SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
SULIT                                              1                             21/1




                    JABATAN PELAJARAN SELANGOR
        PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH



PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK (2)
PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010
SEJARAH
Kertas I
Ogos
I ¼ jam                                                  Satu jam lima belas minit




      JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1.   Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan.

2.   Jawab semua soalan.

3.   Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan.

4.   Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap jawapan.

5.   Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
     Kemudian hitamkan jawapan yang baru.




Kertas soalan ini mengandungi 25 halaman bercetak


21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                   [Lihat halaman sebelah
                                                                                   SULIT
SULIT                                              2                                    21/1


1   Rajah berikut menunjukkan kaedah pengkajian sejarah.

                                                        Lisan
        Kaedah
        Pengkajian                                     bertulis
        Sejarah

                                                          X



      Apakah X?
    A Saintifik
    B Tafsiran
    C Arkeologi
    D Rekonstruksi

2   Senarai berikut merujuk kepada petempatan masyarakat Zaman Prasejarah di Malaysia.

                                   Gua Harimau, Perak
                                   Changkat Menteri, Perak
                                   Sungai Tembeling, Pahang

    Apakah kegiatan masyarakat di petempatan tersebut?
    A Meneroka hutan
    B Mencipta alatan besi
    C Membuat tembikar
    D Mengukir barangan perak

3   Jadual berikut merujuk kepada gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Funan.

                                   Pemerintah                   Gelaran
                                 Raja Kaundinya            Kurung Bnam

    Mengapakah beliau menggunakan gelaran tersebut?
    A Tanda kesucian
    B Lambang warisan
    C Asas kepercayaan
    D Simbol kekuasaan


21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                          [Lihat halaman sebelah
                                                                                          SULIT
SULIT                                              3                                  21/1


4   Dialog di bawah mungkin berlaku semasa Parameswara memerintah Melaka.

         Pembesar         : Tuanku, demi menjamin perdagangan di Melaka,
                            keselamatan perairan negeri perlu dijaga.

         Parameswara :       Baiklah, kita tugaskan Orang Laut untuk menjalankan
                             tugas tersebut.

    Mengapakah Orang Laut dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut?
    A Memiliki semangat taat setia
    B Mempunyai peralatan moden
    C Menunjukkan kepimpinan cemerlang
    D Mendapat sokongan rakyat tempatan



5   Pernyataan berikut menggambarkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad ke-15.

           “ Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekeliannya
           datang ke Melaka; terlalu ramai bandarMelaka pada zaman itu ”

                                                       Sumber: Sejarah Melayu

    Apakah faktor yang membawa kepada keadaan tersebut ?
    A Kepelbagaian budaya
    B Kedudukan strategik
    C Kemajuan persuratan
    D Kekayaan hasil bumi



6   Pernyataan berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Melaka pada kurun ke-16.

               Pedagang asing mulai meninggalkan pelabuhan Melaka dan
               berdagang ke pelabuhan Acheh, Patani, Bantam dan Brunei.

    Mengapakah berlaku keadaan sedemikian?
    A Cukai tinggi
    B Kemudahan kurang
    C Berlaku perebutan takhta
    D Ancaman lanun berleluasa



21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                        [Lihat halaman sebelah
                                                                                        SULIT
SULIT                                              4                              21/1


7   Peta berikut menunjukkan antara wilayah yang menerima Islam daripada kerajaan Melaka
    pada kurun ke-15.




                                                              Selatan Filipina



                                               Kalimantan




                                 Pulau Jawa




    Bagaimanakah cara kerajaan Melaka menyebarkan Islam ke wilayah tersebut?
    A Penaklukan
    B Perkahwinan
    C Pendakwahan
    D Perdagangan



8   Jadual berikut menunjukkan tindakan Sultan Melaka terhadap Portugis.

          Tahun                             Peristiwa
        1510            Sultan Mahmud Shah menolak tuntutan pembebasan
                        tawanan oleh Alfonso de Albuquerque

    Apakah kesan peristiwa tersebut kepada Melaka?
    A Perjanjian damai dimeterai
    B Kehilangan kedaulatan negeri
    C Pemansuhan bayaran ganti rugi
    D Kemerosotan bidang persuratan




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                    [Lihat halaman sebelah
                                                                                    SULIT
SULIT                                              5                                 21/1


9   Garis masa berikut merujuk kepada peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.


      24 Ogos 1511               Portugis berjaya menakluki Melaka

      10 Ogos 1511               Portugis berjaya mengalahkan angkatan Melaka

      25 Julai 1511              Portugis menguasai jambatan Sungai Melaka

    Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?
    A Bersatu membina negara
    B Berani dalam membuat tindakan
    C Bertolak ansur terhadap pendatang
    D Berbangga dengan warisan budaya



10 Peta berikut menunjukkan tempat-tempat yang pernah dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Johor.


                                         Kota Tinggi
                                               Batu Sawar
                                Makam Tauhid

                                                       Pancur




    Mengapakah pusat pentadbiran tersebut berubah-ubah?
    A Memajukan perdagangan
    B Menerima ancaman musuh
    C Memperkemas pentadbiran
    D Membangunkan kawasan pedalaman




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                       [Lihat halaman sebelah
                                                                                       SULIT
SULIT                                              6                              21/1


11 Pada tahun 1901 Long Muhammad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad 1.
   Bagaimanakah baginda mengekalkan kedaulatan negeri Kelantan ?

    A Membina kubu pertahanan
    B Memantapkan sistem pentadbiran
    C Menjalin hubungan dengan Siam
    D Mendapatkan bantuan dari Terengganu




12 Perbilangan berikut berkaitan dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan.


                         Bulat anak buah menjadi buapak
                        Bulat buapak menjadi lembaga
                         Bulat lembaga menjadi penghulu
                             Bulat penghulu menjadi raja



    Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan perbilangan tersebut?
    A Pewarisan takhta
    B Penurunan kuasa
    C Pemerintahan autokrasi
    D Pengamalan demokrasi




13 Maklumat berikut merupakan undang-undang adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu

                             Adat Temenggung
                             Adat Perpatih

    Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut ?
    A Kewarganegaraan
    B Kepelbagaian budaya
    C Perwarisan harta pusaka
    D Penguasaan perdagangan




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                    [Lihat halaman sebelah
                                                                                    SULIT
SULIT                                              7                             21/1


14 Rajah berikut menerangkan undang-undang adat masyarakat Kadazandusun di Sabah.

                                                         Sogit

         Undang-undang adat                             Babas

                                                       Kepanasan

    Mengapakah undang-undang tersebut diamalkan?
    A Menjamin kesejahteraan hidup
    B Menghormati roh nenek moyang
    C Melaksanakan tuntutan agama
    D Memberi pembalasan



15 Ilustrasi berikut menunjukkan tarian Sumazau etnik Kadazandusun di Sabah.




    Bilakah tarian tersebut dipersembahkan?
    A Menyambut pesta menuai
    B Menyambut kelahiran bayi
    C Merasmikan rumah panjang
    D Meraikan kepulangan pahlawan




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                   [Lihat halaman sebelah
                                                                                   SULIT
SULIT                                              8                                   21/1


16 Dialog berikut mungkin diucapkan oleh Sultan Abdullah dengan pembesarnya pada kurun
   ke-18.


                                   Bendahara, arahkan Francis Light
                                   keluar dari kawasan tersebut.
                                   Beliau tidak mengotakan janjinya!




                                                       Titah dijunjung
                                                       tuanku.



