SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
Download to read offline
1MA L AY S I A
1MA L AY S I A
MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 
1MA L AY S I A
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA 
1MA L AY S I A 
mendukung cita-cita hendak: 
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam 
kalangan seluruh masyarakatnya; 
Memelihara satu cara hidup demokratik; 
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana 
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama 
secara adil dan saksama; 
Menjamin satu cara yang liberal terhadap 
tradisi-tradisi kebudayaannya yang 
kaya dan berbagai-bagai corak; 
Membina satu masyarakat progresif yang akan 
menggunakan sains dan teknologi moden; 
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan 
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita 
tersebut 
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: 
Kepercayaan Kepada Tuhan 
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara 
Keluhuran Perlembagaan 
Kedaulatan Undang-undang 
Kesopanan dan Kesusilaan
MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 
1MA L AY S I A 
Disediakan oleh 
Bahagian Penerbitan Dasar Negara 
Reka Bentuk Kulit dan Reka Letak oleh 
World Communications Network Resources 
Diterbitkan oleh 
Jabatan Penerangan Malaysia 
Komunikasi dan Kebudayaan 
Kementerian Penerangan 
B.K005 (B.M) OGOS 2009 (050) 
Laman Web: http://www.penerangan.gov.my 
e-mel: webmaster@penerangan.gov.my
KANDUNGAN 
7 Pengenalan 
8 Definisi 
10 Perbezaan Antara Konsep 1Malaysia 
1MA L AY S I A 
dengan Konsep Malaysian Malaysia 
12 Konsep 1Malaysia 
13 Hubungan Konsep 1Malaysia dengan 
Dasar-dasar Kerajaan Terdahulu 
14 Matlamat 
Huraian 
17 3 Prinsip Teras 1Malaysia 
19 Nilai-nilai 1Malaysia 
31 Kesimpulan
1MA L AY S I A 
1. PENGENALAN 
• Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia 
ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun 
strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada 
arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa 
penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi 
keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira 
keturunan dan anutan agama, perlu bertindak 
sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang 
berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat 
yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih 
maju, selamat, aman dan makmur serta mampu 
bersaing dengan masyarakat lain di dunia. 
• Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya 
tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang 
dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang 
sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri 
Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan 
Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat 
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep 
ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan 
sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam 
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip 
Rukun Negara.
• Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan 
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai 
kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk 
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang 
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. 
Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh 
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah 
negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam 
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. 
2. DEFINISI 
• Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ 
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: 
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai 
bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan 
1MA L AY S I A 
berdasarkan kehendak semua kumpulan 
etnik dalam negara kita; 
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar 
afirmatif, dasar untuk menolong kaum 
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan 
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan 
kepada golongan Bumiputera yang layak 
mendapat sesuatu pertimbangan daripada 
kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak 
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak 
sekian lama”.
2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan 
1MA L AY S I A 
kesimpulan berikut : 
• Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara 
dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. 
“Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai 
bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat 
daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir 
melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka 
juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi 
tembok kepentingan etnik dan kaum. 
• Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak 
wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya 
sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya 
membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara 
yang menjadi kepentingan mereka sahaja. 
Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka 
perlu melakukan perkara yang sama. 
• Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan 
berdasarkan kehendak semua 
kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus 
dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. 
Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan 
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak 
rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.
• Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 
1Malaysia 
“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan 
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara 
kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak 
kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam 
bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan 
negara melayani kehendak dan keperluan setiap 
etnik melalui wakil kaum masing-masing. 
• Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri 
mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi 
sempadan kaum masing-masing dan melebarkan 
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. 
3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 
1MALAYSIA DENGAN KONSEP 
MALAYSIAN MALAYSIA 
• Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang 
dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki 
kelainan seperti berikut: 
• 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan 
rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah 
identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian 
Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu 
menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan 
10 1MA L AY S I A
yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam 
konsep Malaysian Malayisa diambil secara membuta 
tuli dengan mengambil konsep kesamarataan 
versi total. 
• Di samping menjaga kepentingan semua kaum, 
konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi 
dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan 
Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada 
kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan 
sejarah negara Malaysia. 
• Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 
1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang 
diamalkan di negara-negara lain di mana identiti 
kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan 
satu identiti nasional yang sama. 
• Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati 
prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta 
identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan 
menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan 
yang patut dibanggakan. 
• 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di 
kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu 
kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya 
agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan 
