SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
CHINA ‘10




                        RINGKASAN EKSEKUTIF


IPTA             Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

                 DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND
Nama Program     TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI
                 AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA

                 Aktiviti yang melibatkan:
                    • Lawatan akademik ke beberapa universiti sekitar
Jenis Program            Beijing
                    • Lawatan industri ke kilang-kilang
                    • Program pertukaran budaya




                    •   Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri
                        melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya
                        mencapai status universiti bertaraf dunia ( world
                        class university )
                    •   Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif,
Matlamat dan
                        dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang
Objektif
                        lebih terbuka dan global.
Program
                    •   Mewujudkan      usahasama     antarabangsa        antara
                        Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi
                        teknologi terunggul dengan institusi-institusi teknologi
                        di negara lain dalam bidang penyelidikan dan
                        pembangunan.




                 Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM),
Anjuran
                 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.

Tarikh           24 Mei 2010 hingga 30 Mei 2010

Tempat           China
Jumlah Peserta   25 orang mahasiswa FSKSM UTM.
Anggaran kos     RM 76,650.00




                             KERTAS KERJA

                                      1
CHINA ‘10




 DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND TECHNOLOGY REVIEW /
  PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA 2010
________________________________________________________________


1.0 NAMA FAKULTI
     Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM),
     Universiti Teknologi Malaysia.


2.0 TUJUAN KERTAS KERJA
     2.1 Untuk mendapatkan kelulusan program dan kutipan penajaan daripada
        Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia.
     2.2 Untuk mendapatkan peruntukan ‘Global Outreach’ dari Pejabat
        Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).
     2.3 Untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan
        badan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan
        program.
     2.4 Untuk memberi makluman secara teperinci mengenai program
        kepada pihak yang terlibat.


3.0 PENGENALAN
           Mahasiswa seharusnya peka terhadap perkembangan semasa,
     dalam dan luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring
     dalam dunia tanpa sempadan (era globalisasi).          Mahasiswa perlulah
     bergerak lebih jauh dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat
     sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia adalah ilmu yang penting untuk
     mahasiswa mendalaminya di dalam membentuk mahasiswa yang lebih
     berfikiran terbuka dan matang. Selain mencapai kecemerlangan dalam
     bidang   akademik,     mahasiswa     juga   sentiasa    disarankan      agar
     melengkapkan diri dengan sikap-sikap positif ke arah membentuk
     peribadi, personaliti dan pemikiran yang cemerlang. Di dalam dunia serba
     canggih ini, mahasiswa tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut
     cabaran universiti untuk terus meningkatkan diri melalui program yang


                                      2
CHINA ‘10




    melibatkan jalinan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat ini,
    Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti
    Teknologi Malaysia Skudai Johor telah memikirkan dan merancang satu
    program yang dapat menonjolkan kualiti diri serta bakat kepimpinan
    pelajar dan juga memberikan pendedahan kepada pelajar tentang
    kehidupan dunia luar.   Di samping itu, program ini diharapkan dapat
    mencapai matlamat universiti ke arah pengiktirafan Universiti Bertaraf
    Antarabangsa (World Class University).
          Sehubungan dengan itu, Program Delegasi Akademik dan
    Teknologi ke China (CHINA ’10) ini dirangka untuk mewujudkan
    mahasiswa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga
    program ini dapat direalisasikan dan menjadi pencetus kematangan
    kepada generasi muda di Malaysia.


4.0 NAMA PROGRAM
    Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China /
    Delegation To China For Academic And Technology Review (CHINA’10)




5.0 MATLAMAT PROGRAM
    Berusaha melahirkan mahasiswa glokal yang peka dengan perubahan
    global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha
    menjadikan Graduan Universiti Teknologi Malaysia sebagai teknokrat
    yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian,
    emosi, dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian kepada Tuhan.




                                   3
CHINA ‘10




6.0 OBJEKTIF PROGRAM
     Pihak penganjur menggariskan beberapa objektif utama yang ingin
     dicapai :


     6.1 Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi
           dengan dunia luar dalam hasratnya ke arah mencapai status
           universiti bertaraf dunia ( world class university).
     6.2 Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif
           menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global.
     6.3 Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi
           Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul di Malaysia dengan
           institusi-institusi teknologi di negara maju terutamanya dalam bidang
           penyelidikan dan pembangunan.
     6.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan
           kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi,
           berkaliber, dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual.


7.0 TEMA
     “ILMU TANPA SEMPADAN”




8.0 ANJURAN
     Program ini dianjurkan oleh Fakulti sains Komputer dan Sistem Maklumat
     (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.




9.0 KERJASAMA

                                         4
CHINA ‘10




      Jawatankuasa program akan memohon kerjasama dan bantuan dari segi
      kewangan dan kemudahan daripada agensi-agensi berikut:
      9.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
      9.2 Kementerian Luar Negeri
      9.3 Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia
      9.4 Kementerian Belia Dan Sukan
      9.5 Kedutaan Malaysia di China
      9.6 Kedutaan China di Malaysia
      9.7 Kerajaan-Kerajaan Negeri
      9.8 Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia
      9.9 Syarikat-syarikat swasta




10.0TARIKH PROGRAM

      24 Mei 2010 – 30 Mei 2010


11.0TEMPOH PROGRAM
      7 hari


12.0TEMPAT
      China


13.0ANGGARAN PERBELANJAAN
      RM 76,650.00




14.0PENYERTAAN
  •   25 orang mahasiswa jurusan Sains Komputer UTM

                                       5
CHINA ‘10




  •   2 orang pegawai pengiring




15.0BENTUK PROGRAM
      Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti
      berikut:


      15.1Lawatan ke T. Tsinghua University, Beijing
              T.Tsinghua University , Beijing merupakan universiti terulung di
      negara China. Menyokong antara kombinasi Sains dan Teknologi ,
      pengajaran dengan penyelidikan dan teori dengan latihan menjadi
      universiti China yang paling terulung ketika ini. Lawatan ke T.Tsinghua
      meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran
      ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini          dapat memberi
      pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah
      dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan
      perkara –perkara positf yang di laksanakan oleh T.Tsinghua.


      15.2 Lawatan Industri ke Kingsoft Company
              Negara   China    merupakan      negara    yang    paling    pantas
      membangunkan teknologi ICT mereka.Sebagai antara salah sebuah
      syarikat pembanggunan perisian yang terbesar di negara China. Lawatan
      ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang amat berguna kepada
      mahasiswa apabila dapat melihat sendiri ‘production line’ penghasilan
      sesebuah perisian.




