SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
Download to read offline
Alyssa Lou
Brenda Ang Shau Ying
Chin Yi Hui
Choo Xue Ni
Go Xze Shean, Andrea
Jarren Foong Weng Houng
Lim Evian
Pusaka Negeri
Perak
Adat Istiadat Istana Melayu :
0331074
0331171
0331784
0331864
0331455
0330626
0330405
Kata-kata Aluan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Pertama sekali, kami sebagai editor-editor bagi e-majalah bertajukan
Pusaka Negeri Perak amat berbesar hati kerana mempunyai peluang bagi
mewakili kumpulan kami untuk membuat catatan yang diselitkan dalam
majalah ini. Di kesempatan ini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Encik Zaim Azizi yang sentiasa sedia membimbing.
Ucapan terima kasih turut kami sampaikan untuk rakan-rakan yang telah
bertungkus lumus dalam merealisasikan penghasilan Pusaka Negeri Perak.
Bak kata pepatah “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”.
Semoga bahawa pemahaman selanjut tentang adat istiadat Istana Melayu
dapat mendorong para pembaca supaya menghargai harta nasional
Malaysia yang tidak dapat dinilai mata wang. Dalam era globalisasi ini
yang semakin maju, kita seharusnya menjunjung akar tradisional yang
teramat bernilai supaya tidak dibinasa oleh arus kemodenan.
Kami berharap kalian menghayati cetakan ini sebanyak seperti
kenikmatian kami dalam sepanjang proses penerbitan. Diharapkan juga
ilmu-ilmu bernas dapat disampaikan kepada para pembaca yang dihargai.
Sesungguhnya kami telah berusaha bersungguh-sungguh dalam
memastikan Pusaka Negeri Perak muncul dengan idea yang segar dan
mantap. Yang baik itu datang dariNya dan yang lemah itu dari kami
sendiri.
Sekian, terima kasih.
LIM EVIAN, ALYSSA LOU
Editor majalah Pusaka Negeri Perak
Kandungan
01
02
04
05
08
11
15
19
20
24
25
Pengenalan
Journal
Keratan Akhbar
Adat Kemangkatan
Adat Keputeraan
Adat Perkahwinan
Objektif
Penghargaan
Rujukan
Lampiran
Penutup
Disediakan oleh: Alyssa Lou Mei Lin 0331074
Penghargaan
Ucapan terima kasih ditujukan kepada
ibubapa kami yang banyak memberi
semangat dan dorongan bagi kami
sewaktu menghasilkan e-majalah ini.
Mereka secara tidak langsung telah
menghulurkan sokongan emosi dan
kewangan dalam menjayakan projek ini.
Mereka sentiasa berada di sisi kami dan
memberi dorongan kepada kami untuk
terus berusaha.
Selain itu, tidak lupa kepada sahabat-
sahabat kami yang turut sama
menyumbang idea dan memberi inspirasi
kepada kami. Tidak ketinggalan, jutaan
penghargaan dan rasa berterima kasih
kepada seluruh ahli kumpulan kami yang
bertungkus lumus memberikan sepenuh
jiwa dan raga untuk merealisasikan kerja
ini.
Terima kasih sekali lagi kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung sepanjang tempoh ini.
Sekian.
Beliau telah berkongsi pengetahuan serta
menyelesaikan masalah yang kami hadapi
penuh dedikasi.
Bersyukur kami kehadrat
Ilahi kerana dengan limpah
dan kurnia-Nya dapat kami
menyempurnakan tugasan
yang diberikan ini.
Pada permulaan semester, kami telah
diberi tugasan kerja kursus pendek bagi
modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia.
Kami dihendaki meneliti, mengkaji dan
mempersembahkan hasil kerja kami
bertajuk Adat istiadat Istana Melayu
dalam bentuk e-majalah.
Pertama sekali, kami ingin mengalungkan
penghargaan kepada Encik Zaim Azizi,
tutor Tamadun Islam dan Tamadun Asia
kami yang banyak membimbing serta
tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan
tugasan ini.
1Disediakan oleh: Lim Evian 0330405
Penge
nalan
Sejarah Kesultanan Negeri Perak
Apakah pengertian Adat dan Istiadat? Adat merupakan peraturan
yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulu di dalam sesuatu masyarakat
sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal
daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan.
Dalam konteks masyarakat Melayu, perkataan adat membawa erti yang lebih
luas. Antaranya, adat meliputi budi bahasa atau tatatertib, perlakuan yang wajar. Ia
adalah sebuah institusi yang membentuk undang-undang, mengatur norma-norma
sosial, politik dan mencorakkan perlembagaan bagi pemerintah. Berdasarkan
pendapat-pendapat di atas, dapat diringkaskan bahawa adat meliputi undang-
undang dan larangan diraja yang melibatkan hukuman ke atas pelanggarnya.
Istiadat pula membawa maksud cara-cara melakukan sesuatu yang sudah
menjadi adat kebiasaan atau resam. Pengertian istiadat ini mempunyai kaitan dengan
adat. Sesungguhnya, istiadat ini meliputi aturan negeri dan peraturan dam sesuatu
upacara. Jadi apabila kita menyebut adat istiadat, maka ia membawa dua maksud
iaitu berbagai-bagai adat dan upacara termasuk peraturan pelaksanaannya.
Sorotan kajian Pusaka Negeri Perak
bertuju untuk menerokai adat
istiadat Istana salah satu negeri
Melayu iaitu negeri Perak yang
termasuk adat perkahwinan, adat
keputeraan dan adat kemangkatan.
Sebagai sebuah kesultanan yang
berasal daripada kesultanan Melaka,
sebahagian daripada aturan adat
istiadat kesultanan Perak adalah
menyamai seperti apa yang pernah
diamalkan oleh raja-raja di Melaka.
Dalam hal ini, “adat istiadat istana”
mula berkembang semenjak zaman
Parameswara, sultan pertama dan
pengasas kerajaan Melaka.
2Disediakan oleh: Choo Xue Ni 0331864
Pelaksanaan adat-adat istiadat istana
sememangnya amat siknifikan dalam
masyarakat Melayu. Kepentingan yang
dapat dilihat ialah resam tersebut
sememang lambang kedaulatan bagi
seorang raja. Penggunaan bahasa, pakaian
dan etika yang berlainan menunjukkan
jurang perbezaan antara raja, pembesar
dan rakyat. Hal ini disesuaikan dengan
kedudukan raja sebagai pemerintah negeri
dan berkuasa mutlak terhadap segalanya.
Sultan merupakan lambang perpaduan
rakyat dan dianggap keramat serta
mempunyai kuasa sakti. Sultan sesebuah
negeri juga mempunyai daulat apabila
ditabal melalui upacara pertabalan sultan
dan rakyat yang menderhaka kepada sultan
akan ditimpa tulah.
Inilah sebabnya budaya diraja iaitu
adat istiadat istana diiktiraf sebagai pusaka
yang begitu istimewa dan berharga sekali.
Kemudiannya berkembang dalam semua
kerajaan negeri-negeri Tanah Melayu. Pada
zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah, maka teraturlah adat istiadat yang
menjadi rujukan hingga sekarang.
KESULTANAN Melayu Perak bermula
pada tahun 1528, apabila dua pembesar,
iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim
menghadap Sultan Mahmud Shah di
Kampar, Sumatera. Pertemuan tokoh itu
bertujuan memohon kepada Sultan Mahmud
supaya seorang putera baginda menjadi
sultan di Perak.
Permintaan itu berikutan wasiat pemerintah
di negeri itu, Tok Masuka. Baginda
mewasiatkan supaya tempatnya digantikan
dengan seorang raja yang berasal daripada
anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat raja-
raja yang turun dari Bukit Si Guntang tidak
terputus diTanah Melayu.
Hasil pertemuan itu, Sultan Mahmud telah
meminta putera baginda, Raja Muzaffar
menjadi Sultan Perak. Raja Muzaffar
kemudiannya ditabalkan menjadi Sultan
Perak yang pertama pada 1528 dengan
gelaran Sultan Muzaffar Shah.
Bertitik tolak daripada itu, institusi
Kesultanan Melayu Perak terus berkembang
sehinggalah ke hari ini. Sehingga hari ini,
termasuk Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,
Perak telah mempunyai sebanyak 35 sultan.
Tahukah anda?
3Disediakan oleh: Choo Xue Ni 0331864
01
05
04
03
02
Menegaskan
kepentingan adat dan budaya
kebangsaan untuk melahirkan
cara hidup masyarakat Malaysia
yang mempunyai pelbagai
budaya tetapi dapat hidup
berdampingan dan penuh
dengan sikap toleran.
Memastikan setiap
adat istiadat diraja Melayu
tidak dilupakan dan masih
dihargai sehingga bila-bila
masa.
Mengetahui ritual-ritual
yang selalu mengiringi sesuatu
majlis secara rasmi dalam adat
istiadat diraja Melayu melalui
video yang akan menunjukkan
langkah adat-adat tersebut.
Memperkenalkan
adat-adat tradisional kerabat
diraja Melayu yang
diamalkan sehingga hari ini
seperti adat perkahwinnan,
kemangkatan dan
keputeraan.
Mengenal pasti ciri-ciri
dan keistimewaan adat istiadat
diraja Melayu negeri Perak
dengan tepat dan terperinci.
Obje
ktif
4Disediakan oleh: Brenda Ang ShauYing 0331171
Perkahwinan Diraja Perak
Terdapat lima pangkat yang mesti diadakan untuk menghasilkan perkahwinan
yang sempurna iaitu:
Adat Perkahwinan
Adat Meminang
Sebelum upacara perkahwinan diraja
Perak bermula dengan adat istiadat
meminang, adat merisik akan dijalankan
oleh seorang wakil untuk merisik bakal
suami atau bakal isteri serta ibu bapa
keluarga. Selepas diketahui pinangan itu,
sirih peminangan akan dihantar sebagai
tanda. Peralatan sirih peminang
bergantung kepada kemampuan
seseorang. Sekiranya peralatan sirih
peminang itu memuaskan hati waris
perempuan, maka peminangan itu
diterima sebagai meletak tanda atau
bertaruh kata.
Istiadat Akad Nikah akan berlangsung
pada tarikh yang ditetapkan dan
dipersetujui kedua-dua belah pihak.
Pada hari itu, pengantin lelaki
dipersilakan bersemayam di hadapan
pentarak diiringi oleh pengapit yang
membawa mahar atau mas kahwin.
Sekiranya pengantin perempuan ialah
seorang puteri diraja, Mufti Perak
dititah untuk mewakili pihak
pengantin perempuan dan duduk
berkumpul di hadapan pengantin lelaki
bersama-sama dengan beberapa orang
alim ulama sebagai saksi.
.
5Disediakan oleh: Jarren FoongWeng Houng 0330626
