1. LMCP 1502 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN
PROJEK AKHIR : REKABENTUK BANDAR MASA DEPAN
NAMA PENSYARAH
PROF. DATO’ IR.RIZAATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
NAMAAHLI KUMPULAN
MUHAMMAD LUQMAN BIN SABRI (A165636)
MUHAMMAD ZULHUSNI BIN ABD HALIM (A163546)
MUHAMMAD SAIFULLAH BIN ABDUL RASID (A165843)
2. *Anda dikehendaki membentuk satu kumpulan yang tidak lebih dari 3
orang. Anda diminta menyediakan wawasan anda mengenai Bangi-
Kajang untuk 30 tahun akan datang. Sediakan wawasan anda lengkap
dangan gambar-gambar dalam slides atau video. Jika dalam bentuk slides,
upload laporan anda ke SlideShare.com. Jika dalam bentuk vidoe, upload
ke YouTube. berikan link laporan anda.
*Anda juga dikehendaki membentangkan laporan anda.
3. *Pekan Bangi atau lebih dikenali sebagai Bangi Lama oleh masyarakat
tempatan merupakan sebuah pekan lama yang terletak di selatan daerah Hulu
Langat, Selangor.
*Kedudukannya agak terpencil serta ketinggalan dari segi pembangunan dan
kemudahan infrastruktur berbanding Bandar Baru Bangi yang hanya terletak
6km di utaranya.
*Bandar Baru Bangi berasal daripada sebuah ladang kelapa sawit, West Country
Estate yang berkeluasan 5,118 ekar dan mula dibangunkan pada tahun 1974
setelah proses pengambilan tanah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul
Ehsan mulai tahun 1972-1978. Proses pengambilannya dilakukan secara
berperingkat-peringkat bermula dengan seksyen 1 yang melibatkan pembinaan
rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Kerja-kerja
membangunkan kawasan ini berakhir pada 2007, dengan pembinaan 11,040
unit kediaman, 308 unit kedai, 43 unit kilang dan sebuah kompleks pejabat.
4.
5. *Kajang (Jawi: كاجڠ) ialah sebuah mukim dan bandar di daerah Hulu
Langat, Selangor, Malaysia. Mukim ini berada bersebelahan dengan
mukim Semenyih, mukim Hulu Langat dan mukim Ampang. Kajang ditadbir
di bawah Majlis Perbandaran Kajang.
*Kajang terletak lebih kurang 21 km (14 batu) di sebelah tenggara Kuala
Lumpur. Dari Kuala Lumpur, Kajang dihubungkan melalui jalan raya
seperti Lebuhraya Silk dan jalan kereta api. Kajang juga dapat dihubungkan
dengan pusat pentadbiran Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Baru Bangi. Di
sebelah baratnya pula terletak Bandar Puchong, Batu 3 dan Klang.
*Jika dilihat dari sudut topografinya pula, mukim Kajang terletak di kawasan
tanah tinggi iaitu lebih kurang 76,250 sm dari paras laut. Kebanyakan
permukaan buminya adalah berbukit-bukau. Tanah datarnya terdapat di
kawasan-kawasan lembangan sungai seperti Sungai Langat, Sungai
Bangi, Sungai Semenyih dan Sungai Chua. Kawasan-kawasan inilah yang
merupakan tempat-tempat awal yang mula diterokai untuk penempatan di
mukim Kajang.
6.
7. Tiga Kompenan Penting Untuk Perubahan
Bandar Bangi-kajang 30 Tahun Akan Datang
SOSIAL
ALAM SEKITAR
EKONOMI
8. *Memperbanyakkan pembukaan kilang dan menarik lebih banyak pelaburan
dilakukan di kawasan bandar ini seterusnya dapat mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.
* Di samping itu juga, ianya dapat meningkatkan pendapatan negara secara
langsung dan tidak langsung melalui pembayaran cukai yang dikenakan.
* Cukai dikenakan dengan kadar yang rendah bagi menarik lebih ramai
pelabur.
*Selain itu, ianya juga boleh dijadikan daya tarikan atau faktor dominan yang
akan menarik minat para graduan untuk mencari kerja dalam pelbagai bidang
swasta atau kerajaan.
9.
10. * Membina Infrastuktur awam yang sistematik.
Membina kawasan jalan raya khas untuk kenderaan berat seperti bas dan lori untuk
keselamatan kenderaan kecil. Lampu dipasang di sepanjang laluan jalan raya.
* Bandar pendidikan yang menjadi tumpuan dunia.
Terbinanya pusat pendidikan pelbgai jenis bidang bermula pendidikan peringkat
rendah, peringkat menengah dan peringkat tinggi serta pendidikan vokasional dan
antarabangsa meliputi kerjasama pihak kerajaan dan pihak swasta
*Dilengkapi dengan kemudahan pengangkutan awam yang moden /
berteknologi tinggi.
Dalam aspek kemudahan pengangkutan awam, pendekatan penggunaan teknologi
hijau yang telah digunakan di kebanyakan negara maju dilihat mampu dilaksanakan
di bandar ini.
* Membina hospital yang lebih besar dan dibekalkan dengan peralatan canggih
memandangkan hospital yang sedia ada pada masa sekarang tidak mampu menampung
jumlah pesakit yang terlalu ramai.
11.
12. * Menggalakkan penggunaan kenderaan tenaga semula jadi.
* Menghapuskan penggunaan beg plastik.
* Mewujudkan pembangunan lestari.
* Mengurangkan penebangan pokok dan menggalakkan penanaman pokok.
* Kebersihan Kawasan rekreasi, pasar malam dan kawasan tumpuan ramai
terjaga.
* Membaik pulih sistem perparitan agar banjir kilat dapat dielakkan.
* Menyediakan Tapak rekreasi yang mesra alam.
13.
14. *Pembangunan di Bandar Bangi dan Kajang pada 30 tahun akan datang
perlu dikaji dan dirancang dengan teliti bermula pada hari ini.
* Dengan adanya perancangan awal ini, pembangunan di Bandar Bangi-
Kajang ini akan menghadapi proses pembangunan yang mapan dan
teratur seterusnya dapat memberikan kesan yang positif kepada
masyarakat setempat.
* Sekiranya perancangan awal ini Nampak Berjaya, ia akan dijadikan
sebagai contoh oleh kawasan lain di Malaysia uuntuk memastikan
pembangunan yang ada sentiasa berkembang mengikut peredaran masa
seterusnya dapat menjadikan Malaysia setanding dengan negara maju
pada masa hadapan.