      15.3    Lawatan Akademik ke University of Science and Technology of
      China
              University of Science and Technology of China (USTC) merupakan
      salah satu universiti yang berprestij di China. Dengan pengkhususan yang

                                        6
CHINA ‘10




serius dalam bidang sains dan teknologi, ini telah menjadikan USTC
antara universiti di China yang paling banyak mendapat anugerah di
peringkat antarabangsa. Lawatan ke USTC meliputi lawatan ke makmal di
sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana.
Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa
mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan
mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara –perkara positf
yang di laksanakan oleh USTC.


15.4   Lawatan ke Niujie Mosque
       Masjid Niujie merupakan yang tertua dan yang terbesar daripada
semua masjid yang terdapat di Beijing. Masjid itu dibina dengan
menggabungkan reka bentuk seni bina tradisional China dan seni bina
bangunan timur tengah. Masjid ini terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu
yang mempunyai penduduk Islam seramai 10,000 orang. Lawatan ke
Masjid Nuijie adalah bertujuan untuk melihat tinggalan sejarah kerana
Masjid Nuijie merupakan salah sebuah daripada khazanah kebudayaan
Islam di China.


15.5   Lawatan Akademik ke Beijing University of Technology
       Beijing University of Technology merupakan salah sebuah 100
universiti yang terbaik di dunia. Lawatan ke universiti ini bertujuan untuk
mengadakan perrbincangan dua hala dengan pelajar dari fakulti Sains
Komputer mereka mengenai isu pembangunan ICT di Asia.




15.6   Majlis Ramah Mesra bersama Duta Malaysia di China
       Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia ke China, Yang
Berhormat Dato’ Abdul Majid Ahmad Khan diadakan sebagai
memperkenalkan Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China,

                                 7
CHINA ‘10




    (CHINA ’10). Ia akan disertai oleh semua peserta CHINA ’10 dan pegawai
    pengiring serta pegawai-pegawai yang bertugas di Kedutaan Malaysia di
    China.


    15.7     Lawatan Industri ke Kilang Sutera
             Negara     China   merupakan   negara   yang   terkenal   dengan
    penghasilan sutera yang bermutu tinggi di dunia. Kain sutera banyak
    dihasilkan di daerah Suzhou iaitu di sebelah selatan China. Lawatan ke
    kilang sutera adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
    mahasiswa dengan melihat sendiri bagaimana kain sutera di proses dan
    dihasilkan.


16.0AHLI JAWATANKUASA
    Rujuk Lampiran 1


17.0TENTATIF PROGRAM
    Rujuk Lampiran 2


18.0BELANJAWAN PROGRAM
    Rujuk Lampiran 3
19.0PENAJAAN DAN PENGIKLANAN
    Rujuk Lampiran 4




20.0RUJUKAN

             Saudara Zulkarnain bin Azham
             Pengarah

                                      8
CHINA ‘10




            Program Delegasi Akademik dan Teknologi Ke Beijing
            (CHINA ’09)
            Tel : 013 - 2224189
            E-mail : utm.beijing@gmail.com




21.0PENUTUP


      Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas
mengenai matlamat Universiti Teknologi Malaysia dan kepimpinan pelajar
Universiti Teknologi Malaysia di mata masyarakat antarabangsa, dan kami juga
berharap program ini mendapat kerjasama yang erat dari semua pihak yang
berkenaan bagi melancarkan segala urusan berkaitan dengan program ini dan
bagi merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan. Semoga nama
Universiti Teknologi Malaysia dan negara Malaysia harum di persada
antarabangsa dengan berjayanya program ini.




LAMPIRAN 1 - AHLI JAWATANKUASA


                          STRUKTUR ORGANISASI

                                     9
CHINA ‘10




                    Penaung
Y.BHG. DATO’ PROF. IR. DR. ALIAS B. MOHD. NOOR
     Timbalan Naib Canselor (HEP & ALUMNI)
           Universiti Teknologi Malaysia


                    Penasihat
 Y.BHG. PROF. DR. ABDUL HANAN B. ABDULLAH
                      Dekan
    Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
           Universiti Teknologi Malaysia




                  Koordinator 1
         DR. MURTADHA BIN MOHAMAD
                   Pensyarah
    Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
           Universiti Teknologi Malaysia




                  Koordinator 2
         DR. SHUKOR B. ABDUL RAZAK
             Pensyarah / Penyelaras
          Program Pengantarabangsaan
    Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
           Universiti Teknologi Malaysia




      STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM


                  Pengarah

                        10
CHINA ‘10




       ZULKARNAIN BIN AZHAM


          Timbalan Pengarah
      AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM


              Setiausaha
NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH


         Timbalan Setiausaha
          FATIMAH BINTI ALI


               Bendahari
        NABILAH BINTI YUSOFF


          Timbalan Bendahari
      ASHANIRA BINTI MAT DERIS

             Biro Penajaan
   AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA
NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN


      Biro Pengangkutan & Aktiviti
      SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR
      RAFHANA BINTI ABD RASHID


    Biro Kebajikan dan Keselamatan
MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH
      SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN


       Biro Publisiti & Multimedia
MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN
       NURDIANA BINTI RAZALI

                   11
CHINA ‘10




                              Biro Protokol
                    WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI
                   SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA


                    Biro Persembahan & Cenderamata
                       NORSHAFARINA BINTI OMAR
                          EZZATY BINTI HEDZIR




                                Peserta
1. ZULKARNAIN BIN AZHAM
2. AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM
3. NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH
4. FATIMAH BINTI ALI
5. NABILAH BINTI YUSOFF
6. ASHANIRA BINTI MAT DERIS
7. AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA
8. NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN
9. SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR
10. RAFHANA BINTI ABD RASHID
11. MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH
12. SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN
13. MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN
14. NURDIANA BINTI RAZALI
15. WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI
16. SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA
17. NORSHAFARINA BINTI OMAR
18. EZZATY BINTI HEDZIR
19. WONG LI HWA
20. SIA BEE CHIN
21.NOOR SHIQIM BINTI MOHD SALLEH

                                   12
CHINA ‘10




22. NOORDIANA BINTI MHD GHAZALI
23. MARIAH HAZWANI BINTI FADINLAH
24. SARINADIA BINTI SAFRI
25. SHARIFFAH NORHAFIDA BINTI SAID HAMID




LAMPIRAN 2– TENTATIF PROGRAM
(Waktu Malaysia)

