1. PENDAHULUAN
Berdasarkan teks sulalatus salatin, terdapat perubahan mobiliti sosial
yang dihadapi oleh watak-watak di dalam teks tersebut. Antara mobilti
social yang terdapat di dalam teks ini ialah menaik, menurun dan
mendatar.
2. Isi pertama
Mobiliti sosial menurun yang terdapat dalam teks sulalatus salatin ialah
Demang Lebar Daun memberi laluan kepada Seri Teribuana untuk
menjadi raja di dua kerajaan itu, sebagai penghormatan bahawa Seri
Teribuana berketurunan Nabi Adam, Iskandar Zulkarnain dan raja
kerajaan besar dari Benua Keling iaitu anak raja Suran. Hal ini
disebabkan berlaku penurunan status sosial ke atas kedua-dua
pemimpin utama ini setelah kerajaan diserahkan kepada Seri Teri Buana
atas rasa hormat, ketokohannya dan perasaan belas kasihan.
Contohnya, mobiliti sosial ini berlaku keatas Demang Lebar Daun
kerana pada ketika itu, kerjaaan Palembang belum mempunyai seorang
raja. Tegasnya, penurunan status sosial berlaku apabila Demang Lebar
Daun memberi laluan kepada Seri Teribuana menjadi raja.
3. Isi kedua
Seterunya, mobiliti sosial menurun yang terdapat dalam teks sulalatus
salatin ialah Tun Kudu mengalami penurunan status daripada bertaraf
permaisuri Sultan Muzaffar Shah menjadi isteri pembesar Melaka. Hal
ini disebabkan, berlaku konflik antara pembesar utama Melaka.
Contohnya, Tun Kudu asalnya merupakan anak bendahara Seri Wak
Raja yang diceraikan oleh Sultan Muzaffar bagi menyelesaikan konflik
Antara Tun Perak dan Seri Nara Diraja. Jelaslah, Tun Kudu mengalami
mobiliti sosial apabila diceraikan oleh Sultan Muzaffar demi
menyelesaikan konflik Antara pembesar.