     Apakah kesan daripada tindakan baginda tersebut?
     A    Kedah menjadi jajahan British
     B    British berkuasa di Pulau Pinang
     C    Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani
     D    Pengambilan Singapura melalui tipu muslihat



17 Maklumat berikut merupakan antara syarat perjanjian Burney 1826.

                  British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah
                  Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang

    Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Kedah?
    A Sultan hilang takhta
    B Pelabuhan baru dibuka
    C Kerabat diraja memberontak
    D Perdagangan antarabangsa merosot




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                         [Lihat halaman sebelah
                                                                                         SULIT
SULIT                                               9                                      21/1


18 Rajah berikut menunjukkan faktor pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles.

                                                    Sesuai dijadikan pelabuhan bebas

                                                    Mengawal laluan perdagangan di Selat
     Faktor pembukaan Singapura
                                                    Melaka dan Selat Sunda

                                                                        X

    Apakah X?
    A Mengeksploitasi hasil bumi
    B Menyekat kemaraan Perancis
    C Mewujudkan pusat pengumpulan barang
    D Menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi

19 Peta berikut menunjukkan negeri-negeri Melayu yang dikuasai oleh British pada abad ke-19.




                                       Perak

                                                        Pahang
                                        Selangor
                                                   Negeri Sembilan




    Mengapakah negeri-negeri tersebut dikuasai oleh British?
    A Prasarana lengkap
    B Tenaga buruh ramai
    C Tanah pertanian subur
    D Kaya dengan hasil bumi




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                             [Lihat halaman sebelah
                                                                                             SULIT
SULIT                                               10                                   21/1



20 Gambar berikut menunjukkan pemimpin di negeri Melayu kurun ke-19.




                     Dato’ Kelana                          Raja Abdullah

    Apakah persamaan tokoh tersebut ?
    A     Meminta bantuan British
    B     Memajukan bidang pertanian
    C     Membawa masuk buruh India
    D     Menggubal perlembagaan negeri

21 Jadual berikut menunjukkan peristiwa di negeri Melayu yang membuka peluang kepada
   campur tangan British.

                             Negeri                         Peristiwa
                     Perak                         Perebutan takhta
                     Selangor                      Perang saudara
                     Negeri Sembilan               Perbalahan pembesar

    Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut?
    A Bertoleransi antara kaum
    B Bekerjasama dengan kuasa luar
    C Bersyukur dengan kekayaan negeri
    D Bersatu padu demi kestabilan negara




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                           [Lihat halaman sebelah
                                                                                           SULIT
SULIT                                              11                                    21/1



22 Maklumat berikut menerangkan keadaan yang membawa kepada kekacauan di Perak pada
   kurun ke-19.

                       Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja
                       Pergaduhan antara pelombong Cina

     Bagaimanakah kekacauan tersebut diseselasikan?
     A Sistem perwarisan takhta diperkenalkan
     B Pembahagian kawasan pengaruh dibuat
     C Perjanjian Pangkor ditandatangani
     D Majistret dan Pemungut hasil ditempatkan

23 Jadual berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di negeri-negeri Melayu.

              Pentadbiran British di Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang
                              1874                                    1896
                        Sistem Residen                  Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

    Mengapakah perubahan tersebut dilakukan pada tahun 1896?
    A Mengukuhkan kuasa sultan
    B Menyeragamkan pentadbiran
    C Menyekat perluasan kuasa Barat
    D Mengawal kuasa Residen Jeneral

24 Garis masa berikut menunjukkan perjanjian yang ditandatangani antara British dengan Siam.


             1909                Perjanjian Bangkok

             1902                Perisytiharan British- Siam

             1897                Perjanjian Sulit British-Siam

    Mengapakah perjanjian tersebut dimeterai?
    A Mengehadkan kuasa sultan Melayu
    B Mengawal kuasa penasihat
    C Mengeksploitasi ekonomi negeri
    D Menyekat kemaraan kuasa Barat
21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                         [Lihat halaman sebelah
                                                                                         SULIT
SULIT                                              12                                       21/1


25 Jadual berikut menunjukkan tindakan pembesar Johor untuk mengekalkan kedaulatan negeri.

                     Tokoh                                         Tindakan
     Dato’ Jaafar bin Muhammad                     Mewajibkan pegawai British memakai pakaian
                                                   rasmi kerajaan Johor
     Dato’ Abdul Rahman bin Andak                  Mengawal hubungan luar Johor dengan British
     Dato’ Muhammad Salleh bin Perang                                     X

    Apakah X?
    A Melukis peta pembangunan negeri
    B Menggubal perlembagaan bertulis
    C Memartabatkan bahasa Melayu
    D Menubuhkan Jabatan Kerja Raya

26 Jadual di bawah menunjukkan pemerintah negeri-negeri Melayu.

                        Tokoh                            Negeri
             Sultan Zainal Abidin III              Terengganu
             Sultan Abu Bakar                      Johor

    Bagaimanakah mereka berusaha mengekalkan kedaulatan negeri?
    A Mempelopori amalan demokrasi
    B Menggubal perlembagaan negeri
    C Memantapkan pendidikan rakyat
    D Menjalin hubungan diplomatik



27 Peristiwa berikut berlaku di Sarawak pada kurun ke-19.

               Datu Patinggi Ali dan masyarakat Bidayuh telah menentang
               pemerintahan Pangeran Indera Mahkota di Sarawak

     Mengapakah berlaku peristiwa tersebut?
     A Cukai membebankan
     B Hasutan pelabur asing
     C Larangan memburu binatang
     D Petempatan dimusnahkan



21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                              [Lihat halaman sebelah
                                                                                              SULIT
SULIT                                              13                            21/1



28 Jadual berikut menunjukkan dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh keluarga
   Brooke di Sarawak.

                      Kaum              Bidang pekerjaan
               Melayu                Pentadbiran
               Cina                  Perdagangan
               Iban                  Ketenteraan

    Apakah kesan pelaksanaan dasar tersebut?
    A Meningkatkan taraf hidup
    B Mewujudkan perpaduan kaum
    C Mengukuhkan kedudukan pemerintah
    D Mempelbagaikan kemahiran penduduk




29 Maklumat berikut menerangkan masalah yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Utara
   British (SBUB) di Sabah.

                             Kewangan
                             Kekurangan pegawai Eropah

    Bagaimanakah SBUB menyelesaikan masalah tersebut?
    A Mengurangkan gaji kakitangan
    B Melibatkan pemimpin tempatan
    C Membawa masuk pekerja luar
    D Menyekat kemasukan imigran




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                   [Lihat halaman sebelah
                                                                                   SULIT
SULIT                                              14                              21/1


30 Peta berikut menunjukkan pembinaan landasan kereta api di Sabah oleh Syarikat
   Berpiagam Borneo Utara (SBUB).




                Kota Kinabalu

                            Papar

                          Beauford
                            Tenom




    Apakah kesan daripada pembinaan landasan tersebut ?
    A    Penduduk berhijrah ke bandar
    B    Taraf hidup peribumi meningkat
    C    Tanah pertanian baru dibuka
    D    Budaya asing tersebar luas

31 Dialog di bawah berkaitan dengan sistem pendidikan di Sabah semasa pemerintahan
   Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB).