HARI PERTAMA : 24 Mei 2010 ( Sabtu )


                                 13
CHINA ‘10




08:30      :     Check-in di KLIA.
10:30      :     Berlepas dari KLIA.
15:30      :     Tiba di Beijing Airport,China.
16:00      :     Bertolak ke Jianguo Hotel
21:00      :     Rehat

HARI KEDUA:     25 Mei 2010 (Ahad)
07:00      :     Sarapan pagi
09:00      :     Lawatan ke Perkampungan Islam
                     •   Program silaturrahim antara penduduk
                     •   Sukan Budaya
21:00      :     Sutera Kasih (Persembahan Budaya)
23.00      :     Rehat



HARI KETIGA:    26 Mei 2010 ( Isnin )
08:00      :     Sarapan pagi
09:00      :     Bertolak ke T. Tsinghua University, Beijing.
                     •   Melawat makmal di sekitar universiti
                     •   Melihat kepakaran ICT
                     •   Sesi Dialog
19:00      :     Singgah di Niujie Mosque.(Masjid terbesar dan tertua di
China)
22:00      :     Rehat




HARI KEEMPAT: 27 Mei 2010 ( Selasa )
08:00      :     Sarapan pagi
09:00      :     Lawatan ke Kingsoft Company
                     •   Melawat ke sekitar syarikat

                                       14
CHINA ‘10




                   •    Melawat production line
15:00      :    Singgah di Haidian Mosque
19:00      :    Lawatan ke Pusat Rawatan Kesihatan dan Perubatan
                Tradisional
22:00      :    Rehat


HARI KELIMA:   28 Mei 2010 ( Rabu )
08:00      :    Sarapan pagi
09:00      :    Lawatan Sehari di Beijing Universiti of Technology
                   •    Melawat makmal dan Kepakaran ICT
                   •    Sesi dialog dengan Pelajar Fakulti Sains Komputer
                   •    Program sukan
                   •    Makan malam
22:00      :    Rehat


HARI KEENAM: 29 Mei 2010 ( Khamis )
08:00      :    Sarapan pagi
09:00      :    Melawat ke University of Science and Technology of China.
                   •    Melawat makmal di sekitar universiti
                   •    Melihat kepakaran ICT
16:00      :    Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia di Beijing.
22:00      :    Rehat




HARI KETUJUH : 30 Mei 2010 (Jumaat)

08:00      :    Sarapan pagi


                                    15
CHINA ‘10




09:00    :    Lawatan ke kilang Sutera
15:00    :    Balik ke hotel Rosedale Hotel and Suites,Beijing
18:00    :    Check-out hotel
19:30    :    Bertolak balik ke Malaysia
00:30    :    Tiba di KLIA, Malaysia




LAMPIRAN 3 - BELANJAWAN PROGRAM
ANGGARAN PERBELANJAAN




                                 16
CHINA ‘10




BIL           SUBJEK         HARGA SETIAP         RM      JUMLAH (RM)
                                 UNIT

1.    Pakej

        -     Pengangkutan
                                                           62,500.00
        -     Penginapan      (RM 2500 x 25
                                 orang)
        - Makanan

2.    Publisiti
        - Banner                                 200.00
        - Pakaian            (50 x 25 orang)   1,250.00     1,450.00

3.    Cenderamata
        - Buku                                  250.00
           Cenderamata
        - Industri                              100.00
        - Universiti                            300.00
        - VIP                                   200.00      850.00

4.    Dokumentasi
        - Fotografi                             200.00
        - Kad nama                               50.00       250.00

5.    Sektetariat
        - Telefon dan                            500.00
            Faks             (100x25 orang)    2,500.00
        - Insurans           (300x25 orang)    7,500.00    10,500.00
        - Pasport

6.    Perbelanjaan Luar
      Jangka
         - Perubatan                             100.00
         - Rencam                              1,000.00     1,100.00

      JUMLAH
      ANGGARAN                                             76,650.00
      PERBELANJAAN




                                    17
CHINA ‘10




ANGGARAN PENDAPATAN

BIL            SUBJEK                        RM          JUMLAH (RM)
 1. Peruntukan Hal Ehwal Pelajar
     (HEP) UTM                            10,000.00        10,000.00

2.   Peruntukan Global Outreach
     UTM                                  25,000.00        25,000.00

3.   Wang Dibayar Peserta               500 x 25 orang     12,500.00

4.   Penajaan
        -   Swasta                        29,150.00
                                                           29,150.00

     JUMLAH ANGGARAN
     PENDAPATAN                                          RM 76,650.00




LAMPIRAN 4 - PENAJAAN DAN PENGIKLANAN


     Melalui projek ini, kami memperkenalkan konsep baru dalam penajaan.
Sebarang sumbangan kewangan dan barangan bukan hanya setakat terhad


                                   18
CHINA ‘10




kepada publisiti terhadap syarikat anda. Kertas kerja ini telah direkabentuk dan
diperkembangkan dari konsep meningkatkan imej dan perkembangan hubungan
korporat. Kami yakin sumbangan anda akan menggalakkan hubungan yang
rapat dan kukuh dengan pihak berwibawa di antara universiti dan badan
berkanun berasaskan mutu dan kepentingan perniagaan.


        Dengan menaja kami, pihak anda sebenarnya menyokong usaha kerajaan
mempromosikan hubungan antara negara khususnya China dan Malaysia,
menjadikannya satu sumbangan sosial yang bermakna dan terus mara ke arah
merapatkan hubungan antara universiti, sektor swasta dan kerajaan. Malahan,
anda mempunyai peluang untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan, UTM
Skudai Johor, mahasiswa luar dan dalam negara serta teknokrat, meninggikan
imej korporat dan sekaligus peluang-peluang promosi.




FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA
1. Pengecualian Cukai Pendapatan

   Jumlah sumbangan yang diberi melebihi RM 50.00 akan dikecualikan daripada cukai
pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

2. Publisiti


                                       19
CHINA ‘10




              Nama dan logo syarikat penaja akan disertakan dalam kempen promosi dan publisiti yang
           akan dikelolakan sendiri oleh pihak Urusetia Program. Nama dan logo syarikat penaja akan
           dinaikkan sebelum dan sepanjang berlangsungnya Program.

           3. Lot Pameran

             Para penaja akan diberikan Lot Pameran yang mempunyai kedudukan strategik dan menjadi
           tumpuan setiap pelawat pada program yang akan dianjurkan oleh persatuan-persatuan pelajar
           Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dimasa akan datang.

