SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)
AMBILAN MAC 2011
NAMA

:

MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI

KURSUS

:

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM
SAINS - BBR 36903

NO. MATRIK

:

DB100345

INSTITUSI

:

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN
MALAYSIA

Untuk perhatian Pensyarah:
En Ghazally Spahat
KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
BBR 36903
1
BIODATA PELAJAR

NAMA

MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI

NO. KAD PENGENALAN

810504-05-5131

NO. MATRIK

DB100345

KURSUS

Program Pensiswazahan Guru (Ppg)
Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah)
Ambilan Mac 2011

NO. TELEFON BIMBIT

019-6282171
KUARTERS GURU,

ALAMAT TETAP

SK MENSUDUT LAMA,

NO TELEFON

85100 BATU ANAM,
SEGAMAT, JOHOR.

ALAMAT SEMASA
(PENJAGA)

NO. 429 FELDA PALONG DUA,
73450, GEMAS
NEGERI SEMBILAN.

TARIKH LAHIR

4 MEI 1981

UMUR SEKARANG

32 TAHUN

e-mail

Palong.2.429@gmail.com
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma

PENGALAMAN
BERKERJA

3 Januari 2005 – Sekarang
SK SPANG LOI, Segamat)
2
ISI KANDUNGAN
Muka surat

Bil

Tajuk

1

ISI KANDUNGAN

2

Soalan

3

4

A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM
IMAGE TO DETAILED NARRATIVE

4

3

Rujukan

5 - 11

12

SUBJEK KOD : BBR 36903

3
MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
TUGASAN INDIVIDU :
A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED
NARRATIVE
FOTO
KOGNITIF (60%)
-

LAPORAN

-

RUJUKAN

-

KESARJANAAN

-

UPLOAD PENULISAN

PSIKOMOTOR (40%)
-

TARIKH

-

LOKASI

-

SPESIFIKASI KAMERA

-

TAJUK / MESEJ

-

KUALITI FOTO

-

UPLOAD BAHAN

4
A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED
NARRATIVE
( Disediakan oleh : Mohamad Fadli Bin Sabit Ali – DB100345 )
“ SIHAT SEBELUM SAKIT”

GAMBAR 1 (SAYA DAN KELUARGA KETIKA SIHAT)

GAMBAR 2 ( SAYA MASUK HOSPITAL 3 HARI )

5
A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED
NARRATIVE
( Disediakan oleh : Mohamad Fadli Bin Sabit Ali – DB100345 )

LOKASI 01: NO 429, FELDA PALONG DUA, 73450 GEMAS, NEGERI SEMBILAN.
LOKASI 02: HOSPITAL BESAR KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.
TARIKH : 22 NOVEMBER 2013
MASA : 12.30 PETANG
NAMA : HANSET SONY ERICSSON LIVE WITH WALKMAN (WT19)
Primary 5 MP, 2592x1944 pixels, autofocus, LED
flash, check quality
Features Geo-tagging, touch focus, face and smile
detection, image stabilization