Istiadat Bersanding
Istiadat Akad Nikah Istiadat Berlimau
Bersiram sampat
Selepas itu, istiadat berlimau akan
dijalankan. Istiadat ini terbahagi
kepada dua peringkat, iaitu Istiadat
Berlimau Besar dan Istiadat
Berlimau kerana hendak Menampal
Inai.
Pada hari yang ditetapkan untuk
Istiadat Bersanding, kedua-dua
pengantin berpakaian istiadat dan
diarak hingga ke istana lalu
menyambut waris pengantin dengan
penuh istiadat. Kedua-dua
pengantin akan dipimpin dan
disemayamkan untuk Istiadat
Bersanding.
Selepas itu, Bidan Raja akan
mangangkat tangan kiri pengantin
lelaki dan tangan kanan pengantin
perempuan lalu dikaitkan jari
kelingking keduanya dan ditutup
pula denagan kain keemasan.
Selepas tiga hari dan tiga malam
istiadat bersanding, kedua-dua
pengantin dipersalinkan dengan
selengkap pakaian kerajaan dan
diarakkan dengan jawat noba ke
Balai Panca Persada untuk
menyempurnakan Istiadat
Bersiram Sampat.
Adat Meminang
Beberapa orang kerabat diraja
dan orang-orang besar akan
diutuskan oleh raja untuk
melakukan tanda peminangan
apabila seseorang putera raja
hendak berkahwin. Dari pihak
lelaki, sepucuk surat yang
tertentu tujuannya akan dibawa
oleh utusan itu. Sekaki payung
kebesaran akan digunakan masa melangkah mengarak surat tersebut. Utusan
tersebut akan disambut dengan perhimpunan yang besar dari pihak perempuan dan
dengan tembakan meriam.
Apabila perbincangan antara kedua-dua pihak selesai, upacara ikrar akan diadakan
untuk menetapkan tarikh-tarikh penting seperti menetapkan masa kerja, masa
menghantar belanja dan juga untuk menetapkan mas kahwin tunai atau
ketangguhan.
6Disediakan oleh: Jarren FoongWeng Houng 0330626
Istiadat Akad Nikah
Istiadat akad nikah biasanya dilakukan pada waktu malam. Alat-alat kelengkapan yang
teradat seperti payung ubor-ubor 16 kaki dan 16 kain dukun akan digunakan untuk
istiadat ini.
Selepas itu, orang-orang yang ditugaskan untuk membawa mohor bekas wang mas
kahwin akan ditempatkan di sebelah kanan, diikuti oleh pembawa keris panjang di
sebelah kiri dan pembawa kain dukun dan payung di belakang. Penganjur akan berada
di hadapan, serta diikuti oleh
pengantin dengan pengapitnya.
Majlis akad nikah dilangsungkan
selepas bacaan doa selamat. Pengantin
dibawa untuk bersalaman dengan para
hadirin dan dengan kaum kerabat pihak
perempuan. 16 das tembakan meriam
akan dilepaskan jika pengantin
merupakan anak raja. Selepas
berkenalan, pengantin bersama
pengapitnya akan berhadapan dengan
bapa mertuanya di tempat khas yang
disediakan.
Istiadat Bersanding
Pengantin akan diarak daripada
kawasan perhentian ke istana raja
Alat alat kelengkapan yang digunakan
oleh pengantin lelaki:
1. 16 kain dukun
2. 4 orang berdikir
3. 1 bilah keris Panjang
4. 16 payung ubor-ubor
5. 3 alatan bunyi-bunyian
7Disediakan oleh: Jarren FoongWeng Houng 0330626
Adat Keputeraan
Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan
Istiadat Tabal Kerajaan disempurnakan setelah
Raja Pemerintah baru dipilih dan dilantik oleh
Dewan Negara Perak sebelum permakaman
Almarhum Paduka Seri Sultan. sebelum itu
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja
mengumumkan perlantikan Raja Pemerintah
baru itu di khalayak orang besar-besar dan
orang kenamaan yang hadir di balairong seri
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Selepas
pengumuman itu, para hadirin menyeru tiga
kali 'Daulat Tuanku'. Raja Pemerintah baru
meletakkan tangan kanannya pada keranda
Almarhum sebagai tanda penerimaan
perlantikan tersebut.
Tabal Kerajaan
Tabal Adat
Istiadat Tabal Adat merupakan upacara
pertabalan rasmi di mana Raja Pemerintah
baru akan ditabal secara rasmi mengikut
adat resam yang turun-menurun dengan
keberangkatan hadir wakil-wakil Sultan dan
Raja Pemerintah Negeri yang lain dari
Semenanjung Malaysia serta Negara Brunei
Darussalam dengan penuh gilang-gemilang.
Istiadat ini diadakan di dalam Balairong
Seri, Istana Iskandariah. Juga diundang
hadir adalah Menteri Besar, orang besar-
besar, wakil rakyat dan orang kenamaan.
Keputeraan Sultan Perak
8Disediakan oleh: Go Xze Shean, Andrea 0331455
Tabal Pusaka
Istiadat Tabal Pusaka mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak
Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai
Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan
Istiadat Menyantap Nasi Berastakona.
Istiadat MemasakTiang Seri Panca Persada
Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada
merupakan adat yang dijalankan sebelum
tiang utama Panca Persada daripada kayu
khas bernama 'Sungkai' dipasakkan. Pada
zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan
di pertengahan Sungai Perak, tetapi
sekarang ianya didirikan di pekarangan
Istana Iskandariah. Berbentuk empat
persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya
dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di
kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan
yang berbumbung. Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat
kemuncak diulas dengan kain keemasan. Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh
orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja.
Di Teluk Intan, Paduka Seri Sultan
bertolak ke Beting Beras Basah,
iaitu bumi Perak yang pertama
dipijak oleh Almarhum Sultan
Muzaffar Shah, Sultan Perak yang
pertama takkala Almarhum
berangkat tiba dari Kampar,
Sumatera. Kaum wanita tidak
dibenarkan menyertai adat ini.
Istiadat Beting Beras Basah
Sebagai tanda baginda telah selamat berangkat sampai, Paduka Seri Sultan mencelup
kakinya ke beting dan seterusnya membasuh muka dan diikuti dengan bacaan doa
selamat.
9Disediakan oleh: Go Xze Shean, Andrea 0331455
Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta
yang memuatkan pasukan Nobat Diraja,
panglima-panglima, Toh Seri Nara Diraja dan
Raja Cik Muda (Pawang Diraja) bersama-sama
dengan tujuh orang bomoh yang lain, bentara-
bentara yang membawa perkakas istiadat, dan
enam belas jejawat berlembing dari Istana
Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak.
Istiadat Mengambil Air BersiramTabal DiTujuh
Kuala Sungai Perak
Geluk
Nobat akan dipalukan sepanjang istiadat ini.
Di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke
atas bot. Raja Chik Muda, Toh Seri Nara Diraja dan
bentara-bentara menaiki bot serta bermula
mengambil air dari kuala Sungai Kangsar serta
dimasukkan ke dalam geluk*.
Istiadat menziarahi makam-makam Diraja bermula dengan kegunaan kenderaan dari
bahagian hulu Sungai Perak berangkat menziarahi makam-makam Almarhum Sultan-
Sultan yang terdahulu yang terletak di sepanjang Sungai Perak sehingga ke
Pemakaman Diraja Kuala Kangsar. Setelah itu, Paduka Seri Sultan dan Raja
Perempuan diiringi oleh para orang besar-besar akan berangkat menaiki sebuah bot
Istiadat menziarahi makam-makam
atau Balai Gambang
bernama Cempaka Sari,
untuk menghilir serta
menziarahi makam-
makam diraja. Semasa
keberangkatan
menziarahi, doa selamat
dan kenduri arwah
diadakan.
10Disediakan oleh: Go Xze Shean, Andrea 0331455
Adat Kemangkatan
Kenduri arwah akan diadakan di istana
selepas upacara pemakaman selama 3
malam berturut-turut, diikuti dengan
hari-hari yang telah ditetapkan
kemudiannya.
Majlis ini akan diadakan pada hari
kematian, hari kedua, ketiga, ketujuh,
keempat puluh, keseratus dan setahun
serta bertujuan untuk memperingati
atau mendoakan orang yang telah
meninggal.
Apabila seseorang Raja Melayu mangkat, adat kemangkatan diraja diperlukan untuk
memastikan baginda dimakamkan dan dikembumikan dengan betul. Pertama sekali,
kemangkatan baginda akan diumumkan dan Sultan yang baru akan dilantik. Selepas
itu, jenazah Almarhum akan dibawa keluar dari istana ke Masjid Ubudiah dengan
menggunakan pedati khas untuk disolatkan diiringi dengan jumlah tembakan yang
merupakan umur baginda. Akhir sekali, jenazah Almarhum akan dikembumikan dan
ahli keluarga baginda akan memberikan penghormatan terakhir kepada baginda
dengan menjirus air mawar ke atas makam baginda.
Pemakaman Diraja Perak
Bacaan Quran dan tahlil akan diadakan
oleh kerabat raja, pembesar dan rakyat
jelata dalam majlis ini. Bacaan doa
tersebut adalah untuk mendoa kepada
Allah supaya Almarhum dirahmati dan
diberi segala kebaikan. Dalil yang
dibacakan pada majlis tersebut meliputi
Surah Al-Fatihah, Surah al-Ikhlas,
Surah al-falaq dan Surah an-Naas.
Kedua-dua majlis ini akan diadakan di
Masjid Ubudiah, masjid dan surau
seluruh negeri Perak untuk
memperingati Sultan yang mangkat.
11Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
Para tentera mengangkat jenazah baginda dan diiringi
oleh kerabat DiRaja serta rakyat-rakyat. 40 orang
anggota AngkatanTentera Malaysia dan Polis Diraja
Malaysia mengusung pedati khas tersebut secara bergilir-
gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana
Iskandariah. 86 das tembakan dilepaskan ke udara
sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke Masjid
Ubudiah.
Kemangkatan Almarhum diumumkan kepada Raja-Raja,
Orang Besar-Besar dan rakyat jelata oleh Setiausaha Dewan
Negara Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Para alim ulama akan memandi dan
mengkafankan jenazah Almarhum selepas jenazah
tersebut disiapkan.
Pegawai tentera darat, udara dan laut serta polis berkawal di