     Belajar bersungguh-sungguh, bila
     lulus dari sekolah tersebut kamu
     boleh menjadi Ketua Anak Negeri


                                                        Baik pak




Apakah nama sekolah yang dimaksudkan dalam dialog tersebut?
A Sekolah Latihan
B Sekolah St. Mary
C Sekolah Melayu
D Sekolah Bumiputera



21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                   [Lihat halaman sebelah
                                                                                   SULIT
SULIT                                              15                            21/1


32 Maklumat berikut menerangkan cara kemasukan buruh luar ke Tanah Melayu semasa
   penjajahan British.

                                  Sistem Kontrak
                                  Sistem Kangani

    Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut?
    A Perpaduan kaum erat
    B Pendapatan peribumi meningkat
    C Pelaburan modal tempatan bertambah
    D Pembentukan masyarakat berbilang kaum

33 Tokoh berikut telah menentang British di Pahang pada kurun ke-19.




                                            Dato’ Bahaman

    Mengapakah beliau bertindak sedemikian?
    A Balai polis dibina
    B Adat resam dicabuli
    C Peraturan tanah diperkenalkan
    D Amalan perhambaan dihapuskan




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                   [Lihat halaman sebelah
                                                                                   SULIT
SULIT                                               16                                     21/1



34 Rajah berikut menerangkan rundingan yang berlaku di Negeri Sembilan.


                                                   Rundingan antara Yamtuan
               Mei 1876                            Antah dengan William Jervois,
                                                   Gabenor Negeri-negeri Selat


    Apakah kesan rundingan tersebut kepada Yamtuan Antah?
    A Diberi pencen bulanan
    B Mendapat hak mengutip cukai
    C Menerima bantuan ketenteraan
    D Diiktiraf sebagai Yamtuan Seri Menanti

35 Senarai berikut adalah tokoh nasionalis berpendidikan Inggeris di Tanah Melayu.

                            Dato’ Onn Jaafar
                            Ibrahim Hj Yaacob
                            Mohammad Eunos Abdullah

    Bagaimanakah mereka berjuang untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan?
    A Mendirikan madrasah
    B Menubuhkan persatuan
    C Menggubal undang-undang
    D Mempelopori gerakan Islah

36 Maklumat berikut menerangkan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

                                      Dasar Penjepunan
                        Nippon-Go sebagai bahasa pengantar
                        Kimigayo dinyanyikan setiap pagi di sekolah
                        Cuti umum sempena hari perayaan Jepun

    Mengapakah Jepun melaksanakan dasar tersebut?
    A Membentuk perpaduan kaum
    B Menjamin kebajikan rakyat
    C Memupuk kesetiaan kepada maharaja
    D Mewujudkan kepelbagaian budaya

21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                             [Lihat halaman sebelah
                                                                                             SULIT
SULIT                                              17                            21/1



37 Rajah berikut menerangkan dasar ekonomi yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

             British                      Ekonomi Bebas


             Jepun                           Ekonomi X

    Apakah X?
    A Niaga
    B Pasaran
    C Kawalan
    D Sara diri

38 Pentadbiran Tentera British (PTB) diperkenalkan pada bulan September 1945 untuk
   melaksanakan pentadbiran peralihan di Tanah Melayu.
   Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan?

    A Mengusir tentera asing
    B Memulihkan keamanan
    C Membentuk kerajaan sendiri
    D Mengukuhkan kedudukan sultan



39 Senarai berikut adalah tujuan British melakukan perubahan dasar di Tanah Melayu
   selepas Perang Dunia Kedua.

                 Mewujudkan pentadbiran yang seragam
                 Mengurangkan kuasa politik orang Melayu
                 Menjamin penguasaan ekonomi berterusan

    Bagaimanakan British berusaha mencapai tujuan tersebut?
    A Membentuk Persekutuan Malaysia
    B Melaksanakan Sistem Ahli
    C Menubuhkan Malayan Union
    D Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                   [Lihat halaman sebelah
                                                                                   SULIT
SULIT                                              18                                  21/1


40 Jadual berikut berkaitan ciri Malayan Union.

                              Pentadbiran Malayan Union
           Ketua pentadbiran                 Gabenor British
           Kuasa di peringkat pusat          Parlimen British
           Kuasa di peringkat negeri         Persuruhjaya Negeri

    Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
    A Penjajahan secara mutlak
    B Pembentukan negara republik
    C Pengaruh komunis dibendung
    D Persekutuan Tanah Melayu ditolak

41 Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu


              1 April 1946                               1 Februari 1948
             Malayan Union                          Persekutuan Tanah Melayu


    Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut?
    A Melonggarkan syarat kerakyatan
    B Mengamalkan prinsip demokrasi
    C Menjalankan dasar dekolonisasi
    D Memupuk perpaduan kaum

42 Senarai berikut adalah pertubuhan yang diharamkan oleh British di Tanah Melayu.

                 Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
                 Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
                 Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
                                                                       Mengapakah pertubuhan
        tersebut diharamkan?
    A Memperjuangkan kerakyatan terbuka
    B Menubuhkan pasukan tentera
    C Meniup semangat kenegerian
    D Menjaga ketenteraman awam



21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                         [Lihat halaman sebelah
                                                                                         SULIT
SULIT                                              19                           21/1


43 Akhbar berikut memaparkan musuh negara pada zaman darurat.




    Bagimanakah kerajaan berusaha menangkap musuh tersebut?
    A Membentuk Home Guard
    B Menawarkan hadiah wang
    C Menubuhkan Special Constable
    D Melaksanakan Rancangan Briggs


44 Kempen berikut dijalankan oleh Sir Gerald Templer dalam menjayakan rancangan Perang Saraf.

                     “ memenangi hati dan fikiran rakyat”

    Mengapakah kempen tersebut dilancarkan?
    A Melahirkan tentera terlatih
    B Menubuhkan kampung baru
    C Menambah keahlian parti politik
    D Mewujudkan persefahaman antara kaum




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                  [Lihat halaman sebelah
                                                                                  SULIT
SULIT                                              20                                      21/1




45 Gambar berikut menunjukkan pihak yang terlibat dalam pertemuan Baling 1955.




           Wakil kerajaan Tanah Melayu                  Wakil Parti Komunis Malaya

    Mengapakah pertemuan tersebut diadakan?
    A Membincangkan proses pilihan raya
    B Merundingkan pembebasan tawanan
    C Menubuhkan kampung baru
    D Menamatkan darurat

46 Jadual berikut merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1949.

                            Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
         Pengerusi                 Dato’ EEC Thuraisingam
         Ahli jawatankuasa             Dato’ Onn bin Jaafar
                                       Tun Tan Cheng Lock
                                       Wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah

    Apakah tugas jawatankuasa tersebut?
    A Mengukuhkan ekonomi negara
    B Menyeragamkan sistem pendidikan
    C Mewujudkan persefahaman rakyat
    D Melahirkan penduduk yang produktif




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                             [Lihat halaman sebelah
                                                                                             SULIT
SULIT                                              21                                  21/1


47 Jadual berikut menerangkan persidangan yang diusahakan oleh pertubuhan politik di
   Tanah Melayu.

                       Tarikh                              Persidangan
                   Februari 1954         Parti Negara mengadakan Konferensi Nasional
                   Ogos 1954             UMNO menganjurkan Konvensi Nasional

    Apakah persamaan perkara yang dibincangkan dalam persidangan tersebut ?
    I   Pilihan raya
    II Perpaduan kaum
    III Kemajuan ekonomi
    IV Kelonggaran syarat kerakyatan
    A I dan II
    B I dan IV
    C II dan III
    D III dan IV



48 Senarai berikut adalah syarat yang dilonggarkan untuk mendapatkan kerakyatan
   Persekutuan Tanah Melayu

              Warga negara British dan koloninya
              Menetap di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut
              Banyak berjasa kepada Tanah Melayu


    Bagaimanakah cara kerakyatan diberikan berdasarkan syarat tersebut?
    A Jus soli
    B Naturalisasi
    C Permohonan
    D Kuatkuasa undang-undang




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                        [Lihat halaman sebelah
                                                                                        SULIT
SULIT                                              22                                   21/1


49 Jadual di bawah merujuk kepada perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu.

            Tahun         Laporan Pelajaran Tanah Melayu
             1951         Laporan Barnes
             1952         Ordinan Pelajaran 1952
             1956         Laporan Razak

