SlideShare a Scribd company logo
1 of 30
Download to read offline
17 Mac Kira-kira 1,000 yang hadir dalam majlis
Sukan Mahasiswa dan Kejohanan Bola Sepak
Road to World Cup 2018
yang bertempat di Kompleks Sukan Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Acara disempurnakan
oleh Naib Canselor UMS, Profesor. Datuk Dr.
Mohd Harun Abdullah.
Dalam ucapannya, Harun berasa bangga
dengan sambutan Kejohanan Bola Sepak Road
to World Cup 2018 yang dihadiri oleh maha-
siswa UMS sendiri atas program tersebut.
“Saya merasa amat gembira dengan kehadiran
dan keterlibatan pelajar-pelajar UMS khususnya
pelajar antarabangsa atas keterlibatan kalian
dan ini merupakan tanda sokongan serta keber-
samaan” katanya.
UMS dalm pada itu juga komited dalam mem-
peruntukkan bajet khas sukan sepajang tahun
dan memberi fokus kepada peningkatan taraf
kemudahan sukan.
Kemudahan sukan telah mula dinaiktaraf pada
2015 iaitu membina padang bola sepak tiruan
yang diiktiraf oleh FIFA dan semua kemudahan
akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan
tahun ini iaitu menaik taraf gelanggang tenis
yang telahpun hampir siap” ujarnya.
Harun juga berharap agar mahasiswa UMS
mengambil peluang yang ada untuk mengamal-
kan gaya hidup sihat semaksima mungkin
dengan memanfaatkan kemudahan yang ada.
“Saya menggalakkan mahasiswa melibatkan diri
dalam pelbagai program sukan melalui pelbagai
kejohanan atau pertandingan yang dianjurkan
oleh Pusat Sukan” katanya lagi.
“Melalui program sebegini, mahasiswa akan
dapat berinteraksi dan membina jati diri melalui
kepimpinan disamping mendapat manafaat
secara langsung untuk kesihatan diri”.
Di samping itu, Harun turut berasa bangga
dengan pencapaian mahasiswa dan kakitangan
BIL 3/2017 TERBITAN JAN-APRIL .EDARAN DALAMAN SAHAJA. EDISI DIGITAL
PELANCARAN SUKAN MAHASISWA DAN KEJOHANAN
BOLA SEPAK ROAD TO WORLD CUP 2018 MERIAH
MS 5
MS 27
MS3
UTUSAN KAMPUS MERUPAKAN PROJEK PELAJAR TAHUN 2 SEM 2 SESI 2 2016/2017. SEMUA ARTIKEL YANG DIKELUARKAN DI DALAM AKHBAR INI TIDAK MENCERMINKAN PENDAPAT
DAN FIKIRAN PROGRAM KOMUNIKASI FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN UMS
MS 6
SIDANG REDAKSI 2
Barisan sidang redaksi Edisi 3 Utusan Kampus Fakulti Kemanusiaan Seni
Dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
BARISAN AHLI
BARISAN HADAPAN DARI KIRI: Muhamad Ikram, Muhammad Hamka, Mohd Azmadi, Muhammad Amirul, Mohamad Yusup
BARISAN KEDUA DARI KIRI: Puguneswary, Fiona, Maydora, Thasminee, Shritika, Nurul Jannah, Siti Nursanah, Nur Khairun
nisa, Anita Hiew, Mastura, Nabilah
SIDANG REDAKSI
Penaung:
Prof Dr. Ismail Bin Ibrahim
Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
(FKSW)
Penasihat:
Puan Norhuda Salleh
Pensyarah Kursus AK20903 Penyuntingan
Ketua Editor:
Mohd Azmadi Bin Awang (BA15160821)
Editor Rencana:
Muhammad Hamka Bin Hisham (BA15110346)
Edisi 1
Fadhilah binti Jamil (BA15110137)
Edisi 2
Tan Chai Jie (BA15110658)
Edisi 4
Tan Chai Qin (BA15110659)
Edisi 5
Chelsea Binti S.Kifflee (BA15110709)
Edisi 6
Jeffery Undi Ak Aanthony (BA15110203)
Edisi 7
Muhammad Syukrie Sipsin (BA15110362) dan
Salleh, Udin Samat (BA15110588)
Editor Berita UMS:
Siti Nursanah Binti Amaq Marisah (BA15110634)
Editor Rencana Citra:
Maydora Marcus (BA15110269)
Editor Sukan:
Mohamad Yusup Bin Mohd Akil (BA15110283)
Editor Kesihatan:
Nabilah Binti Norasir (BA15110374)
Editor Wawancara:
Nurul Jannah Binti Mahadi (BA15110539)
Wartawan:
Muhammad Amirul Bin Kasim (BA15161004)
Muhammad Ikram Bin Iqbal (BA15160819)
Thasminee A/P Subramaniam (BA15110666)
Anita Hiew (BA15160748)
Puguneswary a/p Christopher William
(BA15110550)
Nur Khairunnisa bt Omar Baki (BA15110487)
Mastura Binti mohd Othman (BA15110267)
Shritika Sevanes (BA15110606)
Fiona Lapidin (BA15160789)
Muhd Amirul Asyraf Bin Kasim (BA15161004)
Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
3 BERITA UMS Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Pelancaran Sukan Mahasiswa
dan Kejohanan Bola Sepak
Road to World Cup 2018
meriah
Oleh Nurul Jannah Mahadi
BA15110539@STUDENT.UMS.EDU.MY
17-Mac-Kira-kira 1,000 yang hadir dalam majlis Sukan Maha-
siswa dan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018
yang bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah
(UMS). Acara disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor.
Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah.
Dalam ucapannya, Harun berasa bangga dengan sambutan
Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018 yang dihadiri
oleh mahasiswa UMS sendiri atas program tersebut.
“Saya merasa amat gembira dengan kehadiran dan keterlibatan
pelajar-pelajar UMS khususnya pelajar antarabangsa atas keterli-
batan kalian dan ini merupakan tanda sokongan serta kebersa-
maan” katanya.
UMS dalm pada itu juga komited dalam memperuntukkan bajet
khas sukan sepajang tahun dan memberi fokus kepada pening-
katan taraf kemudahan sukan.
“Kemudahan sukan telah mula dinaiktaraf pada 2015
iaitu membina padang bola sepak tiruan yang diiktiraf
oleh FIFA dan semua kemudahan akan siap sepenuhnya men-
jelang pertengahan tahun ini iaitu menaik taraf gelanggang tenis
yang telahpun hampir siap” ujarnya.
Harun juga berharap agar mahasiswa UMS mengambil peluang
yang ada untuk mengamalkan gaya hidup sihat semaksima
mungkin dengan memanfaatkan kemudahan yang ada.
“Saya menggalakkan mahasiswa melibatkan diri dalam pelbagai
program sukan melalui pelbagai kejohanan atau pertandingan
yang dianjurkan oleh Pusat Sukan” katanya lagi.
“Melalui program sebegini, mahasiswa akan dapat berinteraksi
dan membina jati diri melalui kepimpinan disamping mendapat
manafaat secara langsung untuk kesihatan diri”.
Di samping itu, Harun turut berasa bangga dengan
pencapaian mahasiswa dan kakitangan UMS pada tahun ini
kerana terpilih mewakili negara bagi Sukan SEA 2017 di Kuala
Lumpur yang akan berlangsung pada 19-31 Ogos 2017.“Hal ini
menunjukkan bahawa UMS adalah institusi pengajian tinggi yang
menitikberatkan sukan kepada warganya. Tahniah kepada atlit-
atlit UMS”, ucap beliau.
Terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung selepas
acara perasmian seperti penyampaian cenderamata kepada
kontinjen kolej kediaman dan pasukan-pasukan Kejohanan Bola
Sepak Road to World Cup 2018, simbolik perasmian kejohanan,
penyampaian hadiah perbarisan dan cenderamata kepada
tetamu khas Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong, dan
perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak Road to World
Cup 2018.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr. Ismail Ali dan
tetamu jemputan khas iaitu dua orang tokoh bola sepak Malaysia,
Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong, Konsul Fungsi Pen-
erangan Sosial dan Budaya Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu,
Cahyono Rustam; Konsulat Brunei di Kota Kinabalu, Pengiran
Haji Yussof; serta pegawai-pegawai kanan UMS.
Harun (dua dari kiri) ketika merasmikan Pelancaran
Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018
PERMASS
terima
kunjungan
SMK Madai
Oleh Nur Khairunnisa
Omar Baki
nisyanisa@gmail.com
15 Mac–Persatuan Maha-
siswa Sains Sosial dan Seni
(PERMASS) sesi 2016/2017
Universiti Malaysia Sabah
(UMS) menerima lawatan
dari SMK Madai, Kunak
untuk program ramah mesra
di Teater Ahmad Nisfu, blok
Seni, FKSW, tengah hari
tadi.
Timbalan dekan FKSW, Dr
Mohamad Puad Debit Pro-
gram turut menghadiri pro-
gram ramah mesra ini yang
melibatkan pelajar tingkatan
6 sekolah tersebut. Menurut
Nur Syafena Jamiol Mohd
Rezzal, Exco Hubungan
Korporat dan Protokol PER-
MASS , objektif program
ramah mesra ini adalah
bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada
pelajar tingkatan 6 mengenai
subjek-subjek yang terdapat
di FKSW.
Selain itu, program ini juga
dapat membakar semangat
mereka untuk melanjutkan
pelajaran ke bidang yang
dikehendaki dengan pen-
erangan yang disampaikan
oleh setiap wakil kos di
FKSW iaitu program Komu-
nikasi, Sejarah, Geografi,
Antropologi dan Sosiologi,
Hubungan Industri, dan Seni
Visual. Menurut Nur Syafena
lagi, program ramah mesra
ini juga bertujuan untuk
mewujudkan suasana muhi-
bah di antara FKSW dan
SMK Madai dan matlamat
mereka adalah supaya pela-
jar tingkatan 6 SMK Madai
mendapat penjelasan
dengan setiap penerangan
kos yang disampaikan oleh
wakil setiap kos bagi menen-
tukan pilihan yang tepat bagi
menyambung pelajaran.
Azurah Amil Kasan, 20,
pelajar tingkatan 6 SMK
Madai berkata, selepas
mendengar penerangan
yang disampaikan oleh se-
tiap wakil kos, beliau lebih
berminat untuk mengambil
kos Antropologi dan Sosiolo-
gi kerana beliau minat untuk
membuat kajian luar bandar
dan kajian pelan budaya.
Tambahnya lagi, pen-
erangan yang disampaikan
memberi maklumat baru
kepada beliau dan rakan-
rakannya mengenai bidang-
bidang yang ber-
sesuaian dengan
minat mereka.
Bagi Azurah, pro-
gram seperti ini
seharusnya diterus-
kan lagi untuk pelajar
-pelajar yang akan
datang, namun ha-
ruslah ditambahbaik
dengan mengedar-
kan risalah mengenai
kos-kos yang diter-
angkan supaya
maklumat yang
disampaikan lebih
jelas. Program
ramah mesra ini
diakhiri dengan sesi
bergambar sebelum
mereka dibawa ke Galeri
Seni untuk sesi lawatan.
PERMASS, SMK Madai dan wakil setiap kos di FKSW ketika sesi
Kursus Protokol dan
Etika asah bakat
protokol mahasiswa
UMS
Oleh Puguneswary Christopher William
pugucw@gmail.com
19 Mac-Exco Perhubungan Korporat Jawa-
tankuasa Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman
Excellent (KKE)) mengadakan kursus Etika dan
Protokol di Dewan Kuliah Pusat (DKP) Kedua,
DKP 24 pada jam 7.30 pagi hingga 5 petang
yang bertujuan untuk mengasah bakat protokol
dalam kalangan mahasiswa mahasiswi Universiti
Malaysia Sabah (UMS).
Kursus ini mempunyai empat slot yang berbeza
yang dikendalikan oleh empat orang yang ber-
pengalaman.
“Kursus ini merupakan buah idea daripada tim-
balan pengetua KKE Encik Helmi Zairi,” katanya
pengarah program, Siti Ira Shahirah Mohd Yas-
sin.
“Kursus ini juga diadakan bertujuan untuk mem-
beri pendedahan kepada setiap orang berkaitan
tentang kepentingan protokol dan cara-cara
untuk mengendalikan sesuatu program dengan
lancar,” tambahnya lagi
Kursus ini dikendalikan oleh empat orang iaitu
penyediaan minit mesyuarat oleh pegawai
psikologi s41 Puan Carrie Grace Jaymess, slot
penulisan berita oleh Ketua Sektor Komunikasi
Strategi Bahagian Korporat Jabatan Chanselori
UMS, slot banting atau banner oleh Pereka
Kanan Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan
Canselori UMS Puan Asmavati Amaran Shikin
dan penulisan surat rasmi oleh Timbalan
pengarah Kampung Exclent Encik Helmi Zairi.
“Kursus ini dijalankan dalam bentuk kelas iaitu
selama 7 jam ” kata Siti Ira.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi
ilmu berkaitan tentang protokol kerana protokol
adalah tulang belakang bagi sesuatu program .
Bukan sekadar memberi ilmu malah mengasah
bakat dalam bidang protokol juga merupakan
objektif kursus ini.
“Kursus ini juga mendapat sambutan yang besar
dalam kalangan mahasiswa mahasiswi dimana
pada awalnya adalah seramai 60 orang setelah
permintaan mahasiswa dan mahasiswi mening-
kat pelajar maka dibuka kepada 80 orang peser-
ta untuk menyertai program ini “ kata Siti.
“Keinginan untuk mempelajari tentang Protokol
dan Etika secara percuma telah menyebabkan
ramai peserta untuk terlibat kerana di luar kursus
seperti ini sangat mahal” sambungnya lagi.
“Cabaran bagi program ini adalah dari segi masa
di mana pada masa yang singkat perlu menjalan-
kan program ini adalah satu cabaran yang besar
bagi saya dan rakan kalian namun kami berjaya
menjalankan kusus ini” katanya lagi.
“Harapan bagi program ini di mana setiap peser-
ta dapat mengimplementasikan slot-slot yang
diajarkan oleh orang-orang berpengalaman di
program mereka” kata setiausaha program, Siti
Aisyah.
Klinik Al-Quran kurang
mendapat sambutan
daripada warga UMS
Oleh Muhd Amirul Asyraf Kasim
Amirulkasim93@yahoo.com
16-MAC-Program Klinik Al-Quran siri 1 tahun 2017
anjuran Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah
(UMS) diadakan di masjid UMS kurang mendapat
sambutan mahasiswa.
Menurut Pembantu Hal Ehwal Islam, Muhd Nazrie
Petir, 33 yang juga merupakan tenaga pengajar
berkata kurangya pendedahan ilmu Al-Quran
merupakan salah satu faktor utama kemerosotan
bilangan penyertaan mahasiswa dalam program
ini.
Beliau menambah, mahasiswa tidak perlu takut
dan merasa malu ketika mula mempelajari ilmu Al-
Quran kerana itu merupakan lumrah dalam proses
pembelajaran sesuatu perkara yang mana tidak lari
dari membuat kesalahan.
Antara elemen yang disentuh dalam program Klinik
Al-Quran ini adalah bermula dari iqra, tajwid, dan
seterusnya khatam Al-Quran bagi yang mampu.
Program ini turut memberi pendedahan asas
berkenaan ilmu Fardhu Ain dan fardhu Kifayah
kepada para peserta
Program ini bermula sejak tahun 2009 lagi, dengan
ilham dari seorang pegawai Hal Ehwal Islam
Kanan iaitu Ustaz Razali Saibin, yang merupakan
pencetus dan menjadi tulang belakang dalam
penubuhan program Klinik Al-Quran ini.
Pada awal penubuhan program ini, penyertaan dan
sambutan adalah positif dari peringkat mahasiswa,
staff dan peringkat pensyarah. Namun disebabkan
pelbagai faktor seperti jadual kelas yang penuh,
kurikulum, mesyuarat dan sebagainya menyebab-
kan kemerosotan penyertaan berlaku.
Dari segi tenaga pengajar, kebanyakan ustaz dan
ustazah adalah merupakan tenaga pengajar yang
profesional dan bertauliah di Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam. Ini adalah perlu untuk menyekat
daripada ajaran sesat berleluasa.
Segala bentuk kemudahan seperti bilik mesyuarat,
penghawa dingin, papan putih dan sebagainya
disediakan oleh pihak Pusat Islam dengan kerjasa-
ma pihak UMS bagi memudahkan proses pem-
belajaran berlangsung.
Tiada sebarang yuran dikenakan bagi yang bermi-
nat untuk menyertai program Klinik Al-Quran dan
program ini berlangsung pada setiap hari Selasa
dan Khamis selepas solat Maghrib.
“Mahasiswa perlu sedar akan kepentingan
mempelajari ilmu Al-Quran, oleh itu saya meminta
jasa baik untuk mempelawa rakan-rakan untuk
datang ke sini belajar serba sedikit berkenaan ilmu
akhirat”, rayu beliau.
Suasana pembela-
jaran ilmu Tajwid
yang dikendali oleh
Nazrie Bin Petir
(tengah)
BERITA UMS 4Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Forum Ke-
manisan Cinta
Siswa didik
residen KKTM
erti “cinta
sebenar”
Oleh Muhammad Hamka Hisham
hamkahisham@yahoo.com
18 Mac-Kira-kira hampir 70 residen Kolej Kedia-
man Tun Mustapha (KKTM) hadir dalam Pro-
gram Kemanisan Cinta Siswa bertempat di De-
wan Tun Mustapha, jumaat lalu.
Program tersebut merupakan anjuran Exco
Kerohanian dan Etika, Jawatankuasa Kebajikan
Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun
Mustapha bertujuan untuk mendididk maha-
siswa Universiti Malaysia Sabah (UMS)
mengenai definisi cinta dan cabaran yang bakal
dilalui ketika memasuki alam percintaan.
Antara ahli panel jemputan yang hadir dalam
sesi forum tersebut
ialah Pensyarah Pusat Penataraan Ilmu Dan
Bahasa (PPIB), Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi
dan Dr. Nordie Achie, serta Pelajar Tahun Tiga
Fakulti Psikologi Dan Pendidikan (FPP), Syifa
Binti Sarip
Dalam initipati forum
tersebut, ketiga-tiga
ahli panel membin-
cangkan mengenai
konsep dan cabaran
alam percintaan da-
lam kalangan maha-
siswa. Sesi forum
tersebut dikendalikan
oleh pelajar Tahun
Dua Hubungan An-
tarabangsa, Muhd
Fairus Bin Mohd
Radzi. Sesi forum
tersebut diakhiri
dengan persembahan
daripada kumpulan
nasyid jemputan, Al-
Mustaffa yang
menyampaikan dua
buah lagu iaitu
“Sesungguhnya” dan
“Kau Cinta Sejati”.
Turut hadir dalam sesi
forum tersebut ialah
Pengetua KKTM, Kol
(PA) Dr. Muhd Nizam Bin Nazaruddin dan Tim-
balan Pengetua KKTM, En Herman Bin Salah
dan barisan felo kolej kediaman. Salah seorang
peserta yang hadir, Khairul Asyraf Bin Abdul
Kadir, berkata program tersebut berjaya menarik
minat residen KKTM khususnya kerana topik
perbincanagn yang begitu dekat dengan jiwa
mahasiswa apabila melangkah ke fasa ke-
hidupan yang seterusnya.
JAKMAS Exco Kerohanian Dan Etika, Muham-
mad Kashfi Bin Mohd Kamsah, 21, menyatakan
perasaan gembira dengan jumlah kehadiran
peserta yang hadir dalam forum tersebut.
“Sejujurnya, program ini diawalkan daripada
tarikh yang dirancang. Namun, saya bersyukur
dengan kelancaran program dan sua-
sana .Alhamdulillah,sambutan sangat mengga-
lakkan, kehadiran residen dan orang luar
mencecah lebih 100 orang yang hadir” kata
pelajar Tahun Satu Program Sejarah tersebut.
Menurutnya lagi, ianya merupakan program
yang bertujuan bagi meningkatkan sahsiah dan
jati diri dalam kalangan peserta ke arah pem-
bentukan modal insan yang cemerlang dari segi
agama, bangsa dan negara seiring dengan
aspirasi negara Malaysia.
Sementara itu, Timbalan Pengetua KKTM, En
Herman Bin Salah,berharap berharap program
yang dianjurkan dalam bentuk forum ini mem-
beri input yang berguna kepada mahasiswa-
mahasiswi ums sebagai pemangkin pem-
bangunan insan yang berjiwa besar di masa
akan datang.“Saya juga ingin mengucapkan
mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam usaha bagi
memastikan program ini berjalan dengan jayan-
ya‟ kata beliau lagi. Tambah beliau lagi program
tersebut akan diteruskan lagi pada masa akan
datang dengan menambah baik intipati program
supaya menjadi lebih baik.
Para hadirin bergambar bersama ahli panel forum
Kelab KESUWA
menjadi platform
kesukarelawan
mahasiswa UMS
Oleh Siti Nursanah Amaq Marisah
sannamarisah@gmail.com
17 Mac-Pegawai Penyelaras Kelab Kesukarela-
wan Siswa (KESUWA), Universiti Malaysia Sa-
bah (UMS), Mohd Alwi Osman menyatakan
bahawa penubuhan Kelab KESUWA adalah
untuk menjadi platform kesukarelawan maha-
siswa UMS.
“Program kesukarelawan UMS telah dijalankan
di bawah
Majlis Per-
wakilan
Pelajar
(MPP)
sebelum ini.
Justeru itu,
dengan
tertubuhnya
KESUWA
ini ia akan
menjadi
satu plat-
form bagi
mahasiswa
dan maha-
siswi UMS
menceburi
aktiviti-
aktiviti ma-
hupun pro-
gram-
program yang dianjurkan di bawah KESUWA,”
katanya.
Beliau berucap demikian ketika merasmikan
Program “Volunteerism Talk” anjuran Kelab
KESUWA bertempat di Auditorium Per-
pustakaan UMS, pagi tadi.
Mohd Alwi berkata Program “Volunteerism Talk”
merupakan program pertama yang dibuat
secara rasminya oleh Kelab KESUWA pada
tahun ini.
“Oleh itu, besar harapan saya program seperti
menjadi medium menaikkan lagi sukarelawan
dalam kalangan mahasiswa mahasiswi UMS,”
katanya.
Mohd Alwi turut berkata mahasiswa perlu
menyahut seruan Kementerian Pendidikan Ting-
gi (KPT) dalam melahirkan lebih ramai maha-
siswa berkecimpung dalam bidang kesukarela-
wan.
Beliau turut menyeru mahasiswa menyertai
Program Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia
(MASKUM) sepertimana disarankan oleh Datuk
Seri Idri Jusoh dalam ucapannya pada majlis
Amanat Tahun Baru 2017.
MASKUM merupakan program yang
dibangunkan dengan kerjasama lapan buah
university awam (UA) yang antara lain memeberi
peluang kepada mahasiswa untuk menimba
pengalaman dalam melaksanakan kerja su-
karelawan.
Dengan itu, Mohd Alwi berkata pada tahun 2016
mencatatkan seramai 117,823 sukarelawan
telah menyertai Program MASKUM dan beliau
berharap penglibatan mahasiswa bertambah
pada tahun ini.Mohd Alwi Osman menyam-
paikan ucapan perasmian
sempena Program “Volunteerism
Talk”.
Residen E amal gaya
hidup sihat melalui
Program Mini Explor-
ace 3.0
Oleh Mastura Othman
emymastura95@gmail.com
18 Mac-Seramai 50 orang penghuni blok Ibnu
Tufail (B1) menyertai Program Mini Ex-
plorance 3.0 yang dianjurkan oleh Ahli Jawa-
tankuasa (AJK) Ibnu Tufail di Kolej Kediaman
Excellent, (KKE) pagi tadi.
Permainan yang disediakan kepada para
peserta cukup menarik, seperti permainan
silang kata, puzzle, belon beracun, dan catch
me if you can.
Pengarah program, Nur Berlian Raihanah
Baharuddin, 21, pelajar dari Fakulti Sains
Makanan dan Pemakanan (FSMP) berkata
tujuan utama penganjuran aktiviti seperti ini
adalah untuk mengekalkan semangat ker-
jasama dan mengeratkan lagi hubungan
silaturrahim antara penghuni blok B1 dan
penghuni dari blok lain.
Program
ini
dirasmikan oleh pengetua Kolej Kediaman
Excellent, Dr Syahruddin Awang Ahmad serta
dihadiri oleh beberapa orang felo.
Dalam ucapan beliau, penglibatan pelajar
dalam Program Mini Explorace 3.0 ini adalah
salah satu cara untuk mendidik mahasiswa
untuk saling bekerjasama antara satu sama
lain tanpa mengira bangsa mahupun agama
serta membantu pelajar untuk mengurangkan
dan menghilangkan tekanan belajar.
“Penerapan nilai-nilai murni dapat
mewujudkan suatu sifat kerjasama antara
setiap penghuni blok serta dapat beramah
mesra sepanjang program diharapkan telah
memacu kepada pencapaian objektif program
ini,” katanya lagi
“Saya berharap program seperti ini akan
berterusan pada masa yang akan datang.
peserta, diharapkan kepada semua AJK
pelaksana Program Mini Explorace 3.0 ini
menggunakan peluang yang ada ini untuk
menimba pengetahuan yang amat berguna
sebagai bekalan untuk mengharungi masa
depan yang pastinya lebih mencabar.
Malah selaras dengan tema program ini “One
For All, All For One” diharapkan kita dapat
rapatkan muafakat,” katanya.
Peserta Program Mini Explorance 3.0 bergambar bersama Pengetua Kolej Kedia-
Program Ramah
Mesra Belia ber-
sama Orang Ke-
lainan Upaya
mendapat
sokongan pihak
pentadbiran
UMS
Oleh Nabilah Norasir
nabilahnorasir95@gmail.com
18 Mac -Majlis Perwakilan Pela-
jar telah menganjurkan Program
Ramah Mesra Belia bersama
Orang Kelainan Upaya di Out-
door Development Centre
(ODEC) Universiti Malaysia Sa-
bah mendapat sokongan da-
ripada pihak pentadbiran UMS.
Menurut Pengarah Program,
Mohd Jivean Johan Mira Ahamd
(21), program ini julung kali di-
adakan oleh pihak UMS sebagai
inisiatif untuk merapatkan lagi
hubungan antara mahasiswa dan
mahasiswa Orang Kelainan
Upaya (OKU) dan juga pihak
pentadbiran.
“Program ini julung kalinya dil-
akukan oleh pihak UMS sebab
kalau kita lihat program yang
melibatkan mahasiswa OKU
jarang dilakukan oleh pihak
Fakulti atau Kolej Kediaman,”
katanya
Program yang dianjurkan oleh
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
ini turut dibantu oleh Sekretariat
Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP)
mendapat sambutan daripada 14
orang mahasiswa OKU dan
sokongan daripada pihak Hal
Ehwal Pelajar dan Alumni UMS.
“Program ini digesa oleh Timba-
lan Naib Canselor Prof Dr Ismail
Ali dan menyarankan program ini
dijalankan dan menyokong penuh
program sebegini,” Jivean berka-
ta
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaysia Sabah, Ah-
madi Hj Nordin berkata melalui
program ini pihak atasan boleh
mengetahui kehendak dan keper-
luan fasiliti yang diperlukan oleh
mahasiswa OKU melalui pen-
dekatan program sebegini.
“kami memerlukan bantuan ma-
hasiswa OKU untuk me-
maklumkan kepada kami apa
yang kurang dari segi fasiliti dan
kami boleh menambahbaik keku-
rangan itu,” katanya.
Program yang bermula jam 8
pagi hingga 2 petang diisi dengan
pelbagai aktiviti Latihan Dalam
Kumpulan (LDK) yang bertujuan
meningkatkan keyakinan diri
mahasiswa OKU untukbersama
dengan masyarakat.
Menurut Amirul Nabil Jamaludin
21, peserta program Ramah
Mesra Belia bersama OKU, pro-
gram ini dapat memotivasikan
dan meningkatkan keyakinan diri
pelajar OKU dalam berhadapan
dengan masyarakat.
“ Perkara yang paling penting
adalah cara mahasiswa OKU itu
berhadapan dengan orang lain
dimana mahasiswa OKU menun-
jukkan bahawa mereka tidak ada
jurang dengan orang lain,” katan-
ya.
Program ini juga turut diserikan
dengan persembahan daripada
Persatuan Mencegah Dadah
Malaysia (PEMADAM).
Sesi penyampaikan hadiah kepada para peserta disampaikan oleh
Ahmadi Hj Nordin Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
5 BERITA UMS Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
NIGHT CY-
CLING
MENJAMIN
GAYA
HIDUP
SIHAT
Oleh Anita Hiew
anitamoyhiew@gmail.com
18 Mac-Naib Canselor Univer-
siti Malaysia Sabah (UMS),
Prof. Datuk Dr. Mohd Harun
Abdullah merasmikan program
Night Cycling anjuran Jawa-
tankuasa Kebajikan Maha-
siswa (JAKMAS) Kolej Kedia-
man Tun Fuad UMS yang
julung kali diadakan di Dewan
Serbaguna, Kolej Kediaman
Tun Fuad malam ini.
“Kerajaan sentiasa berikhtiar
untuk memajukan sukan demi
memberi manfaat kepada
masyarakat.
Dalam usaha melahirkan bakat
baru yang berpotensi, serta
menggalakkan peningkatan
tahap kesihatan dan kecer-
gasan fizikal dalam kalangan
masyarakat”, kata Harun.
Penghayatan dalam Dasar
Sukan Negara hendaklah
dipupuk bagi membentuk
masyarakat yang aktif, sihat
dan cergas.
“Diharapkan semangat
kesukanan yang lahir dari pro-
gram Night Cycling menjadi
asas penting dalam usaha
mengintegrasi pelbagai kum-
pulan etnik kepada satu bang-
sa Malaysia yang megah, ber-
satupadu dan harmoni”, katan-
ya lagi.
Di samping melahirkan maha-
siswa-mahasiswa yang cergas
dan cerdas selain mengamal-
kan budaya sukan sepanjang
hayat.
Beliau memuji langkah Kelab
Basikal Kolej Kediaman Tun
Fuad menganjurkan program
itu merupakan satu platform
baik untuk mahasiswa dalam
menilai bakat dan kemampuan
