Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini

15,532 views

Published on

kertas kerja lawatawn

Published in: Travel
1 Comment
4 Likes
Statistics
Notes
  • Assalam Tuan, saya mohon untuk menggunakan kertas kerja tuan ini sebagai rujukan saya pada masa hadapan. Terima kasih tuan.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total views
15,532
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
169
Actions
Shares
0
Downloads
518
Comments
1
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kertas kerja lawatan-sambil-belajar ke langkawi kini

  1. 1. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR SK. SULTAN ABU BAKAR (1) JALAN JUNID , 84000 MUAR , JOHOR KERTAS KERJA PROGRAM PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH ( PBLD ) MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP) KE PULAU LANGKAWI , KEDAH DARUL AMAN DAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN A. PENDAHULUAN : Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) iaitu Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Langkawi dan Negeri Perlis Indera Kayangan ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid melawat tempat-tempat yang menarik disamping menimba pengetahuan dan pengalaman baru yang menggembirakan. Disamping itu tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pentadbir , guru , Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang. Lawatan ini juga merupakan salah satu kaedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah.Murid-murid memperolehi pengetahuan melalui pembelajaran masteri yang mana ia merupakan satu kaedah yang berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada murid-murid berkeperluan khas ini. B. MATLAMAT : Menganjurkan Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD) yang tersusun dan terancang ke arah meningkatkan keyakinan diri murid dan mengembangkan semangat sosialisasi murid terhadap persekitaran luar. Melalui lawatan ini Murid Pendidikan Khas SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar akan diberi pendedahan serta menimba pengalaman dan pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam bidang pendidikan khasnya dan kehidupan amnya. Membina hubungan kasih sayang yang lebih intim antara ibubapa dan murid istimewa melalui program lawatan. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran ibubapa betapa pentingnya perhatian dan belaian terhadap murid istimewa ini. SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 1
  2. 2. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR C. OBJEKTIF : 1. Semua murid yang menyertai lawatan ini akan mendapat pengetahuan mengenai dunia luar. 2. Merangsang minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan murid dengan suasana sebenar, berdasarkan tema pembelajaran yang disusun sepanjang tahun. 3. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pentadbir , guru , Pembantu Pengurusan Murid (PPM) dengan ibu/bapa/penjaga murid melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. D. PESERTA : Seramai 15 orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran ( PPKIBP ) diiringi oleh ibu/bapa/penjaga serta 10 orang tenaga pengiring dari SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar E. JANGKAMASA : Program ini dilaksanakan selama 3 hari 2 malam iaitu bermula dari 022 hingga 25 April 2013 ( Isnin ,Selasa , Rabu , Khamis dan Jumaat ) F. TEMPAT LAWATAN : 1. Sekitar Pulau Langkawi Kedah 2. Sekitar Padang Besar Perlis G. TENTATIF PROGRAM ( Rujuk Lampiran 1 ) H. AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA ( Rujuk Lampiran 2 ) SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 2
  3. 3. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR I. ANGGARAN PERBELANJAAN ( PAKEJ 1 ) BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH 1. Pakej Pengangkutan Bas dan Penginapan ( 40 orang peserta ) Bas : Sebuah bas pesiaran dari sekolah ke Kuala Perlis dan sebuah bas persiaran di Pulau Langkawi . Penginapan : Resort di Pekan Kuah Langkawi ( 2 malam ) RM 5200.00 2. Tambang Feri ( Pergi –Balik ) Kanak-kanak ( OKU ) RM20 x 15 = RM300 Dewasa : RM36 x 25 = RM900 RM 1200.00 3. Makan dan minum Makan dan minum selama 3 hari Anggaran untuk 40 orang 3 hari x RM300 = RM900.00 RM 900.00 4. Insuran Nyawa 40 orang peserta RM 250.00 5. Aktiviti lawatan • Underwater World • Makam Mahsuri • Cable Car Harga Tiket RM 08 x 15 ( kanak-kanak ) RM 03 x 15 ( kanak-kanak ) RM 15 x 15 ( kanak-kanak ) RM 120.00 RM 45.00 RM 225.00 6. Ubat 1. Pil tahan muntah 2. Minyak angin 3. Pembalut luka 5. Ubat luka RM 60.00 SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 3