           4.    Laman Web Program

               Pihak Urusetia Program akan melancarkan “Laman Web Program” dan alamatnya akan
           disiarkan dalam akhbar rasmi Program. Laman ini dilawati oleh semua pelajar, graduan dan
           kakitangan Universiti serta pihak-pihak luar yang berminat. Nama, logo dan jumlah sumbangan
           pihak penaja akan dimasukkan dalam laman ini.

           5.    Iklan Buku Cenderamata

              Penaja akan diberi keistimewaan untuk menyumbangkan iklan dan rencana secara percuma
           dalam buku cenderamata Program.

           6.    Persembahan Multimedia

              Satu slot Penaja Platinum, Emas dan Perak         akan dimasukkan dalam persembahan
           multimedia semasa upacara perasmian Program.

           7.    Jamuan Dengan VIP

             Wakil daripada syarikat penaja akan dijemput menghadiri majlis jamuan dengan VIP semasa
           malam perasmian Program.

           8.    Penyampaian Cek Replika

               Penaja Platinum, Emas dan Perak akan menyerahkan cek semasa majlis penyerahan
           sumbangan.

           9. Cenderamata dan Sijil

              Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata dan sijil daripada
           tetamu jemputan kehormat semasa majlis penyerahan sumbangan.




           PENGKELASAN PENAJAAN


                PENAJA PLATINUM        PENAJA EMAS              PENAJA PERAK             PENAJAAN AM
PAKEJ
PENAJAAN
JUMLAH          ≥ RM 30, 000.00        ≥ RM 20, 000.00          ≥ RM 10, 000.00          ≤ RM 9, 000.00
PENAJAAN




                                                         20
CHINA ‘10




KE-          1. Pengecualian cukai   1. Pengecualian cukai   1.Pengecualian cukai    1.Pengecualian cukai
ISTIMEWAAN
PENAJAAN
               pendapatan              pendapatan              pendapatan              pendapatan

             2. Publisiti            2. Publisiti            2. Publisiti            2. Publisiti

             3. Lot pameran          3. Lot pameran penaja   3. Lot pameran penaja   3. Iklan Dan Rencana

               penaja                4. Iklan Dan Rencana    4. Iklan Dan Rencana      Buku Cenderamata

             4. Iklan dan Rencana      Buku Cenderamata        Buku Cenderamata        Satu Per Empat

               Buku                    Satu Muka Surat         Satu Per Dua            Muka Surat

               Cenderamata             Berwarna                Muka Surat              Berwarna

               Satu Muka Surat       5. Lawan Web              Berwarna              4. Lawan Web

               Berwarna                (homepage)            5. Lawan Web              (homepage)

             5. Lawan Web              Program                 (homepage)               Program

               (homepage)            6. Majlis Penyerahan       Program              5. Majlis Penyerahan

                Program                Replika Cek           6. Majlis Penyerahan      Replika Cek

             6. Persembahan            Sumbangan               Replika Cek             Sumbangan

                Multimedia           7. Jamuan Dengan VIP      Sumbangan             6. Cenderamata dan

             7. Majlis Penyerahan    8. Cenderamata dan      7. Cenderamata dan        sijil.

               Replika Cek             sijil.                  sijil.

               Sumbangan

             8. Jamuan Dengan

               VIP

             9. Cenderamata dan

               sijil.




                                                     21

More Related Content

What's hot

Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Profil Modal Uniti
 
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan BerpersatuanKebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuansurrenderyourthrone
 
Aplikasi Penyelidikan Web 2,0
Aplikasi Penyelidikan Web 2,0Aplikasi Penyelidikan Web 2,0
Aplikasi Penyelidikan Web 2,0Mohamed Amin Embi
 
Manual pelaksanaan kerja kursus PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
Manual pelaksanaan kerja kursus  PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016 Manual pelaksanaan kerja kursus  PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
Manual pelaksanaan kerja kursus PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016 RAMLAH BINTI A. RANI
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITCkg Nizam
 
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU CyberjayaKertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjayanatashaborhan
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Mieyaa Nana
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Harta intelek 1
Harta intelek 1Harta intelek 1
Harta intelek 1adnan62
 
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaan
Bab 4   Komponen  Utama  Sistem  KerajaanBab 4   Komponen  Utama  Sistem  Kerajaan
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaanbooluckmie
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabmayanggsari
 
Etiket di meja makan
Etiket di meja makan Etiket di meja makan
Etiket di meja makan MISS ESTHER
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanMahrajan Lanthanum
 
Technology acceptance
Technology acceptanceTechnology acceptance
Technology acceptanceirdina8795
 

What's hot (20)

Proposal baru
Proposal baruProposal baru
Proposal baru
 
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Akta 30 - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
 
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan BerpersatuanKebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
 
Aplikasi Penyelidikan Web 2,0
Aplikasi Penyelidikan Web 2,0Aplikasi Penyelidikan Web 2,0
Aplikasi Penyelidikan Web 2,0
 
Manual pelaksanaan kerja kursus PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
Manual pelaksanaan kerja kursus  PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016 Manual pelaksanaan kerja kursus  PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
Manual pelaksanaan kerja kursus PENGAJIAN AM (900/4) TAHUN 2016
 
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JITKawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
Kawalan Inventori - ABC, EOQ dan JIT
 
Rmk10
Rmk10Rmk10
Rmk10
 
Jurnal refleksi
Jurnal refleksiJurnal refleksi
Jurnal refleksi
 
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU CyberjayaKertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
Kertas Kerja Lawatan ke MMU Cyberjaya
 
Kertas Kerja program
Kertas Kerja program Kertas Kerja program
Kertas Kerja program
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Harta intelek 1
Harta intelek 1Harta intelek 1
Harta intelek 1
 
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaan
Bab 4   Komponen  Utama  Sistem  KerajaanBab 4   Komponen  Utama  Sistem  Kerajaan
Bab 4 Komponen Utama Sistem Kerajaan
 
Borang soal selidik fyp
Borang soal selidik fypBorang soal selidik fyp
Borang soal selidik fyp
 
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawabPerlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
Perlembagaan : hak, peranan dan tanggungjawab
 
Etiket di meja makan
Etiket di meja makan Etiket di meja makan
Etiket di meja makan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
 
Technology acceptance
Technology acceptanceTechnology acceptance
Technology acceptance
 

Viewers also liked

Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraContoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraeshamh
 
Kertas kerja kem pengawas 2013
Kertas kerja kem pengawas 2013Kertas kerja kem pengawas 2013
Kertas kerja kem pengawas 2013emymastura
 