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun berbaju merah bersama dengan pemain
basikal UMS
UMS anjur Kejohanan Sukan World Cup 2018
18 Mac-Kejohanan Sukan World Cup di
Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang
berlangsung Pada 17 dan 18 Mac 2017
bertempat di stadium UMS yang diadakan
sempena Kejohanan Piala Dunia 2018 yang
bakal bermula.
Sistem yang digunakan untuk sukan World Cup
ini ialah liga secara berkumpulan. Kemudian
Johan dan Naib Johan kumpulan layak untuk ke
peringkat kalah mati.
Masa yang ditetapkan bagi setiap perlawanan
adalah sebanyak 14 minit.
Sebanyak sembilan
pasukan yang telah
mengambil bahagian
dalam sukan World Cup
ini.
Bagi Kumpulan A terdiri
daripada pasukan Brunei,
Malaysia A dan Timor
Leste. Pasukan Timor
Leste merupakan Johan
Kumpulan A dengan
pungutan mata sebanyak
empat mata.
Timor Leste berjaya
menewaskan pasukan
Brunei 1-0 bertempat di
padang sintetik pada
perlawanan kedua mereka.
Namun pasukan Timor Leste seri 0-0 tanpa
jaringan menentang pasukan Malaysia A. Pada
peringkat separuh akhir pertama pasukan timor
Leste ditewaskan oleh pasukan Federation
dengan kekalahan teruk 3-0.
Bagi kumpulan B, terdapat tiga pasukan yang
terdiri daripada pasukan India, Indonesia dan
Malaysia B. Pasukan Indonesia merupakan
pasukan jemputan sempena sukan world Cup
ini.
Dalam kumpulan B pasukan India merupakan
Johan kumpulan manakala pasukan Indonesia
Naib Johan bagi kumpulan B.
Pasukan Indonesia tewas pada peringkat suku
akhir ditewaskan oleh pasukan Federation
dengan keputusan 1-0.
Bagi pasukan India pula, pasukan Soaring
Upwards yang merupakan Johan kumpulan C
telah menewaskan dengan kemenangan tipis 1-
0. Jaringan tersebut di jaringkan oleh Syazni
Farhan.
Bagi kumpulan C, pasukan Soaring Upwards
menjadi Johan kumpulan dan pasukan
Federation Naib Johan kumpulan C.
Perlawanan Final antara Soaring Upwards
menentang Federation
Pasukan Federation menang tipis pada
peringkat suku akhir menentang Indonesia
dengan kemenangan sebanyak 1-0.
Kemudian, pasukan Federation juga menang
besar menentang pasukan Timor Leste dengan
kemenangan sebanyak 3-0.
Oleh itu pasukan Federation telah layak ke
peringkat final menentang pasukan soaring
Upwards.
Pasukan Soaring Upwards telah menang
menentang Malaysia B dengan kemenangan
sebanyak 1-0.
Kemenangan tersebut telah membuatkan
pasukan Soaring Upwards layak ke peringkat
separuh akhir menentang pasukan India.
Semangat kerjasama antara satu sama lain
telah membuatkan Pasukan Soaring Upwards
menang 1-0 menentang pasukan India.
Kemenangan tersebut melayakan pasukan
Soaring Upwards ke peringkat final menentang
pasukan Federation.
Perlawanan final antara pasukan Soaring
Upwards menentang pasukan Federation
sangat sengit. Namun pada minit-minit akhir
perlawanan, kelincahan penyerang pasukan
federation iaitu Ramadhan telah berjaya
menjaringkan gol daripada tendangan sudut.
Jaringan tersebut telah menyebabkan pasukan
Federation muncul sebagai Johan sukan World
Cup.
Naib Johan daripada pasukan Soaring
Upwards. Tempat ketiga dimenangi oleh
pasukan India kerana menewaskan pasukan
Timor Leste dengan kemenagan sebanyak 1-0.
Aksi perlawanan akhir Pasukan Federation menentang Pasukan
Soaring Upwards
Oleh Mohd Azmadi Awang
m.azmadiawang@gmail.com
Pertandingan permainan
video Dota dan PES pamer
semangat berpasukan!
Oleh Muhammad Ikram Iqbal
BA15160819@student.ums.edu.my
18 Mac–Objektif pertandingan ini adalah mencungkil bakat ma-
hasiswa dalam bidang permainan dan interaksi antara kumpulan
dan antara mahasiswa lebih-lebih lagi pertandingan Dota yang
melibatkan kerjasama kumpulan untuk mengatur strategi untuk
melawan pihak lawan.
Pertandingan permainan video yang diadakan oleh Kelab Gam-
ma di bawah Kursus Matematik dan Pitografik Fakulti Sains dan
Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Gamma telah ditubuhkan selama empat generasi di UMS. Pada
18 dan 20 bulan March 2017 pertandingn permainan video yang
dianjurkan oleh kelab Gamma adalah pertandingan Dota dan
PES.
Pertandingan permainan video ini dilakukan setiap tahun dan
merupakan program wajib bagi kelab Gamma.
Seramai
lapan kum-
pulan bersa-
maan 40
orang me-
nyertai per-
tandingan
Dota dan 10
individu
menyertai
pertand-
ingan PES
yang diada-
kan dia
Fakulti
FSSA.
Yuran yang dikenakan kepada peserta Dota hanya RM100 setiap
kumpulan manakala PES hanya RM15 setiap individu.
Hadiah bagi tempat pertama pertandingan Dota sebanyak
RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200. Bagi
hadiah PES tempat pertama sebanyak RM150 tempat kedua
RM120 dan tempat ketiga RM100.
AJK pertandingan permainan video, Muhammad Fadzulnizam
naib, 21, pelajar tahun dua kursus Matematik dan Pitografik.
Fadzrul merupakan salah satu AJK pertandingan permainan
video saa itu.
Menurut Fadzrul, “Ramai yang hendak mengikuti pertandingan
ini namun disebabkan jadual dan aktiviti yang bertindih mereka
terpaksa mengundurkan diri daripada mengikuti pertandingan
ini”.
Menurut Fadzrul, kelab Gamma ada menerima dana dari pihak
luar hasil usaha AJK tajaan mereka dan membuat perniagaan
kecil-kecilan ketika aktiviti dijalankan bagi mengutip keuntungan
sedikit untuk tabung kelab.
Pertandingan Dota berlansung
Salah seorang peserta pertandingan Dota
Sambutan
Hari Kerja
Sosial
UMS ting-
kat
kefahaman
profesion
pekerja
sosial
Oleh Maydora Marcus
Maydora95@gmail.com
22 Mac-Dekan Fakulti Psikologi
dan Pendidikan (FPP), Prof
Madya Dr.Mohd. Dahlan A.
Malek merasmikan sambutan
Hari Kerja Sosial Sedunia Tahun
2017 kali ke-13 di Fakulti
Psikologi & Pendidikan, Univer-
siti Malaysia Sabah (UMS).
Sambutan tahun ini bertemakan
Promoting Community & Enviro-
mental Sustainability merangkap
tunjang ketiga daripada lima
tunjang.
Beliau berkata, pihak fakulti
mengambil berat berkaitan
peranan kerja sosial dan be-
rusaha mendaftarkan program
ini kepada Persatuan An-
tarabangsa Sekolah Kerja Sosial
(IASSW) sebagai langkah
meningkatkan pengiktirafkan
program kerja sosial di UMS.
Ketika merasmikan, beliau
menegaskan agar masyarakat
perlu mengetahui konsep kese-
tiakawanan sosial khususnya
dalam kalangan pekerja sosial.
“Masyarakat kurang menyedari
akan peranan ahli ini, bukan
semata-mata sukarela tetapi
sebagai ahli professional. Ahli
profesional punya etika dan
pelaksanaan tersendiri,” katan-
ya.
Penyelaras program, Habibi Hj
Ibrahim, 43, menyatakan per-
ayaan ini penting untuk
mengeratkan silaturahim,
mengenang jasa, memupuk
kerjasama dalam pekerja sosial
di peringkat negeri ataupun
antarabangsa bagi membantu
masyarakat yang memerlukan.
Habibi sangat berharap agar
masyarakat akan melibatkan diri
pada aktiviti kemasyarakatan
dan meningkatkan kemahiran
interaksi dalam masyarakat.
Sehubungan itu, program ini
turut mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada ka-
langan pelajar dan kakitangan
NGO.
Turut hadir, Prof. Dr. Adi
Faharudin dalam menyam-
paikan penerangan secara ter-
perinci berkaitan sambutan ini.
Prof Madya Dr. Mohd. Dahlan A. Malek (tengah) ketika me-
rasmikan hari kerja sosial perigkat UMS
BERITA UMS 6Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Kursus
sarjana
Sastera
dan Pro-
gram
Pendara-
san Islam
terima
pelajar
semester
depan
Oleh Mohamad Yusup Akil
Yantzenyusup01@gmail.c
om
21 Mac-Profesor. Datuk
Dr. Mohd Harun Abdullah
melancarkan Kursus Sar-
jana Sastera ( Kerajaan
dan Hubungan An-
tarabangsa) dan Program
Pendarasan Islam (HI15)
Fakulti Kemanusiaan, Seni
dan Warisan yang ber-
tempat di Bankuasi, De-
wan Canselor.
“Universiti Malaysia Sabah
(UMS) meneruskan agen-
da serta objektif universiti
untuk meneruskan komit-
men untuk mem-
bangunkan pendidikan
tinggi di negeri Sabah”,
katanya.
“Kursus Sarjana Sastera
(Kerajaan dan Hubungan
Antarabangsa) ditawarkan
untuk program sepenuh
masa di bawah Pusat
Pengajian Pascasiswazah,
Ums yang akan menjurus-
kan kepada penyelidikan
dalam bidang tersebut”,
tambah beliau.
Sementara itu, program
Pendarasan Islam yang
dilancarkan merupakan
program prasiswazah yang
menawarkan Ijazah Sarja-
na Muda Pendarasan Is-
lam dengan Kepujian
“Program pendarasan
islam berpaksikan disiplin
ilmu yang terdiri dari aspek
Usuluddin, Syariah,
Dakwah, Akhlak dan Baha-
sa Arab serta disiplin-
disiplin ilmu yang lain”,
Jelas beliau lagi.
Program ini akan meneri-
ma pelajar pada sesi
pengajian semester 1 sesi
2017/2018 iaitu pada bulan
September 2017.
Beliau percaya minat untuk
meningkatkan kualiti pen-
didikan tidak menghalang
untuk program pas-
casiswazah diteruskan
legasinya dari semasa ke
semasa.
Beliau juga berkata baha-
wa Ums akan memperban-
yakkan promosi dan ker-
jasama badan-badan Ke-
rajaan Persakutuan dan
Kerajaan Negeri untuk
menguar-uarkan peluang
pengajian peringkat pas-
casiswazah.
Beliau mengatakan baha-
wa usaha ini penting da-
lam usaha meningkatkan
pendidikan tinggi khu-
susnya di rantau Borneo.
Dalam pada itu, beliau
berharap pengajian sela-
ma tiga tahun dapat me-
nyediakan pelajar yang
mampu mendepani caba-
ran globalisasi.
“Ums akan sentiasa me-
nyokong aktiviti Kerajaan
Negeri khususnya dalam
meningkatkan kualiti pen-
didikan di Sabah seperti
Institut Pengajian Pem-
bangunan Sabah”, Tegas
beliau.
Beliau juga menunjukkan
rasa gembira ketika
berucap kerana Institut ini
bukan asing kerana ter-
dapat beberapa golongan
pakar dari Ums yang
merupakan ahli lembaga
pengarahnya.
Akhir sekali, beliau bagi
pihak pengurusan tertinggi
Ums mengucapkan terima
kasih atas kehadiran Yang
Amat Berhormat Datuk
Seri Panglima Musa Haji
Aman, Ketua Menteri Sa-
bah merangkap Pro Can-
selor Ums yang se-
terusnya merasmikan
pelancaran program ba-
haru.
Oleh Fiona Lapidin
fionayunn@gmail.com
18 Mac-Federation muncul juara Kejohanan Bola
Sepak Universiti Malaysia Sabah (UMS)
sempena World Cup 2017 menewaskan Soaring
Upwards menerusi jaringan terbaik Ramadhan
dengan keputusan 1-0 di stadium UMS.
Aksi Soaring Upwards dalam permainan dijangka
mampu memenangi perlawanan tersebut, namun
Federation ternyata liat untuk ditundukkan apabi-
la memberi saingan sengit kepada pihak lawan.
Penantian gol daripada Soaring Upwards tidak
kesampaian apabila pihak lawan berjaya men-
jaringkan gol pada perlawanan masa kedua.
Jaringan gol pertama Ramadhan menjadikan
Federation memenangi kejohanan UMS World
Cup 2017.
Pertukaran pemain dari pihak lawan memberi
peluang kepada Federation untuk beraksi dengan
lebih baik untuk menentang Soaring Upwards.
Kemenangan Federation pada perlawanan akhir
menjadikan Federation kumpulan terbaik
sempena Kejohanan Bola Sepak UMS World
Cup 2018
Menurut pemain Federation Asrul Alwi, kenangan
ni merupakan satu yang sangat mengembirakan
beliau.
“Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan
kemenangan sebab perlawanan sebentar tadi
sangat sengit dan kumpulan saya juga berikan
kerjasama dengan baik sehingga kami me-
menangi perlawanan ini,” katanya
Barisan pemain kumpulan Federation UMS World Cup 2018
Federation muncul juara Kejohanan Bola
Sepak UMS World Cup 2018
Program
ini mampu
lahirkan
modal in-
san yang
berdepan
dengan
cabaran-
Mohd Has-
nol
Oleh Thasminee Subramaniam
Thasmineenam-
biar@yahoo.com
21-Mac-Majlis pelancaran Kur-
sus Sarjana Sastera (Kerajaan
Dan Hubungan Antarabangsa)
dan Program Pendarasan Islam
Fakulti Kemanusiaan Seni dan
Warisan dirasmikan oleh Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri
Panglima Musa Haji Aman di
Universiti Malaysia Sabah
(UMS) pada pagi ini.
Sempena pelancaran dua kur-
sus baharu itu Pengarah
Eksekutif, Institut Kajian Pem-
bangunan Sabah Dato Mohd
Hasnol Ayub berkata program
Sarjana Sastera (Kerajaan
Dan Hubungan Antarabangsa)
dan Program Pendarasan Islam
satu cadangan yang baik dan
berketepatan mengikut masa
yang sesuai.
Beliau berkata, kursus ini
mendapat sokongan padu dari
UMS, kerjasama Biro tatanega-
ra dan Institut Kajian Pem-
bangunan telah berganding
bahu merencana langkah dalam
usaha merealisasikan, seperti
yang diinisiatifkan oleh Ketua
Menteri Sabah.
Menurutnya lagi, sumber manu-
sia merupakan aset terpenting
di dalam sesebuah negara dan
perlu dilengkapkan dengan
pelbagai kemahiran, ilmu
pengetahuan sebagai persedi-
aan menghadapi cabaran do-
mestik dan global.
“ Kedua-dua program ini mam-
pu membantu kita berfikir
secara global dan berdepan
dengan pelbagai cabaran do-
mestik mahupun antarabangsa,”
katanya lagi.
Hasnol berkata, program seperti
ini mampu beraksi dengan
penuh keyakinan dalam ka-
langan modal insan supaya
mereka berjaya persada diper-
ingkat antarabangsa bagi me-
mastikan negara mendapat
pengiktirafan dan dihormati oleh
masyarakat
Selain itu, Malaysia menjalan-
kan hubungan bialetral dan
multiletral dengan negara-
negara jiran dan pelbagai per-
tubuhan di serantau dari dunia.
Sehubungan itu katanya, sen-
ario ini memerlukan kita bersi-
kap responsif dan sentiasa
memainkan peranan dan pel-
bagai usaha kearah sejahtera
negara-negara global.
“ Dalam usaha memastikan
dasar luar Malaysia terus man-
tap, para pemimpin, pegawai-
pegawai kerajaan harus senti-
asa mengambil inisiatif dalam
menambah pengetahuan serta
peka terhadap pelbagai isu
domestik dan antarabangsa,”
katanya.
“ Program ini merupakan usaha
untuk menghasilkan kearah
modal insan khususnya dalam
kalangan penjawat-penjawat
awam dan pemimpin yang lebih
berpengetahuan dan kom-
petitif,” kata Hasnol.
Beliau berharap kursus ini
mejadi katalis kepada pem-
bangunan sumber manusia,
negara dan terutamanya di
negeri Sabah yang lebih ber-
pengetahuan.
Program ini turut dihadir oleh
Naib Canselor Universiti Malay-
sia Sabah YBhg Prof Datuk Dr
Mohd Harun Abdullah pagi tadi.
Dato Hasnol ayub memberi ucapan sempena pelancaran pro-
gram baharu
Pelancaran Kursus
Sarjana Sastera Dan
Program Pendarasan
Islam Di UMS
Oleh Shritika A/P Sevanes
Rikanot16@gmail.com
21 Mac-Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Panglima Musa Haji Aman berkata inisiatif
Universiti Malaysia Sabah dalam memperke-
nalkan Kursus Sarjana Sastera (Kerajaan dan
Hubungan Antarabangsa) serta Program Pen-
darasan Islam boleh membentukkan sumber
manusia yang berilmu dan kompeten di negeri
Sabah ketika majlis pelancaran, pagi tadi.
“Saya memuji inisiatif yang dibuat oleh UMS
dengan kerjasama Institusi Kajian Pem-
bangunan (IDS) atas perwujudan kursus Kera-
jaan dan Hubungan Antarabangsa ini. Ten-
tunya ia merupakan satu lembaran baru dalam
sejarah pendidikan negeri Sabah dengan
tubuhnya satu lagi kursus yang sangat penting
dan bermakna ini.”
Kursus Sarjana Sastera (Kerajaan dan Hub-
ungan Antarabangsa) ditawarkan untuk pro-
gram sepenuh masa dan separuh masa di
bawah Pusat Pengajian Pas-
casiswazah UMS yang akan menjurus kepada
penyelidikan dalam bidang tersebut.
Dalam pada itu, Musa berkata bahawa kursus
itu mampu memberi pengetahuan yang cukup
relevan tentang senario politik dan isu-isu
antarabangsa kepada pelajar.
Musa berkata demikian kerana kursus Kera-
jaan dan Hubungan An-
tarabangsa dapat memupukan
pengajaran yang penting dan
mendedahkan kepentingan
keharmonian negara kepada
para pelajar pascasiswazah.
“Penawaran kursus tersebut
pada peringkat pascasiswazah
membuka peluang kepada
pegawai-pegawai kerajaan
negeri dan persekutuan selain
pelajar universiti untuk men-
dalami ilmu berkaitan isu-isu
semasa di seluruh dunia,”
katanya.
Tambah Musa, penawaran
kursus Kerajaan dan Hub-
ungan Antarabangsa juga akan membenatu
pegawai-pegawai Kerjajaan Negeri dan
Persekutuan untuk mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari dalam melaksanakan tugas-tugas
perkhidmatan dengan lebih cemerlang.
Dalam pada itu, Naib Canselor UMS,
Prof.Datuk.Dr.Mohd Harun Abdullah berkata,
Program Pendarasan Islam merupakan pro-
gram prasiswazah yang menawarkan Ijazah
Sarjana Muda Pendarasan Islam dan akan
menerima pelajar pada sesi pengajian Semes-
ter 1 2017/ 2018 pada September ini.
Mohd Harun juga berkata bahawa “Istilah
pendarasan merupakan kata asal daripada
bahasa Arab iaitu „daras‟ yang bermaksud
mengaji dan sinonim dengan makna belajar
berpaksikan disiplin ilmu Islam yang terdiri
daripada aspek Usuluddin, Syariah, Dakwah,
Akhlak dan Bahasa Arab serta disiplin-disiplin
ilmu yang lain”.
“Langkah UMS dalam menawarkan Program
Pendarasan Islam melalui sistem pendidikan
formal berserta dengan pelbagai aspek ke-
hidupan masyarakat berkemampuan untuk
meluaskan pengetahuan yang betul dan men-
dalam berkenaan agama Islam” katanya Mu-
sa.
Beliau berharap bahawa kursus dan program
ini akan memberikan ruang dan peluang kepa-
da kerajaan dan pihak yang terlibat dalam
pengurusan sumber manusia di negara ini
untuk bersama-sama bekerjasama mem-
bangunkan negeri Sabah dan Malaysia se-
terusnya mencapai matlamat yang digariskan.
Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif
Insitusi Kajian Pembangunan Sabah (IDS),
Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai tanda
penghormatan bersama.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji me-
rasmikan Majlis Pelancaran Kursus Kerajaan dan Hub-
ungan Antarabangsa dan Program Pendarasan Islam
7 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
KOLEJ KEDIAMAN: DI SINI TERATAK
BERTEDUH
Oleh Fadhilah Jamil
fadhilahjamil999@gmail.com
Pelbagai spekulasi dan
andaian negatif telah
dibuat berkaitan cara
pemilihan kolej kedia-
man yang dibuat. Ramai
yang mendakwa pemili-
han bagi kolej kediaman
adalah kurang telus.
Sejauh mana dakwaan
ini dan sejauh mana
langkah penjelasan ba-
kal dirungkakan? Se-
setengah pihak telah
mengutuk keras tinda-
kan pihak kolej yang
memberikan kediaman terus kepada ahli jawatankuasa yang menguruskan kema-
sukan pelajar baharu tanpa tapisan. Kononnya, pelajar yang membantu dalam men-
jayakan program kemasukan pelajar akan dijamin dengan penempatan pada sesi
berikutnya.
Alasannya? Ahli jawatankuasa yang terdiri daripada para pelajar terpaksa datang
beberapa minggu
lebih awal daripada pelajar lain dan melakukan tugasan yang berat semasa
sesi pendaftaran pelajar.
Perkara ini mendapat kecaman hebat daripada penghuni kolej yang lain. Mere-
ka merasakan tindakan yang dilakukan sangat tidak relevan dengan konsep
“siapa aktif, dia dapat” yang dijanjikan pada kemasukan awal.
Mereka merasakan
tindakan yang dil-
akukan sangat tidak
relevan dengan kon-
sep “ siapa aktif, dia
dapat” yang di-
janjikan pada kema-
sukan awal. Rasa
tidak puas hati ini
telah menyebabkan
pelajar mempunyai
tanggapan yang
negatif berhubung isu
pemilihan.
Rasa tidak puas hati ini
telah menyebabkan
pelajar mempunyai tang-
gapan yang negatif
berhubung isu pemilihan.
Pengakhirannya, pelajar
yang aktif akan mula
berhenti dari melibatkan
diri mereka dengan pel-
bagai aktiviti. Semakin
sukar untuk mem-
bersihkan semula men-
taliti pelajar terhadap
manfaat yang dikaitkan
dengan kolej kediaman.
Paling tidak, jika ditanya
mengapa mereka me-
nyertai pelbagai aktiviti,
mungkin jawapan mere-
ka sekadar untuk
mendapatkan makanan
percuma. Bukan lagi janji
Mysdp atau penempatan
kolej kediaman yang
menarik perhatian.
Tanpa disedari, timbul
dua aliran pemikiran
yang semakin tersebar
dalam kalangan pelajar
tahun pertama. Pelajar
yang lebih „senior‟ se-
nang mempengaruhi
mereka dengan dua
cara :
Pertama
“Biarpun aktif, pemilihan
kolej kediaman tetap
dilakukan secara
rawak.
”Kedua
“Tidak perlu bersusah payah menyertai pel-
bagai aktiviti. Cukuplah menjadi ahli jawa-
tankuasa ketika kemasukan pelajar baru. Pasti
akan dapat penempatan semester seterusnya!”
Mungkin nampak mengejutkan, tapi inilah realiti
yang mula merebak dalam kalangan pelajar.
Setiap pelajar muncul dengan „strategi‟ masing-
masing untuk kekal di kolej kediaman.
Bangunan blok – blok pelajar Kolej Kediaman Tun Mustapa
“Semua membuktikan dengan usul dan
kononnya pengalaman masing-masing
di semester yang sebelumnya sudah
jelas. Pada akhirnya, semua pelajar
baru akan terpengaruh dan setiap
daripada tindakan mereka akan
„berguru‟ kepada pelajar senior”
Alasannya?
“Pelajar „senior‟ cakap begini......, pela-
jar senior cakap begitu...”
RENCANA 8Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Lama-kelamaan isu ini terus
berterusan tanpa noktah. Pelajar
senior kononnya dengan yakin
terus menerus „mendendangkan‟
apa yang dipercayai benar.
Lantas diwariskan kepada
penghuni tahun pertama. Yang
menghadam „dendangan‟ ini pula
jadi panik dan takut.
Maka tidak hairanlah mengapa
setiap kali temuduga pemilihan
ahli jawatankuasa dilakukan di
setiap kolej kediaman, semua
orang berpusu-pusu untuk men-
cuba nasib. Barisannya mungkin
lebih panjang daripada yang
menyertai aktiviti anjuran kolej
kediaman sebelumnya. Pasti.
Kerana semua orang menetap-
kan di minda masing-masing
bahawa itu adalah „tiket‟ untuk
kekal di kolej kediaman. Ya.
Siapa yang mahu menolak
manfaat dengan cara yang mu-
dah?
Skop isu kolej kediaman terlalu
luas dan tidak pernah sunyi dari
kritikan daripada pelbagai pihak.
Tidak cukup mengenai isu pemili-
han, tidak kurang juga yang me-
nyuarakan rasa tidak puas hati
mengenai isu kemudahan yang
diterima.
Ramai pelajar yang mendakwa
kemudahan yang disediakan oleh
kolej kediaman adalah berbeza-
beza walaupun yuran yang
dikenakan pada kadar yang sama.
Kolej kediaman Excellent adalah
antara kolej kediaman yang ber-
hadapan dengan pelbagai kritikan
dari segi struktur kemudahan yang
disediakan.
Keadaan bilik yang rata-ratanya
dihuni oleh empat orang pada satu-
satu masa menimbulkan rasa ku-
rang selesa berikutan keadaan bilik
yang agak sempit.
“Seringkali ketegangan berlaku
berikutan keadaan yang bising.
Mengawal emosi adalah perkara
paling sukar kerana banyak kare-
nah perlu dihadapi” .
Perkara ini diusulkan kepada
pihak berwajib bagi mendapatkan
jawapan yang tuntas terhadap
persoalan-persoalan yang
diutarakan.
Solusi yang ingin dirungkaikan
satu persatu bagi memastikan
pelajar jelas mengenai syarat
kelayakan dan langkah pemilihan
yang dilakukan.
Satu persatu pihak tampil mem-
berikan jawapan mengenai pros-
es dan aliran pemilihan yang
diamalkan dalam menentukan
pelajar yang layak untuk
mendapat kolej kediaman pada
setiap tahun pengajian.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
(HEP), pengetua kolej kediaman,
Jabatan Kebajikan Mahasiswa
(JAKMAS) dan kelab-kelab per-
satuan kolej kediaman mengga-
lurkan jawapan di pihak mereka.
PEMILIHAN KOLEJ KEDIAMAN
KELAYAKAN UMUM
PNGK 2.50 KE ATAS
PENGLIBATAN DALAM SEKURANG-
SEKURANGNYA 5 AKTIVITI DARIPADA
7 AKTIVITI ANJURAN KOLEJ
SUDAH MEMBUAT PERMOHONAN (SMP)
BAGI PELAJAR TAHUN DUA DAN
KEATAS.
AKTIF DAN MEMEGANG JAWATAN DA-
LAM KELAB DI KOLEJ KEDIAMAN
KELAYAKAN ISTIMEWA:
1. AHLI JAKMAS
2. ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)
3. ORANG ASLI DARI SEMENANJUNG
4. ATLIT YANG MEWAKILI UNIVERSITI
5. MENYERTAI UNIT BERUNIFORM
KESALAHAN TATERTIB YANG MELUCUTKAN KELAYAKAN
1. MEMBAWA BAHAN TERLARANG KE DALAM KOLEJ
2. TERLIBAT DALAM DADAH DAN ROKOK
3. TIDAK MEMATUHI ETIKA PEMAKAIAN
PROSESRAYUAN:
MENULIS SURAT RAYUAN KEPADA KOLEJ KE-
DIAMAN
2. MEMBAWA BUKTI BUKU PROFIL AKTIVITI
3. MENGHADIRI TEMUDUGA KELAYAKAN
9 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Saban hari, peningkatan terhadap kos sara hidup semakin mem-
bebankan kehidupan masyarakat khususnya golongan yang
berpendapatan rendah. Tempias daripada isu ini turut menimpa
golongan pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi
Awam, IPTA mahupun swasta yang sebahagiannya berasal
daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah.
Bagi menampung kehidupan seharian berikutan
kemerosotan ekonomi yang melanda negara serta kenaikan kos
sara hidup kini, sesetengah pelajar cenderung untuk mengambil
pelbagai langkah dan alternatif bagi mengatasi masalah
kekangan kewangan sehingga terdapat segelintir pelajar yang
mengambil inisiatif bekerja sambilan dan terlibat dengan
perniagaan.
Dalam kalangan pelajar-pelajar tersebut, ada yang
bekerja di restoran, di kedai buku, berniaga barangan dan
sebagainya. Mereka biasanya menggunakan cuti semester untuk
membuat kerja sambilan supaya dapat mengumpul pendapatan
tambahan untuk digunakan pada semester yang akan datang.
Terdapat juga yang bekerja pada waktu buka semester seperti
pada waktu malam, hujung minggu, malahan ketika waktu kuliah
sedang berjalan.
Selain itu, sebahagian daripada mereka pula
berkecimpung dalam perniagaan seperti menjual nasi lemak,
jeruk buah, air mineral, kad tambah nilai bahkan ada yang men-
jalankan perniagaan dalam bentuk perkhidmatan seperti mem-
baiki komputer riba dan sebagainya. Semua ini merupakan usaha
yang dilakukan oleh para pelajar demi untuk terus bertahan da-
lam menempuhi dugaan kehidupan sebagai seorang pelajar.
Walau bagaimanapun, dengan kepesatan pem-
bangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT, pelajar kini
mampu untuk melakukan perniagaan secara atas talian bagi
menampung perbelanjaan mereka sepanjang tempoh pengajian
disamping sebagai satu bentuk pengasahan minat mereka dalam
bidang perniagaan dan bisnes.
Pelbagai platform yang digunakan untuk menjalankan
perniagaan secara atas talian sama ada melalui laman web ter-
tentu atau media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.
Dengan perniagaan secara atas talian, mereka tidak terikat