keempat-empat penjuru persada khas empat segi tujuh
tingkat yang bersalut kain kuning selepas jenazah Almarhum
dibawa dan diletakkan atas persada tersebut.
Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah diarak dari
Istana Iskandariah menuju ke Masjid Ubudiah setelah
Istiadat PenghormatanTerakhir dan Istiadat
Pengisytiharan Sultan Perak ke 35 diselesaikan untuk
disolatkan dan dimakamkan di Makam Diraja Al
Ghufran.
Sultan Perak yang baru, iaitu Raja Muda Perak
yang menggantikan ayahanda baginda akan
mencium keranda Almarhum dan serentak
dengan itu 86 das tembakan yang menandakan
umur Almarhum.
Jenazah Almarhum diletakkan di sebuah pedati
khas yang dinamakan Seraja DiRaja dan berwarna
kuning setelah dibawa keluar dari Balairong Seri
Istana.
01
07
06
05
04
03
02
Proses Pemakaman Diraja
12Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
Selepas seratus hari daripada hari pemakaman
Almarhum, Istiadat Menurunkan Batu Nisan akan
diadakan dan ia cuma disaksikan oleh kerabat-
kerabat yang terdekat sahaja. Batu nisan tersebut
akan dililiti kain kuning atau kain putih, kuning dan
hitam yang merupakan warna-warna kebesaran
kerajaan Negeri Perak.
Jenazah baginda disolatkan di Masjid
Ubudiah oleh Imam masjid iaitu Ustaz
Mohd Helmi Ibrahim dan seterusnya dibawa
ke Makam DiRaja untuk disemadikan.
Baginda dimakamkan di sebelah Almarhum
Raja Ashman, anakanda baginda yang
mangkat akibat asma.
Talkin serta doa dan tahlil dibaca oleh Mufti Perak
Tan Sri Harussani Zakaria, doa pula dibaca oleh
Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr.
Muhammad Afifi Al-Akiti selepas pemakaman.
Isteri Almarhum iaitu Permaisuri Tuanku
Bainun mendahului keluarga diraja membaca
bacaan selawat sambil menjirus air mawar dan
menabur bunga di makam Almarhum.
Selepas itu, diikuti oleh orang yang berpengaruh
seperti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan
Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Dihilir
Perak Raja Jaafar Muda Musa dan lain-lain.
13
12
11
10
09
08
13Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
Tempoh perkabungan merupakan suatu jangka masa yang
mengehadkan kegiatan-kegiatan yang tidak sepatutnya
dilakukan oleh kerabat istana dan rakyat jelata untuk
menghormati kemangkutan sultan dan tempoh ini
berbeza untuk kerabat diraja dengan megikuti pangkatan
mereka.
•100 hari bagi kemangkatan Sultan,
•40 hari bagi kemangkatan Raja Muda,
•14 hari bagi kemangkatan Raja Bendahara,
•7 hari bagi Raja Di Hilir dan,
•5 hari bagi Raja-RajaYang Bergelar lainnya.
Tempoh Perkabungan
Adat cara berpakaian
Adat cara berpakaian semasa istiadat Kemangkatan Diraja Perak pula seperti
berikut:
•Putera Sultan dan Ahli keluarga terdekat akan memakai baju Melayu Putih
samping putih dan bertongkolok putih.
•Waris Negeri dan Kerabat akan memakai Baju Melayu hitam bersamping hitam
dan bertongkolok Putih ikat Solek serta berbengkong Putih.
•Orang perempuan – Berbaju dan berkain hitam, bertudung putih.
•Raja-Raja Melayu akan berpakaian Baju Melayu Putih dan Samping putih dan
bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di
tengah-tengah songkok.
•Orang Besar dan Orang kebanyakan : Baju Melayu hitam bersamping hitam dan
bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah
songkok.
Tiap-tiap seorang lelaki didalam istana dikehendaki bercukur manakala
perempuan-perempuan pula dikehendaki berkerat rambut sebagai cara berkabung
bagi menunjukkan dukacita kerana kehilangan raja apabila berlaku kemangkatan
seseorang sultan.
14Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
Journal Lawatan.
Perbincangan kami dijalankan dengan lancar kerana semua ahli memberi
kerjasama yang maksimum. Kami dapat menentukan kekuatan masing-masing,
seperti penggunaan perisian komputer, perakaman video dan sebagainya.
Pada akhir sesi perbincangan, tugas-tugas kami
dapat dibahagikan dengan rata. Kami turut bermula
menyelidik semua pilihan topik.
SEBELUM
Selepas mendaftar
nama sebagai sebuah
kumpulan, ahli-ahli
kami membuat
keputusan untuk
mengadakan mesyuarat
untuk membuat keputusan
tentang pembahagian kerja tugasan.
Selepas itu, kami memilih
topik “Adat Istiadat Istana
Melayu” supaya kami
dapat menambah ilmu
tentang budaya tradisional
Melayu. Kumpulan kami
pula memulakan kajian
tentang adat istiadat
Melayu seperti langkah-
langkah upacara dan cara
pemakaian.
15Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
Pada 11 October 2018, kumpulan kami
bertolak ke lokasi kajian dari Taylor’s
Universiti pada pukul 11.00pagi.
Destinasi kami merupakan Istana Negara,
tempat bersemayam Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka
Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana ini
terletak di Jalan Istana bertentangan
dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan
seluas 25 ekar atau 11.34 hektar di tepi
Setelah membeli tiket berharga RM5.00,
maka bermulalah tugasan kami pada hari itu
iaitu mengumpul maklumat-maklumat
terperinci yang tidak terdapat di laman
internet. Kami telah mengunjungi seluruh
istana, termasuk Singgahsana Kecil,
SEMASA
Kami telah menghabiskan masa selama
satu jam setengah di Muzium Diraja.
Ahli-ahli kumpulan mendapat hasil
penyelidikan yang bernas dari
kunjungan tersebut.
Bilik Duta, Bilik Mesyuarat Majlis
Raja-Raja, Dewan Kecil dan banyak
lagi.
Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang
menghadap Sungai Klang.
16Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
Kami telah menghabiskan masa selama satu
jam setengah di Muzium Diraja. Ahli-ahli
kumpulan mendapat hasil penyelidikan
yang bernas dari kunjungan tersebut.
Contohnya, tulisan nota, lakaran
pemandangan dan gambar foto di luar
muzium. Pada kira-kira pukul 2.00petang,
kami pun berangkat pulang ke universiti
untuk perbincangan selanjutnya.
Pada zaman pemerintahan Jepun, bangunan
ini telah digunakan sebagai Mes PegawaiTentera
Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan
ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan
selepas diubahsuai sebagai Istana DuliYang Maha
Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan
Selangor sehingga tahun 1957. Bangunan itu
kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dan
diubahsuai untuk menjadikannya sesuai sebagai
kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang
baru.
Kini Istana Negara Jalan Istana di
jadikan sebagai Muzium Diraja dan dikendalikan
sepenuhnya oleh Jabatan Muzium Malaysia dan
dibuka secara rasmi untuk kunjungan orang ramai.
17Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
Pada
keesokan
harinya, kami
berkumpul lagi
untuk
menyusun dan
kemaskini
maklumat-
maklumat dari
lawatan ke
Muzium
Diraja serta
Xue Ni pula bertanggungjawab
menghasilkan video persembahan
kumpulan kami.
Walaupun ditugaskan bentuk kerja yang
berlainan, kami tetap berkomunikasi secara
berterusan untuk mengelakkan sebarang
salah faham. Proses menghabiskan tugasan
ini dijalankan dengan lancar sekali atas
kerjasama dan sikap toleransi antara semua
ahli kumpulan.
Jarren, Olivia dan Andrea
bertanggungjawab mengumpul info yang
tepat dan seluruh tentang Adat istiadat
Istana Melayu iaitu Adat Perkahwinan,
Keputeraan dan Kemangkatan. Evian dan
Alyssa ditugaskan menyemak dan
menyunting e-majalah.
SELEPAS
dari laman internet. Kemudian, kamibersama-
sama memulakan kerja yang telah diagihkan
sebelum ini.
18Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
Istiadat tabal adat Sultan Perak penuh tradisi
KUALA KANGSAR: Istiadat Tabal
Adat bagi pertabalan Sultan Perak
XXXV Sultan Nazrin Shah
berlangsung di Istana Iskandariah,
Bukit Chandan di sini, hari ini dalam
suasana penuh tradisi dan adat resam
Kesultanan Melayu Perak.
Istiadat Tabal Adat yang menandakan
kesinambungan teraju pemerintahan
Perak itu bermula dengan para
jejawat yang membawa masuk
masing-masing 16 lembing dan
payung kerajaan mengambil tempat
di kiri kanan Balairung Seri.
Paluan Nobat yang memainkan lagu
'Raja Berangkat' serentak mengiringi
keberangkatan tiba
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan
memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat
Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah
hari ini. - foto BERNAMA
Sultan Perak dan Raja Permaisuri
Perak Tuanku Zara Salim yang
masing-masing lengkap
berpakaian songket kuning diraja.
Terdahulu Sultan Nazrin Shah
menerima Hormat Diraja yang
diiringi lagu kebesaran negeri
Perak Darul Ridzuan oleh
pasukan pancaragam Tentera Laut
Diraja Malaysia di dataran istana
pada pukul 9 pagi.
Baginda kemudian berkenan
memeriksa Kawalan Kehormat
pasukan Rejimen Askar Jurutera
Diraja Divisyen 2 sebelum
istiadat tersebut diteruskan di
Balairung Seri.
SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja
Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan
memberi tabik hormat semasa memeriksa kawalan
kehormat sempena Istiadat Pertabalan Sultan
Perak XXXV di Istana Iskandariah hari ini. - foto
BERNAMA
Rabu, 6 Mei 2015 -sejak 1870-
Sumber: BERITA HARIAN (Rabu, 6 Mei 2015) Istiadat tabal adat Sultan Perak penuh tradisi.
19
Pen
utup
Adat istiadat istana adalah aneka kelaziman dalam
kedaulatan negeri Perak. Ringkasnya, ia merupakan gagasan kebudayaan
yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan.
Ini dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke
generasi, baik secara bertulis ataupun lisan.
Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup
bertatacara. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku bangsa itu semestinya
terdapat perbezaan dari cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga
penafsiran adat dalam sesebuah negeri itu, tujuannya adalah serupa, iaitu
membentuk suatu masyarakat yang dinamik dan progresif, kerana adat dapat
mencerminkan jiwa suatu masyarakat
Kita sedia memaklumi bahawa di Malaysia, kita tidak hanya mempunyai
satu bangsa sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang bangsa-bangsa
didalamnya adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih mudah,
masyarakat yang majmuk. Pemahaman adat istiadat sebegini dalam masyarakat
Malaysia bantu membentuk identiti disatukan dan dijadikan sebagai cerminan
kepelbagaian itu secara menyeluruh dan bersifat nasional.
Jelasnya, masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan
adalah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat yang mempunyai
pelbagai bangsa, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup
berdampingan, berganding bahu, dan penuh dengan sikap toleransi.
Tanggungjawab menghargai dan mengekalkan pusaka negeri iaitu adat istiadat
istana sememangnya tersanding pada bahu kita sebagai generasi baru.
Salah satu kepentingan mengekalkan adat
istiadat istana ialah budaya menghormati kepada
kesultanan Melayu. Jadi, pengekalan dan
pengamalan budaya ini sudah pasti akan
menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri
masyarakat yang murni. Antara cara-cara
memperkenalkan adat istiadat istana kepada
rakyat termasuklah pemaparan amalan adat
tersebut pada media massa. Ini dapat memberi
pendedahan terhadap latar belakang adat kepada
masyarakat Malaysia.
20Disediakan oleh: Lim Evian 0330405
Brenda
Xue Ni
R
e
f
l
e
k
s
i
Jarren
Melalui kerja ini, saya dapat memahami ilmu pengetahuan
tentang adat istidadat kerajaan Melayu dan juga berpeluang
mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli kumpulan saya
untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Akhir
sekali,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua ahli kumpulan saya yang terlibat secara langsung
dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.
Sepanjang proses ini , projek ini telah memberi peluang untuk saya
menambah ilmu pengetahuan tentang adat istiadat perkahwinan ,
kemangkatan dan keputeraan. Saya juga memainkan peranan sebagai
seorang pengedit video dalam kumpulan saya . Secara peribadi saya
mendapat lebih banyak pengetahuan selepas tugasan ini dan kami
bertindak sebagai satu pasukan dan melakukan seperti satu untuk
mencapai keputusan akhir yang telah kami hantar. Akhir sekali saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan tempat-tempat
berikut membuat kejayaan ini menjadi kejayaan.
Dalam tugasan ini, kumpulan saya telah memilih adat isitiadat
kerajaan Melayu sebagai topik kajian kami.Tugasan ini telah
menambah ilmu pengetahuan saya tentang adat istiaat kerajaan
Melayu. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang taat setia, saya
dapat memahami kepentingan untuk megekalkan tradisi ini
walaupun kita berada dalam era yang moden. Selain itu, saya juga
amat bersyukur tugasan ini telah mengeratkan hubungan
silaturahim antara ahli-ahl kumpulan saya.
21
Andrea
Olivia
Selepas menyiapkan project ini, saya telah mendapat ilmu dan
pengetahuan baru dalam beberapa aspek. Pertama sekali ialah
bagaimana bekerjasama dengan orang lain yang mempunyai gaya
kerja yang berbagai. Walaupun kami berbeza, tetapi kami selalu
berbincang sebagai satu kumpulan sehingga semua orang bersetuju
sebelum melakukan sesuatu. Kami dapat mengetepikan perbezaan
antara kami dan menyiapkan projek ini tanpa konflik dan saya
berasa bersyukur mendapat ahli kumpulan seperti kumpulan ini
kerana kami dapat berseronok sambil menyiapkan e-magazine ini.
Seterusnya ,saya telah lebih memahami adat istiadat diraja selepas
dapat mengaji tentang pelbagai adat seperti adat kemangkatan,
perkahwinan dan keputeraan. Saya percaya bahawa pengetahuan
yang diperolehi melalui projek tersebut akan berguna pada masa
depan. Saya juga dapat mencuba berlakon untuk kegunaan video
projek ini. Saya berharap kami dapat bekerjasama sebagai satu
kumpulan lagi pada masa akan dating.
Saya telah menerima banyak faedah dan semasa
melakukan kerja kursus TITAS. Saya telah mengenali
dengan terperinci dan mendalam tentang adat istiadat
Melayu setalah membuat rujukan dan perbincangan
dengan ahli-ahli kumpulan saya. Sebagai rakyat Malaysia,
saya merasai kepentingan projek ini untuk membantu saya
memahami budaya dan adat istiadat negara kita dengan
lebih mendalam. Selain itu, saya amat syukur kerana kerja
kursus ini telah mengeratkan hubungan silaturahim
dengan ahi-ahli kumpulan saya. Sikap toleransi serta
kerjasama telah ditingkatkan melalui proses
pembincangan dan lawatan ke istana.
22
Alyssa
Evian
Melalui penghasilan projek ini, saya berpeluang menimba ilmu
pengetahuan tentang tradisi istana negari Perak yang masih
diamalkan sehingga hari ini. Pada pendapat saya, adat-adat tersebut
amat istimewa dan sewajibnya dikenali oleh orang ramai di
Malaysia. Saya akan terus mempelajari dan menghargai budaya
kaum lain dengan sikap yang terbuka.Selain itu, melalui proses
membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang dilaksanakan
bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim
antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasama, dan
disiplin antara pensyarah dan rakan-rakan juga dapat ditingkatkan.
Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan hal ini
sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.Tambahan pula,
pengalaman berinteraksi bersama ahli kumpulan bagi melaksanakan
tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara
saya berkomunikasi. Tunjuk ajar yang diberikan selama ini
membolehkan saya memperbaiki kelemahan saya dan tidak akan
mengulanginya lagi pada masa hadapan
Pada permulaanya, kita telah menerima ringkasan projek ini
daripada pensyarah subjek TITAS kita. Kita pun bermula
membuat rancangan serta mengadakan perbincangan dengan serta-
merta. Sepanjang perlangsungan projek ini, saya dapat mengalami
pelbagai cabaran yang membawa banyak faedah kepada diri sendiri
walaupun susah untuk dihalangi. Saya telah lebih memahami
kepentingan kerjasama dalam satu kumpulan. Sifat kerjasama yang
kuat membolehkan kita untuk menyempurnakan tanggungjawab
sendiri serta tanggungjawab dikongsi dengan cekap. Selain
menjalinkan hubungan yang bermakna dengan ahli kumpulan,
saya juga memperolehkan ilm-ilmu terharga tentang pelbagai adat-
adat istiadat yang wujud di negara tersayang kita. Kajian serta
telaahan yang kita membuat tentang adat-adat ini akan banyak
membantu saya memahami negara Malaysia. Saya percaya bahawa
projek ini adalah sesuatu yang membawa manfaat kepada saya
pada masa kini serta masa hadapan.
23
Lampiran
Merisik Rombongan Meminang
Adat bertunang
Malam berinai
Nikah Majlis kahwin dan adat bersanding
D.Y.M.M Paduka Seri Sultan
Sedang Membaca Lafaz Sumpah
sebagai Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan
D.Y.M.M Paduka Seri Sultan menerima
Amanah di atas Keranda
Istiadat MemasakTiang Seri Panca Persada
Setelah selesai mengangkat sumpah,
jenazah Almarhum diangkat untuk
dibawa ke Masjid Ubudiah
Ribuan rakyat turut
mengiringi jenazah
Almarhum sepanjang
perjalanan terakhir baginda
ke Istiadat Pemakaman.
Para pembawa Darjah
Kebesaran Almarhum
24Disediakan oleh: Alyssa Lou Mei Lin 0331074
Rujukan
Ku Alam, Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
Available at: http://ku-alam.blogspot.com/2014/07/adat-istiadat-pertabalan-
paduka-seri.html (Accessed: 20 October 2018)
Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Available at:
https://sembangkuala.wordpress.com/2015/05/05/adat-istiadat-pertabalan-
paduka-seri-sultan-perak-darul-ridzuan/ (Accessed: 20 October 2018)
Pertabalan Sultan Perak 2015. Available at:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertabalan_Sultan_Perak_2015 (Accessed: 20
October 2018)
Wangsa Selangor,TERTIB ADAT ISTIADAT PEMAKAMAN DIRAJA
PERAK. Available at:
https://wangsamahkota.wordpress.com/2012/04/13/tertib-adat-istiadat-
pemakaman-diraja-perak/ (Accessed: 20 October 2018)
AMIRUL IZWAN, Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah. Available
at: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/05/istiadat-pemakaman-
almarhum-sultan.html (Accessed: 20 October 2018)
Wakaf, L. (2017, January 19) Hukum Mengerjakan Kenduri Arwah Dan
MembacaTahlil. Available at:
http://www.islamituindah.com.my/2017/01/hukum-mengerjakan-kenduri-
arwah-dan.html (Accessed: 23 October 2018)
(2014, May 29) Jenazah Almarhum Sultan Perak selamat dimakamkan. Available
at: http://www.sinarharian.com.my/semasa/jenazah-almarhum-sultan-perak-
selamat-dimakamkan-1.285181 (Accessed: 20 October 2018)
AMIRUL IZWAN, Istiadat Pemakaman Almarhum KDYMM Sultan Kedah.
Available at: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2017/09/istiadat-
pemakaman-almarhum-kdymm.html (Accessed: 20 October 2018)
25Disediakan oleh: Brenda Ang ShauYing 0331171

