1. JANUARI 2013
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
NAME : BELINDA BT PANJANG
NO. MATRIK : 750702105724001
NO.KAD PENGENALAN : 750702105724
NO. TELEFON : 0194346177
E-MAIL :
LEARNING CENTRE : Perak Learning Center
71, Jln. Lim Bo Seng, 30300 Ipoh.
2. Bil Perkara
1 Pengenalan
2 Definisi dan konsep Sekolah Bestari
3 Perbincangan dan Analisis Penyelidikan
- Latar belakang Penyelidikan
- Pemahaman tentang konsep
- Pemahaman tentang objektif, peranan dan fungsi
- Pemahaman tentang pedagogi
- Pemahaman tentang ciri-ciri
- Pemahaman tantang kemahiran
- Pemahaman tentang penilaian
- Pemahaman tentang hasil guna tenaga
- Kajian terdahulu
- Cadangan penambahbaikan
4 Kesimpulan
Lampiran
Bibliografi
3. PENGHARGAAN
Salam sejahtera.
Sekalung penghargaan kepada Encik Zakuan, pensyarah Bahasa yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tanpa tunjuk ajar dan bimbingan saya tidak pasti boleh menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Zakuan kerana banyak memberi
saya input-input terkini yang berlaku dalam dunia pendidikan. Penerangan yang diberikan
tentang Sekolah Bestari adalah sangat membantu sekiranya mendengar dengan teliti. Selain itu,
penerangan secara mendalam diberikan dan membuatkan saya seolah-seolah mempelajari
sesuatu yang baru. Rakan-rakan sekelas juga banyak membantu dalam menyiapkan tugasan ini.
Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada responden atau guru-
guru yang bekerjasama membantu saya dalam membuat soal selidik. Segala jasa baik individu
yang terlibat hanya tuhan sahaja yang membalasnya.
Terima kasih.
4. PENGENALAN
Sekolah bestari diwujudkan bagi memenuhi aspirasi negara untuk mencapai wawasan 2020. Hal
ini adalah bertujuan bagi melahirkan modal insan yang seimbang dari segi emosi, jasmani,
rohani dan intelek. Sejajar dengan itu, sekolah bestari disediakan dengan kelengkapan yang
lengkap seperti kemudahan ICT serta budaya pembelajaran yang berbeza dari sekolah harian
biasa. Penilaian di sekolah bestari juga adalah secara holistik iaitu melihat perkembangan
seseorang pelajar itu secara menyeluruh.
Namun, dalam era pendidikan masa kini, sekolah harian biasa juga sedang menuju ke
arah yang sama dalam melahirkan modal insan yang seimbang. Tidak banyak perbezaan atau
hanya terdapat jurang yang kecil dalam kalangan sekolah harian biasa dengan sekolah bestari
dalam memberikan pendidikan kepada pelajar.
Objektif penulisan ini adalah bagi menentukan tahap pemahaman guru-guru dari
kalangan sekolah harian biasa tentang sekolah bestari dan bagaimana sistem sekolah bestari itu
berjalan. Selain itu, penulisan ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana persepsi guru-
guru dari sekolah harian biasa tentang sekolah bestari sama ada sangat berbeza dengan sekolah
harian ataupun tidak. Persoalan – persoalan ini terjawab dengan mengadakan kajian terhadap isu
yang ditimbulkan. Kajian juga meliputi persediaan guru-guru sekolah harian biasa untuk
melaksanakan pembelajaran dan pengajaran seperti di sekolah bestari.
Pemahaman dan kesediaan guru-guru adalah penting bagi merealisasikan hasrat negara
untuk mencapai negara maju dan berdaya saing di samping dapat melahirkan modal insan yang
seimbang. Modal insan merupakan perkara utama yang harus diberi perhatian oleh sesebuah
negara bagi memastikan negara terus maju dan gah dimata dunia.
5. DEFINISI SEKOLAH BESTARI
Sekolah boleh didefinisikan sebagai tempat orang untuk mempelajari ilmu. Bestari pula boleh
didefinisikan sebagai mempunyai pendidikan yang baik dan pengetahuan yang luas. Menurut
Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP sekolah bestari boleh ditakrifkan sebagai sekolah
yang berasaskan komputer dan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran.