dengan sebarang waktu untuk berniaga dan bebas untuk
menghadiri kuliah mahupun aktiviti Universiti yang lain.
Sememangnya perniagaan secara atas talian bukanlah
sesuatu yang baru untuk diceburi oleh golongan pelajar Universiti
lebih-lebih lagi kebanyakan masa mereka berhadapan dengan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT serta Internet untuk
menyiapkan tugasan, mencari maklumat, berhibur dan bersosial.
Mereka sudah cukup terdedah dengan kehadiran teknologi ini
sehingga mereka mampu untuk tampil dengan pelbagai idea
yang baru dalam menjalankan perniagaan secara atas talian.
Seterusnya, penglibatan mereka ke dalam
aktiviti perniagaan atas talian juga adalah disebabkan
oleh faktor dorongan kesempitan hidup yang semakin
mendesak untuk mereka mencari sumber kewangan
tambahan. Di samping itu, kesedaran terhadap
kesusahan yang dialami oleh ibubapa demi memasti-
kan duit belanja sentiasa ada serta sikap tidak ingin
membebankan keluarga juga merupakan antara salah
satu pencetus keinginan untuk bergiat aktif di dalam
perniagaan secara atas talian ini.
Menyedari mereka tidak lagi boleh
bergantung dengan wang pinjaman pendidikan
semata-mata, Afikah Samsuddin, 22, seorang pelajar
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari Fakulti
Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), kursus
hubungan industri, menjalankan perniagaan atas
talian bagi menampung perbelanjaan sendiri.
"Setelah ditolak daripada yuran dan sewa
penginapan, baki pinjaman saya hanya tinggal dalam
kira-kira RM200 sebulan sahaja, dan jumlah itu adalah
tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup
dan perbelanjaan saya yang lain sepanjang semester
pengajian ini, jadi saya memilih untuk menjalankan
perniagaan atas talian untuk mencari duit belanja,"
kata Afikah. Afikah menjalankan perniagaan atas
talian melalui media sosial seperti Instagram,
Facebook dan Wechat.
Menurutnya lagi, walaupun mendapat
pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi
kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran
pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit
sedangkan beliau memerlukan antara RM300 hingga
RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan.
Hal ini bukan sesuatu yang baru bagi pelajar Universiti
masa kini. Dengan peningkatan kos sara hidup, jumlah wang
yang dahulunya agak besar dan mencukupi untuk menampung
segala perbelanjaan sepanjang tempoh satu semester pengajian
kini telah mengecil dari sudut nilainya. Terdapat segelintir pelajar
yang cuma mendapat pinjaman pendidikan yang sedikit sehingga
apabila telah ditolak dengan jumlah yuran menjadikannya tidak
lagi relevan untuk bergantung sepenuhnya dengan jumlah wang
tersebut.
Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempu-
nyai sebarang pinjaman pendidikan dan bergantung sepenuhnya
dengan biaya daripada ibubapa?
KOS HIDUP TINGGI: PELAJAR IPT
BUAT PERNIAGAAN ATAS TALIAN
Oleh Tan Chai Jie
chaijie_tan@hotmail.com
Afikah Samsuddin ialah seorang pelajar yang menjalankan perniagaan atas talian.
“Matlamat saya dalam
menceburi bidang ini adalah
disebabkan saya ingin
mengumpul dan menabung
duit demi untuk menjalani iba-
dat umrah dengan
menggunakan pendapatan
diri,” katanya.
Perniagaan secara atas talian Afikah melalui Instagram.
RENCANA 10Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Tambahan pula jika ibubapa mereka memiliki jumlah
tanggungan yang ramai? Mereka tentu sahaja mengikat perut
untuk berjimat serta berhadapan dengan pelbagai kesulitan.
Di samping menjalankan perniagaan secara atas
talian untuk menampung perbelanjaan dirinya, Afikah juga
memilih untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian bagi
menghadapi kenaikan kos sara hidup. Beliau lebih cenderung
untuk mengutamakan keperluan berbanding kemahuan
walaupun memiliki sumber kewangan tambahan hasil daripada
perniagaan beliau.
Terdapat pelbagai benda untuk diceburi selain da-
ripada melakukan pekerjaan sampingan di kedai-kedai mahupun
restoran. Pelajar pada masa kini sangat terdedah dengan pen-
ingkatan penggunaan teknologi komunikasi seperti media sosial
dan laman web. Perniagaan atas talian adalah sesuatu yang
sangat mempunyai kelebihan kepada pelajar yang sentiasa
sibuk dengan akademik.
Untuk menggunakan semua kemudahan dan kelebi-
han yang ada pada perniagaan atas talian tidaklah memerlukan
tenaga dan masa yang banyak sebaliknya hanya bingkisan idea
yang menarik
dan
kesungguhan
dalam diri seseorang individu untuk berjaya dalam apa yang
diusahakannya.
Melihat kepada usaha yang dilakukan oleh Afikah
dalam membantu dirinya sendiri tanpa bergantung sepenuhnya
kepada bantuan kewangan dan biaya daripada ibubapa wajar
untuk dijadikan sebagai satu pemangkin dalam meningkatkan
diri pelajar.
Kebanyakan pelajar pada hari ini terlalu dibayangi
dengan kegagalan individu lain yang telah dahulu menceburi
bidang perniagaan atas talian sehingga menyebabkan mereka
takut untuk mengambil risiko dan memulakan perniagaan atas
talian sendiri sebagai langkah untuk membantu meningkatkan
kewangan peribadi.
Peluang terus terbuka luas buat para pelajar dengan
pelbagai seminar dan bengkel berkaitan usahawan muda serta
belajar sambil berbisnes dianjurkan di peringkat Universiti untuk
membantu para mahasiswa membina perniagaan mereka
justeru memupuk semangat keusahawanan dan rasa ingin ber-
jaya dalam diri mereka.
Dengan impak kemelut ekonomi yang semakin men-
cengkam pada hari ini wajar membentuk mentaliti mahasiswa
yang „survival‟ atau dalam erti kata lainnya berusaha untuk me-
nyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang mendatang.
Sehubungan itu, pihak Universiti turut menyediakan
kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan bagi melatih para
mahasiswa tentang selok belok perniagaan serta membekalkan
mahasiswa dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi
seorang uasahawan yang sukses pada masa yang akan datang.
Masa kini iaitu era di mana arus pemodenan semakin
deras menuntut setiap individu untuk meningkatkan penge-
tahuan dan kemahiran diri terutamanya di dalam perkara yang
berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT bagi
memastikan seseorang itu tidak ketinggalan oleh peredaran
zaman. Kemahiran yang ada pada diri seseorang pelajar mam-
pu dimanfaatkan untuk menjadi suatu profesian dan karier pada
suatu hari nanti.
Dalam menjalani kehidupan sepanjang tempoh
pengajian melibatkan pelajar perlu berhadapan dengan pelbagai
cabaran baru, pelajar haruslah matang dalam menghadapi
dugaan ketika menuntut ilmu. Pelajar juga perlu bahawa ini
merupakan suatu bentuk pembelajaran bagi mereka bersedia
untuk menghadapi ealiti kehidupan yang sebenar. Segala pen-
galaman dan ilmu yang dtimba sepanjang berada di Universiti
akan mendatangkan keuntungan kelak.
“Saya memilih
untuk masak
makanan sendiri
berbanding makan di
luar, kecuali jika
keadaan terlalu sibuk
dengan tugasan
barulah saya ke kedai
makan,” katanya.
“Sebelum saya
berniaga, dari segi
kewangan saya hanya
bergantung dengan ibu
bapa sahaja, namun
selepas saya menjalankan
perniagaan atas talian ini,
saya tidak bergantung
sangat dengan keluarga
dan sedikit sebanyak saya
dapat memberikan mereka
hasil pendapatan yang
saya perolehi,” katanya
lagi. Afikah semasa menjalankan aktiviti perniagaan
Afikah yang tekun dalam menjalankan urusniaganya melalui telefon
11 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Harga makanan di kafeteria Kolej Kediaman UMS “cekik
darah?”
Oleh Muhammad Hamka Bin Hisham
Hamkahisyam@yahoo.com
Apabila kita bercerita mengenai harga makanan kafeteria di dalam Kolej Kediaman di Uni-
versiti Malaysia Sabah (UMS), sudah pasti terlintas di dalam fikiran khususnya para mahasiswa
mengenai isu harga makanan yang tidak menentu. Adakalanya mahal, dan ada kalanya murah.
Seolah-olah seperti mengikut arus harga minyak dunia yang boleh mengalami proses naik turun
harga.
Isu ini sememangnya dilihat seperti tiada penghujungnya. Melihat kepada keadaan
ekonomi yang semakin tidak menentu, sudah pasti soal harga sememangya dtitikberatkan oleh
para mahasiswa dalam urusan pembelian makanan bagi memastikan tiada fenomena “makan mi
segera” pada hujung bulan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakstabilan harga makanan di kafeteria
kolej kediaman UMS. Salah satunya adalah disebabkan oleh tiada paparan harga makanan di kafe-
teria. Perkara ini sebenarnya sudah dikenal pasti merupakan punca utama kepada ketidaktentuan
harga makanan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh
Kementerian Kepenggunaan Dalam Negeri (KPDNKK) mengatakan adalah wajib bagi pengusaha
dan peniaga meletakkan tanda harga makanan. Sekiranya tiada paparan harga makanan, para
peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh para maha-
siswa mengenai isu ini. Sememangnya perkara ini bakal menjadi
satu isu yang dekat dengan diri mahasiswa kerana ianya meru-
pakan keperluan mereka dalam kehidupan seharian. Antara yang
paling menarik perhatian adalah harga makanan tidak setimpal
dengan kualiti dan kuantiti makanan yang dibeli. Sebagai contoh,
harga bagi nasi putih bersama sayur dan ayam yang mungkin
saiznya agak sederhana boleh mencecah Rm5. Hal ini sudah
tentu mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak khsususnya
para mahasiswa yang terpaksa berhadapan situasi ini hampir
setiap hari.
Kami cuba mendapatkan reaksi secara langsung da-
ripada para mahasiswa bagi memberi sebarang pendapat
mengenai isu ini. Muhammad Imran bin Md Salleh, 22, yang
merupakan pelajar Tahun Dua dalam pengajian Sejarah ber-
pendapat isu harga kafeteria di kolej kediaman ini adalah berpun-
ca daripada kegagalan pihak kafeteria mematuhi standard harga
yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Hal ini demikian kerana
walaupun terdapat paparan harga yang ditampilkan di kafeteria,
namun perlaksanaan yang dilakukan adalah sebaliknya dan se-
mestinya nilai harga adalah berbeza dengan standard yang telah
ditetapkan.
“Kadang-kadang, kita sebagai pelanggan sukar untuk
mengenal pasti harga yang perlu dibayar ketika membeli ma-
kanan di kafeteria. Bahkan jumlah yang perlu dibayar adakalanya
jauh berbeza dengan harga yang dipaparkan” luahnya lagi kepa-
da kami.
Selain itu, bagi pelajar tahun Dua program Akuakultur,
Khairul Asyraf Bin Abdul kadir, 22, berpendapat kurangnya
pemantauan daripada pihak pentadbiran merupakan salah satu
punca kepada berlakunya ketidaktentuan harga makanan di kafeteria kolej kediaman. Menurutnya
lagi, sekiranya terdapat penyelarasan harga oleh pihak pentadbiran sekalipun.
“Saya sendiri merasakan seperti tiada perbezaan walaupun harga dipaparkan kepada para
pelanggan kerana jumlah harga yang perlu dibayar adalah jauh berbeza dengan harga yang di-
paparkan”, luahnya residen Kolej Kediaman Tun Mustapha itu.
Harga makanan yang mahal di kafeteria sering menjadi isu hangat dalam kalangan
Kafeteria Kolej Kediaman Excellent Kolej E
RENCANA 12Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Kami cuba melihat keadaan harga di Kolej Kediaman Sri Angkasa (KSA). Menurut
salah seorang residen kolej kediaman tersebut, Syarifah Nabila, 23, mengatakan
bahawa makanan di KSA adalah paling murah jika hendak dibandingkan dengan
kafeteria lain di kolej kediaman UMS.
Persoalannya ialah apakah sebab harga makanan di kolej kediaman dalam UMS
mahal berbanding KSA? Adakah wujud sebarang polisi yang ditetapkan oleh pihak
HEP UMS mengenai harga makanan di kafeteria kolej kediaman UMS?
Sementara itu, Jasni Jaafar merupakan pengusaha gerai no.4 di kafeteria KSA
mengatakan terdapat juga aduan mahasiswa berkenaan harga makanan. Beliau
mengatakan bahawa ramai mahasiswa yang membuat aduan kerana tidak menge-
tahui harga sebenar bahan mentah.
Kami tidak akan menaikkan harga makanan dengan sewenangnya sebelum membu-
at pengiraan terlebih dahulu”, tambah beliau.
Namun begitu, berdasarkan pemantauan yang dibuat dan temubual yang dijalankan
menunjukkan harga makanan di KSA adalah paling murah di antara kolej kediaman
yang lain. Harga makanan di KSA yang relevan mengikut kemampuan mahasiswa
mendapatkan sambutan menggalakkan sehingga melalui pemerhatian yang dijalan-
kan terdapat mahasiswa yang menetap di kolej kediaman dalam datang ke KSA
untuk makan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, walaupun ada menerima Pinjaman Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun jumlah yang diterima tidak mencukupi
bagi menanggung perbelanjaan selama satu semester bagi tempoh lima bulan. Hal
ini demikian kerana jumlah wang pinjaman yang diterima bukan sahaja digunakan
untuk keperluan makanan semata-mata, malah kelengkapan harian seperti ubat gigi, sabun, kos pengakutan, kos percetakan tugasan juga dikira sebagai perbelanjaan yang perlu diberi perhatian
oleh mahasiswa.
Secara matematiknya, pinjaman penuh PTPTN yang diberikan kepada mahasiswa yang layak hanyalah berjumlah Rm3100 bagi setiap semester. Sekiranya jumlah tersebut ditolak dengan yuran
pengajian sebanyak RM 1530 (bagi aliran kemanusiaan) jumlah yang tinggal hanyalah sekitar Rm700++. Jika dikira secara pukal bajet makan bagi seorang mahasiswa adalah RM10 sehari, maka
jumlah bagi sebulan yang perlu disediakan bagi perbelanjaan makanan adalaah RM300.
Bayangkan dalam tempoh 5 bulan jumlah yang perlu dibelanjakan hanya untuk makanan sahaja, adakah ianya mencukupi? Sudah tentunya tidak! Jumlah tersebut sudah tentu itidak mampu menam-
pung perbelanjaan makanan buat mereka.
Melihat kepada permasalahan ini, pihak yang bertanggungjawab khususnya pihak kafeteria perlulah memandang serius terhadap masalah ini. Isu harga makanan yang tidak menentu atau mahal
seharusnya tidak wujud di dalam kampus. Memandangkan pelanggan setia mereka adalah daripada kalangan mahasiswa itu sendiri, mereka seharusnya tidak mengambil kesempatan atas perkara
ini. Di samping itu, pihak pentadbiran juga disarankan untuk menjaankan pemantauan secara kerap terhadap perkembangan harga di setiap kafeteria kolej kediaman bagi memastikan masalah ini
berlarutan.
Sebagai mahasiswa, perbelanjaan kewangan haruslah diatur dengan bijak bagi mengelakkan mengalami masalah kewangan dalam tempoh yang akan datang. Segala perbelanjaan harus dida-
hulukan dengan perkara penting bagi memastikan keperluan itu dipenuhi berbanding kehendak. Jika bukan dari diri mahasiswa itu sendiri yang menetukan perbelanjaan mereka, siapa lagi?
Kafeteria Kolej Kediaman Tun Mustapha (Kolej AB)
Syarifah Nabila
13 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Universiti Malaysia Sabah menyediakan servis bas kepada mahasiswa/i bagi memudahkan mereka
untuk menghadiri kuliah dan menyertai program.
Kebanyakan mahasiswa/i tidak memiliki kenderaan sendiri dan mereka sangat memerlukan servis
bas yang disediakan oleh universiti untuk bergerak di kawasan universiti.
Walaupun servis bas yang disediakan oleh pihak universiti memudahkan mahasiswa/i, tetapi
terdapat juga pelbagai masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/i, pemandu bas dan pihak
berkenaan.
“Walaupun saya rasa dua buah bas untuk Kolej Kediaman Kingfisher adalah cukup, tetapi kadang-
kala saya tidak dapat menaiki bas, terutamanya pada pukul 4 atau 5 petang di Dewan Kuliah Pusat
Ke-2 tetapi lebih senang untuk menaiki bas di perpustakaan UMS,” kata Lam Jun Yi, penginap
Kolej Kediaman Kingfisher.
Bas yang bergerak antara Kolej Kediaman Kingfisher dan universiti adalah satu jam sekali.
Kata Lam, kalau dia tidak dapat menaiki bas, dia akan menunggu satu jam lagi untuk menaiki bas
yang seterusnya atau meminta kawannya untuk membawa dia pergi ke universiti untuk menghadiri
kelas atau mendapatkan servis Uber atau Grabcar.
“Saya pernah mengalami satu pengalaman, iaitu saya naik bas di Kolej Kediaman Kingfisher dan
telah menunggu di dalam bas
hampir satu jam, baru saya
tahu bas tersebut tidak
bergerak ke universiti pada
masa tersebut tetapi perlu
menunggu jam yang
seterusnya untuk bergerak ke
universiti,” kata Lam.
“Pemandu bas tersebut tidak
memberitahu mahasiswa/i
bahawa bas yang dinaik tidak
bergerak pada masa tersebut,
telah membazirkan masa
kami,” katanya.
Lam juga berkata bahawa dia
berharap sikap pemandu bas
boleh ditambahbaik dari segi
mematuhi masa yang
ditetapkan untuk pergerakan
bas.
Nur Azlinnie, penginap Kolej
Kediaman Kampung E, berkata
bahawa bilangan bas dalam
kawasan UMS adalah cukup
tetapi masa pergerakan bas di
kawasan universiti perlu
diperbaiki.
“Pemandu bas mempunyai
masa rehat, kami tidak dapat
menaiki bas semasa masa
reahat mereka,” katanya.
Azlinnie juga berkata, “Saya
rasa pemandu bas harus mengambil giliran untuk berehat supaya mahasiswa/i tidak perlu
menghabiskan masa dalam menunggu bas.”
Kata Azlinnie, penghawa dingin bas juga perlu ditambahbaikan kerana penghawa dingin beberapa
bas adalah tidak sejuk.
Bus Kolej Kediaman Kingfisher, UMS
Masalah Bas di Universiti Malaysia Sabah
Oleh Tan Chai Qin
BA15110646 beiansow@gmail.com
Lam Jun Yi sedang menerangkan pengalamannya menaiki bas.
Nur Azlinnie mengadu dengan servis bas.
RENCANA 14Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
“Penghawa dingin dalam bas adalah tidak sejuk dan biasanya bas akan membawa penumpang
terlebih dan menyebabkan mahasiswa/i perlu berdiri dalam bas,‟ katanya.
Menurut kata Azlinnie, bas yang membawa penumpang terlebih menyebabkan suasana dalam
bas menjadi lebih panas.
Selain itu, menurut kata Afrid Rosumad, pemandu bas Kolej Kediaman Angkasa, masalah yang
selalu dihadapi di dalam bas ialah mahasiswa/i akan mambawa makanan ke dalam bas dan
meninggalkan makanan atau sampah di dalam bas.
“Saya pernah menegur mereka yang meninggalkan makanan atau sampah dalam bas, mereka
yang ditegur akan berasa marah, jadi, biasanya saya akan bertungkus-lumus untuk
membersihkan bas supaya pelajar tidak sakit hati semasa ditegur,” kata pemandu bas tersebut.
Afrid juga berkata, mereka tidak mengadu ke pihak atasan pasal masalah mahasiswa/i
meninggalkan makanan atau sampah di dalam bas.
“Bagi mahasiswa/i yang ingin mengadu tentang bas, borang pengaduan telah disediakan di
depan bas,” katanya.
Menurut kata Alfrid, biasanya borang pengaduan ini tidak mempunyai mahasiswa/i yang
mengambikannya.
“Biasanya, mahasiswa/i akan terus membuat aduan dengan pemandu bas dan tidak pernah
nampak mahasiswa/i yang mengambil borang pengaduan ini untuk membuat aduan,” katanya.
Hal ini kerana kedua-dua pihak, pemandu bas dan mahasiswa/i tidak ingin memperbesarkan
masalah yang dihadapi oleh mereka.
Mahasiswa/i harus melaksanakan kewajipan mereka sebagai seorang penumpang yang beretika
dan sentiasa menjaga kebersihan bas semasa menaiki bas.
“Masalah yang dihadapi oleh
mahasiswa/i dan pamandu bas
juga diharap dapat diselesaikan
oleh pihak berkenaan dan
sistem bas di universiti dapat
dipertingkatkan bagi
memudahkan lagi mahasiswa/i
untuk bergerak dalam kawasan
UMS”
“Masalah bas
bukan
tanggungjawab
satu pihak sahaja
tetapi memerlukan
kerjasama dari
semua pihak
menyelesainya”
Afrid Rosumad, pemandu bas Kolej Kediaman Angkasa yang menerima temu bual.
Borang pengaduan yang disediakan dalam setiap bas UMS.
RENCANA 17 Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Isu monyet menyerang kolej kediaman Excelent atau lebih dikenali sebagai kampung E memang
tidak asing lagi bagi penghuni kampung E. Saban hari pelajar diganggu oleh monyet spesis kera
atau nama saintifiknya Makaka Pasikularis yang banyak berkeliaran di kampung E.
“setakat ini kami belum menerima laporan rasmi berkaitan pelajar yang cedera kerana gangguan
monyet”. Kata Max pengurus operasi sepanggar jaya.
Namun begitu, langkah keselamatan terus dijalankan oleh pihak pengurusan kolej kediaman bagi
memastikan keselamatan pelajar asrama terutamanya. Pengurus operasi sepanggar jaya dengan
kerjasama jabatan hidupan liar telah memasang perangkap jenis jaring bagi menangkap monyet
yang berkeliaran di kediaman kampung E.
Sebanyak 33 ekor monyet berjaya ditangkap selama dua minggu menggunakan perangkap ini.
Kesemua haiwan ini dibawa di hutan simpan yang terletak di Terusmadi. Sebelum dilepaskan di
Jabatan hidupan liar memeriksa kesihatan monyet-monyet ini sebelum dilepaskan di habitat baru
mereka.
“Secara keseluruhannya, keselamatan pelajar masih terkawal daripada gangguan monyet liar ini.
Hal ini kerana, monyet ini hanya bertujuan mencari makanan dalam asrama.” Tambah Max lagi.
Pembinaan kediaman E yang dulunya merupakan habitat hidupan liar ini telah menganggu habitat
monyet liar ini menyebabkan monyet-monyet ini berkeliaran di kampung E untuk mencari ma-
kanan. Sesiapa pun akan bertindak apabila kediaman mereka dimusnahkan. Tambahan pula,
populasi monyet yang semakin besar namun habitat semakin kecil dan sempit menyebabkan
monyet-monyet ini tiada pilihan selain memasuki asrama untuk mencari makanan.
Meskipun agak mustahil untuk menangkap kesemua spesis monyet ini, namun usaha penangka-
pan monyet liar yang dijalankan oleh jabatan hidupan liar ini dapat mengurangkan sekaligus mem-
bantu mengawal keselamatan pelajar.
Jabatan hidupan liar menggunakan kaedah penangkapan menggunakan jaring (net) dengan
menggunakan umpan buah-buahan seperti pisang, epal, oren dan betik. Untuk lebih menarik per-
hatian monyet, mereka menggunakan umpan seperti KFC kerana baunya yang mampu menarik
monyet untuk masuk ke dalam perangkap.
Menurut pemerhatian yang dijalankan oleh jabatan hidupan liar, perangkap pertama yang telah
dipasang masih tidak berkesan untuk menangkap monyet-monyet ini kerana monyet masih dapat
keluar dari perangkap yang telah dipasang. Perangkap kedua yang dipasang berjaya menangkap
lebih banyak monyet meskipun masih ada yang berjaya keluar.
“Masih lagi tidak ada perbezaan yang berlaku meskipun penangkapan telah dijalankan. Kerana
monyet masih kerap kali datang di setiap kediaman khususnya di blok A2”. Kata Cindy salah satu
pelajar yang tinggal di blok A2.
“Monyet ini memang menakutkan pelajar meskipun tidak menyerang pelajar. Ianya menyusahkan
pelajar kerana banyak makanan yang diambil dan tong sampah juga diselongkar sehingga me-
nyebabkan kawasan luar bilik menjadi kotor”. Kata Helen pelajar yang tinggal di blok A2.
Pelbagai lagi reaksi yang diberikan oleh pelajar-pelajar yang tinggal di kampung E berkaitan isu
keselamatan daripada gangguan monyet liar ini. Menurut mereka kehadiran monyet yang tiba-tiba
masuk ke dalam bilik membawa kepada kekacauan sekaligus membawa kecederaan kepada pela-
jar.
Menurut Suhairi Bin Putra Ranger Wildlife Rescue iaitu unit dibawah jabatan hidupan liar mereka
pernah melakukan penangkapan monyet dua tahun yang lalu di UMS dengan menggunakan
perangkap besi namun tidak berjaya menangkap monyet.
Ekoran daripada masalah itu, Wildlife Rescue unit (WRU) mengkaji punca kegagalan menangkap
menggunakan perangkap besi ini dan berusaha mencari cara untuk memperbaiki kaedah pe-
nangkapan mereka. Hasilnya, WRU membina satu perangkap besar jenis jaring dengan kebe-
saran lebih kurang 20 kaki panjang, 10 kaki lebar dan 8 kaki tinggi.
Keselamatan Pelajar Masih Terkawal Meskipun Monyet Masih Ber-
keliaran
Oleh Chelsea Binti S. Kifflee (chelseas.kifflee@gmail.com)
Freshienti Arif (epoarif@gmail.com)
Suhairi Bin Putra (Kanan) sebagai Ranger Wildlife Rescue iaitu unit dibawah jabatan hidupan liar dan rakan seunitnya memantau perangkap
jaring setiap hari pada masa yang ditetapkan.
Perangkap jenis jaring digunakan oleh Wildlife Rescue unit (WRU) menangkap monyet
dengan menyediakan makanan seperti buah-buahan sebagai umpan di dalam jaring tersebut.
Sebilangan monyet daripada 33 ekor yang berjaya ditangkap oleh Ranger Wildlife Rescue dalam masa dua minggu
RENCANA 18Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
“Kami berjaya menangkap 33 ekor monyet khususnya di kediaman E dan ianya merupakan jumlah tangkapan yang besar sepanjang dua minggu kami menjalankan operasi penangkapan di
kediaman E”. Kata Suhairi, 31 tahun yang bekerja selama enam tahun di Wildlife Rescue Unit.
Namun begitu, aktiviti menangkap monyet tidak boleh dijalankan secara terus-menerus kerana monyet-monyet ini juga bijak mengatur strategi agar tidak ditangkap. Oleh itu, Wildlife Rescue Unit
berhenti beroperasi selama empat hari kerana monyet-monyet ini dapat mengetahui kehadiran mereka sekiranya sering kali datang di kawasan yang telah dipasang perangkap.
“Dalam keadaan yang kritikal, kami akan menggunakan
ubat pelali untuk menangkap monyet yang ingin me-
nyerang. Kami tidak dibenarkan menembak mati haiwan
ini kecuali keadaan terpaksa di mana monyet-monyet
ini bertindak agresif. Namun sebelum itu kami harus
meminta kebenaran daripada menteri atau pengarah
yang bertanggungjawab untuk menembak monyet ter-
sebut”. Tambah Suhairi lagi.
Wildlife Rescue unit merupakan sebuah pertubuhan di
bawah jabatan hidupan liar bagi mengurangi konflik
antara manusia dan haiwan khususnya hidupan liar
spesis kera. WRU hanya mengurangkan konflik antara
manusia dan bukannya ingin menghapuskan populasi
haiwan tersebut dengan cara membawa monyet-monyet
yang telah ditangkap ke tempat khusus untuk haiwan
