SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
BUKAN MUDAH TETAPI TIDAK SUSAH
Pelajar itu amanah. Amanah merupakan antara sifat mendapat kedudukan tinggi dalam
akhlak Islam. Setiap amanah yang diberikan sambutlah dengan rasa tenggungjawab.
"Cikgu Ain ada kecemasan hari ini. Dia tidak dapat hadir mengajar,” Aina
menyuarakan keresahan usai melihat saya sampai ke ruang pejabat. Alamak, jam sudah
menunjukkan 8.20 pagi! Kelas Cikgu Ain akan bermula 10 minit lagi. Keadaan menjadi tidak
keruan. Situasi begini sering saja berlaku. Hari jumaat merupakan hari pertama dalam setiap
minggu untuk pusat tuisyen beroperasi.
Allah jentik hati saya di sini. "Jika urusan ini pun tidak mampu untuk di harungi,
mana mungkin untuk teruskan perjalanan perniagaan yang sudah pasti berliku. Ini
hanya permulaan!" tegur sang suami. Astaghfirullah! Ya, saya silap. Sudah
tugasnya begitu, kenapa perlu saya pertikaikan. Prosedur di setiap jabatan yang saya
kunjungi amatlah rumit. Tetapi saya akur, prosedur ini adalah demi menjaga
keselamatan pelajar dan perniagaan yang dilakukan. Saya menghormati. Itu adalah
tugas mereka.
Kekuatan yang saya kumpul hilang begitu sahaja. Saya lupa, setiap kebaikan yang
hendak dilakukan, pasti ada halangan di persimpangan. Akhirnya saya meneruskan
juga. Meminta dan terus merayu dengan yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah!
Akhirnya, sekeping sijil perniagaan dan hak kuasa untuk diberikan. Tiada daya bagi
kami melainkan dengan bantuan-Nya.
“Aina, tolong kosongkan jadual akak setiap jumaat dan sabtu,” pinta saya kepada
kerani. Itulah yang sering saya arahkan kepada Aina apabila bermulanya pengambilan pelajar
ke pusat tuisyen. Bukan tidak sudi untuk mengajar, mahupun ingin memberi arahan cuma.
Namun, kesilapan saya sebelum ini menjadikan saya lebih mahir mengendalikan situasi.
Kualitipengajarandanpembelajaran
Jika saya mengajar, bagaimana pula saya ingin memantau pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar? Jika saya mengajar, apakah yang terjadi jika berlakunya kecemasan di
pusat tuisyen? Jadi, saya tidak mampu untuk melakukan semua secara serentak. Apa yang saya
boleh lakukan adalah menjaga keperluan guru dan pelajar di dalam kelas sahaja.
Memang benar, menjadikan sesuatu pekerjaan itu berkualiti, harga yang perlu dibayar
untuk memperolehnya juga tinggi. Tingginya harga kesabaran, masa dan wang. Maka,
penyelesaiannya untuk menjadikan sesuatu perkhidmatan itu berkualiti adalah mengagihkan
tugasan. Meskipun setiap tugasan itu mudah, namun tidak semua mampu melaksanakannya
dengan baik.
Perjalananpertama…
“Proposal ini tak lengkap, banyak lagi perlu diperbaiki,” En. Aizi merupakan pegawai
di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) sektor pengurusan sekolah di unit pendidikan
swasta yang bertanggungjawab untuk menyantuni dan membantu pengusaha tuisyen, tadika
dan institusi pendidikan swasta, menolak kertas cadangan pertama yang dihantar. Pada
awalnya, terdetik juga kekecewaan. Bukan sejam ataupun sehari untuk menyiapkan proposal.
Malah sudah berminggu.
Selalu ada harapan untuk mereka yang berusaha. Selalu ada jalan untuk mereka yang sabar.
Sabar itu kunci kejayaan. Hilangnya sabar, maka jauhlah kejayaan.
Namun, kami akur. Bagi menjaga keselamatan pelajar, pusat tuisyen perlu didaftarkan.
Kami juga menghormati keputusan En. Aizi untuk tidak menerima kertas cadangan yang
diberikan. Beliau lebih mengetahui apa yang terbaik.
“Akak bukan tak nak daftarkan pusat tuisyen. Tetapi, prosedur susah.” Begitulah
jawapan kebanyakan pengusaha tuisyen apabila saya mempersoalkan tentang pendaftaran
pusat tuisyen. Saya buntu.
Jika ingin mengetahui sesuatu yang bukan dari bidang kita, maka bertanyalah kepada
yang pakar dalam bidang tersebut. Allah menggerakkan hati saya untuk terus ke JPN bagi
mengetahui prosedur yang perlu saya lakukan untuk memulakan perniagaan perkhidmatan
pendidikan. Oh! Rupanya bukanlah susah seperti yang dikhabarkan.
Langkah pertama adalah saya perlu mencari premis yang strategik iaitu lokasi
hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran, keselamatan, kesihatan dan lain-lain
serta tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah. Bermulalah episod
mencari premis. Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah. Dengan izin-Nya, sebuah premis yang
tidak jauh dari pusat bandar sesuai dijadikan pusat tuisyen.
Premis yang sesuai sudah ditemui, namun saya masih tidak dapat meneruskan lagi sesi
pengajaran dan pembelajaran. Langkah seterusnya adalah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) untuk tempahan nama pusat tuisyen. Bukan mudah untuk cadangan nama diluluskan
oleh pihak SSM. Ianya perlu mengikuti beberapa kriteria yang telah ditetapkan.
Seterusnya, pendaftaran pusat tuisyen di JPN diteruskan. Sekali lagi bertemu mata
bersama En.Aizi. “Bukan mudah untuk bersaing dalam industri pendidikan. Saya yakin Pusat
Tuisyen Satelit mampu bertahan lama.” Kata-kata En. Aizi menambahkan keyakinan dan
semangat untuk meneruskan perjuangan ini.
Lebihseriusdalamperniagaan
Setelah tiga kali kertas cadangan dihantar, akhirnya kelulusan diperolehi. Tiga keping
kertas yang ditunggu-tunggu berada di tangan saya; lesen perakuan pendaftaran sementara
pusat tuisyen (selama setahun), surat permohonan kelulusan ke Majlis Pembandaran, Unit
Bomba dan Unit Kesihatan dan surat permohonan untuk mendaftar di SSM.
Akhirnya sekeping sijil kelahiran pertama pusat tuisyen di perolehi. Diberi nama Pusat
Tuisyen Satelit bersesuaian dengan nama lokasi premis yang disewa.
Kenapa saya serius untuk melakukan pendaftaran? Pertama akan adanya kumpulan
sokongan dari pihak JPN, PPD dan pusat tuisyen berdaftar yang lain. Pendek kata, saya tidak
keseorangan. Malah, hal ini juga meyakinkan saya untuk berhadapan dengan pelajar kerana
setiap guru di bawah kelolaan saya mempunyai lesen permit yang sah untuk mengajar.
Misi danstrategibermula…
Kain rentang mula dipasang disetiap sudut premis. ‘Pendaftaran percuma. Kelas
matematik percuma.’ Itulah strategi pertama yang saya lakukan. Pada waktu tengahari pula,
sekolah menjadi fokus utama saya mengedarkan flyers. Benar, bukan mudah untuk dikenali.
Hasil yang dikehendaki perlu setimpal dengan usaha yang dilakukan. Untuk memudahkan
urusan pemasaran pusat tuisyen, saya bahagikan kepada tiga bahagian iaitu tempoh empat
bulan pertama, empat bulan kedua dan empat bulan terakhir.
Empat bulan pertama saya fokuskan kepada pemasangan kain rentang dan mengedar