More Related Content

What's hot

Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggi
fardzli71
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Mohd Nizam Mokhtar
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
kavitha_mnm
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Yanti Nazirah
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
arisha akram
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
feeda79
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
nooranisa
 
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
8arbi8
 

What's hot (20)

Bercita cita tinggi
Bercita cita tinggiBercita cita tinggi
Bercita cita tinggi
 
Malayan union
Malayan unionMalayan union
Malayan union
 
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHANBab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
Bab 3 SISTEM DAN STRUKTUR PEMERINTAHAN
 
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepatBm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
Bm pengunaan kata ganda & kata yang tepat
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Am Tingkatan 6 Penggal 2 2015 (STPM) (Majlis Pe...
 
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
KERAJAAN KEDAH TUA DAN BERUAS
 
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
Pembentukan Malaysia Sejarah Tahun 6
 
Kerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus PerniagaanKerja Kursus Perniagaan
Kerja Kursus Perniagaan
 
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
Struktur suku kata bahasa melayu STPM penggal 1
 
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu BersekutuPentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
 
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
308721890 puisi-moden-kesusasteraan-melayu-spm
 
Bab 2 sejarah
Bab 2 sejarahBab 2 sejarah
Bab 2 sejarah
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
 
Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5Bab 4 tingkatan 5
Bab 4 tingkatan 5
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 
Contoh surat berhenti kolej.
Contoh surat berhenti kolej.Contoh surat berhenti kolej.
Contoh surat berhenti kolej.
 
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
1 a kump 2_bab 8_sistem kehakiman menurut islam
 

Similar to Pusaka Negeri Perak ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )

CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
cgsha
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Tika Daud
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
Biru Langit
 

Similar to Pusaka Negeri Perak ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak ) (20)

SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, Selangor
Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, SelangorKebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, Selangor
Kebudayaan Warisan dan Pelancongan Kuala Lumpur, Selangor
 
Nota Bab 8
Nota Bab 8Nota Bab 8
Nota Bab 8
 
Nota B8T4
Nota B8T4Nota B8T4
Nota B8T4
 
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
Bab 3  Tamadun Melayu (2)Bab 3  Tamadun Melayu (2)
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
 
Bab 3 Tamadun Melayu Bahagian 2
Bab 3  Tamadun Melayu Bahagian 2Bab 3  Tamadun Melayu Bahagian 2
Bab 3 Tamadun Melayu Bahagian 2
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
Tamadun Melayu.pdf
Tamadun Melayu.pdfTamadun Melayu.pdf
Tamadun Melayu.pdf
 
Adat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia danAdat dalam masyarakat malaysia dan
Adat dalam masyarakat malaysia dan
 
Titas mek ros
Titas mek rosTitas mek ros
Titas mek ros
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
 
Buku teks sejarah tingkatan 2
Buku teks sejarah tingkatan 2Buku teks sejarah tingkatan 2
Buku teks sejarah tingkatan 2
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
Kerja kursus pengajian am 2015 (full version) comfirm right!
 
Titas mek ros
Titas mek rosTitas mek ros
Titas mek ros
 

Recently uploaded (8)

Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURIDRANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
RANCNCANGAN PEMAJUAN SEKOLAH HAL EHWAL MURID
 
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff aliasRPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
RPT SAINS T1 2024.docx tahun 2024. cikgu ariff alias
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 

Pusaka Negeri Perak ( TITAS Adat-adat istiadat Negeri Perak )