Kamus Dewan Edisi Keempat pula mentakrifkan sekolah sebagai tempat untuk belajar
dan mengajar serta tempat menerima dan memberi pelajaran. Bestari pula ditakrifkan sebagai
beroperasi dengan berbantukan komputer, teknologi maklumat dan sebagainya (berkenaan
sistem, sekolah)
Kesimpulannya, sekolah bestari boleh ditakrifkan sebagai tempat mempelajari ilmu dan
memberi ilmu dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini seperti komputer dan
kelengkapan ICT.
KONSEP SEKOLAH BESTARI
Konsep sekolah bestari bertunjangkan kepada dua komponen asas iaitu Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni. Selain itu, pengupayaan dalam ICT dan
mempunyai daya fikir serta daya saing yang tinggi dalam dunia global bagi melahirkan insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek yang mempunyai pemikiran yang
kreatif dan kritis serta akhlak yang mulia. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Mashitoh
Yaacob dan Maharam Mamat (2001) yang menyatakan bahawa Sekolah Bestari menekankan
perkembangan individu secara menyeluruh bukan sahaja dalam domain intelektual malah dalam
domain afektif iaitu sahsiah murid. Oleh yang demikian, harapan Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai kepakaran dan daya pemikiran
kritis dan kreatif di samping mempunyai akhlak yang mulia.
6. Menurut Datuk Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Sekolah Bestari merupakan:
“An exciting development of our education system is the creation of Smart Schools. Smart
schools are being planned in stages nationally, not only to meet the requirements of the
Multimedia Super Corridor, but also to create a new generation of Malaysians – Malaysians
who are more creative and innovative in their thinking, adopt with new technologies, and able to
access and manage completely the information explosion.”
(Blueprint Projek Rintis Sekolah Bestari, 1998)
Menurut kajian yang dijalankan oleh pelajar UKM yang bertajuk Menjejaki
Perkembangan Komuniti Pengamal Dalam Kalangan Guru Sekolah Bestari, antara penekanan
atau perkara yang digariskan dalam melaksanakan sekolah bestari ialah bahan pembelajaran dan
pengajaran, sistem penilaian, sistem pengurusan sekolah, infrastruktur teknologi dan integrasi
sistem.
Bahan pembelajaran dan pengajaran sekolah bestari disediakan dalam bentuk yang lebih
menarik dengan menggunakan bahan interaktif dan membolehkan pelajar berkomunikasi dengan
bahan dibantu oleh guru yang bertindak sebagai fasilitator. Bahan pembelajaran yang disediakan
juga adalah mesra pengguna yang lebih menjurus kepada pembelajaran kendiri. Pembelajaran
dan pengajaran di sekolah bestari adalah berpusatkan pelajar dan guru perlu menyediakan bahan
mengikut tahap pelajar secara individu. Individu akan mempelajari sesuatu perkara atau topik
sehingga benar-benar menguasai. Setelah menguasai topik tersebut, barulah pelajar didedahkan
dengan topik pembelajaran yang seterusnya. Oleh yang demikian, pembelajaran di sekolah
bestari adalah lebih demokrasi iaitu semua pelajar dipastikan telah menguasai topik dengan baik.
Tahap penguasaan pelajar dikenalpasti mengikut kebolehan dan kecerdasan minda
masing-masing mengikut rujukan kriteria yang telah digariskan. Pelajar yang belum menguasai
sesuatu topik akan dipastikan oleh gurunya meguasai kemahiran tersebut sehingga berjaya.
Pelajar juga dinilai secara holistik dan penilaian dilakukan secara berterusan. Tidak seperti
sekolah harian biasa, pelajar di sekolah bestari dinilai dengan pelbagai cara iaitu secara lisan,
pemerhatian dan melalui lembaran kerja untuk mengenalpasti tahap penguasaan mereka. Para
pelajar juga dinilai dari semua aspek iaitu dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sahsiah diri
serta kemahiran-kemahiran lain.
