• Like
  • Save
Kertas Kerja  China
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Kertas Kerja China

  • 16,402 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • Assalamualaikum.. mohon jasa baik saudara untuk emelkn kertas kerja ini pada saya sebagi rujukan ainsyukriyah@yahoo.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • salam.. mohon jasa baik saudara emelkan kertas kerja ini ke email saya untuk saya jadikan sebagai rujukan. mohdfaiz_mohdnoor@yahoo.com....tq :)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • salam...mohon jasa baik saudara untuk kongsikan emel ini sebagai rujukan. nurul_wahidafadzil@yahoo.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • assalamualaikum...boleh emailkan pada saya tak sebagai rujukan fizzasulaiman@gmail.com terima kasih
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • selamat sejahtera, mohon jasa baik tuan jika dapat mengongsikan dokumen ini sebagai rujukan untuk digunakan pada masa akan datang. terima kasih! mollyjoe81@yahoo.com
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
16,402
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
0
Comments
70
Likes
28

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. CHINA ‘10 RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND Nama Program TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA Aktiviti yang melibatkan: • Lawatan akademik ke beberapa universiti sekitar Jenis Program Beijing • Lawatan industri ke kilang-kilang • Program pertukaran budaya • Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university ) • Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, Matlamat dan dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang Objektif lebih terbuka dan global. Program • Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul dengan institusi-institusi teknologi di negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Tarikh 24 Mei 2010 hingga 30 Mei 2010 Tempat China Jumlah Peserta 25 orang mahasiswa FSKSM UTM. Anggaran kos RM 76,650.00 KERTAS KERJA 1
  • 2. CHINA ‘10 DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA 2010 ________________________________________________________________ 1.0 NAMA FAKULTI Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia. 2.0 TUJUAN KERTAS KERJA 2.1 Untuk mendapatkan kelulusan program dan kutipan penajaan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. 2.2 Untuk mendapatkan peruntukan ‘Global Outreach’ dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). 2.3 Untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan badan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program. 2.4 Untuk memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat. 3.0 PENGENALAN Mahasiswa seharusnya peka terhadap perkembangan semasa, dalam dan luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dalam dunia tanpa sempadan (era globalisasi). Mahasiswa perlulah bergerak lebih jauh dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia adalah ilmu yang penting untuk mahasiswa mendalaminya di dalam membentuk mahasiswa yang lebih berfikiran terbuka dan matang. Selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, mahasiswa juga sentiasa disarankan agar melengkapkan diri dengan sikap-sikap positif ke arah membentuk peribadi, personaliti dan pemikiran yang cemerlang. Di dalam dunia serba canggih ini, mahasiswa tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut cabaran universiti untuk terus meningkatkan diri melalui program yang 2