Kemahiran Tumpuan Dalam Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan
kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk
menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran
saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga
memerlukan dan membolehkan individu memperkembangkan sikap yang positif.
Selain itu, kemahiran saintifik juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh
setiap individu bagi menghasilkan kemajuan dalam kehidupan seharian. Kemahiran saintifik
adalah kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.
Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan
kemahiran saintifik. Pelbagai kajian yang telah dijalankan di dunia ini bagi mencari penyelesaian
sesuatu masalah adalah menggunakan kemahiran saintifik.
Kemahiran berfikir yang terdiri daripada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir
kreatif juga merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan seharian. kemahiran berfikir
dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan
masalah. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
6
Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan
bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan
menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan
idea-idea yang ada.
Tugasan kali ini mengkehendaki saya untuk menterjemahkan gambar yang dilihat dengan
mengggunakan kemahiran tumpuan sains secara naratif iaitu penceritaan dalam bentuk ilmiah.
Saya telah memilih gambar saya sewaktu saya sihat dan terlantar sakit di Hospital Besar Kuala
Pilah selama tiga hari. Gambar pertama menunjukkan diri saya yang disangkakan sentiasa sihat.
Ramai rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah menegur gaya hidup dan pemakanan saya yang
tidak seimbang. Mereka sentiasa menasihati dan mengingati saya agar menjaga kesihatan kerana
kesihatan adalah aset terbesar dalam kehidupan seharian kita. Malang tidak berbau, saya
dimasukkan ke Wad Kecemasan akibat cirit-birit tetapi ada penyakit lain yang tersembunyi. Saya
telah diberitahu yang kandungan gula dalam darah dan air kencing saya sangat tinggi. hampir 22
tahap glukos dalam darah saya. Gambar kedua membuktikan penyataan rakan-rakan dan ahli
keluarga saya adalah benar.
Penjagaan kesihatan amat penting tetapi sentiasa diabaikan oleh hampir ke semua rakyat
khususnya di negara kita. Apa yang menjadi persoalannya adalah mengapa perkara ini diabaikan
oleh segelintir daripada kita termasuklah saya? Percaya atau tidak, idea tercetusnya untuk
menjaga kesihatan adalah daripada proses berfikir dalam otak manusia. Otak manusia yang
merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria
dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan
kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan
merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.
Menyentuh tentang proses berfikir seseorang manusia, ianya adalah merangkumi
beberapa kemahiran yang khusus. Kemahiran ini termasuklah kemahiran tumpuan dalam sains,
kemahiran saintifik, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kesemua kemahiran
ini digunakan oleh semua individu normal dan ianya dibezakan dari segi penterjemahan hasil
daripada kemahiran berfikir seseorang. Sebagai contoh, bagaimana seseorang individu itu
mensintesiskan apa yang dilihat dari mata kasar, apa pandangan dan terjemahan mereka
terhadap sesuatu isu.
7
Berdasarkan gambar yang telah diambil ini, beberapa perkara perlu dihuraikan secara
lebih teliti. Secara logiknya, saya yang baru berusia 32 tahun ini sepatutnya sihat dan tidak ada
penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai 'T2DM'. Namun begitu, kemahiran
berfikir dan kemahiran tumpuan sains telah berlaku dalam diri saya. Sebelum saya sakit, saya
telah menggunakan kemahiran tumpuan sains iaitu pemerhatian. Pemerhatian merupakan
proses di mana menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk
mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena. Berdasarkan gambar ini, saya telah
melihat beberapa sintom
1. Kerap kencing – Simtom awal orang yang menghidap penyakit ini adalah kerap ke
tandas. ya, untuk kencing! Selalu dahaga dan membuatkan tandas adalah peneman sejati
2. Berat badan turun – Walaupun ramai yang suka dengan penurunan berat badan, simtom
untuk kencing manis juga boleh dilihat dengan penurunan berat badan yang mendadak.
Penurunan ini sudah pasti tidak sihat dan kalau korang tiba2 je turun berat badan tanpa
lakukan apa-apa, baik check!
3. Cepat lapar – lapar je memanjang juga adalah tanda untuk menghidap kencing manis.
pelik? jangan fikir lama sangat, jumpa doktor cepat-cepat!
4. Masalah kulit – kalau tiba2 rasa kulit cukup sensitif, buat ini tidak selesa, buat itu tidak
selesa, itu adalah antara simtom yang perlu perjumpaan dengan doktor secepat mungkin
5. Proses sembuh luka yang lambat – mana2 anggota badan tercedera misalnya dan
mengambil masa yang lama untuk pulih juga simtom penyakin ini. berhati2lah!
6. Cepat letih – takde tenaga nak buat itu ini, bahaya sebab ia sudah peringkat teruk. Perlu
mendapat khidmat doktor dengan secepat mungkin
7. Jangkitan kulat – bahaya terutama perempuan, badan akan cepat sangat berasa effect
sebarang penyakit yang merebak. imunisasi sangat kurang. kalau di bahagian vagina,
pompuan perlu sangat berhati2 dengan kebersihan
8. Mata kabur – dulu kalau mata ok je, tiba2 start jadi kabur, tak boleh nak tengok benda
jauh, masa untuk berjumpa dengan dontor!