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIMRINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIMNursyaza Damia
 
Permainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysiaPermainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysiaHong Inn Looi
 
Minit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketiga
Minit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketigaMinit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketiga
Minit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketigamfadzlirazali
 
Contoh surat permohonan asrama
Contoh surat permohonan asramaContoh surat permohonan asrama
Contoh surat permohonan asramaBilan Dal-dal
 
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanSurat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanMat Yus
 
Surat rasmi permohonan dana
Surat rasmi permohonan danaSurat rasmi permohonan dana
Surat rasmi permohonan danaSyamimi Mohammad
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusaneilamiera
 
KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)
KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)
KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)SharifahNorShairah
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Nur Dalila Zamri
 

Viewers also liked (18)

Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negaraContoh kertas kerja lawatan kel luar negara
Contoh kertas kerja lawatan kel luar negara
 
Perbezaan budaya
Perbezaan budayaPerbezaan budaya
Perbezaan budaya
 
Surat minta sumbangan
Surat minta sumbanganSurat minta sumbangan
Surat minta sumbangan
 
Kertas kerja kem pengawas 2013
Kertas kerja kem pengawas 2013Kertas kerja kem pengawas 2013
Kertas kerja kem pengawas 2013
 
Surat tajaan jm
Surat tajaan jmSurat tajaan jm
Surat tajaan jm
 
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIMRINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
RINGKASAN EKSEKUTIF OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT DARUL TAKZIM 2014 OPKIM
 
Surat big
Surat bigSurat big
Surat big
 
Buku pengoperasian linus
Buku pengoperasian linusBuku pengoperasian linus
Buku pengoperasian linus
 
Permainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysiaPermainan tradisional malaysia
Permainan tradisional malaysia
 
Minit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketiga
Minit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketigaMinit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketiga
Minit mesyuarat pemulihan khas dan linus ketiga
 
Contoh surat permohonan asrama
Contoh surat permohonan asramaContoh surat permohonan asrama
Contoh surat permohonan asrama
 
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukanSurat pohon sumbangan menteri belia & sukan
Surat pohon sumbangan menteri belia & sukan
 
Surat rasmi permohonan dana
Surat rasmi permohonan danaSurat rasmi permohonan dana
Surat rasmi permohonan dana
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusan
 
KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)
KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)
KERTAS KERJA PROGRAM 'UNDER ONE ROOF' (UOR)
 
Kertas kerja lawatan melaka
Kertas kerja lawatan melakaKertas kerja lawatan melaka
Kertas kerja lawatan melaka
 
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...Contoh Kertas Kerja Lawatan...
Contoh Kertas Kerja Lawatan...
 
Surat surat sponsor
Surat surat sponsorSurat surat sponsor
Surat surat sponsor
 

Similar to Kertas Kerja China

Similar to Kertas Kerja China (20)

HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md SaidHHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
HHHC9301 Mohamad Azizi Md Said
 
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikanKecenderungan menjalankan penyelidikan
Kecenderungan menjalankan penyelidikan
 
Krt3013 individu
Krt3013 individuKrt3013 individu
Krt3013 individu
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Kertas cadangan
Kertas cadanganKertas cadangan
Kertas cadangan
 
Hi tea ftsm
Hi tea ftsmHi tea ftsm
Hi tea ftsm
 
hiHi tea ftsm
hiHi tea ftsmhiHi tea ftsm
hiHi tea ftsm
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
Tugasan 3 kajian tinjauan-kpt 6044
 
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuanPanduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
Panduan pelaksanaan-projek-inovasi-kelab-persatuan
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
amalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdfamalan baik kurikulum MQA.pdf
amalan baik kurikulum MQA.pdf
 
Memartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan Kejat
Memartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan KejatMemartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan Kejat
Memartabatkan Peranan Pentadbir Di Universiti Awam: Pengurusan Kejat
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Kertas Kerja Seminar ICT JPKK 2010
Kertas Kerja Seminar ICT JPKK 2010Kertas Kerja Seminar ICT JPKK 2010
Kertas Kerja Seminar ICT JPKK 2010
 
Kursus perisian terbuka pp
Kursus perisian terbuka ppKursus perisian terbuka pp
Kursus perisian terbuka pp
 
Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1Kertas kerja inovasi 2014 1
Kertas kerja inovasi 2014 1
 
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian SekolahPeranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
 