  • 3. CHINA ‘10 melibatkan jalinan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat ini, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor telah memikirkan dan merancang satu program yang dapat menonjolkan kualiti diri serta bakat kepimpinan pelajar dan juga memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan dunia luar. Di samping itu, program ini diharapkan dapat mencapai matlamat universiti ke arah pengiktirafan Universiti Bertaraf Antarabangsa (World Class University). Sehubungan dengan itu, Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China (CHINA ’10) ini dirangka untuk mewujudkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat direalisasikan dan menjadi pencetus kematangan kepada generasi muda di Malaysia. 4.0 NAMA PROGRAM Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China / Delegation To China For Academic And Technology Review (CHINA’10) 5.0 MATLAMAT PROGRAM Berusaha melahirkan mahasiswa glokal yang peka dengan perubahan global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha menjadikan Graduan Universiti Teknologi Malaysia sebagai teknokrat yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi, dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian kepada Tuhan. 3
  • 4. CHINA ‘10 6.0 OBJEKTIF PROGRAM Pihak penganjur menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai : 6.1 Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya ke arah mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university). 6.2 Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global. 6.3 Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul di Malaysia dengan institusi-institusi teknologi di negara maju terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. 6.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi, berkaliber, dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual. 7.0 TEMA “ILMU TANPA SEMPADAN” 8.0 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh Fakulti sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. 9.0 KERJASAMA 4
  • 5. CHINA ‘10 Jawatankuasa program akan memohon kerjasama dan bantuan dari segi kewangan dan kemudahan daripada agensi-agensi berikut: 9.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 9.2 Kementerian Luar Negeri 9.3 Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia 9.4 Kementerian Belia Dan Sukan 9.5 Kedutaan Malaysia di China 9.6 Kedutaan China di Malaysia 9.7 Kerajaan-Kerajaan Negeri 9.8 Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia 9.9 Syarikat-syarikat swasta 10.0TARIKH PROGRAM 24 Mei 2010 – 30 Mei 2010 11.0TEMPOH PROGRAM 7 hari 12.0TEMPAT China 13.0ANGGARAN PERBELANJAAN RM 76,650.00 14.0PENYERTAAN • 25 orang mahasiswa jurusan Sains Komputer UTM 5
  • 6. CHINA ‘10 • 2 orang pegawai pengiring 15.0BENTUK PROGRAM Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut: 15.1Lawatan ke T. Tsinghua University, Beijing T.Tsinghua University , Beijing merupakan universiti terulung di negara China. Menyokong antara kombinasi Sains dan Teknologi , pengajaran dengan penyelidikan dan teori dengan latihan menjadi universiti China yang paling terulung ketika ini. Lawatan ke T.Tsinghua meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara –perkara positf yang di laksanakan oleh T.Tsinghua. 15.2 Lawatan Industri ke Kingsoft Company Negara China merupakan negara yang paling pantas membangunkan teknologi ICT mereka.Sebagai antara salah sebuah syarikat pembanggunan perisian yang terbesar di negara China. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang amat berguna kepada mahasiswa apabila dapat melihat sendiri ‘production line’ penghasilan sesebuah perisian. 15.3 Lawatan Akademik ke University of Science and Technology of China University of Science and Technology of China (USTC) merupakan salah satu universiti yang berprestij di China. Dengan pengkhususan yang 6