7. Sekolah bestari adalah sebuah institusi yang dilengkapi dengan kemudahan teknologi
seperti komputer dan peralatan ICT serta kemudahan makmal yang menjadi dasar utama
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengoptimumkan penggunaan ICT dalam pembelajaran.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran dan Sekolah Bestari
Telekom pada tahun 2003 guru-guru sekolah bestari telah dikursuskan bagi menyediakan guru-
guru dalam penggunaan ICT dan aplikasinya serta meningkatkan pengetahuan dalam dunia
global untuk mengharungi pendidikan masa kini yang lebih mencabar. Guru sumber juga
diwujudkan di sekolah bestari yang menjadi sumber rujukan guru-guru lain di sekolah tersebut.
Sistem pembelajaran di sekolah bestari juga telah disediakan selengkapnya oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Aplikasi-aplikasi yang disediakan adalah bagi membantu
pelajar dalam memahami isi pelajaran dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Lee (2007) dalam kajian Sarjana Doktor Falsafahnya
menyatakan bahwa sistem di Sekolah Bestari adalah menggunakan sistem Perkembangan
Profesional Berterusan Sekolah Bestari atau Smart School Continuing Professional Development
telah mendedahkan guru dengan aplikasi yang harus digunakan dalam pembelajaran dan
pengajaran mereka.
Jelas di sini bahawa konsep Sekolah Bestari adalah mementingkan pendemokrasian
dalam pendidikan dimana semua pelajar tidak dinafikan haknya untuk mengetahui, memahami,
mempelajari dan mendalami ilmu dalam sesuatu bidang dengan baik tanpa ada sekatan daripada
para guru untuk menghabiskan silibus dengan berbantukan komputer dan kelengkapan ICT yang
lain. Selain itu, Sekolah Bestari juga amat memberi penekanan kepada pembelajaran berpusatkan
murid dengan sistem penilaian yang berterusan dan pelajar dinilai secara holistik.
8. PERBINCANGAN DAN ANALISIS PENYELIDIKAN
LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN
Penyelidikan dijalankan di 4 buah sekolah termasuk sekolah tempat penyelidik bertugas.
Kesemua sekolah yang menjadi tempat penyelidikan berada di luar bandar. Sekolah-sekolah
tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Ayer Denak yang merupakan sekolah murid Orang Asli,
Sekolah Kebangsaan Tronoh, Sekolah Kebangsaan Batu Tujoh, dan Sekolah Kebangsaan
Changkat Tin. Responden setiap sekolah adalah seramai 5 orang yang terdiri daripada pelbagai
peringkat umur iaitu 1 hingga 5 tahun berkhidmat, 5 hingga 10 tahun berkhidmat, 10 hingga 15
tahun berkhidmat dan 15 hingga 30 tahun berkhidmat. Jantina guru pula ialah 10 orang guru
perempuan dan 10 orang guru lelaki. Guru-guru yang menjadi responden juga mengajar murid-
murid dari kedua-dua tahap iaitu Tahap 1 dan Tahap 2.
KEFAHAMAN TENTANG KONSEP SEKOLAH BESTARI
Hasil dapatan daripada penyelidikan yang dibuat, 25 peratus daripada responden kurang
memahami konsep sekolah bestari dengan baik. Sebanyak 45 peratus pula memahami konsep
Sekolah Bestari dengan baik dan 30 peratus pula memahami konsep dengan lebih baik dimana
guru-guru ini faham akan konsep Sekolah Bestari yang wujudnya perbezaan dengan sekolah
harian biasa. Berdasarkan daripada soalan 1 hingga soalan 4 yang berkitar tentang soalan konsep
Sekolah Bestari kebanyakan golongan pertengahan yang lebih memahami konsep Sekolah
Bestari dengan baik. Manakala golongan umur yang hampir tamat perkhidmatannya kurang
memahami konsep Sekolah Bestari dengan baik. Golongan guru yang baru berkhidmat juga
kurang memahami konsep Sekolah Bestari. Hal ini mungkin disebabkan mereka adalah golongan
yang baru dalam dunia pendidikan dan kurang pengetahuan tentang Sekolah Bestari. 25 peratus
responden menyatakan konsep pembelajaran dan pengajaran Sekolah Bestari hanya sekali-sekala
menjurus kepada pembelajaran akses kendiri. Jelas di sini bahawa guru-guru ini, tiada
pengetahuan tentang Sekolah Bestari. Hal ini terjadi adalah disebabkan kerana golongan guru-
guru ini tidak terlibat secara langsung dengan Sekolah Bestari. Oleh yang demikian, mereka
tidak mengambil peduli tentang Sekolah Bestari.