Kertas Kerja China

  • 1. CHINA ‘10 RINGKASAN EKSEKUTIF IPTA Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND Nama Program TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA Aktiviti yang melibatkan: • Lawatan akademik ke beberapa universiti sekitar Jenis Program Beijing • Lawatan industri ke kilang-kilang • Program pertukaran budaya • Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university ) • Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, Matlamat dan dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang Objektif lebih terbuka dan global. Program • Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul dengan institusi-institusi teknologi di negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. Tarikh 24 Mei 2010 hingga 30 Mei 2010 Tempat China Jumlah Peserta 25 orang mahasiswa FSKSM UTM. Anggaran kos RM 76,650.00 KERTAS KERJA 1
  • 2. CHINA ‘10 DELEGATION TO CHINA FOR ACADEMIC AND TECHNOLOGY REVIEW / PROGRAM DELEGASI AKADEMIK DAN TEKNOLOGI KE CHINA 2010 ________________________________________________________________ 1.0 NAMA FAKULTI Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia. 2.0 TUJUAN KERTAS KERJA 2.1 Untuk mendapatkan kelulusan program dan kutipan penajaan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. 2.2 Untuk mendapatkan peruntukan ‘Global Outreach’ dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa). 2.3 Untuk mendapatkan penajaan daripada badan-badan kerajaan dan badan swasta dengan tujuan membantu melancarkan perjalanan program. 2.4 Untuk memberi makluman secara teperinci mengenai program kepada pihak yang terlibat. 3.0 PENGENALAN Mahasiswa seharusnya peka terhadap perkembangan semasa, dalam dan luar negara bagi memastikan mereka tidak ketinggalan seiring dalam dunia tanpa sempadan (era globalisasi). Mahasiswa perlulah bergerak lebih jauh dan sentiasa berpandangan luas dengan melihat sesuatu tanpa batasan sempadan. Ia adalah ilmu yang penting untuk mahasiswa mendalaminya di dalam membentuk mahasiswa yang lebih berfikiran terbuka dan matang. Selain mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, mahasiswa juga sentiasa disarankan agar melengkapkan diri dengan sikap-sikap positif ke arah membentuk peribadi, personaliti dan pemikiran yang cemerlang. Di dalam dunia serba canggih ini, mahasiswa tidak seharusnya ketinggalan dalam menyahut cabaran universiti untuk terus meningkatkan diri melalui program yang 2
  • 3. CHINA ‘10 melibatkan jalinan antarabangsa. Bagi merealisasikan matlamat ini, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor telah memikirkan dan merancang satu program yang dapat menonjolkan kualiti diri serta bakat kepimpinan pelajar dan juga memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kehidupan dunia luar. Di samping itu, program ini diharapkan dapat mencapai matlamat universiti ke arah pengiktirafan Universiti Bertaraf Antarabangsa (World Class University). Sehubungan dengan itu, Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China (CHINA ’10) ini dirangka untuk mewujudkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa. Semoga program ini dapat direalisasikan dan menjadi pencetus kematangan kepada generasi muda di Malaysia. 4.0 NAMA PROGRAM Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China / Delegation To China For Academic And Technology Review (CHINA’10) 5.0 MATLAMAT PROGRAM Berusaha melahirkan mahasiswa glokal yang peka dengan perubahan global serta berani mengutarakan idea-idea yang progresif dalam usaha menjadikan Graduan Universiti Teknologi Malaysia sebagai teknokrat yang seimbang dan harmonis dari segi keintelektualan, kerohanian, emosi, dan jasmani dengan bermatlamatkan pengabdian kepada Tuhan. 3
  • 4. CHINA ‘10 6.0 OBJEKTIF PROGRAM Pihak penganjur menggariskan beberapa objektif utama yang ingin dicapai : 6.1 Meletakkan universiti pada kelasnya yang tersendiri melalui interaksi dengan dunia luar dalam hasratnya ke arah mencapai status universiti bertaraf dunia ( world class university). 6.2 Menjana mahasiswa yang lebih beridealisma, proaktif, dan kreatif menerusi pemerhatian serta dialog yang lebih terbuka dan global. 6.3 Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul di Malaysia dengan institusi-institusi teknologi di negara maju terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan. 6.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia pengurusan dan kepimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi, berkaliber, dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual. 7.0 TEMA “ILMU TANPA SEMPADAN” 8.0 ANJURAN Program ini dianjurkan oleh Fakulti sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor. 9.0 KERJASAMA 4
  • 5. CHINA ‘10 Jawatankuasa program akan memohon kerjasama dan bantuan dari segi kewangan dan kemudahan daripada agensi-agensi berikut: 9.1 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 9.2 Kementerian Luar Negeri 9.3 Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Malaysia 9.4 Kementerian Belia Dan Sukan 9.5 Kedutaan Malaysia di China 9.6 Kedutaan China di Malaysia 9.7 Kerajaan-Kerajaan Negeri 9.8 Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia 9.9 Syarikat-syarikat swasta 10.0TARIKH PROGRAM 24 Mei 2010 – 30 Mei 2010 11.0TEMPOH PROGRAM 7 hari 12.0TEMPAT China 13.0ANGGARAN PERBELANJAAN RM 76,650.00 14.0PENYERTAAN • 25 orang mahasiswa jurusan Sains Komputer UTM 5
  • 6. CHINA ‘10 • 2 orang pegawai pengiring 15.0BENTUK PROGRAM Aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan sepanjang program ini adalah seperti berikut: 15.1Lawatan ke T. Tsinghua University, Beijing T.Tsinghua University , Beijing merupakan universiti terulung di negara China. Menyokong antara kombinasi Sains dan Teknologi , pengajaran dengan penyelidikan dan teori dengan latihan menjadi universiti China yang paling terulung ketika ini. Lawatan ke T.Tsinghua meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara –perkara positf yang di laksanakan oleh T.Tsinghua. 15.2 Lawatan Industri ke Kingsoft Company Negara China merupakan negara yang paling pantas membangunkan teknologi ICT mereka.Sebagai antara salah sebuah syarikat pembanggunan perisian yang terbesar di negara China. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan yang amat berguna kepada mahasiswa apabila dapat melihat sendiri ‘production line’ penghasilan sesebuah perisian. 15.3 Lawatan Akademik ke University of Science and Technology of China University of Science and Technology of China (USTC) merupakan salah satu universiti yang berprestij di China. Dengan pengkhususan yang 6