flyers. Empat bulan seterusnya, saya fokuskan kepada branding di media sosial. Manakala,
empat bulan terakhir adalah pemasaran digital dan mengedar flyers sekali lagi. Alhamdulillah
dengan izin Allah, kini pusat tuisyen sudah dikenali di sekitar kawasan.
Bermulanya satuAmanah
“Assalamualaikum. Selamat pagi semua,” ucapan pertama saya untuk pelajar darjah 6.
Melihat wajah mereka untuk kali pertama memberi keceriaan kepada saya. Walaupun hanya
tiga orang pelajar sahaja di dalam kelas yang mampu menampung 15 orang pelajar, namun
saya tetap teruja untuk memulakan kelas. Senyuman dan semangat mereka menjai motivasi
untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Senyuman dan telatah pelajar menjadikan diri ini tenang. Ketenangan yang dirasai
umpama sedang menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan yang indah di
waktu pagi.
Didiklah mereka sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zaman kita.
Tugas seorang guru tidaklah terkenal seperti seorang doktor, yang hebat menyarung
uniform putih dengan mengenakan stetoskop di leher. Tugas cikgu tidaklah sehebat pensyarah
yang berhempas pulas mencari idea-idea untuk penyelidikan. Tugas cikgu juga tidak sama
seperti ahli perniagaan yang sentiasa sibuk menguruskan projek berjuta-juta. Malah, tugas
cikgu juga tidak tersohor seperti peguam, jurutera dan sebaginya yang dipandang tinggi oleh
masyarakat. Tambahan pula, hanya seorang guru tuisyen. Adakala tugas guru tuisyen
dipandang sepi di kalangan masyarakat.
Sebenarnya tugas cikgu paling luar biasa. Seorang insan yang sanggup
mempertaruhkan masanya untuk memberikan ilmu dan bertugas mendidik anak-anak bangsa.
Meskipun bukan guru sekolah, namun tanggungjawab dan Amanah digalas tanpa jemu.
Walaupun cikgu tidak sehebat ultraman yang mempunyai kuasa melawan raksasa,
namun cikgu mampu menjadi spongebob yang menyerap segala masalah yang mampu
mengubah pelajar mengenal huruf, nombor, membaca dan menulis.
__________________________PESANAN RASULULLAH__________________________
" Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti
pahala orang yang mengerjakannya."
___________________________Hadis riwayat Muslim___________________________
ANTARA “CHALK & TALK” DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21
“Kalau ikutkan perasaan, terasa tidak berbaloi belajar bertahun-tahun ilmu
pendidikan,” Kak Asilah mula berbicara dengan nada terkilan. Saya mendengar luahannya dan
merasakan perkara yang sama semenjak dahulu lagi. Bukan sahaja terasa tidak berbaloi, ada
kalanya terasa buang masa sahaja. Kak Asilah merupakan senior saya semasa mengajar di
sebuah kolej di selatan tanah air. Kebetulannya Kak Asilah juga merupakan junior saya semasa
menyambung pengajian di peringkat sarjana. Jadi perjalanan kami hampir sama walaupun Kak
Asilah lebih lama pengalamannya dalam bidang pendidikan.
Dalam keadaan suasana kafe kolej yang sunyi dan terdapat hanya beberapa orang
pensyarah yang sedang menikmati makan tengahari dimeja berasingan dengan kami, saya
masih tekun mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh Kak Asilah tentang industri
pendidikan masa kini. “Masa kita belajar dulu, bermacam kaedah yang dipelajari. Apabila
masuk ke sekolah, satu kaedah pun kita tidak mampu laksanakan,” Kak Asilah menyambung
perbualan sambil tanganya menyuap nasi ayam.
Benar, umum mengetahui, dalam arus kemodenan dan pembangunan teknologi,
sememangnya teknologi dan peralatan bantu mengajar juga perlu seiring dengan zaman. Begitu
juga dengan harapan kami sebagai guru, pastinya kami mahupun pelajar belajar mengikut
keperluan zaman mereka. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib yang
berbunyi “didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu
dilahirkan.”
Dengan keadaan sedemikian, pendidikan masa kini juga memerlukan perubahan.
Mendidik pelajar zaman globalisai ini memerlukan keseronokan, interaksi dua hala dan
komunikasi yang berterusan.
Kaedahpengajarantradisional
Sejak zaman berzaman lagi kaedah “Chalk & Talk” dipraktikkan di sekolah. Kaedah
ini sememangnya di akui berkesan membantu pelajar. Sudah berjuta pelajar menggunakan
kaedah ini sejak sistem pendidikan secara tidak formal diperkenalkan lagi. Walaupun hanya
menggunakan papan hitam atau putih dan sistem pembelajaran berkonsepkan guru berhubung
dan menyampaikan ilmu secara langsung tanpa alatan lain mahupun bahan mengajar lain,
namun kaedah ini diterima secara meluas dalam kalangan masyarakat.
Hal ini mengakibatkan apabila guru menggunakan alatan bantu mengajar seperti
komputer, LCD dan laman web pendidikan sebagai alatan mengajar menjadikan masyarakat
memandang sinis kerjaya guru dan mengatakan pembelajaran tidak disampaikan dengan baik.
Bahkan, ada juga segelintir guru yang masih tidak mampu menerima perubahan.
“Kak baru saja nak mengajar menggunakan kaedah cooperative learning yang kita
belajar dulu, tetapi ada cikgu yang katakana kaedah itu buang masa. Akak kecewa. Sudahnya,
akak mengajar seperti biasa,” sambung Kak Asilah lagi.
Ya, saya akui, kebanyakan sekolah dan guru masih lagi tidak bersetuju untuk menukar
iklim sekolah. Masih selesa dengan kaedah yang lama. Malah budaya baru yang diperkenalkan
dikatakan tidak memenuhi kehendak pelajar. Walaupun pembelajaran di abad ke-21, namun
kaedah tradisional masih relevan digunakan. Akan tetapi jika kaedah tradisional ini
diperbaharui dan bergandingan dengan pembelajaran moden, sistem pembelajaran akan lebih
menarik dan mampu menarik minat pelajar dan penyampaian ilmunya sampai ke dalam jiwa
mereka.
Berfikirsecara KBAT
Sejak sedekad yang lalu, kita sering mendengar perkataan pembelajaran abad ke 21 dan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini wujud dalam sistem pendidikan dan
diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk
membantu pelajar mahir dalam bidang yang diminati. Pembelajaran abad ke 21 akan
merangkumi 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan kemahiran berfikir. Kesannya,
pelajar mampu menonjolkan diri dan membantu pelajar mengembangkan lagi minat mereka.
“Kamu faham persilangan?” saya mula bertanya kepada pelajar kelas tingkatan 1
semasa kelas matematik bersama mereka. “Tak faham, cikgu,” secara serentak beberapa orang
pelajar yang berada di dalam kelas di pusat tuisyen menjawab pertanyaan saya. Minggu lepas
saya sudah mengajar topik itu, namun minggu ni saya perlu mengulanginya lagi.
“Jika seperti ini, apa yang kamu faham?” saya bertanya sambil menunjukkan kedua