  • 1. Alyssa Lou Brenda Ang Shau Ying Chin Yi Hui Choo Xue Ni Go Xze Shean, Andrea Jarren Foong Weng Houng Lim Evian Pusaka Negeri Perak Adat Istiadat Istana Melayu : 0331074 0331171 0331784 0331864 0331455 0330626 0330405
  • 2. Kata-kata Aluan Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Pertama sekali, kami sebagai editor-editor bagi e-majalah bertajukan Pusaka Negeri Perak amat berbesar hati kerana mempunyai peluang bagi mewakili kumpulan kami untuk membuat catatan yang diselitkan dalam majalah ini. Di kesempatan ini kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Zaim Azizi yang sentiasa sedia membimbing. Ucapan terima kasih turut kami sampaikan untuk rakan-rakan yang telah bertungkus lumus dalam merealisasikan penghasilan Pusaka Negeri Perak. Bak kata pepatah “Bersatu Teguh Bercerai Roboh”. Semoga bahawa pemahaman selanjut tentang adat istiadat Istana Melayu dapat mendorong para pembaca supaya menghargai harta nasional Malaysia yang tidak dapat dinilai mata wang. Dalam era globalisasi ini yang semakin maju, kita seharusnya menjunjung akar tradisional yang teramat bernilai supaya tidak dibinasa oleh arus kemodenan. Kami berharap kalian menghayati cetakan ini sebanyak seperti kenikmatian kami dalam sepanjang proses penerbitan. Diharapkan juga ilmu-ilmu bernas dapat disampaikan kepada para pembaca yang dihargai. Sesungguhnya kami telah berusaha bersungguh-sungguh dalam memastikan Pusaka Negeri Perak muncul dengan idea yang segar dan mantap. Yang baik itu datang dariNya dan yang lemah itu dari kami sendiri. Sekian, terima kasih. LIM EVIAN, ALYSSA LOU Editor majalah Pusaka Negeri Perak
  • 3. Kandungan 01 02 04 05 08 11 15 19 20 24 25 Pengenalan Journal Keratan Akhbar Adat Kemangkatan Adat Keputeraan Adat Perkahwinan Objektif Penghargaan Rujukan Lampiran Penutup Disediakan oleh: Alyssa Lou Mei Lin 0331074
  • 4. Penghargaan Ucapan terima kasih ditujukan kepada ibubapa kami yang banyak memberi semangat dan dorongan bagi kami sewaktu menghasilkan e-majalah ini. Mereka secara tidak langsung telah menghulurkan sokongan emosi dan kewangan dalam menjayakan projek ini. Mereka sentiasa berada di sisi kami dan memberi dorongan kepada kami untuk terus berusaha. Selain itu, tidak lupa kepada sahabat- sahabat kami yang turut sama menyumbang idea dan memberi inspirasi kepada kami. Tidak ketinggalan, jutaan penghargaan dan rasa berterima kasih kepada seluruh ahli kumpulan kami yang bertungkus lumus memberikan sepenuh jiwa dan raga untuk merealisasikan kerja ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh ini. Sekian. Beliau telah berkongsi pengetahuan serta menyelesaikan masalah yang kami hadapi penuh dedikasi. Bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami menyempurnakan tugasan yang diberikan ini. Pada permulaan semester, kami telah diberi tugasan kerja kursus pendek bagi modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kami dihendaki meneliti, mengkaji dan mempersembahkan hasil kerja kami bertajuk Adat istiadat Istana Melayu dalam bentuk e-majalah. Pertama sekali, kami ingin mengalungkan penghargaan kepada Encik Zaim Azizi, tutor Tamadun Islam dan Tamadun Asia kami yang banyak membimbing serta tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. 1Disediakan oleh: Lim Evian 0330405
  • 5. Penge nalan Sejarah Kesultanan Negeri Perak Apakah pengertian Adat dan Istiadat? Adat merupakan peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak dahulu di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud kebiasaan. Dalam konteks masyarakat Melayu, perkataan adat membawa erti yang lebih luas. Antaranya, adat meliputi budi bahasa atau tatatertib, perlakuan yang wajar. Ia adalah sebuah institusi yang membentuk undang-undang, mengatur norma-norma sosial, politik dan mencorakkan perlembagaan bagi pemerintah. Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat diringkaskan bahawa adat meliputi undang- undang dan larangan diraja yang melibatkan hukuman ke atas pelanggarnya. Istiadat pula membawa maksud cara-cara melakukan sesuatu yang sudah menjadi adat kebiasaan atau resam. Pengertian istiadat ini mempunyai kaitan dengan adat. Sesungguhnya, istiadat ini meliputi aturan negeri dan peraturan dam sesuatu upacara. Jadi apabila kita menyebut adat istiadat, maka ia membawa dua maksud iaitu berbagai-bagai adat dan upacara termasuk peraturan pelaksanaannya. Sorotan kajian Pusaka Negeri Perak bertuju untuk menerokai adat istiadat Istana salah satu negeri Melayu iaitu negeri Perak yang termasuk adat perkahwinan, adat keputeraan dan adat kemangkatan. Sebagai sebuah kesultanan yang berasal daripada kesultanan Melaka, sebahagian daripada aturan adat istiadat kesultanan Perak adalah menyamai seperti apa yang pernah diamalkan oleh raja-raja di Melaka. Dalam hal ini, “adat istiadat istana” mula berkembang semenjak zaman Parameswara, sultan pertama dan pengasas kerajaan Melaka. 2Disediakan oleh: Choo Xue Ni 0331864
  • 6. Pelaksanaan adat-adat istiadat istana sememangnya amat siknifikan dalam masyarakat Melayu. Kepentingan yang dapat dilihat ialah resam tersebut sememang lambang kedaulatan bagi seorang raja. Penggunaan bahasa, pakaian dan etika yang berlainan menunjukkan jurang perbezaan antara raja, pembesar dan rakyat. Hal ini disesuaikan dengan kedudukan raja sebagai pemerintah negeri dan berkuasa mutlak terhadap segalanya. Sultan merupakan lambang perpaduan rakyat dan dianggap keramat serta mempunyai kuasa sakti. Sultan sesebuah negeri juga mempunyai daulat apabila ditabal melalui upacara pertabalan sultan dan rakyat yang menderhaka kepada sultan akan ditimpa tulah. Inilah sebabnya budaya diraja iaitu adat istiadat istana diiktiraf sebagai pusaka yang begitu istimewa dan berharga sekali. Kemudiannya berkembang dalam semua kerajaan negeri-negeri Tanah Melayu. Pada zaman Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, maka teraturlah adat istiadat yang menjadi rujukan hingga sekarang. KESULTANAN Melayu Perak bermula pada tahun 1528, apabila dua pembesar, iaitu Tun Saban dan Nakhoda Kassim menghadap Sultan Mahmud Shah di Kampar, Sumatera. Pertemuan tokoh itu bertujuan memohon kepada Sultan Mahmud supaya seorang putera baginda menjadi sultan di Perak. Permintaan itu berikutan wasiat pemerintah di negeri itu, Tok Masuka. Baginda mewasiatkan supaya tempatnya digantikan dengan seorang raja yang berasal daripada anak cucu Sang Sapurba supaya zuriat raja- raja yang turun dari Bukit Si Guntang tidak terputus diTanah Melayu. Hasil pertemuan itu, Sultan Mahmud telah meminta putera baginda, Raja Muzaffar menjadi Sultan Perak. Raja Muzaffar kemudiannya ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama pada 1528 dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Bertitik tolak daripada itu, institusi Kesultanan Melayu Perak terus berkembang sehinggalah ke hari ini. Sehingga hari ini, termasuk Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Perak telah mempunyai sebanyak 35 sultan. Tahukah anda? 3Disediakan oleh: Choo Xue Ni 0331864
  • 7. 01 05 04 03 02 Menegaskan kepentingan adat dan budaya kebangsaan untuk melahirkan cara hidup masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya tetapi dapat hidup berdampingan dan penuh dengan sikap toleran. Memastikan setiap adat istiadat diraja Melayu tidak dilupakan dan masih dihargai sehingga bila-bila masa. Mengetahui ritual-ritual yang selalu mengiringi sesuatu majlis secara rasmi dalam adat istiadat diraja Melayu melalui video yang akan menunjukkan langkah adat-adat tersebut. Memperkenalkan adat-adat tradisional kerabat diraja Melayu yang diamalkan sehingga hari ini seperti adat perkahwinnan, kemangkatan dan keputeraan. Mengenal pasti ciri-ciri dan keistimewaan adat istiadat diraja Melayu negeri Perak dengan tepat dan terperinci. Obje ktif 4Disediakan oleh: Brenda Ang ShauYing 0331171
  • 8. Perkahwinan Diraja Perak Terdapat lima pangkat yang mesti diadakan untuk menghasilkan perkahwinan yang sempurna iaitu: Adat Perkahwinan Adat Meminang Sebelum upacara perkahwinan diraja Perak bermula dengan adat istiadat meminang, adat merisik akan dijalankan oleh seorang wakil untuk merisik bakal suami atau bakal isteri serta ibu bapa keluarga. Selepas diketahui pinangan itu, sirih peminangan akan dihantar sebagai tanda. Peralatan sirih peminang bergantung kepada kemampuan seseorang. Sekiranya peralatan sirih peminang itu memuaskan hati waris perempuan, maka peminangan itu diterima sebagai meletak tanda atau bertaruh kata. Istiadat Akad Nikah akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan dan dipersetujui kedua-dua belah pihak. Pada hari itu, pengantin lelaki dipersilakan bersemayam di hadapan pentarak diiringi oleh pengapit yang membawa mahar atau mas kahwin. Sekiranya pengantin perempuan ialah seorang puteri diraja, Mufti Perak dititah untuk mewakili pihak pengantin perempuan dan duduk berkumpul di hadapan pengantin lelaki bersama-sama dengan beberapa orang alim ulama sebagai saksi. . 5Disediakan oleh: Jarren FoongWeng Houng 0330626 Istiadat Bersanding Istiadat Akad Nikah Istiadat Berlimau Bersiram sampat
  • 9. Selepas itu, istiadat berlimau akan dijalankan. Istiadat ini terbahagi kepada dua peringkat, iaitu Istiadat Berlimau Besar dan Istiadat Berlimau kerana hendak Menampal Inai. Pada hari yang ditetapkan untuk Istiadat Bersanding, kedua-dua pengantin berpakaian istiadat dan diarak hingga ke istana lalu menyambut waris pengantin dengan penuh istiadat. Kedua-dua pengantin akan dipimpin dan disemayamkan untuk Istiadat Bersanding. Selepas itu, Bidan Raja akan mangangkat tangan kiri pengantin lelaki dan tangan kanan pengantin perempuan lalu dikaitkan jari kelingking keduanya dan ditutup pula denagan kain keemasan. Selepas tiga hari dan tiga malam istiadat bersanding, kedua-dua pengantin dipersalinkan dengan selengkap pakaian kerajaan dan diarakkan dengan jawat noba ke Balai Panca Persada untuk menyempurnakan Istiadat Bersiram Sampat. Adat Meminang Beberapa orang kerabat diraja dan orang-orang besar akan diutuskan oleh raja untuk melakukan tanda peminangan apabila seseorang putera raja hendak berkahwin. Dari pihak lelaki, sepucuk surat yang tertentu tujuannya akan dibawa oleh utusan itu. Sekaki payung kebesaran akan digunakan masa melangkah mengarak surat tersebut. Utusan tersebut akan disambut dengan perhimpunan yang besar dari pihak perempuan dan dengan tembakan meriam. Apabila perbincangan antara kedua-dua pihak selesai, upacara ikrar akan diadakan untuk menetapkan tarikh-tarikh penting seperti menetapkan masa kerja, masa menghantar belanja dan juga untuk menetapkan mas kahwin tunai atau ketangguhan. 6Disediakan oleh: Jarren FoongWeng Houng 0330626
  • 10. Istiadat Akad Nikah Istiadat akad nikah biasanya dilakukan pada waktu malam. Alat-alat kelengkapan yang teradat seperti payung ubor-ubor 16 kaki dan 16 kain dukun akan digunakan untuk istiadat ini. Selepas itu, orang-orang yang ditugaskan untuk membawa mohor bekas wang mas kahwin akan ditempatkan di sebelah kanan, diikuti oleh pembawa keris panjang di sebelah kiri dan pembawa kain dukun dan payung di belakang. Penganjur akan berada di hadapan, serta diikuti oleh pengantin dengan pengapitnya. Majlis akad nikah dilangsungkan selepas bacaan doa selamat. Pengantin dibawa untuk bersalaman dengan para hadirin dan dengan kaum kerabat pihak perempuan. 16 das tembakan meriam akan dilepaskan jika pengantin merupakan anak raja. Selepas berkenalan, pengantin bersama pengapitnya akan berhadapan dengan bapa mertuanya di tempat khas yang disediakan. Istiadat Bersanding Pengantin akan diarak daripada kawasan perhentian ke istana raja Alat alat kelengkapan yang digunakan oleh pengantin lelaki: 1. 16 kain dukun 2. 4 orang berdikir 3. 1 bilah keris Panjang 4. 16 payung ubor-ubor 5. 3 alatan bunyi-bunyian 7Disediakan oleh: Jarren FoongWeng Houng 0330626
