Data handling sumbangan cekgu haji kamaludin hj talib sk mahmud raub
Kertas kerja l angkawi
1. KEM ANAKKU MASA DEPAN
DI TANGANMU IV
FASA 2, 2012
ANJURAN
BADAN DISIPLIN INDUK DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK
BANDAR SRI PERMAISURI
56000 KUALA LUMPUR
HARI:
JUMAAT - SABTU
TARIKH:
2-3 NOVEMBER 2012
1
2. DISEDIAKAN OLEH:
PN. SUHAILA BT HJ OMAR
KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
MURID - MURID TAHUN 6
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TASIK
KE PULAU LANGKAWI, KEDAH DARUL AMAN
TAHUN 2012
PENGENALAN
Nama Projek : Lawatan Sambil Belajar
Tarikh : 9-11 November 2012
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
RASIONAL
Perkembangan optimum dan seimbang kanak-kanak bermula daripada aktiviti
pembelajaran yang menarik dan dikendalikan dalam suasana yang riang dan gembira.
Program ini merupakan langkah untuk membantu generasi memupuk semangat
cintakan alam semulajadi.
2
3. Program lawatan yang dirancang ini diharap dapat memberi peluang kepada pelajar
untuk menambah ilmu pengetahuan di luar daripada ruang lingkup persekitaran
sekolah. Adalah diharap murid dapat menjana minda dengan lebih efektif setelah
mengikuti lawatan ini.
OBJEKTIF
· Melihat pembelajaran kanak-kanak dalam konteks sistem yang menyeluruh
iaitu keluarga, rakan sebaya, persekitaran sekolah, komuniti dan masyarakat
luas.
· Membentuk personaliti kanak-kanak yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek.
· Merealisasikan pengetahuan dalam P&P dengan pengalaman yang sebenar.
· Memupuk sikap bertanggungjawab, berdikari dan mematuhi peraturan.
· Kanak-kanak dapat mempelajari sesuatu selepas berinteraksi dengan
persekitaran tempat lawatan.
· Kanak-kanak dapat meneroka, menyiasat, membuat andaian, memberi
perhatian, mengembangkan sifat gigih, ingin tahu, tekun, yakin pada diri
sendiri dan banyak lagi penerapan unsur-unsur nilai murni.
· Kanak-kanak berminat melibatkan diri dalam interaksi sosial dan berhubung
dengan orang lain.
KUMPULAN SASARAN
3
4. Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada 80 orang murid Tahun 6 serta 10 orang guru
pengiring.
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLAAN
Lawatan ini dikelolakan sepenuhnya oleh jawatankuasa yang terdiri daripada:
Penasihat : Tuan Haji Misman Bin Mostam
Pengerusi : En Razali Bin Muda
Penyelaras : Pn. Suhaila bt Omar
Setiausaha : En. Khairul Anuar b Kamaruden
Bendahari : Pn. Rohaniza bt Mamat
Ahli Jawatankuasa
Pengangkutan : En. Mohd Syahrizan b Zakaria
Pendaftaran : Pn. Nur Hazira bt Ibrahim
Makanan : Pn. Idayu Bt Mohd Nor
Pn. Juliyana Bt Mohamad Salleh
Dokumentasi : Pn. Suhaila bt Omar
Keselamatan : En. Khairul Anuar b Kamarudeen
4
5. En. Muhd. Nazarudin b Che Ali
En. Mohd. Syahrizan b Zakaria
Pn. Sarimah bt Daud
Cik Rohana bt Kamarudin
JADUAL PENUH AKTIVITI
TENTATIF PROGRAM
Hari : Jumaat (8 November 2012)
Masa Aktiviti
2.00 petang : Pendaftaran
2.30 petang : Bergerak ke Kuala Perlis
12.00 tengah malam : Di jangka tiba di Kuala Perlis
( Bermalam di Pak Ngah Ee’ Homestay )
Hari : Sabtu (10 Oktober 2012)
Masa Aktiviti
7.00 pagi : Sarapan Pagi
5
6. 8.00 pagi : Bertolak ke Pulau Langkawi.