9. PEMAHAMAN TENTANG OBJEKTIF, PERANAN DAN FUNGSI SEKOLAH BESTARI.
Dapatan Penyelidikan menunjukkan bahawa kebanyakan responden atau guru-guru
megetahui dan memahami objektif, peranan dan fungsi Sekolah Bestari iaitu sebanyak 90
peratus. Hal ini dapat dilihat melalui pemilihan yang dilakukan oleh responden yang memilih
skor 4 iaitu amat kerap bagi soalan 5 hingga 8. Soalan-soalan bagi objektif dan konsep adalah
soalan yang menjurus kepada persoalan yang sama. 10 peratus lagi responden memilih skor 2
iaitu sekali-sekala bagi soalan yang sama. Hal ini menunjukkan masih ada sebilangan kecil
guru-guru masih tidak memahami objektif Sekolah Bestari. Dapatan 90 peratus responden
memilih skor 4 adalah kerana sistem sekolah harian masa kini juga telah mengamalkan sistem
pendidikan yang hampir sama dengan sistem pendidikan Sekolah Bestari.
PEMAHAMAN TENTANG PEDAGOGI SEKOLAH BESTARI
Berdasarkan pemilihan jawapan responden bagi soalan 9, 10,11 dan 12 hanya 80 peratus
memilih skor 3 iaitu pemilihan jawapan tersebut menunjukkan mereka memahami pedagogi
Sekolah Bestari dengan baik. Sebanyak 20 peratus pula memilih skor 2 iaitu sekali-sekala bagi
soalan 9, 10, 11 dan 12. Pemilihan skor 3 juga menunjukkan bahawa responden sebenarnya tahu
tentang pedagogi Sekolah Bestari. Hal ini menunujukkan persamaa yang jelas dengan
pemahaman mereka tentang konsep. Perkara ini juga dapat dilihat dari segi umur responden yang
menunjukkan bahawa golongan umur pertengahan lebih memahami pedagogi Sekolah Bestari
berbanding dengan golongan umur yang lebih senior dan lebih muda. Menurut kajian yang
dibuat oleh Lee(2001) dalam kajian Sarjana Kedoktorannya menyatakan bahawa guru-guru telah
disediakan dengan latihan dan bahan yang selengkapnya bagi melaksanakan Sekolah Bestari.
PEMAHAMAN TENTANG CIRI-CIRI SEKOLAH BESTARI
Soalan 14 hingga 20 adalah soalan yang berkaitan dengan ciri-ciri Sekolah Bestari. Bagi
soalan 14 iaitu soalan yang menyentuh tentang profesionalisme guru-guru yang bertugas di
Sekolah Bestari, kesemua responden memilih skor 2 iaitu sekali-sekala iaitu 100 peratus. Hal ini
menunjukkan adalah mungkin mereka berpendapat bahawa semua golongan guru adalah
10. profesional dan boleh ditempatkan dimana sahaja. Bagi soalan 15, dan 16 sebanyak 60 peratus
responden memilih skor 2 iaitu sekali-sekala dan 40 peratus memilih skor 3 iaitu kerap. Hal ini
menunjukkan kekurangan pengetahuan tentang ciri-ciri Sekolah Bestari yang menyentuh tentang
penyataan hasil pembelajaran dan tentang ciri pembelajaran murid. Bagi soalan 17, 18 dan 20
kesemua responden memilih skor 4 bagi menjawab soalan tersebut. Hal ini menunjukkan
responden faham tentang soalan tersebut kerana perkara ini juga dilaksanakan di sekolah harian
biasa. Oleh yang demikian, hal ini adalah tidak mustahil difahami oleh semua responden. Bagi
soalan 19 yang berkisar tentang sebanyak 70 peratus memilih skor 3 iaitu kerap dan selebihnya
sebanyak 30 peratus memilih skor 2. Soalan 19 ini, mungkin sukar difahami oleh responden iaitu
gabungan guru dan bahan pembelajaran.
