REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
Bahagian c
1. Bahagian C
[Masa yang dicadangkan : 20 minit]
[20 markah]
Tulis lima nilai murni yang dipaparkan dalam petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Waktu persekolahan telah tamat. Amir menunggu bas sekolahnya di luar.
Dia duduk di perhentian bas sambil membaca buku cerita yang baru dipinjam
dari perpustakaan. Beberapa minit kemudian, bas sekolah pun tiba. Amir
bersama-sama dengan rakan-rakannya berbaris untuk menaiki bas.
Sampai di rumah, Amir terus mandi dan menukar pakaiannya. Kemudian,
Amir makan tengah hari bersama-sama dengan keluarganya. Mereka makan
dengan sopan dan tidak gelojoh.
Selepas makan, Amir menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh gurunya.
Pada waktu petang, Amir bermain bola sepak di padang dengan kawan-kawannya.
___________________________________________________________________________

(20 markah)
2. TULIS LIMA NILAI YANG DAPAT KAMU PEROLEH DARIPADA PETIKAN DI BAWAH.PANJANG
JAWAPAN KAMU HENDAKLAH TIDAK LEBIH DARIPADA 50 PATAH PERKATAAN.JAWAPAN
MESTILAH DALAM SATU PERENGGAN.
Menemui sahabatku, Amira yang berada di Kuala Terengganu agar sentiasa sihat.
Saudari,
Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menceritakan pengalaman saya yang meny ertai lawatan
sekolah ke Pulau Pinang semasa cuti sekolah yang lalu.
Untuk pengetahuan saudari, saya dan rakan rakan menggunakan masa lawatan dengan sebaik-baiknya
kerana banyak tempat yang akan kami lawati. Saya begitu terpegun melihat keindahan pantai
Batu Ferringhi yang sungguh cantik. Ketika di pantai Batu Ferringhi itu, saya meminta kebenaran
daripada guru untuk mandi. Namun begitu, guru tidak membenarkan kerana agak berbahaya. Saya dan
rakan akur mendengar nasihat guru.
Selepas bersantai di pantai Batu Ferringhi, kami menuju ke Bukit Bendera. Kami semua berbaris
sebelum masuk ke dalam kereta api untuk naik ke Bukit Bendera. Sampai di puncak Bukit Bendera,
kawan-kawan saya membeli barang-barang kraftangan. Saya hanya membeli barang-barang yang saya
fikir murah dan menarik sahaja kerana ibu selalu berpesan agar jangan boros ketika berbelanja. Namun
begitu, saya tidak lupa membelikan cenderamata untuk saudari. Oleh itu, saya harap saudari sudi
menerimanya.
NILAI HURAIAN
Erat
persahabatan/berkongsi
pengalaman/ingat
mengingati
Menceritakan pengalaman menyertai lawatan sekolah
Menghargai masa Memanfaatkan masa lawatan dengan sebaik-baiknya
Patriotisme Menyertai lawatan mengunjungi tempat bersejarah
Bersyukur/menghargai
Kagum dengan keindahan alam semulajadi
alam
semulajadi/mencintai
alam
Menghormati
guru/berhemah tinggi
Meminta kebenaran sebelum berbuat sesuatu
Patuh/mematuhi
peraturan
Akur atau mendengar nasihat guru
Berdisplin/mematuhi
peraturan
Berbaris sebelum masuk
Berjimat
cermat/berhemah
Membeli barang barang yang perlu sahaja agar tidak membazir
Patuh/taat/mengingati Pesanan ibubapa
Baik hati/pemurah Membeli cenderamata untuk kawan