ini.
Wildlife Rescue unit menjalankan operasi membuat
pantauan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Hasil
tangkapan mereka akan dihantar di Rescue Center
untuk pemeriksaan lanjutan sebelum monyet-monyet
tersebut dihantar di hutan simpan yang terletak di
Terusmadi bertempat di Tambunan.
Monyet-monyet yang telah dilepaskan ke habitat baru
mereka akan terus dipantau dengan kerjasama Jabatan
Perhutanan Sabah. Dari aspek keselamatan pegawai
yang bertugas, mereka menggunakan BPE, mask dan
sarung tangan kerana dikuatiri monyet-monyet tersebut
mempunyai virus.
“Secara keseluruhannya, monyet yang masih ber-
keliaran di kampung E agak sukar untuk ditangani
dengan kadar segera. Ianya memerlukan masa
yang lama serta kelengkapan alat penangkapan
yang lebih canggih. Jika dilihat dari seluruh
aspek, kawasan kolej kediaman E terutamanya
merupakan habitat monyet-monyet ini sejak dahu-
lu lagi. Oleh itu, populasi monyet yang sangat
banyak agak sukar untuk ditangkap secara kese-
luruhannya”
Monyet yang berjaya ditangkap akan dibawah ke tempat khusus untuk haiwan-haiwan ini
Suhairi Bin Putra (Kanan) sebagai Ranger Wildlife Rescue iaitu unit dibawah jabatan
hidupan liar dan rakan seunitnya memantau perangkap jaring setiap hari pada masa yang
ditetapkan.
Usaha penangkapan monyet liar dilakukan oleh wakil-wakil Ranger Wildlife Rescue dibawah unit
jabatan hidupan liar dan monyet-monyet tersebut dibawah ke hutan simpan yang terletak di
Terusmadi
19 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Oleh Jeffery Undi AK Anthony
jeffery955973@gmail.com
Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu universiti awam yang
melancarkan Eko-Kampus dalam universiti sebagai suatu langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan khazanah alam. UMS mempunyai keluasan sekitar 999 hektar iaitu 4 kilometer
persegi (4km2
) dan terletak di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
Keluasan kawasan universiti ini telah menjadikan ia sebuah
tempat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat
pembangunan EcoCampus. Kemajuan ini selaras dengan
seruan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun
Abdullah untuk menjadikan universiti ini sebagai pusat Eko-
Pelancongan dalam dunia global.
Harun berkata, “Kita mesti mempunyai keupayaan untuk
bertindak secara berkesan dalam menangani senario global
yang semakin kompetitif dan tidak dinafikan senario ini akan
melibatkan praktis pelestarian alam sekitar, ekonomi dan
budaya”, katanya.
“Dengan adanya pelaksanaan projek-projek kesedaran melalui
dasar EcoCampus ini, kita dapat memberi panduan kepada
orang ramai berkenaan kesedaran alam sekitar, pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai”, jelasnya lagi.
Pelaksanaan projek EcoCampus merupakan salah satu usaha
pihak universiti untuk mengangkat nama universiti ke peringkat
global setaraf dengan universiti-universiti awam yang lain.
Kedudukan UMS yang strategik telah mendorong kemajuannya
dari segi pembangunan sektor pelancongan untuk menarik
lebih ramai pelancong berkunjung ke universiti ini.
UMS mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk dibangunkan sebagai salah satu pusat
pelancongan yang berprestij. Dengan keindahan alam semula jadi yang menarik, pihak
pengurusan EcoCampus cenderung untuk melaksanakan pelbagai pakej pelancongan seperti
Sunset Tour, Architecture Heritage Tour, Nature Education Camp, Nature Delight Tour dan
sebagainya.
Setiap pakej pelancongan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan EcoCampus UMS adalah
berlandaskan kepada alam semula jadi yang terdapat di kawasan universiti termasuklah tasik
Fakulti Sains dan Sumber Alam, bukit, puncak UMS, Outdoor Development Centre (ODEC),
hidupan flora dan fauna.
Baru-baru ini, UMS telah dinobatkan sebagai tempat kedua dalam Greenwich World University
Ranking selepas Universiti Putra Malaysia (UPM), tempat ke-6 peringkat Asia dan tempat ke-44
peringkat dunia.
Pencapaian ini telah meningkat berbanding dengan tahun lepas yang berada di kedudukan ke-
173 peringkat dunia. Ini merupakan pengukuran yang dibuat untuk menilai prestasi universiti dari
segi pembangunan mampan, perlindungan ekologi, keserasian alam sekitar, pemuliharaan
sumber dan pengawasan alam sekitar.
Kejayaan yang dikecapi ini merupakan hasil daripada usaha pihak pengurusan universiti dan juga
para siswa siswi khususnya dalam bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar di
UMS.
Potensi Ums Sebagai Pusat Eco Campus
Pemandangan Dewan Canselor UMS yang menjadi tumpuan para pelancong
Pakej pelancongan pusat EcoCampus
Dataran Dewan Canselor
RENCANA 20Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Menara jam UMS
Pusat Maklumat Pelancong
Penolong Pendaftar Pusat Pengurusan
EcoCampus, En. Alvin Azril Mahat, 36 berkata, “Kini
UMS telah meletakkan satu Brandmark kepada orang
luar di mana universiti ini untuk mampu menarik ramai
lagi pelancong dari luar mahupun dalam negara untuk
berkunjung ke pusat pelancongan yang terdapat di
UMS”.
Pengalaman sebuah perjalanan para
pelancong ke UMS akan menjadi sebuah cerita yang
menjadi buah mulut masyarakat luar sekali gus
mengangkat martabat UMS sebagai sebuah universiti
awam yang memainkan peranan untuk menjadi model
baru yang dapat diterima secara meluas.
“UMS bukan sahaja
menjadi pusat
pendidikan yang
berkualiti malah dapat
dijadikan sebagai
pusat pelancongan
yang terkenal dengan
keindahan flora dan
fauna. Ini merupakan
wadah penggalak
yang menjadi tunjang
kepada pembangunan
modal insan yang
berprestasi tinggi dan
memiliki sifat
keterbukaan”
21 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Kejayaan Sekolah Intergrasi
Mahad Tahfiz
Oleh: Muhammad Shukrie Sipsin
acheq_shukrie@yahoo.com
Salleh,udin Samat
fitchboyz@gmail.com
Tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China,” kata-kata petua orang Arab yang memberikan gam-
baran bahawa proses pembelajaran bukan hanya terbatas dalam sesebuah negara malah perlu
mencari dan terus mencari kerana proses menimba ilmu pengetahuan bukan satu proses yang
singkat malah merupakan proses sepanjang hayat.
Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra merupakan Sekolah Rendah Islam (SRI) Tahfiz
kedua yang telah ditubuhkan di Sabah. Sekolah ini mempraktikkan sistem pembelajaran utama
tertumpu kepada sistem pendidikan Islam. Bersesuiaan dengan moto sekolah iaitu, “Membina
generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang”.
Melalui moto sekolah tersebut, jelas menggambarkan bahawa sekolah ini sangat menitik beratkan
berkaitan soal keagamaan pada dasarnya berpandukan kepada ajaran yang dibawa dalam Al-
Quran dalam melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah
juga sahsiah pelajar tersebut.
Dalam mempraktikkan pembelajaran berlandaskan kepada ajaran Agama Islam, sekolah ini meru-
pakan antara sekolah yang menawarkan pendidikan berkonsepkan kepada gabungan antara
unsur-unsur seperti Tahfiz, agama dan juga akademik dalam sesi pembelajarannya seharian
Melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama ini juga, ianya
“sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pa-
ra ibu bapa berkaitan kepentingan dalam memberi
pendedahan kepada anak-anak berkaitan dengan
pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As-
Sunnah dalam kehidupan seharian. Di samping
memberi dorongan kepada anak-anak agar tidak
hanya tertumpu kepada soal akademik semata-mata
malah dapat mengimbanginya.”
Melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama ini juga, ianya sedikit sebanyak memberi
pendedahan kepada para ibu bapa berkaitan kepentingan dalam memberi pendedahan kepada
anak-anak berkaitan dengan pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam
kehidupan seharian. Di samping memberi dorongan kepada anak-anak agar tidak hanya tertumpu
kepada soal akademik semata-mata malah dapat mengimbanginya.
Pendedahan anak-anak kepada pendidikan yang berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah
ini memberi impak yang baik dimana, anak-anak dapat menjadikan gaya hidup para Nabi terdahu-
lu sebagai tauladan dalam hidup mereka. Selain itu, perkara ini dapat membawa satu perubahan
dalam hidup mereka kelak.
Sistem pendidikan keagamaan ini juga, secara tidak langsung menjadi faktor yang menarik minat
para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah di sekolah ini.
Puan Syuhadah Nasuha Zahari, 30, ketika ditemubual berkata jumlah bilangan pelajar masa kini
yang dicatatkan menunjukan pertambahan kepada satu bilangan yang ramai daripada jangkaan
awal ataupun mengikut kuota yang ditetapkan iaitu daripada 25 orang pelajar dalam sesebuah
kelas namun telah bertambah dari tahun ke tahun.
Bilangan pelajar yang memohon untuk berdaftar di sekolah semakin meningkat kerana sekolah
tersebut berjaya menimbulkan kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan ajaran Al-Quran
terhadap anak-anak mereka. Sehinggakan segelintir ibubapa yang bertanyakan pencapaian ilmu
agama terlebih dahulu berbanding pendidikan akademik.
Puan Syuhadah Nasuha, Penolong Kanan Kokum dan Pentadbiran di Sekolah Rendah Agama
Islam Al-Hafidz Bandar Sierra, turut menyatakan bahawa komuniti di kawasan Bandar Sierra
sangat bekerjasama dalam pelbagai program yang dilakukan oleh pihak sekolah tersebut
“Surau yang berada dihadapan sekolah tersebut adalah hasil daripada bantuan kewangan dan
tenaga manusia komuniti kawasan ini. Surau tersebut tidak pernah lenggang, lebih-lebih lagi pada
bulan Ramadhan,” katanya
Antara pencapaian yang direkodkan di SRAI Al-Hafidz
Memberi pendedahan kepa-
da anak-anak berkaitan
dengan pendidikan yang
berteraskan Al-Quran dan As
-Sunnah dalam kehidupan
seharian
“
”
Memberi pendedahan kepada
anak-anak berkaitan dengan
pendidikan yang berteraskan Al-
Quran dan As-Sunnah dalam ke-
hidupan seharian
“
”
RENCANA 22Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
“Sekolah ini sangat
menitik beratkan
berkaitan soal keaga-
maan pada dasarnya
berpandukan kepada
ajaran yang dibawa
dalam Al-Quran dalam
melahirkan modal in-
san yang cemerlang”
Perpustakaan SRAI Al-Hafidz
Malahan jamuan seperti Hari Raya turut dibuat secara besar-besaran di kawasan sekolah itu. Perkara ini jelas
menunjukkan hubungan diantara pihak sekolah dengan komuniti sangat baik, sehinggakan setiap aktivti yang
dilakukan sama ada dari pihak sekolah ataupun komuniti sendiri, aktiviti tersebut akan dilakukan bersama-
sama.
Kejayaan sekolah dalam aspek pendidikan yang berteraskan Islam telah berjaya menanam kepercayaan
ibubapa serta orang ramai menyumbang dana untuk proses pembangunan sekolah tersebut. Selain itu,
sekolah integrasi juga telah berjaya menyediakan rumah muslimin dan muslimat. Rumah tersebut disediakan
untuk guru yang mengajar di sekolah tersebut.
Fakta yang menarik tentang rumah muslimin dan muslimat ini adalah yuran rumah tersebut ditanggung sepe-
nuhnya oleh pihak sekolah. Tidak hairanlah guru yang mengajar di sekolah sentiasa tersenyum dan gembira
kerana kebajikan guru sendiri terjaga dan tidak memberi beban kepada guru untuk mengajar di sekolah itu.
Melalui bidang kesukanan pula, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz kini dalam proses permohonan untuk me-
nyertai Majlis Sukan Sekolah Daerah. Jika kelulusan terhadap permohonan ini diperolehi maka, sekolah ini
juga akan dapat menghantar wakil menyertai sukan-sukan yang dipertandingkan.
Namun walaupun bergiat dalam bidang kesukanan, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz juga tetap menitik berat-
kan berkaitan dengan soal penutupan aurat. Pada masa kini, pasukan dari sekolah ini hanya menghantar wakil
untuk menyertai pertandingan dalam Majlis Sukan Sukan Sekolah Rendah Islam (MSSRI).
Dalam MSSRI merupakan gabungan antara sekolah-sekolah rendah Islam yang terdapat di Sabah. Di mana,
dalam MSSRI juga menyediakan penyertaan dalam pelbagai jenis sukan antaranya lumba lari, lumpat jauh
dan banyak lagi sukan lain yang dipertandingkan dalam peringkat ini.
Menjadi kebanggaan Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz juga seperti kejayaan adik Ahmad Farhan Ansir, pada
usia 11tahun pada tahun 2014 yang telah menjuarai program realiti Adik-Adikku Musim Ke-5. Kejayaan Ahmad
Farhan tersebut bukan sahaja membawa nama baik Sekolah malah mengangkat martabat sekolah dalam
bidang pendidikan keagamaan
“
23 WAWANCARA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Wawancara
bersama Peno-
long Pendaftar
dan Urusetia
Jawatankuasa
Kafeteria
Isu harga makananan dan
pengawalseliaan kafeteria UMS
Oleh Nurul Jannah Mahadi
BA15110539@STUDENT.UMS.EDU.MY
Pihak Pengurusan Jawatankuasa Sekretariat Kafeteria Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa
mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan berkaitan isu ma-
kanan
S: Adakah terdapat mana-mana pihak menetapkan harga siling bagi semua kafe di UMS?
J: ada. Kami tetapkan harga dan ada senarai harga kecuali Kolej Kediaman E (KKE) kerana ia
dibawah seliaan Sepanggar Kota Kinabalu. Semua harga makanan di kafe kolej kediaman UMS
adalah seragam namun sebarang penambaan kuantiti makanan akan dicaj oleh peniaga. Contoh
jika pelajar mengambil nasi lebih dari kuantiti yang ditetapkan, pelajar perlu membayar RM1.50
dari harga standard iaitu RM1.
S: Adakah terdapat pelajar mengadu tentang harga makanan?
J: Ada dan pelajar digalakkan untuk membuat aduan secara rasmi iaitu dengan menunjukan resit
pembayaran beserta gambar. Pihak kami juga telah mengeluarkan notis untuk mewajibkan setiap
peniaga menyediakan resit pembayaran bercetak mahupun bertulis dan pelajar ada hak untuk
meminta resit makanan. Bagi resit bertulis, ia peru dicop.
S: Apa tindakan pihak HEP jika ada peniaga yang tidak mengikuti harga siling yang telah
ditetapkan?
J: Pelajar boleh membuat aduan melalui borang aduan yang diletak disetiap kafe UMS dan kami
akan kutip dari semasa ke semasa. Kami juga akan meminta penjelasan daripada peniaga atas
aduan pelajar atau pegawai-pegawai UMS (yang membuat aduan). Borang aduan itu pula akan
difailkan sebagai rujukan. Jika terdapat banyak rekod kesalahan yang dilakukan sepanjang dua
tahun kontrak, kebarangkalian bagi peniaga untuk menyambung kontrak niaga adalah tipis.
S: Berapa kali Jawatankuasa Sekretariat kafe melakukan pemantauan kebersihan di kafe
UMS?
J: Dua kali setiap satu semester dan bergantung kepada aduan para pelajar. Jika aduan tersebut
serius, kami akan melakukan tindakan segera.
S: Sebentar tadi encik ada menyatakan akan membuat tindakan segera atas aduan yang
serius. Boleh encik terangkan?
J: Aduan serius yang dimaksudkan adalah seperti keracunan makanan, makanan kotor, ataus basi
yang boleh menjejaskna pelanggan.
S: Bagaimana proses tindakan bagi peniaga yang melanggar peraturan perniagaan?
J: Pihak kami akan memberi surat amaran berperingkat iaitu amaran pertama, kedua, dan ketiga.
Jika berlarutan, perkara tersebut akan dibawa ke jawatankuasa untuk tindakan seterusnya.
Jika pihak kami menamatkan kontrak perniagaan, pihak UMS akan memberi pampasan kepada
pengusaha kafe tersebut. di kafeteria seluruh UMS.
Sebagai langkah mengetahui tahap mengawalselia kebersihan dan pengurusan harga di kafe,
Pegawai Pendaftaran Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkongsi maklumat serta penerangan mengenai
isu kafeteria diseluruh UMS.
S: Siapa yang bertanggungjawab mengurus semua isu kafeteria UMS?
J: Pengurusan harga kafeterian UMS dibawah seliaan saya dan dipengerusikan oleh Timbalan
Naib Canselor HEP. Bahagian kebersihan pula diselia oleh timbalan saya, Dekan Fakulti Sains
Makanan dan Pemakanan (FSMP) dengan kerjasama Bahagaian Keselamatan Pekerja UMS.
MUKADIMAH
Sesi wawancara bersama Encik Suhaili Marusin, Penolong Pendaftar dan Urusetia Jawa-
tankuasa Kafeteria Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkaitan dengan segala aspek mengenai
isu kafeteria di UMS berlangsung di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Anjung Siswa. Sesi wa-
wancara dikendalikan oleh pelajar Komunikasi Tahun Dua UMS, Muhammad Hamka Bin
Hisham. Topik utama yang menjadi perbincangan ketika sesi wawancara adalah menfokuskan
kepada pengawalan selia kafeteria UMS serta harga siling di kafeteria. Pihak UMS sentiasa
memantau berkaitan isu harga makanan di semua kafeteria UMS dan sentiasa membuat tin-
jauan dari masa ke semasa dan ketika sesi wawancara dilakukan terdapat juga banyak maklum
balas yang diterima dari pihak HEP sendiri berkenaan dengan isu ini. Dalam menangani isu ini
juga pihak HEP sendiri menasihati para pelajar mahupun kakitangan UMS agar menyalurkan
sebarang aduan tentang harga makanan yang tidak konsisten mahupun tidak relevan ke peti
aduan kafeteria yang telah disediakan. “Kami berharap para pelajar membuat aduan di tempat
yang sepatutnya dan mengelakkan dari membuat aduan di media sosial kerana ia sedikit
sebanyak dapat menjejaskan nama UMS”.
WAWANCARA 24Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
S: Adakah sebarang usaha menambah baik kafe di Kolej
Kediaman Sri Angkasa (KSA)?
J: Disebabkan kawasan di KSA terhad, jadi di kawasan itu sahaja
yang sesuai untuk dijadikan kafe. Lagipun Blok K digunakan
untuk perjumpaan pelajar, Blok L pula ada Bilik Gerakan dan
surau. Jadi kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tapak
perniagaan makanan.
S: Bagaimana pula dengan kafe di Kolej Usia (USA) dan
Kingfisher (KF)?
J: Di Usia, ruangannya terhad dan mempunyai masalah
pemasangan eksosbend. Namun pelajar boleh makan di 1 Bor-
neo kerana kedudukannya yang berhampiran dengan pusat
membeli-belah. Kafe KF pula sedang dalam proses menaiktaraf
kafe dan dijangka siap dan boleh beroperasi pada semester
hadapan.
S: Perlukah pengusaha kafe beroperasi pada awal pagi bagi
membolehkan pelajar Islam bersahur Sepanjang Bulan Pua-
sa?
J: Peniaga perlu buka kedai mereka. Bagi KKE, jika pihak Se-
panggar KK tidak memberikan notis tersebut, pihak jawatankuasa
akan berbincang dengan pihak Sepanggar KK untuk menge-
luarkn arahan tersebut.
S: Apa tindakan pihak encik bagi menangani isu anjing yang
berlegar-legar di kafe KKE?
J: Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan me-
nangkap lalu dilepaskan ke pusat pengumpulan anjing liar.
S: Boleh encik terangkan mengenai isu pengusaha yang
mengambil pekerja tidak berdaftar dibahagian keselamatan?
J: semua pengusaha kafe perlu ada surat pengendalian makanan
dan setiap perkerja wajib mendaftar dibagian keselamatan sebe-
lum bekerja dia kafe UMS.
“Pelajar boleh
membuat aduan melalui
borang aduan yang dile-
tak disetiap kafe UMS
dan kami akan kutip dari
semasa ke semasa. Ka-
mi juga akan meminta
penjelasan daripada
peniaga atas aduan
pelajar atau pegawai-
pegawai UMS (yang
membuat aduan).
Borang aduan itu pula
akan difailkan sebagai
rujukan. Jika terdapat
banyak rekod kesalahan
yang dilakukan sepan-
jang dua tahun kontrak,
kebarangkalian bagi
peniaga untuk menyam-
bung kontrak niaga ada-
lah tipis”.
Kafeteria Kolej Kediaman Tun Mustapha (Kolej AB)
Kafeteria Kolej Kediaman Excellent (Kolej E)
Kafeteria Kolej Kediaman Angkasa (KSA)
Kafeteria Kolej Kediaman Kingfisher (Kolej KF)
Kafeteria Kolej Kediaman Tun Fuad (Kolej CD)
25 KESIHATAN Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga
nyawa.
Oleh Nabilah Norasir
nabilahnorasir@gmail.com
Derma darah‟ menyebutnya saja boleh menyebabkan mereka yang melakukan usaha murni itu
tersenyum bangga, namun ada juga sebilangan masyarakat yang mencebik kerana takut jarum
„besar‟ malah fobia jarum itu merencatkan keinginan mereka untuk berkongsi darah bagi membantu
nyawa insan yang memerlukan.
Naik berat badan, proses yang menyakitkan dan penyakit boleh merebak demikian antara andaian
yang menyekat kerjasama masyarakat untuk menderma darah. Inilah antara alasan yang sering
diutarakan oleh segelintir masyarakat yang tidak mahu menderma darah namun andaian ini dinafi-
kan oleh pakar perubatan malah sebaliknya menegaskan bahawa menderma darah baik untuk
kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.
Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 2, Dr Lynete Lee (30) memberi jaminan bahawa
tiada kesan sampingan yang memudaratkan penderma darah dalam proses menderma darah
kerana proses pendermaan darah adalah proses yang selamat. Sebelum menjalankan proses men-
derma, pihak hospital akan membuat sesi temubual dengan penderma bagi menilai sama ada pen-
derma layak menderma darah ataupun tidak.
Penderma darah melakukan sesi mengambil darah setelah lulus ujian pemeriksaan kesihatan
Dr Lynete Lee ,Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 2
“Penderma darah perlu memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan serta pen-
derma perlulah lulus di kesemua sesi dan kami hanya akan mengambil penderma
darah yang dapat memenuhi kriteria yang diminta,” katanya
Namun begitu tidak kurang juga mereka yang takut pada proses semasa menderma
darah
mengakibatkan mereka tidak berani untuk melakukannya. Bagi penderma darah atau orang
yang sudah melaluinya mengakui ia bukanlah sesuatu yang menyakitkan.
Dengan hanya menderma satu beg darah kita sudah dapat menyelamatkan tiga nyawa yang
memerlukan proses pemindahan darah. Hal ini kerana didalam darah manusia mengandungi
darah merah, darah kuning dan plasma. Setiap satu beg darah dapat dibahagikan kepada pe-
sakit yang berlainan.
“Melalui satu beg darah yang telah didermakan akan ada tiga orang pesakit yang boleh meneri-
ma darah iaitu darah merah untuk pesakit kurang darah, darah kuning untuk orang yang
mempunyai masalah pendarahan dan plasma boleh digunakan untuk imunisasi dan diberikan
kepada orang yang kehilangan cecair darah untuk mangsa kebakaran,” Dr Lynete Lee berkata.
Menderma darah adalah suatu kerja yang mudah bukan? Kita hanya perlu melalui beberapa
sesi sebelum melakukan proses menderma darah. Ianya juga tidak mengambil masa yang terla-
lu lama.
Sebelum melakukan proses menderma darah seseorang itu perlu menjalani beberapa ujian
untuk memastikan tahap kesihatan dapat memenuhi piawaian yang telah di tetapkan oleh pihak
Kementerian Kesihatan dalam melakukan proses menderma darah. Ada empat perkara yang
perlu dilalui oleh seseorang sebelum menjalani proses tersebut.
Penderma akan mengisi borang yang diberikan oleh pihak hospital dan mengisi butir-butir ten-
tang kesihatan diri. Terdapat beberapa soalan yang akan ditanya mengenai penyakit berjangkit
dan mengenai ubat yang pernah penderma ambil. Setelah selesai mengisi borang kesihatan
maka penderma akan beralih pula ke kaunter seterusnya iaitu pemeriksaan kumpulan darah
dan paras hemoglobin (paras darah merah) penderma sama ada cukup ataupun tidak.
Paras hemoglobin bagi perempuan perlulah berada di tahap 12.5 keatas bagi kelayakan untuk
menderma darah dan pemderma lelaki pula paras yang ditetapkan ialah 13.5 keatas. Sekiranya
seorang penderma tidak mencapai tahap tersebut maka mereka tidak layak untuk menderma
darah.
“Perkara ini telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan kami hanya mengikut pan-
duan yang telah ditetapkan dan pannduan ini digunakan oleh seluruh hospital di Malaysia agar
dapat menjaga kesihatan para penderma darah. Kalau tahap hemoglobin penderma di bawah
tahap yang ditentukan, hemoglobin itu hanya cukup untuk diri penderma sahaja,” Dr Lynete
berkata.
Sekiranya penderma lulus untuk ujian hemoglobin dan darah fasa seterusnya yang akan di-
jalani ialah sesi kaunseling bersama doktor yang bertujuan untuk bertanya soalan sama ada
penderma darah menjalani gaya hidup berisiko tinggi seperti bertukar-tukar pasangan. Hal ini
kerana kehidupan bertukar-tukar pasangan ini berisiko mendapat penyakit berjangkit seperti
Sifilis(Penyakit kelamin),HIV serta Hepatatis B dan C . Sekiranya penderma ada kriteria ini
maka penderma tidak lulus untuk menderma darah. Fasa yang terakhir dalam proses ini ialah
proses pendermaan
Sesi pemeriksaan tahap hemoglobin dan tekanan darah yang dilakukan ke atas penderma
Borang yang perlu diisi oleh penderma sebelum menderma darah yang mengandungi butiran
darah dimana penderma akan baring dan jururawat akan melakukan tugasnya.
Proses derma darah ini bukan saja satu amalan yang mulia yang dapat menolong me-
nyelamatkan nyawa orang lain namun aktiviti derma darah juga mempunyai kelebihannya
yang tersendiri. Masyarakat yang prihatin akan sentiasa peka terhadap keperluan
masyarakat sekeliling. Ada orang yang menderma disebabkan mereka kenal seseorang
yang ada masalah kronik
yang perlukan sumbangan darah dari orang lain maka secara tidak langsung kesedaran
itu timbul tanpa dipaksa. Ada juga segelintir masyarakat yang mencuba dalam kempen
derma darah hanya untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu.
Tidak kira apa sahaja asbab anda menderma darah kerana apa yang anda telah buat
sememangnya satu perilaku yang terpuji dan dapat memberi manfaat kepada diri anda
sebagai penderma darah. Di sini terdapat beberapa kebaikan yang boleh anda dapat
hasil dari usaha kemanusiaan yang tidak seberapa.
PELANCARAN
PELANCARAN
PELANCARAN
PELANCARAN
PELANCARAN