9.00 pagi : Dijangka tiba di Pulau Langkawi
10.00 pagi : Lawatan Ke :
Dataran Helang
Makam Mahsuri
Beras Terbakar
Kilang Gamat
12.00 tgh : Pendaftaran Bilik ( Check In )
1.00 ptg : Makan Tengahari
2.00 ptg : Lawatan ke
Pulau Payar
Muzium Beras
Kereta Kabel
4.00 ptg : Minum Petang
Lawatan Sekitar Bandar Kuah
7.00 mlm : Persiapan Diri
Makan Malam
Lawatan Sekitar Bandar Pulau Langkawi
11.00 mlm : Tidur
.
Ahad (11 November 2012)
Masa Aktiviti
6.30 pagi : Pengurusan diri.
7.00 pagi : Sarapan pagi.
9.00 pagi : Lawatan ke Pekan Kuah.
11.00 pagi : Bertolak balik ke Kuala Perlis
12.00 tgh : Dijangka sampai di Kuala Perlis
: Makan Tengahari
10.00 mlm : Dijangka sampai di Kuala Lumpur
6
7. KEWANGAN
Sumber kewangan untuk pelaksanaan lawatan ini adalah daripada yuran penyertaan
yang dikenakan kepada para peserta iaitu sebanyak RM 150.00 seorang. Baki
perbelanjaan yang diperlukan disumbangkan oleh pihak sekolah.
ANGGARAN PERBELANJAAN
PUNCA PENDAPATAN WANG :
Bayaran dari murid : 80 murid x RM150.00 = RM12000.00
Sumbangan pihak sekolah : 2 bas x RM850.00 = RM 1700.00
Jumlah = RM13 700.00
Pecahan perbelanjaan yang dicadangkan adalah seperti berikut:-
7
8. Bil Perkara Bayaran
seorang
Peruntukan Jumlah
1 Tambang pengangkutan Sumbangan
pihak sekolah
RM850 x 2 bas RM1700.00
3 Makanan / minuman RM50.00 RM50.00 x 80 murid RM4000.00
4 Penginapan RM30.00 RM30.00 x 80 murid RM2400.00
5 Bayaran Masuk RM 50.00 RM50.00 x 80 murid RM4000.00
6. TShirt dan Topi RM 20.00 RM20.00 x 80 murid RM1600.00
JUMLAH KESELURUHAN RM13 700.00
PENUTUP
Semoga dengan terlaksananya program ini, secara langsung dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-murid tersebut dalam
pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni merupakan salah satu
matlamat penting dalam pembentukan konsep kendiri murid-murid.
Sesungguhnya kejayaan lawatan yang dirancang ini adalah bergantung kepada
sikap serta komitmen yang positif daripada semua pihak. Konsep permuafakatan
adalah menjadi tunjang ke arah kejayan lawatan ini. Akhir kata, jutaan terima kasih
kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Disediakan oleh,
______________________
( SUHAILA BT OMAR )
Penyelaras Lawatan Sambil Belajar
SK Seri Tasik, KL
8
9. Disemak oleh ,
__________________________
( RAZALI BIN MUDA )
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SK Seri Tasik, KL
Disahkan oleh,
________________________
( HAJI MISMAN BIN MOSTAM )
Guru Besar
SK Seri Tasik, KL
LAMPIRAN A
Jawab semua soalan berikut:
1. Mengapakah Mahsuri dibunuh ?
________________________________________________
2. Senaraikan 3 tempat lawatan yang mempunyai sejarah yang tersendiri yang anda
Telahanda lawati .
a. ____________________________
b. ____________________________
c. ____________________________
3. Nyatakan 3 aktiviti menarik yang telah anda cuba.
a. ____________________________________
9