    Apakah persamaan matlamat laporan pelajaran tersebut?
    A Mengukuhkan sekolah vernakular
    B Mempamerkan identiti kaum
    C Memperkaya budaya bangsa
    D Melahirkan semangat perpaduan

50 Dialog berikut mungkin berlaku semasa Rundingan London 1956?

         Pegawai British            :    Kami bersedia memberikan kemerdekaan kepada Tanah
                                         Melayu dengan syarat pangkalan tentera kami dikekalkan

         Wakil Tanah Melayu :            Kami setuju dan mahukan konsep raja berperlembagaan
                                         dikekalkan

    Mengapakah British mengenakan syarat tersebut?
    A Meneruskan sistem perundangan Barat
    B Membentuk perpaduan kaum
    C Menjamin kepentingan ekonomi
    D Mengukuhkan kedudukan Pesuruhjaya Tinggi

51 Rajah berikut menerangkan tugas X di Tanah Melayu.

                                        Menjamin kedudukan raja-Raja Melayu

             Tugas X                    Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu

                                        Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka

    Apakah X?
    A Suruhanjaya Reid
    B Suruhanjaya Cobbold
    C Jawatankuasa Eksekutif
    D Jawatankuasa Antara Kerajaan

21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                          [Lihat halaman sebelah
                                                                                          SULIT
SULIT                                              23                                      21/1


52 Jadual berikut menerangkan peristiwa penting yang berlaku di negara kita.

              Tarikh/Masa                                Peristiwa
              31 Ogos 1957             Bendera Union Jack diturunkan
               12.00 malam             Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan

    Apakah kesan peristiwa tersebut?
    A Ekonomi British disekat
    B Negara autokrasi dibentuk
    C Pangkalan tentera asing ditutup
    D Kuasa pemerintahan tempatan dikembalikan

53 Rajah berikut menunjukkan faktor yang menimbulkan Gerakan Antipenyerahan Sarawak

                                                               Menggunakan tipu muslihat


                Faktor Gerakan                          Tidak berunding dengan pemimpin tempatan
            Antipenyerahan Sarawak

                                                                           X
    Apakah X?
    A Warisan budaya terhakis
    B Desakan pelabur Eropah
    C Syarat kerakyatan liberal
    D Bertentangan Perlembagaan 1941

54 Garis masa berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Sabah

                  1962              Pilihan Majlis Undangan diperkenalkan

                  1960              Perlembagaan dipinda bagi menambah bilangan
                                    bumiputera dalam Majlis Undangan

                  1952              Pilihan raya Majlis Tempatan diadakan

    Mengapakah langkah tersebut dilaksanakan?
    A Melatih penduduk ke arah berkerajaan sendiri
    B Memupuk perpaduan kaum
    C Mempercepatkan penyerahan negeri
    D Menggalakkan penubuhan parti politik

21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                            [Lihat halaman sebelah
                                                                                            SULIT
SULIT                                              24                                    21/1


55 Rajah berikut menunjukkan parti-parti yang menganggotai Perikatan Sabah pada tahun 1962.


         Pertubuhan Kebangsaan                                Pertubuhan Kebangsaan
            Kadazan Bersatu                                        Sabah Bersatu
                (UNKO)                                               (USNO)

                                           PERIKATAN
                                             SABAH

                                                                  Persatuan Cina Sabah
             Pasok Momogun
                                                                         (SCA)

    Mengapakah perikatan tersebut ditubuhkan?

    A Meminda perlembagaan
    B Memenangi pilihan raya
    C Menentang gagasan Malaysia
    D Membantah penyerahan negeri kepada British

56 Jadual berikut berkaitan dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia.

               Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)

             Pengerusi :      Donald Stephens (Tun Fuad Stephens)
             Ahli          : Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu)
                              Lee Kuan Yew (Singapura)
                              Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah)
                              Temenggung Jugah Anak Barieng (Sarawak)
                              Datuk Setia Pangeran Ali (Brunei)

     Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa tersebut?
     A Merangka perlembagaan
     B Meninjau pendapat rakyat
     C Mengadakan pungutan suara
     D Memberi penerangan kepada pemimpin




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                          [Lihat halaman sebelah
                                                                                          SULIT
SULIT                                              25                                  21/1


57 Rajah berikut menerangkan proses mendapatkan pandangan rakyat ke arah pembentukan
   Persekutuan Malaysia.


                    X                 :    Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak


             Referendum               :    Meninjau pandangan penduduk Singapura


          Suruhanjaya PBB             :    Meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak



    Apakah X?
    A Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
    B Jawatankuasa Antara Kerajaan
    C Suruhanjaya Cobbold
    D Suruhanjaya Reid

58 Carta berikut menerangkan rumusan laporan Suruhanjaya Cobbold berkaitan pembentukan
    Malaysia.




                                                             1/3
                                        1/3
                                                         menyokong
                                    menyokong
                                                        dengan syarat
                                    tanpa syarat
                                                        hak dilindungi

                                                 1/3
                                              menyokong
                                             dengan syarat
                                               merdeka
                                                dahulu



    Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan laporan tersebut?
    A Desakan pengaruh luar
    B Penjajahan bentuk baru
    C Keikhlasan dalam penggabungan
    D Kepentingan penduduk diabaikan


21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                         [Lihat halaman sebelah
                                                                                         SULIT
SULIT                                              26                                   21/1




59 Jadual berikut menerangkan usaha yang dilakukan pada awal tahun 1960an.

                 Tarikh                          Peristiwa
            Mei 1963                  Rundingan tidak rasmi di Tokyo
            Ogos 1963                 Sidang Kemuncak di Manila
            Februari 1964             Persidangan di Bangkok
            Jun 1964                  Pesidangan di Tokyo

    Mengapakah usaha tersebut diambil?
    A Mengadakan hubungan diplomatik
    B Menamatkan konfrontasi
    C Membendung pemberontakan rakyat
    D Mempercepatkan penggabungan negeri

60 Jadual di bawah menerangkan tindakan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960-an.

                          Tindakan Tuanku Abdul Rahman Putra
                     Tahun 1961                                Tahun 1965
      Mencadangkan Singapura bercantum              Mengumumkan Singapura dipisahkan
      dengan Persekutuan Tanah Melayu               daripada Persekutuan Malaysia

    Mengapakah Tunku bertindak sedemikian?
    A Mengatasi krisis ekonomi
    B Menjamin kestabilan negara
    C Mematuhi desakan antarabangsa
    D Menamatkan pertikaian sempadan




                                   KERTAS SOALAN TAMAT




21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor                          [Lihat halaman sebelah
                                                                                          SULIT

More Related Content

What's hot

162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarah
162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarah162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarah
162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarahGurvinderpal Singh
 
Rancangan sej-ting-2-2014
Rancangan sej-ting-2-2014Rancangan sej-ting-2-2014
Rancangan sej-ting-2-2014Amet Basir
 
LATIH TUBI Sejarah trial PMR set 2 ,2013
LATIH TUBI Sejarah  trial PMR set 2 ,2013LATIH TUBI Sejarah  trial PMR set 2 ,2013
LATIH TUBI Sejarah trial PMR set 2 ,2013Smk Gelam
 
Huraian tingkatan 1
Huraian tingkatan 1Huraian tingkatan 1
Huraian tingkatan 1lili ana
 
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1zaidatul yahya
 
Rpt pbs sej t.2 2013 pbs
Rpt pbs sej t.2 2013 pbsRpt pbs sej t.2 2013 pbs
Rpt pbs sej t.2 2013 pbsSyatiLa Sabri
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melakanieda79iman
 
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiWarisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiDidiy Otto
 
F1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notaF1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notazulface84
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanOha Gozaimasu
 

What's hot (17)