belah tangan saya yang di silang seperti gaya Ultraman sedang mengeluarkan cahaya untuk
membunuh raksasa. “Ini pangkah cikgu.” Oh, rupanya mereka tidak faham tentang
persilangan, tetapi lebih memahami perkataan pangkah.
Justeru itu, jika kita sentiasa merasakan yang kita ajar adalah betul, kita silap. Jika tiada
interkasi dua hala berlaku, kesudahanya pelajar tidak memahami apa yang diajar.
Sistempendidikanyangmembebankan
“Cikgu, anak saya yang pertama dan kedua umur 5 tahun sudah lancar membaca, tetapi
yang ketiga umur sudah 6 tahun masih tidak mampu menyebut suku kata terbuka.” Itulah
keluhan yang pernah saya dengar. Buka seorang, malah sudah beberapa orang ibu yang datang
menemui saya menceritakan kekecewaan mereka. Bagi mereka, anak yang berusia 6 tahun dan
masih tidak lancar membaca merupakan anak-anak yang lemah.
Jangan dibandingkan kemampuan anak-anak. Dalam setandan pisang tidak semuanya “elok”
dan tidak semuanya “busuk”.
Saya juga tidak salahkan ibu bapa. Benar, untuk memasuki darjah 1 pun, peperiksaan
lhas dijalankan untuk menentukan kepandaian pelajar. “Anak saya dapat masuk kelas
pertama.” Saya amat memahami perasaan ibu dan ayah jika terdapat dalam kalangan kita
mengagunkan kepandaian anak mereka.
Namun, apakah solusinya? Jika sistem pendidikan Malaysia masih berdepan dengan
masalah pelajar yang gagal menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Saya pernah
juga berdepan dengan pelajar yang sudah menjangkau usia 11 tahun, namun masih tergagap-
gagap untuk membaca petikan. Jika membaca juga masih tidak lancar, sementelahan
memahami apa yang dibaca.
“Kita mahu melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kritis seterusnya kreatif.
Kita mahu mereka melakukan kesilapan dan belajar memperbetulkannya,” kata Dr Anuar iaitu
pensyarah di Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM.
Namun demikian, jika sukatan sains darjah 3 sudah perlu belajar tentang cara tumbuhan
membiak, diasak dengan jenis urat daun dan jenis akar serta perlu memahami komponen mesin.
Mengejutkan!
Selain itu, darjah 1 pula, pelajar dikehendaki mencari kesalahan ejaan dan hukum
tatabahasa sedangkan untuk membina ayat mudah pun mereka masih terkial-kial. Masih ramai
lagi yang belum menguasai membaca. Jika membaca pun mereka masih lagi lemah, namun
terpaksa memenuhi sukatan pembelajaran yang membebankan, bagaimana mereka merasa
seronok untuk ke sekolah.
Oleh sebab itu, saya tidak mengatakan dan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada
ibu bapa pelajar jika mereka mendesak anak-anak yang berusia 5 dan 6 tahun untuk mahir
membaca. Saya juga tidak menyalahkan pihak yang lain. Hal ini wujud disebabkan persaingan
yang pesat dalam sistem pendidikan.
Secara konklusinya, semua pihak memainkan peranan. Bagi saya, membantu pelajar
memahami pembelajaran tanpa mengeluh dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan
merupakan satu idea yang saya lakukan di pusat tuisyen saya. Menjadikan masalah sebagai
motivasi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan.
Terkadang masalah itu bukan bebanan, namun nikmat yang diberikan untuk orang yang
cekap mengambil peluang.
Teringat diawal penubuhan pusat tuisyen. Bagi membuat pendaftaran pusat
tuisyen, pelbagai prosedur yang melelahkan perlu dilakukan. Ah, Rumit! Terdapat
lima agensi yang perlu dikunjungi iaitu JPN; Jabatan Pendidikan Negeri, SSM;
Suruhanjaya Syarikat Malaysia, PBT; Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis
Pembendaharaan, bomba dan jabatan kesihatan untuk mendapatkan kebenaran yang
sah membuka pusat tuisyen.
"Proposal ini perlu diperbetulkan lagi," tegur En. Aizi. En Aizi merupakan pengarah
bahagian penswastaan di jabatan pendidikan negeri Kelantan. Tutur katanya yang
lembut dan bersahaja membuatkan saya senang untuk berurusan dengannya.
Walaupun sudah beberapa kali proposal saya terpaksa dibetulkan, namun saya tidak
menyerah. 'Disebabkan prosedur beginilah, masih ramai pusat tuisyen yang tidak
mendaftarkan perniagaan mereka,' ada kalanya saya mengeluh.
JPN, SSM, dan PBT merupakan tempat yang perlu saya perlu kunjungi berulang
kali. Jika diingat kembali, untuk menyiapkan proposal dan mendapatkan sekeping
sijil perniagaan juga memerlukan masa hampir sebulan. Urusan papan tanda juga
perlu diteliti dengan baik. Tidak boleh sembarangan meletakkan papan tanda. Perlu
mendaftar dengan pihak PBT. Apatah lagi hendak kekal bertahan dalam
perniagaan. Kuncinya sabar dan teruskan berusaha.
Man Jadda Wa Jadda; Siapa yang berusaha, dia akan berjaya
Alhamdulillah, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sekali sahaja kami kunjungi.
Terus ke Majlis Perbandaran Daerah Kota Bharu (MPKB). Di sini kesabaran kami
teruji sekali lagi. Saya tidak pasti berapa kali kami terpaksa berulang alik ke MPKB.
"Banyak betul prosedurnya, jom balik," saya mula memberontak. Tidak sedar
bahawa ini adalah urusan terakhir. Sudah jauh perjalanan ini, tetapi disebabkan sifat
ego, saya terus berputus asa.
"Tempat ni baru buka kan?"
Itulah pernyataan yang keluar dari sebahagian besar pelanggan yang bertandang semenjak
dua menjak ni. Penangan pemasangan papan tanda.
Sebelum ini, kami popular dah... Tapi dikalangan abang courier. Ada saja barang sampai
hampir setiap hari...Kalau bukan Teacher Aida yang beli, Cikgu Mie yang beli...
Kalau dikalangan ibubapa, yang bertandang sebelum ini datang dari pelanggan yang
menghantar anak untuk kelas membaca, hasil marketing mulut ke mulut. Hasil paparan kain
rentang atau banner.
Namun sejak papan tanda naik, memang ramai yang datang bertanya. Ramai juga yang
menganggap ianya taska... Ada potensi untuk menjayakan taska ni namun bukan sekarang...
Sebenarnya TCU ni dah lama beroperasi. Sejak Mac 2017. Memandangkan dana penubuhan
menggunakan apa saja simpanan yang ada, memang terduduk masa melihat costing
perlesenan MPKB. Belum lagi costing pemasangan papan tanda. Jadi pada awal penubuhan
banyak bergantung pada kain rentang. Namun impaknya berbeza dengan papan tanda.
Jika empunya perniagaan ada dana besar, bolehlah terus memasang papan iklan semasa mula-
mula buka. Syaratnya perlu ada nombor SSM dan untuk tadika ada nombor permit tadika.
Bermaksud perlu berdaftar dengan tiga entiti. JPN, SSM dan kemudian MPKB.
Semasa sibuk urus MPKB ni, urusan di JPN belum selesai sepenuhnya. Guru yang mengajar
perlu ada kelulusan dan permit mengajar. Guru juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan
dan perlu dicarum Kwsp dan Perkeso.

