Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
SULIT 1249/1
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
_____________________________...
SULIT 2 1249/1
1 Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pencapaian lahiriah.
Apakah unsur-unsur lahiriah yang dipentin...
SULIT 3 1249/1
5 Bagaimanakah Raja Indravarman I berjaya menjadikan kerajaan Angkor sebagai
sebuah kerajaan yang kuat?
A M...
SULIT 4 1249/1
7 Rajah 1 ialah garis masa menunjukkan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.
6 Ogos 610 M. X
605 M. Menyelesaika...
SULIT 5 1249/1
9 Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Apakah keistimewaan piagam tersebut?
A M...
SULIT 6 1249/1
13 Gambar 2 ialah Masjid Agung Demak di Jawa.
Gambar 2
Apakah kepentingan masjid tersebut kepada kerajaan I...
SULIT 7 1249/1
15 Rajah 1 merujuk kepada sistem pentadbiran kerajaan Melayu.
Pentadbiran pusat Pentadbiran X Pentadbiran k...
SULIT 8 1249/1
18 Maklumat berikut berkaitan dengan Revolusi Pertanian di Eropah.
Sebelum tahun 1761, tuan tanah di Britai...
SULIT 9 1249/1
D Kapitalis
21 Dialog berikut diucapkan oleh rakyat Indonesia pada awal abad ke-19 akibat tidak
berpuas hat...
SULIT 10 1249/1
23 Rajah berikut menerangkan perubahan sikap Dato’ Syahbandar di Sungai Ujong?
21 April 1874
Enggan menand...
SULIT 11 1249/1
B Mengeratkan kerjasama rakyat
C Memantapkan sistem pentadbiran
D Mengekalkan raja berkuasa mutlak
26 Jadu...
SULIT 12 1249/1
28 Gambar 3 menunjukkan demonstrasi antipenyerahan Sarawak oleh orang Melayu
Sarawak pada tahun 1949.
Gamb...
• Lord Brassey
• Malcolm MacDonald
• Dato’ Onn Ja’afar
SULIT 13 1249/1
30 Jadual 1 berkaitan dengan keputusan pilihan raya...
SULIT 14 1249/1
32 Antara yang berikut, manakah merupakan hak autonomi yang diberi kepada
kerajaan negeri Sabah dan Sarawa...
SULIT 15 1249/1
B Dewan Rakyat
C Dewan Keadilan
D Dewan Undangan Negeri
35 Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong...
SULIT 16 1249/1
C II dan III
D III dan IV
38 Pernyataan berikut berkaitan dengan cabaran kesembilan Wawasan 2020.
Memupuk ...
SULIT 17 1249/1
40 Malaysia memberi sumbangan penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) berhubung keamanan duni...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Trial N9 2016. Soalan K1

333 views

Published on

Trial N9 2016

Published in: Education
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Trial N9 2016. Soalan K1

  1. 1. SULIT 1249/1 MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS ________________________________________________ PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK TINGKATAN 5 SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI SEMBILAN 2016 SEJARAH KERTAS 1 Satu jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika anda hendak menukarkan jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu. Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak. [Lihat halaman sebelah 1249/1 © 2015 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  2. 2. SULIT 2 1249/1 1 Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pencapaian lahiriah. Apakah unsur-unsur lahiriah yang dipentingkan? A Penulisan dan undang-undang B Kesopanan dan tatasusila C Kepercayaan dan agama D Pembangunan insan 2 Kod Undang-undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Apakah kepentingan perundangan tersebut kepada masyarakat Mesopotamia? A Melicinkan urusan pentadbiran B Mengawal kegiatan perdagangan C Mengurangkan kuasa golongan bangsawan D Mengukuhkan struktur organisasi masyarakat 3 Mengapakah sistem pentadbiran Rom diketuai oleh dua orang konsul? A Menjimatkan kos pentadbiran B Mengimbangi kuasa pemerintahan C Mengelakkan pemberontakan rakyat D Mengamalkan sistem pentadbiran demokrasi 4 Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani, iaitu pada tahun 776 S.M.. Apakah tujuan Sukan Olimpik diadakan? A Mengukuhkan hubungan antara negara kota B Menentukan kekuatan negara kota C Memperingati Dewi Athena D Menghormati Tuhan Zeus 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  3. 