PEMAHAMAN TENTANG KEMAHIRAN SEKOLAH BESTARI.
Pemahaman tentang kemahiran yang terdapat atau yang diaplikasikan di Sekolah Bestari
adalah pada soalan 21 hingga soalan 26. Soalan 21 hingga soalan 24 dan soalan 26, kesemua
responden memilih skor 3 dan skor 4. Hal ini mungkin disebabkan kemahiran-kemahiran
tersebut ada diaplikasikan di sekolah harian biasa. Oleh yang demikian, responden berpendapat
kemhiran-kemahiran sudah pasti diaplikasikan di Sekolah Bestari sedangkan sekolah harian
biasa juga mengaplikasikannya. Bagi soalan 25 pula mungkin responden tidak pernah tahu
tentang kemahiran sebagai pemudah cara ada diterapkan pada murid di Sekolah Bestari dan
sebanyak 75 peratus responden memilih skor 2 dan selebihnya 25 peratus memilih skor 3.
11. PEMAHAMAN TENTANG PENILAIAN SEKOLAH BESTARI
Soalan yang menilai tentang bagaimana penilaian dibuat di Sekolah Bestari adalah dari
soalan 27 himgga soalan 31. Bagi soalan 27 dan 30 sebanyak 70 peratus responden tidak
mengetahui dengan baik bagaimana penilaian dibuat di Sekolah Besrtari iaitu responden memilih
skor 2 sahaja. Sebanyak 30 peratus pula memilih skor 3 dan 4. Soalan 28, 29 dan 31 kebanyakan
responden mempunyai pengalaman tentang tujuan, dan cara penilaian dibuat. Oleh yang
demikian sebanyak 90 peratus responden memilih skor 3 dan 4. Sekolah harian juda pada masa
kini mengamalkan cara penilaian yang hampir sama dengan Sekolah Bestari. Hal ini sedikit
sebanyak membantu guru bagaimana mengetahui cara, tujuan dan hasrat penilaian dibuat.
PEMAHAMAN TENTANG HASILAN GUNA TENAGA
Berdasarkan borang soal selidik, soalan yang berkaitan dengan hasilan guna tenaga
adalah soalan 32 hingga soalan 38. Kebanyakan responden memberi skor 3 dan 4 bagi soalan
yang berkisar tentang hasilan guna tenaga. Oleh yang demikian sebanyak 100 peratus responden
mengetahui dan memahami hasilan guna tenaga Sekolah Bestari yang mengikut acuan Malaysia.
KAJIAN-KAJIAN TERDAHULU TENTANG SEKOLAH BESTARI
Terdapat beberapa kajian yang dijalankan oleh beberapa individu dan kumpulan individu
tentang Sekolah Bestari. Pelajar-pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan
kajian mereka tentang Sekolah Bestari yang berkaitan dengan sistem penilaian, sistem
infrastruktur, sistem pengurusan dan bahan pembelajaran.
Selain itu, beberapa orang invidu dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Sekolah
Bestari Telekom (2003) telah menjalankan satu kajian tentang hasil guna tenaga iaitu guru di
Sekolah Bestari dari segi kesediaan dan kepakaran serta latihan dalam menyampaikan ilmu
kepada murid mengikut acuan yang betul.
Lee(2001) dalam kajian Sarjana Kedoktorannya juga telah menyentuh tentang
keberkesanan penggunaan bahan oleh guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hasil
12. dapatan kajian beliau telah mendapati bahawa terdapat dalam kalangan guru Sekolah Bestari
yang hanya bergantung kepada bahan sahaja iaitu hanya mempamerkan atau mempertontonkan
sahaja kepada murid tanpa ada gabungan bahan dan guru.
Dapatan daripada Chua Siew Geck, Rashidi Azizan, Jamalul Lail Abdul Wahab dan
Mohd Izham Mohd Hamzah (2001) telah menyatakan peranan seorang guru Sekolah Bestari
dalam melahirkan modal insan atau murid yang berkemampuan optimum dalam pemikiran dan
kemahiran serta mengamalkan nilai-nilai murni.