More Related Content

What's hot

Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5
Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5
Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5Nuril Ekma
 
Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016Keetha Gnanamoorthy
 
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberPengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberRicca Bong
 
Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6Alinah Tamat
 
BAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdf
BAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdfBAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdf
BAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdfAzliWahab3
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatT Karin
 
Borang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral sk
Borang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral skBorang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral sk
Borang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral skanne ani
 
Surat iringan spbt pindah
Surat iringan spbt pindahSurat iringan spbt pindah
Surat iringan spbt pindahadamsukri
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanjinnyyong
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaAkaryu
 
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Aynora Nur
 
Surat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahanSurat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahanZatil Nabilah
 
Aplikasi Kata Penegas
Aplikasi  Kata PenegasAplikasi  Kata Penegas
Aplikasi Kata Penegassalamiah74
 

What's hot (20)

Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5
Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5
Ekonomi Asas (buku aktiviti) tingkatan 4-5
 
Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016Kertas kerja program majlis graduasi 2016
Kertas kerja program majlis graduasi 2016
 
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat SumberPengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
Pengurusan PSS: Proses Teknik Bahan dan Buku Pusat Sumber
 
Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6Ucapan ketua murid jamuan thun 6
Ucapan ketua murid jamuan thun 6
 
BAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdf
BAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdfBAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdf
BAHAN TAKLIMAT KELAS SELIAAN NEGERI (KAA & SABK) TAHUN 2023.pdf
 
Pengangguran
PengangguranPengangguran
Pengangguran
 
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihatLaporan minggu kempen gaya hidup sihat
Laporan minggu kempen gaya hidup sihat
 
Borang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral sk
Borang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral skBorang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral sk
Borang penilaian sahsiah pelajar pendidikan moral sk
 
Surat iringan spbt pindah
Surat iringan spbt pindahSurat iringan spbt pindah
Surat iringan spbt pindah
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
Drama Hadiah
Drama HadiahDrama Hadiah
Drama Hadiah
 
Taklimat Pentaksiran Sekolah: PBS
Taklimat Pentaksiran Sekolah: PBSTaklimat Pentaksiran Sekolah: PBS
Taklimat Pentaksiran Sekolah: PBS
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Laporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunanLaporan sukan tahunan
Laporan sukan tahunan
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount Asas-Asas Memahami Headcount
Asas-Asas Memahami Headcount
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis Fakta
 
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
 
Surat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahanSurat pemberitahuan kelastambahan
Surat pemberitahuan kelastambahan
 
Aplikasi Kata Penegas
Aplikasi  Kata PenegasAplikasi  Kata Penegas
Aplikasi Kata Penegas
 

Similar to ANTARA CHALK & TALK DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Refleksi akhlak
Refleksi akhlakRefleksi akhlak
Refleksi akhlakwan2012
 
Keyakinan diri
Keyakinan diriKeyakinan diri
Keyakinan diriputeh968
 
Sukses berkat dunia maya oleh
Sukses berkat dunia maya olehSukses berkat dunia maya oleh
Sukses berkat dunia maya olehSuaidin -Dompu
 
