2. 2
SENARAI SEMAK
Sebelum kita mula projek akhir, mari kita semak kemahiran kita:
Saya boleh menulis algoritma dalam bentuk carta
alir.
Saya boleh menerangkan struktur kawalan pilihan
bersarang dengan memberikan contoh
penggunaannya.
Saya boleh menulis algoritma dalam bentuk
pseudokod.
Saya boleh menerangkan struktur kawalan ulangan
dengan memberikan contoh penggunaannya.
Saya boleh mengesan dan membaiki ralat dalam
algoritma.
Saya faham dan tahu pelbagai jenis pemboleh ubah.
Saya boleh menulis atur cara menggunakan Scratch.
Saya faham dan tahu cara menggunakan operator
Matematik, hubungan dan logik.
Saya boleh menulis atur cara menggunakan Python.
Saya faham dan tahu cara menggunakan fungsi
input dan output.
Saya boleh menerangkan struktur kawalan jujukan
dengan memberikan contoh penggunaannya.
Saya boleh mengesan dan membaiki atur cara.
Saya boleh menerangkan struktur kawalan pilihan
dengan memberikan contoh penggunaannya.
3. 3
PROJ EK
Projek anda:
Hasilkan satu atur cara yang membolehkan pengguna memilih unit metrik yang diingini. Unit metric
tersebut ialah:
1. Kilogram kepada pound (berat)
2. Suhu Celsius kepada Farenheit
3. Sentimeter kepada Inci (ukuran)
Selepas pengguna memilih unit metrik yang diingini, pengguna akan memasukkan nilai yang ingin
ditukar dan atur cara anda akan memaparkan unit metric yang baharu.
Pengguna boleh memilih untuk menamatkan program atau memilih menukar unit metrik yang lain.
5. 5
PROJ EK
Kriteria atur cara:
• Anda boleh menggunakan bahasa atur cara yang diingini (Scratch atau Python 3.5)
• Atur cara perlulah berfungsi dan efisien.
• Atur cara menunjukkan teknik dan kemahiran pengaturcaraan berikut:
Input pengguna
Output
Ulangan – Interation (while, for, atau gabungan kedua-dua)
Pemboleh ubah dengan pelbagai jenis data
Pilihan
7. 7
PROJ EK
Kriteria atur cara:
• Anda boleh menggunakan bahasa atur cara yang diingini (Scratch, Python 3.5 ke atas,
atau PHP)
• Atur cara perlulah berfungsi dan efisien.
• Atur cara menunjukkan teknik dan kemahiran pengaturcaraan berikut:
Input pengguna
Output
Ulangan – Interation (while, for, atau gabungan kedua-dua)
Pemboleh ubah dengan pelbagai jenis data
Pilihan
9. 9
PROJ EK
Senarai semak guru (digunakan untuk menilai projek murid):
Murid merancang langkah projek. (rujuk Lampiran 3)
Murid menghantar pseudokod yang berfungsi.
Murid menghantar carta alir yang berfungsi.
Atur cara murid berfungsi dan efisien. (tiada ralat)
Atur cara murid menunjukkan teknik dan kemahiran pengaturcaraan berikut:
o Input pengguna
o Output
o Ulangan – Interation (while, for, atau gabungan kedua-dua)
o Pemboleh ubah dengan pelbagai jenis data
o Pilihan
Murid menghantar data pengujian atur cara.
Setiap ahli kumpulan menunjukkan kerja sama dan melaksanakan tugas dengan baik.
10. 10
PROJ EK
Refleksi untuk projek yang dibentangkan:
• Projek yang manakah yang berjaya menarik perhatian anda? Jelaskan projek
tersebut dan mengapa projek itu amat menarik.
Refleksi untuk projek anda:
• Namakan 3 perkara yang anda bangga tentang projek anda. Jelaskan sebabnya.
• Jelaskan sekurang-kurang 3 penambah baikkan yang anda ingin lakukan untuk
projek anda.
Editor's Notes
Murid menyemak kemahiran penyelesaian masalah masing-masing menggunakan senarai semak yang dilampirkan dalam Lampiran 1. (Guru juga boleh memaparkan slaid no. 1)
Guru memastikan murid mempunyai semua kemahiran dalam senarai semak sebelum membenarkan murid memulakan projek akhir masing-masing.
Murid diperkenalkan projek (Lampiran 2).
Murid ditunjukkan contoh output supaya memahami kehendak projek
Guru menerangkan kriteria atur cara projek
Murid merancang langkah perlaksanaan projek menggunakan jadual dalam Lampiran 3.
Pemikiran Komputasional:
Peniskalaan – Murid membuat peniskalaan terhadap tugas yang perlu di lakukan dan merancang langkahnya untuk menyelesaikan projek. Murid juga mencatatkan perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa perlaksanaan projek.
Leraian – Murid merancang langkah-langkah projek mengikut garis masa.
Algoritma – Murid menulis pseudokod dan melukis carta alir untuk atur cara masing-masing.
Penilaian – Murid merancang sampel data yang hendak digunakan bagi menguji atur cara yang dihasilkan.
Murid membangunkan atur cara masing-masing mengikut kriteria yang telah diberikan.
Guru imbas kembali kriteria atur cara untuk memastikan murid menghasilkan atur cara yang berfungsi dan efisien.
Murid membentangkan projek masing-masing. (Guru juga boleh menganjurkan pameran projek)
Guru boleh menilai projek murid menggunakan senarai semak ini. (Lampiran 4)
Murid mengisikan refleksi dalam Lampiran 5.
Murid secara sukarelawan kongsikan refleksi projek masing-masing. (jumlah murid berkongsi mengikut kesesuaian masa)
Murid merumuskan pembelajaran projek masing-masing dengan kongsikan 3 perkara yang dipelajari semasa perlaksanaan projek.