduan bagi pengeluaran buah naga bagi seekar. Berat buah ini boleh dikawal dengan menggunakan teknik pembajaan organik yang betul dan pemulihan tanah secara bio-kimia. Pada ketika ini harga di pasaran bagi buah naga isi merah adalah seperti berikut: GRED HARGA ( SE KILOGRAM) AA RM 12.00 A RM 8.00 B RM 6.00 C RM 4.00 D RM 3.00 Produk hiliran Buah ini boleh diproses menjadi produk makanan seperti aiskrim, jem, jus buah, jeli buah, pudding, pai kaktus, dan lain-lain. Oleh itu produk sampingan yang dihasilkan adalah amat luas. Sekiranya dilihat dari skop keseluruhan, seluruh pokok ini iaitu boleh dimakan mentah dan di proses. Stem boleh dimasak sebagai sayuran dan ulam. Kulit buah naga ini adalah tempat paling banyak kandungan vitamin dan sesuai untuk kosmetik. Bunga daripada pokok ini juga bolah dimasak sebagai sayuran. Oleh itu keseluruhan pokok ini berguna dan sesuai dan selamat dimakan.
  • 8. Fasa Awal Penanaman Di Kompleks Bersepadu UPM (Ladang 10) Fasa Pertengahan Di Kompleks Bersepadu UPM (Ladang 10) Fasa Penuaian Hasil Di Kompleks Bersepadu UPM (Ladang 10) Buah Naga Di Kompleks Bersepadu UPM (Ladang 10) DISEDIAKAN OLEH: MAHANI AMAT@ HALIMI