More Related Content

What's hot

Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010
Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010
Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010Arash Asrab
 
Kertas kerja kejohanan tenis contoh
Kertas kerja kejohanan tenis contohKertas kerja kejohanan tenis contoh
Kertas kerja kejohanan tenis contohJang Ghafur
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP Santa Barbara
 
Teks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sas
Teks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sasTeks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sas
Teks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sasAliodin Damsah
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media SosialKuzi Ana
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKaren Kayny
 
Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)
Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)
Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)Nur Mohamed
 
Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10jamaiena
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanHamsi Ahmad
 
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malamTeks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malamNorhakimah Norhman
 
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Taufik Bujang
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxnur habibah yusuf
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulumAssan Sigan
 
Aturcara majlis-sukan
Aturcara majlis-sukanAturcara majlis-sukan
Aturcara majlis-sukanasraf mazlan
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiahTeks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiahAhmad Khusyairi
 

What's hot (20)

Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010
Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010
Kertas kerja sukan 6 penjuru 2010
 
Kertas kerja kejohanan tenis contoh
Kertas kerja kejohanan tenis contohKertas kerja kejohanan tenis contoh
Kertas kerja kejohanan tenis contoh
 
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) TERTUTUP
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
Teks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sas
Teks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sasTeks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sas
Teks pengacara majlis perhimpunan bulan ogos 2019 ilkkm sas
 
Surat jemputan panel
Surat jemputan panelSurat jemputan panel
Surat jemputan panel
 
Media Sosial
Media SosialMedia Sosial
Media Sosial
 
Kertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahanKertas kerja perkhemahan
Kertas kerja perkhemahan
 
kertas kerja seni.docx
kertas kerja seni.docxkertas kerja seni.docx
kertas kerja seni.docx
 
Kertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepakKertas kerja bola sepak
Kertas kerja bola sepak
 
Hoki
HokiHoki
Hoki
 
Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)
Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)
Contoh surat lantikan guru penasihat koku (1)
 
Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10
 
Contoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukanContoh kertas kerja sukan
Contoh kertas kerja sukan
 
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malamTeks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam
 
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
Kertas Kerja Sukan Rakyat ( Mohon dana )
 
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docxKERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
KERTAS KERJA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2022.docx
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum
 
Aturcara majlis-sukan
Aturcara majlis-sukanAturcara majlis-sukan
Aturcara majlis-sukan
 
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiahTeks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
Teks pengacara majlis jamuan perpisahan pn miskiah
 

Similar to PELANCARAN

Similar to PELANCARAN (20)

Basikal tua-jkm-k10
Basikal tua-jkm-k10Basikal tua-jkm-k10
Basikal tua-jkm-k10
 
POTENTIA 7
POTENTIA 7POTENTIA 7
POTENTIA 7
 
Potentia edisi 7
Potentia edisi 7Potentia edisi 7
Potentia edisi 7
 
Surat iringan Badminton
Surat iringan BadmintonSurat iringan Badminton
Surat iringan Badminton
 
contoh proposal 1.docx
contoh proposal 1.docxcontoh proposal 1.docx
contoh proposal 1.docx
 
Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madela
 
Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madela
 
Laporan akhir madela
Laporan akhir madelaLaporan akhir madela
Laporan akhir madela
 
Fayed angker
Fayed angkerFayed angker
Fayed angker
 
Kertas Kerja
Kertas KerjaKertas Kerja
Kertas Kerja
 
BUKU PROGRAM PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 6 BAWAH SESI 2023 - 2024.pdf
BUKU PROGRAM PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 6 BAWAH SESI 2023 - 2024.pdfBUKU PROGRAM PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 6 BAWAH SESI 2023 - 2024.pdf
BUKU PROGRAM PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 6 BAWAH SESI 2023 - 2024.pdf
 
MESYT MSSM PENGELOLAAN TEKNIKAL KRIKET BIL 2
MESYT MSSM PENGELOLAAN TEKNIKAL KRIKET BIL 2MESYT MSSM PENGELOLAAN TEKNIKAL KRIKET BIL 2
MESYT MSSM PENGELOLAAN TEKNIKAL KRIKET BIL 2
 
Notula rapat pengembangan silabus
Notula rapat pengembangan silabusNotula rapat pengembangan silabus
Notula rapat pengembangan silabus
 
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
PPDa SM Sains Miri 2010 ( Bahagian 4 drpd 4)
 
Laporan opkim 14 1-
Laporan opkim 14  1-Laporan opkim 14  1-
Laporan opkim 14 1-
 
KHOLIMAT BAKAL ADITYAS proposal unnes fair 1786799.pdf.pdf
KHOLIMAT BAKAL ADITYAS proposal unnes fair 1786799.pdf.pdfKHOLIMAT BAKAL ADITYAS proposal unnes fair 1786799.pdf.pdf
KHOLIMAT BAKAL ADITYAS proposal unnes fair 1786799.pdf.pdf
 
POTENTIA edisi 9
POTENTIA edisi 9POTENTIA edisi 9
POTENTIA edisi 9
 
POTENTIA 9
POTENTIA 9POTENTIA 9
POTENTIA 9
 
1 TESIS B SUSY HALAMAN AWAL (1).docx
1 TESIS B SUSY HALAMAN AWAL (1).docx1 TESIS B SUSY HALAMAN AWAL (1).docx
1 TESIS B SUSY HALAMAN AWAL (1).docx
 
12246_CONTOH_CADANGAN_KERTAS_KERJA.pdf
12246_CONTOH_CADANGAN_KERTAS_KERJA.pdf12246_CONTOH_CADANGAN_KERTAS_KERJA.pdf
12246_CONTOH_CADANGAN_KERTAS_KERJA.pdf
 

More from Universiti Malaysia Sabah, Sabah Malaysia (12)

CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (Tanggungjawab Sosial Korporat)
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (Tanggungjawab Sosial Korporat)CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (Tanggungjawab Sosial Korporat)
CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (Tanggungjawab Sosial Korporat)
 
Poster
PosterPoster
Poster
 
AMAZING UMS - MAJALAH DALAM TALIAN
AMAZING UMS - MAJALAH DALAM TALIANAMAZING UMS - MAJALAH DALAM TALIAN
AMAZING UMS - MAJALAH DALAM TALIAN
 
Foto Potrait
Foto PotraitFoto Potrait
Foto Potrait
 
Foto Lanscape
Foto LanscapeFoto Lanscape
Foto Lanscape
 
Foto DOF (Depth Of Field)
Foto DOF (Depth Of Field)Foto DOF (Depth Of Field)
Foto DOF (Depth Of Field)
 
A'nik- Majalah Dalam Talian
A'nik- Majalah Dalam TalianA'nik- Majalah Dalam Talian
A'nik- Majalah Dalam Talian
 
KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI (analisa kandungan)
KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI (analisa kandungan)KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI (analisa kandungan)
KAEDAH PENYELIDIKAN KOMUNIKASI (analisa kandungan)
 
MEDIA SOSIAL, MEDIA INTERNET, MEDIA INTERAKTIF
MEDIA SOSIAL, MEDIA INTERNET, MEDIA INTERAKTIFMEDIA SOSIAL, MEDIA INTERNET, MEDIA INTERAKTIF
MEDIA SOSIAL, MEDIA INTERNET, MEDIA INTERAKTIF
 
IKLAN MENGELIRUKAN
IKLAN MENGELIRUKANIKLAN MENGELIRUKAN
IKLAN MENGELIRUKAN
 
MEDIA TRADISIONAL DAN MEDIA BAHARU
MEDIA TRADISIONAL DAN MEDIA BAHARUMEDIA TRADISIONAL DAN MEDIA BAHARU
MEDIA TRADISIONAL DAN MEDIA BAHARU
 