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTYkesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTYdevyana73
 
Panduan Orang Tua Siswa
Panduan Orang Tua SiswaPanduan Orang Tua Siswa
Panduan Orang Tua Siswasandya nugraha
 
Kuliah bukan hanya tempat orang kaya
Kuliah bukan hanya tempat orang kayaKuliah bukan hanya tempat orang kaya
Kuliah bukan hanya tempat orang kayaarghearheza
 
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari Buhari
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesionalSella Yunik
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaAku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaRini Handayani
 
(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...
(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...
(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...Oni Zainal
 
KB 3 Memulai Wirausaha
KB 3 Memulai WirausahaKB 3 Memulai Wirausaha
KB 3 Memulai Wirausahapjj_kemenkes
 
Tugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptx
Tugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptxTugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptx
Tugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptxDonyAndriSetiawan
 

Similar to ANTARA CHALK & TALK DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (20)

Refleksi akhlak
Refleksi akhlakRefleksi akhlak
Refleksi akhlak
 
Keyakinan diri
Keyakinan diriKeyakinan diri
Keyakinan diri
 
Intern Sistematis
Intern Sistematis Intern Sistematis
Intern Sistematis
 
Sukses berkat dunia maya oleh
Sukses berkat dunia maya olehSukses berkat dunia maya oleh
Sukses berkat dunia maya oleh
 
Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.Teks persaran pengetua.
Teks persaran pengetua.
 
Ucapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasiUcapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasi
 
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTYkesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
kesan-kesan Positif selama kuliah di UTY
 
Panduan Orang Tua Siswa
Panduan Orang Tua SiswaPanduan Orang Tua Siswa
Panduan Orang Tua Siswa
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Kuliah bukan hanya tempat orang kaya
Kuliah bukan hanya tempat orang kayaKuliah bukan hanya tempat orang kaya
Kuliah bukan hanya tempat orang kaya
 
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi EfektifAisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
Aisyahbuhari-Task 3 komunikasi Efektif
 
Pernyataan profesional
Pernyataan profesionalPernyataan profesional
Pernyataan profesional
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
3
33
3
 
Tugas 1
Tugas 1Tugas 1
Tugas 1
 
Daftar isi a4
Daftar isi a4Daftar isi a4
Daftar isi a4
 
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku BisaAku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
Aku Berfikir Bisa dan Aku Bisa
 
(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...
(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...
(A143710 haironi bt zainal abidin)hhhc9301 set 40 kemahiran pengurusan maklum...
 
KB 3 Memulai Wirausaha
KB 3 Memulai WirausahaKB 3 Memulai Wirausaha
KB 3 Memulai Wirausaha
 
Tugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptx
Tugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptxTugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptx
Tugas Eksplorasi Konsep. 1.2. Trapesium Diri.pptx
 