Bab2 f1
Bab2 f1Bab2 f1
Bab2 f1
 
modul c
modul cmodul c
modul c
 
162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarah
162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarah162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarah
162892331 trial-pmr-2013-sbp-sejarah
 
Rancangan sej-ting-2-2014
Rancangan sej-ting-2-2014Rancangan sej-ting-2-2014
Rancangan sej-ting-2-2014
 
Sejarah 1-2010 MRSM
Sejarah 1-2010 MRSMSejarah 1-2010 MRSM
Sejarah 1-2010 MRSM
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
LATIH TUBI Sejarah trial PMR set 2 ,2013
LATIH TUBI Sejarah  trial PMR set 2 ,2013LATIH TUBI Sejarah  trial PMR set 2 ,2013
LATIH TUBI Sejarah trial PMR set 2 ,2013
 
Huraian tingkatan 1
Huraian tingkatan 1Huraian tingkatan 1
Huraian tingkatan 1
 
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
Bab 5-kegemilangan-melaka-ting-1
 
Rpt pbs sej t.2 2013 pbs
Rpt pbs sej t.2 2013 pbsRpt pbs sej t.2 2013 pbs
Rpt pbs sej t.2 2013 pbs
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan MelakaBab 5 Kegemilangan Melaka
Bab 5 Kegemilangan Melaka
 
Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1Sejarah Tingkatan 1
Sejarah Tingkatan 1
 
Bab6
Bab6Bab6
Bab6
 
Kegemilangan Melaka
Kegemilangan MelakaKegemilangan Melaka
Kegemilangan Melaka
 
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomiWarisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
Warisan kesultanan melayu melaka dari segi ekonomi
 
F1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---notaF1 --bab-5---nota
F1 --bab-5---nota
 
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi AimanSejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
 

Similar to Soalan ppa-2-jpn-selangor-trial-pmr-2010

Trial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skemaTrial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skemaAnis Najiha Ramli
 
Trial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarahTrial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarahfitrichip
 
Kertas 1 spm 2013
Kertas 1 spm 2013Kertas 1 spm 2013
Kertas 1 spm 2013jaapar
 
Trial Perlis 2016. Soalan K1
Trial Perlis 2016. Soalan K1Trial Perlis 2016. Soalan K1
Trial Perlis 2016. Soalan K1isharsmiaa
 
SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1
SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1
SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1Izatul Hanim
 
Soalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docx
Soalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docxSoalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docx
Soalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docxHusna Mahirah Hasan
 
Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02
Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02
Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02Anis Nadiah Jr
 
Sejarah soalan trial pmr 2013
Sejarah soalan trial pmr 2013Sejarah soalan trial pmr 2013
Sejarah soalan trial pmr 2013Smk Gelam
 
Trial N9 2016. Soalan K1
Trial N9 2016. Soalan K1Trial N9 2016. Soalan K1
Trial N9 2016. Soalan K1isharsmiaa
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Zahari Rusdi
 

Similar to Soalan ppa-2-jpn-selangor-trial-pmr-2010 (12)

Trial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skemaTrial Sbp sejarah 2015 + skema
Trial Sbp sejarah 2015 + skema
 
Sejarah t2
Sejarah t2Sejarah t2
Sejarah t2
 
Trial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarahTrial perak spm_2012_sejarah
Trial perak spm_2012_sejarah
 
Kertas 1 spm 2013
Kertas 1 spm 2013Kertas 1 spm 2013
Kertas 1 spm 2013
 
Trial Perlis 2016. Soalan K1
Trial Perlis 2016. Soalan K1Trial Perlis 2016. Soalan K1
Trial Perlis 2016. Soalan K1
 
SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1
SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1
SOALAN SEJARAH TINGKATAN 1
 
Soalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docx
Soalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docxSoalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docx
Soalan peperiksaan akhir tahun sejarah tahun 4 docx
 
Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02
Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02
Sejarahsoalantrialpmr2013 130902210006-phpapp02
 
Sejarah soalan trial pmr 2013
Sejarah soalan trial pmr 2013Sejarah soalan trial pmr 2013
Sejarah soalan trial pmr 2013
 
Trial N9 2016. Soalan K1
Trial N9 2016. Soalan K1Trial N9 2016. Soalan K1
Trial N9 2016. Soalan K1
 
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
Bab 5 Kegemilangan Melaka (Ting 1)
 
Bab8
Bab8Bab8
Bab8
 

More from Roslailawati Ibrahim (8)

Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3Bab 7 ting 3
Bab 7 ting 3
 
Bab 6 ting 3
Bab 6 ting 3Bab 6 ting 3
Bab 6 ting 3
 
Bab 4 ting 3
Bab 4 ting 3Bab 4 ting 3
Bab 4 ting 3
 
Bab 4 ting 3
Bab 4 ting 3Bab 4 ting 3
Bab 4 ting 3
 
Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3
 
Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3Bab 1 ting 3
Bab 1 ting 3
 
Tingkatan 1 bab 5
Tingkatan 1 bab 5Tingkatan 1 bab 5
Tingkatan 1 bab 5
 
Tingkatan 1 bab 5
Tingkatan 1 bab 5Tingkatan 1 bab 5
Tingkatan 1 bab 5
 

Soalan ppa-2-jpn-selangor-trial-pmr-2010

  • 1. SULIT 1 21/1 JABATAN PELAJARAN SELANGOR PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENGETUA SEKOLAH MENENGAH PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI AKADEMIK (2) PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2010 SEJARAH Kertas I Ogos I ¼ jam Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 60 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawab dengan menghitamkan ruangan yang betul pada kertas jawapan. 4. Hitamkan satu ruangan sahaja bagi setiap jawapan. 5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 25 halaman bercetak 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 2. SULIT 2 21/1 1 Rajah berikut menunjukkan kaedah pengkajian sejarah. Lisan Kaedah Pengkajian bertulis Sejarah X Apakah X? A Saintifik B Tafsiran C Arkeologi D Rekonstruksi 2 Senarai berikut merujuk kepada petempatan masyarakat Zaman Prasejarah di Malaysia.  Gua Harimau, Perak  Changkat Menteri, Perak  Sungai Tembeling, Pahang Apakah kegiatan masyarakat di petempatan tersebut? A Meneroka hutan B Mencipta alatan besi C Membuat tembikar D Mengukir barangan perak 3 Jadual berikut merujuk kepada gelaran yang digunakan oleh pemerintah kerajaan Funan. Pemerintah Gelaran Raja Kaundinya Kurung Bnam Mengapakah beliau menggunakan gelaran tersebut? A Tanda kesucian B Lambang warisan C Asas kepercayaan D Simbol kekuasaan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 3. SULIT 3 21/1 4 Dialog di bawah mungkin berlaku semasa Parameswara memerintah Melaka. Pembesar : Tuanku, demi menjamin perdagangan di Melaka, keselamatan perairan negeri perlu dijaga. Parameswara : Baiklah, kita tugaskan Orang Laut untuk menjalankan tugas tersebut. Mengapakah Orang Laut dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut? A Memiliki semangat taat setia B Mempunyai peralatan moden C Menunjukkan kepimpinan cemerlang D Mendapat sokongan rakyat tempatan 5 Pernyataan berikut menggambarkan kesibukan pelabuhan Melaka pada abad ke-15. “ Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekeliannya datang ke Melaka; terlalu ramai bandarMelaka pada zaman itu ” Sumber: Sejarah Melayu Apakah faktor yang membawa kepada keadaan tersebut ? A Kepelbagaian budaya B Kedudukan strategik C Kemajuan persuratan D Kekayaan hasil bumi 6 Pernyataan berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Melaka pada kurun ke-16. Pedagang asing mulai meninggalkan pelabuhan Melaka dan berdagang ke pelabuhan Acheh, Patani, Bantam dan Brunei. Mengapakah berlaku keadaan sedemikian? A Cukai tinggi B Kemudahan kurang C Berlaku perebutan takhta D Ancaman lanun berleluasa 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 4. SULIT 4 21/1 7 Peta berikut menunjukkan antara wilayah yang menerima Islam daripada kerajaan Melaka pada kurun ke-15. Selatan Filipina Kalimantan Pulau Jawa Bagaimanakah cara kerajaan Melaka menyebarkan Islam ke wilayah tersebut? A Penaklukan B Perkahwinan C Pendakwahan D Perdagangan 8 Jadual berikut menunjukkan tindakan Sultan Melaka terhadap Portugis. Tahun Peristiwa 1510 Sultan Mahmud Shah menolak tuntutan pembebasan tawanan oleh Alfonso de Albuquerque Apakah kesan peristiwa tersebut kepada Melaka? A Perjanjian damai dimeterai B Kehilangan kedaulatan negeri C Pemansuhan bayaran ganti rugi D Kemerosotan bidang persuratan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 5. SULIT 5 21/1 9 Garis masa berikut merujuk kepada peristiwa kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. 24 Ogos 1511 Portugis berjaya menakluki Melaka 10 Ogos 1511 Portugis berjaya mengalahkan angkatan Melaka 25 Julai 1511 Portugis menguasai jambatan Sungai Melaka Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut? A Bersatu membina negara B Berani dalam membuat tindakan C Bertolak ansur terhadap pendatang D Berbangga dengan warisan budaya 10 Peta berikut menunjukkan tempat-tempat yang pernah dijadikan pusat pentadbiran kerajaan Johor. Kota Tinggi Batu Sawar Makam Tauhid Pancur Mengapakah pusat pentadbiran tersebut berubah-ubah? A Memajukan perdagangan B Menerima ancaman musuh C Memperkemas pentadbiran D Membangunkan kawasan pedalaman 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 6. SULIT 6 21/1 11 Pada tahun 1901 Long Muhammad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Muhammad 1. Bagaimanakah baginda mengekalkan kedaulatan negeri Kelantan ? A Membina kubu pertahanan B Memantapkan sistem pentadbiran C Menjalin hubungan dengan Siam D Mendapatkan bantuan dari Terengganu 12 Perbilangan berikut berkaitan dengan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Bulat anak buah menjadi buapak Bulat buapak menjadi lembaga Bulat lembaga menjadi penghulu Bulat penghulu menjadi raja Apakah rumusan yang dapat dibuat berdasarkan perbilangan tersebut? A Pewarisan takhta B Penurunan kuasa C Pemerintahan autokrasi D Pengamalan demokrasi 13 Maklumat berikut merupakan undang-undang adat yang diamalkan di negeri-negeri Melayu  Adat Temenggung  Adat Perpatih Apakah perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut ? A Kewarganegaraan B Kepelbagaian budaya C Perwarisan harta pusaka D Penguasaan perdagangan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 7. SULIT 7 21/1 14 Rajah berikut menerangkan undang-undang adat masyarakat Kadazandusun di Sabah. Sogit Undang-undang adat Babas Kepanasan Mengapakah undang-undang tersebut diamalkan? A Menjamin kesejahteraan hidup B Menghormati roh nenek moyang C Melaksanakan tuntutan agama D Memberi pembalasan 15 Ilustrasi berikut menunjukkan tarian Sumazau etnik Kadazandusun di Sabah. Bilakah tarian tersebut dipersembahkan? A Menyambut pesta menuai B Menyambut kelahiran bayi C Merasmikan rumah panjang D Meraikan kepulangan pahlawan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 8. SULIT 8 21/1 16 Dialog berikut mungkin diucapkan oleh Sultan Abdullah dengan pembesarnya pada kurun ke-18. Bendahara, arahkan Francis Light keluar dari kawasan tersebut. Beliau tidak mengotakan janjinya! Titah dijunjung tuanku. Apakah kesan daripada tindakan baginda tersebut? A Kedah menjadi jajahan British B British berkuasa di Pulau Pinang C Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani D Pengambilan Singapura melalui tipu muslihat 17 Maklumat berikut merupakan antara syarat perjanjian Burney 1826.  British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah  Siam mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang Apakah kesan perjanjian tersebut kepada Kedah? A Sultan hilang takhta B Pelabuhan baru dibuka C Kerabat diraja memberontak D Perdagangan antarabangsa merosot 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 9. SULIT 9 21/1 18 Rajah berikut menunjukkan faktor pembukaan Singapura oleh Stamford Raffles. Sesuai dijadikan pelabuhan bebas Mengawal laluan perdagangan di Selat Faktor pembukaan Singapura Melaka dan Selat Sunda X Apakah X? A Mengeksploitasi hasil bumi B Menyekat kemaraan Perancis C Mewujudkan pusat pengumpulan barang D Menyaingi pelabuhan Belanda di Betawi 19 Peta berikut menunjukkan negeri-negeri Melayu yang dikuasai oleh British pada abad ke-19. Perak Pahang Selangor Negeri Sembilan Mengapakah negeri-negeri tersebut dikuasai oleh British? A Prasarana lengkap B Tenaga buruh ramai C Tanah pertanian subur D Kaya dengan hasil bumi 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 10. SULIT 10 21/1 20 Gambar berikut menunjukkan pemimpin di negeri Melayu kurun ke-19. Dato’ Kelana Raja Abdullah Apakah persamaan tokoh tersebut ? A Meminta bantuan British B Memajukan bidang pertanian C Membawa masuk buruh India D Menggubal perlembagaan negeri 21 Jadual berikut menunjukkan peristiwa di negeri Melayu yang membuka peluang kepada campur tangan British. Negeri Peristiwa Perak Perebutan takhta Selangor Perang saudara Negeri Sembilan Perbalahan pembesar Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada peristiwa tersebut? A Bertoleransi antara kaum B Bekerjasama dengan kuasa luar C Bersyukur dengan kekayaan negeri D Bersatu padu demi kestabilan negara 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 11. SULIT 11 21/1 22 Maklumat berikut menerangkan keadaan yang membawa kepada kekacauan di Perak pada kurun ke-19.  