MEDIA KENDERAAN
MEDIA KENDERAANMEDIA KENDERAAN
MEDIA KENDERAAN
 

PELANCARAN

  • 1. 17 Mac Kira-kira 1,000 yang hadir dalam majlis Sukan Mahasiswa dan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018 yang bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Acara disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. Dalam ucapannya, Harun berasa bangga dengan sambutan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018 yang dihadiri oleh maha- siswa UMS sendiri atas program tersebut. “Saya merasa amat gembira dengan kehadiran dan keterlibatan pelajar-pelajar UMS khususnya pelajar antarabangsa atas keterlibatan kalian dan ini merupakan tanda sokongan serta keber- samaan” katanya. UMS dalm pada itu juga komited dalam mem- peruntukkan bajet khas sukan sepajang tahun dan memberi fokus kepada peningkatan taraf kemudahan sukan. Kemudahan sukan telah mula dinaiktaraf pada 2015 iaitu membina padang bola sepak tiruan yang diiktiraf oleh FIFA dan semua kemudahan akan siap sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini iaitu menaik taraf gelanggang tenis yang telahpun hampir siap” ujarnya. Harun juga berharap agar mahasiswa UMS mengambil peluang yang ada untuk mengamal- kan gaya hidup sihat semaksima mungkin dengan memanfaatkan kemudahan yang ada. “Saya menggalakkan mahasiswa melibatkan diri dalam pelbagai program sukan melalui pelbagai kejohanan atau pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan” katanya lagi. “Melalui program sebegini, mahasiswa akan dapat berinteraksi dan membina jati diri melalui kepimpinan disamping mendapat manafaat secara langsung untuk kesihatan diri”. Di samping itu, Harun turut berasa bangga dengan pencapaian mahasiswa dan kakitangan BIL 3/2017 TERBITAN JAN-APRIL .EDARAN DALAMAN SAHAJA. EDISI DIGITAL PELANCARAN SUKAN MAHASISWA DAN KEJOHANAN BOLA SEPAK ROAD TO WORLD CUP 2018 MERIAH MS 5 MS 27 MS3 UTUSAN KAMPUS MERUPAKAN PROJEK PELAJAR TAHUN 2 SEM 2 SESI 2 2016/2017. SEMUA ARTIKEL YANG DIKELUARKAN DI DALAM AKHBAR INI TIDAK MENCERMINKAN PENDAPAT DAN FIKIRAN PROGRAM KOMUNIKASI FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN WARISAN UMS MS 6
  • 2. SIDANG REDAKSI 2 Barisan sidang redaksi Edisi 3 Utusan Kampus Fakulti Kemanusiaan Seni Dan Warisan (FKSW) Universiti Malaysia Sabah (UMS) BARISAN AHLI BARISAN HADAPAN DARI KIRI: Muhamad Ikram, Muhammad Hamka, Mohd Azmadi, Muhammad Amirul, Mohamad Yusup BARISAN KEDUA DARI KIRI: Puguneswary, Fiona, Maydora, Thasminee, Shritika, Nurul Jannah, Siti Nursanah, Nur Khairun nisa, Anita Hiew, Mastura, Nabilah SIDANG REDAKSI Penaung: Prof Dr. Ismail Bin Ibrahim Dekan Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW) Penasihat: Puan Norhuda Salleh Pensyarah Kursus AK20903 Penyuntingan Ketua Editor: Mohd Azmadi Bin Awang (BA15160821) Editor Rencana: Muhammad Hamka Bin Hisham (BA15110346) Edisi 1 Fadhilah binti Jamil (BA15110137) Edisi 2 Tan Chai Jie (BA15110658) Edisi 4 Tan Chai Qin (BA15110659) Edisi 5 Chelsea Binti S.Kifflee (BA15110709) Edisi 6 Jeffery Undi Ak Aanthony (BA15110203) Edisi 7 Muhammad Syukrie Sipsin (BA15110362) dan Salleh, Udin Samat (BA15110588) Editor Berita UMS: Siti Nursanah Binti Amaq Marisah (BA15110634) Editor Rencana Citra: Maydora Marcus (BA15110269) Editor Sukan: Mohamad Yusup Bin Mohd Akil (BA15110283) Editor Kesihatan: Nabilah Binti Norasir (BA15110374) Editor Wawancara: Nurul Jannah Binti Mahadi (BA15110539) Wartawan: Muhammad Amirul Bin Kasim (BA15161004) Muhammad Ikram Bin Iqbal (BA15160819) Thasminee A/P Subramaniam (BA15110666) Anita Hiew (BA15160748) Puguneswary a/p Christopher William (BA15110550) Nur Khairunnisa bt Omar Baki (BA15110487) Mastura Binti mohd Othman (BA15110267) Shritika Sevanes (BA15110606) Fiona Lapidin (BA15160789) Muhd Amirul Asyraf Bin Kasim (BA15161004) Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS
  • 3. 3 BERITA UMS Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Pelancaran Sukan Mahasiswa dan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018 meriah Oleh Nurul Jannah Mahadi BA15110539@STUDENT.UMS.EDU.MY 17-Mac-Kira-kira 1,000 yang hadir dalam majlis Sukan Maha- siswa dan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018 yang bertempat di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Acara disempurnakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah. Dalam ucapannya, Harun berasa bangga dengan sambutan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018 yang dihadiri oleh mahasiswa UMS sendiri atas program tersebut. “Saya merasa amat gembira dengan kehadiran dan keterlibatan pelajar-pelajar UMS khususnya pelajar antarabangsa atas keterli- batan kalian dan ini merupakan tanda sokongan serta kebersa- maan” katanya. UMS dalm pada itu juga komited dalam memperuntukkan bajet khas sukan sepajang tahun dan memberi fokus kepada pening- katan taraf kemudahan sukan. “Kemudahan sukan telah mula dinaiktaraf pada 2015 iaitu membina padang bola sepak tiruan yang diiktiraf oleh FIFA dan semua kemudahan akan siap sepenuhnya men- jelang pertengahan tahun ini iaitu menaik taraf gelanggang tenis yang telahpun hampir siap” ujarnya. Harun juga berharap agar mahasiswa UMS mengambil peluang yang ada untuk mengamalkan gaya hidup sihat semaksima mungkin dengan memanfaatkan kemudahan yang ada. “Saya menggalakkan mahasiswa melibatkan diri dalam pelbagai program sukan melalui pelbagai kejohanan atau pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan” katanya lagi. “Melalui program sebegini, mahasiswa akan dapat berinteraksi dan membina jati diri melalui kepimpinan disamping mendapat manafaat secara langsung untuk kesihatan diri”. Di samping itu, Harun turut berasa bangga dengan pencapaian mahasiswa dan kakitangan UMS pada tahun ini kerana terpilih mewakili negara bagi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19-31 Ogos 2017.“Hal ini menunjukkan bahawa UMS adalah institusi pengajian tinggi yang menitikberatkan sukan kepada warganya. Tahniah kepada atlit- atlit UMS”, ucap beliau. Terdapat pelbagai aktiviti yang berlangsung selepas acara perasmian seperti penyampaian cenderamata kepada kontinjen kolej kediaman dan pasukan-pasukan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018, simbolik perasmian kejohanan, penyampaian hadiah perbarisan dan cenderamata kepada tetamu khas Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong, dan perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Prof Madya Dr. Ismail Ali dan tetamu jemputan khas iaitu dua orang tokoh bola sepak Malaysia, Datuk Hassan Sani dan Datuk James Wong, Konsul Fungsi Pen- erangan Sosial dan Budaya Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu, Cahyono Rustam; Konsulat Brunei di Kota Kinabalu, Pengiran Haji Yussof; serta pegawai-pegawai kanan UMS. Harun (dua dari kiri) ketika merasmikan Pelancaran Kejohanan Bola Sepak Road to World Cup 2018 PERMASS terima kunjungan SMK Madai Oleh Nur Khairunnisa Omar Baki nisyanisa@gmail.com 15 Mac–Persatuan Maha- siswa Sains Sosial dan Seni (PERMASS) sesi 2016/2017 Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima lawatan dari SMK Madai, Kunak untuk program ramah mesra di Teater Ahmad Nisfu, blok Seni, FKSW, tengah hari tadi. Timbalan dekan FKSW, Dr Mohamad Puad Debit Pro- gram turut menghadiri pro- gram ramah mesra ini yang melibatkan pelajar tingkatan 6 sekolah tersebut. Menurut Nur Syafena Jamiol Mohd Rezzal, Exco Hubungan Korporat dan Protokol PER- MASS , objektif program ramah mesra ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar tingkatan 6 mengenai subjek-subjek yang terdapat di FKSW. Selain itu, program ini juga dapat membakar semangat mereka untuk melanjutkan pelajaran ke bidang yang dikehendaki dengan pen- erangan yang disampaikan oleh setiap wakil kos di FKSW iaitu program Komu- nikasi, Sejarah, Geografi, Antropologi dan Sosiologi, Hubungan Industri, dan Seni Visual. Menurut Nur Syafena lagi, program ramah mesra ini juga bertujuan untuk mewujudkan suasana muhi- bah di antara FKSW dan SMK Madai dan matlamat mereka adalah supaya pela- jar tingkatan 6 SMK Madai mendapat penjelasan dengan setiap penerangan kos yang disampaikan oleh wakil setiap kos bagi menen- tukan pilihan yang tepat bagi menyambung pelajaran. Azurah Amil Kasan, 20, pelajar tingkatan 6 SMK Madai berkata, selepas mendengar penerangan yang disampaikan oleh se- tiap wakil kos, beliau lebih berminat untuk mengambil kos Antropologi dan Sosiolo- gi kerana beliau minat untuk membuat kajian luar bandar dan kajian pelan budaya. Tambahnya lagi, pen- erangan yang disampaikan memberi maklumat baru kepada beliau dan rakan- rakannya mengenai bidang- bidang yang ber- sesuaian dengan minat mereka. Bagi Azurah, pro- gram seperti ini seharusnya diterus- kan lagi untuk pelajar -pelajar yang akan datang, namun ha- ruslah ditambahbaik dengan mengedar- kan risalah mengenai kos-kos yang diter- angkan supaya maklumat yang disampaikan lebih jelas. Program ramah mesra ini diakhiri dengan sesi bergambar sebelum mereka dibawa ke Galeri Seni untuk sesi lawatan. PERMASS, SMK Madai dan wakil setiap kos di FKSW ketika sesi Kursus Protokol dan Etika asah bakat protokol mahasiswa UMS Oleh Puguneswary Christopher William pugucw@gmail.com 19 Mac-Exco Perhubungan Korporat Jawa- tankuasa Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Excellent (KKE)) mengadakan kursus Etika dan Protokol di Dewan Kuliah Pusat (DKP) Kedua, DKP 24 pada jam 7.30 pagi hingga 5 petang yang bertujuan untuk mengasah bakat protokol dalam kalangan mahasiswa mahasiswi Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kursus ini mempunyai empat slot yang berbeza yang dikendalikan oleh empat orang yang ber- pengalaman. “Kursus ini merupakan buah idea daripada tim- balan pengetua KKE Encik Helmi Zairi,” katanya pengarah program, Siti Ira Shahirah Mohd Yas- sin. “Kursus ini juga diadakan bertujuan untuk mem- beri pendedahan kepada setiap orang berkaitan tentang kepentingan protokol dan cara-cara untuk mengendalikan sesuatu program dengan lancar,” tambahnya lagi Kursus ini dikendalikan oleh empat orang iaitu penyediaan minit mesyuarat oleh pegawai psikologi s41 Puan Carrie Grace Jaymess, slot penulisan berita oleh Ketua Sektor Komunikasi Strategi Bahagian Korporat Jabatan Chanselori UMS, slot banting atau banner oleh Pereka Kanan Bahagian Perhubungan Korporat Jabatan Canselori UMS Puan Asmavati Amaran Shikin dan penulisan surat rasmi oleh Timbalan pengarah Kampung Exclent Encik Helmi Zairi. “Kursus ini dijalankan dalam bentuk kelas iaitu selama 7 jam ” kata Siti Ira. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi ilmu berkaitan tentang protokol kerana protokol adalah tulang belakang bagi sesuatu program . Bukan sekadar memberi ilmu malah mengasah bakat dalam bidang protokol juga merupakan objektif kursus ini. “Kursus ini juga mendapat sambutan yang besar dalam kalangan mahasiswa mahasiswi dimana pada awalnya adalah seramai 60 orang setelah permintaan mahasiswa dan mahasiswi mening- kat pelajar maka dibuka kepada 80 orang peser- ta untuk menyertai program ini “ kata Siti. “Keinginan untuk mempelajari tentang Protokol dan Etika secara percuma telah menyebabkan ramai peserta untuk terlibat kerana di luar kursus seperti ini sangat mahal” sambungnya lagi. “Cabaran bagi program ini adalah dari segi masa di mana pada masa yang singkat perlu menjalan- kan program ini adalah satu cabaran yang besar bagi saya dan rakan kalian namun kami berjaya menjalankan kusus ini” katanya lagi. “Harapan bagi program ini di mana setiap peser- ta dapat mengimplementasikan slot-slot yang diajarkan oleh orang-orang berpengalaman di program mereka” kata setiausaha program, Siti Aisyah. Klinik Al-Quran kurang mendapat sambutan daripada warga UMS Oleh Muhd Amirul Asyraf Kasim Amirulkasim93@yahoo.com 16-MAC-Program Klinik Al-Quran siri 1 tahun 2017 anjuran Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS) diadakan di masjid UMS kurang mendapat sambutan mahasiswa. Menurut Pembantu Hal Ehwal Islam, Muhd Nazrie Petir, 33 yang juga merupakan tenaga pengajar berkata kurangya pendedahan ilmu Al-Quran merupakan salah satu faktor utama kemerosotan bilangan penyertaan mahasiswa dalam program ini. Beliau menambah, mahasiswa tidak perlu takut dan merasa malu ketika mula mempelajari ilmu Al- Quran kerana itu merupakan lumrah dalam proses pembelajaran sesuatu perkara yang mana tidak lari dari membuat kesalahan. Antara elemen yang disentuh dalam program Klinik Al-Quran ini adalah bermula dari iqra, tajwid, dan seterusnya khatam Al-Quran bagi yang mampu. Program ini turut memberi pendedahan asas berkenaan ilmu Fardhu Ain dan fardhu Kifayah kepada para peserta Program ini bermula sejak tahun 2009 lagi, dengan ilham dari seorang pegawai Hal Ehwal Islam Kanan iaitu Ustaz Razali Saibin, yang merupakan pencetus dan menjadi tulang belakang dalam penubuhan program Klinik Al-Quran ini. Pada awal penubuhan program ini, penyertaan dan sambutan adalah positif dari peringkat mahasiswa, staff dan peringkat pensyarah. Namun disebabkan pelbagai faktor seperti jadual kelas yang penuh, kurikulum, mesyuarat dan sebagainya menyebab- kan kemerosotan penyertaan berlaku. Dari segi tenaga pengajar, kebanyakan ustaz dan ustazah adalah merupakan tenaga pengajar yang profesional dan bertauliah di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Ini adalah perlu untuk menyekat daripada ajaran sesat berleluasa. Segala bentuk kemudahan seperti bilik mesyuarat, penghawa dingin, papan putih dan sebagainya disediakan oleh pihak Pusat Islam dengan kerjasa- ma pihak UMS bagi memudahkan proses pem- belajaran berlangsung. Tiada sebarang yuran dikenakan bagi yang bermi- nat untuk menyertai program Klinik Al-Quran dan program ini berlangsung pada setiap hari Selasa dan Khamis selepas solat Maghrib. “Mahasiswa perlu sedar akan kepentingan mempelajari ilmu Al-Quran, oleh itu saya meminta jasa baik untuk mempelawa rakan-rakan untuk datang ke sini belajar serba sedikit berkenaan ilmu akhirat”, rayu beliau. Suasana pembela- jaran ilmu Tajwid yang dikendali oleh Nazrie Bin Petir (tengah)
  • 4. BERITA UMS 4Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Forum Ke- manisan Cinta Siswa didik residen KKTM erti “cinta sebenar” Oleh Muhammad Hamka Hisham hamkahisham@yahoo.com 18 Mac-Kira-kira hampir 70 residen Kolej Kedia- man Tun Mustapha (KKTM) hadir dalam Pro- gram Kemanisan Cinta Siswa bertempat di De- wan Tun Mustapha, jumaat lalu. Program tersebut merupakan anjuran Exco Kerohanian dan Etika, Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha bertujuan untuk mendididk maha- siswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengenai definisi cinta dan cabaran yang bakal dilalui ketika memasuki alam percintaan. Antara ahli panel jemputan yang hadir dalam sesi forum tersebut ialah Pensyarah Pusat Penataraan Ilmu Dan Bahasa (PPIB), Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi dan Dr. Nordie Achie, serta Pelajar Tahun Tiga Fakulti Psikologi Dan Pendidikan (FPP), Syifa Binti Sarip Dalam initipati forum tersebut, ketiga-tiga ahli panel membin- cangkan mengenai konsep dan cabaran alam percintaan da- lam kalangan maha- siswa. Sesi forum tersebut dikendalikan oleh pelajar Tahun Dua Hubungan An- tarabangsa, Muhd Fairus Bin Mohd Radzi. Sesi forum tersebut diakhiri dengan persembahan daripada kumpulan nasyid jemputan, Al- Mustaffa yang menyampaikan dua buah lagu iaitu “Sesungguhnya” dan “Kau Cinta Sejati”. Turut hadir dalam sesi forum tersebut ialah Pengetua KKTM, Kol (PA) Dr. Muhd Nizam Bin Nazaruddin dan Tim- balan Pengetua KKTM, En Herman Bin Salah dan barisan felo kolej kediaman. Salah seorang peserta yang hadir, Khairul Asyraf Bin Abdul Kadir, berkata program tersebut berjaya menarik minat residen KKTM khususnya kerana topik perbincanagn yang begitu dekat dengan jiwa mahasiswa apabila melangkah ke fasa ke- hidupan yang seterusnya. JAKMAS Exco Kerohanian Dan Etika, Muham- mad Kashfi Bin Mohd Kamsah, 21, menyatakan perasaan gembira dengan jumlah kehadiran peserta yang hadir dalam forum tersebut. “Sejujurnya, program ini diawalkan daripada tarikh yang dirancang. Namun, saya bersyukur dengan kelancaran program dan sua- sana .Alhamdulillah,sambutan sangat mengga- lakkan, kehadiran residen dan orang luar mencecah lebih 100 orang yang hadir” kata pelajar Tahun Satu Program Sejarah tersebut. Menurutnya lagi, ianya merupakan program yang bertujuan bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri dalam kalangan peserta ke arah pem- bentukan modal insan yang cemerlang dari segi agama, bangsa dan negara seiring dengan aspirasi negara Malaysia. Sementara itu, Timbalan Pengetua KKTM, En Herman Bin Salah,berharap berharap program yang dianjurkan dalam bentuk forum ini mem- beri input yang berguna kepada mahasiswa- mahasiswi ums sebagai pemangkin pem- bangunan insan yang berjiwa besar di masa akan datang.“Saya juga ingin mengucapkan mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha bagi memastikan program ini berjalan dengan jayan- ya‟ kata beliau lagi. Tambah beliau lagi program tersebut akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan menambah baik intipati program supaya menjadi lebih baik. Para hadirin bergambar bersama ahli panel forum Kelab KESUWA menjadi platform kesukarelawan mahasiswa UMS Oleh Siti Nursanah Amaq Marisah sannamarisah@gmail.com 17 Mac-Pegawai Penyelaras Kelab Kesukarela- wan Siswa (KESUWA), Universiti Malaysia Sa- bah (UMS), Mohd Alwi Osman menyatakan bahawa penubuhan Kelab KESUWA adalah untuk menjadi platform kesukarelawan maha- siswa UMS. “Program kesukarelawan UMS telah dijalankan di bawah Majlis Per- wakilan Pelajar (MPP) sebelum ini. Justeru itu, dengan tertubuhnya KESUWA ini ia akan menjadi satu plat- form bagi mahasiswa dan maha- siswi UMS menceburi aktiviti- aktiviti ma- hupun pro- gram- program yang dianjurkan di bawah KESUWA,” katanya. Beliau berucap demikian ketika merasmikan Program “Volunteerism Talk” anjuran Kelab KESUWA bertempat di Auditorium Per- pustakaan UMS, pagi tadi. Mohd Alwi berkata Program “Volunteerism Talk” merupakan program pertama yang dibuat secara rasminya oleh Kelab KESUWA pada tahun ini. “Oleh itu, besar harapan saya program seperti menjadi medium menaikkan lagi sukarelawan dalam kalangan mahasiswa mahasiswi UMS,” katanya. Mohd Alwi turut berkata mahasiswa perlu menyahut seruan Kementerian Pendidikan Ting- gi (KPT) dalam melahirkan lebih ramai maha- siswa berkecimpung dalam bidang kesukarela- wan. Beliau turut menyeru mahasiswa menyertai Program Majlis Sukarelawan Universiti Malaysia (MASKUM) sepertimana disarankan oleh Datuk Seri Idri Jusoh dalam ucapannya pada majlis Amanat Tahun Baru 2017. MASKUM merupakan program yang dibangunkan dengan kerjasama lapan buah university awam (UA) yang antara lain memeberi peluang kepada mahasiswa untuk menimba pengalaman dalam melaksanakan kerja su- karelawan. Dengan itu, Mohd Alwi berkata pada tahun 2016 mencatatkan seramai 117,823 sukarelawan telah menyertai Program MASKUM dan beliau berharap penglibatan mahasiswa bertambah pada tahun ini.Mohd Alwi Osman menyam- paikan ucapan perasmian sempena Program “Volunteerism Talk”. Residen E amal gaya hidup sihat melalui Program Mini Explor- ace 3.0 Oleh Mastura Othman emymastura95@gmail.com 18 Mac-Seramai 50 orang penghuni blok Ibnu Tufail (B1) menyertai Program Mini Ex- plorance 3.0 yang dianjurkan oleh Ahli Jawa- tankuasa (AJK) Ibnu Tufail di Kolej Kediaman Excellent, (KKE) pagi tadi. Permainan yang disediakan kepada para peserta cukup menarik, seperti permainan silang kata, puzzle, belon beracun, dan catch me if you can. Pengarah program, Nur Berlian Raihanah Baharuddin, 21, pelajar dari Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) berkata tujuan utama penganjuran aktiviti seperti ini adalah untuk mengekalkan semangat ker- jasama dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penghuni blok B1 dan penghuni dari blok lain. Program ini dirasmikan oleh pengetua Kolej Kediaman Excellent, Dr Syahruddin Awang Ahmad serta dihadiri oleh beberapa orang felo. Dalam ucapan beliau, penglibatan pelajar dalam Program Mini Explorace 3.0 ini adalah salah satu cara untuk mendidik mahasiswa untuk saling bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa mahupun agama serta membantu pelajar untuk mengurangkan dan menghilangkan tekanan belajar. “Penerapan nilai-nilai murni dapat mewujudkan suatu sifat kerjasama antara setiap penghuni blok serta dapat beramah mesra sepanjang program diharapkan telah memacu kepada pencapaian objektif program ini,” katanya lagi “Saya berharap program seperti ini akan berterusan pada masa yang akan datang. peserta, diharapkan kepada semua AJK pelaksana Program Mini Explorace 3.0 ini menggunakan peluang yang ada ini untuk menimba pengetahuan yang amat berguna sebagai bekalan untuk mengharungi masa depan yang pastinya lebih mencabar. Malah selaras dengan tema program ini “One For All, All For One” diharapkan kita dapat rapatkan muafakat,” katanya. Peserta Program Mini Explorance 3.0 bergambar bersama Pengetua Kolej Kedia- Program Ramah Mesra Belia ber- sama Orang Ke- lainan Upaya mendapat sokongan pihak pentadbiran UMS Oleh Nabilah Norasir nabilahnorasir95@gmail.com 18 Mac -Majlis Perwakilan Pela- jar telah menganjurkan Program Ramah Mesra Belia bersama Orang Kelainan Upaya di Out- door Development Centre (ODEC) Universiti Malaysia Sa- bah mendapat sokongan da- ripada pihak pentadbiran UMS. Menurut Pengarah Program, Mohd Jivean Johan Mira Ahamd (21), program ini julung kali di- adakan oleh pihak UMS sebagai inisiatif untuk merapatkan lagi hubungan antara mahasiswa dan mahasiswa Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga pihak pentadbiran. “Program ini julung kalinya dil- akukan oleh pihak UMS sebab kalau kita lihat program yang melibatkan mahasiswa OKU jarang dilakukan oleh pihak Fakulti atau Kolej Kediaman,” katanya Program yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini turut dibantu oleh Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar (SMPP) mendapat sambutan daripada 14 orang mahasiswa OKU dan sokongan daripada pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS. “Program ini digesa oleh Timba- lan Naib Canselor Prof Dr Ismail Ali dan menyarankan program ini dijalankan dan menyokong penuh program sebegini,” Jivean berka- ta Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah, Ah- madi Hj Nordin berkata melalui program ini pihak atasan boleh mengetahui kehendak dan keper- luan fasiliti yang diperlukan oleh mahasiswa OKU melalui pen- dekatan program sebegini. “kami memerlukan bantuan ma- hasiswa OKU untuk me- maklumkan kepada kami apa yang kurang dari segi fasiliti dan kami boleh menambahbaik keku- rangan itu,” katanya. Program yang bermula jam 8 pagi hingga 2 petang diisi dengan pelbagai aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang bertujuan meningkatkan keyakinan diri mahasiswa OKU untukbersama dengan masyarakat. Menurut Amirul Nabil Jamaludin 21, peserta program Ramah Mesra Belia bersama OKU, pro- gram ini dapat memotivasikan dan meningkatkan keyakinan diri pelajar OKU dalam berhadapan dengan masyarakat. “ Perkara yang paling penting adalah cara mahasiswa OKU itu berhadapan dengan orang lain dimana mahasiswa OKU menun- jukkan bahawa mereka tidak ada jurang dengan orang lain,” katan- ya. Program ini juga turut diserikan dengan persembahan daripada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Sesi penyampaikan hadiah kepada para peserta disampaikan oleh Ahmadi Hj Nordin Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
  • 5. 5 BERITA UMS Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS NIGHT CY- CLING MENJAMIN GAYA HIDUP SIHAT Oleh Anita Hiew anitamoyhiew@gmail.com 18 Mac-Naib Canselor Univer- siti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah merasmikan program Night Cycling anjuran Jawa- tankuasa Kebajikan Maha- siswa (JAKMAS) Kolej Kedia- man Tun Fuad UMS yang julung kali diadakan di Dewan Serbaguna, Kolej Kediaman Tun Fuad malam ini. “Kerajaan sentiasa berikhtiar untuk memajukan sukan demi memberi manfaat kepada masyarakat. Dalam usaha melahirkan bakat baru yang berpotensi, serta menggalakkan peningkatan tahap kesihatan dan kecer- gasan fizikal dalam kalangan masyarakat”, kata Harun. Penghayatan dalam Dasar Sukan Negara hendaklah dipupuk bagi membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas. “Diharapkan semangat kesukanan yang lahir dari pro- gram Night Cycling menjadi asas penting dalam usaha mengintegrasi pelbagai kum- pulan etnik kepada satu bang- sa Malaysia yang megah, ber- satupadu dan harmoni”, katan- ya lagi. Di samping melahirkan maha- siswa-mahasiswa yang cergas dan cerdas selain mengamal- kan budaya sukan sepanjang hayat. Beliau memuji langkah Kelab Basikal Kolej Kediaman Tun Fuad menganjurkan program itu merupakan satu platform baik untuk mahasiswa dalam menilai bakat dan kemampuan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun berbaju merah bersama dengan pemain basikal UMS UMS anjur Kejohanan Sukan World Cup 2018 18 Mac-Kejohanan Sukan World Cup di Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berlangsung Pada 17 dan 18 Mac 2017 bertempat di stadium UMS yang diadakan sempena Kejohanan Piala Dunia 2018 yang bakal bermula. Sistem yang digunakan untuk sukan World Cup ini ialah liga secara berkumpulan. Kemudian Johan dan Naib Johan kumpulan layak untuk ke peringkat kalah mati. Masa yang ditetapkan bagi setiap perlawanan adalah sebanyak 14 minit. Sebanyak sembilan pasukan yang telah mengambil bahagian dalam sukan World Cup ini. Bagi Kumpulan A terdiri daripada pasukan Brunei, Malaysia A dan Timor Leste. Pasukan Timor Leste merupakan Johan Kumpulan A dengan pungutan mata sebanyak empat mata. Timor Leste berjaya menewaskan pasukan Brunei 1-0 bertempat di padang sintetik pada perlawanan kedua mereka. Namun pasukan Timor Leste seri 0-0 tanpa jaringan menentang pasukan Malaysia A. Pada peringkat separuh akhir pertama pasukan timor Leste ditewaskan oleh pasukan Federation dengan kekalahan teruk 3-0. Bagi kumpulan B, terdapat tiga pasukan yang terdiri daripada pasukan India, Indonesia dan Malaysia B. Pasukan Indonesia merupakan pasukan jemputan sempena sukan world Cup ini. Dalam kumpulan B pasukan India merupakan Johan kumpulan manakala pasukan Indonesia Naib Johan bagi kumpulan B. Pasukan Indonesia tewas pada peringkat suku akhir ditewaskan oleh pasukan Federation dengan keputusan 1-0. Bagi pasukan India pula, pasukan Soaring Upwards yang merupakan Johan kumpulan C telah menewaskan dengan kemenangan tipis 1- 0. Jaringan tersebut di jaringkan oleh Syazni Farhan. Bagi kumpulan C, pasukan Soaring Upwards menjadi Johan kumpulan dan pasukan Federation Naib Johan kumpulan C. Perlawanan Final antara Soaring Upwards menentang Federation Pasukan Federation menang tipis pada peringkat suku akhir menentang Indonesia dengan kemenangan sebanyak 1-0. Kemudian, pasukan Federation juga menang besar menentang pasukan Timor Leste dengan kemenangan sebanyak 3-0. Oleh itu pasukan Federation telah layak ke peringkat final menentang pasukan soaring Upwards. Pasukan Soaring Upwards telah menang menentang Malaysia B dengan kemenangan sebanyak 1-0. Kemenangan tersebut telah membuatkan pasukan Soaring Upwards layak ke peringkat separuh akhir menentang pasukan India. Semangat kerjasama antara satu sama lain telah membuatkan Pasukan Soaring Upwards menang 1-0 menentang pasukan India. Kemenangan tersebut melayakan pasukan Soaring Upwards ke peringkat final menentang pasukan Federation. Perlawanan final antara pasukan Soaring Upwards menentang pasukan Federation sangat sengit. Namun pada minit-minit akhir perlawanan, kelincahan penyerang pasukan federation iaitu Ramadhan telah berjaya menjaringkan gol daripada tendangan sudut. Jaringan tersebut telah menyebabkan pasukan Federation muncul sebagai Johan sukan World Cup. Naib Johan daripada pasukan Soaring Upwards. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan India kerana menewaskan pasukan Timor Leste dengan kemenagan sebanyak 1-0. Aksi perlawanan akhir Pasukan Federation menentang Pasukan Soaring Upwards Oleh Mohd Azmadi Awang m.azmadiawang@gmail.com Pertandingan permainan video Dota dan PES pamer semangat berpasukan! Oleh Muhammad Ikram Iqbal BA15160819@student.ums.edu.my 18 Mac–Objektif pertandingan ini adalah mencungkil bakat ma- hasiswa dalam bidang permainan dan interaksi antara kumpulan dan antara mahasiswa lebih-lebih lagi pertandingan Dota yang melibatkan kerjasama kumpulan untuk mengatur strategi untuk melawan pihak lawan. Pertandingan permainan video yang diadakan oleh Kelab Gam- ma di bawah Kursus Matematik dan Pitografik Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS). Gamma telah ditubuhkan selama empat generasi di UMS. Pada 18 dan 20 bulan March 2017 pertandingn permainan video yang dianjurkan oleh kelab Gamma adalah pertandingan Dota dan PES. Pertandingan permainan video ini dilakukan setiap tahun dan merupakan program wajib bagi kelab Gamma. Seramai lapan kum- pulan bersa- maan 40 orang me- nyertai per- tandingan Dota dan 10 individu menyertai pertand- ingan PES yang diada- kan dia Fakulti FSSA. Yuran yang dikenakan kepada peserta Dota hanya RM100 setiap kumpulan manakala PES hanya RM15 setiap individu. Hadiah bagi tempat pertama pertandingan Dota sebanyak RM500, tempat kedua RM300 dan tempat ketiga RM200. Bagi hadiah PES tempat pertama sebanyak RM150 tempat kedua RM120 dan tempat ketiga RM100. AJK pertandingan permainan video, Muhammad Fadzulnizam naib, 21, pelajar tahun dua kursus Matematik dan Pitografik. Fadzrul merupakan salah satu AJK pertandingan permainan video saa itu. Menurut Fadzrul, “Ramai yang hendak mengikuti pertandingan ini namun disebabkan jadual dan aktiviti yang bertindih mereka terpaksa mengundurkan diri daripada mengikuti pertandingan ini”. Menurut Fadzrul, kelab Gamma ada menerima dana dari pihak luar hasil usaha AJK tajaan mereka dan membuat perniagaan kecil-kecilan ketika aktiviti dijalankan bagi mengutip keuntungan sedikit untuk tabung kelab. Pertandingan Dota berlansung Salah seorang peserta pertandingan Dota Sambutan Hari Kerja Sosial UMS ting- kat kefahaman profesion pekerja sosial Oleh Maydora Marcus Maydora95@gmail.com 22 Mac-Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Prof Madya Dr.Mohd. Dahlan A. Malek merasmikan sambutan Hari Kerja Sosial Sedunia Tahun 2017 kali ke-13 di Fakulti Psikologi & Pendidikan, Univer- siti Malaysia Sabah (UMS). Sambutan tahun ini bertemakan Promoting Community & Enviro- mental Sustainability merangkap tunjang ketiga daripada lima tunjang. Beliau berkata, pihak fakulti mengambil berat berkaitan peranan kerja sosial dan be- rusaha mendaftarkan program ini kepada Persatuan An- tarabangsa Sekolah Kerja Sosial (IASSW) sebagai langkah meningkatkan pengiktirafkan program kerja sosial di UMS. Ketika merasmikan, beliau menegaskan agar masyarakat perlu mengetahui konsep kese- tiakawanan sosial khususnya dalam kalangan pekerja sosial. “Masyarakat kurang menyedari akan peranan ahli ini, bukan semata-mata sukarela tetapi sebagai ahli professional. Ahli profesional punya etika dan pelaksanaan tersendiri,” katan- ya. Penyelaras program, Habibi Hj Ibrahim, 43, menyatakan per- ayaan ini penting untuk mengeratkan silaturahim, mengenang jasa, memupuk kerjasama dalam pekerja sosial di peringkat negeri ataupun antarabangsa bagi membantu masyarakat yang memerlukan. Habibi sangat berharap agar masyarakat akan melibatkan diri pada aktiviti kemasyarakatan dan meningkatkan kemahiran interaksi dalam masyarakat. Sehubungan itu, program ini turut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ka- langan pelajar dan kakitangan NGO. Turut hadir, Prof. Dr. Adi Faharudin dalam menyam- paikan penerangan secara ter- perinci berkaitan sambutan ini. Prof Madya Dr. Mohd. Dahlan A. Malek (tengah) ketika me- rasmikan hari kerja sosial perigkat UMS
