SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
Download to read offline
Peranan Tekstil di dalam Sosial Budaya Melayu Sarawak
Dr. Nazlina Shaari
Norhayati Suleiman
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Universiti Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan, Sarawak
Pengenalan
Tradisi budaya Melayu telah bermula sejak zaman pra-sejarah. Di percayai tradisi
Melayu wujud berasaskan pengalaman yang berkait rapat dengan kehidupan dan alam
sekitar. Proses penyebaran tradisi berlaku secara lisan iaitu dari perbualan, dan melalui
penghasilan seni kraftangan.
Masyarakat Melayu seringkali memperlihatkan kewujudannya melalui keunikan
penghasilan barangan kraf serta adat resamnya. Melalui tradisi atau adat, ia merupakan
perlambangan utuh terhadap identiti masyarakat dan budaya Melayu. Masyarakat Melayu
seringkali berkait rapat dengan pegangan agama Islam walaupun terdapat juga unsur-
unsur kepercayaan Hindu- Buddha yang mempengaruhi adat dan budaya mereka. Selain
daripada itu pengaruh dari timur tengah serta penjajahan barat turut menyumbang
terhadap perkembangan tekstil Melayu Sarawak. Faktor ini juga memperlihatkan
perubahan serta perkembangan sosial masyarakat Melayu Sarawak. Proses difusi ini
berlaku bukanlah membawa kemusnahan kepada masyarakat Melayu, tetapi ia
merupakan penyesuaian nilai serta peningkatan pencapaian ilmu. Apabila hukum Islam
diperkenalkan dalam masyarakat Melayu, peraturan dan aturan adat yang bercanggah
dengan akidah dan doktrin Islam dihapuskan manakala yang tidak bercanggah diteruskan
amalan adat istiadatnya dari sejak bayi hingga kepada saat kematian (W.A. K Yusuf,
1995). Ini adalah kerana ajaran Islam mempengaruhi pembinaan struktur budaya Melayu
secara dalaman.
Di dalam meneliti budaya dan adat bangsa Melayu, krafnya boleh dinilai dalam memberi
makna dan lambang kepada bangsa Melayu itu sendiri. Perkembangan seni kraftangan
Melayu dipercayai sudah wujud sejak zaman prasejarah lagi (H, Ismail, 1991). Keunikan
budaya Melayu bukan hanya terletak pada pengisian adat resam tetapi terhadap budaya
material sebagai penyokong kepada perkembangan kesenian wanita Melayu terutamanya
di dalam seni tekstil dan kostum. Bagi orang Melayu, kelengkapan pakaian memainkan
peranan penting sebagai khazanah yang amat berharga dan disanjung tinggi.
Terdapat perubahan- perubahan yang ketara di dalam tekstil Melayu Sarawak. Ini adalah
akibat daripada pengaruh kuat daripada pengaruh India, Islam, Kesultanan Melayu
Brunei dan juga pengaruh Barat. Rentetan daripada pengaruh tersebut, terdapat pelbagai
jenis tekstil serta ragamhias menular di dalam seni tekstil tersebut. Di samping itu, tekstil
di kalangan masyarakat Melayu melibatkan pelbagai kegunaan sejak dari dahulu
sehingga ke hari ini. Ia dipeluaskan kegunaanya bukan sahaja sebagai bahan untuk
melindungi badan tetapi sebagai alat komunikasi, bekas bungkusan, perhiasan kepala dan
sebagainya.
Kepentingan tekstil dalam masyarakat Melayu Sarawak
Tekstil merupakan hasil seni kerajinan tangan wanita yang penting di dalam
mengekalkan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Walaupun penyebaran ilmu seni di
kalangan masyarakat Sarawak dilihat hanya bertumpu di kalangan ahli keluarga sahaja,
tetapi ia merupakan penyebaran budaya melalui proses sosial yang berkesan. Pertama,
konsep kekeluargaan yang menekankan tentang peranan ahli keluarga dan orang tua-tua
menyampaikan maklumat dan ilmu kepada generasi muda. Kedua, orang-orang muda
dipupuk dengan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab untuk menghargai dan
mempertahankan adat. Ketiga, proses pengukuhan warisan budaya di dalam
pembentukan identiti dan penyatuan masyarakat.
Terdapat pelbagai jenis tekstil yang digunakan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang
disesuaikan dengan suasana atau keadaan. Penggunaan tekstil bagi masyarakat ini dapat
dikenalpasti seawal proses perkahwinan, kelahiran, kehidupan dan kematian. Bagi
masyarakat Sarawak, tekstil seperti tenunan, batik dan sulaman yang dihasilkan

More Related Content

Similar to Peranan_Tekstil_di_dalam_Sosial_Budaya_M.pdf

Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunIfrahim jamil
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTang Hiang
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahiraMiji Mina
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...MuhammadZulaziziMohd
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Tan Meng
 
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas KerjaMPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas KerjaJoe Yi Lim
 
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)wanarizwan
 
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
Bab 3  Tamadun Melayu (2)Bab 3  Tamadun Melayu (2)
Bab 3 Tamadun Melayu (2)wanarizwan
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)rosedainty
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Hubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalHubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalShze Hwa Lee
 
Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016Mirza Qayyum
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia Tharan Ran
 
MPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxMPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxeleena12
 

Similar to Peranan_Tekstil_di_dalam_Sosial_Budaya_M.pdf (20)

Interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadunInteraksi antara tamadun
Interaksi antara tamadun
 
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysiaTamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
Tamadun melayu sebagai teras tamadun malaysia
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahira
 
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia  (Restructuring Scenarios O...
Senario penstrukturan pengajian islam di malaysia (Restructuring Scenarios O...
 