Perebutan takhta di kalangan kerabat diraja  Pergaduhan antara pelombong Cina Bagaimanakah kekacauan tersebut diseselasikan? A Sistem perwarisan takhta diperkenalkan B Pembahagian kawasan pengaruh dibuat C Perjanjian Pangkor ditandatangani D Majistret dan Pemungut hasil ditempatkan 23 Jadual berikut menunjukkan perubahan pentadbiran British di negeri-negeri Melayu. Pentadbiran British di Perak, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang 1874 1896 Sistem Residen Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Mengapakah perubahan tersebut dilakukan pada tahun 1896? A Mengukuhkan kuasa sultan B Menyeragamkan pentadbiran C Menyekat perluasan kuasa Barat D Mengawal kuasa Residen Jeneral 24 Garis masa berikut menunjukkan perjanjian yang ditandatangani antara British dengan Siam. 1909 Perjanjian Bangkok 1902 Perisytiharan British- Siam 1897 Perjanjian Sulit British-Siam Mengapakah perjanjian tersebut dimeterai? A Mengehadkan kuasa sultan Melayu B Mengawal kuasa penasihat C Mengeksploitasi ekonomi negeri D Menyekat kemaraan kuasa Barat 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 12. SULIT 12 21/1 25 Jadual berikut menunjukkan tindakan pembesar Johor untuk mengekalkan kedaulatan negeri. Tokoh Tindakan Dato’ Jaafar bin Muhammad Mewajibkan pegawai British memakai pakaian rasmi kerajaan Johor Dato’ Abdul Rahman bin Andak Mengawal hubungan luar Johor dengan British Dato’ Muhammad Salleh bin Perang X Apakah X? A Melukis peta pembangunan negeri B Menggubal perlembagaan bertulis C Memartabatkan bahasa Melayu D Menubuhkan Jabatan Kerja Raya 26 Jadual di bawah menunjukkan pemerintah negeri-negeri Melayu. Tokoh Negeri Sultan Zainal Abidin III Terengganu Sultan Abu Bakar Johor Bagaimanakah mereka berusaha mengekalkan kedaulatan negeri? A Mempelopori amalan demokrasi B Menggubal perlembagaan negeri C Memantapkan pendidikan rakyat D Menjalin hubungan diplomatik 27 Peristiwa berikut berlaku di Sarawak pada kurun ke-19. Datu Patinggi Ali dan masyarakat Bidayuh telah menentang pemerintahan Pangeran Indera Mahkota di Sarawak Mengapakah berlaku peristiwa tersebut? A Cukai membebankan B Hasutan pelabur asing C Larangan memburu binatang D Petempatan dimusnahkan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 13. SULIT 13 21/1 28 Jadual berikut menunjukkan dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke di Sarawak. Kaum Bidang pekerjaan Melayu Pentadbiran Cina Perdagangan Iban Ketenteraan Apakah kesan pelaksanaan dasar tersebut? A Meningkatkan taraf hidup B Mewujudkan perpaduan kaum C Mengukuhkan kedudukan pemerintah D Mempelbagaikan kemahiran penduduk 29 Maklumat berikut menerangkan masalah yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah.  Kewangan  Kekurangan pegawai Eropah Bagaimanakah SBUB menyelesaikan masalah tersebut? A Mengurangkan gaji kakitangan B Melibatkan pemimpin tempatan C Membawa masuk pekerja luar D Menyekat kemasukan imigran 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 14. SULIT 14 21/1 30 Peta berikut menunjukkan pembinaan landasan kereta api di Sabah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB). Kota Kinabalu Papar Beauford Tenom Apakah kesan daripada pembinaan landasan tersebut ? A Penduduk berhijrah ke bandar B Taraf hidup peribumi meningkat C Tanah pertanian baru dibuka D Budaya asing tersebar luas 31 Dialog di bawah berkaitan dengan sistem pendidikan di Sabah semasa pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB). Belajar bersungguh-sungguh, bila lulus dari sekolah tersebut kamu boleh menjadi Ketua Anak Negeri Baik pak Apakah nama sekolah yang dimaksudkan dalam dialog tersebut? A Sekolah Latihan B Sekolah St. Mary C Sekolah Melayu D Sekolah Bumiputera 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 15. SULIT 15 21/1 32 Maklumat berikut menerangkan cara kemasukan buruh luar ke Tanah Melayu semasa penjajahan British.  Sistem Kontrak  Sistem Kangani Apakah kesan pelaksanaan sistem tersebut? A Perpaduan kaum erat B Pendapatan peribumi meningkat C Pelaburan modal tempatan bertambah D Pembentukan masyarakat berbilang kaum 33 Tokoh berikut telah menentang British di Pahang pada kurun ke-19. Dato’ Bahaman Mengapakah beliau bertindak sedemikian? A Balai polis dibina B Adat resam dicabuli C Peraturan tanah diperkenalkan D Amalan perhambaan dihapuskan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 16. SULIT 16 21/1 34 Rajah berikut menerangkan rundingan yang berlaku di Negeri Sembilan. Rundingan antara Yamtuan Mei 1876 Antah dengan William Jervois, Gabenor Negeri-negeri Selat Apakah kesan rundingan tersebut kepada Yamtuan Antah? A Diberi pencen bulanan B Mendapat hak mengutip cukai C Menerima bantuan ketenteraan D Diiktiraf sebagai Yamtuan Seri Menanti 35 Senarai berikut adalah tokoh nasionalis berpendidikan Inggeris di Tanah Melayu.  Dato’ Onn Jaafar  Ibrahim Hj Yaacob  Mohammad Eunos Abdullah Bagaimanakah mereka berjuang untuk membangkitkan kesedaran kebangsaan? A Mendirikan madrasah B Menubuhkan persatuan C Menggubal undang-undang D Mempelopori gerakan Islah 36 Maklumat berikut menerangkan dasar pemerintahan Jepun di Tanah Melayu Dasar Penjepunan  Nippon-Go sebagai bahasa pengantar  Kimigayo dinyanyikan setiap pagi di sekolah  Cuti umum sempena hari perayaan Jepun Mengapakah Jepun melaksanakan dasar tersebut? A Membentuk perpaduan kaum B Menjamin kebajikan rakyat C Memupuk kesetiaan kepada maharaja D Mewujudkan kepelbagaian budaya 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 17. SULIT 17 21/1 37 Rajah berikut menerangkan dasar ekonomi yang diperkenalkan di Tanah Melayu. British Ekonomi Bebas Jepun Ekonomi X Apakah X? A Niaga B Pasaran C Kawalan D Sara diri 38 Pentadbiran Tentera British (PTB) diperkenalkan pada bulan September 1945 untuk melaksanakan pentadbiran peralihan di Tanah Melayu. Mengapakah pentadbiran tersebut diperkenalkan? A Mengusir tentera asing B Memulihkan keamanan C Membentuk kerajaan sendiri D Mengukuhkan kedudukan sultan 39 Senarai berikut adalah tujuan British melakukan perubahan dasar di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.  Mewujudkan pentadbiran yang seragam  Mengurangkan kuasa politik orang Melayu  Menjamin penguasaan ekonomi berterusan Bagaimanakan British berusaha mencapai tujuan tersebut? A Membentuk Persekutuan Malaysia B Melaksanakan Sistem Ahli C Menubuhkan Malayan Union D Memperkenalkan Pentadbiran Tentera British 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 18. SULIT 18 21/1 40 Jadual berikut berkaitan ciri Malayan Union. Pentadbiran Malayan Union Ketua pentadbiran Gabenor British Kuasa di peringkat pusat Parlimen British Kuasa di peringkat negeri Persuruhjaya Negeri Apakah kesimpulan yang dapat dibuat? A Penjajahan secara mutlak B Pembentukan negara republik C Pengaruh komunis dibendung D Persekutuan Tanah Melayu ditolak 41 Rajah berikut menunjukkan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu 1 April 1946 1 Februari 1948 Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu Mengapakah British melaksanakan perubahan tersebut? A Melonggarkan syarat kerakyatan B Mengamalkan prinsip demokrasi C Menjalankan dasar dekolonisasi D Memupuk perpaduan kaum 42 Senarai berikut adalah pertubuhan yang diharamkan oleh British di Tanah Melayu.  