3. SULIT 3 1249/1 5 Bagaimanakah Raja Indravarman I berjaya menjadikan kerajaan Angkor sebagai sebuah kerajaan yang kuat? A Membina sistem pengairan B Memantapkan sistem pentadbiran C Menyediakan kemudahan pelabuhan D Meluaskan wilayah takluk 6 Gambar 1 menunjukkan monumen penting di Asia Tenggara. Gambar 1 Mengapakah monumen tersebut dibina? A Pusat pentadbiran B Pusat perdagangan C Benteng pertahanan D Lambang orde kosmos 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  4. 4. SULIT 4 1249/1 7 Rajah 1 ialah garis masa menunjukkan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW. 6 Ogos 610 M. X 605 M. Menyelesaikan persengketaan Hajar Aswad 595 M. Berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid 582 M. Mengikut rombongan perniagaan ke Syam 20 April 570 M. Kelahiran Nabi Muhammad SAW Rajah 1 Apakah X? A Dakwah Islamiah secara terbuka B Menerima wahyu pertama C Berhijrah ke Madinah D Pengisytiharan sebagai Rasulullah 8 Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak turut berhijrah ke Habsyah? I Memberi tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah II Pemulauan oleh penduduk Habsyah terhadap keluarga Nabi III Nabi tidak mendapat jemputan daripada penduduk Habsyah IV Menjaga keselamatan umat Islam yang tidak berhijrah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  5. 5. SULIT 5 1249/1 9 Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Apakah keistimewaan piagam tersebut? A Menerima wahyu Allah B Menamatkan perang saudara C Merintis pembukaan kota Makkah D Merupakan panduan memilih khalifah 10 Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat Perjanjian Hudaibiyah walaupun kandungannya lebih memihak kepada Quraisy Makkah? A Usaha untuk menawan orang Quraisy B Cara untuk mengelakkan peperangan C Taktik untuk menyerang Makkah D Strategi untuk menyebarkan Islam 11 Apakah tujuan Khalifah Ali meminta Gabenor al-Asytar mengikat perjanjian dengan golongan zimmi? A Membina sistem pengairan B Mengenakan kutipan jizyah C Memantapkan sistem pentadbiran D Melatih orang tempatan sebagai tentera 12 Kerajaan Bani Umaiyyah telah berjaya menjalankan penyelidikan bagi memajukan bidang pertanian. Apakah kemajuan tersebut? A Menebus guna tanah B Menggunakan baja asli C Mencipta peralatan moden D Menghasilkan benih berkualiti 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  6. 6. SULIT 6 1249/1 13 Gambar 2 ialah Masjid Agung Demak di Jawa. Gambar 2 Apakah kepentingan masjid tersebut kepada kerajaan Islam Demak? A Menterjemahkan kitab al-Dur al-Manzum B Menempatkan 22 orang ulama C Menjadi markas dakwah Islamiah D Menyebarkan pengaruh kesusasteraan rakyat 14 Pantun berikut menggambarkan amalan hidup masyarakat Asia Tenggara selepas kedatangan Islam. Pergi mendaki Gunung Daik Hendak menjerat kancil dan rusa Bergotong-royong amalan yang baik Elok diamalkan setiap masa Apakah nilai yang diterapkan daripada amalan tersebut? A Bekerjasama B Integriti C Amanah D Kecekapan 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  7. 7. SULIT 7 1249/1 15 Rajah 1 merujuk kepada sistem pentadbiran kerajaan Melayu. Pentadbiran pusat Pentadbiran X Pentadbiran kampung Rajah 1 Apakah X? A Kawasan B Wilayah C Daerah D Jajahan 16 Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan terdiri daripada 12 suku. Mengapakah ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan suku yang sama? A Menjamin hak pewarisan harta B Mengelakkan fahaman assabiah C Memelihara persefahaman dan keharmonian D Menganggap suku sebuah keluarga yang besar 17 Apakah faktor yang mendorong kemunculan golongan baron di Eropah pada Zaman Gelap ? A Kemusnahan kuasa pusat B Kemunculan petani kecil C Kemerosotan perdagangan D Keperluan bahan mentah 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  8. 