8
9. Kaki sembap – orang kata kalau kaki sembap ni tak cukup air. Jangan ambil remeh
sangat, check dengan doktor takut ia merupakan kesan dari kencing manis sebab kaki sembap
ini antara simtom akhir untuk seseorang berpenyakit kencing manis ini
Saya juga menjalankan pemerhatian dan menganalisis berkemungkinan besar saya
telah menghidapi penyakit kencing manis, tetapi saya masih tidak percaya. Gambar kedua telah
membuktikan sangkaan saya dulu adalah benar. Tetapi saya mesti berfikiran positif dan yakin
yang setiap penyakit pasti ada ubatnya.
Selain itu, kemahiran proses sains iaitu kemahiran meramal juga telah digunakan oleh saya.
Hal ini dapat dibuktikan apabila saya meramalkan kesan jangka masa panjang jika saya tidak
menjaga aras gula dalam darah saya. saya akan berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit
kronik seperti kerosakan jantung dan buah pinggang. selain itu juga, dalam Keadaan kecemasan
pesakit kencing manis seperti saya boleh mengalami perkara-perkara seperti di bawah:
•

Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami
sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di
serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah

•

Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini
biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh
tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi
angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri.

•

Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami
mengantuk dan tidak sedar diri
Saya juga menggunakan kemahiran berfikir kreatif iaitu membuat gambaran mental

apa yang perlu saya lakukan selepas saya keluar dari wad nanti. Membuat gambaran mental
membawa makna membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau
gagasan dalam minda sebelum diterjemahkan dalam bentuk lakaran lukisan atau sebagainya.
Selesai proses melakukan gambaran mental, Saya akan mensintesiskan gambaran mental
tersebut dengan menulis perkara-perkara yang harus saya lakukan seperti membuat jadual makan

9
mengikut masa, menentukan makanan yang seimbang dalam diet untuk pesakit kencing manis
seperti saya, jadual untuk pemeriksaan doktor, jadual untuk makan ubat, dan lain-lain lagi.
Pada kebiasaaan rakyat Malaysia adalah mereka lebih gemar makan mengikut nafsu dan
kurang bersenam. Gaya hidup yang tidak sihat ini boleh mengakibatkan penyakit ini menjadi
lebih kronik. Oleh itu, kita pelu memilih untuk kekal sihat atau menanggung penyakit kronik
seperti kencing manis ini. Proses ini dinamakan membanding beza iaitu mencari persamaan
dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan
peristiwa. Bagi kes ini, banding beza amat penting bagi menyedarkan mereka betapa pentingnya
pemakanan seimbang dan senaman. Proses banding beza ini merupakan salah satu kemahiran
berfikir kritis.
Melalui proses kemahiran berfikir kritis iaitu menyusun mengikut keutamaan. Saya
perlu merancang kerana diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat
ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal
dengan cara berikut:
1.

Penjagaan pemakanan dan berat badan

2.

Kerap bersenam

3.

Pengubatan

4.

Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Selepas selesai membuat perancangan , banyak perubahan yang dapat dilihat dari mata kasar
hasil daripada kemahiran-kemahiran yang telah digunakan dan diterjemahkan. Hasilnya, Pesakit
diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul.
Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga
pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil)
dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat
yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :
•

Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil?
10
•

Jenis rawatan yang diterima?

•

Dimana hendak mendapat ubat?