  4. 4. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR Jumlah RM8000.00 J. ( PAKEJ 2) BIL PERKARA PERINCIAN JUMLAH 1. Tambang Bas Bas : Sebuah bas pesiaran dari sekolah ke Kuala Perlis dan sebuah bas persiaran di Pulau Langkawi . RM 3900.00 2. Tambang Feri ( Pergi –Balik ) Kanak-kanak ( OKU ) RM20 x 15 = RM300 Dewasa : RM36 x 25 = RM900 RM 1200.00 3. Penginapan 4 buah homestay di Pantai Chenang Langkawi ( RM 60 sebuah 1 malam ) RM60.00 x 4 buah x 2 malam RM 480.00 4. Makan dan minum Makan dan minum selama 3 hari Anggaran untuk 40 orang RM300 x 3 = RM900.00 RM 900.00 5. Insuran Nyawa 40 orang peserta RM 250.00 6. Aktiviti lawatan • Underwater World • Makam Mahsuri • Cable Car RM 08 x 15 ( kanak-kanak ) RM 03 x 15 ( kanak-kanak ) RM 15 x 15 ( kanak-kanak ) RM 120.00 RM 45.00 RM 225.00 7. Ubat 1. Pil tahan muntah 2. Minyak angin 3. Pembalut luka 4. Ubat luka RM 60.00 SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 4
  5. 5. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR Jumlah RM7180.00 K. SUMBER KEWANGAN / PENDAPATAN BIL SUMBER PENDAPATAN JUMLAH 1. 2. 3. Sumbangan YB : Bayaran daripada ibu/bapa/penjaga murid RM 200 x 15 orang Bayaran daripada guru / PPM pengiring RM 200 x 10 orang RM3000.00 RM3000.00 RM2000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM8000.00 L. PENUTUP Program lawatan sambil belajar merupakan salah satu daripada program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Selain mengisi masa terluang murid-murid, mereka juga didedahkan dengan pengetahuan yang sepatutnya mereka perolehi melalui lawatan dalam negara ini. Belajar melalui pengalaman sangat berkesan kerana mereka akan dapat melihat, menyentuh dan juga mengalami sendiri segala pengetahuan. Di samping itu, ia memberi kepuasan dan keseronokan belajar di luar berbanding di dalam kelas sebelum itu. Diharap program pada kali ini memberi manfaat berguna dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua peserta lawatan. Pihak pengurusan lawatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberi kerjasama sepenuhnya untuk menjayakan lawatan ini. Tidak dilupakan kepada pihak sekolah yang banyak memberi dorongan dan semangat serta bantuan demi kejayaan murid-murid. Sekian, terima kasih. Disediakan oleh ; ( HALINA BINTI ALWEE ) SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 5
  6. 6. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR Penyelaras Program Lawatan Sambil Belajar LAMPIRAN 1 JADUAL LAWATAN KE PULAU LANGKAWI KEDAH DARUL AMAN DAN NEGERI PERLIS INDERA KAYANGAN 2013 TARIKH / HARI MASA PROGRAM 22.04.2013 ( Isnin ) 9.00 malam - Berkumpul di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar. - Bertolak dari sekolah ke Kuala Perlis.. 23.04.2013 ( Selasa ) 6.00 pagi 6.15 pagi 7.30 pagi 8.15 pagi 1.30 petang 3.00 petang 5.30 petang 7.00 malam 8.00 malam - Dijangka tiba. - Urus Diri / Solat Subuh / sarapan pagi - Menaiki feri ke Jeti Kuah, Pulau Langkawi. - Dijangka tiba. - Naik bas untuk lawatan. - Aktiviti ke tempat ilmiah • Batik art village • Galeria Perdana • Bird Paradise - Check in / Urus Diri / Solat / makan tengahari - Menyambung aktiviti ke tempat ilmiah • Makam Mahsuri • Beras terbakar • Dataran Lang - Aktiviti membeli-belah - Urus Diri / Solat / Makan malam - Aktiviti bebas SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 6
  7. 7. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR TARIKH / HARI MASA PROGRAM 24.04.2013 ( Rabu ) 7.30 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 11.00 pagi 12.00 tgh 2.00 ptg 4.00 ptg 7.00 ptg 8.00 mlm - Sarapan pagi - Melawat Langkawi Craf Complex - Melawat Underwater World - Melawat Telaga Tujuh - Melawat Jeti Awana Porto Malai - Makan tengahari / Solat - Menaiki Cable Car - Aktiviti Pantai ( Beach Fun ) untuk murid-murid/ Aktiviti bebas untuk ibu/bapa/penjaga • Team Building • Bola Baling Pantai • Mencari gula-gula dalam pasir - Urus Diri / Makan malam / Solat - Membeli-belah / aktiviti bebas 25.04.2013 ( Khamis ) 7.00 pagi 8.00 pagi 9.00 pagi 10.00 pagi 12.00 tgh 12.00 malam - Sarapan pagi - Check out dan bertolak ke Jeti Kuala Kuah - Menaiki feri ke Kuala Perlis - Dijangka tiba di Kuala Perlis dan menaiki bas ke Padang Besar , Perlis Indera Kayangan - Aktiviti membeli-belah di Padang Besar - Makan tengahari dan bertolak balik ke SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar - Dijangka tiba di SK. Sultan Abu Bakar 1 Muar SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 7
  8. 8. KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR Lampiran 2 SK. SULTAN ABU BAKAR 1 MUAR JOHOR Page 8 PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN (PPKIBP) 2013 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : Puan Ramlah Binti Abd. Rahman ( Guru Besar ) Naib Pengerusi : Puan Sabariah Binti Kadri ( GPK Kokurikulum ) Penyelaras : Puan Halina Binti Alwee ( Penyelaras PPKIBP) Setiausaha : Puan Ruzila Binti Jamiran N. Setiausaha : Cik Rifikah Binti Jamian Bendahari : Cik Zalina Binti Ayob AJK : Cik Siti Rofikah Binti Jamian Puan Siti Murni Binti Jantan Puan Rozeha Binti Dali JAWATANKUASA PELAKSANA Penyelaras Perhubungan : Puan Halina Binti Alwee Penyelaras Pengangkutan : Puan Rozeha Binti Dali Penyelaras Penginapan : Cik Siti Rofikah Binti Jamian Penyelaras Makanan : Cik Zalina Binti Ayob Penyelaras Publisiti & Dokumentasi : Puan Ruzila Binti Jamiran Penyelaras Pengurusan Murid : Puan Siti Murni Binti Jantan

×