  • 7. CHINA ‘10 serius dalam bidang sains dan teknologi, ini telah menjadikan USTC antara universiti di China yang paling banyak mendapat anugerah di peringkat antarabangsa. Lawatan ke USTC meliputi lawatan ke makmal di sekitar universiti dan melihat kepakaran ICT yang terdapat di sana. Diharapkan lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai sains dan teknologi yang telah dipelopori di China dan mahasiswa diharapkan dapat mengadaptasikan perkara –perkara positf yang di laksanakan oleh USTC. 15.4 Lawatan ke Niujie Mosque Masjid Niujie merupakan yang tertua dan yang terbesar daripada semua masjid yang terdapat di Beijing. Masjid itu dibina dengan menggabungkan reka bentuk seni bina tradisional China dan seni bina bangunan timur tengah. Masjid ini terletak di Jalan Niujie, Daerah Xuanwu yang mempunyai penduduk Islam seramai 10,000 orang. Lawatan ke Masjid Nuijie adalah bertujuan untuk melihat tinggalan sejarah kerana Masjid Nuijie merupakan salah sebuah daripada khazanah kebudayaan Islam di China. 15.5 Lawatan Akademik ke Beijing University of Technology Beijing University of Technology merupakan salah sebuah 100 universiti yang terbaik di dunia. Lawatan ke universiti ini bertujuan untuk mengadakan perrbincangan dua hala dengan pelajar dari fakulti Sains Komputer mereka mengenai isu pembangunan ICT di Asia. 15.6 Majlis Ramah Mesra bersama Duta Malaysia di China Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia ke China, Yang Berhormat Dato’ Abdul Majid Ahmad Khan diadakan sebagai memperkenalkan Program Delegasi Akademik dan Teknologi ke China, 7
  • 8. CHINA ‘10 (CHINA ’10). Ia akan disertai oleh semua peserta CHINA ’10 dan pegawai pengiring serta pegawai-pegawai yang bertugas di Kedutaan Malaysia di China. 15.7 Lawatan Industri ke Kilang Sutera Negara China merupakan negara yang terkenal dengan penghasilan sutera yang bermutu tinggi di dunia. Kain sutera banyak dihasilkan di daerah Suzhou iaitu di sebelah selatan China. Lawatan ke kilang sutera adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa dengan melihat sendiri bagaimana kain sutera di proses dan dihasilkan. 16.0AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1 17.0TENTATIF PROGRAM Rujuk Lampiran 2 18.0BELANJAWAN PROGRAM Rujuk Lampiran 3 19.0PENAJAAN DAN PENGIKLANAN Rujuk Lampiran 4 20.0RUJUKAN Saudara Zulkarnain bin Azham Pengarah 8
  • 9. CHINA ‘10 Program Delegasi Akademik dan Teknologi Ke Beijing (CHINA ’09) Tel : 013 - 2224189 E-mail : utm.beijing@gmail.com 21.0PENUTUP Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai matlamat Universiti Teknologi Malaysia dan kepimpinan pelajar Universiti Teknologi Malaysia di mata masyarakat antarabangsa, dan kami juga berharap program ini mendapat kerjasama yang erat dari semua pihak yang berkenaan bagi melancarkan segala urusan berkaitan dengan program ini dan bagi merealisasikan objektif-objektif yang telah digariskan. Semoga nama Universiti Teknologi Malaysia dan negara Malaysia harum di persada antarabangsa dengan berjayanya program ini. LAMPIRAN 1 - AHLI JAWATANKUASA STRUKTUR ORGANISASI 9
  • 10. CHINA ‘10 Penaung Y.BHG. DATO’ PROF. IR. DR. ALIAS B. MOHD. NOOR Timbalan Naib Canselor (HEP & ALUMNI) Universiti Teknologi Malaysia Penasihat Y.BHG. PROF. DR. ABDUL HANAN B. ABDULLAH Dekan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia Koordinator 1 DR. MURTADHA BIN MOHAMAD Pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia Koordinator 2 DR. SHUKOR B. ABDUL RAZAK Pensyarah / Penyelaras Program Pengantarabangsaan Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM Pengarah 10
  • 11. CHINA ‘10 ZULKARNAIN BIN AZHAM Timbalan Pengarah AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM Setiausaha NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH Timbalan Setiausaha FATIMAH BINTI ALI Bendahari NABILAH BINTI YUSOFF Timbalan Bendahari ASHANIRA BINTI MAT DERIS Biro Penajaan AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN Biro Pengangkutan & Aktiviti SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR RAFHANA BINTI ABD RASHID Biro Kebajikan dan Keselamatan MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN Biro Publisiti & Multimedia MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN NURDIANA BINTI RAZALI 11
  • 12. CHINA ‘10 Biro Protokol WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA Biro Persembahan & Cenderamata NORSHAFARINA BINTI OMAR EZZATY BINTI HEDZIR Peserta 1. ZULKARNAIN BIN AZHAM 2. AHMAD MUIZ BIN CHE IZHAM 3. NURSAFIRA YASMIN BINTI TAJUL HAKMAH 4. FATIMAH BINTI ALI 5. NABILAH BINTI YUSOFF 6. ASHANIRA BINTI MAT DERIS 7. AHMAD ZAKWAN BIN AZIZUL FATA 8. NOOR FARAHAINEE BINTI NOOR SHAHIDAN 9. SAIFUL ZULHAIRI BIN OMAR 10. RAFHANA BINTI ABD RASHID 11. MUHAMAD SYAMSUL FIRDAUS BIN SAMAH 12. SHAKIRAH BINTI SAMSUDIN 13. MOHD SHAHROL BIN MOHAMED NASARUDIN 14. NURDIANA BINTI RAZALI 15. WAN SHARINA BINTI WAN RAMLI 16. SITEE HARLINA ANNES BINTI SABDA 17. NORSHAFARINA BINTI OMAR 18. EZZATY BINTI HEDZIR 19. WONG LI HWA 20. SIA BEE CHIN 21.NOOR SHIQIM BINTI MOHD SALLEH 12
  • 13. CHINA ‘10 22. NOORDIANA BINTI MHD GHAZALI 23. MARIAH HAZWANI BINTI FADINLAH 24. SARINADIA BINTI SAFRI 25. SHARIFFAH NORHAFIDA BINTI SAID HAMID LAMPIRAN 2– TENTATIF PROGRAM (Waktu Malaysia) HARI PERTAMA : 24 Mei 2010 ( Sabtu ) 13
  • 14. CHINA ‘10 08:30 : Check-in di KLIA. 10:30 : Berlepas dari KLIA. 15:30 : Tiba di Beijing Airport,China. 16:00 : Bertolak ke Jianguo Hotel 21:00 : Rehat HARI KEDUA: 25 Mei 2010 (Ahad) 07:00 : Sarapan pagi 09:00 : Lawatan ke Perkampungan Islam • Program silaturrahim antara penduduk • Sukan Budaya 21:00 : Sutera Kasih (Persembahan Budaya) 23.00 : Rehat HARI KETIGA: 26 Mei 2010 ( Isnin ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Bertolak ke T. Tsinghua University, Beijing. • Melawat makmal di sekitar universiti • Melihat kepakaran ICT • Sesi Dialog 19:00 : Singgah di Niujie Mosque.(Masjid terbesar dan tertua di China) 22:00 : Rehat HARI KEEMPAT: 27 Mei 2010 ( Selasa ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Lawatan ke Kingsoft Company • Melawat ke sekitar syarikat 14
