Model ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai dan berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas.
Oleh itu pertarungan Silat Tempur hanya menggunakan asas-asas serang bela di atas gelanggang berbentuk pelantar ataupun garis lurus berukuran 2 meter x 9 meter.
Bermakna kaedah serangan dan belaan harus dilakukan pada satu garisan lurus.
Model Silat Tempur menekankan bahawa silat ialah ilmu pergaduhan atau pertempuran secara berhadapan yang menggunakan tulang empat kerat secara tanpa senjata.
#gayungfatani
#senisilatmalaysia
#majlissilatmalaysia
#psgfm
1. ABSTRAK
Modelinibertujuanuntukmeningkatkankemahiranbeladiriataumempertahankan
diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai
serang bela berangkai dan berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas.
Oleh itu pertarungan Silat Tempur hanya menggunakan asas-asas serang bela di
atas gelanggang berbentuk pelantar ataupun garis lurus berukuran 2 meter x 9
meter. Bermakna kaedah serangan dan belaan harus dilakukan pada satu garisan
lurus. Model Silat Tempur menekankan bahawa silat ialah ilmu pergaduhan atau
pertempuran secara berhadapan yang menggunakan tulang empat kerat secara
tanpa senjata. Maka secara asasnya gerakan adalah di atas satu garisan lurus
sama ada secara maju atau undur. Oleh itu pesilat harus mahir melakukan serang
bela yang selamat dan boleh mendatangkan hasil atau markah. Para Jurulatih
Silat mestilah memberi latihan dan kefahaman peraturan untuk bertanding.
Maknanya pertandingan yang diamalkan nanti harus tidak menyimpang daripada
gerak, kaedah, rupa dan bentuk silat. Pola Bertanding ialah bermula dengan
Sikap Sedia Hormat (tundukkan sedikit kepala), Sikap Pasang, Langkah, serang
bela dan kembali kepada Sikap Pasang. Bagaimana pun permainan Silat Tempur
mempunyai peraturan khusus yang telah ditetapkan bagi menentukan permainan
tersebut selamat. Pesilat harus menjadikan permainan atau pertandingan ini
sebagai wadah untuk meningkatkan kemahiran dan mutu silat yang diamalkannya.
Oleh itu pesilat harus memperkukuhkan dan mengekalkan norma dan ciri silat bagi
tujuan mengekalkan keaslian silat. Walaupun Silat Tempur merupakan bayangan
ilmu pergaduhan atau pertempuran secara silat, tetapi dalam masa yang sama
silat membina nilai-nilai murni, jati diri dan seni budaya bangsa pewarisnya.
permasalahan
rujukan
hubungi
objektif
• Untuk memperkenalkan Model Silat Tempur, sebagai model pertandingan
yang sesuai untuk para pelajar yang berumur di antara 7 – 14 tahun.
• Untuk memperkenalkan Model Silat yang dapat meminimumkan kecederaan
kepada para pelajar, sekiranya terlibat di dalam pertarungan sukan Silat.
halatuju komersil
KEPENTINGAN KEPADA MASYARAKAT
KEUNIKAN PRODUK
• Sukan Silat Olahraga telah hilang rupa dan bentuknya yang asal, kerana
telah dipengaruhi oleh pencak silat, yang mana peraturan pertandingan telah
berubah, serta telah hilang rupa gerak Silat yang sebenar.
• Silat Olahraga yang telah mengalami perubahan ini, telah mengakibatkan ramai
pesilat mengalami kecederaan, kerana kekeliruan peraturan pertandingan,
kesilapan teknik, serta tiada pengetahuan tentang kecederaan sukan.
• Peraturan pertandingan Silat Olahraga, didapati tidak sesuai untuk para pelajar
sekolah di Malaysia, terutamanya lingkungan umur 7 – 14 tahun, kerana
fizikal dan mental mereka masih belum bersedia untuk menghadapi intensiti
pertandingan.
1. Anuar, A.W. (1987). Silat Olahraga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Anuar, A.W. (1992). Teknik dalam Seni Silat Melayu (Technique in Malay Silat). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
3. Anuar, A.W. (1993). Silat Olahraga (2nd edn.). The art, technique and regulations. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Anuar, A.W. (2002). Pendidikan dan Nilai-nilai Murni dalam Seni Silat (Education and Noble Values
in Martial Arts). In Ministry of Culture, Art and Heritage, Manual jurulatih dan ringkasan mengajar
(Instructor manual and summary of coaching), Tahap 1, Seni Silat Malaysia Untuk Jurulatih (First
level, Seni Silat Malaysia for coaches). Paperwork. Kuala Lumpur: Ministry of Culture, Art and Heritage.
5. Anuar, A.W. (2007). Silat. Sejarah perkembangan kurikulum silat Melayu tradisi dan pembentukan
kurikulum Silat Malaysia moden (Silat: The development history of traditional Malay silat and
development of modern Silat Malaysia curriculum.). Bandar Baru Bangi, Selangor: Hizi Print Sdn Bhd.
• Bengkel dan Seminar Silat Tempur yang pertama telah dijalankan di Universiti
Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2013.
• Siri Jelajah Pertandingan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan telah dijalankan:
1. di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (Zon Tengah) pada April 2014
2. di Universiti Teknologi Mara, Seremban 3, Negeri Sembilan (Zon Selatan)
pada Ogos 2014
3. di Rumah Tamu Kerajaan, Kuantan (Zon Pantai Timur) pada Disember
2014
4. di Dewan Seksyen 7, (Piala Aminuddin Anuar) Bandar Baru Bangi pada
Mac 2015
• Jelajah ini akan diteruskan ke seluruh Malaysia dengan bantuan KBS dan
sokongan kelab-kelab silat di seluruh negara.
• Mewujudkan pertandingan yang bermakna dalam memelihara keaslian kaedah
Seni Beladiri Melayu.
• Meningkatkan kecergasan fizikal dan pengetahuan sains sukan dalam
pertandingan silat kerana pertandingan ini memberi kecergasan dan kemahiran
silat iaitu bersilat dengan selamat (Silat Tempur).
• Mempromosikan seni warisan silat Melayu yang diperturunkan turun –
temurun dan mengubah destini anak bangsa (petanding silat) ke peringkat
antarabangsa.
• Mewujudkan perhubungan yang berharmonis untuk mengeratkan perpaduan
dalam pertandingan sukan silat menuju Wawasan 2020.
• Konsep Papan Sekeping atau pelantar bergaris lurus memudahkan para
pesilat untuk mengaplikasikan teknik silat dengan lebih mudah.
• Konsep pertandingan yang bercirikan rupa gerak Silat, berasaskan pola serang
– bela yang betul.
• Model pertandingan Silat Tempur sesuai kepada pelajar yang berumur di antara
7 – 14 tahun atau kepada para pesilat baru.
Mohamad Nizam MOHAMED SHAPIE1, 2
Sarimah ISMAIL1
Mohd Shahiid ELIAS2
Mohd Shaleh MUJIR3
1
Fakulti sukan dan rekreasi, UiTM Shah Alam,
Malaysia
2
pertubuhan seni Gayung Fatani Malaysia
3
Fakulti seni lukis dan seni reka, UiTM Alor Gajah,
Melaka, Malaysia
Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie
nizam7907@salam.uitm.edu.my
+6 03-5544 2928
+6 017-344 6272