Jelas di sini bahawa terdapat banyak kajian yang dijalankan untuk Sekolah Bestari dalam
memastikan keberkesanannya dan bagi memastikan modal insan seperti yang dihasratkan dapat
dilahirkan dengan jayanya. Oleh yang demikian, kajian demi kajian dilakukan bagi memastikan
Sekolah Bestari berada pada landasan yang betul mengikut acuan yang telah digariskan.
CADANGAN PENAMBAIKAN
Berdasarkan hasil dari dapatan yang diperoleh, di sini beberapa cadangan penambaikan
yang boleh dicadangakan bagi membantu merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam menggarap aspirasi negara dalam mencapai Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju dan
berdaya saing disamping mengamalkan nilai-nilai murni.
Antara cadangan penambaikan ialah memperkemaskan lagi latihan kepada guru-guru
dalam bidang ICT agar setiap guru-guru mempunyai kepakaran yang sepatutnya sebagai seorang
fasilitator yang baik dan boleh diaplikasikan dalam pengajarannya dan sekaligus dapat
membantu anak muridnya dalam pembelajaran mereka.
Bagi memastikan murid mendapat pendemokrasian pendidikan yang sepatutnya adalah
lebih berkesan untuk mewujudkan pembantu guru bagi menyelesaikan kerja-kerja yang
berbentuk dokumen-dokumen yang diperlu disediakan oleh seorang guru untuk setiap anak
muridnya. Hal ini dapat memberi ruang kepada guru untuk menyediakan pengajaran yang lebih
baik dan lebih berkesan serta menumpukan perhatian dengan lebih baik terhadap masalah
pembelajaran anak muridnya.
Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah sangat baik jika dapat diaplikasikan dengan baik.
Menurut kajian di sekolah menengah, terdapat masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan
Sekolah Bestari iaitu pelaksanaan penilaian yang lebih efektif dan murid-murid benar-benar
13. dinilai. Bagi mengatasi masalah ini, pentadbir sekolah perlu memastikan guru-guru menjalankan
penilaian yang sepatutnya ke atas anak muridnya. Selain daripada pentadbir sekolah, pemantauan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah dan Pegawai dari Jabatan Pelajaran juga adalah perlu bagi
memastikan guru-guru menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Di peringkat PPD juga
boleh diwujudkan program sekolah angkat dimana seorang pegawai membantu, dan memantau
sekolah yang berada di bawahnya.
Selain daripada cadangan di atas, bagi penambahbaikan seterusnya ialah sistem
peyelenggaraan peralatan ICT. Sesetengah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia
peralatan ICT hanya datng memantau sahaja bukan untuk menyelesaikan masalah. Masalah ini
juga harus dipantau oleh yang berwajib di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan di peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri mahupun Kementerian Pelajaran khasnya dengan lebih efisyen bagi
memastikan tiada masalah berkaitan peralatan ICT supaya pembelajaran dan pengajaran tidak
terganggu. Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran perlu memikirkan satu pendekatan lain bagi
menyelesaikan masalah di atas.
Kementerian Pelajaran Malaysia juga perlu mengadakan kursus-kursus ICT untuk guru-
guru bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut. Hal ini adalah perlu kerana
kebanyakan guru yang lama berkhidmat, pengetahuan mereka tentang penggunaan ICT agak
kurang berbanding dengan guru-guru baru. Hal ini juga memandangkan pendidikan pada masa
kini banyak menggunakan aplikasi-aplikasi atas talian yang memerlukan pengetahuan dalam
bidang ICT.
Kesimpulannya kerjasama semua pihak adalah penting bagi menjayakan hasrat
menjadikan negara Malaysia maju menjelang tahun 2020 adalah satu kenyataan.
