3. Rangkap 5: Generasi tua berasa sedih kerana budaya
kita semakin dilupakan oleh generasi muda.
Rangkap 1 : Pada zaman dahulu, gadis-gadis duduk
dengan bersopan santun dan memakai pakaian
tradisional Melayu.
Rangkap 2 : Pemuda-pemuda pada masa dahulu amat
rajin bekerja namun tetap mempertahankan nilai-nilai
warisan bangsa.
Rangkap 3 : Kini keadaan sudah berubah. Gadis dan
pemuda tidak lagi menitikberatkan budaya Melayu.
Mereka kurang bersemangat dan tidak produktif.
Rangkap 4: Pemuda-pemudi lebih menggemari muzik
Barat hingga menyebabkan muzik dan pakaian tradisional
semakin dipinggirkan.
4. Persoalan
i. Keindahan dan kesopanan budaya Melayu yang perlu
dipertahankan.
ii. Pengaruh budaya asing dalam budaya Melayu.
iii. Kecenderungan anak-anak muda terhadap budaya
asing selain melupakan budaya sendiri.
iv. Harapan golongan tua agar budaya warisan terus
dipertahankan.
Tema
Tema sajak ini ialah peranan golongan muda dalam
mempertahankan adat dan budaya Melayu
Nada
• Melankolik
5. i. Berbentuk bebas.
ii. Terdiri daripada lima rangkap.
iii. Bilangan katanya satu hingga lima patah kata
sebaris
iv. Terdiri daripada empat hingga empat belas suku
kata sebaris.
v. Rima akhir setiap rangkap adalah berbeza.
-Contohnya, rima akhir rangkap pertama
ialah aaab manakala rima akhir rangkap kedua
ialah abbcc,
Bentuk
6. i. Asonansi
(pengulangan vokal a)
Contohnya, kelihatan sang dara bersimpuh ayu,
berbaju Melayu warisan bangsa, menganyam segar.
(pengulangan vokal e)
Contohnya, bersalut songket tenunan Melayu, meniup
seruling bambu.
ii. Aliterasi
(pengulangan konsonan d)
Contohnya, Ayahanda bonda di pondok.
Unsur-unsur Bunyi
7. i. Anafora
(pengulangan kata pada awal baris)
Contohnya,
-kata tiada pada rangkap ketiga baris 2 dan 3
-kata tubuh-tubuh pada rangkap ketiga baris 5 dan 6
ii. Personifikasi
Contohnya: irama gamat menodai kedamaian, seruling
bambu diam keusangan, songket dan batik muram
disisihkan.
iii. Inversi (ayat songsang)
Contohnya: tiada lagi sang dara ayu
Gaya Bahasa
8. PENGAJARAN
i. Golongan muda hendaklah mengekalkan warisan
pakaian tradisional kita.
ii. Golongan muda jangan lah mudah terpengaruh oleh
budaya.
iii. Kita mestilah mempunyai jati diri.
Nilai
i. Kesopanan
Contohnya, memelihara tingkah laku.
ii. Kerajinan
Contohnya, sentiasa mengamalkan sikap ringan tulang.
iii.Bertanggungjawab
Contohnya, mempertahankan warisan.