Angkatan Wanita Sedar (AWAS)  Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)  Pemuda Radikal Melayu (PERAM) Mengapakah pertubuhan tersebut diharamkan? A Memperjuangkan kerakyatan terbuka B Menubuhkan pasukan tentera C Meniup semangat kenegerian D Menjaga ketenteraman awam 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 19. SULIT 19 21/1 43 Akhbar berikut memaparkan musuh negara pada zaman darurat. Bagimanakah kerajaan berusaha menangkap musuh tersebut? A Membentuk Home Guard B Menawarkan hadiah wang C Menubuhkan Special Constable D Melaksanakan Rancangan Briggs 44 Kempen berikut dijalankan oleh Sir Gerald Templer dalam menjayakan rancangan Perang Saraf. “ memenangi hati dan fikiran rakyat” Mengapakah kempen tersebut dilancarkan? A Melahirkan tentera terlatih B Menubuhkan kampung baru C Menambah keahlian parti politik D Mewujudkan persefahaman antara kaum 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 20. SULIT 20 21/1 45 Gambar berikut menunjukkan pihak yang terlibat dalam pertemuan Baling 1955. Wakil kerajaan Tanah Melayu Wakil Parti Komunis Malaya Mengapakah pertemuan tersebut diadakan? A Membincangkan proses pilihan raya B Merundingkan pembebasan tawanan C Menubuhkan kampung baru D Menamatkan darurat 46 Jadual berikut merujuk kepada jawatankuasa yang ditubuhkan pada tahun 1949. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum Pengerusi Dato’ EEC Thuraisingam Ahli jawatankuasa Dato’ Onn bin Jaafar Tun Tan Cheng Lock Wakil kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah Apakah tugas jawatankuasa tersebut? A Mengukuhkan ekonomi negara B Menyeragamkan sistem pendidikan C Mewujudkan persefahaman rakyat D Melahirkan penduduk yang produktif 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 21. SULIT 21 21/1 47 Jadual berikut menerangkan persidangan yang diusahakan oleh pertubuhan politik di Tanah Melayu. Tarikh Persidangan Februari 1954 Parti Negara mengadakan Konferensi Nasional Ogos 1954 UMNO menganjurkan Konvensi Nasional Apakah persamaan perkara yang dibincangkan dalam persidangan tersebut ? I Pilihan raya II Perpaduan kaum III Kemajuan ekonomi IV Kelonggaran syarat kerakyatan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 48 Senarai berikut adalah syarat yang dilonggarkan untuk mendapatkan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu  Warga negara British dan koloninya  Menetap di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 12 tahun secara berturut-turut  Banyak berjasa kepada Tanah Melayu Bagaimanakah cara kerakyatan diberikan berdasarkan syarat tersebut? A Jus soli B Naturalisasi C Permohonan D Kuatkuasa undang-undang 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 22. SULIT 22 21/1 49 Jadual di bawah merujuk kepada perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu. Tahun Laporan Pelajaran Tanah Melayu 1951 Laporan Barnes 1952 Ordinan Pelajaran 1952 1956 Laporan Razak Apakah persamaan matlamat laporan pelajaran tersebut? A Mengukuhkan sekolah vernakular B Mempamerkan identiti kaum C Memperkaya budaya bangsa D Melahirkan semangat perpaduan 50 Dialog berikut mungkin berlaku semasa Rundingan London 1956? Pegawai British : Kami bersedia memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu dengan syarat pangkalan tentera kami dikekalkan Wakil Tanah Melayu : Kami setuju dan mahukan konsep raja berperlembagaan dikekalkan Mengapakah British mengenakan syarat tersebut? A Meneruskan sistem perundangan Barat B Membentuk perpaduan kaum C Menjamin kepentingan ekonomi D Mengukuhkan kedudukan Pesuruhjaya Tinggi 51 Rajah berikut menerangkan tugas X di Tanah Melayu. Menjamin kedudukan raja-Raja Melayu Tugas X Mewujudkan satu rupa bangsa Persekutuan Tanah Melayu Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu merdeka Apakah X? A Suruhanjaya Reid B Suruhanjaya Cobbold C Jawatankuasa Eksekutif D Jawatankuasa Antara Kerajaan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 23. SULIT 23 21/1 52 Jadual berikut menerangkan peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Tarikh/Masa Peristiwa 31 Ogos 1957  Bendera Union Jack diturunkan 12.00 malam  Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan Apakah kesan peristiwa tersebut? A Ekonomi British disekat B Negara autokrasi dibentuk C Pangkalan tentera asing ditutup D Kuasa pemerintahan tempatan dikembalikan 53 Rajah berikut menunjukkan faktor yang menimbulkan Gerakan Antipenyerahan Sarawak Menggunakan tipu muslihat Faktor Gerakan Tidak berunding dengan pemimpin tempatan Antipenyerahan Sarawak X Apakah X? A Warisan budaya terhakis B Desakan pelabur Eropah C Syarat kerakyatan liberal D Bertentangan Perlembagaan 1941 54 Garis masa berikut menerangkan perkembangan yang berlaku di Sabah 1962 Pilihan Majlis Undangan diperkenalkan 1960 Perlembagaan dipinda bagi menambah bilangan bumiputera dalam Majlis Undangan 1952 Pilihan raya Majlis Tempatan diadakan Mengapakah langkah tersebut dilaksanakan? A Melatih penduduk ke arah berkerajaan sendiri B Memupuk perpaduan kaum C Mempercepatkan penyerahan negeri D Menggalakkan penubuhan parti politik 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 24. SULIT 24 21/1 55 Rajah berikut menunjukkan parti-parti yang menganggotai Perikatan Sabah pada tahun 1962. Pertubuhan Kebangsaan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu Sabah Bersatu (UNKO) (USNO) PERIKATAN SABAH Persatuan Cina Sabah Pasok Momogun (SCA) Mengapakah perikatan tersebut ditubuhkan? A Meminda perlembagaan B Memenangi pilihan raya C Menentang gagasan Malaysia D Membantah penyerahan negeri kepada British 56 Jadual berikut berkaitan dengan langkah ke arah pembentukan Malaysia. Penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) Pengerusi : Donald Stephens (Tun Fuad Stephens) Ahli : Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu) Lee Kuan Yew (Singapura) Tun Datu Mustapha Datu Harun (Sabah) Temenggung Jugah Anak Barieng (Sarawak) Datuk Setia Pangeran Ali (Brunei) Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa tersebut? A Merangka perlembagaan B Meninjau pendapat rakyat C Mengadakan pungutan suara D Memberi penerangan kepada pemimpin 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 25. SULIT 25 21/1 57 Rajah berikut menerangkan proses mendapatkan pandangan rakyat ke arah pembentukan Persekutuan Malaysia. X : Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak Referendum : Meninjau pandangan penduduk Singapura Suruhanjaya PBB : Meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak Apakah X? A Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia B Jawatankuasa Antara Kerajaan C Suruhanjaya Cobbold D Suruhanjaya Reid 58 Carta berikut menerangkan rumusan laporan Suruhanjaya Cobbold berkaitan pembentukan Malaysia. 1/3 1/3 menyokong menyokong dengan syarat tanpa syarat hak dilindungi 1/3 menyokong dengan syarat merdeka dahulu Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan laporan tersebut? A Desakan pengaruh luar B Penjajahan bentuk baru C Keikhlasan dalam penggabungan D Kepentingan penduduk diabaikan 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT
  • 26. SULIT 26 21/1 59 Jadual berikut menerangkan usaha yang dilakukan pada awal tahun 1960an. Tarikh Peristiwa Mei 1963 Rundingan tidak rasmi di Tokyo Ogos 1963 Sidang Kemuncak di Manila Februari 1964 Persidangan di Bangkok Jun 1964 Pesidangan di Tokyo Mengapakah usaha tersebut diambil? A Mengadakan hubungan diplomatik B Menamatkan konfrontasi C Membendung pemberontakan rakyat D Mempercepatkan penggabungan negeri 60 Jadual di bawah menerangkan tindakan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1960-an. Tindakan Tuanku Abdul Rahman Putra Tahun 1961 Tahun 1965 Mencadangkan Singapura bercantum Mengumumkan Singapura dipisahkan dengan Persekutuan Tanah Melayu daripada Persekutuan Malaysia Mengapakah Tunku bertindak sedemikian? A Mengatasi krisis ekonomi B Menjamin kestabilan negara C Mematuhi desakan antarabangsa D Menamatkan pertikaian sempadan KERTAS SOALAN TAMAT 21/1 © 2010 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Selangor [Lihat halaman sebelah SULIT