  • 15. CHINA ‘10 • Melawat production line 15:00 : Singgah di Haidian Mosque 19:00 : Lawatan ke Pusat Rawatan Kesihatan dan Perubatan Tradisional 22:00 : Rehat HARI KELIMA: 28 Mei 2010 ( Rabu ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Lawatan Sehari di Beijing Universiti of Technology • Melawat makmal dan Kepakaran ICT • Sesi dialog dengan Pelajar Fakulti Sains Komputer • Program sukan • Makan malam 22:00 : Rehat HARI KEENAM: 29 Mei 2010 ( Khamis ) 08:00 : Sarapan pagi 09:00 : Melawat ke University of Science and Technology of China. • Melawat makmal di sekitar universiti • Melihat kepakaran ICT 16:00 : Majlis ramah mesra bersama Duta Malaysia di Beijing. 22:00 : Rehat HARI KETUJUH : 30 Mei 2010 (Jumaat) 08:00 : Sarapan pagi 15
  • 16. CHINA ‘10 09:00 : Lawatan ke kilang Sutera 15:00 : Balik ke hotel Rosedale Hotel and Suites,Beijing 18:00 : Check-out hotel 19:30 : Bertolak balik ke Malaysia 00:30 : Tiba di KLIA, Malaysia LAMPIRAN 3 - BELANJAWAN PROGRAM ANGGARAN PERBELANJAAN 16
  • 17. CHINA ‘10 BIL SUBJEK HARGA SETIAP RM JUMLAH (RM) UNIT 1. Pakej - Pengangkutan 62,500.00 - Penginapan (RM 2500 x 25 orang) - Makanan 2. Publisiti - Banner 200.00 - Pakaian (50 x 25 orang) 1,250.00 1,450.00 3. Cenderamata - Buku 250.00 Cenderamata - Industri 100.00 - Universiti 300.00 - VIP 200.00 850.00 4. Dokumentasi - Fotografi 200.00 - Kad nama 50.00 250.00 5. Sektetariat - Telefon dan 500.00 Faks (100x25 orang) 2,500.00 - Insurans (300x25 orang) 7,500.00 10,500.00 - Pasport 6. Perbelanjaan Luar Jangka - Perubatan 100.00 - Rencam 1,000.00 1,100.00 JUMLAH ANGGARAN 76,650.00 PERBELANJAAN 17
  • 18. CHINA ‘10 ANGGARAN PENDAPATAN BIL SUBJEK RM JUMLAH (RM) 1. Peruntukan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UTM 10,000.00 10,000.00 2. Peruntukan Global Outreach UTM 25,000.00 25,000.00 3. Wang Dibayar Peserta 500 x 25 orang 12,500.00 4. Penajaan - Swasta 29,150.00 29,150.00 JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN RM 76,650.00 LAMPIRAN 4 - PENAJAAN DAN PENGIKLANAN Melalui projek ini, kami memperkenalkan konsep baru dalam penajaan. Sebarang sumbangan kewangan dan barangan bukan hanya setakat terhad 18
  • 19. CHINA ‘10 kepada publisiti terhadap syarikat anda. Kertas kerja ini telah direkabentuk dan diperkembangkan dari konsep meningkatkan imej dan perkembangan hubungan korporat. Kami yakin sumbangan anda akan menggalakkan hubungan yang rapat dan kukuh dengan pihak berwibawa di antara universiti dan badan berkanun berasaskan mutu dan kepentingan perniagaan. Dengan menaja kami, pihak anda sebenarnya menyokong usaha kerajaan mempromosikan hubungan antara negara khususnya China dan Malaysia, menjadikannya satu sumbangan sosial yang bermakna dan terus mara ke arah merapatkan hubungan antara universiti, sektor swasta dan kerajaan. Malahan, anda mempunyai peluang untuk mengukuhkan hubungan dengan kerajaan, UTM Skudai Johor, mahasiswa luar dan dalam negara serta teknokrat, meninggikan imej korporat dan sekaligus peluang-peluang promosi. FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA 1. Pengecualian Cukai Pendapatan Jumlah sumbangan yang diberi melebihi RM 50.00 akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri. 2. Publisiti 19
  • 20. CHINA ‘10 Nama dan logo syarikat penaja akan disertakan dalam kempen promosi dan publisiti yang akan dikelolakan sendiri oleh pihak Urusetia Program. Nama dan logo syarikat penaja akan dinaikkan sebelum dan sepanjang berlangsungnya Program. 3. Lot Pameran Para penaja akan diberikan Lot Pameran yang mempunyai kedudukan strategik dan menjadi tumpuan setiap pelawat pada program yang akan dianjurkan oleh persatuan-persatuan pelajar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor dimasa akan datang. 4. Laman Web Program Pihak Urusetia Program akan melancarkan “Laman Web Program” dan alamatnya akan disiarkan dalam akhbar rasmi Program. Laman ini dilawati oleh semua pelajar, graduan dan kakitangan Universiti serta pihak-pihak luar yang berminat. Nama, logo dan jumlah sumbangan pihak penaja akan dimasukkan dalam laman ini. 5. Iklan Buku Cenderamata Penaja akan diberi keistimewaan untuk menyumbangkan iklan dan rencana secara percuma dalam buku cenderamata Program. 6. Persembahan Multimedia Satu slot Penaja Platinum, Emas dan Perak akan dimasukkan dalam persembahan multimedia semasa upacara perasmian Program. 7. Jamuan Dengan VIP Wakil daripada syarikat penaja akan dijemput menghadiri majlis jamuan dengan VIP semasa malam perasmian Program. 8. Penyampaian Cek Replika Penaja Platinum, Emas dan Perak akan menyerahkan cek semasa majlis penyerahan sumbangan. 9. Cenderamata dan Sijil Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata dan sijil daripada tetamu jemputan kehormat semasa majlis penyerahan sumbangan. PENGKELASAN PENAJAAN PENAJA PLATINUM PENAJA EMAS PENAJA PERAK PENAJAAN AM PAKEJ PENAJAAN JUMLAH ≥ RM 30, 000.00 ≥ RM 20, 000.00 ≥ RM 10, 000.00 ≤ RM 9, 000.00 PENAJAAN 20
  • 21. CHINA ‘10 KE- 1. Pengecualian cukai 1. Pengecualian cukai 1.Pengecualian cukai 1.Pengecualian cukai ISTIMEWAAN PENAJAAN pendapatan pendapatan pendapatan pendapatan 2. Publisiti 2. Publisiti 2. Publisiti 2. Publisiti 3. Lot pameran 3. Lot pameran penaja 3. Lot pameran penaja 3. Iklan Dan Rencana penaja 4. Iklan Dan Rencana 4. Iklan Dan Rencana Buku Cenderamata 4. Iklan dan Rencana Buku Cenderamata Buku Cenderamata Satu Per Empat Buku Satu Muka Surat Satu Per Dua Muka Surat Cenderamata Berwarna Muka Surat Berwarna Satu Muka Surat 5. Lawan Web Berwarna 4. Lawan Web Berwarna (homepage) 5. Lawan Web (homepage) 5. Lawan Web Program (homepage) Program (homepage) 6. Majlis Penyerahan Program 5. Majlis Penyerahan Program Replika Cek 6. Majlis Penyerahan Replika Cek 6. Persembahan Sumbangan Replika Cek Sumbangan Multimedia 7. Jamuan Dengan VIP Sumbangan 6. Cenderamata dan 7. Majlis Penyerahan 8. Cenderamata dan 7. Cenderamata dan sijil. Replika Cek sijil. sijil. Sumbangan 8. Jamuan Dengan VIP 9. Cenderamata dan sijil. 21