1. KARNIVALTVET KEBANGSAAN2023
Pertandingan INOVASI ( Kategori TVET)
TARIKH : 4 OKTOBER 2023
MASA : 11.30 PAGI – 4.00 PETANG
TEMPAT : IPG KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN :
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pensyarah yang mengajar di semua institusi TVET
seluruh Malaysia.
2. Pertandingan dijalankan secara berkumpulan terdiri daripada maksimum 3 orang ahli
kumpulan
3. Kategori pertandingan adalah seperti berikut:
a. Teknologi Maklumat dan Sains Gunaan
• Produk inovasi Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) dan teknikal berkaitan
Teknologi maklumat, Sains Komputer, Matematik, teknologi Hijau, teknologi
Makanan dan bidang berkaitan.
b. Teknologi dan Kejuruteraan
• Produk inovasi Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) dan teknikal berkaitan
Teknologi dan Kejuruteraan Elektrik, Mekanikal, Awam, Kimia, Senibina dan
bidang berkaitan.
c. Perdagangan, Hospitaliti, Seni dan Rekabentuk
• Produk inovasi Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) dan teknikal berkaitan bidang
perdagangan, hospitaliti, Rekabentuk, Lanskap, pengajian am dan bidang
berkaitan.
d. Sains Sosial, Pentadbiran, Pengurusan dan Umum
• Produk inovasi yang dibangunkan untuk meningkatkan produktiviti dan
menambahbaik proses kerja di jabatan.
4. Peserta perlu mendaftar penyertaan melalui laman web Karnival TVET Kebangsaan 2023.
5. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM130.00 untuk 1 kumpulan. (Untuk sijil, makan minum
peserta sepanjang 2 hari dan cenderahati pendaftaran)
6. Bayaran hendaklah dibuat ke akaun Bank Muamalat 1303-0001094-71-4 atas nama Kelab
Kebajikan Warga PPD Besut dan catatan Reference : Pendaftaran Inovasi TVET.
7. Peserta perlu hadir sejam sebelum pertandingan bermula untuk urusan persiapan tempat.
8. Pihak penganjur hanya menyediakan sebuah meja dan 2 buah kerusi untuk setiap reruai.
9. Alatan dan kelengkapan lain yang diperlukan untuk pembentangan perlu dibawa sendiri oleh
peserta.
10. Masa pembentangan adalah 15 minit untuk setiap kumpulan.
11. Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat dan kriteria pertandingan dari semasa
ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan.
12. Keputusan panel hakim dan pengadil adalah muktamad.
2. 13. E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.
14. Hadiah kepada pemenang adalah seperti berikut :
a. Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga : Hamper, Wang Tunai dan Sijil Pemenang
b. Tempat Keempat dan Kelima : Sijil Pemenang dan hamper
15. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Pertandingan Inovasi TVET boleh berhubung dengan,
sila hubungi Pn. Azrind Binti Othman di talian 019-9174496