  • 7. CHINA ‘10 serius dalam bidang sains dan teknologi, ini telah menjadikan USTC antara universiti di China yang paling banyak mendapat anugerah di peringkat antarabangsa. Lawatan ke USTC meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara –perkara positf yang di laksanakan oleh USTC. 15.4 Lawatan ke Niujie Mosque Masjid Niujie merupakan yang tertua dan yang terbesar daripada semua masjid yang terdapat di Beijing. Masjid itu dibina dengan menggabungkan reka bentuk seni bina tradisional China dan seni bina bangunan timur tengah. Masjid ini terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu yang mempunyai penduduk Islam seramai 10,000 orang. Lawatan ke Masjid Nuijie adalah bertujuan untuk melihat tinggalan sejarah kerana Masjid Nuijie merupakan salah sebuah daripada khazanah kebudayaan Islam di China. 15.5 Lawatan Akademik ke Beijing University of Technology Beijing University of Technology merupakan salah sebuah 100 universiti yang terbaik di dunia. Lawatan ke universiti ini bertujuan untuk mengadakan perrbincangan dua hala dengan pelajar dari fakulti Sains Komputer mereka mengenai isu pembangunan ICT di Asia. 15.6 Majlis Ramah Mesra bersama Duta Malaysia di China Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia ke China, Yang Berhormat Dato’ Abdul Majid Ahmad Khan diadakan sebagai memperkenalkan Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China, 7
  • 8. CHINA ‘10 (CHINA ’10). Ia akan disertai oleh semua peserta CHINA ’10 dan pegawai pengiring serta pegawai-pegawai yang bertugas di Kedutaan Malaysia di China. 15.7 Lawatan Industri ke Kilang Sutera Negara China merupakan negara yang terkenal dengan penghasilan sutera yang bermutu tinggi di dunia. Kain sutera banyak dihasilkan di daerah Suzhou iaitu di sebelah selatan China. Lawatan ke kilang sutera adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dengan melihat sendiri bagaimana kain sutera di proses dan dihasilkan. 16.0AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1 17.0TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 2 18.0BELANJAWAN PROGRAM Rujuk Lampiran 3 19.0PENAJAAN DAN PENGIKLANAN Rujuk Lampiran 4 20.0RUJUKAN Saudara Zulkarnain bin Azham Pengarah 8
  • 9. CHINA ‘10 Program Delegasi Akademik dan Teknologi Ke Beijing (CHINA ’09) Tel : 013 - 2224189 E-mail : utm.beijing@gmail.com 21.0PENUTUP Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai matlamat Universiti Teknologi Malaysia dan kepimpinan pelajar Universiti Teknologi Malaysia di mata masyarakat antarabangsa, dan kami juga berharap program ini mendapat kerjasama yang erat dari semua pihak yang berkenaan bagi melancarkan segala urusan berkaitan dengan program ini dan bagi merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan. Semoga nama Universiti Teknologi Malaysia dan negara Malaysia harum di persada antarabangsa dengan berjayanya program ini. LAMPIRAN 1 - AHLI JAWATANKUASA STRUKTUR ORGANISASI 9
  • 10. CHINA ‘10 Penaung (JIKA HEP LETAK TNC HEP..JIKA GLOBAL OUTREACH LETAK TNCA) Penasihat Y.BHG. PROF. DR. ABDUL HANAN B. ABDULLAH Dekan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia Koordinator 1 DR. MURTADHA BIN MOHAMAD Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia Koordinator 2 DR. SHUKOR B. ABDUL RAZAK Pensyarah / Penyelaras Program Pengantarabangsaan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM Pengarah ZULKARNAIN BIN AZHAM 10
  • 11. CHINA ‘10 Timbalan Pengarah AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM Setiausaha NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH Timbalan Setiausaha FATIMAH BINTI ALI Bendahari NABILAH BINTI YUSOFF Timbalan Bendahari ASHANIRA BINTI MAT DERIS Biro Penajaan AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN Biro Pengangkutan & Aktiviti SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR RAFHANA BINTI ABD RASHID Biro Kebajikan dan Keselamatan MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN Biro Publisiti & Multimedia MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN NURDIANA BINTI RAZALI 11