ANTARA CHALK & TALK DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

  • 1. BUKAN MUDAH TETAPI TIDAK SUSAH Pelajar itu amanah. Amanah merupakan antara sifat mendapat kedudukan tinggi dalam akhlak Islam. Setiap amanah yang diberikan sambutlah dengan rasa tenggungjawab. "Cikgu Ain ada kecemasan hari ini. Dia tidak dapat hadir mengajar,” Aina menyuarakan keresahan usai melihat saya sampai ke ruang pejabat. Alamak, jam sudah menunjukkan 8.20 pagi! Kelas Cikgu Ain akan bermula 10 minit lagi. Keadaan menjadi tidak keruan. Situasi begini sering saja berlaku. Hari jumaat merupakan hari pertama dalam setiap minggu untuk pusat tuisyen beroperasi. Allah jentik hati saya di sini. "Jika urusan ini pun tidak mampu untuk di harungi, mana mungkin untuk teruskan perjalanan perniagaan yang sudah pasti berliku. Ini hanya permulaan!" tegur sang suami. Astaghfirullah! Ya, saya silap. Sudah tugasnya begitu, kenapa perlu saya pertikaikan. Prosedur di setiap jabatan yang saya kunjungi amatlah rumit. Tetapi saya akur, prosedur ini adalah demi menjaga keselamatan pelajar dan perniagaan yang dilakukan. Saya menghormati. Itu adalah tugas mereka. Kekuatan yang saya kumpul hilang begitu sahaja. Saya lupa, setiap kebaikan yang hendak dilakukan, pasti ada halangan di persimpangan. Akhirnya saya meneruskan juga. Meminta dan terus merayu dengan yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah! Akhirnya, sekeping sijil perniagaan dan hak kuasa untuk diberikan. Tiada daya bagi kami melainkan dengan bantuan-Nya. “Aina, tolong kosongkan jadual akak setiap jumaat dan sabtu,” pinta saya kepada kerani. Itulah yang sering saya arahkan kepada Aina apabila bermulanya pengambilan pelajar
  • 2. ke pusat tuisyen. Bukan tidak sudi untuk mengajar, mahupun ingin memberi arahan cuma. Namun, kesilapan saya sebelum ini menjadikan saya lebih mahir mengendalikan situasi. Kualitipengajarandanpembelajaran Jika saya mengajar, bagaimana pula saya ingin memantau pengajaran guru dan pembelajaran pelajar? Jika saya mengajar, apakah yang terjadi jika berlakunya kecemasan di pusat tuisyen? Jadi, saya tidak mampu untuk melakukan semua secara serentak. Apa yang saya boleh lakukan adalah menjaga keperluan guru dan pelajar di dalam kelas sahaja. Memang benar, menjadikan sesuatu pekerjaan itu berkualiti, harga yang perlu dibayar untuk memperolehnya juga tinggi. Tingginya harga kesabaran, masa dan wang. Maka, penyelesaiannya untuk menjadikan sesuatu perkhidmatan itu berkualiti adalah mengagihkan tugasan. Meskipun setiap tugasan itu mudah, namun tidak semua mampu melaksanakannya dengan baik. Perjalananpertama… “Proposal ini tak lengkap, banyak lagi perlu diperbaiki,” En. Aizi merupakan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPN) sektor pengurusan sekolah di unit pendidikan swasta yang bertanggungjawab untuk menyantuni dan membantu pengusaha tuisyen, tadika dan institusi pendidikan swasta, menolak kertas cadangan pertama yang dihantar. Pada awalnya, terdetik juga kekecewaan. Bukan sejam ataupun sehari untuk menyiapkan proposal. Malah sudah berminggu.
  • 3. Selalu ada harapan untuk mereka yang berusaha. Selalu ada jalan untuk mereka yang sabar. Sabar itu kunci kejayaan. Hilangnya sabar, maka jauhlah kejayaan. Namun, kami akur. Bagi menjaga keselamatan pelajar, pusat tuisyen perlu didaftarkan. Kami juga menghormati keputusan En. Aizi untuk tidak menerima kertas cadangan yang diberikan. Beliau lebih mengetahui apa yang terbaik. “Akak bukan tak nak daftarkan pusat tuisyen. Tetapi, prosedur susah.” Begitulah jawapan kebanyakan pengusaha tuisyen apabila saya mempersoalkan tentang pendaftaran pusat tuisyen. Saya buntu. Jika ingin mengetahui sesuatu yang bukan dari bidang kita, maka bertanyalah kepada yang pakar dalam bidang tersebut. Allah menggerakkan hati saya untuk terus ke JPN bagi mengetahui prosedur yang perlu saya lakukan untuk memulakan perniagaan perkhidmatan pendidikan. Oh! Rupanya bukanlah susah seperti yang dikhabarkan. Langkah pertama adalah saya perlu mencari premis yang strategik iaitu lokasi hendaklah sesuai dengan iklim pengajaran pembelajaran, keselamatan, kesihatan dan lain-lain serta tiada gangguan atau ancaman bahan kimia atau kotoran sampah. Bermulalah episod mencari premis. Alhamdulillah! Segala puji bagi Allah. Dengan izin-Nya, sebuah premis yang tidak jauh dari pusat bandar sesuai dijadikan pusat tuisyen. Premis yang sesuai sudah ditemui, namun saya masih tidak dapat meneruskan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran. Langkah seterusnya adalah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia
  • 4. (SSM) untuk tempahan nama pusat tuisyen. Bukan mudah untuk cadangan nama diluluskan oleh pihak SSM. Ianya perlu mengikuti beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Seterusnya, pendaftaran pusat tuisyen di JPN diteruskan. Sekali lagi bertemu mata bersama En.Aizi. “Bukan mudah untuk bersaing dalam industri pendidikan. Saya yakin Pusat Tuisyen Satelit mampu bertahan lama.” Kata-kata En. Aizi menambahkan keyakinan dan semangat untuk meneruskan perjuangan ini. Lebihseriusdalamperniagaan Setelah tiga kali kertas cadangan dihantar, akhirnya kelulusan diperolehi. Tiga keping kertas yang ditunggu-tunggu berada di tangan saya; lesen perakuan pendaftaran sementara pusat tuisyen (selama setahun), surat permohonan kelulusan ke Majlis Pembandaran, Unit Bomba dan Unit Kesihatan dan surat permohonan untuk mendaftar di SSM. Akhirnya sekeping sijil kelahiran pertama pusat tuisyen di perolehi. Diberi nama Pusat Tuisyen Satelit bersesuaian dengan nama lokasi premis yang disewa. Kenapa saya serius untuk melakukan pendaftaran? Pertama akan adanya kumpulan sokongan dari pihak JPN, PPD dan pusat tuisyen berdaftar yang lain. Pendek kata, saya tidak keseorangan. Malah, hal ini juga meyakinkan saya untuk berhadapan dengan pelajar kerana setiap guru di bawah kelolaan saya mempunyai lesen permit yang sah untuk mengajar. Misi danstrategibermula…