8. SULIT 8 1249/1 18 Maklumat berikut berkaitan dengan Revolusi Pertanian di Eropah. Sebelum tahun 1761, tuan tanah di Britain menghadapi masalah untuk mengusahakan pertanian secara besar-besaran. Apakah masalah tersebut? A Ketiadaan modal B Kekurangan kemahiran C Kesukaran mendapatkan buruh D Kelemahan sistem pemilikan tanah 19 Andaikan anda terlibat dengan kegiatan ekonomi sara diri di Tanah Melayu pada awal abad ke -18. Bagaimanakah anda mengunakan lebihan pengeluaran yang berlaku? A Keperluan pasaran tempatan B Keperluan pasaran luar C Sumber pembayaran zakat D Sumber pembayaran ufti 20 Rajah berikut menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemilikan tanah di Tanah Melayu selepas kedatangan British. Sebelum British Pembesar Apakah X ? A Sultan B Residen C Komprador 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT Selepas British X
  9. 9. SULIT 9 1249/1 D Kapitalis 21 Dialog berikut diucapkan oleh rakyat Indonesia pada awal abad ke-19 akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Belanda. Mengapakah rakyat Indonesia bersikap demikian? A Pelaksanaan Sistem Polo B Pelaksanaan sistem birokrasi barat C Pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa D Pelaksanaan sistem pendidikan barat 22 Jadual berikut menunjukkan persatuan yang ditubuhkan. Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan semangat nasionalisme? A Isu Kaum B Isu Kasut C Isu Kerakyataan D Isu Kedaulatan 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT Tahun Persatuan 1906 Persatuan Belia Buddha Rakyat 1 : Menyesal aku hantar anak melanjutkan pelajaran Rakyat 2 : Betullah...belajar tinggi pun, tidak berpeluang bekerja dalam sektor kerajaan.
  10. 10. SULIT 10 1249/1 23 Rajah berikut menerangkan perubahan sikap Dato’ Syahbandar di Sungai Ujong? 21 April 1874 Enggan menandatangani perjanjian dengan British Apakah yang menyebabkan perubahan tersebut? A Gagal menguasai Sungai Ujong B Gagal menyelesaikan isu tanah C Gagal menawan Bukit Putus D Gagal menawan Balai Polis 24 Bagaimanakah pertubuhan berikut menentang pihak Jepun di Tanah Melayu? A Menjalankan perang gerila B Menubuhkan tentera semut C Melaksanakan perang saraf D Menyebarkan propoganda 25 Maklumat berikut merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Melayu. Apakah kepentingan undang-undang tubuh tersebut? A Menghalang pengaruh komunis 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT • Force 136 • Parti Komunis Malaya • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911
  11. 11. SULIT 11 1249/1 B Mengeratkan kerjasama rakyat C Memantapkan sistem pentadbiran D Mengekalkan raja berkuasa mutlak 26 Jadual berikut berkaitan pembinaan negara dan bangsa di Jerman dan Madinah. Negara Amalan Jerman X Madinah Musyawarah Apakah X ? A Syura B Monarki C Realpolitik D Autokratik 27 Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi manfaat kepada orang Melayu? A Melindungi kedudukan istimewa B Memelihara ekonomi C Menguasai pentadbiran D Memberi kebebasan berpolitik 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  12. 12. SULIT 12 1249/1 28 Gambar 3 menunjukkan demonstrasi antipenyerahan Sarawak oleh orang Melayu Sarawak pada tahun 1949. Gambar 3 Apakah tindakan British untuk menyekat penentangan tersebut? A Mengarahkan kakitangan kerajaan meletak jawatan B Mengharamkan persatuan dan pertubuhan C Mengeluarkan Surat Pekeliling Bil. 9 D Menghantar surat bantahan ke London 29 Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri Sistem Ahli? I Kabinet bayangan II Sembilan orang anggota III Dipilih melalui pilihan raya IV Menggubal perlembagaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  13. 