14. KESIMPULAN
Penyelidikan yang dijalankan sedikit sebanyak dapat memberi maklumat tentang
sejauhmana keberhasilan pelaksanaan Sekolah Bestari acuan Malaysia seperti yang diharapkan
dapat menjamin mutu modal insan yang lahir pada masa akan datang. Justeru menjadikan
Malaysia sebuah negara maju yang mampu bersaing di persada global dengan berbekalkan
kepakaran tinggi disamping menterjemahkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian dan
menjadi rakyat Malaysia yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Pelaksanaan Sekolah Bestari adalah satu langkah yang bijak walaupun hasil dapatan
penyelidikan didapati masih ada segelintir guru yang tidak memahami apa itu Sekolah Bestari.
Terdapat kekangan dalam pelaksanaan, contohnya dari segi kepakaran guru, dan penilaian yang
dibuat, adakah penilaian itu adalah telus tanpa ada niat untuk menjaga nama baik sekolah atau
untuk membantu meningkatkan pencapaian murid. Hal ini amat sukar dipastikan kerana ia
bergantung kepada ketelusan hati seseorang guru yang melaksanakannya. Namun, ini adalah
kelemahan yang diperoleh oleh kajian yang dijalankan sebelum ini. Jadi, persoalannya adakah
Sekolah Bestari ini akan berjaya seratus peratus seperti yang digariskan. Selain daripada masalah
tersebut di atas semasa menjalankan penyelidikan juga didapati guru-guru juga agak sukar
bekerjasama untuk menjawab soal selidik yang diberikan. Hal ini mungkin disebabkan dengan
kekangan masa kerana tugas seorang guru pada masa kini lebih besar dan mencabar yang
memerlukan komitmen yang tinggi. Semasa membuat analisis penyelidikan pula, adalah
memakan masa yang agak lama kerana tiada pengalaman membuat penyelidikan. Begitu juga
semasa menulis hasil perbincangan atau dapatan, banyak perkara atau cara yang sesuai tidak
diketahui untuk menulis dengan baik. Terdapat banyak kemungkinan untuk menulis hasil
perbincangan sama ada membuat penilaian secara keseluruhan atau dianalisis satu persatu
mengikut nombor soalan. Selain daripada kelemahan terdapat juga kekuatan semasa
menjalankan penyelidikan iaitu bantuan yang diterima daripada pensyarah berdasarkan
keterangan yang diberikan dapat membantu dalam menghasilkan soalan-soalan untuk
penyelidikan yang dijalankan.
15. JANUARI 2013
HBML 2203
PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
BAHASA MELAYU
(BORANG SOAL SELIDIK)
NAME : BELINDA BT PANJANG
NO. MATRIK : 750702105724001
NO.KAD PENGENALAN : 750702105724
NO. TELEFON : 0194346177
E-MAIL :
LEARNING CENTRE : Perak Learning Center
71, Jln. Lim Bo Seng, 30300 Ipoh.
16. BUTIRAN RESPONDEN
1. LOKASI :………………………………….
2. SEKOLAH : Bandar / luar bandar
3. UMUR : …………………………………
4. PENGALAMAN MENGAJAR : ……………………..
5. MATA PELAJARAN YANG DIAJAR : ……………………………………………
……………………………………………………………………………………………..
SILA / PADA RUANGAN YANG SESUAI.
1 = TIADA 2 = SEKALI-SEKALA 3 = KERAP 4 = AMAT KERAP
1 2 3 4
1.Sekolah Bestari menggunakan komputer dan
Kelengkapan ICT dalam pembelajaran dan
Pengajaran.
2. Sekolah Bestari menekankan pembinaan modal insan yang
berfikiran kritis dan kreatif.
3. Sekolah Bestari mementingkan pembelajaran dan
pengajaran berpusatkan murid.
4. Sekolah Bestari memberi penekanan kepada
perkembangan individu secara menyeluruh.
17. 5.Konsep pembelajaran dan pengajaran Sekolah Bestari
lebih menjurus kepada pembelajaran akses kendiri.
6. Pembelajaran di Sekolah Bestari adalah mengikut
kadar pembelajaran individu.
7. Sekolah Bestari memberi peluang belajar kepada
semua murid atau pendemokrasian dalam pendidikan.
8. Bahasa dan nilai-nilai murni merentasi kurikulum
diajar di Sekolah Bestari.
9. Pembelajaran dan pengajaran Sekolah Bestari
menggalakkan penglibatan murid secara aktif.