  • 5. Kain rentang mula dipasang disetiap sudut premis. ‘Pendaftaran percuma. Kelas matematik percuma.’ Itulah strategi pertama yang saya lakukan. Pada waktu tengahari pula, sekolah menjadi fokus utama saya mengedarkan flyers. Benar, bukan mudah untuk dikenali. Hasil yang dikehendaki perlu setimpal dengan usaha yang dilakukan. Untuk memudahkan urusan pemasaran pusat tuisyen, saya bahagikan kepada tiga bahagian iaitu tempoh empat bulan pertama, empat bulan kedua dan empat bulan terakhir. Empat bulan pertama saya fokuskan kepada pemasangan kain rentang dan mengedar flyers. Empat bulan seterusnya, saya fokuskan kepada branding di media sosial. Manakala, empat bulan terakhir adalah pemasaran digital dan mengedar flyers sekali lagi. Alhamdulillah dengan izin Allah, kini pusat tuisyen sudah dikenali di sekitar kawasan. Bermulanya satuAmanah “Assalamualaikum. Selamat pagi semua,” ucapan pertama saya untuk pelajar darjah 6. Melihat wajah mereka untuk kali pertama memberi keceriaan kepada saya. Walaupun hanya tiga orang pelajar sahaja di dalam kelas yang mampu menampung 15 orang pelajar, namun saya tetap teruja untuk memulakan kelas. Senyuman dan semangat mereka menjai motivasi untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang ini. Senyuman dan telatah pelajar menjadikan diri ini tenang. Ketenangan yang dirasai umpama sedang menghirup secawan kopi sambil menikmati pemandangan yang indah di waktu pagi. Didiklah mereka sesuai dengan zamannya, kerana mereka hidup bukan di zaman kita.
  • 6. Tugas seorang guru tidaklah terkenal seperti seorang doktor, yang hebat menyarung uniform putih dengan mengenakan stetoskop di leher. Tugas cikgu tidaklah sehebat pensyarah yang berhempas pulas mencari idea-idea untuk penyelidikan. Tugas cikgu juga tidak sama seperti ahli perniagaan yang sentiasa sibuk menguruskan projek berjuta-juta. Malah, tugas cikgu juga tidak tersohor seperti peguam, jurutera dan sebaginya yang dipandang tinggi oleh masyarakat. Tambahan pula, hanya seorang guru tuisyen. Adakala tugas guru tuisyen dipandang sepi di kalangan masyarakat. Sebenarnya tugas cikgu paling luar biasa. Seorang insan yang sanggup mempertaruhkan masanya untuk memberikan ilmu dan bertugas mendidik anak-anak bangsa. Meskipun bukan guru sekolah, namun tanggungjawab dan Amanah digalas tanpa jemu. Walaupun cikgu tidak sehebat ultraman yang mempunyai kuasa melawan raksasa, namun cikgu mampu menjadi spongebob yang menyerap segala masalah yang mampu mengubah pelajar mengenal huruf, nombor, membaca dan menulis. __________________________PESANAN RASULULLAH__________________________ " Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya." ___________________________Hadis riwayat Muslim___________________________
  • 7. ANTARA “CHALK & TALK” DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 “Kalau ikutkan perasaan, terasa tidak berbaloi belajar bertahun-tahun ilmu pendidikan,” Kak Asilah mula berbicara dengan nada terkilan. Saya mendengar luahannya dan merasakan perkara yang sama semenjak dahulu lagi. Bukan sahaja terasa tidak berbaloi, ada kalanya terasa buang masa sahaja. Kak Asilah merupakan senior saya semasa mengajar di sebuah kolej di selatan tanah air. Kebetulannya Kak Asilah juga merupakan junior saya semasa menyambung pengajian di peringkat sarjana. Jadi perjalanan kami hampir sama walaupun Kak Asilah lebih lama pengalamannya dalam bidang pendidikan.
  • 8. Dalam keadaan suasana kafe kolej yang sunyi dan terdapat hanya beberapa orang pensyarah yang sedang menikmati makan tengahari dimeja berasingan dengan kami, saya masih tekun mendengar setiap kata-kata yang diucapkan oleh Kak Asilah tentang industri pendidikan masa kini. “Masa kita belajar dulu, bermacam kaedah yang dipelajari. Apabila masuk ke sekolah, satu kaedah pun kita tidak mampu laksanakan,” Kak Asilah menyambung perbualan sambil tanganya menyuap nasi ayam. Benar, umum mengetahui, dalam arus kemodenan dan pembangunan teknologi, sememangnya teknologi dan peralatan bantu mengajar juga perlu seiring dengan zaman. Begitu juga dengan harapan kami sebagai guru, pastinya kami mahupun pelajar belajar mengikut keperluan zaman mereka. Sebagaimana yang dinukilkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib yang berbunyi “didiklah anak-anak kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan.” Dengan keadaan sedemikian, pendidikan masa kini juga memerlukan perubahan. Mendidik pelajar zaman globalisai ini memerlukan keseronokan, interaksi dua hala dan komunikasi yang berterusan. Kaedahpengajarantradisional Sejak zaman berzaman lagi kaedah “Chalk & Talk” dipraktikkan di sekolah. Kaedah ini sememangnya di akui berkesan membantu pelajar. Sudah berjuta pelajar menggunakan kaedah ini sejak sistem pendidikan secara tidak formal diperkenalkan lagi. Walaupun hanya menggunakan papan hitam atau putih dan sistem pembelajaran berkonsepkan guru berhubung
  • 9. dan menyampaikan ilmu secara langsung tanpa alatan lain mahupun bahan mengajar lain, namun kaedah ini diterima secara meluas dalam kalangan masyarakat. Hal ini mengakibatkan apabila guru menggunakan alatan bantu mengajar seperti komputer, LCD dan laman web pendidikan sebagai alatan mengajar menjadikan masyarakat memandang sinis kerjaya guru dan mengatakan pembelajaran tidak disampaikan dengan baik. Bahkan, ada juga segelintir guru yang masih tidak mampu menerima perubahan. “Kak baru saja nak mengajar menggunakan kaedah cooperative learning yang kita belajar dulu, tetapi ada cikgu yang katakana kaedah itu buang masa. Akak kecewa. Sudahnya, akak mengajar seperti biasa,” sambung Kak Asilah lagi. Ya, saya akui, kebanyakan sekolah dan guru masih lagi tidak bersetuju untuk menukar iklim sekolah. Masih selesa dengan kaedah yang lama. Malah budaya baru yang diperkenalkan dikatakan tidak memenuhi kehendak pelajar. Walaupun pembelajaran di abad ke-21, namun kaedah tradisional masih relevan digunakan. Akan tetapi jika kaedah tradisional ini diperbaharui dan bergandingan dengan pembelajaran moden, sistem pembelajaran akan lebih menarik dan mampu menarik minat pelajar dan penyampaian ilmunya sampai ke dalam jiwa mereka. Berfikirsecara KBAT Sejak sedekad yang lalu, kita sering mendengar perkataan pembelajaran abad ke 21 dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini wujud dalam sistem pendidikan dan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan untuk