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam 
satu negara. 
1MA L AY S I A 1
4. KONSEP 1MALAYSIA 
• Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau 
gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 
1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian 
Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam 
bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin 
12 1MA L AY S I A 
Kerajaan menjalankan tugas dengan 
lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi 
kepentingan rakyat. 
• Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip 
keadilan untuk semua kaum, yang membawa 
maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela 
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. 
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan 
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. 
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan 
Perlembagaan yang memberikan 
pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, 
akan tetap dilaksanakan. 
• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina 
negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, 
rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini 
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan 
antara kaum, yang membawa kepada perpaduan 
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan 
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih 
lancar.
5. HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA 
DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN 
TERDAHULU 
• Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar 
negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB 
Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 
1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian 
Diutamakan, adalah kesinambungan daripada 
dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin 
terdahulu. 
• Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian 
Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah 
lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan 
menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah 
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman 
Putra Al-Haj. 
• Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara 
telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana 
Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri 
mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya 
tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. 
1MA L AY S I A 13
6. MATLAMAT 
• 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan 
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian 
yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta 
rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai 
bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang 
cabaran. 
• Perpaduan sememangnya telah membentuk teras 
utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan 
bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia 
bertujuan menyemarakkan semula semangat 
perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat 
Malaysia. 
• Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu 
dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan 
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang 
membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila 
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan 
negara akan berjalan dengan lebih lancar. 
7 HURAIAN 
• 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan 
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia 
dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara 
asas yang perlu diwujudkan dalam semangat 
14 1MA L AY S I A
perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, 
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara 
kaum. 
• 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat 
yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, 
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas 
dan amanah amat penting untuk melaksanakan 
tanggungjawab kepada negara. 
• 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak 
mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. 
Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki 
kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur 
strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam 
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. 
• Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan 
tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling 
ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara 
memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited 
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab 
dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi 
kepentingan dan kemajuan negara. 
• Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra 
rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga 
dan kewangan serta mengetepikan kepentingan 
peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja 
1MA L AY S I A 15
dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan 
mendapat sokongan dan dihormati oleh semua 
lapisan masyarakat. 
7.2 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat 
yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, 
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas 
dan amanah amat penting untuk melaksanakan 
• Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan 
kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan 
kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia 
merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, 
tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman 
politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa 
mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya 
perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam 
masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan 
daripada menikmati pembangunan dan mendapat 
pembelaan kerajaan yang sewajarnya. 
• 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan 
negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang 
mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara 
satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa 
bergantung kepada perkongsian nilai integriti, 
kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. 
16 1MA L AY S I A
• Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami 
dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu 
budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, 
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan 
dan integriti. 
1MA L AY S I A 17 
8. 3 PRINSIP TERAS 1MALAYSIA 
• 1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam 
memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu: 
PRINSIP PENERIMAAN 
PRINSIP KENEGARAAN 
PRINSIP KEADILAN SOSIAL 
8.1 PRINSIP PENERIMAAN 
• Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia 
mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan 
yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu 
sama lain sebagai rakan setia. 
8.2 PRINSIP KENEGARAAN 
• Konsep perpaduan, semangat nasionalisme 
dan cintakan negara telah diterapkan semenjak 
dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. 
Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan 
yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan
Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi 
mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada 
penjajah British untuk Tanah Melayu. 
• Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara 
dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya 
adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang 
kaum di negara ini. 
• Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal 
dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk 
memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga 
diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. 
• Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj 
Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 
dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang 
sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di 
kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. 
8.3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL 
• Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar 
belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik 
mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial 
yang penting. 
18 1MA L AY S I A
• Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat 
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing 
dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum 
1MA L AY S I A 19 
lain. 
• Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai 
prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi 
mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang 
keterlaluan dan bukan-bukan. 
9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA 
• Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ 
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 
1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat 
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran 
dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat 
iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah: 
• Budaya kecemerlangan 
• Ketabahan 
• Rendah hati 
• Penerimaan 
• Kesetiaan 
• Meritokrasi 
• Pendidikan 
• Integriti
9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN 
• Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi 
tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan 
serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan 
pencapaian masyarakat dan negara bergantung 
setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan 
oleh rakyatnya. 
• Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap 
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai 
tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh 
tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang 
berdaya maju. 
• Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan 
dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran 
tahap pencapaian atau kemajuan. 
• Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan 
kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa 
amat penting dalam menentukan kemajuan dan 
penerimaan orang lain terutama apabila berurusan 
dengan pihak-pihak luar negara. 
• Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan 
kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan 
kecemerlangan dan kejayaan. 
20 1MA L AY S I A
• Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting 
dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang 
diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja 
keras. 
• Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai 
negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan 
dalam segala bidang terutama dalam sistem 
perdagangan dunia yang berteraskan eksport. 
1MA L AY S I A 21 
9.2 KETABAHAN 
• Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja 
memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan 
untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan 
negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya 
tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. 
• Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan 
dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. 
• Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi 
serta tabah menghadapi segala rintangan dan 
dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai 
sesuatu matlamat. 
• Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi 
wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan 
kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang 
terdahulu.
• Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu 
dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya 
secara positif. 
• Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan 
kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan 
berjaya. 
• Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang 
berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan 
perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. 
• Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh 
perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat 
dan negara. 
9.3 RENDAH HATI 
• Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting 
untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan 
dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan 
sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang 
yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi 
bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita. 
• Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita 
tunduk atau mengalah dengan orang lain. 
• Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki 
tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara 
yang tidak digemari masyarakat Malaysia. 
2 1MA L AY S I A
• Masyarakat Malaysia amat menghormati serta 
menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai 
kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh 
terhadap sesuatu prinsip. 
• Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan 
masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. 
• Apabila berada di luar negara serta berurusan 
dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu 
dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan 
dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi 
bukan dengan cara kekasaran dan penindasan. 
1MA L AY S I A 23 
9.4 PENERIMAAN 
• Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua 
perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan 
mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan 
memperlihatkan perlakuan yang positif menerima 
sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang 
ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi 
pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara 
terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku 
apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya 
diterima dengan ketidakjujuran. 
• Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima 
apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan 
secara bersama.
• Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang 
terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah 
negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik 
daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain 
perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan 
daripada masyarakat negara ini. 
• Semua program dan peruntukan kewangan daripada 
kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh 
dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, 
lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan 
fahaman politik. 
• Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, 
subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu 
adil mencerminkan keperluan 1Malaysia. 
• Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina 
dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh 
keupayaan peribadi dan bakat seseorang. 
9.5 KESETIAAN 
• Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua 
keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, 
prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat 
oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. 
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan 
kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan 
kepada kaum dan kelompok sendiri. 
24 1MA L AY S I A
• Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam 
sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, 
keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. 
• Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan 
kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan 
tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami 
kehancuran. 
• Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin 
1MA L AY S I A 25 
satu ikatan antara dua pihak. 
• Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan 
perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap 
perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga 
atau pemimpin. 
• Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima 
dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan. 
Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau 
kekurangan adalah lambang setia kawan. 
• Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu 
dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang 
baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat 
dibaiki untuk kebaikan bersama.
• Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu 
menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur 
atau dikritik. 
• Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan 
melaksanakan tugas dengan cemerlang. 
• Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu 
berasaskan kepada keupayaan, pencapaian 
dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap 
perhubungan. 
• Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli 
tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. 
• Perhubungan yang berasaskan kepada cara 
mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan 
oleh pihak yang sering mengambil kesempatan. 
9.6 MERITOKRASI 
• Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu 
diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan 
mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi 
peluang untuk memacu pembangunan negara. 
26 1MA L AY S I A
• Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang 
bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat 
yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan 
perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab 
Kerajaan untuk membantu golongan tersebut. 
• Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka 
berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan 
sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria 
tersebut berhak dipilih. 
• Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan 
berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan 
memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua 
bidang. 
• Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan 
syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui 
tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah 
memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. 
• Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi 
khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan 
melalui persaingan yang menitikberatkan kepada 
setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi 
masing-masing dan memberi tawaran terbaik 
merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil 
yang dijanjikan. 
1MA L AY S I A 27
• Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat 
Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/ 
liberalisasi. 
9.7 PENDIDIKAN 
• Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat 
penting untuk mana-mana negara mencapai 
kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah 
berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan 
dan berpengetahuan mengatasi kekuatan 
ketenteraan. 
• Negara perlu memiliki masyarakat yang 
mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari 
segala-galanya. 
• Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat 
Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa 
terbuka. 
• Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula 
untuk memasukkan sekolah vernakular. 
28 1MA L AY S I A • Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, 
Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa 
mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan 
aktiviti bersama.
• Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran 
hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang 
perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia. 
• Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan 
berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan 
yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk 
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan 
kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. 
1MA L AY S I A 29 
9.8 INTEGRITI 
• Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk 
mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai 
ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada 
pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira 
kedudukan. 
• Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu 
tindakan dan percakapan. 
• Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan 
itu pahit dan sukar diterima. 
• Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara 
atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki 
bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
• Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang 
dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh 
mengikis kepercayaan dan kesetiaan. 
• Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang 
terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh 
sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu 
dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan 
kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. 
• Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan 
tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran 
tidak sah. 
• Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala 
tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu 
diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat 
ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok 
tertentu perlu dijauhi. 
• Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama 
integriti dalam semua aspek dan khidmat yang 
diberi. 
30 1MA L AY S I A
1MA L AY S I A 31 
10. KESIMPULAN 
• Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk 
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan 
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih 
erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip 
Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan 
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat 
menghormati dan sikap saling mempercayai antara 
kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan 
bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan 
kepentingan negara. 
• Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka 
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu 
dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara 
kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang 
akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan 
dan pembelaan daripada kerajaan. 
• Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan 
rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang 
menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. 
Melalui konsep ‘1Malaysia’ tidak akan wujud 
perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana 
kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia 
dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju 
dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. 
13
• Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara 
berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting 
terutama dalam era globalisasi yang membenarkan 
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja 
maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem 
nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. 
Keupayaan membina negara bangsa bergantung 
kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, 
dedikasi dan kesetiaan. 
• Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu 
mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu 
kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense 
of belonging) bagi menjayakan konsep ini. 
Sumber: 
www.1Malaysia.com.my 
Akhbar-akhbar tempatan 
32 23 1MA L AY S I A
CATATAN 
1MA L AY S I A 3
34 1MA L AY S I A 
CATATAN
Harapan, 
Malaysia 
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
DITERBITKAN OLEH : 
Jabatan Penerangan Malaysia BK005 (B.M) Jun 2009 (050) 
Laman Web : HYPERLINK • http://www.penerangan.gov.my 
Email : webmaster@penerangan.gov.my