Penilaian ini merupakan salah satu kemahiran befikir kritis. Menilai iaitu membuat
pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau
dalil yang sah. Kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran tumpuan sains yang telah
digabungjalinkan dan diterjemahkan menbolehkan saya menjalankan kehidupan yang normal
seperti individu lain.
Walaupun secara rambangnya, kebanyakkan rakyat Malaysia bukan terdiri daripada
kumpulan masyarakat yang menjaga makan dan kesihatan, ini terbukti dengan fakta yang ada
melalui corak pengambilan gula di malaysia. Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di
Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman
di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir
dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis. Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada
tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula
per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada
keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri
iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124
gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.
Namum, mereka juga boleh mencapai keselesaan dalam kehidupan dengan cara
mengelakkan dari mendapat Kencing Manis dengan cara:
 Mengawal pengambilan makanan: Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan
makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah
 Melakukan senaman fizikal: Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah
dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda
mengurangkan berat badan.
 Ubatan
o

Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin
11
o

Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat
hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin
memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu.

RUJUKAN
Tan, J. N. (1999). The Development and Implementation of The Primary School Science
Curriculum in Malaysia. Unpublished PhD thesis of the University of East Anglia, Norwich,
United Kingdom.
Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Tiga.
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pendidikan Guru(1995). Mempelajari Kemahiran Proses Sains. Buku Sumber
Pengajaran Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Jilid 2. Projek PIER. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zurida Ismail (1998). Penguasaan kemahiran
PusatPerkembangan Kurikulum. 1 (1), 109-120.

12

proses

sains.

Jurnal

Kurikulum,

More Related Content

Similar to Kesihatan Utama

Ppt deteksi dini gangguan tumbuh kembang
Ppt deteksi dini gangguan tumbuh kembangPpt deteksi dini gangguan tumbuh kembang
Ppt deteksi dini gangguan tumbuh kembangSiti Nurhayati
 
Metodologi penelitian pendidikan
Metodologi penelitian pendidikanMetodologi penelitian pendidikan
Metodologi penelitian pendidikanFppi Unila
 
Kebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan Istirahat
Kebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan IstirahatKebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan Istirahat
Kebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan Istirahatpjj_kemenkes
 
Deteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.ppt
Deteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.pptDeteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.ppt
Deteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.pptssuser1a94271
 
PRESENTASI JAMBORE FKTP
PRESENTASI JAMBORE FKTPPRESENTASI JAMBORE FKTP
PRESENTASI JAMBORE FKTPwijayanti1974
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1ramlahcm69
 
Kb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulan
Kb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulanKb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulan
Kb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulanpjj_kemenkes
 
Modul 5 pedoman praktek lab. anak sehat
Modul 5 pedoman praktek lab. anak sehatModul 5 pedoman praktek lab. anak sehat
Modul 5 pedoman praktek lab. anak sehatpjj_kemenkes
 
Terapi realiti (1) [autosaved]
Terapi realiti (1) [autosaved]Terapi realiti (1) [autosaved]
Terapi realiti (1) [autosaved]ShahrulKamaruddin1
 
Kb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahun
Kb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahunKb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahun
Kb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahunpjj_kemenkes
 
Kesehatan mental, orientasi umum
Kesehatan mental, orientasi umumKesehatan mental, orientasi umum
Kesehatan mental, orientasi umumKua Nuha
 
Kumpulan-Sdki-Slki-Siki.doc
Kumpulan-Sdki-Slki-Siki.docKumpulan-Sdki-Slki-Siki.doc
Kumpulan-Sdki-Slki-Siki.docMuslihUdin14
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinJenry Saiparudin
 

Similar to Kesihatan Utama (20)

Ppt deteksi dini gangguan tumbuh kembang
Ppt deteksi dini gangguan tumbuh kembangPpt deteksi dini gangguan tumbuh kembang
Ppt deteksi dini gangguan tumbuh kembang
 
Mediakom 33
Mediakom 33Mediakom 33
Mediakom 33
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Metodologi penelitian pendidikan
Metodologi penelitian pendidikanMetodologi penelitian pendidikan
Metodologi penelitian pendidikan
 
Kebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan Istirahat
Kebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan IstirahatKebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan Istirahat
Kebutuhan Personal Hygiene, Aktivitas dan Istirahat
 
Deteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.ppt
Deteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.pptDeteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.ppt
Deteksi-Dini-Masalah-Kesehatan-Jiwa.ppt
 
PRESENTASI JAMBORE FKTP
PRESENTASI JAMBORE FKTPPRESENTASI JAMBORE FKTP
PRESENTASI JAMBORE FKTP
 
Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1Cth karangan gaya hidup sihat 1
Cth karangan gaya hidup sihat 1
 
Kb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulan
Kb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulanKb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulan
Kb 1 penilaian dan klasifikasi bayi muda umur 1 hari sampai kurang 2 bulan
 
Berfikir kritis
Berfikir  kritisBerfikir  kritis
Berfikir kritis
 
Proses kep new
Proses kep newProses kep new
Proses kep new
 
Modul 5 pedoman praktek lab. anak sehat
Modul 5 pedoman praktek lab. anak sehatModul 5 pedoman praktek lab. anak sehat
Modul 5 pedoman praktek lab. anak sehat
 
Terapi realiti (1) [autosaved]
Terapi realiti (1) [autosaved]Terapi realiti (1) [autosaved]
Terapi realiti (1) [autosaved]
 
Kb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahun
Kb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahunKb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahun
Kb 1 mtbs 2 bulan sampai 5 tahun
 
TEORI REALITI
TEORI REALITITEORI REALITI
TEORI REALITI
 
Kesehatan mental, orientasi umum
Kesehatan mental, orientasi umumKesehatan mental, orientasi umum
Kesehatan mental, orientasi umum
 
Kumpulan-Sdki-Slki-Siki.doc
Kumpulan-Sdki-Slki-Siki.docKumpulan-Sdki-Slki-Siki.doc
Kumpulan-Sdki-Slki-Siki.doc
 
Metodologi keperawatan
Metodologi keperawatanMetodologi keperawatan
Metodologi keperawatan
 
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudinTd10003 latihan 2 jenry saiparudin
Td10003 latihan 2 jenry saiparudin
 
makalah Asuhan keperawatan lansia
makalah Asuhan keperawatan lansiamakalah Asuhan keperawatan lansia
makalah Asuhan keperawatan lansia
 