  • 12. CHINA ‘10 Biro Protokol WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA Biro Persembahan & Cenderamata NORSHAFARINA BINTI OMAR EZZATY BINTI HEDZIR Peserta 1. ZULKARNAIN BIN AZHAM 2. AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM 3. NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH 4. FATIMAH BINTI ALI 5. NABILAH BINTI YUSOFF 6. ASHANIRA BINTI MAT DERIS 7. AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA 8. NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN 9. SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR 10. RAFHANA BINTI ABD RASHID 11. MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH 12. SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN 13. MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN 14. NURDIANA BINTI RAZALI 15. WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI 16. SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA 17. NORSHAFARINA BINTI OMAR 18. EZZATY BINTI HEDZIR 19. WONG LI HWA 20. SIA BEE CHIN 21.NOOR SHIQIM BINTI MOHD SALLEH 22. NOORDIANA BINTI MHD GHAZALI 12
  • 13. CHINA ‘10 23. MARIAH HAZWANI BINTI FADINLAH 24. SARINADIA BINTI SAFRI 25. SHARIFFAH NORHAFIDA BINTI SAID HAMID LAMPIRAN 2– TENTATIF PROGRAM (Waktu Malaysia) HARI PERTAMA : 24 Mei 2010 ( Sabtu ) 08:30 : Check-in di KLIA. 13
  • 14. CHINA ‘10 10:30 : Berlepas dari KLIA. 15:30 : Tiba di Beijing Airport,China. 16:00 : Bertolak ke Jianguo Hotel 21:00 : Rehat HARI KEDUA: 25 Mei 2010 (Ahad) 07:00 : Sarapan pagi 09:00 : Lawatan ke Perkampungan Islam • Program silaturrahim antara penduduk • Sukan Budaya 21:00 : Sutera Kasih (Persembahan Budaya) 23.00 : Rehat HARI KETIGA: 26 Mei 2010 ( Isnin ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Bertolak ke T. Tsinghua University, Beijing. • Melawat makmal di sekitar universiti • Melihat kepakaran ICT • Sesi Dialog 19:00 : Singgah di Niujie Mosque.(Masjid terbesar dan tertua di China) 22:00 : Rehat HARI KEEMPAT: 27 Mei 2010 ( Selasa ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Lawatan ke Kingsoft Company • Melawat ke sekitar syarikat • Melawat production line 14
  • 15. CHINA ‘10 15:00 : Singgah di Haidian Mosque 19:00 : Lawatan ke Pusat Rawatan Kesihatan dan Perubatan Tradisional 22:00 : Rehat HARI KELIMA: 28 Mei 2010 ( Rabu ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Lawatan Sehari di Beijing Universiti of Technology • Melawat makmal dan Kepakaran ICT • Sesi dialog dengan Pelajar Fakulti Sains Komputer • Program sukan • Makan malam 22:00 : Rehat HARI KEENAM: 29 Mei 2010 ( Khamis ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Melawat ke University of Science and Technology of China. • Melawat makmal di sekitar universiti • Melihat kepakaran ICT 16:00 : Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia di Beijing. 22:00 : Rehat HARI KETUJUH : 30 Mei 2010 (Jumaat) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Lawatan ke kilang Sutera 15
  • 16. CHINA ‘10 15:00 : Balik ke hotel Rosedale Hotel and Suites,Beijing 18:00 : Check-out hotel 19:30 : Bertolak balik ke Malaysia 00:30 : Tiba di KLIA, Malaysia LAMPIRAN 3 - BELANJAWAN PROGRAM ANGGARAN PERBELANJAAN 16
  • 17. CHINA ‘10 BIL SUBJEK HARGA RM JUMLAH (RM) SETIAP UNIT 1. Pakej - Pengangkutan 62,500.00 - Penginapan (RM 2500 x 25 orang) - Makanan 2. Publisiti - Banner 200.00 - Pakaian (50 x 25 orang) 1,250.00 1,450.00 3. Cenderamata - Buku 250.00 Cenderamata - Industri 100.00 - Universiti 300.00 - VIP 200.00 850.00 4. Dokumentasi - Fotografi 200.00 - Kad nama 50.00 250.00 5. Sektetariat - Telefon dan Faks 500.00 - Insurans (100x25 orang) 2,500.00 - Pasport (300x25 orang) 7,500.00 10,500.00 6. Perbelanjaan Luar Jangka - Perubatan 100.00 - Rencam 1,000.00 1,100.00 JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN 76,650.00 17
  • 18. CHINA ‘10 ANGGARAN PENDAPATAN BIL SUBJEK RM JUMLAH (RM) 1. Peruntukan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM 10,000.00 10,000.00 2. Peruntukan Global Outreach UTM 25,000.00 25,000.00 3. Wang Dibayar Peserta 500 x 25 orang 12,500.00 4. Penajaan - Swasta 29,150.00 29,150.00 JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN RM 76,650.00 LAMPIRAN 4 - PENAJAAN DAN PENGIKLANAN Melalui projek ini, kami memperkenalkan konsep baru dalam penajaan. Sebarang sumbangan kewangan dan barangan bukan hanya setakat terhad 18