13. • Lord Brassey • Malcolm MacDonald • Dato’ Onn Ja’afar SULIT 13 1249/1 30 Jadual 1 berkaitan dengan keputusan pilihan raya yang disertai oleh Parti Perikatan. Jadual 1 Apakah rumusan daripada keputusan pilihan raya tersebut? A Pemilihan secara mutlak B Penglibatan golongan raja C Permaufakatan kaum D Pembahagian kuasa 31 Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut? A Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu B Mencadangkan pembentukan Malaysia C Menentang penubuhan Malayan Union D Mengesyorkan pengasasan MAPHILINDO 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT Tahun Peringkat pilihan raya Keputusan pilihan raya 1952 Bandaran Memenangi 26 daripada 37 kerusi 1954 Negeri Memenangi 226 daripada 268 kerusi 1955 Persekutuan Memenangi 51 daripada 52 kerusi
  14. 14. SULIT 14 1249/1 32 Antara yang berikut, manakah merupakan hak autonomi yang diberi kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak menurut Perlembagaan Malaysia? I Kewangan II Imigresen III Perkhidmatan awam IV Hal ehwal luar negara A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 33 Apakah tindakan yang membolehkan kerakyatan seseorang dilucutkan berdasarkan perkara 24 Perlembagaan Malaysia? A Tidak mengamalkan Rukun Negara B Tidak memartabatkan Bahasa Melayu C Mempunyai kerakyatan negara lain D Melanggar undang-undang adat 34 Maklumat berikut menerangkan Badan Perundangan di Malaysia. X • Merupakan dewan terpenting • Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya • Mengandungi 222 ahli Apakah X ? A Dewan Negara 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  15. 15. SULIT 15 1249/1 B Dewan Rakyat C Dewan Keadilan D Dewan Undangan Negeri 35 Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Mengapakah hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik? A Perlindungan keselamatan B Halangan jangka masa bertugas C Pertindihan bidang kuasa yang ada D Jaminan kesaksamaan undang-undang 36 Deklarasi Kuala Lumpur 1971 telah mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Mengapakah pengisytiharan tersebut penting kepada Asia Tenggara? A Mengukuhkan pemerintahan demokrasi B Menjamin pertumbuhan ekonomi C Memelihara kesejahteraan rakyat D Mengekalkan kestabilan politik 37 Dasar Kependudukan dilancarkan pada 29 Mac 1984 bermatlamat mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang tahun 2100. Apakah kesan positif pelaksanaan dasar tersebut? I Menggalakkan perpaduan II Memajukan pendidikan III Memenuhi bekalan tenaga kerja IV Meningkatkan produktiviti A I dan II B I dan IV 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT
  16. 16. SULIT 16 1249/1 C II dan III D III dan IV 38 Pernyataan berikut berkaitan dengan cabaran kesembilan Wawasan 2020. Memupuk dan membina masyarakat makmur Bagaimanakah cabaran tersebut dapat diatasi? A Memastikan rakyat beretika B Memantapkan jati diri rakyat C Mempunyai taraf hidup yang tinggi D Melahirkan rakyat yang berjiwa bebas 39 Senarai berikut berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa. Apakah tujuan Malaysia menyertai pertubuhan tersebut? A Menjamin keselamatan B Menguasai ekonomi dunia C Mengadakan pakatan ketenteraan D Memantapkan struktur pentadbiran 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT • Komanwel • Negara-Negara Selatan • Pertubuhan Persidangan Islam
  17. 17. SULIT 17 1249/1 40 Malaysia memberi sumbangan penting dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung keamanan dunia. Apakah sumbangan tersebut? I Menentang Dasar Aparteid II Menghantar pasukan pemerhati III Membebaskan negara yang dijajah IV Memberi bantuan kewangan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV KERTAS SOALAN TAMAT 1249/1 © 2016 Hak cipta MPSM Cawangan Negeri Sembilan SULIT

×