More Related Content

What's hot

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA Pushpanantini Iswaran
 
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranHubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranSiti Hawa
 
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikPeranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikMardhiah Hayati Rahim
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraMis Sem
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahfaizah12
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuディー アン
 
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .HanissMalik
 
Pembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdfPembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdffaizah12
 
konsep survival melayu dan bumiputera
konsep survival melayu dan bumiputerakonsep survival melayu dan bumiputera
konsep survival melayu dan bumiputeraAkudAk'sjohor Nxn
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Mariana Lopez
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 

What's hot (20)

CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
CABARAN ETHNOSENTRISME DAN NASIONALISME KEPADA IDEA “1 MALAYSIA
 
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaranHubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
Hubungan etnik, integrasi & menangani cabaran
 
R u k u n negara
R u k u n negaraR u k u n negara
R u k u n negara
 
Rukun negara -
Rukun negara - Rukun negara -
Rukun negara -
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikPeranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Negara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarahNegara bangsa dari sudut sejarah
Negara bangsa dari sudut sejarah
 
Powerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraanPowerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraan
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
 
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
Kebaikan dan keburukan menyertai Program Latihan Khidmat Negara .
 
Pembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdfPembentukan negara bangsapdf
Pembentukan negara bangsapdf
 
konsep survival melayu dan bumiputera
konsep survival melayu dan bumiputerakonsep survival melayu dan bumiputera
konsep survival melayu dan bumiputera
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3Soalan kbat Sejarah PT3
Soalan kbat Sejarah PT3
 
Realslidectu
RealslidectuRealslidectu
Realslidectu
 
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Integrasi Hubungan Etnik
 

Viewers also liked

Social Media: An Introduction for Businesses
Social Media: An Introduction for BusinessesSocial Media: An Introduction for Businesses
Social Media: An Introduction for BusinessesAren Grimshaw
 
Employment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch List
Employment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch ListEmployment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch List
Employment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch Listguest20ea22
 
Leadership for tomorrow: Once more, with feeling
Leadership for tomorrow: Once more, with feelingLeadership for tomorrow: Once more, with feeling
Leadership for tomorrow: Once more, with feelingHay Group India
 
3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...
3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...
3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...Brasscom
 
ENR Global Construction Summit 2013
ENR Global Construction Summit 2013ENR Global Construction Summit 2013
ENR Global Construction Summit 2013enrevents
 
Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015imajpv
 
Halatujutransformasipoliteknik
HalatujutransformasipoliteknikHalatujutransformasipoliteknik
Halatujutransformasipoliteknikyusofkub
 
REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015
REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015
REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015ESADE
 
2010 04 tunneling-to_the_future
2010 04 tunneling-to_the_future2010 04 tunneling-to_the_future
2010 04 tunneling-to_the_futureJunaida Wally
 
A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...
A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...
A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...malmn
 
Conflito de gerações
Conflito de gerações Conflito de gerações
Conflito de gerações InformaGroup
 
Leaderonomics - Workplace Wellbeing
Leaderonomics -  Workplace WellbeingLeaderonomics -  Workplace Wellbeing
Leaderonomics - Workplace WellbeingRoshan Thiran
 
Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015 Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015 imajpv
 
RioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentation
RioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentationRioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentation
RioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentationeonemo
 

Viewers also liked (20)

Social Media: An Introduction for Businesses
Social Media: An Introduction for BusinessesSocial Media: An Introduction for Businesses
Social Media: An Introduction for Businesses
 
Medical travel
Medical travelMedical travel
Medical travel
 
Casa previdenciario
Casa   previdenciarioCasa   previdenciario
Casa previdenciario
 
Sociedade da informac a o
Sociedade da informac a o Sociedade da informac a o
Sociedade da informac a o
 
Doc2
Doc2Doc2
Doc2
 
Employment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch List
Employment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch ListEmployment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch List
Employment Analysis 2009 Summary & 2010 Watch List
 
Leadership for tomorrow: Once more, with feeling
Leadership for tomorrow: Once more, with feelingLeadership for tomorrow: Once more, with feeling
Leadership for tomorrow: Once more, with feeling
 
3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...
3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...
3 razões que explicam porque o brasil é um exemplo de bancarização para a amé...
 
ENR Global Construction Summit 2013
ENR Global Construction Summit 2013ENR Global Construction Summit 2013
ENR Global Construction Summit 2013
 
Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015
 
Directorio tel de
Directorio tel deDirectorio tel de
Directorio tel de
 
Paper iadhi
Paper iadhiPaper iadhi
Paper iadhi
 
Halatujutransformasipoliteknik
HalatujutransformasipoliteknikHalatujutransformasipoliteknik
Halatujutransformasipoliteknik
 
REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015
REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015
REPORT: ESADE Sovereign Wealth Funds 2015
 
2010 04 tunneling-to_the_future
2010 04 tunneling-to_the_future2010 04 tunneling-to_the_future
2010 04 tunneling-to_the_future
 
A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...
A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...
A Quantitative Analysis of the Repurchase of Stock between Quebecor and the C...
 