  • 11. Adat Keputeraan Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Istiadat Tabal Kerajaan disempurnakan setelah Raja Pemerintah baru dipilih dan dilantik oleh Dewan Negara Perak sebelum permakaman Almarhum Paduka Seri Sultan. sebelum itu Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja mengumumkan perlantikan Raja Pemerintah baru itu di khalayak orang besar-besar dan orang kenamaan yang hadir di balairong seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Selepas pengumuman itu, para hadirin menyeru tiga kali 'Daulat Tuanku'. Raja Pemerintah baru meletakkan tangan kanannya pada keranda Almarhum sebagai tanda penerimaan perlantikan tersebut. Tabal Kerajaan Tabal Adat Istiadat Tabal Adat merupakan upacara pertabalan rasmi di mana Raja Pemerintah baru akan ditabal secara rasmi mengikut adat resam yang turun-menurun dengan keberangkatan hadir wakil-wakil Sultan dan Raja Pemerintah Negeri yang lain dari Semenanjung Malaysia serta Negara Brunei Darussalam dengan penuh gilang-gemilang. Istiadat ini diadakan di dalam Balairong Seri, Istana Iskandariah. Juga diundang hadir adalah Menteri Besar, orang besar- besar, wakil rakyat dan orang kenamaan. Keputeraan Sultan Perak 8Disediakan oleh: Go Xze Shean, Andrea 0331455
  • 12. Tabal Pusaka Istiadat Tabal Pusaka mengandungi beberapa istiadat kecil termasuk Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada, Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal Di Tujuh Kuala Sungai Perak, Istiadat Pemulihan Perkakas-perkakas Kerajaan, Istiadat Bersiram Tabal dan Istiadat Menyantap Nasi Berastakona. Istiadat MemasakTiang Seri Panca Persada Istiadat Memasak Tiang Seri Panca Persada merupakan adat yang dijalankan sebelum tiang utama Panca Persada daripada kayu khas bernama 'Sungkai' dipasakkan. Pada zaman dahulu, Panca Persada dibangunkan di pertengahan Sungai Perak, tetapi sekarang ianya didirikan di pekarangan Istana Iskandariah. Berbentuk empat persegi setinggi 9 atau 11 tingkat, ianya dikisar sekelilingnya dengan tangga. Di kemuncaknya terletaknya tempat bersemayam Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan yang berbumbung. Di sekiling tingkat digantung dengan daun budi dan tingkat kemuncak diulas dengan kain keemasan. Lazimnya, istiadat ini cuma dihadiri oleh orang besar-besar, pawang-pawang, panglima-panglima dan bentara-bentara sahaja. Di Teluk Intan, Paduka Seri Sultan bertolak ke Beting Beras Basah, iaitu bumi Perak yang pertama dipijak oleh Almarhum Sultan Muzaffar Shah, Sultan Perak yang pertama takkala Almarhum berangkat tiba dari Kampar, Sumatera. Kaum wanita tidak dibenarkan menyertai adat ini. Istiadat Beting Beras Basah Sebagai tanda baginda telah selamat berangkat sampai, Paduka Seri Sultan mencelup kakinya ke beting dan seterusnya membasuh muka dan diikuti dengan bacaan doa selamat. 9Disediakan oleh: Go Xze Shean, Andrea 0331455
  • 13. Istiadat ini dimulakan dengan perarakan berkereta yang memuatkan pasukan Nobat Diraja, panglima-panglima, Toh Seri Nara Diraja dan Raja Cik Muda (Pawang Diraja) bersama-sama dengan tujuh orang bomoh yang lain, bentara- bentara yang membawa perkakas istiadat, dan enam belas jejawat berlembing dari Istana Iskandariah hingga ke tebing Sungai Perak. Istiadat Mengambil Air BersiramTabal DiTujuh Kuala Sungai Perak Geluk Nobat akan dipalukan sepanjang istiadat ini. Di tebing sungai, perkakas istiadat dibawa naik ke atas bot. Raja Chik Muda, Toh Seri Nara Diraja dan bentara-bentara menaiki bot serta bermula mengambil air dari kuala Sungai Kangsar serta dimasukkan ke dalam geluk*. Istiadat menziarahi makam-makam Diraja bermula dengan kegunaan kenderaan dari bahagian hulu Sungai Perak berangkat menziarahi makam-makam Almarhum Sultan- Sultan yang terdahulu yang terletak di sepanjang Sungai Perak sehingga ke Pemakaman Diraja Kuala Kangsar. Setelah itu, Paduka Seri Sultan dan Raja Perempuan diiringi oleh para orang besar-besar akan berangkat menaiki sebuah bot Istiadat menziarahi makam-makam atau Balai Gambang bernama Cempaka Sari, untuk menghilir serta menziarahi makam- makam diraja. Semasa keberangkatan menziarahi, doa selamat dan kenduri arwah diadakan. 10Disediakan oleh: Go Xze Shean, Andrea 0331455
  • 14. Adat Kemangkatan Kenduri arwah akan diadakan di istana selepas upacara pemakaman selama 3 malam berturut-turut, diikuti dengan hari-hari yang telah ditetapkan kemudiannya. Majlis ini akan diadakan pada hari kematian, hari kedua, ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus dan setahun serta bertujuan untuk memperingati atau mendoakan orang yang telah meninggal. Apabila seseorang Raja Melayu mangkat, adat kemangkatan diraja diperlukan untuk memastikan baginda dimakamkan dan dikembumikan dengan betul. Pertama sekali, kemangkatan baginda akan diumumkan dan Sultan yang baru akan dilantik. Selepas itu, jenazah Almarhum akan dibawa keluar dari istana ke Masjid Ubudiah dengan menggunakan pedati khas untuk disolatkan diiringi dengan jumlah tembakan yang merupakan umur baginda. Akhir sekali, jenazah Almarhum akan dikembumikan dan ahli keluarga baginda akan memberikan penghormatan terakhir kepada baginda dengan menjirus air mawar ke atas makam baginda. Pemakaman Diraja Perak Bacaan Quran dan tahlil akan diadakan oleh kerabat raja, pembesar dan rakyat jelata dalam majlis ini. Bacaan doa tersebut adalah untuk mendoa kepada Allah supaya Almarhum dirahmati dan diberi segala kebaikan. Dalil yang dibacakan pada majlis tersebut meliputi Surah Al-Fatihah, Surah al-Ikhlas, Surah al-falaq dan Surah an-Naas. Kedua-dua majlis ini akan diadakan di Masjid Ubudiah, masjid dan surau seluruh negeri Perak untuk memperingati Sultan yang mangkat. 11Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
  • 15. Para tentera mengangkat jenazah baginda dan diiringi oleh kerabat DiRaja serta rakyat-rakyat. 40 orang anggota AngkatanTentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengusung pedati khas tersebut secara bergilir- gilir sejauh kira-kira dua kilometer dari Istana Iskandariah. 86 das tembakan dilepaskan ke udara sepanjang tempoh jenazah Almarhum dibawa ke Masjid Ubudiah. Kemangkatan Almarhum diumumkan kepada Raja-Raja, Orang Besar-Besar dan rakyat jelata oleh Setiausaha Dewan Negara Perak dan Setiausaha Kerajaan Negeri. Para alim ulama akan memandi dan mengkafankan jenazah Almarhum selepas jenazah tersebut disiapkan. Pegawai tentera darat, udara dan laut serta polis berkawal di keempat-empat penjuru persada khas empat segi tujuh tingkat yang bersalut kain kuning selepas jenazah Almarhum dibawa dan diletakkan atas persada tersebut. Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah diarak dari Istana Iskandariah menuju ke Masjid Ubudiah setelah Istiadat PenghormatanTerakhir dan Istiadat Pengisytiharan Sultan Perak ke 35 diselesaikan untuk disolatkan dan dimakamkan di Makam Diraja Al Ghufran. Sultan Perak yang baru, iaitu Raja Muda Perak yang menggantikan ayahanda baginda akan mencium keranda Almarhum dan serentak dengan itu 86 das tembakan yang menandakan umur Almarhum. Jenazah Almarhum diletakkan di sebuah pedati khas yang dinamakan Seraja DiRaja dan berwarna kuning setelah dibawa keluar dari Balairong Seri Istana. 01 07 06 05 04 03 02 Proses Pemakaman Diraja 12Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
  • 16. Selepas seratus hari daripada hari pemakaman Almarhum, Istiadat Menurunkan Batu Nisan akan diadakan dan ia cuma disaksikan oleh kerabat- kerabat yang terdekat sahaja. Batu nisan tersebut akan dililiti kain kuning atau kain putih, kuning dan hitam yang merupakan warna-warna kebesaran kerajaan Negeri Perak. Jenazah baginda disolatkan di Masjid Ubudiah oleh Imam masjid iaitu Ustaz Mohd Helmi Ibrahim dan seterusnya dibawa ke Makam DiRaja untuk disemadikan. Baginda dimakamkan di sebelah Almarhum Raja Ashman, anakanda baginda yang mangkat akibat asma. Talkin serta doa dan tahlil dibaca oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, doa pula dibaca oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti selepas pemakaman. Isteri Almarhum iaitu Permaisuri Tuanku Bainun mendahului keluarga diraja membaca bacaan selawat sambil menjirus air mawar dan menabur bunga di makam Almarhum. Selepas itu, diikuti oleh orang yang berpengaruh seperti Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Muda Musa dan lain-lain. 13 12 11 10 09 08 13Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
  • 17. Tempoh perkabungan merupakan suatu jangka masa yang mengehadkan kegiatan-kegiatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kerabat istana dan rakyat jelata untuk menghormati kemangkutan sultan dan tempoh ini berbeza untuk kerabat diraja dengan megikuti pangkatan mereka. •100 hari bagi kemangkatan Sultan, •40 hari bagi kemangkatan Raja Muda, •14 hari bagi kemangkatan Raja Bendahara, •7 hari bagi Raja Di Hilir dan, •5 hari bagi Raja-RajaYang Bergelar lainnya. Tempoh Perkabungan Adat cara berpakaian Adat cara berpakaian semasa istiadat Kemangkatan Diraja Perak pula seperti berikut: •Putera Sultan dan Ahli keluarga terdekat akan memakai baju Melayu Putih samping putih dan bertongkolok putih. •Waris Negeri dan Kerabat akan memakai Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bertongkolok Putih ikat Solek serta berbengkong Putih. •Orang perempuan – Berbaju dan berkain hitam, bertudung putih. •Raja-Raja Melayu akan berpakaian Baju Melayu Putih dan Samping putih dan bersongkok dengan kain putih berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok. •Orang Besar dan Orang kebanyakan : Baju Melayu hitam bersamping hitam dan bersongkok yang berbelit dengan kain putih selebar 2.5 cm di tengah-tengah songkok. Tiap-tiap seorang lelaki didalam istana dikehendaki bercukur manakala perempuan-perempuan pula dikehendaki berkerat rambut sebagai cara berkabung bagi menunjukkan dukacita kerana kehilangan raja apabila berlaku kemangkatan seseorang sultan. 14Disediakan oleh: ChinYi Hui 0331784
  • 18. Journal Lawatan. Perbincangan kami dijalankan dengan lancar kerana semua ahli memberi kerjasama yang maksimum. Kami dapat menentukan kekuatan masing-masing, seperti penggunaan perisian komputer, perakaman video dan sebagainya. Pada akhir sesi perbincangan, tugas-tugas kami dapat dibahagikan dengan rata. Kami turut bermula menyelidik semua pilihan topik. SEBELUM Selepas mendaftar nama sebagai sebuah kumpulan, ahli-ahli kami membuat keputusan untuk mengadakan mesyuarat untuk membuat keputusan tentang pembahagian kerja tugasan. Selepas itu, kami memilih topik “Adat Istiadat Istana Melayu” supaya kami dapat menambah ilmu tentang budaya tradisional Melayu. Kumpulan kami pula memulakan kajian tentang adat istiadat Melayu seperti langkah- langkah upacara dan cara pemakaian. 15Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
  • 19. Pada 11 October 2018, kumpulan kami bertolak ke lokasi kajian dari Taylor’s Universiti pada pukul 11.00pagi. Destinasi kami merupakan Istana Negara, tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana ini terletak di Jalan Istana bertentangan dengan Jalan Syed Putra, suatu kawasan seluas 25 ekar atau 11.34 hektar di tepi Setelah membeli tiket berharga RM5.00, maka bermulalah tugasan kami pada hari itu iaitu mengumpul maklumat-maklumat terperinci yang tidak terdapat di laman internet. Kami telah mengunjungi seluruh istana, termasuk Singgahsana Kecil, SEMASA Kami telah menghabiskan masa selama satu jam setengah di Muzium Diraja. Ahli-ahli kumpulan mendapat hasil penyelidikan yang bernas dari kunjungan tersebut. Bilik Duta, Bilik Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Dewan Kecil dan banyak lagi. Bukit Petaling di Kuala Lumpur yang menghadap Sungai Klang. 16Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