Assignment
AssignmentAssignment
Assignment
 
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
 
Asgment antropologi
Asgment antropologiAsgment antropologi
Asgment antropologi
 
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas KerjaMPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
MPU Tamadun Islam dan Tamadun Asia Kertas Kerja
 
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)Bab 3 Tamadun Melayu (1)
Bab 3 Tamadun Melayu (1)
 
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
Bab 3  Tamadun Melayu (2)Bab 3  Tamadun Melayu (2)
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Hubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalHubungan etnik-final
Hubungan etnik-final
 
Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016
 
Tamadun Melayu.pdf
Tamadun Melayu.pdfTamadun Melayu.pdf
Tamadun Melayu.pdf
 
Tut0rial 3
Tut0rial 3Tut0rial 3
Tut0rial 3
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia A brief review of Sikh community in Malaysia
A brief review of Sikh community in Malaysia
 
MPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docxMPU1013 T1.docx
MPU1013 T1.docx
 

Peranan_Tekstil_di_dalam_Sosial_Budaya_M.pdf

  • 1. Peranan Tekstil di dalam Sosial Budaya Melayu Sarawak Dr. Nazlina Shaari Norhayati Suleiman Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif Universiti Malaysia Sarawak 94300 Kota Samarahan, Sarawak Pengenalan Tradisi budaya Melayu telah bermula sejak zaman pra-sejarah. Di percayai tradisi Melayu wujud berasaskan pengalaman yang berkait rapat dengan kehidupan dan alam sekitar. Proses penyebaran tradisi berlaku secara lisan iaitu dari perbualan, dan melalui penghasilan seni kraftangan. Masyarakat Melayu seringkali memperlihatkan kewujudannya melalui keunikan penghasilan barangan kraf serta adat resamnya. Melalui tradisi atau adat, ia merupakan perlambangan utuh terhadap identiti masyarakat dan budaya Melayu. Masyarakat Melayu seringkali berkait rapat dengan pegangan agama Islam walaupun terdapat juga unsur- unsur kepercayaan Hindu- Buddha yang mempengaruhi adat dan budaya mereka. Selain daripada itu pengaruh dari timur tengah serta penjajahan barat turut menyumbang terhadap perkembangan tekstil Melayu Sarawak. Faktor ini juga memperlihatkan perubahan serta perkembangan sosial masyarakat Melayu Sarawak. Proses difusi ini berlaku bukanlah membawa kemusnahan kepada masyarakat Melayu, tetapi ia merupakan penyesuaian nilai serta peningkatan pencapaian ilmu. Apabila hukum Islam diperkenalkan dalam masyarakat Melayu, peraturan dan aturan adat yang bercanggah dengan akidah dan doktrin Islam dihapuskan manakala yang tidak bercanggah diteruskan amalan adat istiadatnya dari sejak bayi hingga kepada saat kematian (W.A. K Yusuf, 1995). Ini adalah kerana ajaran Islam mempengaruhi pembinaan struktur budaya Melayu secara dalaman. Di dalam meneliti budaya dan adat bangsa Melayu, krafnya boleh dinilai dalam memberi makna dan lambang kepada bangsa Melayu itu sendiri. Perkembangan seni kraftangan Melayu dipercayai sudah wujud sejak zaman prasejarah lagi (H, Ismail, 1991). Keunikan
  • 2. budaya Melayu bukan hanya terletak pada pengisian adat resam tetapi terhadap budaya material sebagai penyokong kepada perkembangan kesenian wanita Melayu terutamanya di dalam seni tekstil dan kostum. Bagi orang Melayu, kelengkapan pakaian memainkan peranan penting sebagai khazanah yang amat berharga dan disanjung tinggi. Terdapat perubahan- perubahan yang ketara di dalam tekstil Melayu Sarawak. Ini adalah akibat daripada pengaruh kuat daripada pengaruh India, Islam, Kesultanan Melayu Brunei dan juga pengaruh Barat. Rentetan daripada pengaruh tersebut, terdapat pelbagai jenis tekstil serta ragamhias menular di dalam seni tekstil tersebut. Di samping itu, tekstil di kalangan masyarakat Melayu melibatkan pelbagai kegunaan sejak dari dahulu sehingga ke hari ini. Ia dipeluaskan kegunaanya bukan sahaja sebagai bahan untuk melindungi badan tetapi sebagai alat komunikasi, bekas bungkusan, perhiasan kepala dan sebagainya. Kepentingan tekstil dalam masyarakat Melayu Sarawak Tekstil merupakan hasil seni kerajinan tangan wanita yang penting di dalam mengekalkan tradisi masyarakat Melayu Sarawak. Walaupun penyebaran ilmu seni di kalangan masyarakat Sarawak dilihat hanya bertumpu di kalangan ahli keluarga sahaja, tetapi ia merupakan penyebaran budaya melalui proses sosial yang berkesan. Pertama, konsep kekeluargaan yang menekankan tentang peranan ahli keluarga dan orang tua-tua menyampaikan maklumat dan ilmu kepada generasi muda. Kedua, orang-orang muda dipupuk dengan nilai-nilai murni dan rasa tanggungjawab untuk menghargai dan mempertahankan adat. Ketiga, proses pengukuhan warisan budaya di dalam pembentukan identiti dan penyatuan masyarakat. Terdapat pelbagai jenis tekstil yang digunakan oleh masyarakat Melayu Sarawak yang disesuaikan dengan suasana atau keadaan. Penggunaan tekstil bagi masyarakat ini dapat dikenalpasti seawal proses perkahwinan, kelahiran, kehidupan dan kematian. Bagi masyarakat Sarawak, tekstil seperti tenunan, batik dan sulaman yang dihasilkan