Conflito de gerações
Conflito de gerações Conflito de gerações
Conflito de gerações
 
Leaderonomics - Workplace Wellbeing
Leaderonomics -  Workplace WellbeingLeaderonomics -  Workplace Wellbeing
Leaderonomics - Workplace Wellbeing
 
Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015 Beneficiarios mayores de edad 2015
Beneficiarios mayores de edad 2015
 
RioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentation
RioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentationRioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentation
RioTinto Alcan, Aluminum Industry Analysis & Case Study presentation
 

Similar to 1 malaysia

Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaShazira Yazik
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisJamilah Abd Halim
 
Bab tambahan islam hadhari
Bab tambahan   islam hadhariBab tambahan   islam hadhari
Bab tambahan islam hadhariAizat Ganu
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikMohammad Yaqin
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Arli Klang
 
Guru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan NegaraGuru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan NegaraFariza Zulkifli
 
Factsheet karnival jom gerak
Factsheet karnival jom gerakFactsheet karnival jom gerak
Factsheet karnival jom gerakNazri Sahat
 
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13zayruliqwan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012
CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012
CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012Sivin Kit
 
Pancasila dalam sejarah indonesia
Pancasila dalam sejarah indonesiaPancasila dalam sejarah indonesia
Pancasila dalam sejarah indonesiaRokhma Wahyuni
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 

Similar to 1 malaysia (20)

E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
 
Buku jingga
Buku jinggaBuku jingga
Buku jingga
 
Patriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakisPatriotisme semakin terhakis
Patriotisme semakin terhakis
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab tambahan islam hadhari
Bab tambahan   islam hadhariBab tambahan   islam hadhari
Bab tambahan islam hadhari
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Pengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politikPengaruh barat dari aspek politik
Pengaruh barat dari aspek politik
 
Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11Ucapan pm di mappa ke 11
Ucapan pm di mappa ke 11
 
Guru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan NegaraGuru Dan Kedaulatan Negara
Guru Dan Kedaulatan Negara
 
Factsheet karnival jom gerak
Factsheet karnival jom gerakFactsheet karnival jom gerak
Factsheet karnival jom gerak
 
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
Manifesto Pakatan Rakyat - PRU 13
 
pakatan rakyat
pakatan rakyatpakatan rakyat
pakatan rakyat
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012
CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012
CFM letter GE13 - bm 18 julai 2012
 
Pancasila dalam sejarah indonesia
Pancasila dalam sejarah indonesiaPancasila dalam sejarah indonesia
Pancasila dalam sejarah indonesia
 
Powerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraanPowerpoint kenegaraan
Powerpoint kenegaraan
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 