  • 20. Kami telah menghabiskan masa selama satu jam setengah di Muzium Diraja. Ahli-ahli kumpulan mendapat hasil penyelidikan yang bernas dari kunjungan tersebut. Contohnya, tulisan nota, lakaran pemandangan dan gambar foto di luar muzium. Pada kira-kira pukul 2.00petang, kami pun berangkat pulang ke universiti untuk perbincangan selanjutnya. Pada zaman pemerintahan Jepun, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes PegawaiTentera Jepun. Selepas Jepun menyerah kalah, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Selangor dan selepas diubahsuai sebagai Istana DuliYang Maha Mulia Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah, Sultan Selangor sehingga tahun 1957. Bangunan itu kemudiannya dibeli oleh kerajaan persekutuan dan diubahsuai untuk menjadikannya sesuai sebagai kediaman Raja bagi sebuah negara merdeka yang baru. Kini Istana Negara Jalan Istana di jadikan sebagai Muzium Diraja dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jabatan Muzium Malaysia dan dibuka secara rasmi untuk kunjungan orang ramai. 17Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
  • 21. Pada keesokan harinya, kami berkumpul lagi untuk menyusun dan kemaskini maklumat- maklumat dari lawatan ke Muzium Diraja serta Xue Ni pula bertanggungjawab menghasilkan video persembahan kumpulan kami. Walaupun ditugaskan bentuk kerja yang berlainan, kami tetap berkomunikasi secara berterusan untuk mengelakkan sebarang salah faham. Proses menghabiskan tugasan ini dijalankan dengan lancar sekali atas kerjasama dan sikap toleransi antara semua ahli kumpulan. Jarren, Olivia dan Andrea bertanggungjawab mengumpul info yang tepat dan seluruh tentang Adat istiadat Istana Melayu iaitu Adat Perkahwinan, Keputeraan dan Kemangkatan. Evian dan Alyssa ditugaskan menyemak dan menyunting e-majalah. SELEPAS dari laman internet. Kemudian, kamibersama- sama memulakan kerja yang telah diagihkan sebelum ini. 18Disediakan oleh: Lim Evian 0330405 & Alyssa Lou Mei Lin 0331074
  • 22. Istiadat tabal adat Sultan Perak penuh tradisi KUALA KANGSAR: Istiadat Tabal Adat bagi pertabalan Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Shah berlangsung di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, hari ini dalam suasana penuh tradisi dan adat resam Kesultanan Melayu Perak. Istiadat Tabal Adat yang menandakan kesinambungan teraju pemerintahan Perak itu bermula dengan para jejawat yang membawa masuk masing-masing 16 lembing dan payung kerajaan mengambil tempat di kiri kanan Balairung Seri. Paluan Nobat yang memainkan lagu 'Raja Berangkat' serentak mengiringi keberangkatan tiba SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah hari ini. - foto BERNAMA Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang masing-masing lengkap berpakaian songket kuning diraja. Terdahulu Sultan Nazrin Shah menerima Hormat Diraja yang diiringi lagu kebesaran negeri Perak Darul Ridzuan oleh pasukan pancaragam Tentera Laut Diraja Malaysia di dataran istana pada pukul 9 pagi. Baginda kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormat pasukan Rejimen Askar Jurutera Diraja Divisyen 2 sebelum istiadat tersebut diteruskan di Balairung Seri. SULTAN Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan memberi tabik hormat semasa memeriksa kawalan kehormat sempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV di Istana Iskandariah hari ini. - foto BERNAMA Rabu, 6 Mei 2015 -sejak 1870- Sumber: BERITA HARIAN (Rabu, 6 Mei 2015) Istiadat tabal adat Sultan Perak penuh tradisi. 19
  • 23. Pen utup Adat istiadat istana adalah aneka kelaziman dalam kedaulatan negeri Perak. Ringkasnya, ia merupakan gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan. Ini dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan. Setiap masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup bertatacara. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dari cara perlaksanaan dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran adat dalam sesebuah negeri itu, tujuannya adalah serupa, iaitu membentuk suatu masyarakat yang dinamik dan progresif, kerana adat dapat mencerminkan jiwa suatu masyarakat Kita sedia memaklumi bahawa di Malaysia, kita tidak hanya mempunyai satu bangsa sahaja. Malaysia merupakan sebuah negara yang bangsa-bangsa didalamnya adalah bercampur ataupun dalam istilah yang lebih mudah, masyarakat yang majmuk. Pemahaman adat istiadat sebegini dalam masyarakat Malaysia bantu membentuk identiti disatukan dan dijadikan sebagai cerminan kepelbagaian itu secara menyeluruh dan bersifat nasional. Jelasnya, masyarakat Malaysia disatukan melalui adat dan budaya kebangsaan adalah untuk melahirkan satu cara hidup masyarakat yang mempunyai pelbagai bangsa, budaya dan bahasa pertuturan tetapi dapat hidup berdampingan, berganding bahu, dan penuh dengan sikap toleransi. Tanggungjawab menghargai dan mengekalkan pusaka negeri iaitu adat istiadat istana sememangnya tersanding pada bahu kita sebagai generasi baru. Salah satu kepentingan mengekalkan adat istiadat istana ialah budaya menghormati kepada kesultanan Melayu. Jadi, pengekalan dan pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau jati diri masyarakat yang murni. Antara cara-cara memperkenalkan adat istiadat istana kepada rakyat termasuklah pemaparan amalan adat tersebut pada media massa. Ini dapat memberi pendedahan terhadap latar belakang adat kepada masyarakat Malaysia. 20Disediakan oleh: Lim Evian 0330405
  • 24. Brenda Xue Ni R e f l e k s i Jarren Melalui kerja ini, saya dapat memahami ilmu pengetahuan tentang adat istidadat kerajaan Melayu dan juga berpeluang mengeratkan hubungan dengan ahli-ahli kumpulan saya untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli kumpulan saya yang terlibat secara langsung dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Sepanjang proses ini , projek ini telah memberi peluang untuk saya menambah ilmu pengetahuan tentang adat istiadat perkahwinan , kemangkatan dan keputeraan. Saya juga memainkan peranan sebagai seorang pengedit video dalam kumpulan saya . Secara peribadi saya mendapat lebih banyak pengetahuan selepas tugasan ini dan kami bertindak sebagai satu pasukan dan melakukan seperti satu untuk mencapai keputusan akhir yang telah kami hantar. Akhir sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan dan tempat-tempat berikut membuat kejayaan ini menjadi kejayaan. Dalam tugasan ini, kumpulan saya telah memilih adat isitiadat kerajaan Melayu sebagai topik kajian kami.Tugasan ini telah menambah ilmu pengetahuan saya tentang adat istiaat kerajaan Melayu. Sebagai seorang warganegara Malaysia yang taat setia, saya dapat memahami kepentingan untuk megekalkan tradisi ini walaupun kita berada dalam era yang moden. Selain itu, saya juga amat bersyukur tugasan ini telah mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahl kumpulan saya. 21
  • 25. Andrea Olivia Selepas menyiapkan project ini, saya telah mendapat ilmu dan pengetahuan baru dalam beberapa aspek. Pertama sekali ialah bagaimana bekerjasama dengan orang lain yang mempunyai gaya kerja yang berbagai. Walaupun kami berbeza, tetapi kami selalu berbincang sebagai satu kumpulan sehingga semua orang bersetuju sebelum melakukan sesuatu. Kami dapat mengetepikan perbezaan antara kami dan menyiapkan projek ini tanpa konflik dan saya berasa bersyukur mendapat ahli kumpulan seperti kumpulan ini kerana kami dapat berseronok sambil menyiapkan e-magazine ini. Seterusnya ,saya telah lebih memahami adat istiadat diraja selepas dapat mengaji tentang pelbagai adat seperti adat kemangkatan, perkahwinan dan keputeraan. Saya percaya bahawa pengetahuan yang diperolehi melalui projek tersebut akan berguna pada masa depan. Saya juga dapat mencuba berlakon untuk kegunaan video projek ini. Saya berharap kami dapat bekerjasama sebagai satu kumpulan lagi pada masa akan dating. Saya telah menerima banyak faedah dan semasa melakukan kerja kursus TITAS. Saya telah mengenali dengan terperinci dan mendalam tentang adat istiadat Melayu setalah membuat rujukan dan perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan saya. Sebagai rakyat Malaysia, saya merasai kepentingan projek ini untuk membantu saya memahami budaya dan adat istiadat negara kita dengan lebih mendalam. Selain itu, saya amat syukur kerana kerja kursus ini telah mengeratkan hubungan silaturahim dengan ahi-ahli kumpulan saya. Sikap toleransi serta kerjasama telah ditingkatkan melalui proses pembincangan dan lawatan ke istana. 22
  • 26. Alyssa Evian Melalui penghasilan projek ini, saya berpeluang menimba ilmu pengetahuan tentang tradisi istana negari Perak yang masih diamalkan sehingga hari ini. Pada pendapat saya, adat-adat tersebut amat istimewa dan sewajibnya dikenali oleh orang ramai di Malaysia. Saya akan terus mempelajari dan menghargai budaya kaum lain dengan sikap yang terbuka.Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang dilaksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasama, dan disiplin antara pensyarah dan rakan-rakan juga dapat ditingkatkan. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama ahli kumpulan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Tunjuk ajar yang diberikan selama ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan Pada permulaanya, kita telah menerima ringkasan projek ini daripada pensyarah subjek TITAS kita. Kita pun bermula membuat rancangan serta mengadakan perbincangan dengan serta- merta. Sepanjang perlangsungan projek ini, saya dapat mengalami pelbagai cabaran yang membawa banyak faedah kepada diri sendiri walaupun susah untuk dihalangi. Saya telah lebih memahami kepentingan kerjasama dalam satu kumpulan. Sifat kerjasama yang kuat membolehkan kita untuk menyempurnakan tanggungjawab sendiri serta tanggungjawab dikongsi dengan cekap. Selain menjalinkan hubungan yang bermakna dengan ahli kumpulan, saya juga memperolehkan ilm-ilmu terharga tentang pelbagai adat- adat istiadat yang wujud di negara tersayang kita. Kajian serta telaahan yang kita membuat tentang adat-adat ini akan banyak membantu saya memahami negara Malaysia. Saya percaya bahawa projek ini adalah sesuatu yang membawa manfaat kepada saya pada masa kini serta masa hadapan. 23
  • 27. Lampiran Merisik Rombongan Meminang Adat bertunang Malam berinai Nikah Majlis kahwin dan adat bersanding D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Sedang Membaca Lafaz Sumpah sebagai Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan D.Y.M.M Paduka Seri Sultan menerima Amanah di atas Keranda Istiadat MemasakTiang Seri Panca Persada Setelah selesai mengangkat sumpah, jenazah Almarhum diangkat untuk dibawa ke Masjid Ubudiah Ribuan rakyat turut mengiringi jenazah Almarhum sepanjang perjalanan terakhir baginda ke Istiadat Pemakaman. Para pembawa Darjah Kebesaran Almarhum 24Disediakan oleh: Alyssa Lou Mei Lin 0331074
  • 28. Rujukan Ku Alam, Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Available at: http://ku-alam.blogspot.com/2014/07/adat-istiadat-pertabalan- paduka-seri.html (Accessed: 20 October 2018) Adat Istiadat Pertabalan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Available at: https://sembangkuala.wordpress.com/2015/05/05/adat-istiadat-pertabalan- paduka-seri-sultan-perak-darul-ridzuan/ (Accessed: 20 October 2018) Pertabalan Sultan Perak 2015. Available at: https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertabalan_Sultan_Perak_2015 (Accessed: 20 October 2018) Wangsa Selangor,TERTIB ADAT ISTIADAT PEMAKAMAN DIRAJA PERAK. Available at: https://wangsamahkota.wordpress.com/2012/04/13/tertib-adat-istiadat- pemakaman-diraja-perak/ (Accessed: 20 October 2018) AMIRUL IZWAN, Istiadat Pemakaman Almarhum Sultan Azlan Shah. Available at: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2014/05/istiadat-pemakaman- almarhum-sultan.html (Accessed: 20 October 2018) Wakaf, L. (2017, January 19) Hukum Mengerjakan Kenduri Arwah Dan MembacaTahlil. Available at: http://www.islamituindah.com.my/2017/01/hukum-mengerjakan-kenduri- arwah-dan.html (Accessed: 23 October 2018) (2014, May 29) Jenazah Almarhum Sultan Perak selamat dimakamkan. Available at: http://www.sinarharian.com.my/semasa/jenazah-almarhum-sultan-perak- selamat-dimakamkan-1.285181 (Accessed: 20 October 2018) AMIRUL IZWAN, Istiadat Pemakaman Almarhum KDYMM Sultan Kedah. Available at: http://warisanpermaisuri.blogspot.com/2017/09/istiadat- pemakaman-almarhum-kdymm.html (Accessed: 20 October 2018) 25Disediakan oleh: Brenda Ang ShauYing 0331171