  • 6. BERITA UMS 6Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Kursus sarjana Sastera dan Pro- gram Pendara- san Islam terima pelajar semester depan Oleh Mohamad Yusup Akil Yantzenyusup01@gmail.c om 21 Mac-Profesor. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah melancarkan Kursus Sar- jana Sastera ( Kerajaan dan Hubungan An- tarabangsa) dan Program Pendarasan Islam (HI15) Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan yang ber- tempat di Bankuasi, De- wan Canselor. “Universiti Malaysia Sabah (UMS) meneruskan agen- da serta objektif universiti untuk meneruskan komit- men untuk mem- bangunkan pendidikan tinggi di negeri Sabah”, katanya. “Kursus Sarjana Sastera (Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa) ditawarkan untuk program sepenuh masa di bawah Pusat Pengajian Pascasiswazah, Ums yang akan menjurus- kan kepada penyelidikan dalam bidang tersebut”, tambah beliau. Sementara itu, program Pendarasan Islam yang dilancarkan merupakan program prasiswazah yang menawarkan Ijazah Sarja- na Muda Pendarasan Is- lam dengan Kepujian “Program pendarasan islam berpaksikan disiplin ilmu yang terdiri dari aspek Usuluddin, Syariah, Dakwah, Akhlak dan Baha- sa Arab serta disiplin- disiplin ilmu yang lain”, Jelas beliau lagi. Program ini akan meneri- ma pelajar pada sesi pengajian semester 1 sesi 2017/2018 iaitu pada bulan September 2017. Beliau percaya minat untuk meningkatkan kualiti pen- didikan tidak menghalang untuk program pas- casiswazah diteruskan legasinya dari semasa ke semasa. Beliau juga berkata baha- wa Ums akan memperban- yakkan promosi dan ker- jasama badan-badan Ke- rajaan Persakutuan dan Kerajaan Negeri untuk menguar-uarkan peluang pengajian peringkat pas- casiswazah. Beliau mengatakan baha- wa usaha ini penting da- lam usaha meningkatkan pendidikan tinggi khu- susnya di rantau Borneo. Dalam pada itu, beliau berharap pengajian sela- ma tiga tahun dapat me- nyediakan pelajar yang mampu mendepani caba- ran globalisasi. “Ums akan sentiasa me- nyokong aktiviti Kerajaan Negeri khususnya dalam meningkatkan kualiti pen- didikan di Sabah seperti Institut Pengajian Pem- bangunan Sabah”, Tegas beliau. Beliau juga menunjukkan rasa gembira ketika berucap kerana Institut ini bukan asing kerana ter- dapat beberapa golongan pakar dari Ums yang merupakan ahli lembaga pengarahnya. Akhir sekali, beliau bagi pihak pengurusan tertinggi Ums mengucapkan terima kasih atas kehadiran Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sa- bah merangkap Pro Can- selor Ums yang se- terusnya merasmikan pelancaran program ba- haru. Oleh Fiona Lapidin fionayunn@gmail.com 18 Mac-Federation muncul juara Kejohanan Bola Sepak Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena World Cup 2017 menewaskan Soaring Upwards menerusi jaringan terbaik Ramadhan dengan keputusan 1-0 di stadium UMS. Aksi Soaring Upwards dalam permainan dijangka mampu memenangi perlawanan tersebut, namun Federation ternyata liat untuk ditundukkan apabi- la memberi saingan sengit kepada pihak lawan. Penantian gol daripada Soaring Upwards tidak kesampaian apabila pihak lawan berjaya men- jaringkan gol pada perlawanan masa kedua. Jaringan gol pertama Ramadhan menjadikan Federation memenangi kejohanan UMS World Cup 2017. Pertukaran pemain dari pihak lawan memberi peluang kepada Federation untuk beraksi dengan lebih baik untuk menentang Soaring Upwards. Kemenangan Federation pada perlawanan akhir menjadikan Federation kumpulan terbaik sempena Kejohanan Bola Sepak UMS World Cup 2018 Menurut pemain Federation Asrul Alwi, kenangan ni merupakan satu yang sangat mengembirakan beliau. “Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan kemenangan sebab perlawanan sebentar tadi sangat sengit dan kumpulan saya juga berikan kerjasama dengan baik sehingga kami me- menangi perlawanan ini,” katanya Barisan pemain kumpulan Federation UMS World Cup 2018 Federation muncul juara Kejohanan Bola Sepak UMS World Cup 2018 Program ini mampu lahirkan modal in- san yang berdepan dengan cabaran- Mohd Has- nol Oleh Thasminee Subramaniam Thasmineenam- biar@yahoo.com 21-Mac-Majlis pelancaran Kur- sus Sarjana Sastera (Kerajaan Dan Hubungan Antarabangsa) dan Program Pendarasan Islam Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada pagi ini. Sempena pelancaran dua kur- sus baharu itu Pengarah Eksekutif, Institut Kajian Pem- bangunan Sabah Dato Mohd Hasnol Ayub berkata program Sarjana Sastera (Kerajaan Dan Hubungan Antarabangsa) dan Program Pendarasan Islam satu cadangan yang baik dan berketepatan mengikut masa yang sesuai. Beliau berkata, kursus ini mendapat sokongan padu dari UMS, kerjasama Biro tatanega- ra dan Institut Kajian Pem- bangunan telah berganding bahu merencana langkah dalam usaha merealisasikan, seperti yang diinisiatifkan oleh Ketua Menteri Sabah. Menurutnya lagi, sumber manu- sia merupakan aset terpenting di dalam sesebuah negara dan perlu dilengkapkan dengan pelbagai kemahiran, ilmu pengetahuan sebagai persedi- aan menghadapi cabaran do- mestik dan global. “ Kedua-dua program ini mam- pu membantu kita berfikir secara global dan berdepan dengan pelbagai cabaran do- mestik mahupun antarabangsa,” katanya lagi. Hasnol berkata, program seperti ini mampu beraksi dengan penuh keyakinan dalam ka- langan modal insan supaya mereka berjaya persada diper- ingkat antarabangsa bagi me- mastikan negara mendapat pengiktirafan dan dihormati oleh masyarakat Selain itu, Malaysia menjalan- kan hubungan bialetral dan multiletral dengan negara- negara jiran dan pelbagai per- tubuhan di serantau dari dunia. Sehubungan itu katanya, sen- ario ini memerlukan kita bersi- kap responsif dan sentiasa memainkan peranan dan pel- bagai usaha kearah sejahtera negara-negara global. “ Dalam usaha memastikan dasar luar Malaysia terus man- tap, para pemimpin, pegawai- pegawai kerajaan harus senti- asa mengambil inisiatif dalam menambah pengetahuan serta peka terhadap pelbagai isu domestik dan antarabangsa,” katanya. “ Program ini merupakan usaha untuk menghasilkan kearah modal insan khususnya dalam kalangan penjawat-penjawat awam dan pemimpin yang lebih berpengetahuan dan kom- petitif,” kata Hasnol. Beliau berharap kursus ini mejadi katalis kepada pem- bangunan sumber manusia, negara dan terutamanya di negeri Sabah yang lebih ber- pengetahuan. Program ini turut dihadir oleh Naib Canselor Universiti Malay- sia Sabah YBhg Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah pagi tadi. Dato Hasnol ayub memberi ucapan sempena pelancaran pro- gram baharu Pelancaran Kursus Sarjana Sastera Dan Program Pendarasan Islam Di UMS Oleh Shritika A/P Sevanes Rikanot16@gmail.com 21 Mac-Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata inisiatif Universiti Malaysia Sabah dalam memperke- nalkan Kursus Sarjana Sastera (Kerajaan dan Hubungan Antarabangsa) serta Program Pen- darasan Islam boleh membentukkan sumber manusia yang berilmu dan kompeten di negeri Sabah ketika majlis pelancaran, pagi tadi. “Saya memuji inisiatif yang dibuat oleh UMS dengan kerjasama Institusi Kajian Pem- bangunan (IDS) atas perwujudan kursus Kera- jaan dan Hubungan Antarabangsa ini. Ten- tunya ia merupakan satu lembaran baru dalam sejarah pendidikan negeri Sabah dengan tubuhnya satu lagi kursus yang sangat penting dan bermakna ini.” Kursus Sarjana Sastera (Kerajaan dan Hub- ungan Antarabangsa) ditawarkan untuk pro- gram sepenuh masa dan separuh masa di bawah Pusat Pengajian Pas- casiswazah UMS yang akan menjurus kepada penyelidikan dalam bidang tersebut. Dalam pada itu, Musa berkata bahawa kursus itu mampu memberi pengetahuan yang cukup relevan tentang senario politik dan isu-isu antarabangsa kepada pelajar. Musa berkata demikian kerana kursus Kera- jaan dan Hubungan An- tarabangsa dapat memupukan pengajaran yang penting dan mendedahkan kepentingan keharmonian negara kepada para pelajar pascasiswazah. “Penawaran kursus tersebut pada peringkat pascasiswazah membuka peluang kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan selain pelajar universiti untuk men- dalami ilmu berkaitan isu-isu semasa di seluruh dunia,” katanya. Tambah Musa, penawaran kursus Kerajaan dan Hub- ungan Antarabangsa juga akan membenatu pegawai-pegawai Kerjajaan Negeri dan Persekutuan untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam melaksanakan tugas-tugas perkhidmatan dengan lebih cemerlang. Dalam pada itu, Naib Canselor UMS, Prof.Datuk.Dr.Mohd Harun Abdullah berkata, Program Pendarasan Islam merupakan pro- gram prasiswazah yang menawarkan Ijazah Sarjana Muda Pendarasan Islam dan akan menerima pelajar pada sesi pengajian Semes- ter 1 2017/ 2018 pada September ini. Mohd Harun juga berkata bahawa “Istilah pendarasan merupakan kata asal daripada bahasa Arab iaitu „daras‟ yang bermaksud mengaji dan sinonim dengan makna belajar berpaksikan disiplin ilmu Islam yang terdiri daripada aspek Usuluddin, Syariah, Dakwah, Akhlak dan Bahasa Arab serta disiplin-disiplin ilmu yang lain”. “Langkah UMS dalam menawarkan Program Pendarasan Islam melalui sistem pendidikan formal berserta dengan pelbagai aspek ke- hidupan masyarakat berkemampuan untuk meluaskan pengetahuan yang betul dan men- dalam berkenaan agama Islam” katanya Mu- sa. Beliau berharap bahawa kursus dan program ini akan memberikan ruang dan peluang kepa- da kerajaan dan pihak yang terlibat dalam pengurusan sumber manusia di negara ini untuk bersama-sama bekerjasama mem- bangunkan negeri Sabah dan Malaysia se- terusnya mencapai matlamat yang digariskan. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Insitusi Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Mohd Hasnol Ayub sebagai tanda penghormatan bersama. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji me- rasmikan Majlis Pelancaran Kursus Kerajaan dan Hub- ungan Antarabangsa dan Program Pendarasan Islam
  • 7. 7 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS KOLEJ KEDIAMAN: DI SINI TERATAK BERTEDUH Oleh Fadhilah Jamil fadhilahjamil999@gmail.com Pelbagai spekulasi dan andaian negatif telah dibuat berkaitan cara pemilihan kolej kedia- man yang dibuat. Ramai yang mendakwa pemili- han bagi kolej kediaman adalah kurang telus. Sejauh mana dakwaan ini dan sejauh mana langkah penjelasan ba- kal dirungkakan? Se- setengah pihak telah mengutuk keras tinda- kan pihak kolej yang memberikan kediaman terus kepada ahli jawatankuasa yang menguruskan kema- sukan pelajar baharu tanpa tapisan. Kononnya, pelajar yang membantu dalam men- jayakan program kemasukan pelajar akan dijamin dengan penempatan pada sesi berikutnya. Alasannya? Ahli jawatankuasa yang terdiri daripada para pelajar terpaksa datang beberapa minggu lebih awal daripada pelajar lain dan melakukan tugasan yang berat semasa sesi pendaftaran pelajar. Perkara ini mendapat kecaman hebat daripada penghuni kolej yang lain. Mere- ka merasakan tindakan yang dilakukan sangat tidak relevan dengan konsep “siapa aktif, dia dapat” yang dijanjikan pada kemasukan awal. Mereka merasakan tindakan yang dil- akukan sangat tidak relevan dengan kon- sep “ siapa aktif, dia dapat” yang di- janjikan pada kema- sukan awal. Rasa tidak puas hati ini telah menyebabkan pelajar mempunyai tanggapan yang negatif berhubung isu pemilihan. Rasa tidak puas hati ini telah menyebabkan pelajar mempunyai tang- gapan yang negatif berhubung isu pemilihan. Pengakhirannya, pelajar yang aktif akan mula berhenti dari melibatkan diri mereka dengan pel- bagai aktiviti. Semakin sukar untuk mem- bersihkan semula men- taliti pelajar terhadap manfaat yang dikaitkan dengan kolej kediaman. Paling tidak, jika ditanya mengapa mereka me- nyertai pelbagai aktiviti, mungkin jawapan mere- ka sekadar untuk mendapatkan makanan percuma. Bukan lagi janji Mysdp atau penempatan kolej kediaman yang menarik perhatian. Tanpa disedari, timbul dua aliran pemikiran yang semakin tersebar dalam kalangan pelajar tahun pertama. Pelajar yang lebih „senior‟ se- nang mempengaruhi mereka dengan dua cara : Pertama “Biarpun aktif, pemilihan kolej kediaman tetap dilakukan secara rawak. ”Kedua “Tidak perlu bersusah payah menyertai pel- bagai aktiviti. Cukuplah menjadi ahli jawa- tankuasa ketika kemasukan pelajar baru. Pasti akan dapat penempatan semester seterusnya!” Mungkin nampak mengejutkan, tapi inilah realiti yang mula merebak dalam kalangan pelajar. Setiap pelajar muncul dengan „strategi‟ masing- masing untuk kekal di kolej kediaman. Bangunan blok – blok pelajar Kolej Kediaman Tun Mustapa “Semua membuktikan dengan usul dan kononnya pengalaman masing-masing di semester yang sebelumnya sudah jelas. Pada akhirnya, semua pelajar baru akan terpengaruh dan setiap daripada tindakan mereka akan „berguru‟ kepada pelajar senior” Alasannya? “Pelajar „senior‟ cakap begini......, pela- jar senior cakap begitu...”
  • 8. RENCANA 8Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Lama-kelamaan isu ini terus berterusan tanpa noktah. Pelajar senior kononnya dengan yakin terus menerus „mendendangkan‟ apa yang dipercayai benar. Lantas diwariskan kepada penghuni tahun pertama. Yang menghadam „dendangan‟ ini pula jadi panik dan takut. Maka tidak hairanlah mengapa setiap kali temuduga pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan di setiap kolej kediaman, semua orang berpusu-pusu untuk men- cuba nasib. Barisannya mungkin lebih panjang daripada yang menyertai aktiviti anjuran kolej kediaman sebelumnya. Pasti. Kerana semua orang menetap- kan di minda masing-masing bahawa itu adalah „tiket‟ untuk kekal di kolej kediaman. Ya. Siapa yang mahu menolak manfaat dengan cara yang mu- dah? Skop isu kolej kediaman terlalu luas dan tidak pernah sunyi dari kritikan daripada pelbagai pihak. Tidak cukup mengenai isu pemili- han, tidak kurang juga yang me- nyuarakan rasa tidak puas hati mengenai isu kemudahan yang diterima. Ramai pelajar yang mendakwa kemudahan yang disediakan oleh kolej kediaman adalah berbeza- beza walaupun yuran yang dikenakan pada kadar yang sama. Kolej kediaman Excellent adalah antara kolej kediaman yang ber- hadapan dengan pelbagai kritikan dari segi struktur kemudahan yang disediakan. Keadaan bilik yang rata-ratanya dihuni oleh empat orang pada satu- satu masa menimbulkan rasa ku- rang selesa berikutan keadaan bilik yang agak sempit. “Seringkali ketegangan berlaku berikutan keadaan yang bising. Mengawal emosi adalah perkara paling sukar kerana banyak kare- nah perlu dihadapi” . Perkara ini diusulkan kepada pihak berwajib bagi mendapatkan jawapan yang tuntas terhadap persoalan-persoalan yang diutarakan. Solusi yang ingin dirungkaikan satu persatu bagi memastikan pelajar jelas mengenai syarat kelayakan dan langkah pemilihan yang dilakukan. Satu persatu pihak tampil mem- berikan jawapan mengenai pros- es dan aliran pemilihan yang diamalkan dalam menentukan pelajar yang layak untuk mendapat kolej kediaman pada setiap tahun pengajian. Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), pengetua kolej kediaman, Jabatan Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) dan kelab-kelab per- satuan kolej kediaman mengga- lurkan jawapan di pihak mereka. PEMILIHAN KOLEJ KEDIAMAN KELAYAKAN UMUM PNGK 2.50 KE ATAS PENGLIBATAN DALAM SEKURANG- SEKURANGNYA 5 AKTIVITI DARIPADA 7 AKTIVITI ANJURAN KOLEJ SUDAH MEMBUAT PERMOHONAN (SMP) BAGI PELAJAR TAHUN DUA DAN KEATAS. AKTIF DAN MEMEGANG JAWATAN DA- LAM KELAB DI KOLEJ KEDIAMAN KELAYAKAN ISTIMEWA: 1. AHLI JAKMAS 2. ORANG KELAINAN UPAYA (OKU) 3. ORANG ASLI DARI SEMENANJUNG 4. ATLIT YANG MEWAKILI UNIVERSITI 5. MENYERTAI UNIT BERUNIFORM KESALAHAN TATERTIB YANG MELUCUTKAN KELAYAKAN 1. MEMBAWA BAHAN TERLARANG KE DALAM KOLEJ 2. TERLIBAT DALAM DADAH DAN ROKOK 3. TIDAK MEMATUHI ETIKA PEMAKAIAN PROSESRAYUAN: MENULIS SURAT RAYUAN KEPADA KOLEJ KE- DIAMAN 2. MEMBAWA BUKTI BUKU PROFIL AKTIVITI 3. MENGHADIRI TEMUDUGA KELAYAKAN
  • 9. 9 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Saban hari, peningkatan terhadap kos sara hidup semakin mem- bebankan kehidupan masyarakat khususnya golongan yang berpendapatan rendah. Tempias daripada isu ini turut menimpa golongan pelajar yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam, IPTA mahupun swasta yang sebahagiannya berasal daripada golongan keluarga yang berpendapatan rendah. Bagi menampung kehidupan seharian berikutan kemerosotan ekonomi yang melanda negara serta kenaikan kos sara hidup kini, sesetengah pelajar cenderung untuk mengambil pelbagai langkah dan alternatif bagi mengatasi masalah kekangan kewangan sehingga terdapat segelintir pelajar yang mengambil inisiatif bekerja sambilan dan terlibat dengan perniagaan. Dalam kalangan pelajar-pelajar tersebut, ada yang bekerja di restoran, di kedai buku, berniaga barangan dan sebagainya. Mereka biasanya menggunakan cuti semester untuk membuat kerja sambilan supaya dapat mengumpul pendapatan tambahan untuk digunakan pada semester yang akan datang. Terdapat juga yang bekerja pada waktu buka semester seperti pada waktu malam, hujung minggu, malahan ketika waktu kuliah sedang berjalan. Selain itu, sebahagian daripada mereka pula berkecimpung dalam perniagaan seperti menjual nasi lemak, jeruk buah, air mineral, kad tambah nilai bahkan ada yang men- jalankan perniagaan dalam bentuk perkhidmatan seperti mem- baiki komputer riba dan sebagainya. Semua ini merupakan usaha yang dilakukan oleh para pelajar demi untuk terus bertahan da- lam menempuhi dugaan kehidupan sebagai seorang pelajar. Walau bagaimanapun, dengan kepesatan pem- bangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT, pelajar kini mampu untuk melakukan perniagaan secara atas talian bagi menampung perbelanjaan mereka sepanjang tempoh pengajian disamping sebagai satu bentuk pengasahan minat mereka dalam bidang perniagaan dan bisnes. Pelbagai platform yang digunakan untuk menjalankan perniagaan secara atas talian sama ada melalui laman web ter- tentu atau media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Dengan perniagaan secara atas talian, mereka tidak terikat dengan sebarang waktu untuk berniaga dan bebas untuk menghadiri kuliah mahupun aktiviti Universiti yang lain. Sememangnya perniagaan secara atas talian bukanlah sesuatu yang baru untuk diceburi oleh golongan pelajar Universiti lebih-lebih lagi kebanyakan masa mereka berhadapan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT serta Internet untuk menyiapkan tugasan, mencari maklumat, berhibur dan bersosial. Mereka sudah cukup terdedah dengan kehadiran teknologi ini sehingga mereka mampu untuk tampil dengan pelbagai idea yang baru dalam menjalankan perniagaan secara atas talian. Seterusnya, penglibatan mereka ke dalam aktiviti perniagaan atas talian juga adalah disebabkan oleh faktor dorongan kesempitan hidup yang semakin mendesak untuk mereka mencari sumber kewangan tambahan. Di samping itu, kesedaran terhadap kesusahan yang dialami oleh ibubapa demi memasti- kan duit belanja sentiasa ada serta sikap tidak ingin membebankan keluarga juga merupakan antara salah satu pencetus keinginan untuk bergiat aktif di dalam perniagaan secara atas talian ini. Menyedari mereka tidak lagi boleh bergantung dengan wang pinjaman pendidikan semata-mata, Afikah Samsuddin, 22, seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan (FKSW), kursus hubungan industri, menjalankan perniagaan atas talian bagi menampung perbelanjaan sendiri. "Setelah ditolak daripada yuran dan sewa penginapan, baki pinjaman saya hanya tinggal dalam kira-kira RM200 sebulan sahaja, dan jumlah itu adalah tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup dan perbelanjaan saya yang lain sepanjang semester pengajian ini, jadi saya memilih untuk menjalankan perniagaan atas talian untuk mencari duit belanja," kata Afikah. Afikah menjalankan perniagaan atas talian melalui media sosial seperti Instagram, Facebook dan Wechat. Menurutnya lagi, walaupun mendapat pinjaman pendidikan, wang itu tidak mencukupi kerana baki yang tinggal setelah ditolak yuran pengajian dan penginapan adalah terlalu sedikit sedangkan beliau memerlukan antara RM300 hingga RM400 sebulan bagi menampung perbelanjaan. Hal ini bukan sesuatu yang baru bagi pelajar Universiti masa kini. Dengan peningkatan kos sara hidup, jumlah wang yang dahulunya agak besar dan mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan sepanjang tempoh satu semester pengajian kini telah mengecil dari sudut nilainya. Terdapat segelintir pelajar yang cuma mendapat pinjaman pendidikan yang sedikit sehingga apabila telah ditolak dengan jumlah yuran menjadikannya tidak lagi relevan untuk bergantung sepenuhnya dengan jumlah wang tersebut. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempu- nyai sebarang pinjaman pendidikan dan bergantung sepenuhnya dengan biaya daripada ibubapa? KOS HIDUP TINGGI: PELAJAR IPT BUAT PERNIAGAAN ATAS TALIAN Oleh Tan Chai Jie chaijie_tan@hotmail.com Afikah Samsuddin ialah seorang pelajar yang menjalankan perniagaan atas talian. “Matlamat saya dalam menceburi bidang ini adalah disebabkan saya ingin mengumpul dan menabung duit demi untuk menjalani iba- dat umrah dengan menggunakan pendapatan diri,” katanya. Perniagaan secara atas talian Afikah melalui Instagram.
  • 10. RENCANA 10Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Tambahan pula jika ibubapa mereka memiliki jumlah tanggungan yang ramai? Mereka tentu sahaja mengikat perut untuk berjimat serta berhadapan dengan pelbagai kesulitan. Di samping menjalankan perniagaan secara atas talian untuk menampung perbelanjaan dirinya, Afikah juga memilih untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup. Beliau lebih cenderung untuk mengutamakan keperluan berbanding kemahuan walaupun memiliki sumber kewangan tambahan hasil daripada perniagaan beliau. Terdapat pelbagai benda untuk diceburi selain da- ripada melakukan pekerjaan sampingan di kedai-kedai mahupun restoran. Pelajar pada masa kini sangat terdedah dengan pen- ingkatan penggunaan teknologi komunikasi seperti media sosial dan laman web. Perniagaan atas talian adalah sesuatu yang sangat mempunyai kelebihan kepada pelajar yang sentiasa sibuk dengan akademik. Untuk menggunakan semua kemudahan dan kelebi- han yang ada pada perniagaan atas talian tidaklah memerlukan tenaga dan masa yang banyak sebaliknya hanya bingkisan idea yang menarik dan kesungguhan dalam diri seseorang individu untuk berjaya dalam apa yang diusahakannya. Melihat kepada usaha yang dilakukan oleh Afikah dalam membantu dirinya sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan kewangan dan biaya daripada ibubapa wajar untuk dijadikan sebagai satu pemangkin dalam meningkatkan diri pelajar. Kebanyakan pelajar pada hari ini terlalu dibayangi dengan kegagalan individu lain yang telah dahulu menceburi bidang perniagaan atas talian sehingga menyebabkan mereka takut untuk mengambil risiko dan memulakan perniagaan atas talian sendiri sebagai langkah untuk membantu meningkatkan kewangan peribadi. Peluang terus terbuka luas buat para pelajar dengan pelbagai seminar dan bengkel berkaitan usahawan muda serta belajar sambil berbisnes dianjurkan di peringkat Universiti untuk membantu para mahasiswa membina perniagaan mereka justeru memupuk semangat keusahawanan dan rasa ingin ber- jaya dalam diri mereka. Dengan impak kemelut ekonomi yang semakin men- cengkam pada hari ini wajar membentuk mentaliti mahasiswa yang „survival‟ atau dalam erti kata lainnya berusaha untuk me- nyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang mendatang. Sehubungan itu, pihak Universiti turut menyediakan kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan bagi melatih para mahasiswa tentang selok belok perniagaan serta membekalkan mahasiswa dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang uasahawan yang sukses pada masa yang akan datang. Masa kini iaitu era di mana arus pemodenan semakin deras menuntut setiap individu untuk meningkatkan penge- tahuan dan kemahiran diri terutamanya di dalam perkara yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ICT bagi memastikan seseorang itu tidak ketinggalan oleh peredaran zaman. Kemahiran yang ada pada diri seseorang pelajar mam- pu dimanfaatkan untuk menjadi suatu profesian dan karier pada suatu hari nanti. Dalam menjalani kehidupan sepanjang tempoh pengajian melibatkan pelajar perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran baru, pelajar haruslah matang dalam menghadapi dugaan ketika menuntut ilmu. Pelajar juga perlu bahawa ini merupakan suatu bentuk pembelajaran bagi mereka bersedia untuk menghadapi ealiti kehidupan yang sebenar. Segala pen- galaman dan ilmu yang dtimba sepanjang berada di Universiti akan mendatangkan keuntungan kelak. “Saya memilih untuk masak makanan sendiri berbanding makan di luar, kecuali jika keadaan terlalu sibuk dengan tugasan barulah saya ke kedai makan,” katanya. “Sebelum saya berniaga, dari segi kewangan saya hanya bergantung dengan ibu bapa sahaja, namun selepas saya menjalankan perniagaan atas talian ini, saya tidak bergantung sangat dengan keluarga dan sedikit sebanyak saya dapat memberikan mereka hasil pendapatan yang saya perolehi,” katanya lagi. Afikah semasa menjalankan aktiviti perniagaan Afikah yang tekun dalam menjalankan urusniaganya melalui telefon
  • 11. 11 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Harga makanan di kafeteria Kolej Kediaman UMS “cekik darah?” Oleh Muhammad Hamka Bin Hisham Hamkahisyam@yahoo.com Apabila kita bercerita mengenai harga makanan kafeteria di dalam Kolej Kediaman di Uni- versiti Malaysia Sabah (UMS), sudah pasti terlintas di dalam fikiran khususnya para mahasiswa mengenai isu harga makanan yang tidak menentu. Adakalanya mahal, dan ada kalanya murah. Seolah-olah seperti mengikut arus harga minyak dunia yang boleh mengalami proses naik turun harga. Isu ini sememangnya dilihat seperti tiada penghujungnya. Melihat kepada keadaan ekonomi yang semakin tidak menentu, sudah pasti soal harga sememangya dtitikberatkan oleh para mahasiswa dalam urusan pembelian makanan bagi memastikan tiada fenomena “makan mi segera” pada hujung bulan. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ketidakstabilan harga makanan di kafeteria kolej kediaman UMS. Salah satunya adalah disebabkan oleh tiada paparan harga makanan di kafe- teria. Perkara ini sebenarnya sudah dikenal pasti merupakan punca utama kepada ketidaktentuan harga makanan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kepenggunaan Dalam Negeri (KPDNKK) mengatakan adalah wajib bagi pengusaha dan peniaga meletakkan tanda harga makanan. Sekiranya tiada paparan harga makanan, para peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang. Pelbagai reaksi yang telah diberikan oleh para maha- siswa mengenai isu ini. Sememangnya perkara ini bakal menjadi satu isu yang dekat dengan diri mahasiswa kerana ianya meru- pakan keperluan mereka dalam kehidupan seharian. Antara yang paling menarik perhatian adalah harga makanan tidak setimpal dengan kualiti dan kuantiti makanan yang dibeli. Sebagai contoh, harga bagi nasi putih bersama sayur dan ayam yang mungkin saiznya agak sederhana boleh mencecah Rm5. Hal ini sudah tentu mengundang pelbagai reaksi pelbagai pihak khsususnya para mahasiswa yang terpaksa berhadapan situasi ini hampir setiap hari. Kami cuba mendapatkan reaksi secara langsung da- ripada para mahasiswa bagi memberi sebarang pendapat mengenai isu ini. Muhammad Imran bin Md Salleh, 22, yang merupakan pelajar Tahun Dua dalam pengajian Sejarah ber- pendapat isu harga kafeteria di kolej kediaman ini adalah berpun- ca daripada kegagalan pihak kafeteria mematuhi standard harga yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran. Hal ini demikian kerana walaupun terdapat paparan harga yang ditampilkan di kafeteria, namun perlaksanaan yang dilakukan adalah sebaliknya dan se- mestinya nilai harga adalah berbeza dengan standard yang telah ditetapkan. “Kadang-kadang, kita sebagai pelanggan sukar untuk mengenal pasti harga yang perlu dibayar ketika membeli ma- kanan di kafeteria. Bahkan jumlah yang perlu dibayar adakalanya jauh berbeza dengan harga yang dipaparkan” luahnya lagi kepa- da kami. Selain itu, bagi pelajar tahun Dua program Akuakultur, Khairul Asyraf Bin Abdul kadir, 22, berpendapat kurangnya pemantauan daripada pihak pentadbiran merupakan salah satu punca kepada berlakunya ketidaktentuan harga makanan di kafeteria kolej kediaman. Menurutnya lagi, sekiranya terdapat penyelarasan harga oleh pihak pentadbiran sekalipun. “Saya sendiri merasakan seperti tiada perbezaan walaupun harga dipaparkan kepada para pelanggan kerana jumlah harga yang perlu dibayar adalah jauh berbeza dengan harga yang di- paparkan”, luahnya residen Kolej Kediaman Tun Mustapha itu. Harga makanan yang mahal di kafeteria sering menjadi isu hangat dalam kalangan Kafeteria Kolej Kediaman Excellent Kolej E
  • 12. RENCANA 12Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Kami cuba melihat keadaan harga di Kolej Kediaman Sri Angkasa (KSA). Menurut salah seorang residen kolej kediaman tersebut, Syarifah Nabila, 23, mengatakan bahawa makanan di KSA adalah paling murah jika hendak dibandingkan dengan kafeteria lain di kolej kediaman UMS. Persoalannya ialah apakah sebab harga makanan di kolej kediaman dalam UMS mahal berbanding KSA? Adakah wujud sebarang polisi yang ditetapkan oleh pihak HEP UMS mengenai harga makanan di kafeteria kolej kediaman UMS? Sementara itu, Jasni Jaafar merupakan pengusaha gerai no.4 di kafeteria KSA mengatakan terdapat juga aduan mahasiswa berkenaan harga makanan. Beliau mengatakan bahawa ramai mahasiswa yang membuat aduan kerana tidak menge- tahui harga sebenar bahan mentah. Kami tidak akan menaikkan harga makanan dengan sewenangnya sebelum membu- at pengiraan terlebih dahulu”, tambah beliau. Namun begitu, berdasarkan pemantauan yang dibuat dan temubual yang dijalankan menunjukkan harga makanan di KSA adalah paling murah di antara kolej kediaman yang lain. Harga makanan di KSA yang relevan mengikut kemampuan mahasiswa mendapatkan sambutan menggalakkan sehingga melalui pemerhatian yang dijalan- kan terdapat mahasiswa yang menetap di kolej kediaman dalam datang ke KSA untuk makan. Sebagaimana yang kita sedia maklum, walaupun ada menerima Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun jumlah yang diterima tidak mencukupi bagi menanggung perbelanjaan selama satu semester bagi tempoh lima bulan. Hal ini demikian kerana jumlah wang pinjaman yang diterima bukan sahaja digunakan untuk keperluan makanan semata-mata, malah kelengkapan harian seperti ubat gigi, sabun, kos pengakutan, kos percetakan tugasan juga dikira sebagai perbelanjaan yang perlu diberi perhatian oleh mahasiswa. Secara matematiknya, pinjaman penuh PTPTN yang diberikan kepada mahasiswa yang layak hanyalah berjumlah Rm3100 bagi setiap semester. Sekiranya jumlah tersebut ditolak dengan yuran pengajian sebanyak RM 1530 (bagi aliran kemanusiaan) jumlah yang tinggal hanyalah sekitar Rm700++. Jika dikira secara pukal bajet makan bagi seorang mahasiswa adalah RM10 sehari, maka jumlah bagi sebulan yang perlu disediakan bagi perbelanjaan makanan adalaah RM300. Bayangkan dalam tempoh 5 bulan jumlah yang perlu dibelanjakan hanya untuk makanan sahaja, adakah ianya mencukupi? Sudah tentunya tidak! Jumlah tersebut sudah tentu itidak mampu menam- pung perbelanjaan makanan buat mereka. Melihat kepada permasalahan ini, pihak yang bertanggungjawab khususnya pihak kafeteria perlulah memandang serius terhadap masalah ini. Isu harga makanan yang tidak menentu atau mahal seharusnya tidak wujud di dalam kampus. Memandangkan pelanggan setia mereka adalah daripada kalangan mahasiswa itu sendiri, mereka seharusnya tidak mengambil kesempatan atas perkara ini. Di samping itu, pihak pentadbiran juga disarankan untuk menjaankan pemantauan secara kerap terhadap perkembangan harga di setiap kafeteria kolej kediaman bagi memastikan masalah ini berlarutan. Sebagai mahasiswa, perbelanjaan kewangan haruslah diatur dengan bijak bagi mengelakkan mengalami masalah kewangan dalam tempoh yang akan datang. Segala perbelanjaan harus dida- hulukan dengan perkara penting bagi memastikan keperluan itu dipenuhi berbanding kehendak. Jika bukan dari diri mahasiswa itu sendiri yang menetukan perbelanjaan mereka, siapa lagi? Kafeteria Kolej Kediaman Tun Mustapha (Kolej AB) Syarifah Nabila
  • 13. 13 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Universiti Malaysia Sabah menyediakan servis bas kepada mahasiswa/i bagi memudahkan mereka untuk menghadiri kuliah dan menyertai program. Kebanyakan mahasiswa/i tidak memiliki kenderaan sendiri dan mereka sangat memerlukan servis bas yang disediakan oleh universiti untuk bergerak di kawasan universiti. Walaupun servis bas yang disediakan oleh pihak universiti memudahkan mahasiswa/i, tetapi terdapat juga pelbagai masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/i, pemandu bas dan pihak berkenaan. “Walaupun saya rasa dua buah bas untuk Kolej Kediaman Kingfisher adalah cukup, tetapi kadang- kala saya tidak dapat menaiki bas, terutamanya pada pukul 4 atau 5 petang di Dewan Kuliah Pusat Ke-2 tetapi lebih senang untuk menaiki bas di perpustakaan UMS,” kata Lam Jun Yi, penginap Kolej Kediaman Kingfisher. Bas yang bergerak antara Kolej Kediaman Kingfisher dan universiti adalah satu jam sekali. Kata Lam, kalau dia tidak dapat menaiki bas, dia akan menunggu satu jam lagi untuk menaiki bas yang seterusnya atau meminta kawannya untuk membawa dia pergi ke universiti untuk menghadiri kelas atau mendapatkan servis Uber atau Grabcar. “Saya pernah mengalami satu pengalaman, iaitu saya naik bas di Kolej Kediaman Kingfisher dan telah menunggu di dalam bas hampir satu jam, baru saya tahu bas tersebut tidak bergerak ke universiti pada masa tersebut tetapi perlu menunggu jam yang seterusnya untuk bergerak ke universiti,” kata Lam. “Pemandu bas tersebut tidak memberitahu mahasiswa/i bahawa bas yang dinaik tidak bergerak pada masa tersebut, telah membazirkan masa kami,” katanya. Lam juga berkata bahawa dia berharap sikap pemandu bas boleh ditambahbaik dari segi mematuhi masa yang ditetapkan untuk pergerakan bas. Nur Azlinnie, penginap Kolej Kediaman Kampung E, berkata bahawa bilangan bas dalam kawasan UMS adalah cukup tetapi masa pergerakan bas di kawasan universiti perlu diperbaiki. “Pemandu bas mempunyai masa rehat, kami tidak dapat menaiki bas semasa masa reahat mereka,” katanya. Azlinnie juga berkata, “Saya rasa pemandu bas harus mengambil giliran untuk berehat supaya mahasiswa/i tidak perlu menghabiskan masa dalam menunggu bas.” Kata Azlinnie, penghawa dingin bas juga perlu ditambahbaikan kerana penghawa dingin beberapa bas adalah tidak sejuk. Bus Kolej Kediaman Kingfisher, UMS Masalah Bas di Universiti Malaysia Sabah Oleh Tan Chai Qin BA15110646 beiansow@gmail.com Lam Jun Yi sedang menerangkan pengalamannya menaiki bas. Nur Azlinnie mengadu dengan servis bas.