  • 19. CHINA ‘10 kepada publisiti terhadap syarikat anda. Kertas kerja ini telah direkabentuk dan diperkembangkan dari konsep meningkatkan imej dan perkembangan hubungan korporat. Kami yakin sumbangan anda akan menggalakkan hubungan yang rapat dan kukuh dengan pihak berwibawa di antara universiti dan badan berkanun berasaskan mutu dan kepentingan perniagaan. Dengan menaja kami, pihak anda sebenarnya menyokong usaha kerajaan mempromosikan hubungan antara negara khususnya China dan Malaysia, menjadikannya satu sumbangan sosial yang bermakna dan terus mara ke arah merapatkan hubungan antara universiti, sektor swasta dan kerajaan. Malahan, anda mempunyai peluang untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan, UTM Skudai Johor, mahasiswa luar dan dalam negara serta teknokrat, meninggikan imej korporat dan sekaligus peluang-peluang promosi. FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA 1. Pengecualian Cukai Pendapatan Jumlah sumbangan yang diberi melebihi RM 50.00 akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. 2. Publisiti 19
  • 20. CHINA ‘10 Nama dan logo syarikat penaja akan disertakan dalam kempen promosi dan publisiti yang akan dikelolakan sendiri oleh pihak Urusetia Program. Nama dan logo syarikat penaja akan dinaikkan sebelum dan sepanjang berlangsungnya Program. 3. Lot Pameran Para penaja akan diberikan Lot Pameran yang mempunyai kedudukan strategik dan menjadi tumpuan setiap pelawat pada program yang akan dianjurkan oleh persatuan-persatuan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dimasa akan datang. 4. Laman Web Program Pihak Urusetia Program akan melancarkan “Laman Web Program” dan alamatnya akan disiarkan dalam akhbar rasmi Program. Laman ini dilawati oleh semua pelajar, graduan dan kakitangan Universiti serta pihak-pihak luar yang berminat. Nama, logo dan jumlah sumbangan pihak penaja akan dimasukkan dalam laman ini. 5. Iklan Buku Cenderamata Penaja akan diberi keistimewaan untuk menyumbangkan iklan dan rencana secara percuma dalam buku cenderamata Program. 6. Persembahan Multimedia Satu slot Penaja Platinum, Emas dan Perak akan dimasukkan dalam persembahan multimedia semasa upacara perasmian Program. 7. Jamuan Dengan VIP Wakil daripada syarikat penaja akan dijemput menghadiri majlis jamuan dengan VIP semasa malam perasmian Program. 8. Penyampaian Cek Replika Penaja Platinum, Emas dan Perak akan menyerahkan cek semasa majlis penyerahan sumbangan. 9. Cenderamata dan Sijil Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata dan sijil daripada tetamu jemputan kehormat semasa majlis penyerahan sumbangan. PENGKELASAN PENAJAAN PENAJA PLATINUM PENAJA EMAS PENAJA PERAK PENAJAAN AM PAKEJ PENAJAAN JUMLAH ≥ RM 30, 000.00 ≥ RM 20, 000.00 ≥ RM 10, 000.00 ≤ RM 9, 000.00 PENAJAAN 20
  • 21. CHINA ‘10 KE- 1. Pengecualian cukai 1. Pengecualian cukai 1.Pengecualian cukai 1.Pengecualian cukai ISTIMEWAAN PENAJAAN pendapatan pendapatan pendapatan pendapatan 2. Publisiti 2. Publisiti 2. Publisiti 2. Publisiti 3. Lot pameran 3. Lot pameran penaja 3. Lot pameran penaja 3. Iklan Dan Rencana penaja 4. Iklan Dan Rencana 4. Iklan Dan Rencana Buku Cenderamata 4. Iklan dan Rencana Buku Cenderamata Buku Cenderamata Satu Per Empat Buku Satu Muka Surat Satu Per Dua Muka Surat Cenderamata Berwarna Muka Surat Berwarna Satu Muka Surat 5. Lawan Web Berwarna 4. Lawan Web Berwarna (homepage) 5. Lawan Web (homepage) 5. Lawan Web Program (homepage) Program (homepage) 6. Majlis Penyerahan Program 5. Majlis Penyerahan Program Replika Cek 6. Majlis Penyerahan Replika Cek 6. Persembahan Sumbangan Replika Cek Sumbangan Multimedia 7. Jamuan Dengan VIP Sumbangan 6. Cenderamata dan 7. Majlis Penyerahan 8. Cenderamata dan 7. Cenderamata dan sijil. Replika Cek sijil. sijil. Sumbangan 8. Jamuan Dengan VIP 9. Cenderamata dan sijil. 21