Kajian ini mengenalpasti hubungan antara suhu bilik darjah dengan keadaan kondusif pembelajaran. Sampel suhu diambil selama seminggu menunjukkan suhu pagi lebih sesuai untuk pembelajaran berbanding tengah hari apabila suhu meningkat. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap ketidaksesuaian suhu bilik darjah bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Abstrak :
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana suhu bilik darjah mempengaruhi
keadaan kondusif pembelajaran dan pengajaran. Kajian dijalankan di dalam bilik darjah
menggunakan termometer bilik selama seminggu. Dapatan kajian mendapati pada
waktu pagi keadaan bilik darjah lebih kondusif di mana murid dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya dan lebih berminat mengikuti proses pembelajaran dan
pengajaran berbanding waktu tengah hari.
Tujuan :
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana mempengaruhi suhu
bilik darjah adalah tidak kondusif bagi proses pengajaran dan
pembelajaran.
Latar belakang :
Persekitaran pembelajaran yang kondusif membolehkan murid melibatkan
diri serta menumpukan tumpuan dalam pelajaran. Oleh itu, suhu bilik darjah
yang bersesuaian membolehkan guru dan murid lebih bermotivasi dan
pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lebih baik.
Objektif Kajian:
Objektif kajian ini ialah :
i. Mengenalpasti faktor persekitaran paling dominan yang mempengaruhi
suhu bilik darjah proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
(PdP)
Metod Kajian :
Suhu bilik darjah diambil dengan menggunakan termometer bilik. Suhu
diambil untuk sela 1 jam dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari
setiap hari selama seminggu.
Kesimpulan :
Suhu yang sesuai dapat mempengaruhi suasana bilik darjah. Suasana bilik
darjah yang kondusif membolehkan murid-murid belajar dengan lebih
selesa dan proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan
masa Suhu bilik/hari
Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
8.00-9.00 pagi 27°c 27°c 27°c 27°c 27°c
9.00-10.00 pagi 29°c 27°c 28°c 29°c 29°c
10.00-11.00 pagi 31°c 29°c 30°c 30°c 30°c
11.00-12.00 tengah hari 32°c 30°c 31°c 32°c 32°c
12.00 -1.00 petang 33°c 31°c 33°c 34°c 32°c
hujan panas
SK SUNGAI TIANG DARAT
SITI HASANAH BINTI HJ TAHIR D20112054452