  • 14. RENCANA 14Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS “Penghawa dingin dalam bas adalah tidak sejuk dan biasanya bas akan membawa penumpang terlebih dan menyebabkan mahasiswa/i perlu berdiri dalam bas,‟ katanya. Menurut kata Azlinnie, bas yang membawa penumpang terlebih menyebabkan suasana dalam bas menjadi lebih panas. Selain itu, menurut kata Afrid Rosumad, pemandu bas Kolej Kediaman Angkasa, masalah yang selalu dihadapi di dalam bas ialah mahasiswa/i akan mambawa makanan ke dalam bas dan meninggalkan makanan atau sampah di dalam bas. “Saya pernah menegur mereka yang meninggalkan makanan atau sampah dalam bas, mereka yang ditegur akan berasa marah, jadi, biasanya saya akan bertungkus-lumus untuk membersihkan bas supaya pelajar tidak sakit hati semasa ditegur,” kata pemandu bas tersebut. Afrid juga berkata, mereka tidak mengadu ke pihak atasan pasal masalah mahasiswa/i meninggalkan makanan atau sampah di dalam bas. “Bagi mahasiswa/i yang ingin mengadu tentang bas, borang pengaduan telah disediakan di depan bas,” katanya. Menurut kata Alfrid, biasanya borang pengaduan ini tidak mempunyai mahasiswa/i yang mengambikannya. “Biasanya, mahasiswa/i akan terus membuat aduan dengan pemandu bas dan tidak pernah nampak mahasiswa/i yang mengambil borang pengaduan ini untuk membuat aduan,” katanya. Hal ini kerana kedua-dua pihak, pemandu bas dan mahasiswa/i tidak ingin memperbesarkan masalah yang dihadapi oleh mereka. Mahasiswa/i harus melaksanakan kewajipan mereka sebagai seorang penumpang yang beretika dan sentiasa menjaga kebersihan bas semasa menaiki bas. “Masalah yang dihadapi oleh mahasiswa/i dan pamandu bas juga diharap dapat diselesaikan oleh pihak berkenaan dan sistem bas di universiti dapat dipertingkatkan bagi memudahkan lagi mahasiswa/i untuk bergerak dalam kawasan UMS” “Masalah bas bukan tanggungjawab satu pihak sahaja tetapi memerlukan kerjasama dari semua pihak menyelesainya” Afrid Rosumad, pemandu bas Kolej Kediaman Angkasa yang menerima temu bual. Borang pengaduan yang disediakan dalam setiap bas UMS.
  • 15.
  • 16.
  • 17. RENCANA 17 Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Isu monyet menyerang kolej kediaman Excelent atau lebih dikenali sebagai kampung E memang tidak asing lagi bagi penghuni kampung E. Saban hari pelajar diganggu oleh monyet spesis kera atau nama saintifiknya Makaka Pasikularis yang banyak berkeliaran di kampung E. “setakat ini kami belum menerima laporan rasmi berkaitan pelajar yang cedera kerana gangguan monyet”. Kata Max pengurus operasi sepanggar jaya. Namun begitu, langkah keselamatan terus dijalankan oleh pihak pengurusan kolej kediaman bagi memastikan keselamatan pelajar asrama terutamanya. Pengurus operasi sepanggar jaya dengan kerjasama jabatan hidupan liar telah memasang perangkap jenis jaring bagi menangkap monyet yang berkeliaran di kediaman kampung E. Sebanyak 33 ekor monyet berjaya ditangkap selama dua minggu menggunakan perangkap ini. Kesemua haiwan ini dibawa di hutan simpan yang terletak di Terusmadi. Sebelum dilepaskan di Jabatan hidupan liar memeriksa kesihatan monyet-monyet ini sebelum dilepaskan di habitat baru mereka. “Secara keseluruhannya, keselamatan pelajar masih terkawal daripada gangguan monyet liar ini. Hal ini kerana, monyet ini hanya bertujuan mencari makanan dalam asrama.” Tambah Max lagi. Pembinaan kediaman E yang dulunya merupakan habitat hidupan liar ini telah menganggu habitat monyet liar ini menyebabkan monyet-monyet ini berkeliaran di kampung E untuk mencari ma- kanan. Sesiapa pun akan bertindak apabila kediaman mereka dimusnahkan. Tambahan pula, populasi monyet yang semakin besar namun habitat semakin kecil dan sempit menyebabkan monyet-monyet ini tiada pilihan selain memasuki asrama untuk mencari makanan. Meskipun agak mustahil untuk menangkap kesemua spesis monyet ini, namun usaha penangka- pan monyet liar yang dijalankan oleh jabatan hidupan liar ini dapat mengurangkan sekaligus mem- bantu mengawal keselamatan pelajar. Jabatan hidupan liar menggunakan kaedah penangkapan menggunakan jaring (net) dengan menggunakan umpan buah-buahan seperti pisang, epal, oren dan betik. Untuk lebih menarik per- hatian monyet, mereka menggunakan umpan seperti KFC kerana baunya yang mampu menarik monyet untuk masuk ke dalam perangkap. Menurut pemerhatian yang dijalankan oleh jabatan hidupan liar, perangkap pertama yang telah dipasang masih tidak berkesan untuk menangkap monyet-monyet ini kerana monyet masih dapat keluar dari perangkap yang telah dipasang. Perangkap kedua yang dipasang berjaya menangkap lebih banyak monyet meskipun masih ada yang berjaya keluar. “Masih lagi tidak ada perbezaan yang berlaku meskipun penangkapan telah dijalankan. Kerana monyet masih kerap kali datang di setiap kediaman khususnya di blok A2”. Kata Cindy salah satu pelajar yang tinggal di blok A2. “Monyet ini memang menakutkan pelajar meskipun tidak menyerang pelajar. Ianya menyusahkan pelajar kerana banyak makanan yang diambil dan tong sampah juga diselongkar sehingga me- nyebabkan kawasan luar bilik menjadi kotor”. Kata Helen pelajar yang tinggal di blok A2. Pelbagai lagi reaksi yang diberikan oleh pelajar-pelajar yang tinggal di kampung E berkaitan isu keselamatan daripada gangguan monyet liar ini. Menurut mereka kehadiran monyet yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik membawa kepada kekacauan sekaligus membawa kecederaan kepada pela- jar. Menurut Suhairi Bin Putra Ranger Wildlife Rescue iaitu unit dibawah jabatan hidupan liar mereka pernah melakukan penangkapan monyet dua tahun yang lalu di UMS dengan menggunakan perangkap besi namun tidak berjaya menangkap monyet. Ekoran daripada masalah itu, Wildlife Rescue unit (WRU) mengkaji punca kegagalan menangkap menggunakan perangkap besi ini dan berusaha mencari cara untuk memperbaiki kaedah pe- nangkapan mereka. Hasilnya, WRU membina satu perangkap besar jenis jaring dengan kebe- saran lebih kurang 20 kaki panjang, 10 kaki lebar dan 8 kaki tinggi. Keselamatan Pelajar Masih Terkawal Meskipun Monyet Masih Ber- keliaran Oleh Chelsea Binti S. Kifflee (chelseas.kifflee@gmail.com) Freshienti Arif (epoarif@gmail.com) Suhairi Bin Putra (Kanan) sebagai Ranger Wildlife Rescue iaitu unit dibawah jabatan hidupan liar dan rakan seunitnya memantau perangkap jaring setiap hari pada masa yang ditetapkan. Perangkap jenis jaring digunakan oleh Wildlife Rescue unit (WRU) menangkap monyet dengan menyediakan makanan seperti buah-buahan sebagai umpan di dalam jaring tersebut. Sebilangan monyet daripada 33 ekor yang berjaya ditangkap oleh Ranger Wildlife Rescue dalam masa dua minggu
  • 18. RENCANA 18Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS “Kami berjaya menangkap 33 ekor monyet khususnya di kediaman E dan ianya merupakan jumlah tangkapan yang besar sepanjang dua minggu kami menjalankan operasi penangkapan di kediaman E”. Kata Suhairi, 31 tahun yang bekerja selama enam tahun di Wildlife Rescue Unit. Namun begitu, aktiviti menangkap monyet tidak boleh dijalankan secara terus-menerus kerana monyet-monyet ini juga bijak mengatur strategi agar tidak ditangkap. Oleh itu, Wildlife Rescue Unit berhenti beroperasi selama empat hari kerana monyet-monyet ini dapat mengetahui kehadiran mereka sekiranya sering kali datang di kawasan yang telah dipasang perangkap. “Dalam keadaan yang kritikal, kami akan menggunakan ubat pelali untuk menangkap monyet yang ingin me- nyerang. Kami tidak dibenarkan menembak mati haiwan ini kecuali keadaan terpaksa di mana monyet-monyet ini bertindak agresif. Namun sebelum itu kami harus meminta kebenaran daripada menteri atau pengarah yang bertanggungjawab untuk menembak monyet ter- sebut”. Tambah Suhairi lagi. Wildlife Rescue unit merupakan sebuah pertubuhan di bawah jabatan hidupan liar bagi mengurangi konflik antara manusia dan haiwan khususnya hidupan liar spesis kera. WRU hanya mengurangkan konflik antara manusia dan bukannya ingin menghapuskan populasi haiwan tersebut dengan cara membawa monyet-monyet yang telah ditangkap ke tempat khusus untuk haiwan ini. Wildlife Rescue unit menjalankan operasi membuat pantauan dari jam 8 pagi sehingga 6 petang. Hasil tangkapan mereka akan dihantar di Rescue Center untuk pemeriksaan lanjutan sebelum monyet-monyet tersebut dihantar di hutan simpan yang terletak di Terusmadi bertempat di Tambunan. Monyet-monyet yang telah dilepaskan ke habitat baru mereka akan terus dipantau dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah. Dari aspek keselamatan pegawai yang bertugas, mereka menggunakan BPE, mask dan sarung tangan kerana dikuatiri monyet-monyet tersebut mempunyai virus. “Secara keseluruhannya, monyet yang masih ber- keliaran di kampung E agak sukar untuk ditangani dengan kadar segera. Ianya memerlukan masa yang lama serta kelengkapan alat penangkapan yang lebih canggih. Jika dilihat dari seluruh aspek, kawasan kolej kediaman E terutamanya merupakan habitat monyet-monyet ini sejak dahu- lu lagi. Oleh itu, populasi monyet yang sangat banyak agak sukar untuk ditangkap secara kese- luruhannya” Monyet yang berjaya ditangkap akan dibawah ke tempat khusus untuk haiwan-haiwan ini Suhairi Bin Putra (Kanan) sebagai Ranger Wildlife Rescue iaitu unit dibawah jabatan hidupan liar dan rakan seunitnya memantau perangkap jaring setiap hari pada masa yang ditetapkan. Usaha penangkapan monyet liar dilakukan oleh wakil-wakil Ranger Wildlife Rescue dibawah unit jabatan hidupan liar dan monyet-monyet tersebut dibawah ke hutan simpan yang terletak di Terusmadi
  • 19. 19 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Oleh Jeffery Undi AK Anthony jeffery955973@gmail.com Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu universiti awam yang melancarkan Eko-Kampus dalam universiti sebagai suatu langkah pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah alam. UMS mempunyai keluasan sekitar 999 hektar iaitu 4 kilometer persegi (4km2 ) dan terletak di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah. Keluasan kawasan universiti ini telah menjadikan ia sebuah tempat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pembangunan EcoCampus. Kemajuan ini selaras dengan seruan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah untuk menjadikan universiti ini sebagai pusat Eko- Pelancongan dalam dunia global. Harun berkata, “Kita mesti mempunyai keupayaan untuk bertindak secara berkesan dalam menangani senario global yang semakin kompetitif dan tidak dinafikan senario ini akan melibatkan praktis pelestarian alam sekitar, ekonomi dan budaya”, katanya. “Dengan adanya pelaksanaan projek-projek kesedaran melalui dasar EcoCampus ini, kita dapat memberi panduan kepada orang ramai berkenaan kesedaran alam sekitar, pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai”, jelasnya lagi. Pelaksanaan projek EcoCampus merupakan salah satu usaha pihak universiti untuk mengangkat nama universiti ke peringkat global setaraf dengan universiti-universiti awam yang lain. Kedudukan UMS yang strategik telah mendorong kemajuannya dari segi pembangunan sektor pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke universiti ini. UMS mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk dibangunkan sebagai salah satu pusat pelancongan yang berprestij. Dengan keindahan alam semula jadi yang menarik, pihak pengurusan EcoCampus cenderung untuk melaksanakan pelbagai pakej pelancongan seperti Sunset Tour, Architecture Heritage Tour, Nature Education Camp, Nature Delight Tour dan sebagainya. Setiap pakej pelancongan yang ditawarkan oleh pihak pengurusan EcoCampus UMS adalah berlandaskan kepada alam semula jadi yang terdapat di kawasan universiti termasuklah tasik Fakulti Sains dan Sumber Alam, bukit, puncak UMS, Outdoor Development Centre (ODEC), hidupan flora dan fauna. Baru-baru ini, UMS telah dinobatkan sebagai tempat kedua dalam Greenwich World University Ranking selepas Universiti Putra Malaysia (UPM), tempat ke-6 peringkat Asia dan tempat ke-44 peringkat dunia. Pencapaian ini telah meningkat berbanding dengan tahun lepas yang berada di kedudukan ke- 173 peringkat dunia. Ini merupakan pengukuran yang dibuat untuk menilai prestasi universiti dari segi pembangunan mampan, perlindungan ekologi, keserasian alam sekitar, pemuliharaan sumber dan pengawasan alam sekitar. Kejayaan yang dikecapi ini merupakan hasil daripada usaha pihak pengurusan universiti dan juga para siswa siswi khususnya dalam bersama-sama memelihara dan memulihara alam sekitar di UMS. Potensi Ums Sebagai Pusat Eco Campus Pemandangan Dewan Canselor UMS yang menjadi tumpuan para pelancong Pakej pelancongan pusat EcoCampus Dataran Dewan Canselor
  • 20. RENCANA 20Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Menara jam UMS Pusat Maklumat Pelancong Penolong Pendaftar Pusat Pengurusan EcoCampus, En. Alvin Azril Mahat, 36 berkata, “Kini UMS telah meletakkan satu Brandmark kepada orang luar di mana universiti ini untuk mampu menarik ramai lagi pelancong dari luar mahupun dalam negara untuk berkunjung ke pusat pelancongan yang terdapat di UMS”. Pengalaman sebuah perjalanan para pelancong ke UMS akan menjadi sebuah cerita yang menjadi buah mulut masyarakat luar sekali gus mengangkat martabat UMS sebagai sebuah universiti awam yang memainkan peranan untuk menjadi model baru yang dapat diterima secara meluas. “UMS bukan sahaja menjadi pusat pendidikan yang berkualiti malah dapat dijadikan sebagai pusat pelancongan yang terkenal dengan keindahan flora dan fauna. Ini merupakan wadah penggalak yang menjadi tunjang kepada pembangunan modal insan yang berprestasi tinggi dan memiliki sifat keterbukaan”
  • 21. 21 RENCANA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Kejayaan Sekolah Intergrasi Mahad Tahfiz Oleh: Muhammad Shukrie Sipsin acheq_shukrie@yahoo.com Salleh,udin Samat fitchboyz@gmail.com Tuntut ilmu biarlah sampai ke negara China,” kata-kata petua orang Arab yang memberikan gam- baran bahawa proses pembelajaran bukan hanya terbatas dalam sesebuah negara malah perlu mencari dan terus mencari kerana proses menimba ilmu pengetahuan bukan satu proses yang singkat malah merupakan proses sepanjang hayat. Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz Bandar Sierra merupakan Sekolah Rendah Islam (SRI) Tahfiz kedua yang telah ditubuhkan di Sabah. Sekolah ini mempraktikkan sistem pembelajaran utama tertumpu kepada sistem pendidikan Islam. Bersesuiaan dengan moto sekolah iaitu, “Membina generasi Al-Quran Terbilang Insan Cemerlang”. Melalui moto sekolah tersebut, jelas menggambarkan bahawa sekolah ini sangat menitik beratkan berkaitan soal keagamaan pada dasarnya berpandukan kepada ajaran yang dibawa dalam Al- Quran dalam melahirkan modal insan yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik malah juga sahsiah pelajar tersebut. Dalam mempraktikkan pembelajaran berlandaskan kepada ajaran Agama Islam, sekolah ini meru- pakan antara sekolah yang menawarkan pendidikan berkonsepkan kepada gabungan antara unsur-unsur seperti Tahfiz, agama dan juga akademik dalam sesi pembelajarannya seharian Melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama ini juga, ianya “sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pa- ra ibu bapa berkaitan kepentingan dalam memberi pendedahan kepada anak-anak berkaitan dengan pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As- Sunnah dalam kehidupan seharian. Di samping memberi dorongan kepada anak-anak agar tidak hanya tertumpu kepada soal akademik semata-mata malah dapat mengimbanginya.” Melalui penubuhan Sekolah Rendah Agama ini juga, ianya sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada para ibu bapa berkaitan kepentingan dalam memberi pendedahan kepada anak-anak berkaitan dengan pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian. Di samping memberi dorongan kepada anak-anak agar tidak hanya tertumpu kepada soal akademik semata-mata malah dapat mengimbanginya. Pendedahan anak-anak kepada pendidikan yang berteraskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah ini memberi impak yang baik dimana, anak-anak dapat menjadikan gaya hidup para Nabi terdahu- lu sebagai tauladan dalam hidup mereka. Selain itu, perkara ini dapat membawa satu perubahan dalam hidup mereka kelak. Sistem pendidikan keagamaan ini juga, secara tidak langsung menjadi faktor yang menarik minat para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk bersekolah di sekolah ini. Puan Syuhadah Nasuha Zahari, 30, ketika ditemubual berkata jumlah bilangan pelajar masa kini yang dicatatkan menunjukan pertambahan kepada satu bilangan yang ramai daripada jangkaan awal ataupun mengikut kuota yang ditetapkan iaitu daripada 25 orang pelajar dalam sesebuah kelas namun telah bertambah dari tahun ke tahun. Bilangan pelajar yang memohon untuk berdaftar di sekolah semakin meningkat kerana sekolah tersebut berjaya menimbulkan kesedaran kepada ibubapa tentang kepentingan ajaran Al-Quran terhadap anak-anak mereka. Sehinggakan segelintir ibubapa yang bertanyakan pencapaian ilmu agama terlebih dahulu berbanding pendidikan akademik. Puan Syuhadah Nasuha, Penolong Kanan Kokum dan Pentadbiran di Sekolah Rendah Agama Islam Al-Hafidz Bandar Sierra, turut menyatakan bahawa komuniti di kawasan Bandar Sierra sangat bekerjasama dalam pelbagai program yang dilakukan oleh pihak sekolah tersebut “Surau yang berada dihadapan sekolah tersebut adalah hasil daripada bantuan kewangan dan tenaga manusia komuniti kawasan ini. Surau tersebut tidak pernah lenggang, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan,” katanya Antara pencapaian yang direkodkan di SRAI Al-Hafidz Memberi pendedahan kepa- da anak-anak berkaitan dengan pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As -Sunnah dalam kehidupan seharian “ ” Memberi pendedahan kepada anak-anak berkaitan dengan pendidikan yang berteraskan Al- Quran dan As-Sunnah dalam ke- hidupan seharian “ ”
  • 22. RENCANA 22Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS “Sekolah ini sangat menitik beratkan berkaitan soal keaga- maan pada dasarnya berpandukan kepada ajaran yang dibawa dalam Al-Quran dalam melahirkan modal in- san yang cemerlang” Perpustakaan SRAI Al-Hafidz Malahan jamuan seperti Hari Raya turut dibuat secara besar-besaran di kawasan sekolah itu. Perkara ini jelas menunjukkan hubungan diantara pihak sekolah dengan komuniti sangat baik, sehinggakan setiap aktivti yang dilakukan sama ada dari pihak sekolah ataupun komuniti sendiri, aktiviti tersebut akan dilakukan bersama- sama. Kejayaan sekolah dalam aspek pendidikan yang berteraskan Islam telah berjaya menanam kepercayaan ibubapa serta orang ramai menyumbang dana untuk proses pembangunan sekolah tersebut. Selain itu, sekolah integrasi juga telah berjaya menyediakan rumah muslimin dan muslimat. Rumah tersebut disediakan untuk guru yang mengajar di sekolah tersebut. Fakta yang menarik tentang rumah muslimin dan muslimat ini adalah yuran rumah tersebut ditanggung sepe- nuhnya oleh pihak sekolah. Tidak hairanlah guru yang mengajar di sekolah sentiasa tersenyum dan gembira kerana kebajikan guru sendiri terjaga dan tidak memberi beban kepada guru untuk mengajar di sekolah itu. Melalui bidang kesukanan pula, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz kini dalam proses permohonan untuk me- nyertai Majlis Sukan Sekolah Daerah. Jika kelulusan terhadap permohonan ini diperolehi maka, sekolah ini juga akan dapat menghantar wakil menyertai sukan-sukan yang dipertandingkan. Namun walaupun bergiat dalam bidang kesukanan, Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz juga tetap menitik berat- kan berkaitan dengan soal penutupan aurat. Pada masa kini, pasukan dari sekolah ini hanya menghantar wakil untuk menyertai pertandingan dalam Majlis Sukan Sukan Sekolah Rendah Islam (MSSRI). Dalam MSSRI merupakan gabungan antara sekolah-sekolah rendah Islam yang terdapat di Sabah. Di mana, dalam MSSRI juga menyediakan penyertaan dalam pelbagai jenis sukan antaranya lumba lari, lumpat jauh dan banyak lagi sukan lain yang dipertandingkan dalam peringkat ini. Menjadi kebanggaan Sekolah Rendah Islam Al-Hafidz juga seperti kejayaan adik Ahmad Farhan Ansir, pada usia 11tahun pada tahun 2014 yang telah menjuarai program realiti Adik-Adikku Musim Ke-5. Kejayaan Ahmad Farhan tersebut bukan sahaja membawa nama baik Sekolah malah mengangkat martabat sekolah dalam bidang pendidikan keagamaan “
  • 23. 23 WAWANCARA Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Wawancara bersama Peno- long Pendaftar dan Urusetia Jawatankuasa Kafeteria Isu harga makananan dan pengawalseliaan kafeteria UMS Oleh Nurul Jannah Mahadi BA15110539@STUDENT.UMS.EDU.MY Pihak Pengurusan Jawatankuasa Sekretariat Kafeteria Universiti Malaysia Sabah (UMS) sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak mematuhi peraturan berkaitan isu ma- kanan S: Adakah terdapat mana-mana pihak menetapkan harga siling bagi semua kafe di UMS? J: ada. Kami tetapkan harga dan ada senarai harga kecuali Kolej Kediaman E (KKE) kerana ia dibawah seliaan Sepanggar Kota Kinabalu. Semua harga makanan di kafe kolej kediaman UMS adalah seragam namun sebarang penambaan kuantiti makanan akan dicaj oleh peniaga. Contoh jika pelajar mengambil nasi lebih dari kuantiti yang ditetapkan, pelajar perlu membayar RM1.50 dari harga standard iaitu RM1. S: Adakah terdapat pelajar mengadu tentang harga makanan? J: Ada dan pelajar digalakkan untuk membuat aduan secara rasmi iaitu dengan menunjukan resit pembayaran beserta gambar. Pihak kami juga telah mengeluarkan notis untuk mewajibkan setiap peniaga menyediakan resit pembayaran bercetak mahupun bertulis dan pelajar ada hak untuk meminta resit makanan. Bagi resit bertulis, ia peru dicop. S: Apa tindakan pihak HEP jika ada peniaga yang tidak mengikuti harga siling yang telah ditetapkan? J: Pelajar boleh membuat aduan melalui borang aduan yang diletak disetiap kafe UMS dan kami akan kutip dari semasa ke semasa. Kami juga akan meminta penjelasan daripada peniaga atas aduan pelajar atau pegawai-pegawai UMS (yang membuat aduan). Borang aduan itu pula akan difailkan sebagai rujukan. Jika terdapat banyak rekod kesalahan yang dilakukan sepanjang dua tahun kontrak, kebarangkalian bagi peniaga untuk menyambung kontrak niaga adalah tipis. S: Berapa kali Jawatankuasa Sekretariat kafe melakukan pemantauan kebersihan di kafe UMS? J: Dua kali setiap satu semester dan bergantung kepada aduan para pelajar. Jika aduan tersebut serius, kami akan melakukan tindakan segera. S: Sebentar tadi encik ada menyatakan akan membuat tindakan segera atas aduan yang serius. Boleh encik terangkan? J: Aduan serius yang dimaksudkan adalah seperti keracunan makanan, makanan kotor, ataus basi yang boleh menjejaskna pelanggan. S: Bagaimana proses tindakan bagi peniaga yang melanggar peraturan perniagaan? J: Pihak kami akan memberi surat amaran berperingkat iaitu amaran pertama, kedua, dan ketiga. Jika berlarutan, perkara tersebut akan dibawa ke jawatankuasa untuk tindakan seterusnya. Jika pihak kami menamatkan kontrak perniagaan, pihak UMS akan memberi pampasan kepada pengusaha kafe tersebut. di kafeteria seluruh UMS. Sebagai langkah mengetahui tahap mengawalselia kebersihan dan pengurusan harga di kafe, Pegawai Pendaftaran Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkongsi maklumat serta penerangan mengenai isu kafeteria diseluruh UMS. S: Siapa yang bertanggungjawab mengurus semua isu kafeteria UMS? J: Pengurusan harga kafeterian UMS dibawah seliaan saya dan dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP. Bahagian kebersihan pula diselia oleh timbalan saya, Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP) dengan kerjasama Bahagaian Keselamatan Pekerja UMS. MUKADIMAH Sesi wawancara bersama Encik Suhaili Marusin, Penolong Pendaftar dan Urusetia Jawa- tankuasa Kafeteria Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkaitan dengan segala aspek mengenai isu kafeteria di UMS berlangsung di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) Anjung Siswa. Sesi wa- wancara dikendalikan oleh pelajar Komunikasi Tahun Dua UMS, Muhammad Hamka Bin Hisham. Topik utama yang menjadi perbincangan ketika sesi wawancara adalah menfokuskan kepada pengawalan selia kafeteria UMS serta harga siling di kafeteria. Pihak UMS sentiasa memantau berkaitan isu harga makanan di semua kafeteria UMS dan sentiasa membuat tin- jauan dari masa ke semasa dan ketika sesi wawancara dilakukan terdapat juga banyak maklum balas yang diterima dari pihak HEP sendiri berkenaan dengan isu ini. Dalam menangani isu ini juga pihak HEP sendiri menasihati para pelajar mahupun kakitangan UMS agar menyalurkan sebarang aduan tentang harga makanan yang tidak konsisten mahupun tidak relevan ke peti aduan kafeteria yang telah disediakan. “Kami berharap para pelajar membuat aduan di tempat yang sepatutnya dan mengelakkan dari membuat aduan di media sosial kerana ia sedikit sebanyak dapat menjejaskan nama UMS”.
  • 24. WAWANCARA 24Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS S: Adakah sebarang usaha menambah baik kafe di Kolej Kediaman Sri Angkasa (KSA)? J: Disebabkan kawasan di KSA terhad, jadi di kawasan itu sahaja yang sesuai untuk dijadikan kafe. Lagipun Blok K digunakan untuk perjumpaan pelajar, Blok L pula ada Bilik Gerakan dan surau. Jadi kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tapak perniagaan makanan. S: Bagaimana pula dengan kafe di Kolej Usia (USA) dan Kingfisher (KF)? J: Di Usia, ruangannya terhad dan mempunyai masalah pemasangan eksosbend. Namun pelajar boleh makan di 1 Bor- neo kerana kedudukannya yang berhampiran dengan pusat membeli-belah. Kafe KF pula sedang dalam proses menaiktaraf kafe dan dijangka siap dan boleh beroperasi pada semester hadapan. S: Perlukah pengusaha kafe beroperasi pada awal pagi bagi membolehkan pelajar Islam bersahur Sepanjang Bulan Pua- sa? J: Peniaga perlu buka kedai mereka. Bagi KKE, jika pihak Se- panggar KK tidak memberikan notis tersebut, pihak jawatankuasa akan berbincang dengan pihak Sepanggar KK untuk menge- luarkn arahan tersebut. S: Apa tindakan pihak encik bagi menangani isu anjing yang berlegar-legar di kafe KKE? J: Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan me- nangkap lalu dilepaskan ke pusat pengumpulan anjing liar. S: Boleh encik terangkan mengenai isu pengusaha yang mengambil pekerja tidak berdaftar dibahagian keselamatan? J: semua pengusaha kafe perlu ada surat pengendalian makanan dan setiap perkerja wajib mendaftar dibagian keselamatan sebe- lum bekerja dia kafe UMS. “Pelajar boleh membuat aduan melalui borang aduan yang dile- tak disetiap kafe UMS dan kami akan kutip dari semasa ke semasa. Ka- mi juga akan meminta penjelasan daripada peniaga atas aduan pelajar atau pegawai- pegawai UMS (yang membuat aduan). Borang aduan itu pula akan difailkan sebagai rujukan. Jika terdapat banyak rekod kesalahan yang dilakukan sepan- jang dua tahun kontrak, kebarangkalian bagi peniaga untuk menyam- bung kontrak niaga ada- lah tipis”. Kafeteria Kolej Kediaman Tun Mustapha (Kolej AB) Kafeteria Kolej Kediaman Excellent (Kolej E) Kafeteria Kolej Kediaman Angkasa (KSA) Kafeteria Kolej Kediaman Kingfisher (Kolej KF) Kafeteria Kolej Kediaman Tun Fuad (Kolej CD)
  • 25. 25 KESIHATAN Edisi 3/2017 Terbitan Jan-April. Utusan KAMPUS Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa. Oleh Nabilah Norasir nabilahnorasir@gmail.com Derma darah‟ menyebutnya saja boleh menyebabkan mereka yang melakukan usaha murni itu tersenyum bangga, namun ada juga sebilangan masyarakat yang mencebik kerana takut jarum „besar‟ malah fobia jarum itu merencatkan keinginan mereka untuk berkongsi darah bagi membantu nyawa insan yang memerlukan. Naik berat badan, proses yang menyakitkan dan penyakit boleh merebak demikian antara andaian yang menyekat kerjasama masyarakat untuk menderma darah. Inilah antara alasan yang sering diutarakan oleh segelintir masyarakat yang tidak mahu menderma darah namun andaian ini dinafi- kan oleh pakar perubatan malah sebaliknya menegaskan bahawa menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru. Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 2, Dr Lynete Lee (30) memberi jaminan bahawa tiada kesan sampingan yang memudaratkan penderma darah dalam proses menderma darah kerana proses pendermaan darah adalah proses yang selamat. Sebelum menjalankan proses men- derma, pihak hospital akan membuat sesi temubual dengan penderma bagi menilai sama ada pen- derma layak menderma darah ataupun tidak. Penderma darah melakukan sesi mengambil darah setelah lulus ujian pemeriksaan kesihatan Dr Lynete Lee ,Pegawai Perubatan Hospital Queen Elizabeth 2 “Penderma darah perlu memenuhi kriteria kesihatan yang telah ditetapkan serta pen- derma perlulah lulus di kesemua sesi dan kami hanya akan mengambil penderma darah yang dapat memenuhi kriteria yang diminta,” katanya Namun begitu tidak kurang juga mereka yang takut pada proses semasa menderma darah mengakibatkan mereka tidak berani untuk melakukannya. Bagi penderma darah atau orang yang sudah melaluinya mengakui ia bukanlah sesuatu yang menyakitkan. Dengan hanya menderma satu beg darah kita sudah dapat menyelamatkan tiga nyawa yang memerlukan proses pemindahan darah. Hal ini kerana didalam darah manusia mengandungi darah merah, darah kuning dan plasma. Setiap satu beg darah dapat dibahagikan kepada pe- sakit yang berlainan. “Melalui satu beg darah yang telah didermakan akan ada tiga orang pesakit yang boleh meneri- ma darah iaitu darah merah untuk pesakit kurang darah, darah kuning untuk orang yang mempunyai masalah pendarahan dan plasma boleh digunakan untuk imunisasi dan diberikan kepada orang yang kehilangan cecair darah untuk mangsa kebakaran,” Dr Lynete Lee berkata. Menderma darah adalah suatu kerja yang mudah bukan? Kita hanya perlu melalui beberapa sesi sebelum melakukan proses menderma darah. Ianya juga tidak mengambil masa yang terla- lu lama. Sebelum melakukan proses menderma darah seseorang itu perlu menjalani beberapa ujian untuk memastikan tahap kesihatan dapat memenuhi piawaian yang telah di tetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dalam melakukan proses menderma darah. Ada empat perkara yang perlu dilalui oleh seseorang sebelum menjalani proses tersebut. Penderma akan mengisi borang yang diberikan oleh pihak hospital dan mengisi butir-butir ten- tang kesihatan diri. Terdapat beberapa soalan yang akan ditanya mengenai penyakit berjangkit dan mengenai ubat yang pernah penderma ambil. Setelah selesai mengisi borang kesihatan maka penderma akan beralih pula ke kaunter seterusnya iaitu pemeriksaan kumpulan darah dan paras hemoglobin (paras darah merah) penderma sama ada cukup ataupun tidak. Paras hemoglobin bagi perempuan perlulah berada di tahap 12.5 keatas bagi kelayakan untuk menderma darah dan pemderma lelaki pula paras yang ditetapkan ialah 13.5 keatas. Sekiranya seorang penderma tidak mencapai tahap tersebut maka mereka tidak layak untuk menderma darah. “Perkara ini telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan kami hanya mengikut pan- duan yang telah ditetapkan dan pannduan ini digunakan oleh seluruh hospital di Malaysia agar dapat menjaga kesihatan para penderma darah. Kalau tahap hemoglobin penderma di bawah tahap yang ditentukan, hemoglobin itu hanya cukup untuk diri penderma sahaja,” Dr Lynete berkata. Sekiranya penderma lulus untuk ujian hemoglobin dan darah fasa seterusnya yang akan di- jalani ialah sesi kaunseling bersama doktor yang bertujuan untuk bertanya soalan sama ada penderma darah menjalani gaya hidup berisiko tinggi seperti bertukar-tukar pasangan. Hal ini kerana kehidupan bertukar-tukar pasangan ini berisiko mendapat penyakit berjangkit seperti Sifilis(Penyakit kelamin),HIV serta Hepatatis B dan C . Sekiranya penderma ada kriteria ini maka penderma tidak lulus untuk menderma darah. Fasa yang terakhir dalam proses ini ialah proses pendermaan Sesi pemeriksaan tahap hemoglobin dan tekanan darah yang dilakukan ke atas penderma Borang yang perlu diisi oleh penderma sebelum menderma darah yang mengandungi butiran darah dimana penderma akan baring dan jururawat akan melakukan tugasnya. Proses derma darah ini bukan saja satu amalan yang mulia yang dapat menolong me- nyelamatkan nyawa orang lain namun aktiviti derma darah juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Masyarakat yang prihatin akan sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat sekeliling. Ada orang yang menderma disebabkan mereka kenal seseorang yang ada masalah kronik yang perlukan sumbangan darah dari orang lain maka secara tidak langsung kesedaran itu timbul tanpa dipaksa. Ada juga segelintir masyarakat yang mencuba dalam kempen derma darah hanya untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu. Tidak kira apa sahaja asbab anda menderma darah kerana apa yang anda telah buat sememangnya satu perilaku yang terpuji dan dapat memberi manfaat kepada diri anda sebagai penderma darah. Di sini terdapat beberapa kebaikan yang boleh anda dapat hasil dari usaha kemanusiaan yang tidak seberapa.