Kesihatan Utama

  • 1. UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) AMBILAN MAC 2011 NAMA : MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI KURSUS : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS - BBR 36903 NO. MATRIK : DB100345 INSTITUSI : UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA Untuk perhatian Pensyarah: En Ghazally Spahat KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS BBR 36903 1
  • 2. BIODATA PELAJAR NAMA MOHAMAD FADLI BIN SABIT ALI NO. KAD PENGENALAN 810504-05-5131 NO. MATRIK DB100345 KURSUS Program Pensiswazahan Guru (Ppg) Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) Ambilan Mac 2011 NO. TELEFON BIMBIT 019-6282171 KUARTERS GURU, ALAMAT TETAP SK MENSUDUT LAMA, NO TELEFON 85100 BATU ANAM, SEGAMAT, JOHOR. ALAMAT SEMASA (PENJAGA) NO. 429 FELDA PALONG DUA, 73450, GEMAS NEGERI SEMBILAN. TARIKH LAHIR 4 MEI 1981 UMUR SEKARANG 32 TAHUN e-mail Palong.2.429@gmail.com Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma PENGALAMAN BERKERJA 3 Januari 2005 – Sekarang SK SPANG LOI, Segamat) 2
  • 3. ISI KANDUNGAN Muka surat Bil Tajuk 1 ISI KANDUNGAN 2 Soalan 3 4 A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE 4 3 Rujukan 5 - 11 12 SUBJEK KOD : BBR 36903 3
  • 4. MATA PELAJARAN : KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS TUGASAN INDIVIDU : A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE FOTO KOGNITIF (60%) - LAPORAN - RUJUKAN - KESARJANAAN - UPLOAD PENULISAN PSIKOMOTOR (40%) - TARIKH - LOKASI - SPESIFIKASI KAMERA - TAJUK / MESEJ - KUALITI FOTO - UPLOAD BAHAN 4
  • 5. A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE ( Disediakan oleh : Mohamad Fadli Bin Sabit Ali – DB100345 ) “ SIHAT SEBELUM SAKIT” GAMBAR 1 (SAYA DAN KELUARGA KETIKA SIHAT) GAMBAR 2 ( SAYA MASUK HOSPITAL 3 HARI ) 5
  • 6. A PICTURE’S WORTH A THOUSAND WORDS – FROM IMAGE TO DETAILED NARRATIVE ( Disediakan oleh : Mohamad Fadli Bin Sabit Ali – DB100345 ) LOKASI 01: NO 429, FELDA PALONG DUA, 73450 GEMAS, NEGERI SEMBILAN. LOKASI 02: HOSPITAL BESAR KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. TARIKH : 22 NOVEMBER 2013 MASA : 12.30 PETANG NAMA : HANSET SONY ERICSSON LIVE WITH WALKMAN (WT19) Primary 5 MP, 2592x1944 pixels, autofocus, LED flash, check quality Features Geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization Kemahiran Tumpuan Dalam Sains juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu pengetahuan diperoleh sebagai hasil penyiasatan. Inkuiri secara saintifik juga memerlukan dan membolehkan individu memperkembangkan sikap yang positif. Selain itu, kemahiran saintifik juga merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap individu bagi menghasilkan kemajuan dalam kehidupan seharian. Kemahiran saintifik adalah kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Pelbagai kajian yang telah dijalankan di dunia ini bagi mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran berfikir yang terdiri daripada kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif juga merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan seharian. kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. 6
  • 7. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Tugasan kali ini mengkehendaki saya untuk menterjemahkan gambar yang dilihat dengan mengggunakan kemahiran tumpuan sains secara naratif iaitu penceritaan dalam bentuk ilmiah. Saya telah memilih gambar saya sewaktu saya sihat dan terlantar sakit di Hospital Besar Kuala Pilah selama tiga hari. Gambar pertama menunjukkan diri saya yang disangkakan sentiasa sihat. Ramai rakan-rakan dan ahli keluarga yang telah menegur gaya hidup dan pemakanan saya yang tidak seimbang. Mereka sentiasa menasihati dan mengingati saya agar menjaga kesihatan kerana kesihatan adalah aset terbesar dalam kehidupan seharian kita. Malang tidak berbau, saya dimasukkan ke Wad Kecemasan akibat cirit-birit tetapi ada penyakit lain yang tersembunyi. Saya telah diberitahu yang kandungan gula dalam darah dan air kencing saya sangat tinggi. hampir 22 tahap glukos dalam darah saya. Gambar kedua membuktikan penyataan rakan-rakan dan ahli keluarga saya adalah benar. Penjagaan kesihatan amat penting tetapi sentiasa diabaikan oleh hampir ke semua rakyat khususnya di negara kita. Apa yang menjadi persoalannya adalah mengapa perkara ini diabaikan oleh segelintir daripada