  • 10. membantu pelajar mahir dalam bidang yang diminati. Pembelajaran abad ke 21 akan merangkumi 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan kemahiran berfikir. Kesannya, pelajar mampu menonjolkan diri dan membantu pelajar mengembangkan lagi minat mereka. “Kamu faham persilangan?” saya mula bertanya kepada pelajar kelas tingkatan 1 semasa kelas matematik bersama mereka. “Tak faham, cikgu,” secara serentak beberapa orang pelajar yang berada di dalam kelas di pusat tuisyen menjawab pertanyaan saya. Minggu lepas saya sudah mengajar topik itu, namun minggu ni saya perlu mengulanginya lagi. “Jika seperti ini, apa yang kamu faham?” saya bertanya sambil menunjukkan kedua belah tangan saya yang di silang seperti gaya Ultraman sedang mengeluarkan cahaya untuk membunuh raksasa. “Ini pangkah cikgu.” Oh, rupanya mereka tidak faham tentang persilangan, tetapi lebih memahami perkataan pangkah. Justeru itu, jika kita sentiasa merasakan yang kita ajar adalah betul, kita silap. Jika tiada interkasi dua hala berlaku, kesudahanya pelajar tidak memahami apa yang diajar. Sistempendidikanyangmembebankan “Cikgu, anak saya yang pertama dan kedua umur 5 tahun sudah lancar membaca, tetapi yang ketiga umur sudah 6 tahun masih tidak mampu menyebut suku kata terbuka.” Itulah keluhan yang pernah saya dengar. Buka seorang, malah sudah beberapa orang ibu yang datang menemui saya menceritakan kekecewaan mereka. Bagi mereka, anak yang berusia 6 tahun dan masih tidak lancar membaca merupakan anak-anak yang lemah.
  • 11. Jangan dibandingkan kemampuan anak-anak. Dalam setandan pisang tidak semuanya “elok” dan tidak semuanya “busuk”. Saya juga tidak salahkan ibu bapa. Benar, untuk memasuki darjah 1 pun, peperiksaan lhas dijalankan untuk menentukan kepandaian pelajar. “Anak saya dapat masuk kelas pertama.” Saya amat memahami perasaan ibu dan ayah jika terdapat dalam kalangan kita mengagunkan kepandaian anak mereka. Namun, apakah solusinya? Jika sistem pendidikan Malaysia masih berdepan dengan masalah pelajar yang gagal menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Saya pernah juga berdepan dengan pelajar yang sudah menjangkau usia 11 tahun, namun masih tergagap- gagap untuk membaca petikan. Jika membaca juga masih tidak lancar, sementelahan memahami apa yang dibaca. “Kita mahu melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran kritis seterusnya kreatif. Kita mahu mereka melakukan kesilapan dan belajar memperbetulkannya,” kata Dr Anuar iaitu pensyarah di Pusat Kajian Kesejahteraan dan Pendidikan Komuniti, Fakulti Pendidikan UKM. Namun demikian, jika sukatan sains darjah 3 sudah perlu belajar tentang cara tumbuhan membiak, diasak dengan jenis urat daun dan jenis akar serta perlu memahami komponen mesin. Mengejutkan! Selain itu, darjah 1 pula, pelajar dikehendaki mencari kesalahan ejaan dan hukum tatabahasa sedangkan untuk membina ayat mudah pun mereka masih terkial-kial. Masih ramai lagi yang belum menguasai membaca. Jika membaca pun mereka masih lagi lemah, namun
  • 12. terpaksa memenuhi sukatan pembelajaran yang membebankan, bagaimana mereka merasa seronok untuk ke sekolah. Oleh sebab itu, saya tidak mengatakan dan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada ibu bapa pelajar jika mereka mendesak anak-anak yang berusia 5 dan 6 tahun untuk mahir membaca. Saya juga tidak menyalahkan pihak yang lain. Hal ini wujud disebabkan persaingan yang pesat dalam sistem pendidikan. Secara konklusinya, semua pihak memainkan peranan. Bagi saya, membantu pelajar memahami pembelajaran tanpa mengeluh dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan merupakan satu idea yang saya lakukan di pusat tuisyen saya. Menjadikan masalah sebagai motivasi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang pendidikan. Terkadang masalah itu bukan bebanan, namun nikmat yang diberikan untuk orang yang cekap mengambil peluang. Teringat diawal penubuhan pusat tuisyen. Bagi membuat pendaftaran pusat tuisyen, pelbagai prosedur yang melelahkan perlu dilakukan. Ah, Rumit! Terdapat lima agensi yang perlu dikunjungi iaitu JPN; Jabatan Pendidikan Negeri, SSM; Suruhanjaya Syarikat Malaysia, PBT; Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Pembendaharaan, bomba dan jabatan kesihatan untuk mendapatkan kebenaran yang sah membuka pusat tuisyen. "Proposal ini perlu diperbetulkan lagi," tegur En. Aizi. En Aizi merupakan pengarah bahagian penswastaan di jabatan pendidikan negeri Kelantan. Tutur katanya yang
  • 13. lembut dan bersahaja membuatkan saya senang untuk berurusan dengannya. Walaupun sudah beberapa kali proposal saya terpaksa dibetulkan, namun saya tidak menyerah. 'Disebabkan prosedur beginilah, masih ramai pusat tuisyen yang tidak mendaftarkan perniagaan mereka,' ada kalanya saya mengeluh. JPN, SSM, dan PBT merupakan tempat yang perlu saya perlu kunjungi berulang kali. Jika diingat kembali, untuk menyiapkan proposal dan mendapatkan sekeping sijil perniagaan juga memerlukan masa hampir sebulan. Urusan papan tanda juga perlu diteliti dengan baik. Tidak boleh sembarangan meletakkan papan tanda. Perlu mendaftar dengan pihak PBT. Apatah lagi hendak kekal bertahan dalam perniagaan. Kuncinya sabar dan teruskan berusaha. Man Jadda Wa Jadda; Siapa yang berusaha, dia akan berjaya Alhamdulillah, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan sekali sahaja kami kunjungi. Terus ke Majlis Perbandaran Daerah Kota Bharu (MPKB). Di sini kesabaran kami teruji sekali lagi. Saya tidak pasti berapa kali kami terpaksa berulang alik ke MPKB. "Banyak betul prosedurnya, jom balik," saya mula memberontak. Tidak sedar bahawa ini adalah urusan terakhir. Sudah jauh perjalanan ini, tetapi disebabkan sifat ego, saya terus berputus asa.
  • 14. "Tempat ni baru buka kan?" Itulah pernyataan yang keluar dari sebahagian besar pelanggan yang bertandang semenjak dua menjak ni. Penangan pemasangan papan tanda. Sebelum ini, kami popular dah... Tapi dikalangan abang courier. Ada saja barang sampai hampir setiap hari...Kalau bukan Teacher Aida yang beli, Cikgu Mie yang beli... Kalau dikalangan ibubapa, yang bertandang sebelum ini datang dari pelanggan yang menghantar anak untuk kelas membaca, hasil marketing mulut ke mulut. Hasil paparan kain rentang atau banner. Namun sejak papan tanda naik, memang ramai yang datang bertanya. Ramai juga yang menganggap ianya taska... Ada potensi untuk menjayakan taska ni namun bukan sekarang... Sebenarnya TCU ni dah lama beroperasi. Sejak Mac 2017. Memandangkan dana penubuhan menggunakan apa saja simpanan yang ada, memang terduduk masa melihat costing perlesenan MPKB. Belum lagi costing pemasangan papan tanda. Jadi pada awal penubuhan banyak bergantung pada kain rentang. Namun impaknya berbeza dengan papan tanda.
  • 15. Jika empunya perniagaan ada dana besar, bolehlah terus memasang papan iklan semasa mula- mula buka. Syaratnya perlu ada nombor SSM dan untuk tadika ada nombor permit tadika. Bermaksud perlu berdaftar dengan tiga entiti. JPN, SSM dan kemudian MPKB. Semasa sibuk urus MPKB ni, urusan di JPN belum selesai sepenuhnya. Guru yang mengajar perlu ada kelulusan dan permit mengajar. Guru juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan perlu dicarum Kwsp dan Perkeso.