10. Murid membina pemahaman kendiri daripada input
yang diterima dalam pembelajaran Sekolah Bestari.
11. Sekolah Bestari juga mengamalkan gaya pembelajaran
pelbagai kecerdasan.
12. Semua murid adalah mampu untuk belajar mengikut
kadar kebolehan dan kecerdasan individu.
13. Penilaian berterusan dilakukan di Sekolah Bestari.
14. Guru dan pentadbir yang bertugas di Sekolah Bestari
adalah dalam kalangan yang profesional.
18. 15. Hasil pembelajaran di Sekolah Bestari dinyatakan
dengan jelas mengikut tahap kebolehan murid.
16. Pembelajaran dan pengajaran adalah bersifat aplikasi
dan ‘hand on’.
17. Bahan pembelajaran dan pengajaran mestilah
mengikut kehendak kurikulum.
18. Bahan pembelajaran dan pengajaran juga mestilah
boleh mencabar minda dan menarik minat.
19. Gabungan asas kerja yang baik iaitu gabungan guru
dan bahan pembelajaran.
20. Persekitaran bilik darjah adalah sesuai dengan pelbagai
penggunaan strategi pengajaran.
21. Murid digalakkan mencari maklumat dari pelbagai
sumber.
22. Murid didedahkan cara untuk memproses maklumat
yang diterima dengan cara menganalisis dan mentafsir
maklumat tersebut.
23. Murid juga belajar bagaimana untuk mentaksir dan
menilai sesuatu perkara, data, dan bahan.
24. Murid belajar untuk merekod fakta dan maklumat,
serta mencari isi-isi penting.
19. 25. Pelajar juga belajar kemahiran-kemahiran sebagai
pemudahcara.
26. Pelajar diserapkan dengan cara untuk membuat
rujukan iaitu cara mengesan maklumat dan mengingatnya.
27. Penilaian di Sekolah bestari adalah berbentuk tidak
formal dan berterusan.
28. Hasil dari pentaksiran yang dibuat adalah untuk
mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid.
29. Pentaksiran dijalankan dengan pelbagai cara iaitu
secara lisan, pemerhatian, penulisan, dan projek serta
lain-lain yang sesuai berdasarkan objektif penilaian
yang dibuat.
30. Tahap pencapaian murid diukur dan dilaporkan
berdasarkan kriteria-kriteria.
31. Pentaksiran yang dijalankan adalah untuk membentuk
atau mencorak diri murid kepada apa yang
dihasratkan.
32. Sekolah Bestari adalah sebuah institusi yang akan
melahirkan modal insan atau murid yang seimbang
dan harmonis.
33. Sekolah Bestari melahirkan murid yang mempunyai
daya pemikiran kritis dan kreatif dan mampu bersaing.
20. 34. Sekolah Bestari melahirkan murid yang mengamalkan
nilai-nilai murni dan seimbang serta daya intelek yang
tinggi.
35. Sekolah Bestari melahirkan murid yang mempunyai
kepakaran dalam bidang yang mereka ceburi.
36. Guru di Sekolah Bestari adalah sebagai fasilitator
n
sahaja.
n
h
h
37. Guru sumber diwujudkan di Sekolah Bestari yang h
menjadi rujukan guru-guru lain.
38. Guru –guru telah disediakan dengan kemahiran dan
pengetahuan serta bahan-bahan interaktif.
21. BIBLIOGRAFI
Dr.Adenan Ayob, Mohd Ra’in Shaari, Tuan Jah Tuan Yusof.(2007) Pembestarian Pembelajaran
dan Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan. Open Universiti Malaysia.
Sekolah Bestari melalui capaian : http://jtp.ipgkti.edu.my/ppy/webhyobestari/KONSEPSB.HTM
Sekolah Bestari melalui capaian : http://eprints.uthm.edu.my/1553/
Sekolah Bestari melalui capaian: www.jtpm-meta.com/.../JTPM%20V1N1%20-%20
Sekolah Bestari melalui capaian: www.moe.edu.my/
Sekolah Bestari melalui capaian: elib.uum.edu.my › Education › Evaluation