1 malaysia

  • 1. 1MA L AY S I A
  • 2. 1MA L AY S I A
  • 3. MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 1MA L AY S I A
  • 4. BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA 1MA L AY S I A mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan
  • 5. MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 1MA L AY S I A Disediakan oleh Bahagian Penerbitan Dasar Negara Reka Bentuk Kulit dan Reka Letak oleh World Communications Network Resources Diterbitkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Penerangan B.K005 (B.M) OGOS 2009 (050) Laman Web: http://www.penerangan.gov.my e-mel: webmaster@penerangan.gov.my
  • 6. KANDUNGAN 7 Pengenalan 8 Definisi 10 Perbezaan Antara Konsep 1Malaysia 1MA L AY S I A dengan Konsep Malaysian Malaysia 12 Konsep 1Malaysia 13 Hubungan Konsep 1Malaysia dengan Dasar-dasar Kerajaan Terdahulu 14 Matlamat Huraian 17 3 Prinsip Teras 1Malaysia 19 Nilai-nilai 1Malaysia 31 Kesimpulan
  • 7. 1MA L AY S I A 1. PENGENALAN • Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira keturunan dan anutan agama, perlu bertindak sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. • Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
  • 8. • Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka. Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia. 2. DEFINISI • Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak: “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan 1MA L AY S I A berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita; Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.
  • 9. 2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan 1MA L AY S I A kesimpulan berikut : • Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing-masing. “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia” memberi maksud bahawa rakyat daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. • Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak wajar hanya berfikir dalam skop bangsanya sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka perlu melakukan perkara yang sama. • Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.
  • 10. • Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1Malaysia “Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing. • Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain. 3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA • Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki kelainan seperti berikut: • 1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan 10 1MA L AY S I A
  • 11. yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam konsep Malaysian Malayisa diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. • Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia. • Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana identiti kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan satu identiti nasional yang sama. • Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan yang patut dibanggakan. • 1Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. 1MA L AY S I A 1
  • 12. 4. KONSEP 1MALAYSIA • Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1Malaysia “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan” lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin 12 1MA L AY S I A Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. • Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. • 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.
  • 13. 5. HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU • Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. • Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. • Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara. 1MA L AY S I A 13
  • 14. 6. MATLAMAT • 1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran. • Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia. • Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. 7 HURAIAN • 1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat 14 1MA L AY S I A
  • 15. perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. • 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara. • 1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. • Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. • Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja 1MA L AY S I A 15
  • 16. dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. 7.2 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan • Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia merupakan sebuah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan mendapat pembelaan kerajaan yang sewajarnya. • 1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. 16 1MA L AY S I A
  • 17. • Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. 1MA L AY S I A 17 8. 3 PRINSIP TERAS 1MALAYSIA • 1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu: PRINSIP PENERIMAAN PRINSIP KENEGARAAN PRINSIP KEADILAN SOSIAL 8.1 PRINSIP PENERIMAAN • Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan setia. 8.2 PRINSIP KENEGARAAN • Konsep perpaduan, semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan
  • 18. Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu. • Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. • Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga diberi gelaran ‘Bapa Perpaduan’. • Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. 8.3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL • Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial yang penting. 18 1MA L AY S I A
  • 19. • Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum 1MA L AY S I A 19 lain. • Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang keterlaluan dan bukan-bukan. 9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA • Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah: • Budaya kecemerlangan • Ketabahan • Rendah hati • Penerimaan • Kesetiaan • Meritokrasi • Pendidikan • Integriti
  • 20. 9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN • Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya. • Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju. • Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan. • Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara. • Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan. 20 1MA L AY S I A
  • 21. • Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja keras. • Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport. 1MA L AY S I A 21 9.2 KETABAHAN • Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan. • Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara. • Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat. • Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.
  • 22. • Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya secara positif. • Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya. • Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan. • Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. 9.3 RENDAH HATI • Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita. • Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain. • Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia. 2 1MA L AY S I A
  • 23. • Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip. • Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. • Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan. 1MA L AY S I A 23 9.4 PENERIMAAN • Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran. • Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.
  • 24. • Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini. • Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik. • Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan 1Malaysia. • Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang. 9.5 KESETIAAN • Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara, prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. 24 1MA L AY S I A
  • 25. • Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan. • Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran. • Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin 1MA L AY S I A 25 satu ikatan antara dua pihak. • Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin. • Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan. • Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.
  • 26. • Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik. • Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang. • Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan. • Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. • Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan. 9.6 MERITOKRASI • Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara. 26 1MA L AY S I A
  • 27. • Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut. • Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih. • Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang. • Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan. • Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi masing-masing dan memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan. 1MA L AY S I A 27
  • 28. • Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/ liberalisasi. 9.7 PENDIDIKAN • Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan. • Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya. • Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka. • Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular. 28 1MA L AY S I A • Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.
  • 29. • Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia. • Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. 1MA L AY S I A 29 9.8 INTEGRITI • Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan. • Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. • Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. • Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
  • 30. • Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan. • Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. • Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah. • Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi. • Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama integriti dalam semua aspek dan khidmat yang diberi. 30 1MA L AY S I A
  • 31. 1MA L AY S I A 31 10. KESIMPULAN • Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. • Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. • Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1Malaysia’ tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. 13
  • 32. • Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. • Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini. Sumber: www.1Malaysia.com.my Akhbar-akhbar tempatan 32 23 1MA L AY S I A
  • 33. CATATAN 1MA L AY S I A 3
  • 34. 34 1MA L AY S I A CATATAN
  • 35. Harapan, Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
  • 36. DITERBITKAN OLEH : Jabatan Penerangan Malaysia BK005 (B.M) Jun 2009 (050) Laman Web : HYPERLINK • http://www.penerangan.gov.my Email : webmaster@penerangan.gov.my