kita termasuklah saya? Percaya atau tidak, idea tercetusnya untuk menjaga kesihatan adalah daripada proses berfikir dalam otak manusia. Otak manusia yang merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi. Menyentuh tentang proses berfikir seseorang manusia, ianya adalah merangkumi beberapa kemahiran yang khusus. Kemahiran ini termasuklah kemahiran tumpuan dalam sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran berfikir kreatif. Kesemua kemahiran ini digunakan oleh semua individu normal dan ianya dibezakan dari segi penterjemahan hasil daripada kemahiran berfikir seseorang. Sebagai contoh, bagaimana seseorang individu itu mensintesiskan apa yang dilihat dari mata kasar, apa pandangan dan terjemahan mereka terhadap sesuatu isu. 7
  • 8. Berdasarkan gambar yang telah diambil ini, beberapa perkara perlu dihuraikan secara lebih teliti. Secara logiknya, saya yang baru berusia 32 tahun ini sepatutnya sihat dan tidak ada penyakit diabetes melitus jenis 2 atau dikenali sebagai 'T2DM'. Namun begitu, kemahiran berfikir dan kemahiran tumpuan sains telah berlaku dalam diri saya. Sebelum saya sakit, saya telah menggunakan kemahiran tumpuan sains iaitu pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses di mana menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan maklumat tentang objek atau fenomena. Berdasarkan gambar ini, saya telah melihat beberapa sintom 1. Kerap kencing – Simtom awal orang yang menghidap penyakit ini adalah kerap ke tandas. ya, untuk kencing! Selalu dahaga dan membuatkan tandas adalah peneman sejati 2. Berat badan turun – Walaupun ramai yang suka dengan penurunan berat badan, simtom untuk kencing manis juga boleh dilihat dengan penurunan berat badan yang mendadak. Penurunan ini sudah pasti tidak sihat dan kalau korang tiba2 je turun berat badan tanpa lakukan apa-apa, baik check! 3. Cepat lapar – lapar je memanjang juga adalah tanda untuk menghidap kencing manis. pelik? jangan fikir lama sangat, jumpa doktor cepat-cepat! 4. Masalah kulit – kalau tiba2 rasa kulit cukup sensitif, buat ini tidak selesa, buat itu tidak selesa, itu adalah antara simtom yang perlu perjumpaan dengan doktor secepat mungkin 5. Proses sembuh luka yang lambat – mana2 anggota badan tercedera misalnya dan mengambil masa yang lama untuk pulih juga simtom penyakin ini. berhati2lah! 6. Cepat letih – takde tenaga nak buat itu ini, bahaya sebab ia sudah peringkat teruk. Perlu mendapat khidmat doktor dengan secepat mungkin 7. Jangkitan kulat – bahaya terutama perempuan, badan akan cepat sangat berasa effect sebarang penyakit yang merebak. imunisasi sangat kurang. kalau di bahagian vagina, pompuan perlu sangat berhati2 dengan kebersihan 8. Mata kabur – dulu kalau mata ok je, tiba2 start jadi kabur, tak boleh nak tengok benda jauh, masa untuk berjumpa dengan dontor! 8
  • 9. 9. Kaki sembap – orang kata kalau kaki sembap ni tak cukup air. Jangan ambil remeh sangat, check dengan doktor takut ia merupakan kesan dari kencing manis sebab kaki sembap ini antara simtom akhir untuk seseorang berpenyakit kencing manis ini Saya juga menjalankan pemerhatian dan menganalisis berkemungkinan besar saya telah menghidapi penyakit kencing manis, tetapi saya masih tidak percaya. Gambar kedua telah membuktikan sangkaan saya dulu adalah benar. Tetapi saya mesti berfikiran positif dan yakin yang setiap penyakit pasti ada ubatnya. Selain itu, kemahiran proses sains iaitu kemahiran meramal juga telah digunakan oleh saya. Hal ini dapat dibuktikan apabila saya meramalkan kesan jangka masa panjang jika saya tidak menjaga aras gula dalam darah saya. saya akan berdepan dengan pelbagai komplikasi penyakit kronik seperti kerosakan jantung dan buah pinggang. selain itu juga, dalam Keadaan kecemasan pesakit kencing manis seperti saya boleh mengalami perkara-perkara seperti di bawah: • Hipoglisemia -ialah apabila tahap gula dalam darah adalah rendah. Anda akan mengalami sakit kepala, rasa pening, pusing, ketar tangan dan berpeluh. Anda boleh pengsan atau di serang sawan jika kandungan gula anda adalah terlalu rendah • Diabetes Ketoacidosis adalah keadaan serius apabila tahap gula terlalu tinggi. (Ini biasanya bermaksud anda benar-benar kekurangan insulin). Ia juga boleh di hasilkan oleh tekanan, jangkitan kuman, kecederaan, penggunaan ubatan atau kemasukan wad bagi angin ahmar atau sakit jantung. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri. • Hiperglisemia - adalah apabila tahap gula dalam darah tinggi. Anda akan mengalami mengantuk dan tidak sedar diri Saya juga menggunakan kemahiran berfikir kreatif iaitu membuat gambaran mental apa yang perlu saya lakukan selepas saya keluar dari wad nanti. Membuat gambaran mental membawa makna membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda sebelum diterjemahkan dalam bentuk lakaran lukisan atau sebagainya. Selesai proses melakukan gambaran mental, Saya akan mensintesiskan gambaran mental tersebut dengan menulis perkara-perkara yang harus saya lakukan seperti membuat jadual makan 9
  • 10. mengikut masa, menentukan makanan yang seimbang dalam diet untuk pesakit kencing manis seperti saya, jadual untuk pemeriksaan doktor, jadual untuk makan ubat, dan lain-lain lagi. Pada kebiasaaan rakyat Malaysia adalah mereka lebih gemar makan mengikut nafsu dan kurang bersenam. Gaya hidup yang tidak sihat ini boleh mengakibatkan penyakit ini menjadi lebih kronik. Oleh itu, kita pelu memilih untuk kekal sihat atau menanggung penyakit kronik seperti kencing manis ini. Proses ini dinamakan membanding beza iaitu mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek dan peristiwa. Bagi kes ini, banding beza amat penting bagi menyedarkan mereka betapa pentingnya pemakanan seimbang dan senaman. Proses banding beza ini merupakan salah satu kemahiran berfikir kritis. Melalui proses kemahiran berfikir kritis iaitu menyusun mengikut keutamaan. Saya perlu merancang kerana diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut: 1. Penjagaan pemakanan dan berat badan 2. Kerap bersenam 3. Pengubatan 4. Pemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang. Selepas selesai membuat perancangan , banyak perubahan yang dapat dilihat dari mata kasar hasil daripada kemahiran-kemahiran yang telah digunakan dan diterjemahkan. Hasilnya, Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) dan/atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi : • Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambil? 10
  • 11. • Jenis rawatan yang diterima? • Dimana hendak mendapat ubat? Penilaian ini merupakan salah satu kemahiran befikir kritis. Menilai iaitu membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Kemahiran berfikir, kemahiran saintifik, kemahiran tumpuan sains yang telah digabungjalinkan dan diterjemahkan menbolehkan saya menjalankan kehidupan yang normal seperti individu lain. Walaupun secara rambangnya, kebanyakkan rakyat Malaysia bukan terdiri daripada kumpulan masyarakat yang menjaga makan dan kesihatan, ini terbukti dengan fakta yang ada melalui corak pengambilan gula di malaysia. Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis. Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 sudu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa. Namum, mereka juga boleh mencapai keselesaan dalam kehidupan dengan cara mengelakkan dari mendapat Kencing Manis dengan cara:  Mengawal pengambilan makanan: Mengambil makanan seimbang kerana pengambilan makanan berlebihan akan meninggikan tahap gula dalam darah  Melakukan senaman fizikal: Senaman dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan membantu insulin bekerja dengan lebih berkesan. Senaman juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan.  Ubatan o Jika anda pengidap diabetes jenis 1, anda memerlukan suntikan insulin 11
  • 12. o Jika anda pengidap diabetes jenis 2, anda mungkin hanya memerlukan pengambilan ubat hipoglisemia untuk menurunkan tahap gula dalam darah dan sesetengah mungkin memerlukan suntikan insulin. Ubatan herba juga mungkin membantu. RUJUKAN Tan, J. N. (1999). The Development and Implementation of The Primary School Science Curriculum in Malaysia. Unpublished PhD thesis of the University of East Anglia, Norwich, United Kingdom. Pusat Pembangunan Kurikulum (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Sains. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahun Tiga. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru(1995). Mempelajari Kemahiran Proses Sains. Buku Sumber Pengajaran Pembelajaran Sains Sekolah Rendah Jilid 2. Projek PIER. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Zurida Ismail (1998). Penguasaan kemahiran PusatPerkembangan Kurikulum. 1 (1), 109-120. 12 proses sains. Jurnal Kurikulum,